Kelab Greenboc |
- Impian PR Tawan Putrajaya Semakin Menjadi Realiti
- [LAGI VIDEO & GAMBAR] Petanda Awal Runtuhnya UMNO BN Di Putrajaya
- [VIDEO & BERGAMBAR] Lautan Manusia Di Himpunan Hijau ke Putrajaya
- "Haramjadah" Timpa Najib Lagi: Popularitinya Susut Kerana Keganasan Polis Di BERSIH 3.0
- Hamidah Terus Tutup Blog Bila Gagal Tolak Saman Khalid Samad
- SUHAKAM Digesa Siasat Malam Berdarah Lembah Pantai
- PAS Sasar Pertahan Semua Kerusi 2008
Impian PR Tawan Putrajaya Semakin Menjadi Realiti Posted: 02 Jun 2012 12:00 AM PDT Lebih 50,000 banjiri Himpunan Hijau ke Putrajaya Seolah-olah seperti mahu menandingi kehadiran besar di majlis ulangtahun ke-66 Umno di Bukit Jalil Stadium baru-baru ini, PAS berjaya menarik lebih 50,000 penyokongnya yang membanjiri perhimpunan parti itu malam tadi yang dikenali sebagai 'Himpunan Hijau ke Putrajaya'. Semangat di kalangan hadirin begitu tinggi sekali seolah-olah Pakatan Rakyat baru sahaja memenangi pilihan raya umum ke-13, yang dijangka dipanggil pada bulan Jun atau tahun depan. Gema laungan 'Takbir' berkemundang ke udara ketika para penyokong masuk membanjiri padang perhimpunan tersebut, manakala yang lainnya berpusu-pusu di luar Stadium yang hanya mampu menampung sehingga 35,000 orang. Bermula dari jam 9 malam, Stadium Darul Aman dibanjiri lautan hijau apabila sebahagian besar hadirin memakai kemeja-T, Baju Melayu atau baju kurung warna tersebut sebagai tanda sokongan kepada perjuangan kumpulan alam sekitar, Himpunan Hijau. Mereka mengibarkan bendera parti tanpa henti-henti, melaung dan bertepuk gemuruh setiap kali penceramah membuat kenyataan yang menarik. Antara penceramahnya ialah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS Mohamed Sabu, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar, dan Pesuruhjaya PAS Negeri yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. PAS ikrar komitmen ke Putrajaya Kemuncak acara tersebut ialah kemasukan beberapa personaliti terkemuka menyertai PAS - dua orang selebriti, enam pemain bola sepak, termasuk beberapa pemain kebangsaan, dan seorang profesor - Nik Mohd Zain Nik Yusuf. Artis wanita, Wan Aishah Wan Ariffin, menitiskan air mata ketika menyampaikan ucapan penuh emosi apabila memberitahu hadirin bahawa dia baru sahaja menyertai parti Islam itu. "Tetapi jangan lupakan kami apabila tiba di Putrajaya," katanya. Tetapi kemuncak pada malam tadi mestilah kemunculan Pengerusi Bersama BERSIH dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said di majlis itu, di mana hadirin begitu teruja dengan deklamasi puisi untuk pemuda yang menurutnya akan akan memimpin jalan ke Putrajaya. Ia diikuti dengan ikrar oleh ahli PAS untuk terus kukuh dan teguh dalam perjuangan mereka. Ikrar tersebut dibacakan oleh Setiausaha Agung parti itu, Datuk Mustafa Ali. 'PAS tidak sendirian ke Putrajaya' Sementara itu, kehadirin pada malam tadi adalah dua kali ganda daripada sebelah pagi dan petang tadi apabila PAS mengadakan sesi berasingan dengan penyokongnya - pada waktu pagi di ibupejabat parti itu di Kota Sarang Semut, dan pada waktu petang di stadium yang sama dengan Pemuda PAS. Ribuan anggota Pemuda hadir pada kira-kira jam 4 petang walaupun dalam keadaan menempuh hujan lebat dan ribut petir untuk mendengar ucapan pemimpin mereka termasuk Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasharuddin Tantawi. Apabila masuk waktu Asar, orang ramai bersolat di atas padang walaupun hujan. Kemudian parti itu melancarkan maskot - animasi dua watak yang bernama 'Hadi dan Huda'- sebagai simbol Muslim yang baik. Mengenai tema perhimpunan itu - Himpunan Hijau ke Putrajaya - Mahfuz selaku ketua jawatankuasa penganjurnya, memberitahu sidang akhbar di akhir acara itu bahawa ia tidak bermakna PAS menuju ke pusat pentadbiran negara itu secara sendirian. Menurutnya, rakan-rakan gabungan perlu bekerjasama dan PAS akan menyumbang dalam apa cara yang boleh untuk mencapai matlamat bersama itu. -mk PAS leads the way to peaceful rally klik untuk baca |
[LAGI VIDEO & GAMBAR] Petanda Awal Runtuhnya UMNO BN Di Putrajaya Posted: 01 Jun 2012 08:40 PM PDT Inilah (gambar) jawapan PAS terhadap kesemua tindakan dan kejahatan Najib dan UMNO. Dan ketahuilah bahawa doa orang yang dizalimi itu tiada hijab (penghalang)lagi diantara mereka dengan Allah swt. "Himpunan Hijau Ke Putrajaya" yang berlansung di Alor Setar kini adalah satu manifestasi besar dari rakyat yang telah sekian lama diperbodohkan dan dizalimi, ia adalah satu petanda awal bahawa Najib, UMNO dan BN akan terhumban keluar dari Putrajaya. Dalam tempoh tak sampai dua minggu, notis untuk berhimpunan di warwarkan, Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS yang berkebetulan Ahli Parlimen Pokok Sena, Kedah yang diamanahkan untuk mengemudi Perhimpunan Hijau ini, telah berjaya menggembelengkan ahli-ahli PAS dari seluruh negara untuk hadir di perhimpunan yang bersejarah ini. Setiap ahli PAS yang datang ke Alor Setar hanya berbekalkan sekeping hati yang tulus tetapi cekal, tiada imbuhan tiada kemudahan tiada upah. Yang terngiang di kepala hanyalah satu hajat dan satu tujuan: UMNO BN perlu dikeluarkan dari Putrajaya untuk menyelamatkan Malaysia dari terus dihancurbinasakan oleh rejim Najib, UMNO dan BN. Kekejaman dan kezaliman UMNO BN bersama jentera-jentera mereka: Polis, SPR, SPRM, JPN, ROS dan lain-lain perlu diberikan noktah besar yang terakhir. Ini bukan majlis dansa sepertimana himpunan-himpunan anjuran UMNO BN, di sini tiada tarian, tiada lagha.... yang ada ialah takbir membesarkan Ilahi. Yang ada ialah peringatan-peringatan dari pimpinan dan yang ada ialah solat hajat sebagai bukti ahli PAS tidak takut dan tidak mengharap kepada sesiapa pun kecuali Allah swt. Firman Allah yang bermaksud: "Walaupun kamu membelanjakan semua kekayaan yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana" (Al-Anfal : 63). Meskipun syarat-syarat ketat telah diberikan oleh polis kepada pihak penganjur terhadap perhimpunan hijau ini, namun kesemuanya berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Itu satu bukti yang mata nyata, bahawa PAS adalah kumpulan manusia yang meletakkan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan tertinggi disamping mendaulatkan kalimah "Allahu Akbar" sebagai slogan yang bakal menumbangkan raksaksa UMNO BN di Putrajaya. Sepertimana yang GB selalu utarakan, hukum kebenaran dan keadilan pasti berlaku. Kita selaku umat yang beriman kepada Allah swt berkeyakinan, bahwa Dialah Zat Yang Maha Adil, Maha Pengasih lagi Penyayang, dan kita merasa terhibur dengan janji-janji Allah yang tidak mungkin diingkariNya Dalam sejumlah ayat Al-Qur'an, Allah menjanjikan bahwasanya pada kesudahannya kelak bumi ini akan diwariskan dan dikuasai oleh orang-orang baik, adil dan bertaqwa. Allah swt. berfirman, "Dan kami hendak memberi karunia kepada orang-orang yang tertindas di bumi, dan Kami hendak menjadikan mereka sebagai pemimpin dan akan mewarisi bumi ini." (QS. Al-Qasas ayat 5). Ayat di atas secara kontekstual menceritakan tentang orang-orang Yahudi yang ditindas Fir'aun, dan Allah menjanjikan kepada mereka nanti untuk menjadi pemimpin dan pewaris bumi. Meskipun demikian, maksud ayat tersebut tidak dibatasi dengan peristiwa yang dialami bangsa Yahudi waktu itu saja, karena ayat ini ingin menjelaskan bahwa orang-orang yang tertindas dan diperlakukan dengan zalim, suatu saat nanti akan menjadi penguasa dan pemimpin di atas bumi ini. Jadi ayat tersebut menyatakan, bahawa yang akan menjadi pemimpin dan pewaris bumi adalah orang-orang yang tertindas. Pada ayat lainnya Allah berfirman, "Sesungguhnya, bumi ini akan diwarisi hamba-hamba-Ku yang saleh." (QS. Al-Anbiya, 105). Ayat tersebut dengan jelas menyatakan, bahwa bumi ini akan diwariskan kepada orang-orang yang baik dan saleh. Jadi yang akan mewarisi dan menguasai bumi, pada akhirnya adalah orang-orang yang saleh. Dalam Al-Qur'an surat An-Nur ayat 55, Allah berfirman, "Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang beriman dan beramal kebaikan di antara kalian, bahwa Dia benar-benar akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa. Dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menggantikan keadaan mereka aman setelah mereka ketakutan." Ayat di atas menjelaskan, bahwasanya Allah berjanji akan menyerahkan kekuasaan atas bumi ini kepada orang-orang yang beriman dan beramal kebaikan. Beranjak dari tiga ayat di atas dan keimanan, tampak bahawa Allah tidak akan melanggar janjiNya, dan sememangnya Allah tidak memungkiri janji. Kita selaku kaum muslim yakin, bahawa penderitaan, penindasan dan kezaliman serta pembolotan hasil kekayaan negara berkumpul yang hanya di kalangan mereka akan berakhir, dan dunia ini akan berada di bawah kepemimpinan orang-orang yang baik, bijak dan saleh, sehingga pemerataan keadilan dan kedamaian akan tertegak. PAS bersama-sama rakan seangkatan di dalam Pakatan Rakyat, PKR dan DAP akan tetap menang akhirnya menghumban keluar UMNO BN dari pesada pemerintahan negara. Itulah keyakinan kita, itulah kenyakinan orang beriman dan itulah yang ILTIZAM yang tak akan kunjung padam sebelum ia menjadi kenyataan. Biar apa pun pencacai-pencacai UMNO hendak kata. Mereka akan tetap binasa. Masanya tetap tiba! -GB Laporan penuh: Hampir 100,000 hadir Himpunan Hijau "Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya : Bilakah datang pertolongan Allah? Ingatlah! Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat." (Al-Baqarah : 214) klik untuk baca |
[VIDEO & BERGAMBAR] Lautan Manusia Di Himpunan Hijau ke Putrajaya Posted: 01 Jun 2012 04:50 PM PDT Stadium Darul Aman, Alor Setar yang merupakan venue Himpunan Hijau ke Putrajaya malam ini sudah dipenuhi puluhan ribu rakyat yang hadir sejak jam 4 petang tadi. Bukan sahaja bahagian tempat duduk berbumbung yang dipenuhi, malah kawasan padang juga penuh dengan orang-ramai yang mula mencari tempat duduk untuk mendengar ucapan pemimpin PAS malam nanti. Biarpun hujan lebat turun sekitar jam 4.30 petang hingga 5.30 petang tadi, ianya tidak mematahkan semangat orang ramai untuk hadir ke himpunan penuh bersejarah ini. Malah mereka langsung tidak berganjak biarpun hujan lebat membasahi mereka. Di luar stadium pula, keadaan jalan penuh sesak dengan kahadiran orang ramai dari seluruh negara yang sedang menuju ke stadium. Tidak kurang juga kenderaan yang meletakkan kereta kiri dan kanan jalan. Walaubagaimanapun pihak polis sejak dari tengah hari menjaga lalu lintas memastikan laluan lancar dan memudahkan orang ramai menuju ke stadium. Difahamkan kesesakan bermula dari pintu masuk plaza tol Alor Setar Utara lagi sehingga ke stadium. Kehadiran yang ramai bermula petang tadi bukan kerana adanya konsert K-Pop artis Korea, ataupun penari berpakaian seksi dari Jepun, tetapi hanya baru kerana kehadiran pendakwah tersohor Ustaz Azhar Idrus yang merasmi pentas program malam ini dengan kuliahnya. Malam ini pula akan berlangsung solat hajat dan munajat perdana sejurus selesai solat Maghrib sebelum acara kemuncak ceramah oleh pimpinan utama PAS termasuk presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz. -HD Takbir anak muda bergema di Stadium Darul Aman |
"Haramjadah" Timpa Najib Lagi: Popularitinya Susut Kerana Keganasan Polis Di BERSIH 3.0 Posted: 01 Jun 2012 08:24 AM PDT Populariti Najib susut selepas Bersih 3.0 SHAH ALAM - Paras populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengalami sedikit penurunan daripada 69 peratus pada Februari lalu kepada 65 peratus bulan lalu, demikian menurut kajian terbaru kendalian Merdeka Center. Penurunan ini direkodkan dalam kajian yang diadakan dua minggu selepas perhimpunan Bersih 3.0, yang menuntut pendekatan tambahan bagi menjamin pilihan raya bebas dan adil sementara spekulasi menyebut Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang pertama bagi beliau selaku Perdana Menteri keenam, akan diadakan dalam waktu terdekat. "Satu kajian terbaru dijalankan di Semenanjung Malaysia mendapati kadar sokongan kepada perdana menteri merosot sedikit kepada 65 peratus pada bulan Mei (bulan lalu) daripada 69 peratus pada Februari lalu," kata Merdeka Center dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Sementara 65 peratus menyokong kepimpinan Najib, paras mereka yang tidak berpuas hati dengan prestasi beliau adalah sebanyak 29 peratus. Populariti itu sama paras dengan sokongan yang disaksikan Mei tahun lalu. Berdasarkan kaum, populariti Najib tinggi di kalangan responden Melayu iaitu 79 peratus, India (72 peratus) dan Cina (37). Kajian kali ini dikendalikan membabitkan 1,019 responden antara 10 hingga 18 Mei. Perhimpunan Bersih 3.0 diadakan pada 28 April lalu. Kajian Februari lalu menunjukkan kadar populariti beliau meningkat kepada 69 peratus berbanding 59 peratus Ogos lalu, selepas ia mengalami penurunan jika dibandingkan dengan kedudukan tahun 2010. Kajian Ogos lalu dikendalikan kira-kira sebulan selepas Perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara. Sejak itu Najib mengumumkan beberapa pembaharuan sosiopolitik. Populariti Najib, hasil kajian berkala Merdeka Center, telah menurun ke paras 59 peratus pada Ogos lalu selepas mencatat paras paling tinggi iaitu 72 peratus pada Mei 2010. Populariti 69 peratus Februari lalu sama dengan paras yang direkodkan pada Mac 2010 iaitu 14 bulan selepas menjadi Perdana Menteri. Pada Mei 2009, lebih sebulan selepas dilantik sebagai Perdana Menteri yang keenam, populariti Najib adalah sekitar 45 peratus. Hasil kajian terbaru yang dikeluarkan hari ini juga menunjukkan bahawa kepuasan terhadap prestasi Najib selaku perdana menteri masih tinggi di kalangan responden berusia 50 tahun ke atas - sekitar 70 peratus tetapi paras kepuasan di kalangan mereka bawah 30 tahun hanya 61 peratus. "Sebagaimana kajian sebelum ini, kepuasan di kalangan responden berpendapatan rendah (isi rumah dengan pendapatan bulanan RM1,500) adalah sangat tinggi. "Kepuasan di kalangan responden-responden kalangan kumpulan berpendapatan pertengahan (isi rumah dengan pendapatan antara RM3,000 dan RM5,000) menunjukkan penurunan besar berbanding (kajian) bulan Februari lalu," kata beliau lagi. Kajian terbaru menunjukkan sokongan ke atas populariti Najib di kalangan responden berpendapatan RM1,500 dan ke bawah meningkat daripada 78 peratus pada Februari 2012 kepada 82 peratus bulan lalu. Ulasan GB Mengapa populariti Najib turun? GB pernah ulas di SINI. Petikan: Apabila kezaliman diulangi dan bermaharajalela, itu PETANDA JELAS bakal tumbangnya kerajaan UMNO BN. Tetapi lepas satu perhimpunan BERSIH ke satu perhimpunan BERSIH yang lain, polis tidak pernah belajar dan mengakuI kesilapan MEREKA. Terus-menerus melakukan provokasi dan keganasan. Semua membuka mata, dan tuduhan bahawa peserta BERSIH yang mengganas tidak diterima oleh rakyat kerana bukti nyata terpapar secara "live" bahawa aksi keganasan adalah dari tindakan polis. Polis, meletakkan diri mereka serendah golongan samseng UMNO, tidak senang jika perhimpunan dan majlis-majlis Pakatan Rakyat berjalan aman. Mereka khuatir lebih ramai rakyat menyokong PR, maka itu ditimbulkan provokasi dan keganasan, lempar telur, batu, besi dan seumpamanya. Lebih dasyat menyembur gas pemedih kepada rakyat yang tidak berdosa. Namun hukum kebenaran dan keadilan tidak berdusta: yang jahat itu PASTI akan terima balasannya dan Najib selaku PM menanggung risiko menyusutnya popolariti. Partinya akan kalah di dalam pilihanraya. Ditambahi pula dengan "haramjadah" yang diucapkan Najib yang tetap akan menimpa dirinya semula. klik untuk baca |
Hamidah Terus Tutup Blog Bila Gagal Tolak Saman Khalid Samad Posted: 01 Jun 2012 07:15 AM PDT Mahkamah Tinggi hari ini menolak dengan kos, permohonan Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman bagi mengenepikan saman fitnah Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Samad, terhadapnya. Saman itu berhubung dakwaan Khalid bahawa Hamidah memfitnahnya dengan menyiarkan gambar "superimpose" Ahli Parlimen itu memakai jubah biskop di blognya, pada Januari 2010. Hakim Datuk Zainal Azman Abd Aziz turut memerintahkan saman itu didengar pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak. Zainal Azman berkata, kes saman itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Sivil dan bukan Mahkamah Syariah. Katanya, saman difailkan Khalid adalah saman fitnah berhubung kredibilitinya sebagai seorang ahli politik. Khalid memfailkan saman fitnah itu terhadap Hamidah pada 22 Disember 2011, berhubung penyiaran gambar di laman blog http://hamidahosman.blogspot.com. Beliau mendakwa gambar yang disiarkan itu menunjukkan seolah-olah beliau seorang murtad seperti seorang paderi Kristian dan termasuk dalam golongan yang menghina Islam. Hamidah dalam pembelaannya berkata, beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk menghina tetapi paparan itu berhubung tindakan plaintif menyebarkan pendapatnya berhubung satu fatwa. Pada 20 Februari lalu, Hamidah membuat permohonan bagi membatalkan saman Khalid dengan alasan kes tersebut sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Syariah. Khalid diwakili oleh peguam, Azhana Mohd Khairudin manakala Hamidah pula diwakili oleh peguam, Nor Emelia Iszeham. Ulasan GB Tinjauan ke blog hamidahosman.blogspot.com mendapat ianya telah ditutup. Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Kebatilan tetap TEWAS dengan kebenaran. Kebatilan tidak akan mampu bertahan sepertimana firmanullah: وَقُلْ جَاء الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقاً wa qul ja alhaqqu wa zahaqal bathilu innal bathila kana zahuqan Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. -Al-Isra: 82 Begitulah seterusnya, blog-blog pencacai yang suka mencarut dan memfitnah dengan gambar-gambar lucah akan tetap binasa akhirnya apabila berdepan dengan kebenaran (ayat Al-Quran). Termasuklah media massa (bercetak dan eletronik) dan agensi berita yang memfitnah dan yang sering menyiarkan gambar-gambar lucah. Mereka akan hancur binasa akhirnya kerana demikianlah peraturan alam hakikat (kebenaran). Awan gelap tidak selama-lamanya boleh menutup sinar cahaya mentari! |
SUHAKAM Digesa Siasat Malam Berdarah Lembah Pantai Posted: 01 Jun 2012 05:23 AM PDT Kuala Lumpur: MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar telah menghantar satu memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) berhubung keganasan politik pada "malam berdarah Lembah Pantai" pada 24 Mei lalu. Beliau berkata keganasan politik pada malam itu, di mana batu, telur dan botol air dilontarkan ke penonton ceramah Pakatan Rakyat, merupakan satu deklarasi perang terhadap demokrasi dan rakyat. Seorang warga emas cedera dibahagian kepala dipercayai terkena batu yang dilemparkan ke arah hadirin yang berkumpul di ceramah tersebut di flat Pantai Permai, Lembah Pantai. Ceramah yang bertajuk "Halatuju Politik dan Ekonomi Negara" itu memaparkan ucapan dari Nurul Izzah, MP Batu Tian Chua, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Md Akin dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam memorandum itu Nurul Izzah menuntut satu siasatan menyeluruh untuk mengenalpasti jika wujud satu perancangan sistematik intimidasi politik melalui insiden-insiden keganasan politik. Siasatan itu juga untuk mengenalpasti pihak disebalik kempen ganas itu yang menafikan hak rakyat berpolitik dan mengancam demokrasi. Setakat ini, enam laporan polis telah dibuat berhubung kejadian provokasi yang pernah berlaku di kawasan Lembah Pantai terutamanya melibatkan program-program Pakatan Rakyat. MP Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Senator Datuk Raja Nong Chik dijemput untuk hadir ke Suahakam bagi bersama-sama menyerahkan memorundum tersebut. Namun tiada wakil dari kedua-dua pihak yang hadir. Memorandum tersebut diterima pesuruhjaya SUHAKAM James Nayagam. MP Cheras Tan Kok Wai dan MP Segambut Lim Lip Eng turut hadir bagi menyerahkan memorandum tersebut. Menurut Nurul Izzah, jika Pakatan terus diganggu untuk mengadakan program aman, perkara ini akan menyekat usaha demokrasi memandangkan Malaysia mempunyai pelbagai parti politik. Katanya, kejadian sebegini bukan sahaja mendatangkan risiko kepada ahli politik, tetapi turut melibatkan orang awam yang hadir untuk mendengar penerangan isu semasa. Beliau menambah, perkara ini merupakan antara fokus utama untuk dibangkitkan dalam sesi Parlimen yang akan berlangsung Jun ini. "InsyaAllah sekiranya Datuk Seri Najib tidak mahu memanggil pilihanraya lagi kita akan bangkitkan isu ini. "Perkara ini berlaku secara berterusan dan saya berasa sedikit gerun kerana ini bukan sepatutnya budaya yang harus dihadapi. Kita mahu semua ahli politik menolak budaya samseng sebegini," katanya. -selangorku |
PAS Sasar Pertahan Semua Kerusi 2008 Posted: 01 Jun 2012 03:21 AM PDT Alor Setar: PAS meletakkan sasaran mempertahankan semua 23 kerusi Parlimen yang dimenangi pada pilihan raya umum 2008. Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga menegaskan parti itu mahu menambah lebih banyak kerusi di Terengganu, Perak dan Selangor. "Kami mahu memenangi sekurang-kurangnya satu kerusi di Perlis, Pulau Pinang, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. "Bersama Pakatan rakyat, kami mahu merampas Perak danTerengganu selain mempertahankan Selangor, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang," kata Presiden PAS itu ketika berucap dalam perhimpunan parti di sini hari ini. Pada pilihan raya umum 2008, PAS menang 23 kerusi Parlimen dan menawan Kedah, Perak serta mengekalkan Kelantan sejak 1990. Bagaimanapun, BN merampas semula kerajaan negeri Perak apabila tiga Adun Pakatan Rakyat keluar parti dan menyokong BN. Dalam ucapannya, Abdul Hadi berkata, PAS bersama Pakatan Rakyat mesti berusaha melemahkan penguasaan Umno dan BN di kubu mereka, Johor, Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan. Menurut beliau, PAS juga mestilah bersedia menerima dan mengalu-alukan penyertaan golongan al-mala' yang ingin menegakkan Islam bersama PAS. Katanya, antaranya seperti golongan penjawat awam, kelompok budayawan, artis dalam berbagai bidang, pemimpin masyarakat dan pentadbiran kerajaan. Beliau juga mengarahkan parti untuk menambah sokongan pengundi-pengundi Melayu sehingga menambah secara purata 3 – 4 peratus. Isu orang Melayu "Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah dengan meyakinkan masyarakat Melayu bahawa PAS benar-benar bersedia untuk memimpin negara dan akan martabat martabat mereka dengan mendaulatkan Islam. "Menyedarkan masyarakat Melayu dengan isu-isu yang mereka mempunyai kepentingan langsung seperti Felda, pengambilan dan rampasan tanah, majoriti masyarakat Melayu yang terpinggir dan salah urus wang zakat. "Menjadikan masyarakat Melayu bandar dan golongan Melayu kelas pertengahan sebagai agen perubahan penting kepada pengundi-pengundi Melayu luar bandar," katanya. Abdul Hadi berkata, PAS perlu mendekati golongan-golongan yang berpengaruh besar dari kalangan pengundi-pengundi Melayu seperti penjawat awam dan pertubuhan masyarakat sivil. Katanya, PAS melalui Dewan Pemuda perlu memberi tumpuan yang besar kepada pengundi-pengundi muda yang sebahagian besar mereka berada di bandar-bandar. Manakala, Dewan Muslimat perlu mengekang dan mengurangkan sokongan kaum wanita kepada BN dan juga mendekati dengan berakhlak penggerak-penggerak Kemas yang sebahagian besarnya dari kalangan kaum wanita. "Dewan Ulama perlu mendekati golongan agamawan dan NGO-NGO Islam untuk meyakinkan mereka bahawa PR bersedia memikul amanah ke arah pemerintahan yang adil dan ihsan. "Manakala Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) akan terus mendekati para pengundi bukan Islam untuk meyakinkan mereka dengan slogan "PAS for All". "Semua ahli PAS mesti mendekati para pegawai kerajaan termasuk ahli-ahli pasukan keselamatan seperti anggota tentera, polis dan RELA di samping penyokong-penyokong Umno dengan akhlak yang terpuji supaya mereka beralih menyokong perjuangan Islam yang dipelopori oleh PAS," tambahnya. Abdul Hadi berkata, jika PAS dan Pakatan Rakyat diberi kepercayaan memimpin Malaysia kesemua mereka akan dilayan sama adil sebagaimana tuntutan Islam tidak akan wujud gejala membalas dendam terhadap mana-mana pihak. -FMT |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan