Sabtu, 2 Jun 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Restoran Cheng Ho Milik Amy Di Tepi Sungai Melaka Tempat Persinggahan Biawak...

Posted: 01 Jun 2012 08:28 AM PDT



Restoran Cheng Ho milik Amy Search yang terletak dipusat pelancungan terkenal di Melaka akhirnya terpaksa ditutup atas sebab yang tidak dapat diketahui. Beberapa hari lalu Amy mengistiharkan beliau menyertai umno bersama dengan beberapa artis lain. Mungkinkah perniagaan Amy yang gagal dan beliau menghadapi masalah kewangan yang serius mendorong beliau bertindak demikian.

Jika niat beliau menyertai umno semata-mata kerana keadaan yang terdesak, maka niat beliau tidaklah ikhlas. Apa pun semoga umno dapat membantu Amy menyelesaikan masalah beliau.

Tuan Guru Nik Aziz pernah berkata bahawa PAS tidak terlalu mementingkan Perjuangan kepada Pembangunan semata-mata kerana dinegara kominis pun terdapat pembangunan yang amat rancak. PAS mengutamakan perjuangan menegakkan Syiar Islam dan tidak semata-mata demi harta dan wang ringgit.

PKR juga tidak akan dapat membantu beliau, dimana ia pastinya akan menjadi isu yang panas dan akan disensasikan oleh media serta pencacai umno. Dan tak mustahil juga individu tersebut akan disiasat oleh ajensi KERAjaan yang dinaungi umno.

DAP umum diketahui parti itu tidak sewenangnya menerima dengan mudah ahli baru tampa tapisan yang ketat. Jadi wajarlah Amy menyertai umno kerana umno ialah Parti yang mempunyai segalanya, kuasa, harta dan wang ringgit.




Dua ekor biawak bersidai dihadapan Restoran Cheng Ho milik Amy ditebing sungai Melaka.



laksamanabukitbintang

Hamidah Osman Terkencing Disaman Khalid Samad

Posted: 01 Jun 2012 06:54 AM PDT

Hamidah Terus Tutup Blog Bila Gagal Tolak Saman Khalid Samad

Mahkamah Tinggi hari ini menolak dengan kos, permohonan Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman bagi mengenepikan saman fitnah Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Samad, terhadapnya.

Saman itu berhubung dakwaan Khalid bahawa Hamidah memfitnahnya dengan menyiarkan gambar "superimpose" Ahli Parlimen itu memakai jubah biskop di blognya, pada Januari 2010.

Hakim Datuk Zainal Azman Abd Aziz turut memerintahkan saman itu didengar pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.


Zainal Azman berkata, kes saman itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Sivil dan bukan Mahkamah Syariah.

Katanya, saman difailkan Khalid adalah saman fitnah berhubung kredibilitinya sebagai seorang ahli politik.

Khalid memfailkan saman fitnah itu terhadap Hamidah pada 22 Disember 2011, berhubung penyiaran gambar di laman blog http://hamidahosman.blogspot.com.

Beliau mendakwa gambar yang disiarkan itu menunjukkan seolah-olah beliau seorang murtad seperti seorang paderi Kristian dan termasuk dalam golongan yang menghina Islam.

Hamidah dalam pembelaannya berkata, beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk menghina tetapi paparan itu berhubung tindakan plaintif menyebarkan pendapatnya berhubung satu fatwa.

Pada 20 Februari lalu, Hamidah membuat permohonan bagi membatalkan saman Khalid dengan alasan kes tersebut sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Syariah.

Khalid diwakili oleh peguam, Azhana Mohd Khairudin manakala Hamidah pula diwakili oleh peguam, Nor Emelia Iszeham.

Tinjauan ke blog hamidahosman.blogspot.com mendapat ianya telah ditutup.



Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Kebatilan tetap TEWAS dengan kebenaran.

Dipetik dari http://greenboc.blogspot.com/2012/06/hamidah-terus-tutup-blog-bila-gagal.html


Nizar belajar berbohong dari Anwar Ibrahim... - Ahmad Maslan

Posted: 01 Jun 2012 06:08 AM PDT

IPOH - Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Dato' Ahmad Mazlan menganggap Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Nizar Jamaludin suka mengikut jejak ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga ketua pembangkang yang suka berbohong.

Katanya, beliau bersetuju dengan gelaran `Nizar Pembohong Bersiri' kerana Adun Pasir Panjang itu suka berbohong kepada rakyat dalam beberapa isu yang dibangkitkan di negeri ini sebelum ini.

"Dia belajar daripada ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua segala pembangkang Malaysia Malaysia,'' katanya pada sidang media dimajlis penutup Seminar Wasatiyah dan 1 Malaysia di Institut Tadbiran Islam Negeri Perak (INTIM) hari ini. Majlis penutup itu dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr Zambry Azbd Kadir.


Katanya, Anwar telah berbohong kepada rakyat apabila dia mengatakan 30 orang akan melompat keluar parti menyertai pembangkang pada tarikh 16 September tetapi ternyata kenyatannya itu tidak benar dan hanya satu pembohongan belaka.

"Jika ketua pembangkang itu berbohong maka anak buahnya juga akan mengamalkan pembohongan,'' katanya yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Beliau juga yakin dan percaya pembohongan satu persatu yang dibuat pemimpin-pemimpin pembangkang ini sehingga pembohongan itu didedahkan dengan sendirinya menjatuhkan kredibiliti dan imej pembangkang.

Katanya ini amat jelas dan dapat dilihat bahawa akibat amalan pembohongan ini, sokongan rakyat terhadap pembangkang sudah semakin terhakis.

Pada sidang media itu juga beliau menegaskan bahawa kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib Tun Razak telah memberikan keseluruhan rakyat untuk menikmati kemakmuran Felda melalui penyenaraian Felga Global Venture (FGV).

Katanya, rakyat boleh kongsi bersama kemakmuran ini kerana 880,000 ekar tanah ladang Felda atau 350,000 hektar tanah ladang felda disewa dalam jangka panjang pada FGV.

"Tahun 2002 kita gagal penyenaraian ini kerana kita tidak jumpa formula jangka panjang dan menerusi penyenaraian itu tanah berkenaan tidak akan hilang, masih milik Felda tetapi dia hanya kita sewa untuk tempoh jangka masa panjang,'' katanya.

- Blog Pencacai


Pas Belanja RM20 Juta Untuk Himpunan Ini..

Posted: 01 Jun 2012 05:05 AM PDT

PERCAYALAH... Semua mereka dibayar RM20 seorang.. Hehehe..













Dipetik dari - http://manjongmari.blogspot.com/2012/06/gambar-gambar-sekitar-gelombang-hijau.html


Tiada ulasan: