Komentar Kini |
Posted: 04 Jun 2012 07:03 AM PDT Pada suatu hari,hari Jumaat salah seorang ustazah dalam tanyalah ustazah TV9 berkata, poligami bukan sunnah. Terkejut saya dibuatnya, kerana selama ini kita difahamkan, poligami adalah sunnah Nabi Mohamad SAW. Tiba tiba ustazah pada rancangan tanyalah ustazah berkata, poligami bukan sunnah. Ia adalah "rukhsah" yang diberi oleh Allah kepada lelaki. Namun begitu, ia adalah sama dengan solat jamak bagi orang yang bermusafir yang disebut sebagai rukhsah. Barangkali ustazah berkenaan salah faham macam juga kebanyakan kita salah faham dengan Islam sehingga mengelirukan. Saya yang dengar rasa berdosa kalau tak tegor perkara yang salah faham ini. Oleh itu dalam tulisan ini ada lebih baik dinyatakan bahawa poligami adalah sunnah yang tidak boleh dinafikan. Tiap apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW hatta sekecil kecil sekalipun ia adalah sunnah.Adalah sangat salah dan berdosa jika dikatakan dia bukan sunnah. Kita boleh berkata poligami kebanyakan lelaki di Malaysia hari ini bukan sunnah, kerana tidak mengikut apa apa yang dilakukan Rasulullah SAW. Atau dengan kata lain kadang kadang bercanggah sama sekali dengan amalan poligami Rasulullah SAW. Tidak lama dulu saya pernah tegor salah seorang Doktor perubatan yang sering bercakap dalam rancangan Islam terbitan TV tempatan yang mengatakan poligami tidak boleh menyelesaikan permasalahan masyarakat Islam di Negara ini. Bagi saya pandangan itu Salah faham yang amat sangat, kerana poligami yang diharuskan Islam itu untuk dan boleh menyelesaikan permasalahan masyarakat Islam jika diamalkan sepertimana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Yang masalahnya ialah poligami lelaki di Negara ini tak boleh menyelesaikan permasalahan masyarakat islam. Ini realistic. Tidak dapat dinafikan kebanyakan boleh menghuru harakan masyarakat Islam. Mengapa tidak? Kerana poligami yang diamalkan oleh lelaki hari ini tidak ikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Boleh kita katakan ia tidak boleh menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat Islam di Malaysia.Maka sangat salah dan berdosa besar jika kita kata poligami tidak boleh menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat Islam. Oleh itu, wahai ustazah dan ustaz hati hatilah ketika menjawap pertanyaan dari orang ramai lebih lagi labih lagi orang awam yang kebanyakannya jahil dengan ajaran Islam. |
You are subscribed to email updates from Komentar Kini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan