Tukar Tiub |
- CUKONG MANA SUDAH BELI PKNS?
- KAKI JUDI KANTOI BIN MANTOI - SEMUA CABUT LARI
- PARTI SOSIALIS MALAYSIA
- MALAM INI JAM 9 DARI RADIO BANGSAR UTAMA
- SIAPA DIA MINAH CUN INI?
- PILIHAN RAYA KE 13 TIPU JIKA 8 TUNTUTAN BERSIH TIDAK DI TUNAIKAN
- SILA BACA INI - AMAT PENTING UNTUK JANGAN DITIPU
- MENUNGGU FILEM : MURTAD KU MURTAD KU JUA - HASAN ALI JATI
Posted: 04 Jun 2012 10:49 AM PDT CUKONG DIBELAKANG PROJEK INI KOMENTAR TUKAR TIUB penduduk kawasan ini mahu padang mereka penduduk kawasan ini tidak mahu kawasan mereak di rosakkan tetapi cukong telah masuk cukong telah beri duit persoalan ialah: siapa kah yang telah dirasuah oleh cukong? kes ini sama macam kes syarikat santau radio aktif lyanas rakyat pahang tidak mahu santau radio aktif rakyat gebeng tidak mahu santau radio aktif tetapi ada yang telah dirasuah maka kilang santau radio aktif ini dilukuskan mondus operandi para cukong ini sama para cukong akan mencari politikus melayu beri amoi beri duit bawak bercuti ke luar negara akhirnya tanah kompleks sukan ini terjual kepada cukong SIAPA TELAH DIRASUAH CUKONG PKNS MESTI MEMBATALKAN CADANGAN PEMBANGUNAN KELANA JAYA Pendedahan oleh Jawatankuasa Selamatkan Padang Rakyat bahawa cadangan pembangunan Kompleks Sukan PKNS di Kelana Jaya berdasarkan versi tidak sah Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ2) mempunyai implikasi besar bukan sahaja untuk projek tersebut tetapi Petaling Jaya secara keseluruhan. Sebelum ini masyarakat setempat dimaklumkan bahawa padang tersebut dizonkan sebagai kawasan komersial. Malah Ahli Majlis MBPJ dan saya sendiri dibekalkan maklumat yang sama. Hakikat bahawa wujud bercanggahan di antara RTPJ2 yang digazetkan secara sah oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor dengan versi kedua membangkitkan pelbagai persoalan. MBPJ turut bersetuju bahawa versi pertama yang menyatakan bahawa Padang PKNS merupakan kawasan rekreasi merupakan versi yang sah. Sebelum ini saya telah menggesa agar perkara ini dibawa ke Jawatankuasa Terpilih mengenai Kewibawaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) Dewan Negeri Selangor. Walaubagaimanapun Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengumumkan pembentukan jawantkuasa bebas berkenaan hal tersebut. Saya mengalu-alukan pengumuman tersebut untuk menyiasat sebarang salahlaku di dalam hal ini tetapi saya percaya sudah tiba masanya PKNS mengambil keputusan yang tepat untuk membatalkan pembangunan Kelana Jaya demi kepentingan masyarakat. Projek ini jelas sekali tidak dapat diteruskan memandangkan projek ini bertentangan dengan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 dan sewajarnya kita menamatkan kontroversi ini dengan segera. NIK NAZMI NIK AHMAD AHLI DEWAN NEGERI SERI SETIA layari radio bangsar utama sekarang: |
KAKI JUDI KANTOI BIN MANTOI - SEMUA CABUT LARI Posted: 04 Jun 2012 10:20 AM PDT AKAN BERMESYUARAT DI GENTING KOMENTAR TUKAR TIUB selalunya jika kerajaan menubuhkan badan saperti ini maka mereka yang dilantik akan melihat bahawa ini adalah satu penghormatan satu khidmat untuk negara tetapi yang ini dua sudah cabut lari apa maknanya? maknanya dua orang yang cabut lari ini telah tidak ditanya lebih awal nama mereka dimasukan cara tangkap muat bila mereka melihat nama telah dimasukkan maka mereka kata sibuk dan sakit kepala sebenarnya mereka enggan masuk campur dengan maloan judi ini kalau mereka campur makan akan buruk nama baik mereka bayangkan tak pasal pasal nama baik mereka tercemar nama ini tercemar dalam saat saat genting ketika kerajaan baru akan ditubuhkan oleh pakatan rakyat SELAMAT DATANG PADA TUN JUDI 2 ANGGOTA PANEL SIASAT BERSIH 3.0 TARIK DIRI - sinar PUTRAJAYA - Dua anggota Panel Penasihat Bebas yang dilantik oleh kerajaan untuk menyiasat dakwaan berkaitan perhimpunan Bersih 3.0 telah memutuskan untuk menarik diri. Mereka ialah Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Steve Shim dan Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas, Mohammad Medan Abdullah. Pengerusi panel, Mohammed Haniff Omar berkata, Sim menarik diri atas sebab-sebab kesihatan manakala Mohammad Medan pula disebabkan beban tugas semasa. "Kerajaan akan menentukan pengganti kedua-dua mereka ini dalam tempoh yang terdekat. Bagaimanapun ia masih lagi belum diputuskan siapa yang akan dilantik untuk menyertai panel bebas ini," katanya. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH woit... BELUM MULA LAGI DAH TAK LAKU.... kah kah kah.. kah kah kah.. DUA DAH TARIK DIRI.... kah kah kah... kah kah kah...KALAU INI BADAN YANG DIHORMATI... GILA GILA ORANG NAK MASUK...kah kah kah.. kah kah kah...INI BADAN LEKEH LAGI MEKEH... SEMUA CABUT LARI....kah kah kah... layari sekarang untuk mendengar lagu rejimen ke sepuluh: |
Posted: 04 Jun 2012 09:58 AM PDT ARUS PERJUANGAN RESOLUSI KONGRES PSM KE 14 YANG DIADAKAN DI DEWAN PERHIMPUNAN CINA SELANGOR PADA 2 DAN 3 HB. JUN 2012 1. PSM sokong gerakan rakyat yang menentang sistem kapitalis global termasuk gerakan Occupy di seluruh dunia, gerakan indignado di Sepanyol, perjuangan rakyat di Greece dan sebagainya 2. Hentikan semua dasar ekonomi neo-liberalisma dan pengswastaan yang membebankan rakyat 3. Kerajaan harus tunaikan semua tuntutan BERSIH untuk menjamin pilihanraya yang bersih dan adil. PSM juga menuntut agar pilihanraya kerajaan tempatan dikembalikan. . 4. Hentikan semua projek yang memudaratkan kesihatan rakyat dan alam sekitar seperti kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, perlombongan emas guna Sianide di Bukit Koman, loji pemprosesan petroleum di Pengerong, insinarator di Cameron Highlands, Projek bekalan air mentah dari Pahang ke Selangor, pembangunan di lereng bukit dan sebagainya. 5. Mansuhkan PTPTN dan Kerajaan harus laksanakan pendidikan percuma sehingga peringkat universiti. 6. Kerajaan harus menghentikan pembaziran wang rakyat dalam pembangunan yang tidak mendatangkan kebaikan kepada rakyat jelata. Mansuhkan TNB dan IPP serta kembalikan kepada LLN diurus sepenuhnya oleh kerajaan 7. Laksanakan Akta Gaji Minima RM1500 dengan segera untuk semua warga pekerja di negara ini. 8. Hentikan pemangsaan terhadap kesatuan sekerja. Pengiktirafan secara otomatik untuk penubuhan kesatuan sekerja harus diberikan dan hapuskan Sistem Kontrak Pekerja. 9. Kerajaan harus melindungi Kebebasan beragama dan tidak menjalankan kepolisan akhlak ke atas orang ramai.Hentikan segala bentuk diskriminasi berasaskan gender. Hormati hak tanpa mengira gender termasuk hak golongan LGBT 10. PSM menuntut Kebebasan berhimpun di tempat awam harus dipertahankan. PSM juga menyarankan mengadakan referendum sebagai satu mekanisme mendengar pendapat rakyat jelata dalam merangka dasar-dasar negara 11. PSM membantah tindakan polis menggunakan kekerasan ketika BERSIH 3.0 dan mendesak semua pihak menghormati kebebasan media dan kebebasan asasi yang lain. 12. Kerajaan harus meneliti mutu rawatan di kebanyakan hospital yang amat merosot dan menjejaskan rakyat biasa dan mengambil tindakan segera memulihkannya antaranya: i Satu biro untuk menyiasat kecuaian yang berlaku di hospital harus dibentuk ii. Kemasukan bilangan doktor harus dikaji dan jika perlu dikawal untuk mengelakan daripada menjejaskan kualiti latihan dan kemahiran mereka kerana kini tidak cukup doctor pakar untuk melatih. iii. Kerajaan harus memberikan dialisis percuma kepada semua pesakit buah pinggang. iv. Kerajaan harus menyediakan kemudahan pengangkutan awam kepada pesakit yang pergi hospital sekiranya hospital tersebut berada jauh daripada perhentian bas. Dikeluarkan Oleh S.ARUTCHELVAN SETIAUSAHA AGUNG lagu lagu sosialis dan komunis di rabu: |
MALAM INI JAM 9 DARI RADIO BANGSAR UTAMA Posted: 04 Jun 2012 04:34 AM PDT GAMBAR GAMBAR BERANI LANGGAR tetamu dijemput khas 1.Hanif Maidin (exhibition curator) 2.Vig (exhibition chief curator) RABU masih akan bercerita mengenai BERSIH 3.0 8 tuntutan tidak akan diam sebegitu sahaja dan BERSIH 3.0 tetap akan menjadi sebuah potret demokrasi Malaysia "ada jurugambar untuk kecantikan,ada jurugambar untuk perubahan ada jurugambar mendengar RADIO BANGSAR UTAMA" "BERANI LANGGAR LAPORAN JELAS" |
Posted: 03 Jun 2012 10:38 PM PDT MINAH CUN DARI UGANDA SIAPA DIA SI MINAH IRSHAD MANJI INI? Satu ketika – agak lama juga – aku sedang melayari YouTube. Entah apa yang aku cari. Entah apa yang ingin aku layari. Aku yakin yang ingin aku cari pasti bukan laman porno. Kalau umur aku 16 tahun mungkin laman porno inilah yang akan menjadi teman hidup aku. Kadang-kadang aku merasa marah juga kenapa internet hanya wujud sesudah aku bosan dengan sex. Mungkin pada malam itu aku sedang mencari dokumentari tentang ganja. Ini kerana aku pernah terbaca tentang kebaikan ganja untuk mengubati migraine. Sebagai pengidap migraine aku memang amat tertarik dengan berita sedemikian. Atau aku sedang mencari dokumentari tentang War on Terror – kempen baru dari kuasa imperial Amerika. Atau aku sedang mencari dokumentari yang bertajuk Forbidden Sex In Saudi Arabia atau dokumentari Jihad For Love. Aku tidak teringat lagi apa yang sedang aku cari. Secara jujur aku katakan disini – secara tidak sengaja aku 'tersampai' kepada klip temubual seorang Minah. Loghatnya pekat telor Amerika. Mukanya cun dan kiut-miut. Minah ini seorang ahli akademik dari universiti tersohor di Amerika. Kulitnya sawo matang – ada iras-iras Melayu. Cuma hidungnya mancung kalau tidak Minah ini pasti akan dianggap Minah Melayu. Nama Minah ini ialah Irshad Manji. Lahir di Uganda. Ayahnya berasal dari India dan ibunya dari Mesir. Pada awal tahun 70-an dahulu – dizaman Presiden Idi Amin Dada - telah berlaku kacau bilau dan huru hara politik di Uganda. Ramai pendatang asing dan kaum imigran telah dihalau dari Uganda. Maka keluarga Irshad telah melarikan diri ke Canada. Ketika berpindah Irshad baru berumur 4 tahun. Sosok ini memang hebat. Dibentuk dari dua budaya tertua dalam tamadun dunia - Hindu dan Arab. Mendapat didikan agama Islam dan sekular di Vancouver, Canada. Pencapaian akademik Irshad cukup cemerlang. Semua maklumat ini aku dapati dari Lebai Google. Kalau salah Lebai Google maka salahlah aku. Klip yang aku 'terserempak' dalam YouTube itu tidaklah menggemparkan. Si Irshad ini telah menulis sebuah buku bertajuk - 'The Trouble With Islam Today' atau dalam bahasa Melayunya – 'Masalah Islam Hari Ini'. Klip yang aku tonton ini ialah ucapan si Irshad ketika mempromosi buku ini. Wow! - 'The Trouble with Islam Today' - pastilah satu tajuk buku yang menggemparkan. Dalam suasana kempen 'War On Terror', pastilah buku ini 'meletup'. Dalam strategi kuasa imperial Anglo-Amerika, musuh yang menjadi sasaran pada ketika ini ialah gerombolan fundamentalis Islam. Kalau dahulu yang diserang ialah Soviet Union dan China kerana negara ini menjalankan dasar ekonomi sosialis, hari ini Amerika mengajak kaum kerabatnya melihat Islam sebagai musuh. Justeru, ketika Irshad mengiklankan buku ini pastilah buku ini akan terjual seperti larisnya pelampong terjual dalam kapal Titanic. Tetapi dalam masa yang sama aku juga wajib jujur kerana aku belum lagi membaca buku ini. Jadi adalah tidak sopan - tidak bersifat intelektual - jika aku menulis tentang pekara yang aku belum baca. Buku ini dikatakan telah diharamkan dari menemui pembaca macam aku ini di Malaysia. Kenapa buku ini diharamkan wallahhu'alam – tidaklah aku tahu sebab musababnya. Kemudian aku terlupa akan klip YouTube tentang Irshad Manji ini. Aku tidak pula berusaha untuk menyeludupkan buku 'The Problems With Islam Today'. Aku berpendapat tanpa buku si Irshad ini, aku sendiri telah mengetahui banyak masalah yang sedang dihadapi oleh penganut agama di Malaysia ini. Mustahil aku tidak menyedari tentang kisah-kisah keluarga berebut-rebut mayat. Tentang kubur-kubur digali kembali untuk melihat sama ada si mati ini bersunat atau tidak. Tentang perebutan anak kerana si Ayah dari 'taniwalla' telah menjadi penganut yang soleh. Mustahil aku tidak mengetahui tentang Lina Joy. Malah aku juga tahu dan kenal kisah-kisah anak-anak muda yang dilamun cinta. Tetapi cinta mereka terhalang kerana berlainan agama. Ada anak muda yang mengundurkan diri dari Malaysia kerana mahu berkahwin tetapi tidak mahu menukar agama. Ada anak muda yang lari dari Malaysia kerana ingin menukar agama. Mustahil aku tidak menyedari tentang 'hukum sebat' yang dikenakan ke atas para penganut atas nama Islam. Mustahil aku tidak mengetahui bagaimana agama telah digunakan untuk menipu golongan miskin. Bagaimana agama telah digunakan untuk menghalalkan tanah orang kampung dirampas. Bagaimana agama digunakan untuk menafikan hak warga dari ditipu dalam pilihan raya. Bagaimana salasilah budaya Melayu telah diroboh dan dirosak-punah atas nama agama. Justeru, aku merasakan tidak perlu aku mencari buku yang telah diharamkan ini. Di hadapan mata aku ada bertaburan ayat-ayat yang belum disusun untuk dijadikan buku. Bertaburan naratif tentang kehidupan warga yang terseksa kerana agama. Bertaburan kisah absurd jika dipentaskan akan menandingi kerja teater Luigi Pirandello. Tiba-tiba dua minggu lalu aku terbaca kenyataan Ketua Dewan Pemuda Pas yang ingin melarang kemasukan seorang hamba Allah ke Malaysia. Aku menyangka hamba Allah ini adalah warga Indon kerana namanya macam nama Melayu. Aku hairan dan ingin mengetahui apa pula kesilapan Mat Indon ini sehingga perlu dilarang untuk memasuki Malaysia. Lalu aku bertanya dengan Lebai Google. Demi Zeus, aku terperanjat besar. Hamba Allah ini bukan lelaki dari Jawa. Rupa-rupanya hamba Allah ini tidak lain dan tidak bukan ialah hamba Allah yang pernah aku terlihat dalam YouTube dahulu. Irshad Manji sedang melakukan lawatan ke Indonesia. Dia juga sedang merancang untuk datang ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur dikatakan Si Minah ini akan mengadakan perbincangan terbuka di sebuah gedung ilmu. Aku juga difahamkan bahawa Irshad Manji ini akan melancarkan bukunya yang telah di Melayukan. Mendengar gedung ilmu ini menjadikan aku terangsang. Aku ingin juga melihat dengan mata kepala aku sendiri muka cun si Irshad Manji ini. Kemudian berita kesampain Irshad Manji ini senyap. Aku tidak tahu apakah dia akan datang atau tidak. Apakah tuntutan dari Dewan Pemuda Pas itu telah ditunaikan. Kemudian seorang kawan yang juga seorang penulis memberitahu bahawa perbincangan pencerahan universiti telah dibatalkan. Dua buah universiti telah membatalkan program pencerahan ini. Pelancaran buku terjemahan Irshad di sebuah kedai buku tersohor juga dibatalkan sama. Untuk aku pembatalan sebagini bukan satu yang baru. Ketika aku membuat teater Tok Ampoo pada tahun 1999-2000 telah beberapa kali beralih tempat walau pun tiket telah terjual. Tekanan dari pihak berkuasa menjadikan tuan empunya dewan kecut lagi mecut. Dalam masa yang sama aku terbaca dalam media tradisional tentang beberapa NGO Melayu Islam menuntut agar Irshad Manji tidak dibenarkan masuk ke Malaysia. Jika telah masuk, maka wajib dihalau keluar dan program Irshad Manji ini diharamkan. Mengikut tuntutan NGO ini, pandangan Irshad Manji ini amat-amat berlawanan dengan Islam. Akhirnya aku diberitahu Dewan Perhimpunan China telah bersetuju menyewakan dewan untuk Irshad Manji melancarkan bukunya. Petang itu aku menapak ke Dewan Perhimpuan China. Aku terlewat 10 minit. Ertinya aku tidak mendengar ayat-ayat suci awal yang telah dibaca oleh Irshad tentang perlunya kita merendah diri dan tidak angkuh kerana kita semuanya hamba Allah. Untuk aku tidak ada apa-apa yang belum pernah aku dengar dan aku baca tentang Islam yang dikatakan oleh Irshad. Aku mengetahui bagaimana Baitul Hikmah didirikan di zaman Khalifah Harun al-Rashid dan anaknya al-Ma'mun. Ini di zaman kegemilangan pemerintahan Abbasid dikurun ke 9 hingga ke-13. Baitul Hikmah atau Gedung Ilmu ini menjadi sarang pemikir yang membawa ahli falsafah, guru dan murid dari Timur dan Barat. Kota Baghdad menjadi kota ilmu dimana segala buku yang boleh ditemui di zaman itu akan diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Ketika kota Baghdad bersinar sebagai kota ilmu, Eropah masih lagi dalam Zaman Gelap - Dark Ages. Ingin aku merakamkan disini bahawa semua buku-buku falsafah Greek kuno - tulisan Aristotle, Plato, Xenophanes, Phthagoras, Epicurus - semuanya diterjemahkan untuk keilmuan pemikir Arab dan kaum kerabat di Baitul Hikmah. Wajib juga aku rakamkan disini bahawa Al-Farabi ahli falsafah tersohor itu juga dinobatkan sebagai Aristotle Kedua. Peranan Al-Farabi dan ahli-ahli falsafah Arab merungkai falsafah Greek kuno seperti Aristotle, Socrates dan Plato hingga terbuka pintu Pencerahah/Renaissance di Eropah. Berakhirnya Zaman Gelap di Eropah adalah hasil pemikiran falsafah Arab. Aku menulis tentang Pencerahan dan falsafah Greek ini kerana aku amat yakin bahawa perbincangan terbuka - berpandukan ilmu dan falsafah adalah jalan terbaik. Kita semua membaca berita pembuangan bayi setiap bulan. Kita juga membaca hukum hakam yang dikeluarkan seolah-olah mereka yang membuat hukum hakam ini 'sedang online dengan Yang Maha Esa'. Kita juga dihadapkan dengan pelbagai fatwa dan fatwi. Pada hemat aku, menutup dari membincangkan perkara-perkara ini kerana mereka yang ingin berbicara tanpa tauliah atau tidak tahu berbahasa Arab tidak lagi dapat diterima pada zaman internet ini. Ilmu pengetahuan kini bertaburan dan bersepah-sepah. Dimana sahaja boleh ditemui. Buku Irshad yang diharamkan itu boleh dimuat turun dari laman rasmi Irshad Manji. Menahan anak-anak muda kita dari mengetahui tentang seks dan hubungan seksual dalam zaman internet ini samalah seperti menahan matahari muncul dari sebelah Timur. Kepelbagian pandangan wajib dihamparkan, dibincangkan dan dirungkai. Yang baik diterima dan yang tidak sesuai ditolak. Inilah satu perkara yang aku rasa sebagai kunci dan isi kandungan ceramah Irshad Manji di Dewan China pada petang itu. Umat Islam - menurut Irshad Manji wajib menerima kepelbagian. Kepelbagaian yang wujud dalam dunia ini adalah juga rahmat dari Allah. Kepelbagian ini wajib dirayakan bersama. Petang itu Irshad tidak 'berkhutbah' panjang. Selesai berceramah ada sesi soal jawab. Sesi soal jawab ini menjadi menarik kerana ini berkait dengan buku 'Allah, Kebebasan dan Cinta' yang juga dilancarkan sama. Untuk aku si Irshad Manji menjadi kontrovesi kerana dia secara terbuka telah jatuh cinta dengan wanita. Cinta sajenis ini menjadi perbincangan hebat. Keberahian perempuan terhadap perempuan ini dikatakan oleh satengah alim ulamak sebagai unsur yang menghuru-harakan Islam. Akhirnya disini aku ingin merakamkan tentang Abu Nawas penyair dizaman Khalifah Harun Al-Rashid - dizaman kegemilangan ilmuan di Baghdad. Abu Nawas atau Abu-Nuwas al-Hasan ben Hani al-Hakimi (756-814) - adalah juga seorang lelaki yang telah jatuh cinta dengan lelaki. Abu Nawas menulis puisi khamriyyat – merayakan air anggur - genre puisi yang mempengaruhi Omar Khayyam dan Hafiz. Abu Nawas juga membawa syair bergenre mujuniyyat - humour erotik - tentang lelaki jatuh cinta dengan lelaki. Hingga ke hari ini singgahlah ke bumi Arab pasti akan kedengaran puisi-puis ini. Qasidah Abu Nawas terus didendangkan untuk dirayakan hingga ke hari ini. Di zaman pemerentahan Khalifah al-Amin - putera Harun al-Rashid , Abu Nawas duduk setaraf bersama para Iman, Kadzi dan ahli falsafah untuk membincangkan keilmuan dan garis tamadun manusia. Keberahian Abu Nawas terhadap lelali tidak menggugat perkembangan keilmuan Baitul Hikmah.(TT) layari radio bangsar utama untuk punk rock: |
PILIHAN RAYA KE 13 TIPU JIKA 8 TUNTUTAN BERSIH TIDAK DI TUNAIKAN Posted: 03 Jun 2012 09:54 PM PDT KOMENTAR TUKAR TIUB jelas united malays national organisation telah hilang pengaruh jelas orang ramai telah menolak gerombolan jelas orang ramai akan humbankan gerombolan tapi awas! gerombolan sedang merancang gerombolan akan menang dalam pru13 ini bagaimana? 1- mat bangla diberi kad penganalan 2- mat indon diberi kad pengenalan 3- mat myanmar diberi kad pengenalan 4- kawasan mengundi dialih macam kes MB selangor 5- nama pengundi dihilangkan 6- mat indon mat banglamat mayanmar menjasi pengundi hantu 7- 240 ribu pekerja spr mengundi awal TAPI tak guna dakwat kekal 5- pengundi pos masih wujud DAKWAT KEKAL ini satu penipuan kerana 240,000 pekerja spr yang mengundi awal tidak akan dikenakan dakwat kekal mereka ini akan mundar mandir untuk mengundi bekali kali untuk memastikan gerombolan menang KALAU DITIPU - RAKYAT AKAN BERDEMO SELANGOR diselangor sahaja ada 450,000 nama pengundi yang todak diketahui asal usul kerajaan selangor sedang cari satu persatu ketua kampong ahli jkk tok penghulu semua telah diarah untuk kenal siapa pengundi bari ini justeru ini akan mengambil masa kerana itu jika najib buat pilihanraya selangor TIDAK akan ikut selangor hanya akan mengadakan pilihanraya sesudah nama nama ini dikenal dan nama nama ini dibersihkan dari senarai pengundi PRU 13 AKAN DATANG jika gerombolan menang sebelum 8 tuntutan bersih ditunai sebelum senarai piliharaya dibersihkan sebelum isu kad pengenalan segera diselesaikan makan kemenangan gerombolan adalah dengan cara tipu rakyat akan marah bila rakyat marah rakyat akan kelaur ke jalan raya disini madey dan muhyiddin telah berkata yang rakyat akan keluar berdemo kalau orang ramai tidak ditipu orang ramai tak perlu berdemo orang ramai akan keluar berdemo kalau mereka ditipu ini bukan satu ancaman ini satu janji RAKYAT BERDEMO KALAU DITIPU PENIPUAN BESAR_BESARAN DALAM PRU13 - harakah daily KUALA LUMPUR: Adakah penipuan besar-besaran akan dilakukan dalam pilihan raya umum sehingga pemimpin Umno berulang kali menuduh Pakatan Rakyat akan berdemonstrasi jika tewas, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. " Muhyiddin (Yassin) ulang semula tuduhan Mahathir dan mendakwa Pakatan akan mengadakan demonstrasi besar sekiranya tewas dalam pilihan raya akan datang. "Kenapa? Adakah penipuan besar-besaran sedang dirancang dan akan dilakukan dalam pilihan raya akan datang sehingga kerap sangat memberikan isyarat awal PR akan kalah," soal beliau. Muhyiddin ketika melancarkan jentera Barisan Nasional Kuala Lumpur semalam, menyetujui pandangan Dr Mahathir yang menuduh perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu merupakan pemula kepada kekacauan pilihan raya. Bagi Mohamad, beliau sudah menjawab tuduhan itu dalam ucapannya semasa Himpunan Hijau menuju Putrajaya di Alor Setar Jumaat lalu. Dalam ucapannya itu, beliau mengulangi penegasan bahawa PAS memilih demokrasi untuk ke Putrajaya. Malah, katanya lagi dalam ucapan itu, walaupun penindasan demi penindasan dihadapi, PAS tetap menjunjung demokrasi dengan berceramah, memberi kuliah, menyebarkan risalah, berforum dan mencetak akhbar. PAS, katanya lagi, terus komited dengan demokrasi walaupun ahli-ahlinya dipenjara dan dibunuh. Hadirin yang hadir dalam himpunan itu melaung tanda setuju apabila Mohamad berkata kerajaanlah yang memaksa rakyat keluar ke jalan raya. "Rakyat keluar ke jalan raya adalah pilihan pemerintah. Pemerintahlah yang selalunya memaksa rakyat keluar ke jalan raya "Mereka menipu dalam pilihan raya, mereka tipu daftar pemilih. "Kalau ini kerajaan lakukan bererti kerajaan Barisan Nasional mengundang rakyat ke jalan raya," kata Mohamad dan disambut dengan gemuruh oleh ratusan ribu yang hadir dalam himpunan itu. radio bangsar utama laporan berani lawan: |
SILA BACA INI - AMAT PENTING UNTUK JANGAN DITIPU Posted: 03 Jun 2012 09:21 PM PDT KOMENTAR TUKAR TIUB rancangan untuk menipu dalam pilihan raya telah diketahui oleh orang ramai united malays national organisation tidak lagi mendpat sokongan justeru hanya degan menipu hanya dengan undi hantu hanya dengabn undi bangla hanya dengan undi indon hanya dengan undi myanmar hanya dengan undi pos hanya dengan pekerja spr mengundi berulang ulang baru lah gerombolan dapat menang dibawah adalah ucapan haji hadi jelas ucapan ini menunjuakan bahawa parti pas dan pakatan rakyat sedar tentang rancangan untuk menipu ini para pengundi wajib waspada! SELEPAS SELESAI PENIPUAN BARU BUAT PILIHAN RAYA - harakah daily KUALA LUMPUR: Selepas penipuan, menaburkan duit rasuah kepada seluruh pengundi atau isu yang dijadikan perangkap samar kepada parti lawan, juga fitnah disebarkan, maka tarikh pilihanraya barulah diumumkan. "Beginilah sifatnya demokrasi di Malaysia," kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) dalam satu kenyataannya kepada media. Berikut adalah kenyataan penuh beliau. DUA EKOR MERANCANG PENIPUAN BILAKAH TARIKH PILIHAN RAYA Tarikh Pilihanraya Umum ke-13 masih dalam ramalan berbagai pihak. Beginilah sifatnya demokrasi di Malaysia. BN yang berketuakan Umno mempunyai kuasa penuh untuk mewajibkan kemenanganya dengan segala cara, daripada menggunakan media sebelah pihak, menabur politik wang rasuah, menyalahggunakan duit negara, memaksa jentera kerajaan, menambah pengundi dengan pelbagai cara, sehinggalah menentukan tarikh pilihanraya. Seluruh dunia yang menghayati sistem demokrasi yang memberi hak kepada rakyat manjadi hakim yang bebas dan adil, hanya badan bebas yang mengendalikan pilihanraya menentukan tarikh pilihanraya. Bukan sahaja dipilih tarikh paling selesa kepada rakyat dan semua parti politik yang berhak, bahkan tempoh yang lama telah diketahui umum. Ada kalangan negara telah menetapkan tarikh pilihanraya berikutnya lebih awal, sebaik sahaja pilihanraya umum selesai diadakan. Ada juga menetapkan kemudiannya, tetapi tempoh masa yang lama diketahui umum. Hanya negara yang mengamalkan sistem satu parti sahaja memerintah, seperti negara komunis dahulu dan negara sapertinya, kerajaannya menetapkan pilihanraya dalam tempoh terdekat mengikut keselesaannya boleh mencapai kemenangan dan rakyat lebih berpeluang memilih satu parti yang telah memerintah walaupun banyak melakukan kesilapan. Di negara kita Malaysia, kerajaan BN memilih cara yang wajib menjamin kemenangan BN selama-lamanya. Maka kerajaan BN sahaja berkuasa menentukan tarikh setelah segala persediaan untuk kemenangannya diatur. Setelah selesai mengatur penipuan, menaburkan duit rasuah kepada seluruh pengundi atau isu yang dijadikan perangkap samar kepada parti lawan, juga fitnah disebarkan, maka tarikh pilihanraya barulah diumumkan. Termasuk juga peluang musim haji yang menjadi ibadat wajib kepada penganut Islam yang merupakan pengundi terbesar. Hanya segelintir umat Islam yang dapat membezakan diantara wajib mudayyak yang tidak boleh ditangguh dan wajib muwassaa yang boleh ditangguh. Umno yang memisahkan politik daripada agama tidak peduli kepada musim haji yang menafikan hak sebahagian besar rakyat, kerana kaedahnya wajib menang dengan apa cara sekali pun. Beginilah nasib rakyat Malaysia sejak dahulu sehingga kini. Rakyat diulit dengan berbagai lagu dan irama politik murahan, walaupun merosakkan akhlak ditempat yang sudah rosak dan ditayangkan lagu agama ditempat beragama, kerana sifat pragmatik Umno bersama rakannya dalam BN. Namun kita menyaksikan alam yang bersifat berubah, termasuk alam politik. Sistem kuku besi komunis yang menguasai negara kuasa besar dunia Soviet Union hancur berkecai dan berubah ke arah demokrasi, sehingga negara komunis mengubah pendekatan. Selepas itu Filipina meninggalkan Marcos dalam kenangan, diikuti oleh Suharto di Indonesia dan akhirnya negara-negara Arab yang dikuasai kerajaan tentera yang menetapkan keputusan pilihanraya sebelum pilihanraya lagi. Bahawa parti kerajaan pasti menang mencapai lebih sembilan puluh sembilan peratus. Namun negara tersebut ikut sama melakukan Islah sistem demokrasinya. Begitu juga yang terakhir di Myanmar. Kita mengharapkan negara Malaysia yang berslogankan sopan santun, naik turun pemimpinnya juga melalui sopan santun, bukannya dengan cara memalukan. Mereka akan dikenang sejarah oleh generasi akan datang kerana sejarah tidak mampu ditipu dengan apa cara sekalipun. PAS mengajak masyarakat Islam khasnya membetulkan imej Islam yang dirosakkan oleh Umno, atau tegasnya PAS ganti Umno, dan mengajak masyarakat semua kaum amnya bersama Pakatan Rakyat mengganti Barisan Nasional. Sekiranya kemenangan berpihak kepada kami, maka segala kerosakan sistem demokrasi yang berlaku wajib diperbetulkan. Walaupun dimasa depan rakyat menolak PAS dan Pakatan Rakyat dengan jalan yang adil disebabkan kesalahan dan kelemahan pemerintahan, tetapi bukannya dengan cara menipu yang menzalimi diri sendiri. PRESIDEN PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang layari sekarang: |
MENUNGGU FILEM : MURTAD KU MURTAD KU JUA - HASAN ALI JATI Posted: 03 Jun 2012 08:31 PM PDT KUASA TENAGA MATAHARI NOTA: lihat bagaimana kuasa matahari sedang digunakan untuk menjalan kempen memurtadkan orang melayu rancangan licik dan jahat orang kristian ini hanya di ketahui oleh hasan ali jati bagaimana kitab injil boleh mendapat tenaga dari sinaran matahari hingga ke hari ini hanya hasann ali jati saje yang tahu kah kah kah KDN TAYANG VIDEO BERSIH 3.0 RABU INI - meloya KLUANG 3 Jun - Tayangan video 'sebenar' mengenai perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu, boleh ditonton oleh orang ramai di laman web Kementerian Dalam Negeri (KDN), Rabu ini. Hishammuddin Hussein berkata, proses memuat naik rakaman video yang dipanggil The Good, The Bad and The Ugly di laman web KDN, akan selesai selewat-lewatnya Selasa ini. "Selewat-lewatnya Selasa ini, insya-Allah dapat dimuatkan dalam laman web KDN dan pagi Rabu orang ramai dapat melihat sendiri visual yang dapat kita kumpulkan daripada pelbagai pihak. JENG JENG JENG JENG JENG JENG JENG JENG JENG woit...PASAL APA LAMBAT SANGAT.... kah kah kah.... kah kah kah...TAK KAN ADA ADIGAN TAMBAHAN KUUUT.... kah kah kah kah kah kah... MESTI ADA TAMBAHAN ISAP ISAP.... kah kah kah.. kah kah kah..BUATLAH TAMBAHAN LIWAT LIWAT ...kah kah kah.. kah kah kah... BUAT ADIGAN BABI PANGGANG.... kah kah kah.. woit...BARU BEST.... kah kah kah... woit... APA JADI DENGAN FILEM MURTAD KU MURTAD KU JUGA.... kah kah kah.. kah kah kah... APAKAH BELUM LEPAS PENAPISAN LAGI.... kah kah kah.. kah kah kah.... SATU DUNIA SEDANG TUNGGU MURTAD KU MURTAD KU JUA....kah kah kah.. kah kah kah...KESAH MURTAD KERANA SOLAR POWER..... kah kah kah.. NOTA: macam macam dibuat semua untuk menipu semua menipu melayu kah kah kah radio bangsar utama berani langgar: |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan