DIALOG RAKYAT |
- Khalid : Buat RCI Tentang Pengundi di Selangor Juga
- Potongan 25 Peratus Cukai Pintu Untuk Flat Kos Rendah Selangor
- Jika Greece Keluar Daripada Kesatuan Eropah. Ekonomi Malaysia Akan Menerima Kesannnya?
- Penghinaan Orang Bertaraf Prof Terhadap Tok Guru Nik Aziz
- Sokongan Najib menjunam, tangguh lagi la PRU13?
- KAMI tidak mahu tanding pilihan raya
- Kisah Di Larut: Ahli UMNO Yang Sertai UMNO, Bukan PAS
- Fenomena Hijau: Fitnah "anti-Islam" disanggah dengan lautan manusia
- Bayar: Muhyiddin ingat orang PAS macam Umno
- Himpunan peneroka Felda halang penyenaraian FGVH
- YDP PAS Jeli saman blogger RM1 juta
- Geran Tanah: Masa BN RM24,000, masa Pakatan RM1,000
- Himpunan Hijau dan Himpunan Belia mula dibanding
- Visual Bersih 3.0: Kenapa tak tunggu 10 tahun?
- Baik hanya dari Tun M, buruk dari Pak Lah
- Peneroka NS juga tidak puas hati pembahagian saham FGVH
- Mohamad Nizar akan beri kenyataan polis rabu ini, kata Hishammuddin
- Dr M: Kebebasan Internet perlu ada batasnya
- Selangor catat pengundi belum daftar tertinggi, kata SPR
- PRU-13, selesaikan Hari Gawai dulu - PM
- DAP nafi kawal Pas
- Umno atau Pas yang terpinggir?
- Himpunan Hijau memberi suntikan ke Putrajaya
- Selepas selesai penipuan baru pilihan raya?
Khalid : Buat RCI Tentang Pengundi di Selangor Juga Posted: 04 Jun 2012 06:02 AM PDT SHAH ALAM : Bukan Sabah sahaja, Selangor juga perlu satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berikutan pertambahan pemilih yang mendadak di dalam daftar pengundi terbaru Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang menimbulkan banyak persoalan. MP Shah Alam, Khalid Samad berkata, pertumbuhan pemilih baru disifatkan luarbiasa dan di luar jangkaan. "Itulah di antara sebab mengapa kita melihat pertambahan yang begitu mendadak dan luarbiasa di Selangor di mana disebutkan hampir lebih 400 ribu pengundi baru dari 2008 hingga sekarang. "Kita juga banyak dengar bahawa orang Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Filipina yang telah diberikan kerakyatan dengan sewenang-wenangnya supaya mereka menyokong calon-calon Barisan Nasional (BN)," katanya kepada TVSelangor di sini hari ini. Khalid berkata kebanjiran warga asing yang mendapat kerakyatan semasa pilihanraya di Selangor dan di seluruh Semenanjung Malaysia mungkin akan berlaku seperti di Sabah. Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan penubuhan RCI di Sabah bagi menyiasat kebanjiran warga asing tanpa izin yang dipercayai diberikan kerakyatan semasa pilihanraya 1994. Bernama melaporkan suruhanjaya tersebut dijangka akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatannya ke Sabah sempena Pesta Kaamatan pada 9 Jun ini. Menurutnya, penubuhan RCI di Sabah itu disokong MP Pakatan Rakyat (Pakatan). MP BN sendiri tidak menafikan perkara itu berlaku apabila isu tersebut dibahaskan dalam sidang Parlimen lalu. "Ini untuk kita jamin pilihanraya di negara ini menjadi pilihanraya yang bersih kerana hanya rakyat sebenar yang memilih kerajaan. "Maka dengan ini, satu RCI untuk menjalankan siasatan berhubung warga asing diberikan kerakyatan ini perlu ditubuhkan dan perlu disegerakan sebelum pilihanraya umum diadakan," katanya. Abdul Khalid berkata, perkara itu amat serius kerana ia melibatkan jabatan dan agensi kerajaan yang mendaftarkan warga asing berkenaan. "Sebagaimana didedahkan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar bahawa SPR bersama Jabatan Pendaftaran Negara serta Majlis Keselamatan Negara telah bekerjasama untuk mendaftarkan warga-warga asing ini. "Apabila perkara ini didedahkan, kita melihat pihak yang disebutkan itu tidak memberikan satu penafian yang kukuh dan bersungguh-sungguh. Maka adalah diyakini perkara ini memang sedang berlaku," katanya. | ||||||||||||||||||||||||||||||
Potongan 25 Peratus Cukai Pintu Untuk Flat Kos Rendah Selangor Posted: 04 Jun 2012 05:55 AM PDT SHAH ALAM: Pemilik pangsapuri kos rendah di Selangor yang mendiami rumah tersebut akan menikmati potongan cukai pintu sebanyak 25 peratus. Potongan ini dibiayai daripada RM 100 juta yang dijimat Kerajaan Negeri setelah beberapa bulan mengambil alih sistem pelupusan sampah daripada Alam Flora Sdn Bhd. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pemilik yang layak menerima diskaun itu hendaklah mendaftar dengan Badan Pengurusan Bersama (JMB) pangsapuri masing-masing terlebih dahulu. Kerajaan Selangor akan kemudiannya memberikan rebat kepada pemilik terlibat. "Saya nak umumkan dari hasil penjimatan kita buat tak sampai satu tahun kita telah dapat mengurangkan kos pengendalian pelupusan sampah. "Oleh itu saya telah berbincang untuk memberikan diskaun cukai pintu kepada pemilik rumah pangsa kos rendah," kata Abdul Khalid. Beliau mengumumkan ini di dalam sidang akhbar selepas menyerahkan 15 lori pemampat sampah kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pagi tadi. Bagaimanapun menurut Khalid, diskaun cukai pintu itu hanya diberikan kepada pemilik rumah kos rendah yang mendiami sendiri rumah mereka itu. "Kita akan berkerjasama dengan JMB sesuatu pangsapuri bagi mengenal pasti samada unit kediaman kos rendah itu didiami sendiri oleh pemilik atau mereka menyewakannya," katanya lagi. Menurut Khalid, JMB akan memantau dan menentukan pemilik yang layak untuk menerima rebat berkenaan. Kerajaan Selangor mengambil alih sistem pelupusan sampah dari Alam Flora pada Ogos tahun lepas. | ||||||||||||||||||||||||||||||
Jika Greece Keluar Daripada Kesatuan Eropah. Ekonomi Malaysia Akan Menerima Kesannnya? Posted: 04 Jun 2012 05:52 AM PDT Wang kertas tiada nilai, wang kertas makin banyak dicetak tetapi hakikatnya simpanan emas tiada. Kelompok yang memperkenalkan wang fiat mempunyai agenda tersendiri untuk menindas dunia dengan ada hutang/interest melalui pinjaman tetapi akhirnya sudah kelihatan "senjata sudah makan tuan". Banyak negara-negara di sekitar Afrika telah menjadi mangsa kegagalan/bangkrap daripada kesan penggunaan wang kertas dan juga inflasi melampau-lampau.
Sebelum ini Kesatuan Eropah telah pun meluluskan pinjaman bernilai US$50 bilion kepada Greece. Sekarang ini sudah habis? Selain daripada masalah salah urus tadbir negara, tipu angka ekonomi, kronisma dan nepostime yang berleluasa, kegagalan negara Greece juga didapati mempunyai bilangan kakitangan awam yang sangat tinggi, ratio antara yang tertinggi di dalam Kesatuan Eropah. Ini yang menyebabkan kos perbelanjaan kerajaan mereka. Dengan ditambah dengan sistem yang tidak efisien telah turut menyumbang kepada kejatuhan cepat ekonomi Greece.
Begitu juga penipuan yang berleluasa di Greece dalam industri farmasi contohnya menambah lagi beban teruk kepada kerajaan Greece bagi membendung kemunduran ekonomi mereka ketika ini.
Jika negara Greece keluar daripada Kesatuan Eropah akan memberikan risiko yang cukup besar kepada negara Eropah lain yang akan terdesak untuk turut keluar sama.
Ditambah pula isu sekarang ini Itali, sebuah negara yang memilki hutang bertrilion dollar dan Sepanyol yang merupakan pemegang ekonomi terbesar selepas Jerman dan Perancis di mana Sepanyol yang kaar pengangurannya sudah mencapai ke paras 22% (kadar pengangguran golongan muda melebihi 50%) dan juga malapetaka terhadap ekonomi Sepanyol antara lainnya disebabkan dalam tempoh 10 tahun nilai hartanah naik melambung tinggi.
Sekarang ini Eurozone teruk sebab masalah Euro di mana semasa pengasasan matawang Euro tu sendiri. Bayangkan kami berikan contoh mudah sebegini rupa di mana katakanlah kita juga berkongsi matawang dengan negara Asean yang lain :
Jadi, apa risikonya?
Persoalannya sekarang ini, adakah Malaysia akan menerima tempias jika Greece keluar daripada Kesatuan Eropah?
Walaubagaimanapun, bagi kami apa yang patut dibuat bukannya menghalang Greece keluar dari Euro, tetapi menghalang spekulator sedunia daripada terus menerus bermain matawang dan komoditi utama sedunia. Tetapi, tahukah anda bahawa semasa krisis 1997, kita telah menuduh spekulator matawang sebagai parasit sedunia? Dan pada hari ini, ramai rakyat Malaysia turut bermain jual beli matawang asing tanpa teringatkan beban kepada negara semasa 1997? Di Eurozone, pembahagian kekayaan agak seimbang, disebabkan kerajaan mereka yang kebanyakannya mengamalkan sistem kebajikan sosial. Oleh itu, sekiranya Eurozone menghadapi masalah matawang maka kesannya hampir semua merasa kejatuhan dalam keupayaan membeli mereka. Manakala di zon ekonomi lain, pembahagiannya lebih tidak setara. Dari serendah 20% rakyat mengawal hampir 80% sehingga seteruk-teruknya 5% rakyat menguasai 95% kekayaan. Bagi sebuah zon ekonomi menggantikan Eurozone secara efektif, setiap produk yang sepatutnya dibeli oleh Eurozone perlu dibeli oleh penduduk dalam zon ekonomi lain.
Nampak kesan rantaiannya di situ? Dan, jika sebuah negara seperti ……
Oleh itu, sesebuah negara yang mempunyai ketiga-tiga ciri seperti di atas jika masih tidak mahu mengambil sikap untuk berubah daripada sekarang secara total, alamatnya beban dan riskonya akan dipulangkan kepada rakyatnya untuk menganggungnya. Apa pandangan dan respon balas anda pula? Implikasi kepada dunia umumnya dan Malaysia amnya? | ||||||||||||||||||||||||||||||
Penghinaan Orang Bertaraf Prof Terhadap Tok Guru Nik Aziz Posted: 04 Jun 2012 05:15 AM PDT MSO Saya baru mendengar kritikan dan cercaan seorang Dr bernama Nasoha Saabin yang tahap pendidikan dan ilmunya bertaraf profesor terhadap Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Saya terkejut mendengar cercaan ataupun tuduhan yang kepada saya agak melampau dan tidak wajar keluar dari mulut seorang berdarjat sarjana setinggi itu. Saya tidak dapat menahan marah dan rasa terkilan lantas saya terus membuat posting ini setidak-tidaknya bagi menyejutkan gelora di hati. Dengarlah sendiri apa komen sang prfesor ini dalam you tube di bawah: LIHAT VIDEO DI SINI Profesor ini tiba-tiba diserang jin dan terus naik berang dengan tanggapan atau pun pandangan mengatakan stail dan gaya hidup politik Tok Guru Nik Aziz adalah stail dan gaya Islam atau menempati gaya hidup Nabi Muhammad. Beliau marah tanggap itu sebaliknya menganggap apa yang Tok Guru Nik Aziz lakukan lebih merupai gaya hidup atau stail dajjal dan Iblis. Alasanya Nabi mengajak manusia kepada Allah sebaliknya Nik Aziz mengajak manusia bersama Pas. Dangkal, jahil dan 'biawak mampos' sungguh pemikiran dan pengamatan minda profesor ini terhadap politik. Jelas beliau jahil tidak dapat menilai dan mengupas serta memahami mantik perjuangan Nik Aziz. Ada juga profesor seperti ini di negara ini. Kekesatan dan kekasaran beliau menggunakan bahasa dan anologi memburukan Nik Aziz itu saya tidak dapat menerimanya. Pasti kalau kata-kata itu dihemburkan di hadapan saya, saya akan menyempak orang sebegini dan meludah mukanya beberapa kali. Dia ternyata lebih busuk dan kohong dari Salentia yang melacur diri kepada kebendaan dan dunia. Orang digelar prof ini saya percaya membuat pernilaian demikian terhadap siasah Nik Aziz berdasarkan kepercayaan beliau bahawa Tok Guru itu membuat pernyataan bahawa undi Pas akan masuk syurga atau perjuangan Pas adalah menyamai perjuangan Rasulullah? Pernyataan ini tidak disetujui oleh profesor ini dan inilah menjadikan dia persis babi gila yang menyodok bukit rendah. Tidak mengapa kalau tidak bersetuju atau hendak mencerca Nik Aziz. Sebalilnya apa yang perlu diketahui apakah sahih bahawa beliau (Nik Aziz) ada membuat pernyataan demikian; undi Pas masuk syurga? Kalau Nasoha tidak dapat mengesah atau mendengar sendiri pernyataan Nik Aziz itu maka jelas beliau membuat kesimpulan dan melebelkan Nik Aziz tanpa bukti-bukti yang jelas dan konkrit. Apakah itu bukan fitnah dan bukankah fitnah itu kawan syaitan? Di sini siapakah yang memakai akhlak syaitan dan iblis? Saya percaya cercaan Nasoha kepada Nik Aziz itu berdasarkan dakwaan seorang mufti kononnya Nik Aziz ada membuat kenyataan demikian. Kalau benar begitu Nasoha tidak boleh membuat tuduhan dan ulasan begitu kerana mufti itu sendiri belum memberi bukti yang Nik Aziz berkata demikian. Sampai ke hari ini mufti itu diam membisu apabila Nik Aziz meminta bukti atas tuduhan dan dakwaan itu. Adalah malang kalau orang bertaraf prof dianggap sebagai mursyid juga bertindak seperti sesetengah ketua cawangan parti politik atau pun turut sama menjalankan kerja-kerja syaitan atau bercakap sambil berkomor air liur syaitan seperti mana sesetengah dilakukan oleh editor akhbar PB. Nampaknya negara ini ditimpa malang yang bermalangan kerana bukan saja orang politk mulut busuk, ulama dan sarjana kepala notak juga mula dhinggap penyakit birat mulut. Dalam pemerikasaan di geoogle, Nashoa merupakan anak Melayu pertama mendapat kelulusan sarjana dalam bidang Optometri dari Universiti Melbourne Australia. Sekarang beliau merupakan dekan di Fakulti di International University College of Tehnology Twintech, Pengerusi Octagon Petroleum Technology Sdn Bhd dan Pengarah dan Perunding Utama di Integrative Holistic Wellness Centre Sdn Bhd. (Sila rujuk: http://mthago.wordpress.com/drn/) Selain itu beliau juga seorang pemuja Mahathir Mohamad dengan mengarang syair, puisi dan lirik-lirik lagu menyanjung tinggi Mahathir Mohamad. Dari latar belakang aktiviti itu jadi tidak hairanlah kalau profesor ini bertindak macam profesor gila. _________________________________________________ Nota Pencatat : Sila ikuti tulisan Dr Nasoha Saabin di sini | ||||||||||||||||||||||||||||||
Sokongan Najib menjunam, tangguh lagi la PRU13? Posted: 04 Jun 2012 05:02 AM PDT
Kalau tengok ke laporan kaji selidik yang Merdeka Center buat memang nampak sangat sokongan kepada Najib sebagai Perdana Menteri turun menjunam. Kalau tengok ke angka dalam jadual macam yang aku salin tampal kat bawah tu nampak sangat penurunan mendadak terutama sekali untuk segmen pengundi cina dan juga untuk segmen berpendapatan sederhana. Tapi kalau tengok ke peratus yang sokong Najib tu nampak macam Umno BN masih boleh menang, masih boleh menguasai Putrajaya kalau buat pilihanraya sekarang. Tapi taktau la pulak, kalau Najib harap untuk dapat balik 2/3 parlimen, kalau takat sokongan macam jadual kat bawah tu nampak macam payah la nak dapat, kalau takat nak menang majoriti mudah memang boleh. Apa pun, harus barang diingat, masa sebelum PRU12 rasanya takdak kajian yang buat laporan kemundkinan sampai 5 negeri BN akan kalah, macam tu jugak di parlimen aku tak pernah terbaca yang BN akan hilang 2/3. Jadinya laporan macam ni boleh untuk dibaca, boleh untuk diambik tindakan tapi tak boleh untuk 'beriman', memang sangat-sangat tak sesuai. Apa pun, kita tunggu sajalah tak kira bila pun Najb nak bubarkan Parlimen. Kuasa tu ada pada dia, kecuali la kalau tiba-tiba Agong berani untuk 'memaksa' atau 'menderhaka' kepada Perdana Menteri. Setakat hari ni katanya tempoh yang paling popular yang ke depan ni adalah selepas Raya Puasa dan sebelum musim Haji. Parlimen mungkin dibubar dalam bulan puasa. Apa pun, untuk laporan kajiselidik tu boleh baca di MerdekaReview atau baca terus di MerdekaCenter.
Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/06/sokongan-najib-menjunam-19-18-tangguh.html#ixzz1wokaMehA | ||||||||||||||||||||||||||||||
KAMI tidak mahu tanding pilihan raya Posted: 04 Jun 2012 04:55 AM PDT
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Presidennya, Khalid Ismath (gambar), mereka berkata walaupun mengambil sikap tidak bertanding, mereka terus bersama-sama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). "KAMI masih akan terus bersama-sama SMM dalam koalisi untuk menyuarakan hak dan hasrat mahasiswa yang KAMI telah sepakati. Walaubagaimanapun dalam isu mahasiswa bertanding dalam PRU13 kami mengambil pendirian yang berbeza," kata Khalid dalam kenyataannya. Mereka memberikan alasan untuk lebih fokus dalam memperjuangkan isu-isu mahasiswa dan rakyat, hak asasi manusia dan perundangan serta bertindak sebagai kuasa ketiga bagi memastikan konsep 'check and balance'dapat dilaksanakan dalam negara Malaysia. KAMI juga, katanya, berpaksi kepada perjuangan non-partisan , justeru penglibatan KAMI dalam PRU13 sebagai calon akan menjejaskan teras perjuangan yang didukung oleh front selama ini. KAMI juga, jelas beliau, mengutamakan idealisme dan aktivisme bagi anak muda dan mahasiswa untuk memastikan urustadbir dalam negara dijalankan dengan baik. "Jadi, KAMI memikul tugas bagi membangkitkan kesedaran dan kepedulian anak muda," katanya. Lagipun, katanya lagi, penglibatan sebagai calon dalam PRU memerlukan perancangan dan persediaan yang rapi serta masa yang sangat panjang. Mereka juga memberikan alasan, timbul persepsi daripada masyarakat bahawa gerakan mahasiswa sudah dijangkiti penyakit YBisme, korupsi, dan mahasiswa tidak lagi akan diberi kepercayaan sebagai third force atau sebagai system check and balance jika bertanding pilihan raya. | ||||||||||||||||||||||||||||||
Kisah Di Larut: Ahli UMNO Yang Sertai UMNO, Bukan PAS Posted: 04 Jun 2012 04:19 AM PDT KELAB GREENBOC Larut: PAS Kawasan Larut menafikan laporan yang disiarkan dalam Akhbar Sinar Harian dan Mingguan Malaysia bertarikh 3 Jun 2012(hari ini) yang melaporkan 688 ahli PAS di kawasan tersebut mengisyhtiharkan diri keluar parti dan menyertai Umno. Ketua Penerangannya, Mohd Akmal Kamaruddin berkata laporan tersebut adalah pembohongan terancang dan pengulangan skrip lama yang dilakukan Umno bertujuan meraih sokongan masyarakat di sini terhadap parti itu. Jelasnya"Ini adalah kali ketiga mereka membuat pembohongan serupa,mungkin disebabkan mereka berasa cemas dan tergugat setelah melihat momentum sokongan masyarakat di sini terhadap PAS dan Pakatan Rakyat yang semakin meningkat" Menurut Akmal lagi,pihaknya telah membuat semakan di setiap cawangan dan mendapati tidak wujud sejumlah yang dinyatakan bertindak keluar parti. Beliau turut membuat cabaran kepada Umno bahagian Larut agar mengemukakan bukti kukuh seperti sijil atau nombor keahlian kesemua 688 ahli PAS seperti yang dinyatakan bagi membuktikan kesahihan dakwaan tersebut. Ia bagi memudahkan kerja kita untuk megeluarkan nama-nama mereka daripada senarai ahli berdaftar sekiranya mereka adalah ahli PAS, katanya lagi Sebelum ini cabaran yang sama pernah dibuat beliau kepada Umno bahagian Larut apabila laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 18 April 2012 melaporkan 360 ahli PAS di kawasan ini bertindak keluar parti, namun sehingga ke hari ini cabaran tersebut tidak diendahkan mereka. "Yang sebetulnya bukan ahli PAS menyertai Umno, tetapi ahli Umno yang menyertai Umno. Semuanya hanyalah lakonan semata-mata," ujar Akmal lagi. Laporan akhbar Sinar Harian dan Mingguan Malaysia hari ini melaporkan beberapa orang ahli PAS telah membuat penyerahan borang menyertai Umno mewakili 688 ahli PAS kawasan ini kepada Ahli Parlimen Larut, Datuk Hamzah Zainuddin. Majlis penyerahan borang berlangsung di kediaman salah seorang bekas ahli PAS,Abdul Wahab Mahmud yang telahpun meisyhtiharkan diri keluar parti dan menyertai Umno beberapa minggu yang lalu.Abdul Wahab sebelum ini adalah ahli PAS cawangan Titi Kasai, Batu Kurau. Bagi merungkaikan segala pembohongan ini, Akmal berkata, pihaknya telahpun menziarahi seorang warga emas yang turut serta dalam majlis penyerahan borang tersebut bagi mendapatkan gambaran cerita sebenar. Beliau adalah Mohd Sulaiman Abd Wahab atau dikenali sebagai "Pak Su Mat" oleh masyarakat setempat. Apa yang menarik perhatian kami, beliau sendiri mengakui telah "dipergunakan" bagi tujuan menjayakan skrip yang dirancang Umno. "Saya hanya dipergunakan untuk kepentingan nafsu serakah Umno," katanya sewaktu menerima kunjungan PAS Kawasan Larut. Ujarnya lagi, memang wujud ahli PAS di sini menyertai Umno, tetapi hanya 2 orang, bukannya 688 seperti yang dilaporkan. Pak Su Mat turut mempelawa PAS kawasan Larut agar menganjurkan satu program ceramah bagi menafikan dakwaan tersebut di kediamannya yang hanya bersebelahan dengan kediaman Abdul Wahab Mahmud, tempat berlangsungnya majlis penyerahan borang 688 ahli PAS yang kononnya menyertai Umno. -paspb | ||||||||||||||||||||||||||||||
Fenomena Hijau: Fitnah "anti-Islam" disanggah dengan lautan manusia Posted: 04 Jun 2012 04:10 AM PDT WARNA ALAM Hijau adalah warna yang paling sesuai untuk semua kerana ia melambangkan kemesraan manusia dan alam sedangkan alam adalah lambang jiwa besar yang mampu menampung apa sahaja yang di dalamnya. Apabila melihat lambang hijau ia memaparkan satu lambang tanggungjawab untuk memastikan alam ini terus menjadi tempat untuk didiami oleh semua. Ingat hijau kita akan ingat impian kedamaian, keseimbangan dan ketenangan, ia adalah impian yang dikongsi oleh semua orang di alam ini. EKSPRESI HIJAU Di Alor Setar pada 1 Jun yang lalu Hijau menjadi tema di mana-mana namun ia bukanlah pertemuan menyelematkan alam ini dari dicemari dan dirosakkan, ia adalah pertemuan yang tidak kurang pentingnya dari menyelamatkan alam, ia adalah pertemuan menyelamatkan negara dari pencemaran warna Biru Pekat yang kini berasa tidak selamat lagi untuk meneruskan usaha pembiruan mereka ke atas sesetengah bahagian negara ini yang telahpun bertukar menjadi Hijau. Sesiapa yang hadir dalam pertemuan Hijau di Alor Setar baru-baru ini tidak dapat menafikan bahawa Hijau bukan lagi satu kuasa yang boleh dipandang ringan, Hijau telah membuktikan juga bahawa ia berjaya mencapai matlamat 100 ribu yang disasarkan dan sekaligus ia mewakili sokongan padu rakyat kepada pejuangannya. KEGILAAN HIJAU Saya berada di Alor Setar satu hari lebih awal untuk meninjau bagaimana keadaan orang ramai yang hadir. Saya membayangkan ia menjadi seperti aturcara tahunan biasa seperti Muktamar, namun mulai tengahari 1 Jun itu, suasana menjadi luarbiasa di mana bandar Alor Setar sesak dengan pengunjung dari seluruh negara. Ada yang datang dengan bas rombongan, kereta, motor dan hampir semua kenderaan membawa bendera hijau dengan bangganya. Bandar Alor Setar khususnya di sekitar stadium telah "ditawan" oleh gerombolan Hijau, satu "kegilaan" telah berlaku sejak tengahari tadi, semua berpakaian hijau membawa bendera hijau, memakai topi hijau dan bas dan kereta dihiasi dengan bendera hijau. BERSIAP SEDIA Paginya semua kepimpinan dari Dewan-Dewan dan Kawasan-Kawasan seluruh negara berhimpun di Kota Sarang Semut untuk mendengar ucapan dari Presiden parti dalam rangka menyiapkan para petugas dan jentera parti berhadapan dengan PRU 13. Dewan Markaz PAS Kedah itu dipenuhi dengan para peserta yang bersemangat. Lagu Negaraku berkemundang pada permulaan majlis disertai dengan lagu PAS "Bersatulah!" cukup untuk membangkitkan semangat siapa sahaja yang mendengarnya. Lagu PAS sendiri meremangkan bulu roma orang yang menghayati senikata lagunya, khususnya pada penghujungnya mengingatkan semua petugas dan pendokongnya: "Selamatlah Parti Islam melangkah, membimbing umah ke medan siasah, berpedomankan Al Quran dan Sunnah, suburlah hidupnya dan pasti berbuah". Buah yang hendak dipetiknya kali ini bukan calang-calang hasil, PAS mengidamkan mara ke Putrajaya untuk menyelamatkan negara ini dan membebaskannya dari terus dinodai angkara gerombolan Biru Pekat yang menjadi "penjajah" baru negara. MESEJ Malamnya, banjiran manusia di tempat duduk stadium Darul Aman dan di atas padangnya menunjukkan parti PAS tetap menjadi pilihan orang ramai walaupun ia difitnah dengan berbagai tohmahan oleh musuh tradisinya dari parti UMNO. Antara yang menjadi mentera di mulut pemfitnahnya ialah tuduhan bahawa ia telah lari dari perjuangannya dan sanggup bersengkongkol dengan parti "anti Islam". Mentera itu guna untuk menjauhkan orang Melayu daripada menyokong PAS.
Namun pada perhimpunan malam itu, dakwaan dan dakyah itu telah berjaya disangkal oleh PAS dengan kehadiran begitu ramai orang Melayu khususnya yang seolah-olah mahu membalas hujah fitnah itu dengan tindakan mereka hadir beramai-ramai di Stadium Darul Aman malam tersebut. Inilah yang menggerunkan musuhnya, seolah-olah taktik fitnah sebegitu sudah tidak boleh digunakan lagi kerana orang Melayu pun sudah mual dengan pembohongan UMNO ke atas PAS. Perhimpunan malam itu bukan sekadar perhimpunan tetapi ia adalah "bahasa badan" PAS untuk mengatakan "mentera kamu sudah tidak terpakai lagi, carilah cara lain untuk berhadapan dengan kami". PARTI NASIONAL Patriotisma jelas terserlah pada malam itu, kibaran bendera hijau diselangseli dengan jalur gemilang di mana-mana. Suasana malam itu adalah sesuatu yang menggalakkan pada PAS kerana ia telah meletakkan dirinya bukan sebagai parti lokal tetapi ia menjadi parti yang mencetuskan inspirasi nasional yang melihat kerangka Malaysia sebagai fokusnya dan bukan sekadar kerangka kedaerahan seperti hanya Kedah, Perlis atau Kelantan. Bagi membuktikan kesungguhannya melahirkan patriotisma ini, PAS telah membariskan semua kelompok berpengaruh dalam masyarakat untuk berucap menyatakan pendirian sokongan kepada PAS. Pernyataan ini penting kerana PAS mahu membawa mesej bahawa ia telah bersedia untuk memimpin negara ini. PAS bukan parti eksklusif untuk kelompok tertentu sahaja atau PAS bukan lagi parti "menumpang" populariti orang lain, tetapi PAS kini parti nasional yang merangkul semua pihak berada di bawah payungnya. Artis, sasterawan, bekas pegawai tinggi Polis dan bekas pegawai tinggi pentadbiran awam dan ramai lagi yang hadir adalah simbol penerimaan semua pihak kepada PAS. Malam itu adalah malam PAS menasionalkan dirinya tanpa disedari dan ia sesuatu yang terbaik untuk PAS. GENDANG DIPALU Pengacara Mahfuz Omar malam itu menunjukkan PAS tidak akan mengalah dengan tohmahan musuhnya, Naib Presiden PAS itu memberi amaran bahawa himpunan hijau akan digerakkan ke seluruh negara dan rakyat akan dimobilisasikan untuk hadir bagi menunjukkan sokongan kepada PAS dan rakan-rakannya. Timbalan Presiden PAS pula memberi amaran, "jangan 'paksa' rakyat turun ke jalanraya dengan mencemarkan demokrasi kerana jika pilihanraya yang tidak telus tidak dibaiki, rakyat terpaksa ke jalanraya!" Timbalan Presiden itu yang lebih dikenali dengan nama Mat Sabu seolah-olah mahu mengisyaratkan kemungkinan BERSIH 4.0 tidak dapat dielakkan jika regim hari ini masih tiada keazaman politik untuk membaiki sistem pilihanraya negara ini. Bahasa dan konotasi ucapan adalah umpama paluan gendang yang sudahpun dipalu pada malam hijau tersebut. KEKUATAN HAKIKI Tidak ada mana-mana parti politik setakat ini yang boleh menampakkan imej keislamannya lebih daripada PAS. Walaupun UMNO berusaha sedaya upaya untuk bersaing dengan PAS namun sukar untuk orang menerima bahawa UMNO lebih Islamik dari PAS. Malam itu dimulai dengan solat maghrib berjamaah dan munajat memohon Allah memberkati usaha PAS mara ke Putrajaya. Munajat adalah sinonim dengan PAS dan itu lambang kejituan asas keyakinan PAS kepada janji Allah bahawa kemenangan akan tiba akhirnya, kita hanya dituntut bekerja untuk kemenangan. Inilah uniknya PAS, mereka sesekali tidak pernah kecewa dengan usaha mereka kerana keyakinan mereka disandarkan kepada bantuan dari Allah yang dengan kehendakNya memberikan kemuliaan kepada siapa yang dikehendaki dan memberikan kekuasaan pada siapa yang Dia kehendaki. Presiden PAS dan Mursyidul Am PAS membawa mesej tersebut dalam ucapan mereka. Mursyidul Am PAS pula membaca bait syair Arab yang padat dengan pautan dan sandaran kepada Allah di saat manusia sudah kecewa untuk meminta kepadaNya. Bagi PAS, inilah kekuatan hakiki yang mengikat gerak kerja parti dan ahlinya mencapai cita-cita politiknya. PENUTUP Kita perlu ingat hijau juga adalah lambang kemarahan satu watak kartun marvel yang dipanggil "orang hijau" beliau adalah Hulk yang bertukar menjadi hijau apabila dia marah. Kata-katanya yang menjadi tagline ialah "anda tidak akan suka saya jikalau saya marah". Saya harap Ekspresi Hijau bukanlah satu kemarahan kerana UMNO pasti tidak akan suka kalau PAS marah, saya lebih suka menganggap ia lambang tanggungjawab PAS untuk memelihara keseimbangan dan kedamaian bumi tercinta ini. Untuk mencapai cita-cita tersebut halangan besar mesti diatasi terlebih dahulu, bagi PAS dan majoriti yang hadir malam itu halangan besarnya ialah UMNO dan bahtera BN yang dah rosak teruk. Selagi UMNO dan bahteranya terus menerus "mencemarkan" bumi Malaysia ini cita-cita kedamaian tidak akan tercapai. Sememangnya himpunan hijau di Alor Setar baru-baru ini satu mesej untuk rakyat Malaysia dan pastinya UMNO memahaminya dengan baik. *Dr.Mujahid Yusof Rawa (gambar kiri) adalah ahli parlimen Parit Buntar, merangkap Pengerusi Perpaduan Nasional PAS. | ||||||||||||||||||||||||||||||
Bayar: Muhyiddin ingat orang PAS macam Umno Posted: 04 Jun 2012 04:04 AM PDT
KUALA LUMPUR: "Tan Sri Muhyiddin Yasin ingat PAS seperti Umno, tanpa upah mereka tidak akan buat kerja sedangkan PAS melatih ahlinya berkorban dengan dengan apa sahaja untuk perjuangan Islam," tegas AJK PAS Pusat, Idris Ahmad. Ini ekoran Muhyiddin mendakwa peserta Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Alor Setar dibayar setelah media penipu mereka tidak lagi boleh menipu di zaman langit terbuka. Selama ini, kata Idris pemimpin Umno mengalami" terencat bilang" kerana tidak mampu membilang dengan betul. Beliau berkata, Umno akan mati jika ia menjadi pembangkang seperti PAS yang mampu bertahan sehingga hari ini. "Umno boleh hidup kerana ada kuasa sahaja, dari segi ideologi perjuangan sudah hancur terutama pimpinan pemuda yang menjadi pejuang projek bukan pejuang ideologi. Sebarang himpunan Umno tidak boleh dibuat tanpa diupah dan diangkut," katanya dalam satu kenyataan. Jelasnya, pemimpin Umno seperti Muhyiddin berfikiran apa yang mereka buat, maka PAS pun berkelakuan buruk seperti mereka juga. "Contohnya ketika Tuan Guru Nik Aziz memerintah Kelantan 1990, mereka kata PAS hanya mampu mentadbir negeri dalam masa 3 bulan sahaja kerana tidak cukup wang. "Alhamdulillah Kelantan mampu bertahan sehingga kini," ujarnya. Tambahnya, pemimpin Umno berfikiran, PAS macam Umno jika memerintah, yang mana nilai projek RM100,000 mereka belanja RM500,000. Katanya, analogi yang sama juga yang dibuat oleh pemimpin Umno mengenai Himpunan Hijau, dengan mendakwa peserta dibayar sebagaimana himpunan yang mereka biasa buat. Benarlah, kata Idris dikatakan orang "orang biasa buat baik, sentiasa bersangka baik dan anggap semua orang baik, orang yang sentiasa berbuat jahat, sentiasa bersangka buruk dan beranggapan semua orang jahat sepertinya". | ||||||||||||||||||||||||||||||
Himpunan peneroka Felda halang penyenaraian FGVH Posted: 04 Jun 2012 03:58 AM PDT
Menurut Presidennya, Mazlan Aliman (gambar), gerakan itu akan dibuat dalam tempoh tiga minggu ini sebelum FGVH dimuktamadkan. Beliau memberi gambaran gerakan atau himpunan yang akan diadakan itu sama seperti Gerakan Mansuhkan PPSMI atau Gerakan Mansuhkan ISA. "Kita sudah buat macam-macam, kita sudah serah memo kepada Perdana Menteri, ke Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara, malah kita sudah kemukakan bukti-bukti salah guna kuasa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya. Malangnya, kata beliau usaha itu tidak berupaya meredakan keghairahan pemimpin untuk menyenaraikan satu-satunya harta penting orang Melayu, Felda. Jelasnya, Anak juga tidak teragak-agak untuk memaklumkan kepada pelabur-pelabur antaranya Tabung Haji, Tabung Angkatan Tentera, KWSP dan pelabur-pelabur asing supaya jangan melabur dalam FGVH kerana mereka akan berdepan dengan iklim pelaburan yang tidak sihat. "Anak juga akan mengheret beberapa orang yang dianggap pengkhianat kepada peneroka seperti Isa Samad, Sabri Ahmad, dan Najib Tun Razak sendiri ke mahkamah," katanya kepada Harakahdaily. Anak konsistan menegaskan mereka bukan bercakap soal saham tetapi pokoknya adalah penyenaraian FGVH yang sakit dan memberi risiko tinggi kepada peneroka. Tambah Mazlan, kerajaan mesti membatalkan penyenaraian ini dalam masa yang sama tidak perlu berdolak dalik dengan mengatakan FGVH lebih baik dari 'Facebook' dan kenyataan itu merupakan ulangan retorik. "Kalau kita ingat selepas era penswastaan mana-mana syarikat besar apabila dilancarkan saham sehingga mencecah RM12 seunit. Malangnya ke mana perginya syarikat ini seperti Lembaga Padi Negara yang diswastakan kepada Bernas. Semuanya menemui kegagalan. "Bila berlakunya ini kerajaan tidak ambil peduli, dan tidak mustahil perkara ini turut terjadi pada Felda, akibatnya peneroka yang menanggung," balas beliau. Mazlan membayangkan saham FGVH yang hanya lebih kurang RM20 billion dan tidak mustahil saham ini akan lenyap dalam masa satu hari jika pasaran saham tidak menentu. Justeru beliau tidak menolak penyenaraian ini adalah semata-mata agenda untuk mengambil dan merompak wang rakyat untuk pilihan raya umum nanti. | ||||||||||||||||||||||||||||||
YDP PAS Jeli saman blogger RM1 juta Posted: 04 Jun 2012 03:57 AM PDT
KOTA BHARU: Blogger mesra Umno, Wan Mohamad Shukri Wan Yusof kini berdepan dengan tindakan saman sebanyak RM1 juta ekoran menyiar berita berunsur fitnah terhadap Yang Dipertua PAS Jeli, Mohd Apandi Mohamad. Defendan yang beralamat di 876, Kampung Jelutong, Kota Bharu merupakan pemilik blog http://www.kelatekito.net dianggap menyebarkan berita fitnah yang bertajuk "YDP PAS Jeli samun tanah rakyat" pada 8 November 2011. Dalam tuntutannya Apandi menyifatkan artikel tersebut tidak benar dan tidak berasas bertujuan memburuk-burukkan plaintif sebagai seorang pemimpin PAS. Menurutnya tulisan berkenaan juga dengan maksud yang jelas menuduhnya sebagai seorang yang tamak, tidak jujur dan menipu rakyat. Ekoran itu plaintif melalui peguam Hisham Fauzi telah mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut supaya defendan memadamkan artikel tersebut serta memohon maaf secara terbuka. Selain itu membayar gantirugi kepada plaintif, namun defendan gagal berbuat demikian dan tidak mahu memohon maaf secara terbuka serta membayar gantirugi. Blogger terbabit sebelum ini dalam blognya mendakwa Yang Dipertua PAS Jeli telah mendapat tanah seluas 362.75 ekar di Mukim Kuala Pahi, Kuala Krai untuk dibahagikan dengan empat lagi sahabatnya. Beliau menyebut tanah tersebut diusaha rakyat sejak berpuluh tahun lalu dirampas kerajaan PAS untuk membangunkan ladang, tetapi pemimpinnya rakus untuk dijadikan harta peribadi. Dalam tuntutannya juga plaintif mahu defendan memohon maaf secara bertulis kepadanya tanpa syarat dan mengiklankannya dalam akhbar nasional harian bahasa Melayu. Selain itu bayaran gantirugi teladan, gantirugi melampau serta gantirugi punitif. Sebutan kes tersebut dijangka diadakan pada 24 Jun ini di Mahkamah Tinggi Kota Bharu. | ||||||||||||||||||||||||||||||
Geran Tanah: Masa BN RM24,000, masa Pakatan RM1,000 Posted: 04 Jun 2012 03:55 AM PDT
(Gembira mendapat geran tanah) SHAH ALAM: Jika di bawah Umno-BN dulu, seorang penduduk Kampung Jaya Setia perlu membayar sampai RM24,000 jika mahukan geran tanah. Harga yang tinggi bagi mendapatkan geran adalah sebab utama 320 orang kampung itu tidak mendapat hak milik kepada tanah yang ibubapa mereka teroka selama lebih 40 tahun. Namun, keresahan mereka bertukar menjadi kesyukuran apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran Kerajaan Selangor. Ketua kampung, Osman Badaie, 65, (gambar) berkata semua penduduk amat menghargai jasa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sangat prihatin dengan rakyat di negeri ini. Melalui 'Skim Hakmilik Persendirian', kesemua pemohon dari Kampung Jaya Setia bakal menerima geran tanah dengan premium RM1,000. Osman berkata dengan bayaran premium RM1,000, penduduk di sini mampu untuk mendapatkan geran pemilikan tanah masing-masing. "Kami penduduk sangat-sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Menteri Besar kerana bermurah hati mengurangkan beban kami. "Sebelum ini, kami dikehendaki membayar sebanyak RM24,000. Jumlah itu sangat mahal, penduduk tidak mampu tetapi selepas Menteri Besar bertukar tangan, Alhamdulillah semuanya selesai," katanya ketika ditemui. Semalam 79 penduduk menerima geran hak milik tanah mereka dalam fasa kedua proses pemberian geran oleh kerajaan negeri. Dalam fasa pertama, seramai 118 mendapat geran mereka, manakala 123 penduduk lain akan menerima geran dalama fasa ketiga pada September depan. Majlis penyampaian geran hak milik tanah itu disempurnakan oleh Menteri Besar dan MP Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad. Seorang lagi penerima, Abdul Hamid Sever Khan, 54, melahirkan rasa lega kerana penantian 47 tahun untuk memiliki tanah bapanya telah berakhir. "Ini merupakan tanah yang diteroka oleh allahyarham bapa saya, sekarang saya mewarisi tanah ini. Ini merupakan saat paling gembira apabila dapat memegang geran sendiri." Abdul Hamid yang mempunyai tiga orang anak, berkata hasil titik peluh bapanya mengerjakan tanah itu terbayar dengan penerimaan geran itu. Seorang lagi penerima Noriaini Abu Bakar, 62, pula berkata geran tersebut adalah hadiah yang amat bermakna untuk seluruh keluarganya. Katanya, beliau dan allahyarham suaminya berusaha untuk mendapatkan geran pemilikan itu bagaimanapun tidak berjaya kerana tidak mampu. "Walaupun tanah rumah ini hanya suku ekar tetapi ianya bermakna kerana hanya ini sahaja peninggalan arwah suami saya kepada saya dan tujuh anak yang lain. "Saya sangat gembira dan sekiranya suami saya masih hidup dia juga semestinya gembira. "Saya sangat berterima kasih kepada Menteri Besar kerana tidak sampai lima tahun beliau memegang jawatan sebagai MB tetapi beliau sangat prihatin dengan golongan seperti kami," katanya. Dalam majlis itu juga, sembilan orang menerima RM1,500 sebagai pertolongan khairat kematian waris-waris mereka di bawah Skim Mesra Usia Emas. Sebanyak lima buah sekolah sekitar Ijok juga menerima bantuan sebanyak RM5,000 setiap sekolah. Antaranya, Sekolah Agama Rakyat Kafa Integrasi Al-Hilal, SAR Kafa Al-Awwabin, Maahad Tahfiz Al-Hidayah Wal Ehsan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Chih dan SJKC Ijok. | ||||||||||||||||||||||||||||||
Himpunan Hijau dan Himpunan Belia mula dibanding Posted: 04 Jun 2012 03:49 AM PDT
(Perbandingan antara Himpunan Hijau dan Himpunan Sejuta Belia dari kacamata Bob Lokman) KUALA LUMPUR: Berikutan Himpunan Hijau Menuju Putrajaya Jumaat lepas di Alor Star, rakyat negara ini mula membuat perbandingan antara majlis anjuran Umno dan PAS. Mereka membandingkan himpunan itu dengan Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya yang berjalan tidak lama sebelum ini. Kedua-dua program itu dijadikan titik pertemuan dan perbezaan antara pendekatan Umno yang mewakili Barisan Nasional dengan PAS yang mewakili Pakatan Rakyat. Di dalam media sosial khasnya Facebook, penuh dengan gambar-gambar perbandingan antara kedua-duanya. Mereka menggunakan visual atau gambar untuk menceritakan kebaikan dan keburukan antara satu sama lain. Turut membuat gambar perbandingan antara Bok Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim bin Lokman melalui Facebooknya. Persamaan antara kedua-duanya adalah mendapat sambutan ramai atau disertai ramai orang namun mempunyai ciri-ciri yang jelas berbeza. Untuk Himpunan Hijau, ulamak selebriti, Ustaz Azhar Idrus menjadi tarikan manakala Himpunan Sejuta Belia pula membawa penyanyi K-Pop dari Korea. Yang menariknya, angka RM2.4 juta bayaran untuk membawa K-Pop ke Himpunan Sejuta Belia menjadi sorotan pelbagai pihak termasuk akhbar MCA, The Star. The Star sebelum ini melaporkan para pengguna internet di negara ini membantah tindakan kerajaan BN membayar begitu mahal duit rakyat untuk membayar artis yang berpakaian separa telanjang itu. Ketika mempertahankan dakwaan peserta himpunan belia dibayar, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yassin juga menyerang Himpunan Hijau dengan mendakwa pesertanya juga dibayar. Seorang pengguna Facebook, Roza Wira menjawab tuduhan Muhyidin itu dengan berkata, "Peserta dibayar utk ke himpunan hijau"..haha..dah pahtu bakpe mintak derme pulak kalau banyak duit nak bayar..pikir pakai lutut..." | ||||||||||||||||||||||||||||||
Visual Bersih 3.0: Kenapa tak tunggu 10 tahun? Posted: 04 Jun 2012 03:46 AM PDT
KUALA LUMPUR: Mengapa tidak tunggu 10 tahun lagi untuk siar visual himpunan Bersih 3.0 di laman web Kementerian Dalam Negeri (KDN), Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) mempersoalkan. "Rakyat yang terlibat dalam himpunan tersebut telah siarkan pelbagai gambar dan rakaman semasa perhimpunan itu seawal hari yang sama, mengapa KDN perlu menanti sehingga lebih dari sebulan untuk menyiarkan rakaman itu? "Tidak masuk akal jika sebuah kementerian yang mendapat peruntukan begitu besar setiap kali belanjawan negara di bentangkan bertindak begitu lembab sedangkan rakyat yang menyiarkan pelbagai gambar dan rakaman semasa perhimpunan 28 April itu seawal hari yang sama tidak mendapat apa-apa upah, gaji atau bayaran," katanya. Mahfuz menyifatkan pengumuman Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa rakaman visual tersebut sudah siap sepenuhnya dan telah disahkan sumbernya akan dimuat naik ke laman web kementerian hari ini dan akan dapat dilihat orang ramai mulai esok sebagai sudah terlambat dan amat lucu. "Kalau rakaman-rakaman yang disediakan oleh KDN itu benar-benar menguntungkan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN), mengapa tidak siarkan pada hari yang sama?" Ahli Parlimen Pokok Sena itu terus mempersoalkan. Mahfuz juga mempersoalkan, mengapa rakaman itu kelihatan tergesa-gesa hendak disiarkan selepas tersiar berita bahawa populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jatuh merudum selepas himpunan Bersih 3.0 itu? "Kenapa nampak kelam kabut hendak siarkan selepas diumumkan rating Najib jatuh merudum? "Adakah kerana kerajaan baru tersedar bahawa rakyat benci tindakan ganas dan tidak berperikemanusiaan kerajaan Najib terhadap mereka yang berhimpun menuntut pilihan raya yang bersih dan adil itu?" soal beliau. Mahfuz juga menyuarakan kebimbangannya rakaman yang akan disiarkan itu diedit oleh kementerian Hishammuddin terlebih dahulu untuk menipu rakyat. "Kita masih ingat selepas Bersih 2.0, polis mendakwa (Timbalan Presiden PAS) Mohamad Sabu membuat tuduhan palsu dilanggar kenderaaan jenis Pajero milik polis sedangkan sebelum itu Mat Sabu membuat laporan polis bahawa beliau dilanggar kenderaan jenis Proton Waja milik polis. "Seluruh dunia melihat rakaman insiden itu diedit terlebih dahulu dan oleh kerana terlalu ghairah hendak menuduh Mat Sabu berbohong, polis terlupa laporan kepada pihaknya yang dibuat oleh Mat Sabu yang menyatakan dengan jelas bahawa beliau dilanggar oleh kereta jenis Waja milik polis. "Ternyata akhirnya polis menjadi bahan ejekan rakyat kerana pembohongan itu," kata beliau. Mahfuz bagaimanapun yakin, rakaman yang hendak dipertontonkan oleh KDN kepada orang ramai itu akan menjadi bahan ketawa dan persendaan rakyat. "Rakyat tidak lupa rakaman yang diedit dalam peristiwa Mat Sabu dilanggar Proton Waja polis itu dan saya yakin rakaman KDN mengenai Bersih 3.0 itu juga akan menjadi bahan ketawa dan ejekan rakyat," katanya. | ||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 04 Jun 2012 03:43 AM PDT SPRM, apa makna rasuah?SPRM sering kali berbangga bahawa ia merupakan sebuah institusi bebas yang bertanggungjawab untuk membenteras rasuah tanpa rasa takut maupun pilih kasih. Bahagian Pertama Pengumuman serentak pada 31 Mei oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan tiga isu rasuah sekali lagi menjadi tumpuan kritikan terhadap integriti dan kebebasan institusi itu. Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan juga Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, di mana suami dan anak-anaknya dianugerahi projek mewah kerajaan bernilai RM250 juta beberapa tahun lalu didapati tidak bersalah setelah beberapa bulan projek itu dilanda kontroversi. Tetapi kes tuduhan rasuah 17 tahun yang lampau terhadap Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, yang dibuang dari siasatan lanjut pada ketika itu kerana kekuangan bukti, secepat kilat dibuka semula untuk siasatan lanjut berikutan pendedahan seorang blogger dalam laman webnya. Namun tidak pula terdapat perkembangan lanjut mengenai siasatan terhadap ketua menteri Sabah dan Sarawak setakat ini berhubung skandal rasuah mereka yang terkenal di seluruh dunia dan terus menerus terdedah di alam siber. Seolah-olah masih tidak cukup dengan sikap "double standard" ini terhadap golongan yang menentang, Bank Negara pula tampil ke dalam gelanggang untuk menyoal siasat dan menyaman orang yang memberi maklumat tentang skandal National Feedlot Corporation (NFC). Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, yang kerap kali mendedahkan pelbagai penyelewengan dari sudut kewangan dan undang-undang projek itu, disoal siasat kerana melanggar Akta Institusi Kewangan dan Perbankan (Bafia) kerana mendedahkan butiran individu-individu utama dalam skandal itu. Pelbagai skandal Biar saya menyentuh secara ringkas skandal-skandal ini. Keputusan SPRM membebaskan Shahrizat dari sebarang salah laku mencetuskan tanda tanya. Timbul persoalan sama ada seorang penjawat awam mulai sekarang boleh secara terbuka melakukan rasuah selagi projek kerajaan ini diletakkan di bawah nama isteri dan anak-anaknya? Mungkin ada orang bertanya, jika seorang suami atau isteri menteri dan keluarga boleh secara sah menerima "durian runtuh" atau"layanan istimewa" dari kerajaan melalui hubungan dengan mana-mana menteri, kenapa saya tidak boleh berbuat perkara yang sama? Tidakkah peraturan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ini secara tidak langsung membuka jalan untuk berlakunya perbuatan rasuah di kalangan penjawat awam? Apa itu sebenarnya yang ditakrifkan sebagai rasuah? Selain dari perbuatan yang jelas, memberi dan menerima sogokan, mengambil dan memberi sokongan (yang tidak sepatutnya diberi) melalui salah guna kuasa, atau campur tangan dengan motif yang tidak betul juga dianggap rasuah. Adalah penting untuk mengingatkan kita bahawa (Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara selama enam tahun hanyasanya kerana beliau didakwa campur tangan dalam siasatan polis dalam tuduhan salah laku seksual. Dalam hal ini, jelas berlakunya ketidakadilan, kerana bukti pendakwaan pihak pendakwaraya berhubung salah laku seksual didedahkan di mahkamah adalah hanya main-main (olok-olok), hingga menyebabkan hakim secara tergesa-gesa membuang semua bukti yang relevan untuk menyelamatkan kes pendakwaan dari menemui jalan buntu. Saya menyebut bahawa kes Anwar menunjukkan sejauh mana SPRM telah menyeleweng dari intergritinya berhubung definasi undang- undang kita tentang rasuah. Keluarga Shahrizat diberi projek nasional yang ulung untuk membangunkan industri pengeluaran dan pembekalan daging lembu di negara ini di mana mereka menerima RM250 juta dalam bentuk pinjaman mudah dan geran bernilai RM13 juta. Mereka diberi kemudahan ini walaupun tidak layak – tidak mempunyai kemahiran atau kemampuan dari segi kewangan untuk memenuhi misi ini. Projek ini akhirnya gagal kerana sedikit sekali jumlah daging lembu yang dapat dihasilkan. Geran dan pinjaman Sementara itu, pada masa yang sama keluarga Shahrizat membelanjakan beratus juta ringgit dari geran dan pinjaman itu untuk membeli aset-aset yang tidak ada kaitan dengan projek itu. Mereka menggunakan wang itu untuk membeli kondominium mewah dan premis perniagaan, tanah strategik, kereta mewah, restauran mewah. Di samping itu, setiap ahli keluarga menerima gaji yang sangat tinggi setiap bulan. Kepada orang biasa, kes ini jelas perbuatan rasuah, tetapi tidak dengan SPRM. Setelah menyerahkan kes ini kepada pihak polis untuk beberapa bulan atas alasan tidak ada elemen rasuah, SPRM akhirnya tunduk kepada tekanan orang ramai dan bersetuju untuk menyiasat. Selepas berhenti selama beberapa bulan, SPRM akhirnya membuat keputusan bahawa Shahrizat tidak bersalah. Bolehkah dipercayai siasatan ini apabila Rafizi dan rakan-rakannya yang secara konsisten mendedahkan bukti-bukti baru mengenai penyelewengan dalam NFC tetapi tidak pula dipanggil untuk diwawancara, walaupun sekali, oleh SPRM untuk mendapatkan kenyataan mereka. Adakah keluarga Shahrizat akan diberi projek yang penting ini jika beliau bukan ahli kabinet yang terdiri daripada para pembuat keputusan, memandangkan bahawa keluarganya tidak mempunyai merit untuk layak mendapatkan projek itu? Jelas bahawa, keistimewaan yang diberi kepada Shahrizat dalam kedudukannya sebagai ahli politik yang menjadi sekutu dalam kepemimpinan Umno. Berdasarkan layanan istimewa ini, keluarganya menikmati pelbagai kemudahan dan faedah, kemudahan yang Shahrizat tidak boleh menepis atau mengasingkan diri daripadanya. Jika layanan istimewa dan faedah kewangan yang diterima oleh Shahrizat dan keluarganya, tidak disifatkan sebagai rasuah maka apakah ini? Selain daripada Shahrizat yang memberi jawapan terhadap amalan rasuah, petualang-petualang yang lebih besar ialah para pembuat keputusan yang memberi projek ini. Najib, Muhyiddin bertanggungjawab Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, kedua-duanya bertanggungjawab untuk menjelaskan kenapa dan bagaimana mereka boleh mencapai keputusan itu. Najib ialah pengerusi jawatankuasa projek berimpak tinggi dan Muhyiddin pula pada ketika itu menteri pertanian. Selagi mereka tidak dapat memberi jawapan yang memuaskan maka mereka juga dilihat sebagai bersalah kerana menyalah guna kuasa dan rasuah. Setakat yang kita tahu, SPRM belum lagi membuat siasatan ke arah ini. SPRM sering kali berbangga bahawa ia merupakan sebuah institusi bebas yang bertugas untuk membenteras rasuah tanpa rasa takut maupun pilih kasih. Kini adalah masanya untuk membuktikan integriti mereka itu. Soalan seterusnya ditujukan kepada SPRM. Adakah kamu berani menjalankan tugas untuk mencari kebenaran daripada Najib dan Muhyiddin, yang jelas merupakan petualang-petualang dalam skandal ini. Jika kamu tidak berani, tolong hentikan dari dakwaan bahawa kamu merupakan sebuah institusi bebas dan tidak takut dengan orang yang melakukan rasuah. ESOK: Tukar kerajaan, selesai masalah | ||||||||||||||||||||||||||||||
Baik hanya dari Tun M, buruk dari Pak Lah Posted: 04 Jun 2012 03:34 AM PDT Aspan Alias Dr Mahathir menyalahkan Pak Lah lagi. "Sendiri punya salah, dia salahkan orang lain pulak," kata beberapa orang yang berhubung dengan saya dan orang-orang yang berhubung dengan saya itu adalah di kalangan yang hadir semasa perjumpaan dengan Dr Mahathir di Johor dulu semalam. Sebagaimana yang saya dan ramai yang lain berkata, Dr Mahathir di hujung-hujung hayatnya asyik menyalahkan orang lain terutamanya Pak Lah atas segala kelemahan BN dan UMNO Baru itu. Beliau tidak pernah membuat salah dan segala yang baik itu adalah dibuat oleh Dr Mahathir dan semua yang buruk itu adalah kesilapan dan kesalahan orang lain. 'Yang baik itu semuanya datang dari Mahathir dan yang buruk itu adalah atas kelemahan orang lain terutamanya Pak Lah. Mahathir seolah-olah ada benda yang hendak beliau bersihkan dari diri beliau sehinggakan Pak Lah tidak terlepas dari bibir dan ingatan beliau. Sebaliknya Pak Lah yang tahu apa yang Mahathir lakukan terhadap segala sistem kerajaan, tidak berkata apa-apa dan berdiam diri sahaja. Itulah perbezaan di antara kedua-dua bekas pemimpin negara kita itu. Mahathir sentiasa mencari alasan untuk mengalihkan kesalahan besar beliau terhadap negara kepada orang lain tetapi satu perkara yang kita mesti ingat bahawa sejarah akan menghakimkan Dr Mahathir Mohamad ini dari rasuah dan salahguna kuasa. Segala kata-kata dan tindakan beliau tercatat di dalam buku nota sejarawan dan akan sampai masanya ia akan tertulis di dalam sebuah buku sejarah khas untuk beliau suatu ketika nanti. Bak kata perpatah, 'masakan bangkai gajah boleh ditutupi dengan nyiru'. Suatu ketika nanti akan terbongkar juga. Saya tidak mempertahankan Pak Lah, tetapi kita mesti berlaku adil terhadap beliau kerana beliau yang lemah itu dilantik oleh Mahathir juga. Beliau sebagai orang yang saya kenali, tidak pernah tergila-gila hendak menjadi PM walaupun pun beliau mengharapkan untuk mendapatkan kedudukan itu. Mahathir sendiri yang telah mewariskan pimpinan negara yang mana semua sistem pentadbiran demokrasi telah diruntuh dan dikorbankan oleh beliau (Mahathir). Semasa Pak Lah mengambil tempat beliau, segala institusi di dalam negara kita telah dibinasakan oleh Mahathir. Kehakiman, perundangan, polis, institusi raja-raja dan banyak yang lain sudah diranapkan oleh Mahathir. Beliau tahu yang Pak Lah tidak mampu untuk memperbetulkan keruntuhan yang telah beliau (Mahathir) lakukan tetapi beliau mahukan juga Pak Lah untuk mewarisi kepimpinan daripada beliau. Jika Mahathir teruskan memegang jawatan itu sehingga sekarang, beliau sendiri akan menghadapi krisis keyakinan ini seperti yang dihadapi oleh Pak Lah dan Najib sekarang ini. Tetapi oleh kerana Mahathir bersara tepat pada masa masalah yang beliau wujudkan itu hampir terlambak, maka lambakan masalah-masalah itu terpaksa dipikul oleh semua pewaris kepada kepimpinannya dan yang terawal mewarisi keruntuhan semua sistem ini adalah Pak Lah. Lain-lain perkataan keruntuhan moral demokrasi dan tatacara kepimpinan negara telah dilakukan oleh Mahathir dan masalah-masalah yang kita lihat sekarang tidak akan dapat diperbetulkan lagi oleh pemimpin-pemimpin yang telah terbentuk dengan acuan Dr Mahathir itu. Sesiapa pun boleh menyangkal pendapat saya ini, tetapi saya memilih untuk tidak menghiraukannya kerana ia adalah kebenaran dan UMNO Baru tidak mungkin mampu memberikan penyelesaiannya sampai bila-bila. Manusia yang boleh menyelesaikannya ialah pemimpin yang tidak berada atau terbentuk dalam satu acuan dengan Mahathir. Semua yang berada di dalam barisan kepimpinan hari ini adalah dari acuan yang sama dan tidak ada seorang pun di kalangan ahli-ahli Jemaah Kabinet dan MT UMNO Baru akan berjaya melakukan pembaharuan dalam politik negara kita. Mahathirlah yang perlu dipersalahkan kerana acuan kepimpinan hari ini adalah acuan beliau sendiri. Mungkin Pak Lah adalah orang yang 'responsible' terhadap kelemahan BN pada hari ini dalam skala yang kecil, tetapi yang mesti mengambil 'accountability' sepenuhnya ialah Dr Mahathir sendiri yang suatu ketika dahulu dijunjung sebagai pemimpin yang mengalihkan paradigma kepimpinan negara dan kerajaan. Sekarang segala paradigma-paradigma itu telah banyak menyebabkan kerosakan daripada kebaikan. Menyalahkan segala-gala kesalahan kepada Pak Lah seorang merupakan satu tindakan yang sangat tidak berhati perut. Hanya dendam kesumat sahaja yang boleh menyalahkan Pak Lah seratus peratus. Mahathir mesti faham bahawa rakyat khususnya yang berminat untuk menulis sejarah akan menulis segala apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir itu. Memoir Mahathir yang ditulisnya itu tidak akan lengkap sampai bila-bila selagi beberapa orang yang sebarisan dengan beliau tidak menulis memoir-memoir mereka masing-masing. Segala sistem pemerintahan yang ada telah dipunahkan oleh Mahathir kerana beliau mahu mewujudkan sistem beliau sendiri. Sesiapa juga yang mengambilalih kepimpinan beliau akan ketiadaan sistem pemerintahan yang betul kerana kerajaan dan rakyat telah dibudayakan dengan sistem acuan peribadi beliau, bukannya sistem pentadbiran sebuah negara yang baik yang boleh digunapakai buat selama-lamanya. Saya tidak dapat menerima yang kesalahan semuanya dilambakkan kepada Pak Lah semata-mata. Takkanlah wang rakyat sebanyak RM1.8 billion yang digunakan oleh Mirzan Mahathir untuk menyelamatkan perniagaannya pun kesalahan Pak Lah. Takkanlah pembuangan lima orang hakim mahkamah agung pada tahun 1998 dahulu kesalahan Pak Lah Badawi. Membariskan pemimpin-pemimpin lemah yang gunanya untuk mengangguk di dalam kabinet itu adalah kesalahan Mahathir. Pak Lah itu sendiri yang tidak sepatutnya berada di dalam kabinet itu pun diambil oleh Mahathir juga dan itu yang dikehendaki oleh Mahathir. Apabila Pak Lah tidak mahu mengangguk kepadanya apabila mengambilalih kuasa, itulah kesalahan Pak Lah kepada Mahathir yang sebenarnya. Mahathir sanggup meninggalkan parti kerana tidak sebulu dengan Pak Lah dan beriya-iya ingin melihat UMNO Baru dan BN itu hancur dalam pilihanraya yang lalu. Apabila Pak Lah meninggalkan Putrajaya, Mahathir kembali kepada UMNO Baru dan kembali bercakap tentang UMNO dan menyalahkan semua orang di atas kelemahan UMNO Baru itu. Adalah tidak munasabah yang segala-gala kesalahan ditolak kepada Pak Lah seorang sedangkan Pak Lah itu hanya melakukan lebih kurang sama dengan apa yang Mahathir lakukan semasa memegang kuasa. Jika Najib tercari-cari formula untuk melakukan perubahan kepada negara, beliau tidak akan jumpa formula yang terbaik selain daripada semua kepimpinan yang terbentuk dengan acuan Dr Mahathir, termasuk beliau sendiri (Najib) tidak bersedia untuk berkorban dengan meletakkan jawatan dan memberikan tugas menyusun semula negara ini kepada sesiapa yang berpengalaman dan boleh mendapat sokongan dan rasa hormat dari semua kaum dan pemimpin-pemimpin mereka. Selagi itu tidak dilakukan selagi itulah negara tidak akan mendapat sebuah kerajaan dan kepimpinan yang dihormati rakyat. Jika dikaji betul-betul, itulah sebabnya rakyat sendiri yang mahu melakukan perubahan ini kerana terlalu lama tertunggu-tunggu perubahan sikap dan cara UMNO Baru mentadbir negara. Kepada pemimpin-pemimpin bahagian-bahagian di Johor yang mendengar kata-kata Dr Mahathir dulu semalam, boleh memilih untuk mendengar nasihat Mahathir itu. Anda semua tidak boleh mengikut jejak langkah Mahathir untuk menyalahkan Pak Lah semata-mata, kerana kesalahan yang besarnya datang dari Mahathir sendiri. Kalau benar Pak Lah yang bersalah ingat kepada satu perbilangan, 'there must be a cause for a cause'. Tidak mungkin kesalahan Pak Lah tidak disebabkan oleh kesalahan Dr Mahathir. Ingat itu. Sesungguhnya Dr Mahathir mempunyai banyak lubang-lubang yang belum beliau kambus lagi. Jika beliau dan penyokong-penyokongnya tidak mahu mengaku pun tak mengapa, asalkan beliau mengakuinya kepada diri beliau sendiri sudah memadai. Orang lain tidak payah mendengar pengakuannya. Kita pun hendak juga menjaga air muka beliau itu. Mahathir tidak perlu takut dengan apa yang beliau telah lakukan kerana yang mengambilalih tidak akan berdendam seperti sikap yang ada kepada beliau itu. | ||||||||||||||||||||||||||||||
Peneroka NS juga tidak puas hati pembahagian saham FGVH Posted: 04 Jun 2012 01:13 AM PDT Biro Felda PKR menerima banyak aduan dan minta Felda menyiasat perkara tersebut. PETALING JAYA: Biro Felda dan Orang Asal PKR mendakwa peneroka Felda yang tidak puas hati mengenai pembahagian saham Felda Global Ventures Holding bukan hanya di Pahang tetapi juga peneroka di Negeri Sembilan. "Saya menerima aduan melalui telefon dari peneroka Felda Lui di Jelebu memberitahu mereka menerima saham hanya 800 unit untuk melabur dalam FGVH. "Tetapi yang paling banyak berlaku di kalangan peneroka-peneroka Felda di Pahang," kata Ketua Biro Felda dan Orang Asal PKR, Suhaimi Said . Suhaimi meminta pihak berkenaan khususnya Felda menyiasat mengapa perkara tersebut boleh berlaku. "Peneroka Felda Jengka 22 memberitahu saya mreka merasa peneroka telah tertipu. Mereka bertanya apa yang mereka dapat dari saham sebanyak itu? "Peneroka meminjam wang bank untuk melabur tetapi selepas ditolak bayaran peguam dan kos pemerosesan, berapa yang mereka dapat?," tanya beliau. Menurut Suhaimi, saham sama ada 800 atau 1, 000 unit tidak akan mengubah kehidupan mereka. Katanya, ramai peneroka menjangka mereka mendapat 50, 000 unit saham FGVHB kerana ia pelaburan sekali seumur hidup. Banyak saham, banyak hutang Suhaimi menegaskan pemberian saham yang kecil itu menyebabkan peneroka tidak mahu melabur dalam FGVHB. "Peneroka berkata lebih baik mereka melabur dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang sudah tentu mendapat bonus dan dividen sebanyak 15 peratus setahun," tambah beliau. Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) sekali lagi menegaskan semakin banyak peneroka mendapat saham FGVHB, semakin hampir mereka untuk menanggung hutang. Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, dalam borang saham yang dikeluarkan oleh FGVHB peneroka boleh mmbuat pinjaman bank antara RM50, 000 dan RM100, 000 tetapi kerugian akan ditanggung mereka. "Bayangkan jika mereka meminjam RM100, 000 dan pelaburan dalam FGVHB rugi, berapa banyak hutang yang mereka akan tanggung? "Anak tetap dengan pendirian supara peneroka Felda menolak FGVH," tambah Mazlan. Bernama melaporkan peneroka di beberapa tanah rancangan di Pahang yang kecewa kerana mereka hanya diberikan 800 unit saham dalam FGVHB. Mereka meminta Felda menambah saham mereka kepada 1, 000 unit bagi satu keluarga. | ||||||||||||||||||||||||||||||
Mohamad Nizar akan beri kenyataan polis rabu ini, kata Hishammuddin Posted: 04 Jun 2012 01:06 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KLUANG— Dua pegawai polis Johor akan mengambil kenyataan daripada bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di Perak Rabu ini berhubung kenyataannya menerusi Twitter mengenai bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar) yang mengesahkan perkara itu berkata, Mohammad Nizar bersetuju untuk memberikan kenyataannya kepada polis pada hari tersebut. "Saya telah dimaklumkan oleh Ketua Polis Johor Datuk Mokhtar Shariff, pihak polis Johor telah menerima 39 laporan polis dan kenyataan daripada 39 orang mengenai kenyataan Nizar itu," katanya kepada pemberita hari ini. Bercakap selepas melakukan program tinjauan mesra di Taman Sri Lambak di sini, beliau yang juga Anggota Parlimen Semberong itu berkata, Mohammad Nizar perlu melalui proses siasatan seperti biasa. Baru-baru ini, Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak menerusi laman Twitter mempersoal pembelian nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor, menggambarkan seolah-olah baginda menggunakan wang rakyat. Semalam, lebih daripada 500 daripada 26 persatuan di Johor mengadakan perarakan sejauh kira-kira 3 km di bandaraya Johor Baharu bagi mengutuk tindakan Mohammad Nizar itu. Hishammuddin berkata, perarakan oleh rakyat Johor itu semalam merupakan luahan daripada bawah yang menyayangi baginda Tuanku dan merasakan institusi diraja tidak harus diperkotak-katikkan. Bagaimanapun, beliau menasihati sebarang tindakan perlu mengikut lunas undang-undang negara dan membiarkan proses siasatan berjalan lancar. Ditanya akta apakah bekas Menteri Perak itu disiasat, beliau berkata, Mohammad Nizar disiasat mengikut Akta Hasutan, tetapi proses pendakwaan akan dilaksanakan oleh Jabatan Peguam Negara. "Selepas kertas siasatan itu selesai, polis akan menyerahkannya kepada Jabatan Peguam Negara yang akan melihat di bawah akta mana beliau akan didakwa," kata Hishammuddin. — Bernama | ||||||||||||||||||||||||||||||
Dr M: Kebebasan Internet perlu ada batasnya Posted: 04 Jun 2012 01:04 AM PDT Mantan perdana menteri itu dipetik akhbar mingguan Berita Minggu hari ini berkata, kerajaan perlu dibenarkan mencari jalan menapis kekotoran yang masuk melalui internet dan mengambil tindakan. "Negara perlu dibenarkan menapis segala kekotoran yang masuk melalui Internet. Sudah tentunya jika boleh ada kawalan ia baik. "Tetapi jika peraturan itu dilanggar, perlu ada kuasa untuk menguatkuasa dan menghukum," katanya dipetik Berita Minggu hari ini. Beliau yang berkhidmat sebagai perdana menteri selama dua dekad hingga tahun 2003 sebelum ini berkata, Malaysia tidak akan mengadakan sekatan terhadap Internet sebagai sebahagian usaha kerajaan pimpinannya pada masa itu membangunkan Multimedia Super Corridor. Beliau turut mengulangi kenyataan sama pada Sidang Kemuncak Tahunan Ketiga Pemimpin Pelajar Malaysia pada Ogos tahun lalu, walaupun mencadangkan tindakan disiplin dikenakan terhadap pesalah Internet. "Sebagai contoh, terlalu banyak keganasan yang divetuskan oleh Internet. "Untuk itu, saya rasa kita ada hak untuk mengharamkan, tapi, saya rasa dari segi politiknya, jika tidak berlaku perkara itu, ia tidak perlu ditapis," katanya sebelum ini dipetik Bernama. Bagaimanapun, perdana menteri yang pernah memerintah negara ini selama 22 tahun dan masih lagi berpengaruh berkata, beliau pada ketika itu tidak menyedari keupayaan sebenar Internet. "Apabila saya katakan tidak perlu ada penapisan Internet, saya benar-benar tidak menyedari kuasa Internet, kuasa untuk menurunkan nilai moral, menimbulkan masalah, dan kemarahan. "Oleh itu, kita perlu memikirkan semula kebebasan mutlak yang diberikan kepada Internet," katanya. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) sebelum ini turut menyuarakan pendapat sama dan berjanji tidak akan melakukan sekatan terhadap Internet, namun akan mendekati rakyat Malaysia melalui media sosial. "Rakyat Malaysia perlu berterima kasih kepada Tun Dr Mahathir Mohamad. "Di zaman pemerintahan beliau sebagai perdana menteri, dan Malaysia membangunkan Multimedia Super Corridor, Tun berjanji kepada dunia bahawa Malaysia tidak akan melakukan penapisan terhadap Internet. "Kerajaan sangat komited dalam perkara itu," kata Najib sewaktu Sidang Blogger Pertama Serantau Asean pada 24 April tahun lalu. Media sosial, terutamanya Facebook dan Teitter, telah diakui menjadi sebahagian daripada pencetus "Arab Spring" di Mesir apabila rakyat negara itu menuntut presiden mereka Hosni Mubarak untuk meletak jawatan. Kerajaan Mesir telah telah mengharamkan Twitter, blog, ekoran perhimpunan besar-besaran yang dirancang melalui laman sosial tersebut. Terdapat dua cubaan daripada kerajaan untuk mengaplikasikan penapisan seperti yang dilaksanakan negara China, dikenali sebagai "Green Dam". Kedua-duanya telah menerima protes meluas oleh pengguna Internet. Perkembangan Internet telah membolehkan pembangkang menyebarkan maklumat melalui secara "online" dilihat menjadi faktor Barisan Nasional (BN) tewas sewaktu pilihan raya umum 2008. Menyedari hal itu, BN mula merekrut unit maya dikenali sebagai "cybertroophers" untuk merapatkan jurang dengan memberikan latihan kepada setiap ahlinya. | ||||||||||||||||||||||||||||||
Selangor catat pengundi belum daftar tertinggi, kata SPR Posted: 04 Jun 2012 01:01 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA TERENGGANU — Selangor mencatat jumlah layak mengundi belum mendaftar tertinggi dengan angkanya mencecah 600,000 orang daripada dua juta yang layak di negeri itu, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata hari ini. Secara keseluruhan, masih terdapat 3.65 juta rakyat Malaysia yang belum mendaftar sebagai pemilih daripada 16.5 juta yang layak di seluruh Negara, katanya. "Kita dapati negeri lain seperti Johor, Kuala Lumpur, Perak dan Kelantan turut tidak terkecuali, masih ramai yang layak belum mendaftar. "Bagaimanapun saya kagum dengan Terengganu, iaitu antara negeri yang berjaya mencatat jumlah pengundi belum daftar yang kecil dengan hanya sekitar 46,000 orang sahaja," katanya. Wan Ahmad berkata di Johor terdapat hampir 500,000 belum mendaftar sebagai pemilih, manakala di Kuala Lumpur 350,000 dan Kelantan 200,000 orang. "Kita harap mereka mendaftar segera bagi membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab untuk negara," katanya. Mengulas lanjut, beliau berkata daripada hampir 13 juta pemilih berdaftar, dua juta adalah pengundi baharu yang akan mengundi buat pertama kali pada pilihan raya umum akan datang, yang mana 35 peratus adalah belia di bawah usia 35 tahun. Mengenai pemilih di Terengganu, Wan Ahmad berkata kira-kira 100,000 daripada 611,583 pengundi adalah mereka yang baharu mendaftar. Wan Ahmad turut mengingatkan pemilih agar menyemak kembali maklumat pada daftar pemilih yang telah dibuka sejak 1 Jun lepas, bagi membolehkan sebarang pindaan dilaku segera jika ada ada kesilapan. Beliau yang sebelum itu menghadiri taklimat pilihan raya umum ke-13 kepada pegawai pengurus dan penolong pegawai pengurus negeri Terengganu, berkata taklimat kali kedua tersebut sebagai peringatan kepada petugas pilihan raya terutama bersabit peraturan baharu. — Bernama | ||||||||||||||||||||||||||||||
PRU-13, selesaikan Hari Gawai dulu - PM Posted: 04 Jun 2012 12:57 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE JULAU - Datuk Seri Najib Tun Razak terus berteka-teki mengenai tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 ketika banyak pihak membuat pelbagai ramalan mengenainya. Sewaktu diajukan soalan oleh pemberita mengenai perkara tersebut, Perdana Menteri secara berseloroh menyoal kembali bilakah tarikh yang dirasakan sesuai. "Bila awak nak? Kita selesai Hari Gawai dululah," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Ngabang (Berkunjung) Gawai Dayak di Rumah Panjang Jana Saweng, Batu Matup, di sini hari ini. Mendengarkan jawapan itu, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan merangkap Ahli Parlimen Julau, Datuk Joseph Salang Gandum mengambil peluang untuk mencelah dengan memberitahu mengenai angka yang signifikan bagi orang Iban. Katanya, dalam pengiraan orang Iban, nombor tujuh adalah satu nombor yang baik dan cantik. Ia disambut Perdana Menteri: "Tujuh ya... tujuh maknanya bulan depanlah," katanya sambil ketawa. Parlimen yang dibentuk melalui Pilihan Raya Umum Ke-12 akan terbubar secara automatik pada 24 April 2013 kerana tempoh mandat yang diberikan rakyat berakhir pada tarikh tersebut. Memandangkan umat Islam di negara ini dijangka mula berpuasa pada 21 Julai depan, ramai mengandaikan pilihan raya umum dijangka berlangsung selewat-lewatnya pertengahan bulan depan. Namun, pengumuman Najib tentang tarikh pembentangan Bajet 2013 pada 28 September depan 'merencatkan' sedikit 'peramal-peramal' tarikh pilihan raya umum dengan tanggapan semua perancangan yang digariskan dalam belanjawan itu perlu dilaksanakan dengan baik terlebih dahulu.-Utusan | ||||||||||||||||||||||||||||||
Posted: 04 Jun 2012 12:53 AM PDT IPOH – DAP tidak pernah mengawal apa lagi menekan Pas dalam menentukan hala tuju dan matlamat parti berkenaan. Timbalan Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar berkata, meskipun perjuangan Pas dan DAP berbeza, DAP masih menyanjung tinggi Perlembagaan Negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi. Menurutnya, isu DAP menjadi punca kecelaruan Pas dalam perjuangannya sama sekali tidak timbul. "Dasar Pas jelas memperjuangkan Islam, DAP pula membawa negara sekular. Namun dalam hal ini, kita tidak sesekali bertindak di luar batasan untuk mencemari Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Islam sebagai agama rasmi. "Sejak dahulu lagi, DAP tidak pernah mempertikaikan perkara itu dan apabila isu ini seolah-olah dibangkitkan, kita anggap ia hanya satu taktik Barisan Nasional (BN) untuk mengelirukan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR)," katanya. Sivakumar berkata, pihaknya kagum dengan keyakinan Pas dalam mendepani pilihan raya umum akan datang. "Memang Pas mempunyai peluang baik untuk menakluki beberapa negeri pada pilihan raya akan datang dan sebagai parti gabungan, kita juga sudah sedia membantu," katanya. Mengulas lanjut beliau berkata, dalam usaha mencapai kematangan berpolitik, ahli politik di negara ini tidak harus mengamalkan politik perkauman. Menurut beliau, sekiranya dasar politik perkauman terus dijadikan sandaran, tidak mustahil proses menyatupadukan rakyat berbilang kaum akan tergendala. "Jika kita teruskan dengan politik perkauman, ini akan membawa impak positif kepada seluruh rakyat yang mahukan keamanan dan kesejahteraan. "Kenapa kita tidak boleh mencapai tahap kematangan politik di mana orang Melayu boleh memperjuangkan keadilan untuk komuniti Cina, pemimpin Cina mempertahankan kebajikan untuk masyarakat India, begitu juga sebaliknya. "Saya kira, jika setiap pemimpin berusaha untuk menegakkan kepimpinan politik yang matang, tidak akan timbul soal kepentingan bangsa dan sebagainya," katanya. Beliau berkata, dalam agenda pembangunan negara, perjuangan atas nama bangsa hanya akan melahirkan generasi yang berpuak-puak. Berbeza dengan PR katanya, matlamat BN yang ditunjangi Umno, MCA dan MIC dilihat masih belum mampu menghakis politik perkauman meskipun selepas 1Malaysia diperkenalkan. "Setiap hari isu perkauman ditimbulkan BN melalui ceramah politik dan media arus perdana, ini menunjukkan konsep 1Malaysia gagal dicapai dan direalisasikan," katanya. | ||||||||||||||||||||||||||||||
Umno atau Pas yang terpinggir? Posted: 04 Jun 2012 12:52 AM PDT ALOR SETAR - "Jika Umno tidak terpinggir, mengapa selama memerintah, Umno tidak jadi Ketua Menteri Pulau Pinang walaupun menang banyak kerusi di negeri itu?" tanya Exco Pemuda Pas Pusat, Mohd Nasir Zakaria sebagai reaksi terhadap kenyataan pemimpin Umno yang meragui hasrat Pas mahu menggantikan parti itu sebagai wadah politik orang Melayu/ Islam di negara ini. Mohd Nasir berkata, Umno seharusnya terlebih dahulu cermin diri sebelum menuduh Pas parti terpinggir dalam Pakatan Rakyat (PR) kerana selama lebih 50 tahun memerintah, parti tidak banyak membantu orang Melayu melainkan hanya individu atau kumpulan tertentu. "Kerana itu, Pas perlu gantikan Umno dan rakyat sudah jelas mengenai keperluan itu," katanya. Menurut Mohd Nasir, tidak timbul isu Pas terpinggir dalam PR, tidak diberi jawatan atau memiliki kerusi yang sedikit berbanding PKR dan DAP, seperti yang dibangkitkan pemimpin Umno. "Amalan dalam gabungan, kita bukan bergerak sendiri tetapi bersama PR. Kita (Pas) akan gantikan Umno, DAP ganti MCA dan PKR ganti Gerakan untuk parti pelbagai kaum. Kita sudah sedia ke arah itu dan akan bekerja keras untuk mencapainya," katanya. | ||||||||||||||||||||||||||||||
Himpunan Hijau memberi suntikan ke Putrajaya Posted: 04 Jun 2012 12:49 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE ALOR SETAR- Pastinya ahli dan penyokong PAS rasa puas terhadap Perhimpunan Hijau Menuju Ke Putrajaya yang diadakan di Stadium Darul Aman, Alor Setar Kedah Jumaat lepas. Selain dapat bertemu sahabat handai dan rakan taulan dari seluruh negara ianya juga bermatlamat membuktikan kepada pemerintah Umno dan Barisan Nasional (BN) bahawa PAS bersungguh untuk menawan pusat pentadbiran bersama dengan parti gabungan Pakatan Rakyat. Ia bukan memukul tong kosong sebagaimana yang sering diperkatakan oleh kepimpinan Umno dan BN sebaliknya pendakian ke Putrajaya tidak mustahil asalkan ada kerja kuat segenap lapisan jentera walaupun menyedari pemergianya penuh dengan liku yang perlu ditempuhi. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapannya di malam berkenaan, menyifatkan perjalanan PAS sehingga ke saat ini memang cukup kental menempuhi berbagai peristiwa pahit manis dalam perjuangan termasuk ketewasan kepimpinan utama di tengah jalan. Namun, apa pun ketewasan kepimpinan ia tetap diganti dengan kepimpinan yang lebih telus dan berdisplin malah lebih sibuk turun padang melawat jentera bawahan sambil memberikan peransang kepada mereka meneruskan perjuangan serta memberikan nafas baru terhadap orang baru yang menyertai pasukan ini. Apa-apa pun kata Presiden, "kita mesti ada tautan dengan Allah s.w.t yang memberikan kita kemenangan hakiki." Tetapi, usaha demi usaha wajar di gerakkan sama dengan perancangan rapi sebab musuh juga mempunyai segala macam jentera dan wang ringgit. Program Perhimpunan Hijau Ke Putrajaya itu walaupun disambut dengan limpahan hujan rahmat bermula jam 4.00 petang itu tidak sekali-kali mematahkan semangat ahli dan penyokong tegas tidak kira lelaki ataupun wanita. Bahkan perhimpunan ini menyerlahkan lagi ikatan persaudaraan sesama Islam dalam satu fikrah tidak macam perhimpunan tajaan Kerajaan BN penuh dengan kemaksiatan dengan alasan itulah yang belia hari ini kehendaki. Tanpa disedari tindakan Kerajaan BN itu mematikan harapan belia pada masa depan apabila mendedahkan mereka dengan perkara sia-sia tidak bermakna dan boleh menumpulkan pemikiran anak muda yang sepatutnya lebih kreatif berfikir. Lautan manusia seramai lebih 100.000 orang itu memenuhi kerusi dan padang stadium sekali dilihat umpama semut yang sedang menghisap manisan tidak berganjak walaupun sedetik dalam suasana berhimpit-himpit dan dalam keadaan yang kurang selesa berikutan tanah dan rumput yang becak, berair ekoran hujan lebat sebelah petangnya. Sembahyang Magrib, Isya dan hajat dimanafaatkan sepenuhnya untuk memohon Allah s.w.t memberikan kemenangan kepada gerakan Islam untuk sebaris memerintah Malaysia yang dicintai. Kelambatan bertindak untuk mengambil alihan kuasa pentadbiran akan memusnahkan Malaysia. Ini kerana, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Jala mesti diberikan perhatian sebab beliau bukan calang orang meneka begitu sahaja bahawa Malaysia akan bangkrap 2019 seandainya kerajaan tidak menangani masalah rasuah. Pada malam itu juga terdapat tiga kejutan telah dilakukan pertamaya kehadiran Mohd Zaid Bin Tandang selebriti TV Al Hijrah yang mengelolakan rancangan berkaitan saudara baru, kemasukan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Profesor Dr Nik Zin Nik Yusuf ke dalam PAS dan tentangan 13 biji bola berwarna hijau sebagai simbolik 'tendangan ke Putrajaya' oleh enam orang bekas pemain bola sepak kebangsaan. Selepas sahaja tentangan tersebut bergemalah beberapa dentuman bunga api menghiasi langit yang hitam pekat. Semoga apa yang dicapai di Perhimpunan Hijau itu akan membawa harapan baru kepada pencinta agama seluruh pelusuk negara untuk mengubahkan, membersihkan dan mewarnai Putrajaya.-Harakahdaily | ||||||||||||||||||||||||||||||
Selepas selesai penipuan baru pilihan raya? Posted: 04 Jun 2012 12:44 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE KUALA LUMPUR- Selepas penipuan, menaburkan duit rasuah kepada seluruh pengundi atau isu yang dijadikan perangkap samar kepada parti lawan, juga fitnah disebarkan, maka tarikh pilihanraya barulah diumumkan. "Beginilah sifatnya demokrasi di Malaysia," kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataannya kepada media. Berikut adalah kenyataan penuh beliau. BILAKAH TARIKH PILIHAN RAYA Tarikh Pilihanraya Umum ke-13 masih dalam ramalan berbagai pihak. Beginilah sifatnya demokrasi di Malaysia. BN yang berketuakan Umno mempunyai kuasa penuh untuk mewajibkan kemenanganya dengan segala cara, daripada menggunakan media sebelah pihak, menabur politik wang rasuah, menyalahggunakan duit negara, memaksa jentera kerajaan, menambah pengundi dengan pelbagai cara, sehinggalah menentukan tarikh pilihanraya. Seluruh dunia yang menghayati sistem demokrasi yang memberi hak kepada rakyat manjadi hakim yang bebas dan adil, hanya badan bebas yang mengendalikan pilihanraya menentukan tarikh pilihanraya. Bukan sahaja dipilih tarikh paling selesa kepada rakyat dan semua parti politik yang berhak, bahkan tempoh yang lama telah diketahui umum. Ada kalangan negara telah menetapkan tarikh pilihanraya berikutnya lebih awal, sebaik sahaja pilihanraya umum selesai diadakan. Ada juga menetapkan kemudiannya, tetapi tempoh masa yang lama diketahui umum. Hanya negara yang mengamalkan sistem satu parti sahaja memerintah, seperti negara komunis dahulu dan negara sapertinya, kerajaannya menetapkan pilihanraya dalam tempoh terdekat mengikut keselesaannya boleh mencapai kemenangan dan rakyat lebih berpeluang memilih satu parti yang telah memerintah walaupun banyak melakukan kesilapan. Di negara kita Malaysia, kerajaan BN memilih cara yang wajib menjamin kemenangan BN selama-lamanya. Maka kerajaan BN sahaja berkuasa menentukan tarikh setelah segala persediaan untuk kemenangannya diatur. Setelah selesai mengatur penipuan, menaburkan duit rasuah kepada seluruh pengundi atau isu yang dijadikan perangkap samar kepada parti lawan, juga fitnah disebarkan, maka tarikh pilihanraya barulah diumumkan. Termasuk juga peluang musim haji yang menjadi ibadat wajib kepada penganut Islam yang merupakan pengundi terbesar. Hanya segelintir umat Islam yang dapat membezakan diantara wajib mudayyak yang tidak boleh ditangguh dan wajib muwassaa yang boleh ditangguh. Umno yang memisahkan politik daripada agama tidak peduli kepada musim haji yang menafikan hak sebahagian besar rakyat, kerana kaedahnya wajib menang dengan apa cara sekali pun. Beginilah nasib rakyat Malaysia sejak dahulu sehingga kini. Rakyat diulit dengan berbagai lagu dan irama politik murahan, walaupun merosakkan akhlak ditempat yang sudah rosak dan ditayangkan lagu agama ditempat beragama, kerana sifat pragmatik Umno bersama rakannya dalam BN. Namun kita menyaksikan alam yang bersifat berubah, termasuk alam politik. Sistem kuku besi komunis yang menguasai negara kuasa besar dunia Soviet Union hancur berkecai dan berubah ke arah demokrasi, sehingga negara komunis mengubah pendekatan. Selepas itu Filipina meninggalkan Marcos dalam kenangan, diikuti oleh Suharto di Indonesia dan akhirnya negara-negara Arab yang dikuasai kerajaan tentera yang menetapkan keputusan pilihanraya sebelum pilihanraya lagi. Bahawa parti kerajaan pasti menang mencapai lebih sembilan puluh sembilan peratus. Namun negara tersebut ikut sama melakukan Islah sistem demokrasinya. Begitu juga yang terakhir di Myanmar. Kita mengharapkan negara Malaysia yang berslogankan sopan santun, naik turun pemimpinnya juga melalui sopan santun, bukannya dengan cara memalukan. Mereka akan dikenang sejarah oleh generasi akan datang kerana sejarah tidak mampu ditipu dengan apa cara sekalipun. PAS mengajak masyarakat Islam khasnya membetulkan imej Islam yang dirosakkan oleh Umno, atau tegasnya PAS ganti Umno, dan mengajak masyarakat semua kaum amnya bersama Pakatan Rakyat mengganti Barisan Nasional. Sekiranya kemenangan berpihak kepada kami, maka segala kerosakan sistem demokrasi yang berlaku wajib diperbetulkan. Walaupun dimasa depan rakyat menolak PAS dan Pakatan Rakyat dengan jalan yang adil disebabkan kesalahan dan kelemahan pemerintahan, tetapi bukannya dengan cara menipu yang menzalimi diri sendiri. PRESIDEN PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang -Harakahdaily |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan