Isnin, 11 Jun 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Osman Kering Meninggal Dunia? [Kemaskini]

Posted: 11 Jun 2012 05:52 AM PDT



Osman Kering masih dirawat: isteri

KUALA LUMPUR: Isteri Osman Kering, Che Norhayati Che Omar, 48, menafikan khabar angin yang tersebar di sebilangan blog hiburan dan laman sosial bahawa suaminya meninggal dunia.

Sebaliknya pelawak dan pelakon yang nama sebenarnya, Osman Kassim, berada dalam keadaan kritikal dan masih dirawat serta menggunakan bantuan mesin pernafasan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Hutang Malaysia 2012 (Terkini) Mencecah RM470.76 Bilion : Meningkat RM14 Bilion (54.8/55%)!!

Posted: 10 Jun 2012 11:30 PM PDT

http://cdn1.beritasemasa.com/wp-content/uploads/2012/06/Hutang-Malaysia-55.jpg

Jikalau diikutkan sekarang sumber utama pendapatan negara Malaysia datangnya daripada pelbagai cukai dan tarif bersama-sama hasil yang diperolehi daripada pengeluaran lesen perniagaan, lesen arak, lesen premis dan lain-lain lagi. Cukai-cukai yang datang ini datang dalam pelbagai bentuk samada :

1. Cukai Jualan Langsung
2. Cukai Pendapatan Peribadi (Jika pendapatan anda melebihi paras dan syarat yang ditetapkan oleh LHDN)
3. Cukai Pendapatan Korporat (setiap syarikat/perbadanan membayar kepada kerajaan sebelum mereka membayar dividen kepada kalangan pemegang saham mereka)

BEBERAPA industri lain yang dikawal selia seperti industri rokok & alkohol boleh dikenakan cukai berbeza pada kadar yang berbeza :

* Cukai Keuntungan Modal (sama ada dari Keuntungan direalisasikan dalam nilai 'saham' syarikat / saham korporat)
* Memiliki sebidang tanah atau rumah/bangunan yang telah meningkat nilainya dan akan dikenakan cukai jika ingin menjualnya
* Tarif Air / Elektrik
* Cukai Jalan
* Cukai Pegangan
* Dan lain-lain lagi

Klik untuk bacaan seterusnya.....


Sultan Johor Atau Kerabatnya? (Part 27) http://uncleseekers.blogspot.com/

Posted: 10 Jun 2012 10:00 PM PDT

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhawyOWzOrcMTcJa8IjtiOzGWuLEDbI9xFn67SFR72HogARXpC2tMq8_N3kKrmYONAgJfqxz7PdYMQJC9dwWUKT27eZrBJeTvW7IJohuWIR9NwYxU3jFBb8YcSYwaV69zpEYwCEbGCf___z/s320/bogatti.png



Sila klik untuk tatapan pembaca sekalian. Pembaca nilai sendiri. Pihak kami tiada kaitan dengan artikel terbabit. Sekadar perkongsian bersama. Hanya Allah saja yang tahu benar atau salah.

MB : Jangan Ambil Cukai Jika Mahu Selangor Beri Pendidikan Percuma

Posted: 10 Jun 2012 09:39 PM PDT

http://www.selangorku.com/wp-content/uploads/2012/06/MB-ptptn.jpg

KUALA LUMPUR 10 JUN : Jika benar mahu Kerajaan Negeri membiayai pendidikan percuma di negeri Selangor, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta Kerajaan Pusat tidak mengambil wang cukai daripada Selangor.

Menurut Abdul Khalid, pendidikan percuma pasti dapat dilaksanakan jika segala sumber Kerajaan Negeri tidak disalurkan kepada Kerajaan Pusat seterusnya diuruskan dengan lebih baik oleh Kerajaan Negeri.

"Jika dilihat, Kerajaan Negeri Selangor menyumbang sebanyak 23 peratus daripada jumlah keseluruhan kekayaan Kerajaan Pusat.

"Walaupun urusan universiti ini di bawah tanggungjawab Kerajaan Pusat, namun jika kita diberi peluang mengurus sumber dan hasil yang diperolehi sendiri, maka kita dengan senang hati akan melaksanakan dasar pendidikan percuma di negeri ini," sindir beliau.

Beliau yang ditemui pada Kejohanan Etiqa Selangor International Junior Masters 2012 di Kelab Golf Seri Selangor petang tadi turut mengulas mengenai rancangan mencairkan aset Universiti Selangor (Unisel) yang diumumkan sebelum ini.

"Sebelum isu ini ditimbulkan, kita memang sudah ada rancangan untuk menggunakan aset-aset Unisel bagi tujuan penambahbaikan prasarana, pembesaran dan sebagainya.

"Sebab itu kita pantas menyediakan pelan tindakan jangka pendek bagi membantu ibubapa dan pelajar jika PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) meneruskan rancangan pembekuan pinjaman terhadap pelajar baru Unisel kerana kita mempunyai aset yang cukup untuk tujuan itu.

"Bagaimanapun, dengan pengumuman terbaru penarikan pinjaman itu, kita rasakan adalah lebih baik aset yang ada digunakan untuk pelan jangka panjang pembangunan Unisel dengan harapan lebih ramai lagi pelajar dapat kita beri tempat di masa hadapan," jelasnya lagi.

Enggan mengulas lanjut cabaran Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin untuk Kerajaan Negeri menyediakan dana RM30 juta seperti diumumkan, beliau dengan sinis meminta pimpinan Umno-BN belajar dahulu cara menguruskan dana rakyat.

"Barangkali Kerajaan Pusat tidak mengajar mereka untuk menguruskan dana rakyat dengan betul dan amanah serta berintegriti.

"Jadi adalah lebih baik mereka diam sahaja dan cubalah belajar untuk menjadi pemimpin yang sebenar dalam memastikan setiap dana yang dibelanjakan itu berbaloi bagi setiap sen dan bukan disia-siakan seperti yang sering dilakukan mereka," kata beliau.

Muhyiddin telah memberi pengesahan bahawa ancaman terbesar terhadap polisi 1Malaysia Najib adalah Timbalan Perdana Menteri sendiri

Posted: 10 Jun 2012 07:17 PM PDT

Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Ahad, 10hb Jun 2012:

Muhyiddin telah memberi pengesahan bahawa ancaman terbesar terhadap polisi 1Malaysia Najib adalah Timbalan Perdana Menteri sendiri

Tan Sri Muhyiddinm Yassin telah mengesahkan bahawa ancaman terbesar terhadap polisi Perdana Menteri Najib Razak adalah kenyataan beliau "Melayu terlebih dahulu dan kemudiannya baru rakyat Malaysia" sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Dalam ucapannya semalam, Muhyiddin telah menyatakan dengan jelas tidak boleh dinafikan bahawa masa depan negara ini bergantung kepada perpaduan Melayu dan umat Islam yang membentuk majoriti di negara ini.

Kata Muhyiddin, jika Melayu terbahagi disebabkan pendirian yang berbeza berhubung isu agama atau politik, adalah sukar untuk mencapai keamanan dan perpaduan dinegara ini.

Kenyataan Muhyiddin sememangnya salah kerana kewujudan keamanan dan perpaduan daripada Melayu dan umat Islam adalah rakyat Malaysia tanpa mengira kepercayaan agama.

Semalam Muhyiddin telah mengingkari polisi 1Malaysia yang berlatarbelakangkan Halatuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) 1Malaysia yang telah dilancarkan oleh Najib dalam tahun pertama sebagai Perdana Menteri, yakni:

Matlamat 1Malaysia adalah untuk menjadikan Malaysia lebih bersemangat, lebih produktif dan lebih kompetitif – dan seterusnya untuk melahirkan negara yang lebih gemilang: sebuah negara dimana setiap rakyat Malaysia akan menganggap diri sebagai rakyat Malaysia dahulu dan kemudian oleh kaum, agama, kawasan atau latarbelakang sosio-ekonomi dimana prinsip-prinsip politik dan ekonomi 1Malaysia dianyam bersama untuk dinikmati rakyat sejagat.

Selepas 39 bulan sebagai Timbalan Perdana Menteri Najib, Muhyiddin masih bukan lebih berpandangan '1Malaysia' tetapi jauh lebih rasis apabila membuat pengumuman dalam responnya terhadap cabaran saya pada 1 April 2010 bahawa beliau "Melayu terlebih dahulu dan kemudiannya baru rakyat Malaysia".

Kata Muhyiddin: "Bagaimana boleh saya berkata saya rakyat Malaysia dahulu dan Melayu kemudian? Semua saudara Melayu akan mencemuh saya dan ianya tidak betul.

Beliau juga telah mencabar saya untuk membuat deklarasi bahawa saya rakyat Malaysia terlebih dahulu dan Cina kemudiannya.

Saya tidak pernah teragak-agak untuk memaklumkan didalam Parlimen dan diluar bahawa ya, saya rakyat Malaysia dahulu dan kemudiannya Cina.

Ini mencerminkan kegagalan dalam proses pembangunan negara terutamanya dalam polisi 1Malaysia yang kosong dan tidak bererti dan sehingga sekarang Najib masih belum melakukan apa-apa yang boleh diteladani seperti membuat deklarasi bahawa beliau rakyat Malaysia dahulu dan kemudiannya Melayu.

Seperti anak bangsa Malaysia yang membuat deklarasi dia rakyat Malaysia dahulu dan Cina kemudian, tidak bermaksud identiti kaum seseorang itu berkurangan sepertimana jika ianya seorang India, Kadazan atau Iban membuat deklarasi dia seorang rakyat Malaysia dahulu dan Melayu, India, Kadazan atau Iban kemudian.

Jikalau Muhyiddin masih ingin berpegang kepada ideanya bahawa adalah salah bagi seorang pemimpin Melayu membuat deklarasi "Rakyat Malaysia dahulu dan Melayu kemudian", adakah beliau akan mengambil langkah yang baru untuk mencadangkan kepada Kabinet dan Majlis Tertinggi Barisan Nasional untuk mambatalkan Polisi 1Malaysia yang telah gagal selepas tahun?

Atau yang lebih teruk, ianya satu penipuan yang besar keatas rakyat Malaysia selepas 3 tahun terutama sekali apabila objektif polisi 1Malaysia tidak mendapat sambutan sebulat suara dalam Barisan Nasional apatah lagi dengan sokongan yang diberikan oleh UMNO, hegemon politik Barisan Nasional.

Perdana Menteri 'de facto' Tun Dr Mahathir dan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain telah mengkritik slogan 1Malaysia sebagai 'kosong' dan 'tidak konsisten'.

Bila pula Najib akan berterus terang dengan rakyat Malaysia – bahawa polisi 1Malaysianya merupakan slogan yang kosong yang tidak membawa apa-apa maksud?

*Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP & Ahli Parlimen Kawasan Ipoh Timor

Tiada ulasan: