DIALOG RAKYAT |
- Sudah 14 kali Umno ganggu ceramah PAS di Gopeng
- Pengadu mohon maaf, minta Mat Sabu dibebas
- Menteri KDN Patut Tanggung Kerugian Akibat Bersih
- Pengkhianatan BN memang realiti, bukan persepsi
- 967 gas pemedih mata dilepaskan pada Bersih 3.0
- Chong Wei harap tangani masalah peribadi sebelum ke Olimpik
- Mengapa UiTM sukar terima Bumiputera Sarawak?
- Benarkah Aishah akan bertanding atas tiket PAS?
- Isu K-Pop: Pas hipokrit, kata menteri
- DAP tidak akan rebut jawatan PM
- Bapa kafir: Rahim Noor, NST disaman RM10 juta
- Kroni: Ismail Sabri seolah sindir ketua sendiri
- BN masih lemah kerana Mahathir (Bahagian II)
- Dakwaan jual maklumat sulit, SAMM buat laporan polis
- Shahrizat & NFC ke layar perak pula
- Anwar: Dakwa 2 konstabel tak cukup
- Aktivis dedah isu JKM dakwa terima ugutan bunuh
- 'Kenyataan Pengerusi PTPTN penuh emosi'
- Usul tergempar isu jual rahsia negara ditolak
- Rafizi desak Khaled Nordin minta maaf
- KEADILAN gesa Najib segera umum tarikh pilihan raya
- Nazri: Tiada cadangan tubuh Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis
- Rang undang-undang kesalahan Pilihan Raya ditarik balik atas persetujuan bersama
- Guan Eng tidak ganti Anwar jadi PM
Sudah 14 kali Umno ganggu ceramah PAS di Gopeng Posted: 11 Jun 2012 07:47 AM PDT
KUALA LUMPUR: "Sudah 14 kali ceramah PAS diganggu oleh UMNO BN di Gopeng. Malam tadi saya bersama Pak Jabit, YB Dr Lee Boon Chye dan Cikgu Nazri (bekas AJk UMNO Bahagian Gopeng) diganggu oleh ceramah UMNO di tempat yang sama yang jaraknya 50 meter sahaja. "Dua hari sebelum ini juga diganggu dengan karaoke," demikian tulis Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Misbahul Munir Masduki di dalam blognya hari ini. Berikut ialah tulisan beliau. Sudah 14 kali ceramah PAS diganggu oleh UMNO BN di Gopeng. Malam tadi saya bersama Pak Jabit, YB Dr Lee Boon Chye dan Cikgu Nazri (bekas AJk UMNO Bahagian Gopeng) diganggu oleh ceramah UMNO di tempat yang sama yang jaraknya 50 meter sahaja. Dua hari sebelum ini juga diganggu dengan karaoke. Pihak polis tidak pula menghalang ceramah UMNO BN yang dianjurkan tanpa permit dan kebenaran polis. Sedangkan ceramah PAS ada kebenaran polis dan ikut peraturan. Kehadiran mereka tidak lebih 50 orang pun, berbanding ceramah PAS yang dihadiri hampir 500 orang. PAS tetap bersabar sekalipun diganggu dan diprovokasi sedemikan rupa. Inilah politik biadab dan kebinatangan UMNO BN. Sempit sangatkah bumi Sg Rapat sehingga mereka anjurkan program berdekatan dengan program PAS, kalaupun nak buat ceramah ditempat yang sama, UMNO boleh buat malam esok dan jawab semua hujjah kita. Ceramah PAS, ratusan yang hadir tanpa disediakan pengangkutan dan duit. Ceramah UMNO, bas disediakan untuk mengangkut orang ramai dari luar, namun bawah khemah tetap kosong. | ||
Pengadu mohon maaf, minta Mat Sabu dibebas Posted: 11 Jun 2012 07:37 AM PDT MALAYSIA KINI Saksi pertama kes perbicaraan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai isu komunis Bukit Kepong, hari ini mengaku di Mahkamah Sesyen di Butterworth bahawa beliau membuat dakwaan terhadap Mohamad hanya bersandarkan laporan akhbar bahasa Melayu. Pesara polis Visva Nathan, 75 dari Raub, mengaku beliau telah menfitnah Mat Sabu dan meminta maaf kerana membuat aduan polis terhadapnya dengan hanya merujuk kepada laporan akhbar tersebut, lapor Bernama. Nathan juga mengaku telah membuat aduan polis pada 27 Ogos selepas membaca laporan akhbar tersebut di mana dakwaan itu hanya berdasarkan pada sangkaan dan andaian. Sementara itu, dalam laporan Harakahdaily pula, Visva menjawab 'ya saya bersetuju' apabila disoalbalas oleh peguam bahawa bukan Mat Sabu yang memfitnah polis tetapi beliau (Visva) yang sebenarnya memfitnah Mat Sabu dalam laporan polisnya. Berikut adalah petikan soal balas peguam Mat Sabu - Mohamed Hanipa Maidin - seperti diterbitkan di akhbar web PAS Harakahdaily: Soalan: Kamu setuju kamu sendiri tak dengar ceramah Mat Sabu? Jawapan: Ya, setuju. Kamu setuju apabila kamu tak dengar apa yang Mat Sabu kata, kamu sebenarnya tak tahu apa yang Mat Sabu kata? Ya. Setuju. Cuba kamu lihat laporan laporan akhbar Utusan dan petikan ucapan Mat Sabu, setuju tak apa yang ditulis oleh Utusan adalah tidak sama dengan apa yang Mat Sabu kata? Ya, setuju. Mat Sabu tak ada kata perkataan komunis langsung dalam ucapan beliau tapi Utusan ada kata, betul tak? Betul. Kamu setuju atau tidak apa yang kamu tulis dalam laporan polis kamu yang katakan Mat Sabu menfitnah polis dan menyokong komunis adalah tidak betul? Ya, setuju. Jadi laporan polis kamu tidak betul dan saya katakan bukan Mat Sabu yang memfitnah polis tetapi kamu yang sebenarnya memfitnah Mat Sabu dalam laporan polis kamu? Ya, saya setuju. Saya mahu minta apology (maaf) kepada beliau (sambil tunjukkan tangan minta maaf pada Mat Sabu yang ada di kandang orang kena tuduh). Dalam laporan polis kamu ada sebut minta polis ambil tindakan undang-undang Mat Sabu, kamu masih mahu stick kepada apa yang kamu katakan? Tidak, saya mahu minta maaf pada Mat Sabu dan he is now my brother. Saya mahu Mat Sabu dibebaskan. Kamu kata Mat Sabu derhaka pada Yang Dipertuan Agong, saya ingin tanya pada kamu macam mana kamu boleh kata dia derhaka kepada Agong, sedangkan pada masa peristiwa Bukit Kepong Malaysia belum wujud dan Yang Di Pertuan Agong pun belum ada. Macam mana Mat Sabu boleh derhaka pada benda yang belum ada? Saya tidak boleh jawab soalan itu. Jadi kamu setuju kamu tidak cakap benda betul dalam laporan polis kamu? Setuju. Harakahdaily juga melaporkan saksi mengakui tidak tahu di mana Bukit Kepong dan apabila ditanya oleh Hanipa beliau menyatakan Bukit Kepong terletak di Selangor dan Hanipa lantas menyampuk: "Itu Kepong bukan Bukit Kepong!" Saksi tersebut yang mengidap diabetik beberapa kali terpaksa berhenti memberi keterangan kerana dikhuatiri akan pengsan kerana berdiri terlalu lama, lapor lidah rasmi PAS itu lagi. Selepas selesai memberikan keterangan saksi tersebut juga dilapor berjalan menuju ke kandang Mat Sabu dan terus bersalam dengan beliau dan meminta maaf sekali lagi. | ||
Menteri KDN Patut Tanggung Kerugian Akibat Bersih Posted: 11 Jun 2012 07:29 AM PDT Kalau Menteri Dalam Negeri, Hishmuddin Hussein bersama polis bijak membaca keadaan dan pandai menguruskan keselamatan awam negara tidak mengalami kerugian sebanyak RM1.8 juga dalam tempoh hanya beberapa jam saja. Tetapi kerana Hishmuddin dan pasukan polis tidak bijak menyebabkan wang sepatutnya boleh digunakan untuk membeli uniform baru polis hangus begitu sahaja. Kerugian wang negara sebanyak RM1.8 juga itu kerana digunakan untuk mengawal himpunan Bersih 3.0 baru-baru ini. Jumlah itu tentulah untuk membayar gas pemedih mata yang digunakan untuk menyuraikan himpunan dan juga tanggungan-tanggungan lain termasuk membayar rawatan anggota polis cedera dalam himpunan berkenaan. Angka itu dikeluarkan hari ini oleh kementerian dalam negeri di parlimen bagi menjelaskan pertanyaan wakil rakyat DAP Batu Gajah (Fong Po Kuan). Dalam kejadian itu kementerian dalam negeri memberi tahu sebanyak 909 kelongsong gas pemedih mata digunakan pada himpunan pada 28 April itu di mana jumlah tersebut tiga kali ganda daripada yang digunakan dalam perhimpunan Bersih 2.0 tahun lepas. Jumlah ini mengesahkan bahawa Bersih 3.0 lebih hebat dan ramai berbanding dengan kehadiran pada Bersih 1.0 dan Bersih 2.0. Turut sama dijelaskan sebanyak 58 lagi jenis gas yang dibaling dengan tangan terhadap para himpunan. (Cis... kepada polis jahat). Barang kali wajar kalau mana-mana parti bakal membentuk kerajaan di masa akan datang tidak melantik orang-orang yang tidak bijak ataupun kurang akal dalam menyelesaikan apa juga isu membabitkan rakyat kerana disebabkan kelemahan itu kerajaan terpaksa mengalami kerugian. Bayangkan kalau menteri dalam negeri dan juga perdana menteri gantleman membenarkan himpunan itu berlangsung secara aman negara tidak mengalami kerugian sebanyak itu dan wang RM1.8 juga boleh diagihkan untuk perkara lebih berfaedah. Sebenarnya kalau hendak dihitung jumlah kerugian itu bukan saja bagi kerajaan tetapi peserta juga mengalami kerugian sama. Betapa tidak beratus buah telefon bimbit, kamera, kereta, motisokal juga mengalami kemusanahan disebabkan kerakusan polis. Semasa peserta himpunan lari bercelidar disebabkan amukan polis, berbagai peralatan peribadi termasuk dompet, beg tangan, gedget, kasut, selipar dan pelbagai peralatan IT bertaburan di jalanan. Semoga untuk masa akan datang kejadian seperti itu (yang boleh dilakukan dengan baik) tidak diurus dengan rakus semata-mata kerana kerajaan UBN ingin memberi gambaran kepada umum yang himpunan Bersih jahat. Kini orang ramai dapat menilai sendiri siapa yang selama ini mengkhianati harta benda negara ataupun membelanjakan wang negara ditempat tidak wajar dan mengetahu apakah punca dan di mana kelemahannya | ||
Pengkhianatan BN memang realiti, bukan persepsi Posted: 11 Jun 2012 07:19 AM PDT
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba menutup kelemahan BN yang semakin terhakis sokongan dengan menyalahkan media baru yang menyebarkan fitnah kepada BN sehingga orang mula membenci dan membentuk persepsi buruk terhadap Umno BN. "Selama ini yang membuat fitnah ialah cyber trooper pro Umno cuba menggunakan media baru untuk memfitnah pemimpin Pakatan Rakyat namun tetap tidak berjaya," kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad. Terbaru, katanya terdapat gambar Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat bersalam dengan Ambiga, pada hal gambar asal Ambiga bersalam dengan Hillary Clinton. Sebelum ini, kata beliau gambar Lim Guan Eng menyembelih lembu korban disebarkan sedangkan hakikatnya ialah gambar Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang sedang menyembelih lembu korban. "Apakah isu NFC yang diberi kepada suami Sharizat sebanyak RM250 juta satu persepsi? "Adakah cerita hapus hutang sebanyak RM589 juta kepada Tan Sri Tajudin Ramli satu persepsi sedangkan anak-anak muda yang berhutang dengan PTPTN sebanyak RM30,000 dikejar sampai dalam kelambu?" ujarnya dalam satu kenyataan. Beliau juga mempersoalkan apakah satu fitnah apabila pemimpin PR mendedahkan isu kontrak bernilai RM30.8 juta yang melibatkan syarikat Istijuara Sdn Bhd milik anak Menteri Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Tanya beliau lagi, adakah Raja Farhana Raja Nong Chik akan mendapat projek sebanyak ini jika bukan anak Raja Nong Chik. "Apakah tindakan bebal pemimpin Umno yang memberhentikan PTPTN kepada Unisel dan KUIS satu fitnah?" tanya beliau lagi. Tambahnya, tindakan seorang pemimpin yang buta perut terhadap konsep federalisme, seolah-olah Selangor bukan berada di dalam peta Malaysia. Justeru, tegasnya politik ugut bukan lagi sesuai di zaman millenium baru, ia sesuai di zaman batu. "Stail ini seolah-olah melawan arus yang besar dan memberi kesan kepada persepsi buruk kepada kerajaan BN," jelasnya. Katanya, anak-anak muda yang menjadi pengundi baru seramai 2.4 juta yang berumur 40 tahun ke bawah amat benci stail politik seperti itu yang mana mereka akan terjemahkan di dalam peti undi. Beliau berkata, kehadiran hampir 70% anak muda di dalam himpunan Bersih 3.0 dan Himpunan Hijau Ke Putrajaya adalah angka petunjuk mereka benci dengan politik kotor BN. | ||
967 gas pemedih mata dilepaskan pada Bersih 3.0 Posted: 11 Jun 2012 07:15 AM PDT
KUALA LUMPUR: Sebanyak 967 butir gas pemedih mata telah dilepaskan dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu. Jumlah itu lebih tiga kali ganda berbanding dalam perhimpunan Bersih 2.0, iaitu sebanyak 262 butir. Tembakan yang dilepaskan dalam Bersih 3.0 itu termasuk 909 butir 'shell tear smoke' dan 58 butir 'grenade tear smoke'. Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussin dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan. Dalam jawapan itu, Hishammuddin turut memberitahu kerajaan telah menanggung kos keseluruhan sebanyak RM1.8 juta akibat daripada penganjuran perhimpunan itu. Fong Po Kuan dalam soalan lisannya meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah tembakan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh anggota yang bertugas, perbelanjaan pada hari tersebut. Sementara itu, Hishammuddin memandang serius sebarang pelanggaran Peraturan sedia ada (SOP) yang telah ditetapkan dan dua anggota polis telahpun didakwa di mahkamah. "Sekiranya terdapat mana-mana anggota keselamatan terbukti bersalah melanggar SOP yang telah disediakan, tindakan undang-undnag akan tetap diambil terhadap anggota berkenaan," katanya. | ||
Chong Wei harap tangani masalah peribadi sebelum ke Olimpik Posted: 11 Jun 2012 04:27 AM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Majlis Sukan Negara (MSN) sedia membantu Datuk Lee Chong Wei mengatasi apa jua masalah peribadi yang dihadapinya bagi memastikan pemain nombor satu dunia itu dapat membuat persediaan secukupnya bagi menghadapi temasya Sukan Olimpik London bulan depan. "Masalah-masalah peribadi seperti ini tidak dapat kita elakkan, saya berharap Chong Wei dapat menanganinya dengan sebaik mungkin," kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong ketika mengulas mengenai bapa Chong Wei, Lee Ah Chai, 59, yang dilaporkan cuba membunuh diri semalam. Menurut Zolkples, beliau ada menghantar mesej melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) kepada Chong Wei pagi ini meminta supaya menggunakan kebijaksanaannya menyelesaikan masalah yang dihadapi itu. "Saya juga menawarkan bantuan saya sekiranya diperlukan," kata Zolkples ketika ditemui pemberita hari ini. "Sebagai seorang anak yang bertanggungjawab, Chong Wei mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap keluarganya," katanya. Chong Wei dilaporkan masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang dialami baru-baru ini walaupun membuat persediaan bagi Sukan Olimpik. - Bernama | ||
Mengapa UiTM sukar terima Bumiputera Sarawak? Posted: 11 Jun 2012 04:25 AM PDT
Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan sebuah universiti kerjasama pendidikan awam dengan kampus utama yang terletak di Shah Alam, Selangor, Malaysia. Ia adalah institusi utama Sistem Universiti Teknologi MARA, universiti terbesar di Malaysia dari segi saiz dan enrolmen pelajar dan satu-satunya universiti awam yang menjalankan pengambilan dua kali setahun. Kemasukan universiti adalah terbuka kepada Bumiputera dan pelajar antarabangsa sahaja, kecuali bagi program-program persediaan yang dijalankan di Pusat Pendidikan Antarabangsa (INTEC), Malaysia di mana bukan Bumiputera diterima. Dasar ini dilindungi menurut kuasa Perkara 153 Perlembagaan Malaysia. Kita ada menerima aduan daripada ibubapa pelajar bumiputera Sarawak yang mengatakan sukar bagi anak mereka untuk masuk ke universiti tersebut disebabkan status bangsa anak mereka terutama sekali ibu mereka bukan bumiputera sedangkan bapa mereka adalah bumiputera asal Sarawak, Kalau mengikut keturunan selalunya ikut daripada keturunan seorang bapa bukannya ibu. Apakah taraf status sebenar "Bumiputera" yang dibenarkan oleh UiTM dalam pengambilan pelajar bumiputera dari Sarawak? Adakah kedua ibubapa pelajar mesti bumiputera sepenuhnya? Bagaimana pula sekiranya bapa pelajar bumiputera berkahwin dengan ibu yang bukan bumiputera maka adakah anaknya tidak diiktiraf sebagai bumiputera? Inilah persoalan yang sering timbul kepada pelajar bumiputera Sarawak yang ingin melanjutkan pelajaran ke UITM dimana masalah akan timbul apabila bapa pelajar bumiputera berkahwin campur dengan orang bukan bumiputera. Ibu bapa pelajar dari Sarawak khususnya amat kesal dengan sikap pengurusan UiTM dalam urusan pengambilan pelajar baru dari Sarawak disebabkan status ibubapa mereka. Kita mendesak agar pihak kementerian pelajaran dapat menjelaskan dengan segera taraf status Bumiputera yang sebenarnya agar tidak menyusahkan pelajar bumiputera Sarawak dari terus terpinggir dari pelajaran. Kebanyakan perkara ini berlaku kepada pelajar bumiputera Sarawak yang kedua ibubapanya berkahwin campur. Jangan pinggirkan atau diskriminasi pelajar bumiputera dari Sarawak untuk sama-sama maju ke hadapan bersama pelajar dari Semenanjung kerana Sarawak adalah sebahagian daripada Malaysia. Berlaku adillah kepada semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik demi masa depan pelajar tersebut nanti. Penulis ialah Yang Dipertua PAS kawasan Miri. | ||
Benarkah Aishah akan bertanding atas tiket PAS? Posted: 11 Jun 2012 04:23 AM PDT
Situasi ini sedikit sebanyak dirasai seorang penyanyi bersuara merdu yang cukup popular dengan lagu Janji Manismu, Aisyah. Beliau kini mengakui ada kepuasan bila berada di dalam jemaah yang berpendirian sama, PAS. Bagaimanapun semenjak beliau mula mendekati PAS, pelbagai persepsi timbul malah ada yang mengatakan beliau antara yang akan bakal bertanding atas tiket PAS dalam PRU nanti. Sejauhmana kebenaran itu? Ikuti temubual Wartawan Harakahdaily, SALMIYAH HARUN dengan Wan Aishah. 1. Bagaimana perasaan Saudari setelah duduk di dalam PAS berbanding sebelum ini? Seronok? Menyertai PAS bukan untuk berseronok tapi untuk membantu dalam perjuangan meletakkan Islam sebagai 'priority' dalam kehidupan rakyat. Ianya satu cabaran yang besar. Saya cuma boleh bantu apa yang termampu tapi ada satu kepuasan bila berada di dalam jemaah yang berpendirian yang sama. 2.Macam mana perhubungan saudari dengan rakan-rakan artis yang lain, adakah mereka memandang serong selepas saudari masuk PAS? Setakat ini saya macam biasa sahaja dengan rakan-rakan artis, kalau mereka pandang serong itu tidak jadi masalah kepada saya. Kita semua ada pendirian dan pandangan masing-masing. Yang penting ada rasa hormat antara satu sama lain . 3.Saudari berucap di Perhimpunan Hijau ada 1 Jun lalu, bagaimana perasaan saudari ketika itu? Saya sangat terharu bila berada di perhimpunan hijau tempoh hari, betapa ramainya penyokong yang membanjiri stadium. Rakyat yang datang dari setiap pelusuk negara, pengorbanan mereka untuk sampai ke perhimpunan itu tanpa dibayar malahan dengan duit mereka sendiri. Walaupun ramai dari kalangan mereka bukannya datang dari golongan berada. Saya juga terharu diberi penghargaan untuk bercakap. Menunjukkan PAS adalah parti politik yang progresif dan tidak mengamalkan kronisme. 4.Sejak saudari berada di pentas PAS, ada tak tawaran dari pimpinan PAS untuk saudari bertanding dalam PRU nanti? Setakat ini belum ada tawaran rasmi dari PAS Pusat untuk saya bertanding dalam PRU. 5.Jika saudari diberi peluang bertanding, kawasan manakah saudari mahu? Saya belum terfikir sampai ke tahap itu. 6.Khabar angin mengatakan Saudari bakal bertanding di Jempol. Betul ke? Saya pun tidak tahu dari mana datangnya cerita saya hendak bertanding di Jempol. Ianya tidak betul kerana saya tidak dapat apa-apa tawaran rasmi dari PAS. 7.Ditakdirkan saudari menjadi wakil rakyat selepas PRU nanti, apa agaknya perkara utama yang saudari mahu lakukan untuk rakyat? Kalau ditakdirkan begitu saya akan berkhidmat untuk rakyat sebaik mungkin, dengar rintihan dan masalah mereka. Yang penting ialah 'to give the people what they realy need' (memberi bantuan kepada yang memerlukan). | ||
Isu K-Pop: Pas hipokrit, kata menteri Posted: 11 Jun 2012 04:19 AM PDT KUALA LUMPUR - Pas digesa memberi penjelasan berhubung sikap 'double standard' yang ditunjukkan oleh parti tersebut terhadap isu tarian ala K-Pop pada Majlis Makan Malam PKR, Bertam Nite di Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sikap hipokrit kepimpinan parti Islam itu, yang hanya mengkritik persembahan K-Pop pada Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya tempoh hari mencerminkan ia tidak konsisten memperjuangkan agama tersebut. "Sikap pilih kasih Pas yang tidak menegur sekutunya, PKR dalam mengadakan konsert seksi pada majlis makan malam itu menunjukkan parti tersebut hipokrit dalam perjuangan Islamnya. "Ini bukan kali pertama Pas begini, sebelum ini pun parti itu telah mengeluarkan pelbagai peraturan dan 'fatwa' yang berubah-ubah. "Ini termasuk menyatakan bahawa suara adalah aurat bagi wanita dan mereka enggan menghantar qariah mereka pada mana-mana tilawah sebelum ini," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen di sini, semalam. Namun, kata beliau, kini mereka meletakkan lebih banyak calon wanita untuk bertanding pada pilihan raya dan terbaru, menggunakan penyanyi terkenal untuk menyanyi pada majlis-majlis mereka. Jelas Shabery, sikap 'double standard' dalam itu berkenaan perlu diperjelaskan oleh kepimpinan Pas kerana ia telah menimbulkan jutaan persoalan dalam kalangan rakyat yang meluahkan isi hati mereka dalam media sosial masing-masing. Tegasnya, sikap berdiam diri beberapa pemimpin Pas yang hadir pada Bertam Nite itu turut menunjukkan parti itu hanya mempergunakan isu pada Himpunan Jutaan Belia demi kepentingan politik mereka semata-mata, bukannya untuk menegakkan perjuangan Islam mereka. "Sekiranya mereka benar memperjuangkan apa yang mereka katakan sebelum ini, mereka perlu tampil dan meminta maaf kerana sikap berdiam diri mereka mengelirukan umat Islam lain. Saya pun meminta maaf sebelum ini," katanya. Katanya, sungguh jelas pakaian penyanyi yang dipanggil membuat persembahan malam itu lebih seksi berbanding persembahan artis Korea pada Himpunan Sejuta Belia itu. PKR menyediakan persembahan istimewa untuk ahli dan tetamunya pada majlis makan malam parti itu di Dewan Majlis Perbandaran Seberang Perai. Majlis yang turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman itu mempersembahkan tarian tiga gadis yang memakai skirt pendek. Pertunjukan tarian seksi ala K-Pop itu mengejutkan kerana ia turut dihadiri beberapa pemimpin Pas tempatan dan ahlinya. | ||
DAP tidak akan rebut jawatan PM Posted: 11 Jun 2012 04:18 AM PDT KUALA LUMPUR - DAP menegaskan bahawa mereka tidak akan merebut jawatan Perdana Menteri, sebaliknya menyerahkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Paktan Rakyat konsisten dengan kenyataan sebelum ini bahawa sekiranya Putrajaya berjaya ditawan, yang mana hanya seorang sahaja layak sebagai Perdana Menteri iaitu Anwar sendiri. Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, secara peribadi beliau tidak layak dan tidak berminat untuk menjawat jawatan tersebut. "Ada ramai yang lebih layak dan berpengalaman untuk meneraju negara dan menjadi Perdana Menteri. Saya akan bertanya beliau apa jawatan atau kuasa yang akan diberikan kepada saya," katanya. Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohd Ali minggu lalu, yang menyatakan bahawa Anwar akan melepaskan jawatan dalam tempoh tiga bulan selepas memenangi pilihan raya bagi memberi lalu kepada Guan Eng untuk dilantik sebagai Perdana Menteri. | ||
Bapa kafir: Rahim Noor, NST disaman RM10 juta Posted: 11 Jun 2012 04:15 AM PDT
KOTA BHARU: Gara-gara mengeluarkan kenyataan menuduh Menteri Besar Kelantan sebagai bapa kafir, kini bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor berdepan dengan tuntutan saman sebanyak RM10 juta. Saman tersebut difailkan melalui Tetuan Hisham Fauzi & Associates pada 31 Mei lalu di Mahkamah Tinggi Kota Bharu. Dan sebutannya akan diadakan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu 15 Julai depan. Saman tersebut difailkan Nik Aziz melalui Tetuan Hisham Fauzi & Associates pada 31 Mei lalu dan akan diserahkan kepada semua defendan terbabit dalam masa terdekat ini. Selain Rahim, enam lagi defendan yang dinamakan ialah NST, ketua editornya, Abdul Jalil Hamid dan wartawannya iaitu Rahmah Ghazali, Lim Poh Lean, Nik Amran Abdullah dan pengarang NST Syed Nadzri Syed Harun. Saman itu dibuat ekoran kegagalan kedua dua pihak memohon maaf dan menarik balik tuduhan terhadapnya sebagai "bapa kafir" dalam tempoh yang diberikan. "Defendan-defendan secara bersama/berasingan telah bertanggungjawab menulis dan menyebabkan tersiarnya sebuah artikel di muka surat 6 di dalam akhbar New Straits Times, yang bertajuk 'NIK AZIZ IS FATHER OF KAFIR' yang diterbitkan pada hari Selasa 08 Mei 2012, yang mana artikel tersebut secara jelas menyebut secara langsung berita yang tidak benar dan tidak berasas yang dikaitkan dengan Plaintif," tulis writ saman tersebut. Rahim dalam kenyataannya melalui akhbar New Straits Times pada 8 Mei lalu menyebut "Nik Aziz is father of kafir". Ekoran itu Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan memberi tempoh 24 jam kepada Rahim bagi menarik balik kenyataannya dan memohon maaf secara terbuka. Bagaimanapun bekas ketua polis yang kontroversi itu gagal menarik balik kenyataan tersebut. Keengganan Rahim menyebabkan pelbagai pihak tampil membuat laporan polis dan demontrasi membantah kenyataannya. Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat akan diwakili pasukan peguam diketuai Hanipa Maidin dengan dibantu Hisham Fauzi, Aminudin Zulkepli, Hatman Abdullah, Abdul Rasyid Yah dan Hilmi Abdullah. Saman juga dikemukakan terhadap enam lagi pihak iaitu tiga wartawan NST yang terbabit menulis berita berkenaan, Pengarang Urusan Kumpulan NST, penyunting kumpulan NST dan syarikat NST. Menteri Besar dalam pernyataan tuntutan mahu defendan-defendan menarik balik berita fitnah yang disiarkan NST pada 8 Mei lalu. Selain itu permohonan maaf secara terbuka kepada plaintif dengan mengiklankan permohonan maaf tersebut semuka penuh dalam akhbar Utusan Malaysia atau Berita Harian. Turut dituntut ganti rugi teladan, ganti rugi melampau dan ganti rugi punitif. Injunksi juga dikemukakan bagi menghalang defendan-defendan memberi komen, mengulangi atau menyebabkan penerbitan kenyataan-kenyataan yang berunsur fitnah terhadap plaintif. Dalam afidavitnya Menteri Besar berkata, tulisan tersebut bermaksud menuduh dan memfitnahnya sebagai "bapa kafir" menggunakan agama untuk mengelirukan umat Islam. Tulisan tersebut juga disifatkan memberikan gambaran yang buruk terhadap plaintif. | ||
Kroni: Ismail Sabri seolah sindir ketua sendiri Posted: 11 Jun 2012 04:14 AM PDT
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menganggap kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengingatkan pemimpin Umno di semua peringkat supaya tidak memperjuangkan kelompok tertentu atau kroni sahaja sebaliknya berjuang untuk semua rakyat sebagai kenyataan yang melucukan. Kenyataan beliau ibarat 'ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus', beliau mahu mengajar pemimpin partinya supaya 'berjalan lurus' walhal beliaulah yang perlu dinasihatkan dahulu supaya 'berjalan lurus' sebelum beliau menasihatkan pemimpin lainnya. Datuk Seri Ismal Sabri seperti baru menyedari sekarang bahawa Umno berjuang untuk keluarga dan kroni terdekat. Umum mengetahui kebejatan Umno bukan berlaku sehari dua ini, tetapi sudah bertahun lamanya dan sudah berbilion ringgit duit rakyat dirompak untuk kepentingan diri dan keluarga mereka. Amalan ini sudah sebati dalam diri mereka sehinggakan ramai pemimpin pemimpin Umno pelbagai peringkat dan keluarga mereka hidup kaya raya dengan hasil projek segera. Datuk Seri Ismail sendiri boleh hitung jumlah pemimpin termasuk suku sakat dan keluarga mereka yang menikmati kekayaan hasil daripada projek kerajaan. DPPM menganggap kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri mengesahkan lagi bahawa perjuangan Umno telah jauh tersasar dari matlamat penubuhannya yang mahu membela nasib bangsa Melayu di negara ini. Bahkan Tun Dr Mahathir sendiri pernah mengakui teruknya Umno sehingga menggambarkan Umno busuk sehingga ke ususnya. Mungkin Datuk Seri Ismail Sabri mengeluarkan kenyataan sedemikian dengan melihat keadaan parti beliau yang sudah semakin hilang sokongan rakyat dan mungkin beliau pula akan kalah di parlimennya dalam PRU ke 13. DPPM juga mengagak beliau seolah-olah menyindir ketuanya sendiri iaitu Presiden Umno yang dilihat terlalu banyak terpalit dengan dakwaan skandal dan rasuah serta amalan kronisme yang berlingkar sekitar beliau. Barangkali Datuk Seri Ismail Sabri digerakkan oleh seseorang atau kumpulan tertentu untuk mengeluarkan kenyataan demikian sebagai tanda bermulanya persengketaan yang besar terhadap Presiden Umno dan sekutunya. Bagi mereka, era Datuk Seri Naib sebagai Presiden Umno terlalu berpenyakit sehingga sukar diubati lagi dan perlu diganti dengan pemimpin lain yang dilihat lebih bersih. Sukar bagi beliau dan pemimpin Umno lainnya membersihkan imej parti mereka dalam keadaan pemimpin tertinggi mereka terpalit dengan amalan rasuah dan kronisme yang semakin membarah. Padahal, rakyat melihat kesemua pemimpin Umno mengamalkan politik yang sama iaitu rasuah dan kronisme yang terus menjadi sebagai sebahagian hidup mereka. | ||
BN masih lemah kerana Mahathir (Bahagian II) Posted: 11 Jun 2012 04:06 AM PDT Ooi Heng Kelemahan Kerajaan UMNO-BN yang berlarutan sehingga hari ini bukan bermula semasa zaman Pak Lah menjadi Perdana Menteri. Dalam fasa berlainan tampuk pemerintahan berada di bawah pimpinan Perdana Menteri berlainan, pertukaran rejim tidak pernah berlaku dan setiap pentadbirannya mempunyai permasalahan dan legasi tersendiri. Tetapi soal penting apabila ditinjau politik semasa bukanlah berkisar sekitar sumbangan seorang Perdana Menteri tetapi sejauh mana sebuah pentadbiran enggan memberi reaksi positif dan secara praxis kepada tuntutan rakyat dan masyarakat. Dengan kata lain, politik hari ini haruslah dibicarakan dalam kerangka lebih besar yang melibatkan legitimasi sebuah rejim pemerintahan dan proses pembentukan legitimasi tersebut. Zaman Pak Lah biar pendek tetapi memperlihatkan beberapa percubaan untuk membawa pembaharuan seiring dengan tuntutan masyaraka madani khususnya yang berkait dengan sistem perundangan. Zaman pendek tersebut juga memperlihatkan kegagalan pentadbiran Pak Lah dalam aspek kenegaraan yang penting khususnya yang berkait dengan pembaharuan institusi polis. Badan Pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dalam artikelnya berjudul "Politik Ketakutan Menjelang PRU-13: Tangan Ghaib Di Sebalik Institusi Polis Menghalalkan Budaya Samseng?" telah mempertikaikan samada Kerajaan UMNO-BN mengambil sikap membenarkan kewujudan keganasan samseng untuk mempertahankan rejim pemerintah yang sedang berdepan dengan krisis kelangsungan hayat? KPRU juga membangkitkan bahawa, bagi memisahkan kuasa politik daripada institusi polis, kini tiba masanya dibicarakan semula pembentukan Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) bagi meyambung usaha zaman Pak Lah yang kemudian hari menemui kegagalan. Penulis berpendapat, setelah Mahathir terpaksa mengundurkan diri ekoran lahirnya sebuah gerakan massa menuntut keadilan dan pembaharuan khususnya setelah zaman Mahathir menyaksikan kekejaman politik melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang dilihat sebagai ancaman kepada kelangsungan hayat kekuasaan Diktator M, rejim UMNO-BN berdepan dengan pertikaian legitimasi yang kuat sekali. Dalam keadaan sedemikian, Pak Lah cuba respons kepada sebahagian daripada tuntutan rakyat sebagai usaha memantapkan legitimasi rejim di bawah pentadbiran beliau. Namun pertikaian legitimasi yang wujud khususnya semenjak gerakan Reformasi disambut hebat oleh rakyat sebagai lambang politik partisipasi apabila berdepan dengan kekejaman Diktator M telah memperlihatkan kepincangan pentadbiran Mahathir yang begitu besar sehingga pengunduran beliau hanya dapat meredakan kemarahan rakyat buat sementara waktu. Kalau bukan kerana Pak Lah melakukan beberapa percubaan biarpun ditentang kuat oleh kelompok dalaman UMNO yang mendapat sokongan Mahathir, kebangkitan semula tuntutan rakyat pasti menumpaskan Kerajaan UMNO-BN dalam gelanggang pilihan raya. Apabila dibandingkan zaman Mahathir dengan zaman Pak Lah, Mahathir lebih merupakan faktor kenapa Kerajaan UMNO-BN masih lemah sehingga hari ini. Tuntutan rakyat semenjak zaman reformasi sehingga hari ini bukanlah tuntutan politik per se, tetapi tuntutan pembaharuan secara menyeluruh khususnya yang berkait rapat dengan permasalahan ekonomi politik. Budaya negatif yang diterapkan sepanjang zaman pentadbiran Mahathir - politik naungan, kronisme, rent-seeking, pembaziran, rasuah dan banyak lagi - kini masih mengalir masuk dan keluar sistem pentadbiran Najib dengan mudah. Hal ini bermaksud, kalaulah hendak dipertikaikan pemimpin mana yang patut bertanggungjawa kepada krisis kelangsungan hayat kekuasaan yang dihadapi Kerajaan UMNO-BN hari ini, pasti Mahathir berada dalam tempat pertama senarai tersebut. Tetapi, apa yang lebih penting untuk pemahaman kita hari ini ialah, zaman Najib telah memperlihatkan kelangsungan zaman Mahathir dengan sedikit perbezaan. Perbezaan tersebut wujud daripada percubaan Pak Lah untuk respons kepada tuntutan zaman semasa. Namun, apa yang menjadi percubaan zaman Pak Lah kini dijadikan retorik zaman Najib yang tidak ikhlas. Sebabnya mudah. Najib mengongsi sifat kepemimpinan yang agak sama dengan Mahathir. Demi memanjangkan kuasa, pemimpin seumpama sanggup melakukan segala macam transformasi. Tetapi apabila berjaya memanjangkan kuasa nanti, sifat Diktator Mahathir akan kembali menyelubungi bumi Malaysia. Kerana itu, percayalah, tanpa pertukaran rejim, dengan pengalaman kita yang dibatasi, kita bakal menyaksikan kemunculan semula keangkuhan sebuah parti politik yang hanya akan insaf apabila ia berada pada paksi oposisi. Lebih baik biar Najib memegang jawatan Ketua Pembangkang dan memperkaya sejarah tanah air dengan pertukaran rejim. Apabila Najib menjadi Ketua Pembangkang nanti, dapatlah Mahathir melakukan refleksi diri berhubung soal siapa yang melemahkan UMNO. Rakyat pasti minat dengan rumusan beliau nanti. Yang penting sekali ialah, soal legitimasi dapat dibicarakan dalam konteks yang melibatkan rakyat terbanyak dan tidak lagi dimonopoli pemimpin dan kroni sebuah parti dominan bernama United Malays National Organisation. Apabila soal legitimasi terbuka kepada partisipasi rakyat terbanyak, hubungkait sistem kenegaraan dan legitimasi sebuah rejim pemerintah dapat dihalusi. Berpandukan pengalaman sistem dua gabungan parti yang bakal menjadi realiti pada peringkat persekutuan, pemahaman politik partisipasi rakyat tidak lagi terhad kepada rumusan yang dibuat oleh pemimpin negara. Pemimpin negara sehebat mana juga tidak lagi dipertuhankan. Maka dengan ini, bermulalah era pencerahan tanah air cintaku. Syabas rakyat Malaysia! (Bahagian kedua, tamat) *Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dan kolumnis MerdekaReview. | ||
Dakwaan jual maklumat sulit, SAMM buat laporan polis Posted: 10 Jun 2012 11:06 PM PDT MALAYSIA KINI Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah membua laporan polis berhubung dakwaan penjualan dokumen maklumat keselamatan negara berkaitan pembelian kapal selam scorpene, kata Pengarah Sekretariat SAMM Kebangsaan, Zulkifli Ibrahim. Sehingga kenyataan dikeluar semalam, Zulkifli berkata, laporan polis telah dibuat di beberapa negeri termasuk di Yong Peng Johor, Sik Kedah, Bayan Baru Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Sabak Bernam Selangor, Kuantan Pahang, dan Dang Wangi Wilayah Persekutuan. Menurutnya, lagi laporan polis dijangka menyusul di beberapa negeri lagi termasuk Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Perlis. Katanya, SAMM merujuk kepada laporan Suaram melalui artikel yang bertajuk "French submarines diving Malaysia into deep controversy" pada 30 Mei 2012 di lamanweb rasmi pertubuhan itu. "SAMM dalam laporan polisnya meminta siasatan telus dan profesional dijalankan oleh pihak berkuasa dan membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan," kata Zulkifli sambil menambah perbuatan menjual rahsia negara tidak boleh dipandang ringan kerana mengancam keselamatan negara. | ||
Shahrizat & NFC ke layar perak pula Posted: 10 Jun 2012 11:05 PM PDT Bukan sahaja menjadikan Datuk Seri ShahrizatJalil sebagai modal ceramah, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli kini pergi lebih jauh dengan mengumumkan penerbitan filem berkaitan Ketua Wanita Umno itu dan isu National Feedlot Corporation (NFC). Dalam ceraman di Kampung Pasir Baru dekat ibu negara malam tadi, Rafizi dengan nada separa berjenaka mengumumkan akan menerbitkan filem khas itu kerana beliau "bosan bergaduh dengan Shahrizat yang asyik hendak menyelak kain". "Kita dah bosan tengok Youtube ada gambar Shahrizat dan letak gambar lembu. "Kita akan buat filem khas ada pelakon jadi Shahrizat, ada pelakon jadi suami Shahrizat Jalil, ada pelakon jadi anak-anak Shahrizat Jalil," katanya. NFC antara isu paling berjaya dimainkan Pakatan Rakyat sebelum ini sehingga pengerusi esekutifnya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail yang juga suami Shahrizat dihadapkan ke mahkamah atas dua tuduhan pecah amanah dan dua tuduhan melanggar Akta Syarikat 1960. Shahrizat bagaimanapun disahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak terlibat dalam dakwaan skandal membabitkan pinjaman berjumlah RM250 juta itu. Namun, turut menjadi sasaran ceramah PKR semalam adalah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin. Bekas ahli Umno Negeri Sembilan Tunku Harmy Tunku Hannan yang mendakwa mengenali Raja Nong Chik sejak mereka sama-sama aktif dalam gerakan Pemuda Umno ditampilkan dalam ceramah kali ini. 'Virus' Umno serang Nong Chik Tunku Harmy menyifatkan Raja Nong Chik sebagai seorang yang berasal dari keluarga berada dan dihormati namun kini dirosakkan 'virus' Umno yang menjadikan ahlinya terdedah kepada budaya rasuah. "Saya adalah timbalan presiden Kelab Usahawan Malaysia pada ketika itu dan Nong Chik Bendahari saya. "Beliau menjalankan tugasnya dengan amanah dan beliau juga berasal dari keluarga baik-baik, keluarga yang lurus. "... saya dengar (beliau dikaitkan) dengan projek RM30 juta untuk anak dia," kata kerabat diraja Negeri Sembilan itu. Raja Nong Chik bagaimanapun sebelum ini menjelaskan tiada konflik kepentingan dalam isu kontrak kerajaan yang didakwa diperolehi satu syarikat milik anak perempuannya kerana ia diperolehi sewaktu beliau masih belum menjadi menteri. Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail pula berikrar menjadikan pendedahan terbaru siasatan dakwaan rasuah pembelian kapal selam Scorpene sebagai 'rukun tambahan' ceramah Pakatan menjelang pilihan raya umum akan datang. "Kalau ada satu isu (selain NFC) yang boleh jadi breakthrough untuk Pakatan menjatuhkan BN kali ini, yakinlah isu itu ialah skandal rasuah pembelian kapal selam," katanya. Beliau turut berkesempatan melancarkan kelab peminat Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang dikenali sebagai Nurul Izzah Club pada majlis ceramah itu malam tadi. | ||
Anwar: Dakwa 2 konstabel tak cukup Posted: 10 Jun 2012 11:03 PM PDT Pertuduhan terhadap anggota polis berpangkat rendah yang didakwa melakukan kekerasan kepada jurugambar semasa perhimpunan BERSIH 3.0 tidak memadai, kata ketua pembangkang. Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) berkata, ia tidak dapat menangani isu penggunaan kekerasan oleh pihak polis pada masa akan datang. Beliau mempertikaikan tindakan tindakan mendakwa dua anggota polis berpangkat konstabel sedangkan menurutnya pegawai atasan terlepas. Beliau berkata demikian ketika mengajukan soalan tambahan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz di Dewan Rakyat hari ini. Nazri sebelum ini berkata, hanya dua konstabel polis diambil tindakan sebagai sebahagian daripada penyiasatan terhadap dakwaan kekejaman polis semasa perhimpunan pada 28 April itu. | ||
Aktivis dedah isu JKM dakwa terima ugutan bunuh Posted: 10 Jun 2012 11:01 PM PDT Aktivis NGO Muhammad Khairul Hafiz Abdullah yang mengetengahkan isu taraf kewarganegaraan individu lepasan pusat jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendakwa menerima ugutan bunuh. Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak) itu berkata, individu yang memperkenalkan diri sebagai "Angkatan JKM" membuat ugutan itu melalui panggilan telefon. "Dia hubungi sebanyak tiga kali pada dua, tiga hari lepas. Tiada nombor yang keluar. Dia pakai nombor private (yang tidak tertera). "Dia cakap lagi kalau tak hentikan pendedahan, dia akan ambil tindakan. Dia cakap, dia tahu mana saya bekerja, anak saya bersekolah semua," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Sehubungan itu, menurut Muhammad Khairul, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Putrajaya dua hari lalu. Menurut Muhammad Khairul lagi, individu tersebut turut menghubungi isterinya. "Isteri saya pun terima ugutan... Saya ada cakap balik dengan mereka, kalau berani, kita jumpa depan-depanlah. Saya tak takut. Saya ada semua bukti," katanya lagi. Sebelum ini, Muhammad Khairul mendakwa seramai 1,758 individu yang keluar daripada pusat jagaan JKM masih tidak mendapat status warganegara. Selain itu, beliau turut mengancam untuk ''berperang'' dengan jabatan tersebut sekiranya tiada tindakan diambil dalam isu anak yatim bekas jagaan JKM yang sehingga kini masih tidak mempunyai MyKad. Malaysiakini sudah menghubungi bahagian perhubungan korporat JKM untuk komen tetapi masih belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan buat masa ini. | ||
'Kenyataan Pengerusi PTPTN penuh emosi' Posted: 10 Jun 2012 10:58 PM PDT Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin mendakwa, kenyataan Ismail yang menyatakan pinjaman itu ditarik balik kerana tahu kononnya Kerajaan Negeri tidak mampu memberi bantuan kewangan, menunjukkan beliau membenarkan dirinya diperangkap pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN). "Selepas menurut perintah, beliau pula terpaksa menarik semula keputusan tersebut dan membuat kenyataan mendakwa kononnya Kerajaan Selangor tidak mampu memberi pendidikan percuma kepada pelajar. Kerajaan Negeri kesal dengan kenyataan tersebut," katanya. Faekah berkata, selaku penjawat awam, mereka sepatutnya mempunyai integriti dalam memastikan kepentingan rakyat (pelajar) diutamakan dan tidak membenarkan pentadbiran di perbadanan itu ditadbir oleh ahli politik. "Penjawat awam selaku golongan profesional perlu berani menyatakan pandangan termasuklah mengingatkan mereka yang tidak faham akan prinsip doktrin pengasingan kuasa di antara badan eksekutif dan legislatif," katanya. Dalam pada itu, Faekah turut menggesa menteri terlibat agar berhenti 'memperkudakan' pegawai kerajaan kerana tindakan itu hanya akan merendahkan martabat penjawat awam di mata masyarakat. "Mereka harus berani mengambil tanggungjawab atas kesilapan yang telah dilakukan dan perlu meminta maaf kepada semua pelajar di Malaysia. "Mereka sepatutnya menjadi negarawan yang berkhidmat untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan ideologi politik. Hanya dengan itu barulah mereka akan mendapat penghormatan daripada rakyat," katanya. | ||
Usul tergempar isu jual rahsia negara ditolak Posted: 10 Jun 2012 10:54 PM PDT Usul tergempar supaya Kementerian Pertahanan menjawab dakwaan penjualan dokumen rahsia berkaitan kapal selam Scorpene kepada syarikat pertahanan Perancis ditolak. Speaker Dewan Rakyat menolak usul yang difailkan anggota parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar pada Khamis lalu yang dibuat bawah Perintah Tetap 18(11). Peguam Perancis Joseph Breham, yang mewakili NGO hak asasi manusia Suaram sebelum ini mendakwa, syarikat berkenaan membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd, untuk kerja-kerja "kejuruteraan komersial". Breham berkata hakim siasatan Perancis yang menyiasat kes yang difailkan terhadap syarikat pembuat kapal Perancis DCNS, atas dakwaan rasuah, mahu tahu tujuan bayaran itu dan meminta laporan transaksi kewangan daripadanya. | ||
Rafizi desak Khaled Nordin minta maaf Posted: 10 Jun 2012 10:50 PM PDT SHAH ALAM - Mohd Rafizi Ramli mendesak Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meminta maaf kepada rakyat dan khususnya mahasiswa atas keterlanjurannya membekukan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) baru-baru ini. "Tindakan Khaled jelas menunjukkan yang beliau terdesak untuk menutup malu apabila membuat dakwaan mengatakan Pakatan Rakyat (PR) bijak bermain sandiwara politik berhubung isu PTPTN," kata Pengarah Strategi PKR ini ketika dihubungi Sinar Harian Online. Tambah Rafizi, tindakan Khaled juga secara tidak langsung menghukum mahasiswa sebagai alat mainan politik Umno. "Saya bertegas dalam hal ini agar Khaled tidak cuba 'menegakkan benang yang basah' kerana jelas yang Khaled tersalah langkah dengan membuat keputusan untuk membekukan pinjaman PTPTN sebelum menarik semula keputusan itu," katanya. Beliau juga mencabar agar Khaled melontarkan idea, pandangan dan cara penyelesaian yang boleh diguna pakai untuk mengurangkan beban mahasiswa daripada terus dibebani hutang PTPTN. "Janganlah terus-menerus menyerang PR tanda tidak ada sebarang buah fikiran untuk selesaikan beban mahasiswa. "Khaled sepatutnya memberi cadangan dan berbincang secara ilmiah berhubung usaha kerajaan persekutuan bagi menambah baik mutu pendidikan tinggi negara," tegas beliau. Tambah Rafizi, PR telah mengemukakan cadangan mereka untuk memberi pendidikan tinggi secara percuma kerana yakin mampu untuk direalisaikan apabila PR mendapat mandat memerintah negara menerusi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). "Beliau mesti jawab persoalan ini dan kemukakan idea berhubung beban hutang yang terpaksa ditanggung mahasiswa," tambahnya. Khaled sebelum ini mendakwa yang PR sekadar menabur janji untuk memberikan pendidikan percuma apabila berjaya membentuk kerajaan pada PRU akan datang, walhal perkara itu mustahil dilaksanakan. Khaled mendakwa PR bijak bermain dengan sandiwara politik sedangkan hakikat sebenarnya mahasiswa begitu memerlukan bantuan kewangan daripada PTPTN. Menurutnya, sekiranya PR ingin merealisasikan janji berkenaan, ia sudah boleh dilaksanakan di institusi pengajian tinggi (IPT) yang ada di negeri yang ditadbir kerajaan PR dan tidak perlu tunggu sehingga mengambil alih pentadbiran negara. | ||
KEADILAN gesa Najib segera umum tarikh pilihan raya Posted: 10 Jun 2012 10:48 PM PDT KEADIALAN DAILYKUALA LUMPUR : KEADILAN menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak segera membubarkan Parlimen dan tidak lagi terus berteka-teki mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13).Timbalan Presidennya, Azmin Ali berkata, KEADILAN di semua peringkat negeri dan akar umbi sudah bersiap sedia untuk menghadapi PRU13. "Kita minta Perdana Menteri hentikan teka-teki mengenai tarikh PRU13 ini dan segera bubarkan Parlimen kerana rakyat sudah bersedia untuk hadapi pilihan raya," katanya. Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya KEADILAN juga menggesa Najib membuat kenyataan terbuka bahawa Umno sedia menerima kekalahan dalam PRU13. "Kita juga tidak mahu Umno teruskan budaya samseng seperti yang dilakukan sebelum ini dan Najib perlu bertanggungjawab membuat kenyataan terbuka bahawa Umno sedia terima kekalahandan hormati keputusan rakyat," katanya. Dalam pada itu, Azmin berkata, sebanyak 13 juta risalah yang mengandungi manifesto Pakatan Rakyat (PR) mengenai 13 isu rakyat turut diedar ke seluruh kawasan cabang KEADILAN menerusi Kempen 1 Pengundi 1 Risalah. "Selain pengedaran risalah ini, kita turut menggunakan sistem data berkomputer yang membolehkan kita mengesan pergerakan pengundi-pengundi hantu dari satu kawasan ke kawasan lain. "Dengan adanya sistem ini akan dapat membantu kita menangani masalah pengundi hantu dengan lebih awal sebelum PRU berlangsung," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Pelepasan Konvoi Kempen Pilihan Raya KEADILAN Peringkat Negeri Johor, semalam seperti dilapor Sinar Harian. Dalam perkembangan sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor berkata, PRU 13 akan diadakan tidak lama lagi tetapi tarikhnya juga tidak terlalu cepat. Menurutnya, tarikh sebenar masih menjadi teka-teki sedangkan banyak pihak meramalkan PRU 13 akan diadakan awal Julai. Malah ada yang menjangkakan selepas Aidilfitri. Mandat semasa akan berakhir April 2013. Bagaimanapun, Sidang Parlimen bermula hari ini di tengah-tengah spekulasi bahawa PRU 13 akan diadakan dalam waktu terdekat. | ||
Nazri: Tiada cadangan tubuh Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis Posted: 10 Jun 2012 10:39 PM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak bercadang menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) kerana telah wujud Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan bagi menyiasat salah laku anggota penguatkuasaan di negara ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata semua pihak boleh menghalakan aduan salah laku anggota penguatkuasaan kepada suruhanjaya itu, yang ditubuhkan pada 1 April tahun lepas. "Apa sahaja aduan akan disiasat rapi, tindakan akan dilakukan terhadap penguatkuasa, tidak kira siapa jika terbukti ada salah laku," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh). Pada 25 Mac 2008, perdana menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan draf rang undang-undang bagi mewujudkan IPMC sudah disiapkan dan dirancang untuk dibawa ke kabinet sebelum dibentangkan ke Parlimen, namun ditangguhkan selepas parlimen dibubar untuk memberi laluan kepada pilihan raya pada tahun itu. Anwar bertanya adakah kerajaan bercadang menubuhkan IPCMC dan suruhanjaya lebih bebas bagi meningkatkan integriti Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutama melibatkan siasatan terhadap dakwaan salah laku anggota pasukan itu pada perhimpunan Bersih 3.0. Menjawab soalan asal Anwar mengenai tindakan terhadap anggota polis yang bertindak kasar kepada wartawan serta orang awam ketika perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu, Mohamed Nazri berkata hasil penelitian rakaman video dan siasatan dijalankan, dua anggota polis telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 28 Mei lepas di bawah Seksyen 352 Kanun Keseksaan iaitu menggunakan kekerasan terhadap seorang jurugambar Guanming Daily pada perhimpunan Bersih 3.0. Menjawab soalan tambahan lain oleh Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) yang bertanya apakah tindakan kerajaan terhadap mereka yang terlibat dalam Bersih 3.0, Nazri berkata pejabat Peguam Negara memberi jaminan akan mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat. "Kami tidak mengira warna, tak kira sesiapa yang langgar undang-undang...ada bukti kukuh kita akan bawa Permatang Pauh (Anwar) dan Gombak (anggota Parlimen Gombak Azmin Ali) ke mahkamah," katanya. Sementara itu, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata sehingga bulan lepas Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menyiapkan 17,790 Rumah Mesra Rakyat (RMR) di seluruh negara. "SPNB berjaya menyiapkan 474 unit RMR di Sarawak (dalam tempoh sama) dan sedang membina 110 unit lagi," katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) yang bertanya bilangan RMR yang dibina seluruh negara, terutama di Sarawak.- Bernama | ||
Rang undang-undang kesalahan Pilihan Raya ditarik balik atas persetujuan bersama Posted: 10 Jun 2012 10:38 PM PDT SINAR HARIAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengulangi penjelasannya bahawa kerajaan telah berbincang dengan Ketua Pembangkang dan SPR sebelum menarik semula Rang Undang-undang tersebut. "Masa dibahaskan di Dewan Rakyat, kita buat tiga pindaan. Apabila dibahas di Dewan Negara, mereka berhasrat buat dua pindaan lagi. Maka semuanya lima pindaan. Kalau kelima-lima pindaan itu dibuat maka rang undang-undang itu sudah tidak bermakna. "Kita sudah berunding dengan Ketua Pembangkang dan SPR untuk dapat persetujuan supaya rang undang-undang ini ditarik balik. Itu kehendak SPR. Kalau tak puas hati, halakan kepada SPR," katanya menjawab persoalan mengenai perkara itu yang ditimbulkan M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) sebelum Dewan Rakyat memulakan sesi soal-jawab. Kulasegaran bangun meminta penjelasan sebab Rang Undang-undang itu ditarik balik selepas dibincangkan dalam tempoh yang lama pada persidanan Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang lepas. Selain itu, Nazri berkata Kabinet hanya bertanggungjawab memudahkan urusan pindaan Rang Undang-undang tersebut tetapi tidak terlibat dalam memindanya. Rang Undang-undang itu dibentangkan pada 9 April lepas di mana pindaan berkenaan bertujuan menambah baik proses pengundian termasuk menjauhkan lagi tempat bagi orang ramai menunggu atau berada dekat pusat mengundi pada hari mengundi dari 50 meter kepada 100 meter kecuali bagi mereka yang masuk untuk mengundi. Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang tersebut pada 19 April setelah dibahaskan oleh Anggota Parlimen selama tujuh jam.- Bernama | ||
Posted: 10 Jun 2012 10:36 PM PDT Saman Guan Eng: Mahkamah tolak kes Pengerusi Umno Pulau Pinang 11 Jun 2012 KUALA LUMPUR - Kes saman fitnah RM30 juta Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman ke atas Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan tiga yang lain ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini. Hakim Mahkamah Tinggi, Amelia Tee Hong Geok Abdullah menolak kes itu dengan kos. Peguam Guan Eng, Jagdeep Singh Deo berkata, mahkamah menerima hujah pihaknya bahawa Zainal Abidin tiada hak perundangan untuk menyaman keempat-empat defendan, diterima. Dipetik Star Online, dalam penghakiman 11 muka surat, Hakim Amelia berkata, mahkamah berpandangan bahawa Zainal Abidin bukan seorang yang diberi kuasa untuk mengambil tindakan bagi pihak Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang memandangkan beliau bukan pegawai yang didaftarkan sebagai penjawat awam di Pejabat Pendaftar Pertubuhan bagi tujuan memulakan saman bagi pihak jawatankuasa Umno negeri. "Plaintif tidak boleh," kata beliau. Selain itu, Hakim Amelia juga memutuskan bahawa tindakan berperwakilan tidak boleh diambil dalam prosiding saman fitnah. Zainal Abidin memfailkan saman itu pada 24 Oktober lalu dengan menamakan Guan Eng, yang juga Setiausaha DAP, PKR selaku pemilik laman berita elektronik 'Keadilan Daily' dan akhbar 'Suara Keadilan', Segmen Fleksibel Sdn Bhd yang merupakan syarikat penerbitan 'Keadilan Daily' dan 'Suara Keadilan', dan ketua penyuntingnya, Fazallah Pit sebagai defendan. Zainal Abidin menuntut ganti rugi RM30 juta, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah dan suatu injunksi bagi menghalang kesemua defendan daripada terus mengeluarkan atau menyiarkan kenyataan fitnah. | ||
Guan Eng tidak ganti Anwar jadi PM Posted: 10 Jun 2012 10:33 PM PDT KUANTAN - Tidak timbul isu mengenai perebutam jawatan perdana menteri jika pembangkang berjaya mengambil-alih Putrajaya kerana keputusan mengenai siapa yang akan menduduki kerusi itu sudah pun diputuskan. Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dakwaan konon Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya akan jadi perdana menteri sementara adalah tidak benar kerana pakatan tidak pernah bercadang untuk menjadikan kerusi itu jawatan bertempoh dan ditukar antara pemimpin PR. "Tidak timbul isu berebut atau merampas kuasa kerana segala keputusan dibuat bersama," katanya. Anwar dalam kenyataan disiarkan Sinar Harian kelmarin menyatakan beliau bukan pemimpin lembab untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada pemimpin DAP. Beliau memberi reaksi demikian terhadap kenyataan Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Mohd Ali yang berkata Anwar mungkin akan melepaskan jawatan dalam tempoh tiga bulan selepas menang pilihan raya dan menamakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mungkin akan dilantik ke jawatan itu menggantikan Anwar. Ini susulan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang sebelum itu berkata, tiada halangan dari segi undangundang untuk bukan Melayu dilantik jadi perdana menteri dan beliau (Karpal) akan terus berjuang memastikan perkara itu jadi kenyataan. Sementara itu, Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh berkata, dakwaan Hasan sama sekali tidak berasas. "Ia hanya momokan Hasan yang sudah jadi alat Umno untuk menakutkan orang Melayu," katanya. Fuziah berkata, Umno merancang taktik sedemikian kerana terdesak akibat tidak mendapat sokongan kaum Cina dan hanya 50-50 daripada kaum India. "Sebenarnya, isu jawatan PM dalam tempoh tertentu tidak timbul dan Anwar sudah memberikan kenyataan yang betul," katanya merujuk pada kenyataan Anwar menerusi Sinar Harian semalam bahawa beliau bukan pemimpin yang lembab untuk menyerahkan jawatan itu kepada orang lain jika sudah memegangnya. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan