Selasa, 5 Jun 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Najib pemimpin Umno pertama politikkan ucapan Tilawah Al-Quran

Posted: 05 Jun 2012 01:07 AM PDT

KUALA LUMPUR 5 Jun: "Tak pernah dalam sejarah seorang pemimpin Umno bercakap soal politik dalam perasmian Tilawah Al-Quran," kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Mohd Nur Manuty.

Beliau berkata demikian mengulas ucapan Datuk Seri Najib Razak ketika merasmikan majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1433H/2012M di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, malam tadi.

Perdana Menteri dalam ucapannya dengan jelas mengutuk perhimpunan Bersih 3.0 dan menyifatkan ia adalah perhimpunan haram yang menjejaskan nama negara dan hubungan baik dengan kerajaan Arab Saudi.


"Kita merasa hairan dengan segelintir rakyat Malaysia yang sengaja menjadikan Tanah Suci Makkah sebagai tempat meluahkan emosi di bawah telunjuk parti tertentu dengan kononnya membawa mesej berhimpun secara aman, bergambar dengan memakai baju kuning sambil memegang kain rentang 'Bersih 3.0′ dan ditonton oleh seluruh dunia," demikian ucapan Najib.

Antara lain, Presiden Umno itu turut menyentuh isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) dan gejala LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) yang kononnya cuba dipelopori oleh setengah pihak bagi menyebarkan fahaman salah kepada masyarakat.

Bagaimanapun, ucapan beliau itu mendapat reaksi negatif daripada hadirin yang meluat dan menggelengkan kepala ketika mendengar tohmahan berbaur politik itu.

Mengulas lanjut, Dr Mohd Nur menyifatkan tindakan itu merupakan usaha terdesak pemimpin Umno dalam menggunakan segala kesempatan yang ada bagi menarik balik sokongan rakyat.

"Pelbagai propaganda telah mereka (kerajaan) lakukan tapi ternyata rakyat tak termakan umpan kerajaan terutama dalam isu Bersih dan Felda.

"Umno sekarang berada dalam keadaan 'defensive' demi mempertahankan kedudukan mereka kerana sedar rakyat sedang menunggu untuk menukar kerajaan," kata Dr Mohd Nur dihubungi Keadilan Daily.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=31190


Isu Plat WWW 1 Pemuda Pas Perak Buat Laporan Polis

Posted: 05 Jun 2012 12:05 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Perak hari ini menggesa pihak polis mempertimbang semula tindakan menyiasat Timbalan Pesuruhjayanya, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin di bawah Akta Hasutan kerana mengkritik Sultan Johor yang berjaya membida nombor plat WWW 1 pada harga RM520,000.

Timbalan Ketua Pemuda PAS negeri, Dr Raja Ahmad Iskandar Al- Hiss berkata, pada 31 Mei lalu, akhbar Sinar Harian telah mengeluarkan kenyataan Nizar bakal disiasat oleh polis Johor di bawah Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan di Twitternya.

"Sebelum itu, pada 28 Mei, akhbar Kosmo telah mengeluarkan karikatur mengenai nombor plat RM500,000 dan sekali lagi pada 30 Mei mengenai biadaan plat pendaftaran WWW 1.


"Sebagai media arus perdana, sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh akhbar tersebut pasti akan memberi kesan kepada semua pembaca.

"Tweet Nizar dikeluarkan pada jam empat petang dan tidak mustahil beliau mengeluarkan kenyataan tersebut setelah melihat apa yang telah disiarkan dalam akhbar berkenaan," katanya.

Terdahulu, beliau ditemui pemberita selepas membuat membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, kira-kira jam 10 pagi tadi.

Sehingga hari ini, Raja Ahmad Iskandar berkata, akhbar Kosmo belum meminta maaf secara terbuka kepada mana-mana pihak mengenai karikatur yang telah dikeluarkan oleh akhbar tersebut.

"Sedangkan Nizar telah memohon maaf di laman twitternya berhubung kenyataan beliau mengenai isu tersebut.

"Sehubungan itu, kita mahu pihak berkuasa mempertimbangkan semula tindakan untuk menyiasat Nizar di bawah Akta Hasutan dan melihat perkara tersebut secara menyeluruh kerana ia turut melibatkan pihak lain


Dipetik dari http://malaysia-today.net/



Polis Kena Taat Kepada Kerajaan

Posted: 04 Jun 2012 08:28 PM PDT

IGP: Polis perlu perteguh ketaatan

Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu memperteguh ketaatan dan kesetiaan kepada Raja, pemerintah dan kerajaan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Menurutnya, mereka juga perlu menzahirkan budaya kerja positif sejajar dengan visi dan misi PDRM dengan memberi fokus kepada keberhasilan kolektif pasukan.

Berucap pada majlis santapan diraja sempena perasmian Mes Pegawai Kanan PDRM Perlis di Kangar malam tadi, beliau yakin PDRM juga telah menghayati Gagasan 1Malaysia secara berkesan melalui semangat "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan."


Majlis perasmian disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Abdul Rashid, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Yang hadir sama ialah Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

Ismail berkata, PDRM yang kini berusia 205 tahun sentiasa berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan terutama dengan perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi.

"Jika tidak berubah, maka perubahan akan melanda kita, sama ada kita mahu atau tidak," katanya.

Menurut Ismail, zaman ledakan maklumat ini memerlukan PDRM memacu kemajuan melalui kecekapan rangkaian pertukaran maklumat melalui sistem komunikasi yang cekap dan berkesan.

"Jika ini gagal dilaksanakan, relevansi kita sebagai institusi akan menjadi hambar," katanya.

Bangunan mes pegawai bernilai RM27 juta di atas tapak seluas 2.21 hektar berhampiran persimpangan Jalan Raja Muda itu dibina pada 15 Februari 2007 dan siap sepenuhnya pada Mac lalu.

Mes pegawai itu mempunyai bangunan pentadbiran setinggi dua tingkat, satu unit banglo dua tingkat, empat unit rumah berkembar dua tingkat, 24 unit bilik penginapan, dewan bankuet yang boleh menampung 500 orang, kompleks sukan, surau dan bilik mesyuarat.

- Bernama


Dr M: Bawa saya ke mahkamah, saya tak takut

Posted: 04 Jun 2012 06:57 PM PDT

CYBERJAYA - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak gentar dengan dakwaan Penasihat DAP Lim Kit Siang untuk mendedahkan apa yang dikatakan skandal kewangan sepanjang 22 tahun pemerintahannya.

Dipetik Bernama, Dr Mahathir berkata, Kit Siang boleh berbuat apa sahaja sekarang juga untuk membuktikan berlakunya skandal kewangan sepanjang pemerintahan beliau.

"Dia (Kit Siang) boleh buka apa-apa fail, sekarang pun tak apa. Nak bawa saya pergi ke mahkamah pun boleh. Saya tak takut apa-apa pun," katanya ketika merasmikan KRU Academy di sini hari ini.


Semalam, dalam satu kenyataan, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur, mendakwa bahawa Dr Mahathir khuatir kebenaran skandal kewangan yang berlaku ketika pemerintahan beliau akan terdedah jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah negara.

Apabila ditanya mengenai 'Himpunan Hijau ke Putrajaya' anjuran Pas yang menarik 50,000 penyokong, Dr Mahathir menyifatkannya sebagai 'perhimpunan besar-besaran kerana diupah' dan tidak menjanjikan bahawa pakatan pembangkang bakal menang dalam pilihan raya akan datang.

"Saya biasa mendapat kurang daripada 100 orang yang datang untuk mendengar ucapan saya namun saya berjaya memenangi pilihan raya.

"Jika anda mengupah orang supaya datang, mereka akan datang. Ini adalah perhimpunan besar-besaran kerana diupah.

"Anda tengoklah nanti semasa pilihan raya kalau jumlah 50,000 itu dapat diterjemah kepada sokongan dan menghantar mereka (pakatan pembangkang) ke Putrajaya," katanya.


PRU13 - Siasat Segera Pertambahan Mendadak Pengundi Selangor

Posted: 04 Jun 2012 04:29 PM PDT

Khalid : Buat RCI Tentang Pengundi di Selangor Juga

SHAH ALAM, 3 JUN 2012 : Bukan Sabah sahaja, Selangor juga perlu satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berikutan pertambahan pemilih yang mendadak di dalam daftar pengundi terbaru Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang menimbulkan banyak persoalan.

MP Shah Alam, Khalid Samad berkata, pertumbuhan pemilih baru disifatkan luarbiasa dan di luar jangkaan.

"Itulah di antara sebab mengapa kita melihat pertambahan yang begitu mendadak dan luarbiasa di Selangor di mana disebutkan hampir lebih 400 ribu pengundi baru dari 2008 hingga sekarang.


"Kita juga banyak dengar bahawa orang Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Filipina yang telah diberikan kerakyatan dengan sewenang-wenangnya supaya mereka menyokong calon-calon Barisan Nasional (BN)," katanya kepada TVSelangor di sini hari ini.

Khalid berkata kebanjiran warga asing yang mendapat kerakyatan semasa pilihanraya di Selangor dan di seluruh Semenanjung Malaysia mungkin akan berlaku seperti di Sabah.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan penubuhan RCI di Sabah bagi menyiasat kebanjiran warga asing tanpa izin yang dipercayai diberikan kerakyatan semasa pilihanraya 1994.

Bernama melaporkan suruhanjaya tersebut dijangka akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatannya ke Sabah sempena Pesta Kaamatan pada 9 Jun ini.

Menurutnya, penubuhan RCI di Sabah itu disokong MP Pakatan Rakyat (Pakatan). MP BN sendiri tidak menafikan perkara itu berlaku apabila isu tersebut dibahaskan dalam sidang Parlimen lalu.

"Ini untuk kita jamin pilihanraya di negara ini menjadi pilihanraya yang bersih kerana hanya rakyat sebenar yang memilih kerajaan.

"Maka dengan ini, satu RCI untuk menjalankan siasatan berhubung warga asing diberikan kerakyatan ini perlu ditubuhkan dan perlu disegerakan sebelum pilihanraya umum diadakan," katanya.

Abdul Khalid berkata, perkara itu amat serius kerana ia melibatkan jabatan dan agensi kerajaan yang mendaftarkan warga asing berkenaan.

"Sebagaimana didedahkan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar bahawa SPR bersama Jabatan Pendaftaran Negara serta Majlis Keselamatan Negara telah bekerjasama untuk mendaftarkan warga-warga asing ini.

"Apabila perkara ini didedahkan, kita melihat pihak yang disebutkan itu tidak memberikan satu menafian yang kukuh dan bersungguh-sungguh. Maka adalah diyakini perkara ini memang sedang berlaku," katanya.

-selangorku



PANAS - 2 Ahli Panel Siasatan BERSIH 3.0 Tarik Diri

Posted: 04 Jun 2012 06:04 AM PDT

KUALA LUMPUR 4 Jun - 2 Ahli Panel Siasatan Khas Perhimpunan BERSIH 3.0 hari ini mengambil keputusan untuk menarik diri berkuatkuasa serta merta.

2 Panel tersebut ialah Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim (gambar) dan Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas, Datuk Medan Abdullah.

Kedua-duanya bakal membuat kenyataan rasmi berkaitan penarikan semula yang telah dilantik Kementerian Dalam Negeri itu.


Sebelum ini, pihak Kerajaan mengumumkan senarai enam ahli Panel Penasihat Bebas dipengerusikan Bekas Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar bagi menyiasat kejadian rusuhan ketika perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April lalu.

Selain 2 ahli panel yang menarik diri tersebut, turut dipilih menganggotai siasatan ini termasuklah Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf Datuk Hussamuddin Yaacub, Penasihat Undang-undang Kumpulan Akhbar Sin Chiew Liew Peng Chuan, dan Pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Ruszmi Ismail.

http://klpos.com/politik/4776-2-ahli-panel-siasatan-bersih-30-tarik-diri


Harga Petrol - Rakyat Ditipu Hidup-Hidup

Posted: 04 Jun 2012 02:11 AM PDT

Kerajaan mendakwa kualiti RON97 lebih baik berbanding RON95. Disebabkan kualiti yang lebih baik, kerajaan menetapkan harga runcit RON97 sebanyak RM2.90 seliter manakala RON95 yang kurang berkualiti pada harga RM1.90 seliter. Jika dilihat, memang jelas RON97 (RM2.90) berharga lebih RM1 daripada RON95 (RM1.90).

Tetapi, kerajaan juga begitu bangga menyatakan bahawa petrol RON95 telah diberi subsidi kerana rakyat diutamakan. Bukan sedikit tetapi subsidi dan cukai berjumlah RM1.45 terpaksa ditanggung oleh kerajaan bagi menetapkan harga runcit RON95 pada paras RM1.90 seliter.

Dengan harga RM1.90 seliter dan ditambah nilai subsidi RM1.45 seliter yang ditanggung oleh kerajaan, maka harga RON95 TANPA SUBSIDI ialah RM3.35 manakala RON97 yang lebih berkualiti tetapi TANPA sebarang subsidi hanya berharga RM2.90!


Sekiranya kedua-dua gred petrol dijual TANPA sebarang subsidi, maka harga RON95 (RM3.35) lebih tinggi daripada RON97 (RM2.90). Petrol yang lebih berkualiti lebih murah daripada petrol yang kurang berkualiti!

Jika begitulah halnya, adalah lebih baik kerajaan menukarkan subsidi RM1.45 seliter yang diberikan kepada petrol gred RON95 (yang kurang berkualiti) dan memindahkan subsidi berkenaan kepada petrol RON97. Rakyat akan menikmati petrol yang berkualiti lebih baik dengan harga yang jauh lebih murah. Dengan kadar subsidi RM1.45, harga petrol gred RON97 dapat dinikmati oleh rakyat dengan harga RM1.45 seliter! (RM2.90 - RM1.45).

Dengan harga yang lebih murah dan Rakyat dapat menggunakan petrol daripada gred RON97 yang lebih berkualiti.... RON97 berharga RM1.45 seliter! Macam mimpi!

Tapi kerajaan Barisan Nasional seronok menipu orang-orang tua di kampung dan peneroka Felda dengan perkataan subsidi. Tak mengapa. Teruskan menipu menggunakan perkataan keramat 'subsidi' tetapi pindahkan subsidi berkenaan kepada petrol RON97. Ada berani?

Kalau tak berani, jangan ganggu Rakyat untuk menukar kerajaan yang dapat memberikan harga petrol yang lebih murah. Bukan susah pun kerajaan Pakatan nak lakukan... Pindahkan sahaja subsidi daripada RON95 kepada RON97. Tak perlu pakar kewangan untuk melakukannya..

Analoginya samalah dengan menjual kereta Proton yang berkualiti dengan harga yang lebih murah di luar negara manakala Proton yang kurang berkualiti dijual kepada rakyat di dalam negara dengan harga yang jauh lebih mahal. Haram jadah!!! (pinjam kata-kata Najib)

Siapa yang mahukan harga petrol RON97 berkualiti dengan harga yang lebih murah daripada harga RON95, JOM tukar kerajaan BN kepada kerajaan Pakatan Rakyat!

Patutlah DS Anwar berani dan konfiden memberi jaminan, "malam ini kita berkuasa di Putrajaya, esok kita turunkan harga petrol!"

Kepada pemuda-pemudi, abang, adik, kakak, cuba eksplen penipuan subsidi petrol kerajaan Najib ini kepada orang-orang tua di kampung-kampung, di pedalaman, Makcik Kiah, Makcik Jemah, Pak Seman, Pak Sudin di Felda-Felda. Mereka semua ada kereta dan motor yang menggunakan petrol.



http://shalehudin.blogspot.com/2012/06/haram-jadah-rakyat-ditipu-dengan.html


Tiada ulasan: