Khamis, 28 Jun 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Lelaki Ditahan Kerana Lakukan Onani di depan Guru Agama

Posted: 28 Jun 2012 07:08 AM PDT

 
Banjarmasinpost melaporkan seorang warga Purwoasri, Kabupaten Kediri, Jawa Timur ditahan oleh polis kerana melakukan onani di depan rombongan guru perempuan sebuah madrasah, Khamis (31/5/2012).

Peristiwa yang terjadi di jalan umum Desa Kapas, Kecamatan Kunjang ini bermula apabila suspek menunggang motosikalnya berhenti di depan empat orang guru Madrasah Ibtidaiyah yang dalam perjalanan pulang seusai mengajar di wilayah Purwoasri.

Sambil menghadang, suspek yang telah menikah dan dikurniai seorang anak ini dengan selamba membuka celana dan melakukan onani di hadapan kelompok guru yang masih muda itu.

Oleh sebab takut dan berasa jijik melihat perbuatan lelaki itu, guru-guru tersebut segera melarikan diri menuju ke balai  polis di Kunjang dan melaporkan kejadian tersebut. Pihak polis yang bertindak pantas berjaya menahan lelaki itu di sekitar kawasan kejadian.
 
 Lelaki itu mengaku melakukan aksi ekshibisionisme itu tanpa sedar kepada pihak polis. Dia mendakwa ada dorongan yang kuat dari dalam dirinya untuk berbuat demikian sehingga tidak mampu ditahan. Dia juga mengaku telah tiga kali melakukan perbuatan tidak senonoh itu di tiga lokasi yang berbeza.

Ayah suspek, Tukiran (65) berasa sesal atas perbuatan anaknya. -DCM
 
 
P/s: Gila seks!
 
 
 
 
 
 

Ahli Parlimen PKR Dakwa Ditawar RM5 Juta Untuk Lompat Parti

Posted: 28 Jun 2012 04:07 AM PDT


[KD] KUALA LUMPUR 28 Jun: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail dari KEADILAN mendedahkan, beliau pernah ditawar RM5 juta untuk lompat ke parti BN.

Menurutnya, tawaran itu dibuat pada tengahari 27 Januari 2010 di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Kuala Lumpur.

Kata Azan, lebih 12 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat diberi tawaran sama, dan diatur dengan kemas dan licik.

"Sebagai contoh, Ahli Parlimen tidak akan 'lompat' pada masa yang sama. Tawaran juga tidak dibuat oleh perancang, tetapi diwakili seorang tokoh yang dihormati dan pernah ada kedudukan tinggi dalam kerajaan.

"Jumlah tawaran juga bergantung pada rundingan. Ada yang melebihi RM5 juta seperti yang disebut dalam rakaman video," jelasnya pada sidang media di Parlimen semalam.

Beliau menambah, beberapa bukti lain seperti video dan tokoh yang terlibat akan didedahkan, selepas segala maklumat disusun dengan teratur.

Pada 21 Jun lalu, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menayangkan klip video berdurasi 30 saat yang dirakam di sebuah restoran di Lembah Klang.

Klip video tersebut menunjukkan rundingan di antara Ahli Parlimen KEADILAN dan agen Umno, didakwa bekas Ketua parti (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim.

Kegagalan Zamil menafikan dakwaan tersebut menguatkan lagi kebenaran ini dan peranan beliau sebagai agen Umno.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, siri-siri pendedahan akan terus dibuat supaya gambaran sebenar akan menjadi lebih jelas.

Katanya, penampilan Azan sebagai saksi utama untuk menunjukkan memang ada rundingan rahsia untuk memujuk Ahli Parlimen Pakatan Rakyat lompat parti.

"Kita juga mahu rakyat tahu setakat mana kerajaan Umno BN ambil berat soal demokrasi.

"Tindakan ini juga membuktikan mereka tidak menghormati pilihan rakyat, hanya ingin menang pilihan raya dengan apa-apa cara," kata Khalid.





[PANAS] Bakal Besan Najib Ditangkap di Dubai?

Posted: 28 Jun 2012 02:03 AM PDT



[KD] DUBAI 28 Jun: Maira Nazarbayev- bakal besan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipercayai ditangkap di Dubai ketika dalam perjalanan ke Eropah untuk satu percutian.

Free Malaysia-Today (FMT) yang memetik sumber, melaporkan ibu kepada Daniyar Nazarbayez itu ditahan Jumaat lalu oleh polis Dubai ekoran notis dikeluarkan pihak Interpol, bagi pihak kementerian hal ehwal dalaman Kazakhstan.

"Dia (Maira) ditahan di Dubai sekarang. Dia diwakili oleh tiga firma undang-undang AS dan dia memiliki firma hubungan Awam berpengkalan di New York untuk membantu pertahankan imejnya," kata sumber itu kepada FMT.

"Dia ditahan di Lapangan Dubai pada 22 Jun," kata sumber itu lagi.

FMT bagaimanapun tidak dapat mengesahkan secara rasmi penahanan tersebut daripada pihak berkuasa Dubai, manakala E-mail kepada jurucakap Maira, Ronn Torossian juga tidak berbalas.

Maira dilapor tiba di Dubai pada 18 Jun dari Amerika Syarikat, ketika dalam perjalanan menuju ke Eropah untuk bercuti bersama keluarga dan rakan-rakannya.

Anaknya, Daniyar- bertunang dengan anak perempuan Najib, Nooryana Najwa Jun tahun lalu.

New York Post sebelum ini melaporkan Daniyar menipu bapa tirinya, Bolat Nazarbayez seunit kondominum mewah berharga AS$20 juta (RM60 juta). Ia berdasarkan dokumen mahkamah yang difailkan Bolat, yang juga abang kepada presiden Kazakhstan di Mahkamah Agung Manhattan, Amerika Syarikat.

Akhbar itu juga melaporkan Maira dikehendaki pihak berkuasa kerana terlibat dalam kes jenayah termasuk penculikan dan peras ugut.
 
 
 

10 Orang Pelajar Ting 2 CABUL dan UGUT ROGOL 2 Orang Pelajar Perempuan

Posted: 27 Jun 2012 08:30 PM PDT


[HM] GOMBAK: Sepuluh pelajar lelaki tingkatan dua bertindak rakus apabila menceroboh tandas wanita sekolah mereka, dekat sini sebelum mencabul dua rakan sekelas secara bergilir-gilir, selain mengugut akan merogol mangsa jika menceritakan kejadian itu kepada orang lain.

Walaupun kedua-dua mangsa berusia 14 tahun sudah mengunci pintu tandas dan bersembunyi di dalamnya, kumpulan pelajar ganas terbabit nekad memanjat dinding tandas sebelum masuk dan mencabul mangsa.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 6 petang 19 Jun lalu, namun ia tidak berakhir di situ saja kerana selepas itu mereka terus mengganggu kedua-dua mangsa malah turut diugut supaya tidak membocorkan rahsia perbuatan mereka atau akan dirogol.

Tidak tahan dengan gangguan dan ugutan yang diterima, seorang daripada mangsa nekad membuat laporan di Balai Polis Rawang, kelmarin.

Menurut sumber, sebelum kejadian kedua-dua mangsa masuk ke dalam tandas sekolah mereka sebelum terdengar bunyi bising di luar.
 
 
P/s: Aduhai!
 
Muhyiddin hanya bimbang pelajar obes di sekolah!
 
 

Warga Emas Kantoi Khalwat dengan Isteri Orang

Posted: 27 Jun 2012 06:45 PM PDT

Sekadar hiasan.

[BH] PAGOH: Seorang warga tua cuba bersembunyi di dapur, sejurus menyedari dia dan pasangannya yang juga isteri orang, dikepung penduduk kampung yang menyedari perbuatan mereka berkhalwat.

Warga tua berusia 59 tahun itu serta pasangannya yang berusia 27 tahun dikesan melakukan perbuatan itu dalam sebuah rumah teres di sini, awal pagi semalam.
 
Helah lelaki itu meninggalkan keretanya di tepi jalan kira-kira 100 meter dari rumah pasangannya sebelum masuk melalui pintu dapur terbongkar apabila mereka diserbu penduduk dan empat anggota dan pegawai penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Muar.

Lebih memalukan, perbuatan itu dilakukan ketika anak perempuan wanita berkenaan yang berusia lima tahun sedang tidur dalam bilik, manakala suami wanita terbabit yang juga kakitangan kerajaan tiada di rumah kerana bermalam di rumah isteri pertamanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 malam itu, penduduk menyedari pasangan terbabit melakukan maksiat dan penduduk segera menghubungi pihak berkuasa.

Penduduk, Ahmad Zam, 45, berkata mereka membuat aduan kepada pihak berkuasa agama kerana tidak sanggup menanggung dosa bersubahat membiarkan maksiat berlaku di kawasan mereka.

"Selama ini, kami sudah beberapa kali terserempak dengan pasangan berkenaan di sekitar Pagoh, namun semalam, kami nekad tidak membiarkan lelaki terbabit terlepas dengan membantu penguat kuasa Pejabat Agama Muar menahan mereka," katanya.
Ahmad berkata, ketika keluar ke kedai berhampiran kira-kira jam 9.30 malam, beliau terserempak dengan lelaki itu yang sedang memandu sebuah kereta memasuki taman berkenaan.

Katanya, beliau menghubungi tiga rakannya sebelum mereka mengekori kenderaan lelaki itu selama hampir 10 minit sebelum melihat dia meninggalkan kereta di persimpangan jalan yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah wanita terbabit.

Difahamkan, warga tua bukan Islam itu bertugas sebagai pengurus sebuah kilang sawit di sini, manakala pasangannya bekerja di tempat sama.



[Gambar] Apakah Persamaan Kerajaan Mubarak dengan Kerajaan BN?

Posted: 27 Jun 2012 05:45 PM PDT

Sumber: FB

Tiada ulasan: