Khamis, 28 Jun 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Bakal Besan Rosmah Kena Cekup Di Dubai?

Posted: 28 Jun 2012 12:01 AM PDT

Maira Nazarbayev, bakal besan Rosmah, dipercayai telah ditangkap di Dubai sewaktu mahu terbang ke Eropah untuk bercuti.

Sumber berkata, dia telah ditahan di lapangan terbang Dubai pada 22 Jun lalu oleh polis Dubai berdasarkan notis yang dikeluarkan oleh Interpol, yang bertindak bagi pihak Kementerian Hal Ehwal Dalaman Kazakhstan.

Maira telah mendarat di Dubai pada 18 Jun dari Amerika Syarikat (AS), dalam perjalanan ke Eropah untuk bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan.

Namun belum ada pengesahan secara rasmi mengenai penangkapan beliau oleh pihak berkuasa Dubai. E-mail kepada Torossian Ronn, jurucakapnya juga tidak terjawab. Sumber FMT

Tiada ulasan: