DUNIACACAMARBA |
- Melacur Kerana Darurat: Soalan & Jawapan MASHITAH
- Ibu LACUR 2 Orang Anak Gadisnya
- Kucing SUSUI Tikus
Melacur Kerana Darurat: Soalan & Jawapan MASHITAH Posted: 21 Jun 2012 09:13 PM PDT Jual diri kerana terdesak Harian Metro Ahad 19 Jun 2005 SAYA sering membaca kisah wanita (terutama ibu tunggal) yang terpaksa menjual diri untuk membesarkan anak. Punca pendapatan ini secara terang adalah haram. Persoalannya, adakah kehidupan dan pendidikan anak yang membesar dengan wang begini akan mendapat keberkatan Allah? Adakah anak yang mengetahui pekerjaan ibunya tetapi masih menggunakan wang itu akan turut berdosa? Dan bagaimana pula hukumnya jika wang itu digunakan untuk membayar zakat fitrah? RAZIN Kuala Lumpur JAWAPAN oleh oleh Datuk Dr Mashitah Ibrahim HUKUM di dalam Islam berbeza mengikut keadaan seseorang. Mengikut istilah yang dipakai di sini, iaitu 'terpaksa', membayangkan wanita berkenaan terdesak melakukan perbuatan dilarang dan bukan dengan kehendak hatinya. Dia terdesak berbuat demikian demi menyelamatkan anak dan memberi makan. Perkara dilakukan dalam suasana darurat terlepas daripada hukuman biasa. Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram, tetapi jika terdesak dan darurat ia dimaafkan. Di sinilah timbulnya tanggungjawab masyarakat untuk membantu. Orang terdesak dan darurat tidak mungkin mampu membayar zakat fitrah, bahkan dia tergolong layak terima fitrah. Jika sampai ada lebihan, bererti dia sudah tidak darurat. ARKIB : 28/06/2005 Tiada alasan boleh melacur kerana darurat Saudara Pengarang, Saya berpandangan alasan melacur kerana darurat tidak dapat diterima sama sekali oleh syarak mahupun akal dan adat masyarakat kerana masih banyak lagi jalan lain yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalahnya lebih-lebih lagi disokong dengan statistik peluang pekerjaan yang banyak dikaut oleh pekerja asing di negara ini, di samping masih terdapat badan-badan kebajikan kerajaan mahupun swasta dan masih ramai warga negara ini yang berjiwa mulia bersikap suka menolong orang yang dalam kesusahan. - ZAMRI HASHIM, Pegawai Istinbat, Jabatan Mufti Negeri Perak. Kredit: http://mohdtaufek.blogspot.com |
Ibu LACUR 2 Orang Anak Gadisnya Posted: 21 Jun 2012 07:27 PM PDT [HM] GEORGETOWN: Ibu durjana. Itu gelaran paling sesuai untuk seorang wanita yang menjadikan dua anak gadisnya berusia 16 dan 17 tahun sebagai hamba seks dengan melacurkan mereka sejak dua bulan lalu dengan alasan untuk menampung kehidupan. Perbuatan terkutuk wanita berusia 35 tahun itu terbongkar apabila dia bersama teman lelakinya yang juga orang tengah dalam memperdagangkan tubuh dua beradik terbabit, dicekup dalam Ops Noda di sebuah hotel di Bayan Lepas, dekat sini, awal pagi semalam. Difahamkan, wanita itu sebelum ini pernah ditahan dan ditempatkan di sebuah pusat pemulihan akhlak kerana melakukan perkara sama, namun dia dibebaskan Disember tahun lalu. Nyata, dia rupa-rupanya masih belum insaf dan kali ini bersekongkol dengan teman lelakinya berusia 27 tahun untuk melacurkan dua anaknya dengan menjadikan hotel berkenaan sebagai lokasi mencari pelanggan. P/s: Lahanat! |
Posted: 21 Jun 2012 06:25 PM PDT [HM] Ranau: Walaupun kucing dan tikus dua haiwan sentiasa bermusuhan, namun perkara itu tidak berlaku bagi sebuah keluarga di Kampung Marakau, di sini, yang terkejut apabila mendapati kucing peliharaan mereka yang baru melahirkan anak turut menyusukan seekor tikus yang 'menumpang' manja bersama ibu kucing berkenaan. Menurut pemiliknya, Malik Kaibeh, 47, kucing peliharaannya yang dinamakan Puralan itu baru pertama kali melahirkan dua ekor anak di sebuah pondok berhampiran rumah mereka sebelum disedarinya pada 7 Jun lalu. "Saya melihat Puralan berulang-alik dua kali sambil menggonggong anaknya untuk berpindah dan hairan melihat ibu kucing ini turut menggonggong 'anaknya' yang agak pelik kerana memiliki ekor yang halus dan panjang selain berwarna hitam pekat. "Sebaik diamati, saya terkejut apabila mendapati anak ketiganya adalah seekor tikus dan tidak pasti sama ada haiwan itu sekadar menumpang atau turut lahir bersama anak kucing lain," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam. Katanya, sebaik menyedari perkara itu, dia bersama isteri, Anifah Unggau, 47, memaklumkan kejadian terbabit kepada jiran sebelum perkara itu mula tersebar di kalangan penduduk kampung sehingga rumahnya kini menjadi tumpuan. "Biasanya tikus menu utama makanan kucing liar di sini, tetapi lain ceritanya dengan kucing kami apabila dilayan seperti anak sendiri. "Malah, ibu kucing dilihat melayan 'anak istimewanya' sama seperti dua lagi anaknya lain termasuk menyusu dan membersihkan badannya," katanya. Katanya, semua anak kucing berkenaan turut dilihat bermain bersama selain tikus terbabit tidak pernah cuba melarikan diri walaupun dikerumuni orang ramai. "Kami ada memelihara lebih 10 ekor kucing yang dibiarkan bebas selain arnab yang ditempatkan di dalam reban khas di luar rumah. "Selepas mengetahui kejadian ini, ramai penduduk kampung mengunjungi rumah saya untuk melihat lebih dekat termasuk ada di antara mereka menghulurkan wang untuk membeli makanan kepada ibu kucing berkenaan," katanya. Sementara itu, ketika ditanya sama ada dia akan menjual haiwan berkenaan, Anifah berkata, enggan berbuat demikian dan akan memelihara haiwan berkenaan. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan