Syarikat kroni bakal cetus krisis kewangan negara? – Oleh Hafiz Zainuddin Posted: 21 Jun 2012 10:31 PM PDT Adakah Malaysia akan berhadapan krisis kewangan sekali lagi akibat hutang korporat terkumpul kumpulan anak-anak syarikat jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang mencecah RM34.3 billion?
Pada krisis ekonomi Asia tahun 1997/988, kita menyaksikan kejatuhan syarikat kroni UMNO Renong Berhad yang telah muflis akibat hutang melebihi RM20 billion atau sekitar 7 peratus jumlah hutang di bank yang menyebabkan kerugian ratusan juta ringgit kepada pelabur-pelabur mereka sendiri.
Apa pula 'helah' kerajaan apabila Rang Undang-Undang Perbelanjaan Tambahan diusulkan di Parlimen dengan jumlah besar peruntukan sebanyak RM8 billion yang meliputi hampir 40 peratus dari Belanjawan 2012? Bukankah ia akan dilihat sebagai "memastikan keuntungan kepada syarikat kroni?"
Dan mengapa kerajaan Barisan Nasional terus amalkan kronisme, iaitu memberi projek besar kepada 'kawan' tanpa perlu ada tender terbuka, serta tanpa mengira sama ada syarikat-syarikat kroni tersebut layak, mampu atau berkebolehan? Kesannya, rakyat sendiri yang terpaksa menanggung hutang besar apabila kroni-kroni tersebut gagal dalam perniagaan mereka.
"Yang menghairankan ialah, mengapa Pelabuhan Pulau Pinang diswastakan kepada Seaport Terminal (Johor) Sdn. Bhd. milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sedangkan Syed Mokhtar mempunyai sejumlah hutang yang besar?
"Lebih mengejutkan lagi, banyak khabar angin mengatakan bahawa Syed Mokhtar juga sedang cuba untuk mendapatkan Pelabuhan Kelang (Northport Holding) dan juga KTM Berhad," soal Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berikutan pengesahan Jabatan Perdana Menteri mengenai penswastaan pelabuhan Pulau Pinang.
Pua bimbang masalah yang sama akan berulang, iaitu isu Renong yang merupakan salah satu syarikat terbesar dan penting kepada kerajaan BN. Syarikat ini mempunyai lingkungan perniagaan yang meluas melibatkan kepentingan dalam pembinaan lebuh raya seperti PLUS, UEM, Linkedua termasuk landasan KTM dan Putra LRT, hartanah, telekomunikasi dan banyak lagi. Kemudian Renong menghadapi hutang amat besar.
Katanya, kumpulan syarikat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary mempunyai hutang terkumpul sebanyak RM34.3 billion yang merupakan lebih dari 10 peratus hutang korporat tertunggak tempatan sehingga 2011 manakala anggaran jumlah tunai dan asset cair syarikat-syarikat ini cuma sebanyak RM7.8 billion sehingga Mei 2012.
"Hutang sebanyak RM34.3 billion ini jauh melebihi dari hutang yang ditanggung Renong ketika itu sebanyak RM20.0 billion. Perkara ini telah menyebabkan kebimbangan umum kerana kita bimbang wang pembayar cukai negara ini digunakan untuk menyelamatkan syarikat gergasi," ujarnya.
Empayar perniagaan yang besar dengan hutang yang tidak terurus
Dalam satu media di Parlimen semalam, Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara turut mendedahkan beberapa empayar syarikat dan industri milik Syed Mokhtar dalam empat kategori entiti.
Katanya, Syed Mokhtar memiliki RM51.8 peratus saham MMC Corporation Berhad yang mempunyai hutang tertunggak sebanyak RM24.2 billion.
"Seperti yang kita tahu, anak-anak syarikat MMC Corporation adalah Malakoff Corporation, Gas Malaysia, Aliran Ihsan Resources, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Johor, Senai Airport Terminal Services, Terowong SMART dan syarikat usahasama MMC-Gamuda," tambah beliau.
Menurutnya, entiti kedua terbesar milik Syed Mokhtar ialah DRB-Hicom yang menanggung hutang RM5.7 billion termasuk hutang RM3.0 billion untuk memiliki Proton Berhad. Kumpulan syarikat yang lain ialah Edaran Otomobil Nasional, MODENAS, Honda Malaysia, Bank Muamalat, PUSPAKOM, Alam Flora, POS Malaysia, Defence Technologies dan beberapa syarikat pembangunan hartanah.
"Beliau juga memiliki 43.0 peratus saham Tradewinds (M) Berhad yang merupakan entiti ketiga terbesar milikannya yang mempunyai hutang berjumlah RM3.48 billion.
"Syarikat ini memiliki BERNAS yang memonopoli pembelian, import dan pengedaran beras di Malaysia, Central Sugar Refinery dan pegangan kecil dalam Malaysian Sugar Manufacturing Berhad yang sama-sama memonopoli pasaran gula Malaysia termasuk Tradewinds Plantation," katanya
Persoalan yang terjawab
Harga gula negara ini sentiasa meningkat dari masa ke masa sedangkan kerajaan menanggung sejumlah subsidi yang besar. Setelah harga gula dunia berada pada paras tertinggi iaitu US$29.47 (RM89.66) setiap seratus Pound pada Julai 2011, ia mula jatuh setiap bulan sebanyak 20.5 peratus dan mencatatkan sebanyak US$23.42 pada Disember.
Pada Bajet 2012 yang lalu, sebanyak RM367 juta subsidi ditambah kepada RM198 juta yang diperuntukkan. Walau bagaimana pun, penambahan ini tidak berkadar terus dengan kenaikan harga gula sebenar yang menimbulkan persoalan siapa yang sebenarnya mendapat keuntungan dari subsidi ini.
Menurut Pua, Syed Mokhtar juga memilki Tradewinds Corporation dengan 71.5 peratus pegangan di mana syarikat tersebut menanggung beban hutang sebanyak RM890 juta.
"Tradewinds Corporation mengurus beberapa hotel utama di Malaysia termasuk Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur, Hotel Hilton di Kuching dan Petaling Jaya dan juga Hotel Istana," jelasnya.
Menurutnya lagi, kerajaan persekutuan perlu menjelaskan tindakan yang telah diambil untuk memastikan krisis kewangan 1998 tidak berulang di mana rakyat menjadi mangsa kesan hutang gergasi-gergasi korporat kroni..
"Segalanya perlu dijalankan dengan telus dan berintegriti agar rakyat dapat mengetahui seterusnya menilai tindakan yang diambil kerajaan.
"Kementerian Kewangan juga perlu menyediakan satu data yang menjelaskan kedudukan institusi kewangan kita, badan-badan berkanun seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)," jelasnya.
Mengkhianati wang pembayar cukai
Isu melibatkan 'subsidi' sering didakwa kerajaan BN sebagai untuk meringankan beban rakyat sedangkan ia terang-terang bercanggah dengan dasar subsidi itu sendiri.
Syarikat-syarikat tertentu yang mendapat subsidi dari kerajaan dilihat mempunyai kepentingan dengan UMNO-BN malah bersifat memonopoli walau pun mereka tidak mempunyai rekod kewangan yang baik.
Kerajaan sepatutnya memastikan agar wang cukai yang dikutip dari rakyat Malaysia digunakan untuk kepentingan seluruh rakyat dan bukan digunakan untuk membayar kebobrokan yang dilakukan oleh kroni mereka sendiri.
Akhirnya, ia memungkinkan krisis ekonomi yang akan menggugat kestabilan negara. – Roketkini.com |
Guan Eng menang saman Utusan sekali lagi, kali ini fitnah tentang DEB Posted: 21 Jun 2012 10:24 PM PDT GEORGE TOWN, 22 JUN: Kerana menipu kononnya Lim Guan Eng mahu menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB), Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, telah melakukan fitnah.
Justeru, mahkamah mengarahkan Utusan membayar pampasan RM200,000 kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu serta RM20,000 kos mahkamah.
Guan Eng menyaman Utusan terhadap satu tulisan bertajuk "DEB: Guan Eng Tetap Berdegil" bertarikh 15 Mac 2008 yang mendakwa kononnya Setiausaha Agung DAP tersebut mahu menghapuskan DEB.
Tulisan itu mengandungi perkataan berunsur fitnah dan berniat jahat kerana Guan Eng tidak pernah mengatakan beliau mahu menghapuskan DEB.
Beliau telah menjelaskan bahawa apa yang dikatakannya adalah pentadbirannya di Pulau Pinang akan bebas daripada kronisme, korupsi dan sistem yang tidak berkesan.
Ini adalah kemenangan kedua Guan Eng menyaman Utusan. Pada Disember tahun lalu, mahkamah mendapati sengaja memfitnah Guan Eng dengan niat jahat.
Artikel Utusan bertajuk "Kebiadaban Guan Eng" yang disiarkan pada 20 Disember 2010 cuba menggambarkan Guan Eng dan DAP seolah-olah anti-Melayu dan anti-Islam, dan terbukti dakwaan Utusan itu palsu. – Roketkini.com |
RM3 bilion: Jika wujud, Mahathir takkan lepaskan peluang - Anwar Posted: 21 Jun 2012 09:24 PM PDT Jun 22 2012 / Keadilan Daily (Aisha Geoffrey)
KUALA LUMPUR 21 JUN: Mustahil Tun Dr Mahathir Mohamad yang terkenal sebagai pendendam, akan melepas peluang mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim ke mahkamah jika akaun RM3 bilion benar-benar wujud.
"Ingat Mahathir boleh bagi peluang saya hidup jika akaun itu betul wujud? Sedangkan dulu tak ada kes pun beliau boleh belasah dan penjarakan saya," kata Ketua Pembangkang itu.
Ketua Umum KEADILAN itu, berkata tindakan pasti diambil Mahathir sejak 12 tahun lalu jika akaun berkenaan, terbukti wujud.
Berucap depan lebih 2,000 rakyat di Setiawangsa, beliau memberi penjelasan betapa siasatan kes itu sudah lama ditutup kerana ternyata tiada bukti.
Katanya, ia disokong akuan sumpah dari bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegahan Rasuah (BPR), Abdul Razak Idris yang mengetuai siasatan kes itu.
Akuan bersumpah itu dibuat setelah sepasukan pengawai BPR menjalankan siasatan terperinci hingga ke Singapura dan United Kingdom.
"Tapi sekali lagi, bila terbukti tiada kes terhadap saya, Mahathir mengarahkan Razak jangan beritahu sesiapa.
"Di Parlimen, ada beberapa ahli parlimen BN mengganggu perbahasan dengan menjerit '3 bilion' lalu saya duduk dan minta mereka bangun untuk bertanyakan soal itu.
"Tak ada pula yang nak bangun. Kamu guna media seperti TV3 dan Utusan untuk hina saya tapi bila saya cabar berdepan, semua 'kelu lidah' tidak berkata," katanya.
Anwar juga menolak fitnah kononnya Mahathir akan dituduh dengan tuduhan palsu sebagai membalas dendam apabila Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.
"Saya tak pernah berniat jahat. Sekalipun untuk heret sesiapa ke penjara jika Pakatan menang pilihan raya. Tak kiralah Mahathir, Najib mahupun Rosmah.
"Saya cuma mahu buktikan kita boleh tadbir negara dengan baik," katanya yang disambut tepukan gemuruh.
|
Guan Eng menang satu lagi saman ke atas Utusan Posted: 21 Jun 2012 09:21 PM PDT Ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memenangi satu lagi saman fitnah ke atas Utusan Malaysia hari ini di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
Saman itu berhubung satu laporan pada 15 Mac 2008 yang disiarkan akhbar milik Umno tersebut, mengenai dakwaan untuk menghapuskan Dasar Ekonomi Baru.
Ini merupakan kemenangan kedua Lim di mahkamah ke atas Utusan. |
Kajol akan cuba insaf, akur keputusan mahkamah Posted: 21 Jun 2012 07:12 PM PDT NURRUL HUDA AHMAD LUTFI ADILA SHARINNI WAHID KOTA BHARU - "Saya akan cuba insaf." Demikian kata penyanyi dikir barat moden terkenal, 'Kajol' atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Jeffri, 26, selepas Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam menerima rayuan berhubung sabitan hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Rendah Syariah, Tanah Merah, tahun lalu. Hakim Syarie, Abu Bakar Abdullah Kutty dalam penghakimannya bagaimanapun menggantung pelaksanaan hukuman penjara itu selama setahun dengan syarat Kajol berkelakuan sopan dalam tempoh berkenaan. "Mahkamah menggantung hukuman penjara yang dikenakan terhadap perayu dan perlu memastikan tidak ada kesalahan sama berbangkit dalam tempoh itu. Jika perayu gagal, maka hukuman akan terlaksana," katanya. Pada prosiding semalam, Kajol yang diwakili Peguam Syarie, Mohd Zaki Zainal Abidin, hadir berkopiah putih bersama keluarga manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie negeri, Norhasni Ridhwan Hassan. Ketika ditemui diluar mahkamah, Kajol berkata, dia berpuas hati dengan keputusan itu dan berkata akan cuba berubah serta mengurangkan aktiviti persembahan dikir barat. "Saya akan cuba insaf secara perlahan-lahan, kalau hendak secara mendadak saya tidak pasti tetapi perkara yang berlaku ini mungkin akan memberi pengajaran kepada saya," katanya. Terdahulu, pada 21 Jun 2011, Mahkamah Rendah Syariah, Tanah Merah menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 atau lima bulan penjara jika gagal membayar denda terhadap Kajol selepas mengaku salah terhadap tuduhan berperwatakan seperti wanita dan berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai di tapak ekspo, 15 April tahun sama. Dia yang menjelaskan denda tersebut, kemudiannya mengemukakan rayuan supaya hukuman penjara itu diketepikan. Kajol yang juga Orang Asli suku Temiar dari Rancangan Penyusunan Semula (RPS) Orang Asli, Kuala Betis, Gua Musang itu, sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila perbuatannya yang tampil berperwatakan lembut dikritik ramai pihak |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan