ALHUSSEYN |
Hamidah BP Pembohong - Mana Bukti Kelulusan Pejabat Tanah Dan MBI ? Posted: 21 Jun 2012 07:13 PM PDT Pembohong! Itulah yang boleh dikatakan mengenai Hamidah Osman @ Hamidah BP yang terus mendakwa pembinaan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Taman Pegoh Aman di atas tapak sebuah padang awam di sini kononnya mendapat kelulusan Pejabat Tanah dan DBI. Meninjau pelan yang didapati di Pejabat Tanah Manjoi dan DBI, tapak pembinaan tersebut masih belum digazetkan sebagai tapak sekolah dan projek pembinaan juga dilaksanakan tanpa kelulusan DBI. Selain itu, bangunan didirikan tanpa mendapat persetujuan daripada penduduk tempatan yang tiba-tiba dikejutkan dengan bangunan misteri yang didirikan tanpa ada sebarang papantanda memaklumkan apa jenis kerja atau projek yang hendak dilakukan. Tidak ada papantanda serahan kerja – nama kontraktor dan akitek atau kelulusan pihak kerajaan tempatan. Selain daripada keganjilan tersebut, kerja-kerja pembinaan dibuat secara terbuka tanpa ada sebarang tembok penghadang keselamatan sepertimana lazimnya. Keadaan ini adalah membahayakan kepada orang ramai. Orangramai juga tidak tahu seluas manakah kawasan padang awam itu akan diambil untuk tujuan pembinaan SAR tersebut. Tidak ada kelulusan tanah mengenainya. Pada 04 hb Mei 2012, 80 penduduk tempatan telah menghantar satu memorandum kepada Hamidah dan Datuk Bandar Ipoh.Antara kandungan memorandum tersebut adalah memohon alternatif lain agar kepentingan penduduk asal tidak terabai dan supaya diadakan sesi dialog dengan penduduk. Ini disusuli pula oleh surat Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye bertarikh 29 hb Mei 2012 , namun tetap masih tidak diperdulikan oleh Hamidah. Sebaliknya, Hamidah telah menyelar Dr Lee dan menuduhnya mahu menghalang pembinaan SAR dan menyibarkan risalah fitnah mengenainya disekitar masjid dan tempat awam Parlimen Gopeng. Maka apabila Hamidah mengadakan majlis 'Ramah Mesra dan Dialog' pada 16 Jun 2012, para penduduk telah turut hadir untuk sama berdialog dengan Hamidah.Bagi mereka, ini adalah satu peluang yang selama ini mereka nanti-nantikan bagi meluahkan pandangan mereka. Malangnya, setelah menunggu sejak jam 3.00 ptg, apabila Hamidah tiba satu jam kemudiannya, mereka dihalau keluar. Hamidah menafikan ada majlis dialog , majlis tersebut adalah antara dia dan penyokong-penyokongnya sahaja. "Saya minta mereka yang tidak berkenaan supaya meninggalkan majlis ini, kalau tidak saya tidak mahu meneruskannya." Demikian kata-kata angkuh Hamidah yang ditujukan kepada Dr Lee, Ust Radzi Zainon dan penduduk tempatan yang membantah pembinaan bangunan misteri tersebut. Walaupun pada awalnya, kedatangan Dr Lee dan Ust Radzi diterima dan dibenarkan menyertai majlis tersebut oleh orang-orang Hamidah, namun apabila Hamidah muncul, mereka diusir dari situ atas kehendak Hamidah. Yang amat memalukan, Hamidah menuduh kedatangan mereka itu sebagai menceroboh majlisnya. Walhal sebilangan besar mereka adalah penduduk tempatan di situ. Hamidah patut malu kerana dia sendiri telah membawa orang dari Sungai Rokam, Rapat Setia dan lain-lain ke situ. Jelas disini, Hamidah sanggup berbohong semata-mata mahu mempolitikan isu tersebut dan menyeret isu perkauman dan agama. Sebab itu Hamidah sehingga kini tidak sanggup berhadapan dengan rakyat setempat untuk berdialog mengenainya kerana beliau tidak mempunyai bukti kukuh untuk mengatakan pembinaan SAR tersebut mendapat kelulusan seperti didakwanya. |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan