DUNIACACAMARBA |
- [Video PANAS] Anwar Cabar MP BN Bangkit Isu RM3 Bilion, Bahas RUU Perbekalan, Pendedahan Akuan Bersumpah BPR di Parlimen
- Isu RM3 Bilion: Saifuddin Mendakwa Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Diugut Ejen BN
- [Gambar] Haji Najib, Hajah Rosmah, dan Anak Tunai Umrah
- [LAWAK] Anwar Cabar MP BN Bangkitkan Isu RM3 Bilion di Parlimen, TETAPI...
- [Video] Debat Salahudin-Saifuddin
- Mencuri Kerana Lapar
- Remaja Didakwa Kelar Leher Ibu Dihadapkan ke Mahkamah
- Isu Terima RM60 Juta: Anwar Menang Kes Saman terhadap Nallakurapan
- Awas, Minyak Masak Kitar semula!
- Bapa Penggal Leher Anak yang Didakwa Terlebih Sosial
- Atuk Kecewa, Cinta Dipermainkan Oleh Remaja 16 Tahun
Posted: 20 Jun 2012 05:15 AM PDT | ||
Isu RM3 Bilion: Saifuddin Mendakwa Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Diugut Ejen BN Posted: 20 Jun 2012 03:37 AM PDT [KD] KUALA LUMPUR 20 Jun: Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan, bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid telah diugut untuk membuat akuan bersumpah mengaitkan Anwar Ibrahim dengan tuduhan RM3 bilion. "Murad ini kita tahu, dua tiga hari lepas telah didatangi oleh ejen-ejen kerajaan, ugut dia lagi…Kita tahu nama pegawai ini, ugut dia jangan sesekali membuat kenyataan penafian. "Walaupun dia (Murad) telah mengunjungi Permatang Pauh (Anwar) ketika menerima rawatan di Munich dan minta maaf kerana dia telah dipaksa, keluarganya diugut…Kita tahu semuanya. Tapi tak mengapa, teruskan permainan," kata Saifuddin. Beliau berkata demikian ketika memohon laluan semasa perbahasan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh di Parlimen hari ini. "Saya minta izin kepada Permatang Pauh, terima kasih…Oleh kerana sebelah sana (Ahli Parlimen BN (MP BN)) tak berani bangun, maka saya bangun. Kerana ia cabaran terbuka," katanya selepas MP BN gagal berdiri apabila dicabar Anwar membangkitkan isu tersebut. "Saya berpendapat, kita harus tunggu cabaran daripada Pekan (Datuk Seri Najib Razak) dan Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) untuk kita dedahkan pula. Berani tak mereka membuat cabaran terbuka seperti ini? soal Saifuddin. Terdahulu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang mencabar MP BN berdiri membangkitkan isu tuduhan kononnya beliau menyorokkan RM3 bilion. Berikutan kegagalan kesemua MP BN menyambut cabaran Anwar itu menyebabkan Saifuddin yang juga Setiausaha Agung KEADILAN menyambung hujah menangkis tuduhan tersebut dengan membacakan pengakuan bersumpah bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abdul Razak Idris. P/s: Sila tonton videonya nanti! | ||
[Gambar] Haji Najib, Hajah Rosmah, dan Anak Tunai Umrah Posted: 20 Jun 2012 12:45 AM PDT P/s: Moga-moga Najib dan keluarga diberi hidayah. Moga-moga Hajah Rosmah tidak menayang jambul kepada rakyat. Moga-moga Haji Najib jujur dalam menjalankan tanggungjawabnya untuk mentadbirkan negara. MOGA-MOGA! | ||
[LAWAK] Anwar Cabar MP BN Bangkitkan Isu RM3 Bilion di Parlimen, TETAPI... Posted: 19 Jun 2012 11:47 PM PDT ...semuanya menikus. Menurut Keadilan Daily... [KD] KUALA LUMPUR 20 Jun: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Ahli Parlimen Barisan Nasional (MP BN) berdiri untuk membangkitkan isu RM3 bilion di Dewan Rakyat. Cabaran itu dibuat Ahli Parlimen Permatang Pauh itu ekoran terdapat beberapa suara sumbang daripada MP BN yang cuba mengaitkan tuduhan itu ketika beliau sedang berbahas. "Sila-sila…Sila bangun Yang Berhormat. Bangkitkan isu ini. Saya cabar kepada Yang Berhormat semua," cabar Anwar. Bagaimanapun, tiada seorang pun MP BN berani mengemukakan bukti mengaitkan beliau dengan tuduhan itu. "Menuduh kita di media tetapi tidak memberi kita menjawab pertuduhan. Politik apa begini? Sebab itu, bila saya cabar mereka bangun, tiada siapa pun berani bangun, sebab mereka tak berani memfitnah terang-terangan begini," selar Anwar lagi. P/s: Kah kah kah! | ||
[Video] Debat Salahudin-Saifuddin Posted: 19 Jun 2012 11:14 PM PDT Sebanyak 82 peratus pembaca Sinar Harian memilih Salahuddin Ayub sebagai pihak yang mempunyai hujah konstruktif berbanding dengan Saifuddin dalam Debat Demonstrasi Jalanan: Meruntuh Atau Mengukuhkan Demokrasi. Daripada 2786 peserta tinjauan, sebanyak 2274 daripada mereka memilih Salahuddin manakala hanya 13 peratus atau 363 peserta memilih Saifuddin. Lima peratus lagi memilih kedua-dua pendebat dalam tinjauan yang bertajuk 'Hujah Siapa yang Anda Lihat Konstruktif'. Salahuddin: 'Tiada demo jika kerajaan beri cukup ruang' [SH] SHAH ALAM - Salahuddin Ayub menegaskan bahawa demonstrasi jalanan tidak akan berlaku sekiranya parti atau pembangkang diberi ruang yang secukupnya untuk memperjuangkan hak kebebasan bersuara mengikut Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. Naib Presiden Pas berkata pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan kerajaan yang memerintah terpaksa mengambil tindakan seumpama itu apabila ruang untuk bersuara secara aman dan teratur disekat dan dihalang. "Ruang bersuara ketika pilihan raya kecil dan pilihan raya umum terlalu kecil, maka rakyat yang ada hanya lidah dan gigi ini turun ke jalan raya untuk menuntut hak mereka," kata beliau ketika mengambil bahagian dalam Debat Sinar di Auditorium Kompleks Media Karangkraf di sini, malam ini. Ahli Parlimen Kubang Kerian berkatal, pemimpin negara tidak sewajarnya berfikiran sempit, sebaliknya perlu melihat demonstrasi jalanan sebagai hak peluang rakyat untuk bersuara. "Ini setiap kali ada perhimpunan, mesti ada gas, tu yang jadi huru hara," katanya lagi. Salahuddin berkata, hak asasi manusia tidak boleh dibunuh dalam demokrasi. Justeru, katanya pemimpin harus urus dan pimpin tangan anak muda tidak secara sempit tetapi secara adil dan seimbang seperti di negara Korea. Katanya, sekiranya cukup ruang,tidak perlu demonstrasi jalanan dan tidak perlu menyatakan secara jalanan. Dalam perbahasan ilmiahnya katanya, bagi negara yang berpura-pura dengan keadilan demokrasi, demonstrasi jalanan itulah yang melahirkan demokrasi. Salahuddin berkata, demonstrasi secara aman boleh dijadikan sebagai alat untuk menghentikan kemelut kepada negara yang impikan demokrasi. "Jika ada pengasingan kuasa, kerajaan tidak akan jatuh sebaliknya kerajaan penakut sahaja yang takut kepada demonstrasi jalanan. " Masalahnya, kami tidak dapat secara lembut (kebebasan bersuara) jadi demontrasi jalanan adalah cara terbaik untuk kukuhkan demokrasi," katanya. Salahuddin berkata, perlu diingat ketika zaman Nabi Muhammad SAW, sewaktu perang Badar dan Qubra juga bermula daripada protes. Maka dalam konteks Bersih 3 katanya, ia perlu dilihat dengan niat yang betul dan diterjemahkan secara jelas. Sehubungan itu katanya, perlunya ditubuhkan suruhanjaya diraja yang benar-benar bebas untuk menyiasat secara jelas pihak yang mencetuskan provokasi. "Polis kata ada video, tetapi sampai sekarang tidak juga ditayang. Jika begitu, kami juga ada video dakwaan polis mengasari peserta perhimpunan," katanya. Saifuddin: Demo bukan cara kukuh demokrasi [SH] SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah menolak keras demonstrasi jalanan adalah cara yang terbaik untuk mengukuhkan demokrasi kerana pendekatan sedemikian hanya boleh mengganggu ketenteraman awam dan hak rakyat. "Demonstrasi jalanan jelas memberi impak negatif kepada orang ramai dan komuniti sekitar kawasan yang terlibat seterusnya menjadi punca kepada kekacauan berlaku apabila demonstrasi jalanan (diadakan)," kata beliau ketika berhujah pada Debat Sinar bertajuk "Demonstrasi Jalanan: Meruntuh Atau Mengukuh Demokrasi" di sini, malam ini. Beliau memberi contoh insiden yang terjadi ketika perhimpunan Bersih 3.0 April lalu, pelbagai jenis risiko seperti kecederaan boleh berlaku khususnya ke atas mereka yang menyertai demonstrasi jalanan. Justeru, beliau menyeru kepada orang ramai untuk mengukuhkan demokrasi di kalangan rakyat negara ini melalui pelbagai cara. "Kita seharusnya menjadi lebih liberal dengan meggunakan medium media baru seperti Twitter, Facebook dan mengadakan perundingan untuk mencapai dan mengukuhkan demokrasi dalam negara kita," katanya. Beliau turut bertegas agar rakyat perlu mengukuhkan demokrasi dengan cara menguasai ilmu pengetahuan dan beliau turut mengimpikan agar dapat memajukan anak bangsa Malaysia. "Walau bagaimanapun demokrasi perlu dikukuhkan dengan cara yang lebih matang dan progresif agar negara kekal aman dan untuk mencapai misi ini, kita mesti mempunyai cara tersendiri," kata beliau ketika membalas hujah Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub. Jelas beliau, demonstrasi jalanan tidak sepatutnya diadakan kerana rakyat sendiri perlu tahu menggunakan ruang dan medium lain bagi menyuarakan sebarang perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan yang memerintah. "Jika ada sebarang perbezaan pendapat dalam politik, kita perlu menggunakan cara debat atau berbincang secara baik, jika ada sebarang kesilapan, kita boleh betulkan bersama-sama secara sopan, bukan menggunakan emosi," tegas beliau. "Kita menolak sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan ini kerana kerajaan sedia maklum dan bertanggungjawab kepada kebajikan rakyat. Kita tidak mahu gadaikan keselamatan orang awam dengan mengadakan sebarang demonstrasi jalanan," kata Ahli Parlimen Temerloh ini. Beliau yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata, beliau sendiri tidak nampak sebarang bentuk penyelesaian masalah dengan mengadakan demonstrasi jalanan ini kerana ia jelas tidak dapat mengukuhkan demokrasi. Katanya lagi, pilihan raya yang diadakan di negara ini juga merupakan hak dan pilihan rakyat dan oleh itu, kemenangan rakyat menjadi isu pokok, bukan isu kemenangan kepada mana-mana parti politik yang bertanding. Debat Sinar berlangsung di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam itu dikendalikan oleh Pensyarah Jabatan Strategik dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Profesor Datuk Mohamad Abu Bakar. Debat Sinar ini, yang kedua dianjurkan oleh Sinar Harian, bertajuk "Demonstrasi Jalanan: Meruntuh Atau Mengukuh Demokrasi". Debat Sinar pertama diadakan bulan lalu. | ||
Posted: 19 Jun 2012 09:57 PM PDT [SH] KUALA TERENGGANU - "Saya terpaksa mencuri kerusi itu kerana terlalu lapar, hasrat saya hendak jual kerusi itu untuk dapatkan duit beli makanan sahaja, tidak lebih dari itu. Demikian alasan diberikan tertuduh, Mohd Razif Md Lazim, 32, di Mahkamah Majistret, di sini, semalam. Mohd Razif yang beralamat dari Kampung Langkap Baru, Bandar Permaisuri, Setiu, memberi alasan itu selepas mengaku bersalah mencuri sebuah kerusi kayu milik seorang peniaga ikan air tawar di Jalan Sungai Rengas, Kubang Tangga, disini, Sabtu lalu. Dia yang masih bujang itu mengaku bersalah mencuri kerusi milik Idhar Mohamad bernilai kira-kira RM30 di gerai jual ikan air tawar di tepi jalan Sungai Rengas, Kubang Tangga, 16 Jun lalu, kira-kira jam 8.15 malam. Dengan itu, yang didakwa di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan, dijatuhi hukuman penjara dua minggu dan denda RM200 atau jika gagal membayarnya, dikenakan penjara seminggu lagi. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintenden Ngiam Ooi Ming di hadapan Majistret Noradila Ab Latif manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Berdasarkan fakta kes, pemilik kerusi berkenaan telah ternampak tertuduh melarikan kerusi miliknya dengan mengikat kerusi itu pada basikal yang dibawanya. Bengang menyedari hartanya dicuri, mangsa nekad mengejar tertuduh dan menangkapnya, seterusnya dibawa ke Balai Polis Chabang Tiga, untuk tindakan selanjutnya. P/s: Pemimpin ada duit bazirkannya untuk membida nombor plat! | ||
Remaja Didakwa Kelar Leher Ibu Dihadapkan ke Mahkamah Posted: 19 Jun 2012 08:02 PM PDT
[Kosmo] KUALA PILAH - Perbuatan seorang gadis berusia 17 tahun yang tergamak mengelar leher ibu sendiri dengan sebilah pisau memakan diri apabila dia dan sepupunya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan cuba membunuh wanita itu. Bagaimanapun, gadis itu bersama sepupunya, Nor Haslinda Mohd. Yunus, 26, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Azura Alwi. Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa secara bersama menggelar leher seorang wanita, Azizah Isa, 50, dengan sebilah pisau sehingga menyebabkan kecederaan pada mangsa selepas berlaku perselisihan faham. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di depan pasar Gemencheh, Tampin dekat sini pada pukul 5.15 petang, 11 Jun lalu. Kedua-dua tertuduh yang berasal dari Tampin itu didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun. | ||
Isu Terima RM60 Juta: Anwar Menang Kes Saman terhadap Nallakurapan Posted: 19 Jun 2012 07:45 PM PDT [SH] SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kes saman fitnah yang dibawa Ketua Pembangkang itu ke atas bekas rakan sukan tenisnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung kenyataan kononnya menerima wang sebanyak RM60 juta. Satu kenyataan dikeluarkan hari ini menyebut, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan memihak kepada Anwar petang ini. Peguam Anwar, Latheefa Koya berkata, selepas mendengar hujah kedua-dua pihak di kamarnya, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam mengetepikan pernyataan pembelaan pembela. Katanya, mahkamah juga mengarahkan Nallakaruppan membayar ganti rugi kepada Anwar. Jumlahnya akan ditentukan oleh Pendaftar Mahkamah kelak. Anwar diwakili oleh Latheefa dan M Afiq Noor manakala Nallakaruppan pula oleh Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, Sarah Abishegam dan Nurul Nabiha. Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat memfailkan saman itu pada 25 Ogos 2008 berhubung artikel bertajuk "Anwar terima RM60 juta" sekitar Ogos 2008 kerana mendakwa Nallakarupan bercakap sesuatu yang tidak benar mengenainya. Dalam pernyataan pembelaannya pula, Nallakaruppan berkata beliau tidak berniat jahat ketika mengeluarkan kenyataan itu dan berada dalam perlindungan bersyarat. | ||
Awas, Minyak Masak Kitar semula! Posted: 19 Jun 2012 07:22 PM PDT [SH] KEPALA BATAS - Pengguna dan pengusaha kedai makan di sekitar daerah ini, rasa tertipu apabila membeli minyak masak yang dipercayai dikitar semula. Seorang pemilik restoran, Datuk Dr Husaini Yaakob berkata, selama ini mereka yakin bahawa bahan penting masakan itu tulen. Namun, menurutnya, mereka mula khuatir dan bimbang setelah mendapati minyak masak itu bertukar warna hitam dan cair selepas hanya sekali digunakan. "Saya percaya minyak masak ini sebenarnya telah digunakan sebelum dikitar dan diedar semula kepada pengguna berikutan kandungan kepekatannya tidak menyamai minyak masak berjenama lain. "Kita sarankan agar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) segera berbuat sesuatu bagi mengawal penipuan ini," katanya. Husaini, yang juga aktivis masyarakat berkata, penipuan sebegini harus dibendung kerana kesannya lebih banyak dirasai oleh pengguna. "Pihak terlibat dalam kegiatan jahat ini hanya pentingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kesannya kepada pengguna. "Malah, minyak yang dikitar semula ini juga tentunya boleh diragui dari segi halalnya kerana dipercayai turut dikutip dari restoran bukan Islam untuk diproses sebelum diedar di pasaran semula," katanya yang turut mempunyai pengetahuan dalam bidang industri melibatkan kandungan minyak kelapa sawit. Sementara itu, seorang pegawai KPDNKK SPU yang dihubungi berkata, penipuan minyak masak yang dikitar semula itu melibatkan minyak yang belum dimasak dan telah digunakan. "Kebiasaannya kita akan membuat pemantauan bersama Jabatan Kesihatan selepas menerima maklumat orang awam, namun disebabkan maklumat itu tidak tepat, sehingga kini pihak kita belum lagi dapat menahan pelakunya. "Pesalah boleh dikenakan hukuman mengikut Akta Perihal Dagangan 2011, di mana orang perseorangan boleh didenda RM100,000 dan dua tahun penjara, manakala syarikat pula boleh dikenakan denda RM250,000," katanya. Menurutnya, pihaknya sentiasa bersedia melakukan siasatan apabila mendapat maklumat demi menjaga kebajikan pengguna dan tidak memandang remeh penipuan itu selama ini. | ||
Bapa Penggal Leher Anak yang Didakwa Terlebih Sosial Posted: 19 Jun 2012 06:44 PM PDT [HM] JAIPUR: Seorang bapa memenggal kepala anak perempuannya dan diarak sekeliling kampung kerana berang anaknya itu menjalinkan hubungan dengan ramai lelaki, kata polis di barat Rajasthan, semalam. Oghad Singh, pekerja kuari batu marmar, menggunakan pedang untuk memenggal kepala anaknya, Manju, 22 tahun, yang sudah berkahwin tiga tahun lalu tetapi berpisah dengan suaminya. Superintendan polis daerah Rajsamand yang terletak 330 kilometer dari Jaipur, Rahul Katkey berkata, "Tertuduh terganggu dengan hubungan sulit anak perempuannya lalu mengambil langkah yang melampau itu." Oghad keluar dari rumahnya Ahad lalu sambil memegang kepala anaknya manakala sebelah tangan lagi memegang pedang dipenuhi darah sebelum jiran memujuknya untuk menyerah diri di kampung Doongar Ji Ka Gurha yang terpencil. Polis berkata, dalam kenyataan, Oghad berkata, dia berkali-kali merayu kepada anaknya supaya menghentikan hubungan sulitnya dan duduk di rumah, dan dia juga tidak menunjukkan tanda menyesal selepas membunuh anak perempuannya itu. Katkey berkata, sebaik saja Oghad ditahan, dia memberitahu pegawai polis dia membunuh anaknya dalam keadaan marah kerana anaknya itu "menyebabkan dia dimalukan dalam masyarakat." - AFP | ||
Atuk Kecewa, Cinta Dipermainkan Oleh Remaja 16 Tahun Posted: 19 Jun 2012 05:31 PM PDT [HM] REMBAU: "Selepas 29 tahun menduda, saya terbuka hati untuk bernikah dengan gadis berusia 16 tahun, malah gembira apabila dia bersetuju mengahwini saya menerusi kiriman SMS menyebabkan saya sanggup menunggunya habis belajar untuk meminang. Namun kini, impian itu berkecai kerana dia sudah ada kekasih lain dan mahu memutuskan hubungan." Begitu luahan seorang lelaki warga emas, Mohd Adnan Hamid, 60, yang mendakwa bukan saja perasaannya dipermainkan dan ribuan ringgit wang dibelanjakannya lesap, malah lebih keji kekasihnya itu tergamak menghina dan memaki hamunnya apabila dia meminta penjelasan mengenai teman lelaki baru remaja itu. Menurutnya, dia berkenalan dengan gadis yang mesra dipanggil Ida itu, Februari lalu di sebuah kedai makan dan pada awalnya hubungan mereka tidak lebih daripada hubungan seorang datuk dan cucu. "Dia bekerja sebagai pembantu kedai makan pada hari cuti dan sebaik mengenalinya timbul rasa kasihan dan simpati sehingga saya menawarkan diri menjadi wakil penjaga pelajar selepas dia bertukar sekolah. "Sejak itu, kami sering berhubung melalui telefon bimbit dan bertemu. Saya minta Ida supaya berhenti kerja dan fokus terhadap pelajaran serta berjanji membantunya jika kesempitan wang," katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam. P/s: Aduhai, atuk! |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan