Muslimeen United |
- Dakwaan Kelantan Mundur 40 Tahun: Kenyataan Terlajak Mengampu
- Tun nak bekerja sampai mati?
- Gambar 2 Menteri Besar Di Kedai Gunting Rambut Yang Low Class
- Tunku Harmy: Melayu Umno Tambah Korup Sebab Dr Mahathir
- PR Beri BN Ruang Berdemonstrasi Jika Kuasai Putrajaya
- Debat Demonstrasi Jalanan: Meruntuh atau Mengukuhkan Demokrasi: Datuk Saifuddin Abdullah Vs Salahuddin Ayub
- Muhyiddin minta setiap Kilang hantar 200 orang untuk ramaikan majlisnya di Penang.
- Keputusan Mahkamah !!! Panas [ Hot ] : Tan Sri Isa Samad Kena Beku Sementara Ahli dan Pengerusi KPF.?
- DS Anwar Ibrahim Menang Kes Saman Nallakaruppan
Dakwaan Kelantan Mundur 40 Tahun: Kenyataan Terlajak Mengampu Posted: 19 Jun 2012 11:29 PM PDT Saya menganggap kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar yang mendakwa bahawa Kelantan mundur 40 tahun kerana ditadbir oleh PAS merupakan satu kenyataan yang terlajak mengampu. Kenyataan tersebut disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 18 Jun 2012. Saya hakikatnya amat bersimpati dengan profesor ini yang barangkali hanya membaca akhbar-akhbar pro UMNO tanpa cuba menyelidiki fakta yang sebenar. Seharusnya sebagai seorang yang bergelar profesor, tentunya sudah mahir dengan kaedah penyelidikan yang menuntut sesuatu fakta itu dikaji dengan mendalam terlebih dahulu sebelum dikeluarkan. Barangkali profesor ini sudah lama tidak memasuki bandar Kota Bharu yang menyaksikan pelbagai pembangunan tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Kemunculan hotel-hotel, pusat-pusat membeli belah, rumah-rumah kedai dan sebagainya sedang mewarnai seluruh negeri Kelantan yang tentunya menafikan sama sekali dakwaan profesor ini bahawa Kelantan mundur 40 tahun. Apa yang tidak ada di Kelantan ialah kedai nombor ekor dan rumah urut. Jika profesor ini bermaksud bahawa Kelantan seolah-olah sedang berada pada tahun 1972 iaitu 40 tahun ke belakang, ia boleh menumbuhkan rasa sangsi tentang bagaimana gelaran prosefor itu diperolehi! Saya ingin mengajak profesor ini membuka laman web Unit Perancang Ekonomi yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri. Di sana terdapat jadual 6 yang mengandungi fakta Insiden Kemiskinan Mengikut Etnik, Strata dan Negeri, Malaysia, 1970-2009. Profesor tentunya boleh membaca bagaimana indeks kemiskinan di Kelantan ialah 4.8 berbanding dengan Perlis yang mencatat indeks yang lebih tinggi iaitu 6.0, Kedah (5.3), Sarawak (5.3) dan Sabah (19.2). Atau profesor boleh meninjau jadual 7 yang mengandungi indeks kemiskinan tegar yang mencatat indeks Kelantan sebanyak 1.0, sama seperti Sarawak dengan tahap indeks yang sama dan jauh berbanding dengan Sabah sebanyak 4.7. Jika profesor berhujah tentang jalanraya dan lebuhraya, maka sukalah diingatkan kepada profesor bahawa tidak ada mana-mana kerajaan negeri di Malaysia ini yang membina sendiri lebuhraya tanpa bantuan kerajaan pusat. Dan projek lebuhraya Kota Bharu - Gua Musang telah dijanjikan semenjak Rancangan Malaysia Ke-6 pada tahun 1986 dan sehingga kini belum dilaksanakan. Siapakah yang memungkiri janji jika bukan kerajaan pusat? Justeru, dengan segala kekangan kewangan yang ada, Kelantan menggagahkan diri untuk melancarkan sendiri projek pembinaan lebuhraya untuk fasa pertama dari Machang ke Kuala Krai baru-baru ini. Kenapa profesor tidak menyalahkan kerajaan pusat kerana gagal melaksanakan projek ini? Atau mungkin profesor berhujah bahawa ramai rakyat Kelantan berhijrah keluar negeri untuk mencari pekerjaan kerana Kelantan sudah mundur ke belakang. Saya ingin membentangkan fakta yang terkandung di dalam Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur yang dikeluarkan pada bulan Oktober 2007. Pada halaman 2-16, tercatat fakta bahawa pada tahun 2003, in-migration (penghijrahan masuk) ke Kelantan ialah seramai 24,460 orang berbanding dengan out migration (penghijrahan keluar) dari Kelantan seramai 21,950 orang. Jelasnya, lebih ramai yang memasuki Kelantan berbanding dengan yang keluar daripada Kelantan! Jika daftar penghijrahan ini menjadi ukuran, adakah benar dakwaan bahawa Kelantan tidak mempunyai peluang pekerjaan? Atau angka mana yang menjadi rujukan Profesor? Saya simpati kepada Profesor Datuk Dr. Kamaruddin Kachar, barangkali terlajak ingin mengampu sehingga kenyataan sebegini dangkal keluar. Berpada-padalah dalam membuat bandingan, jangan sampai ia menjadi bahan ketawa. Saya teringat kepada seorang aktor kelahiran County Durham, England iaitu Rowan Atkinson. Beliau memegang watak Mr Bean. Beliau juga dikatakan merupakan seorang Profesor sebelum menjadi pelakon lawak jenaka. Jika benar berita angin ini, ertinya tidak mustahil seorang profesor boleh menjadi pelakon lawak jenaka. Ia tiada kaitan dengan Profesor Datuk Dr. Kamaruddin Kachar. Salam hormat, AHMAD FADHLI BIN SHAARI, Setiausaha Akhbar, YAB Menteri Besar Kelantan. |
Posted: 19 Jun 2012 11:28 PM PDT Tetapi yang jelas beliau nampaknya macam nak jadi Perdana Menteri semula. Sibuknya sama macam menteri! Ucapan sana, ucapan sini, perasmian disana, perasmian disini. Pagi sampai petang sibuk mencampori urusan negara,. tanpa rasa segan dia redah sesedap hatinya.! Yang jadi sasaran kritikan Tun ialah PM Najib, termasuk juga Pak Lah bekas Perdana Menteri yang mengantikannya dulu. Barangkali juga Tun menyesal melepaskan jawatan PM itu kepada Pak Lah. Mungkin Tun tak perasan rekod 22 tahunnya belum menyamai rekod Taib Mahmud yang menjadi Ketua Menteri Sarawak selama 30 tahun! Apa-apa pun ini nasihat teman kepada Tun,.... cukup-cukuplah tu !. Tidak wajar dan tidak manis Tun mengganggu pentadbiran orang lain. Biarkan saja Najib bekerja dengan aman, tanpa diganggu gugat, kerana zaman Tun menjadi PM sudah berlalu. Lagi pun Tun tak akan mampu mengubah segala kepincangan dalam UmnoBn sekarang! Kalau Tun tidak bersetuju dengan cara Najib, Tun kena ingat,… apa yang Tun pernah buat dulu, banyak yang rakyat tak suka!! Dan walaupun Tun ada berjasa kepada negara, tetapi dosa dan kesalahan Tun kepada rakyat negara ini juga banyak. Justeru kalau Tun kemaruk sangat nak bekerja sampai mati, apa kata Tun bekerja pula untuk Pakatan Rakyat ! sebab dasar perjuangan Pakatan Rakyat jauh lebih baik berbanding dengan BN. Buanglah rasa taksub Tun terhadap UmnoBn yang dah tak laku itu. Dalam dunia ini belum ada satu kerajaan pun yang boleh kekal ! Kerajaan Rom yang begitu kukuh,. tumbang ! Kerajaan Firaun yang kehebatannya menggerunkan juga berkubur akhirnya !! Sedarlah Tun!,.. tidakl tergadai maruah Tun jika membuang yang buruk dan mengambil yang baru. Mudah-mudahan dengan sokongan Tun kepada Pakatan,. mungkin boleh menebus dosa Tun kepada rakyat Malaysia sebelum ini. Oleh : rahimothman. |
Gambar 2 Menteri Besar Di Kedai Gunting Rambut Yang Low Class Posted: 19 Jun 2012 08:49 PM PDT Mengikut FB nih, Tuan Guru NikAziz datang secara mengejut bila nak bergunting rambut, tak perlu appoinment berbagai.. Manakala, gambar kat bawah nih pulak MB Kedah, Ustaz Azizan di sebuah kedai gunting rambut di pinggir bandaraya Alor Setar. Inilah sikap sederhana (wasatiyyah) 2 MB yang berjiwa rakyat. Tak perlu kepada tempat high class seperti sesetengah pemimpin. Beb!! ini baru janji ditepati.. Sumber ~ FB |
Tunku Harmy: Melayu Umno Tambah Korup Sebab Dr Mahathir Posted: 19 Jun 2012 08:43 PM PDT Budaya rasuah di negara ini menjadi semakin buruk apabila pentadbiran negara diambil alih mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Seorang kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Harmy Tunku Hanan berkata budaya kroni di dalam Umno menjadi lebih kronik selama pemerintahan Dr Mahathir yang memegang tampuk kuasa selama lebih 20 tahun. "Umno ni setelah Dr Mahathir ambil pucuk kepimpinan, penggal pertama memang dia hebat. "Masuk penggal kedua pula dia mula 'bersih, cekap, amanah' untuk kroni dan keluarga dia. "Selepas itu saya tengok Melayu mula korup sebab dia," ujar Tunku Harmy yang juga merupakan sepupu kepada Baginda Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. Menurut Tunku Harmy, Dr Mahathir mampu bertahan selama lebih empat penggal dengan menggunakan rahsia salah laku pemimpin Umno-BN lain untuk kepentingan diri. "Oleh kerana Menteri Besar, menteri-menteri semua dia dah pegang, sampai lebih empat penggal dia tahan. "Semua rekod dia pegang sebab nak pertahankan kedudukan dia sebagai presiden Umno. "Bila orang nak lawan dia, dia keluarkan fail dan akhirnya inilah yang merosakan rakyat, keturunan bangsa Melayu dari segi akidah, perangai, akhlak tak boleh pakai lagi. "Melayu jadi jahat sebab dia. Pemimpin dari atas ke bawah tak ada yang tak korup. Jadi saya harap PKR jangan jadi macam Umno," katanya lagi. Tunku Harmy turut mengingatkan pemimpin Pakatan Rakyat agar tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh Dr Mahathir sekiranya gagasan itu berjaya menawan Putra Jaya nanti. "Kalau satu hari nanti pemimpin Pakatan pun macam Umno, saya juga akan bangkit lawan," ujarnya nanti. -selangorku |
PR Beri BN Ruang Berdemonstrasi Jika Kuasai Putrajaya Posted: 19 Jun 2012 05:42 PM PDT SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) berjanji akan memberi ruang kepada pemimpin-pemimpin Barisan Nasioanal (BN) untuk mengadakan demonstrasi, dengan menyediakan garis panduan yang tidak menganiaya peserta demonstrasi, jika diberi peluang mentadbir Kerajaan Pusat. Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, demonstrasi yang diadakan PR bukan langkah untuk gulingkan kerajaan tapi untuk memberi ruang kepada rakyat serta pembangkang dalam menuntut hak mereka daripada pemerintah. "Kami akan bagi ruang pada BN nanti sekiranya kami kuasai Putrajaya. "BN yang ketika itu sebagai parti pembangkang akan dibenarkan berhimpun atau melakukan demonstrasi secara aman tanpa ada sebarang kekecohan atau provokasi yang terjadi kepada perhimpunan yang disertai PR lalu," katanya dalam Debat Sinar malam tadi. Beliau juga berkata, PR akan menghapuskan doktrin undang-undang yang menyekat kebebasan bersuara sepenuhnya jika mereka diberi peluang untuk menerajui negara. "Kalau PR ambil alaih Putrjaya malam ini, kami akan hapuskan terus doktrin undang-undang dan kebebasan suara dapat diberikan kepada rakyat spenuhnya," katanya lagi. Dalam pada itu, Salahuddin berkata, demonstrasi yang diadakan PR telah dicemari provokasi oleh pihak tertentu dengan pelbagai insiden yang berlaku terutamanya Bersih 3.0 April lalu. "Perhimpunan Bersih 3.0 lalu telah dicemari provokasi pihak tertentu yang nyata pesertanya hanya membawa botol dan garam dalam perhimpunan tersebut. "Penguat kuasa telah melepaskan gas pemedih dan gunakan cota menyebabkan perhimpunan tersebut bertukar buruk," katanya. Sementara itu, Salahuddin turut menyatakan PR akan memberi arahan prosedur operasi standard (SOP) yang betul kepada pasukan polis untuk menjaga demonstrasi yang di ketuai BN kelak katanya. ~sinarharian |
Posted: 19 Jun 2012 05:41 PM PDT |
Muhyiddin minta setiap Kilang hantar 200 orang untuk ramaikan majlisnya di Penang. Posted: 19 Jun 2012 05:38 PM PDT Surat dari Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia ini telah diedarkan kepada seluruh Syarikat Multi National (MNC) yang beroperasi di Pulau Pinang. Tujuannya ialah meminta pihak Syarikat menghantar 200 orang pekerja dari setiap Syarikat bagi mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Kementerian Sumber Manusia iaitu 5000 orang ke Majlis Perhimpunan YAB Timbalan Perdana Menteri bersama warga pekerja industry di Western Digital Media (Malaysia) Sdn. Bayan Lepas, Pulau Pinang, Sabtu lalu. Kononnya menurut surat ini matlamat utama perhimpunan ini diadakan adalah untuk member ruang dan peluang kepada warga pekerja industri beramah mesra dengan pemimpin tertinggi Negara. Di samping itu, ia juga adalah platform kepada para pekerja untuk meningkatkan kefahaman mengenai Dasar Transformasi Negara… kononnyalah… Mungkin Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia merasakan yang rakyat Pulau Pinang khasnya Warga Industri buta internet seperti makcik-pakcik yang ada jauh di pendalaman Felda.. sebab itu dia kata meningkatkan kefahaman. Menyedari bahawa bahawa kebanyakkan Warga Industri tidaklah sebodoh yang disangka oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia dan tambahan pula Muhyiddin itu sendiri bukanlah 'Crowd puler'.. Banyak Organisasi atau Syarikat terpaksa menyediakan imbuhan untuk menggalakkan pekerjanya supaya hadir ke himpunan itu.. Malah ada yang terpaksa mengagihkan baucer KFC yang bernilai RM20 untuk setiap pekerja yang hadir ke Majlis Muhyiddin itu.. lihat di bawah ni.. Walaupun begitu ianya tetap gagal menarik minat warga industry.. Kesian kat hang Muhyiddin.. Makcik Pakcik Felda bolehlah hang perbodohkan… kat Penang ni pencacai UMNO saja yang boleh hang perbodohkan sebab depa tu memang bodoh. Hasilnya.. menurut seorang sahabat yang hadir.. dalam himpunan Muhyiddin itu majority yang hadir berbaju biru.. entah budak-budak manalah depa heret..budak-budak PLKN lah tu.. Nak cari sekeping gambar himpunan ni pun susah..sumber |
Posted: 19 Jun 2012 05:32 PM PDT Mahkamah beku sementara keahlian Isa dalam KPF Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur telah membekukan sementara pelantikan Tan Sri Isa Abdul Samad sebagai pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan keahliannya dalam koperasi tersebut.Hakim Abang Iskandar Abang Hashim berkata terdapat merit untuk membenarkan empat peneroka Felda mencabar keahlian Isa dan sebagai pengerusi KPF. Hakim Datuk Abang Iskandar juga menolak semua bantahan awal yang dibangkitkan oleh Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan, kata peguam peneroka berkenaan, Mohamed Hanipa Maidin kepada pemberita. Oleh itu, keputusan dalam kamar hari ini membenarkan pembekuan sementara terhadap keahlian Isa dalam KPF dan kedudukannya sebagai pengerusi. "Jadi ada mesyuarat esok dan Isa tak boleh hadir," kata Hanipa kepada pemberita selepas muncul dari kamar hakim. Sementara itu, Bernama melaporkan, Hanipa Maidin mewakili pemohon Abdul Talib Ali, Abdul Mubin Abdul Rahman, Abdul Razak Mohammad dan Muhamad Noor Atan manakala Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan mewakili responden iaitu Panel Pertikaian Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), SKM, dan KPF. Katanya, mahkamah juga membenarkan permohonan pemohon untuk mendapatkan perintah sementara bagi menggantung status keanggotaan dan pemilihan Mohd Isa dalam KPF di bawah Seksyen 36(1)(b) Undang-Undang Kecil KPF, bagi tujuan pengesahan mesyuarat agung perwakilan KPF yang akan diadakan pada 20 Jun ini dan juga sehingga keputusan penuh semakan kehakiman. Hanipa berkata antara alasan yang dikemukakan Pejabat Peguam Negara itu ialah peneroka Felda bukanlah pihak yang terjejas dengan keputusan responden dan mereka juga tidak ada 'locus standi' untuk menfailkan saman itu dan isu itu bukan melibatkan undang-undang awam. "Tarikh untuk pendengaran penuh semakan kehakiman belum ditetapkan oleh mahkamah," katanya. Pada 12 Jun lepas, keempat-empat peneroka itu menfailkan permohonan itu bagi memohon deklarasi bahawa keputusan responden pertama dan kedua iaitu Panel Pertikaian SKM, SKM, bertarikh 23 Mei lepas, yang mengekalkan keanggotaan Mohd Isa adalah tidak sah, terbatal dan tidak mempunyai apa-apa kesan. Mereka juga memohon mahkamah membatalkan keputusan itu dan perintah 'mandamus' supaya KPF membatalkan keanggotaan Mohd Isa dalam KPF. Mereka juga memohon perintah sementara bagi menggantung status keanggotaan dan pemilihan Mohd Isa dalam KPF. Pemohon mendakwa berdasarkan Peraturan 11(1)(c) yang dibaca bersama Peraturan 2 Undang-Undang Kecil KPF, Mohd Isa tidak layak menganggotai KPF kerana beliau bukan kakitangan yang dilantik secara tetap oleh Felda. Mereka berkata Mohd Isa adalah pengerusi Felda yang dilantik secara kontrak dan seorang Anggota Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan. |
DS Anwar Ibrahim Menang Kes Saman Nallakaruppan Posted: 19 Jun 2012 05:31 PM PDT Anwar Ibrahim menang kes saman fitnah yang dibawa Ketua Pembangkang itu ke atas bekas rakan sukan tenisnya, Nallakaruppan a/l Solaimalai berhubung kenyataan kononnya menerima wang sebanyak RM60 juta. Satu kenyataan dikeluarkan hari ini menyebut, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan memihak kepada Anwar petang ini. Pada 26 Mac lalu, Anwar Ibrahim telah memfailkan saman RM100 juta terhadap bekas pembantunya yang juga Presiden Parti Kebangsaan India Malaysia (MUIP), S Nallakaruppan dan akhbar Utusan Meloya. Saman tersebut dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta oleh ahli parlimen Subang yang juga peguam Anwar, Sivarasa Rasiah. Saman itu difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui syarikat guaman Tetuan Daim & Gamany. Selain menamakan Nallakaruppan sebagai defendan pertama, Anwar juga menamakan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd sebagai defendan kedua dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Meloya Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan ketiga. Dalam saman pemulanya, beliau mendakwa perkataaan-perkataan fitnah seperti yang dinyatakan di dalam laporan itu adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat untuk memburukkan dan mencemarkan reputasinya sebagai ketua pembangkang serta sebagai seorang ahli politik. Anwar menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Beliau memohon satu injunksi bagi menghalang semua defendan dan ejen mereka daripada terus menyatakan atau menerbitkan perkataan-perkataan berunsurkan fitnah. Selepas tempoh 48 jam yang diberikan untuk menarik balik artikel yang diterbitkan oleh akhbar itu pada 20 Mac tamat, Anwar mengarahkan para peguamnya supaya meneruskan saman terhadap kedua-dua defendan. Nallakaruppan dalam kenyataannya mencabar Anwar supaya mengheretnya ke mahkamah kununnya untuk membuktikan bahawa Anwar seorang pengamal biseksual (dua jenis) dan disiarkan di Utusan pada keesokannya. Utusan pula yang berdepan dengan pelbagai tuntutan saman tidak dapat memberikan ulasan setelah dimaklumkan sebentar tadi. Nallakaruppan mendakwa pernah melihat Anwar mengadakan hubungan seks dengan pelacur tetapi tidak dapat memberikan bukti kukuh serta hanya berdasarkan keterangan mulut dan percakapan yang dibuat oleh seorang lagi bekas pembantu Anwar, Ezam Mohd Noor dan Ummi Hafilda. Ini sekaligus mematikan fitnah ahli parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim yang menuduh Anwar tidak akan berani menyaman Nalla kerana takut rahsia terbongkar. Ini kenyataan Zahrain yang dipetik Utusan: Nallakaruppan tidak akan disaman KUALA LUMPUR 25 Mac - Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim hari ini mempertikaikan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini tidak menyaman Karpal Singh walaupun Pengerusi DAP itu pernah mendakwa beliau sebagai peliwat. Katanya, sewaktu tuduhan tersebut dibuat, Anwar masih lagi bersama kerajaan dan beliau langsung tidak mengambil tindakan undang-undang untuk mempertahankan dirinya. Sehubungan itu, Zahrain menuntut penjelasan Ketua Pembangkang itu mengenai tindakannya menghantar notis kepada Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan berhubung dakwaan beliau seorang biseksual. "Semasa Anwar bersama kerajaan dulu, Karpal pernah membuat dakwaan bahawa beliau seorang peliwat dan mempunyai bukti kukuh, tetapi Anwar tidak pula mengambil sebarang tindakan undang-undang sehinggalah hari ini. Tetapi yang membuatkan isu ini lebih kelakar adalah kenyataan Zahrain sendiri yang menuduh saman Anwar hanyalah saman politik dan bukannya sama untuk membersihkan namanya. Apakah selepas ini Nalla akan menyaman Zahrain kerana Zahrain tidak mahu Nalla menyaman Anwar? Kita akan saksikan sendiri beranikah Nalla tampil ke mahkamah dan "menunjukkan bukti kukuh" yang sebenarnya hanya direka-reka umpama video Datuk T yang kini muncul semula setelah hampir 65 peratus rakyat Malaysia tidak langsung percaya! -jalanpulang |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan