Jumaat, 15 Jun 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Khlawat: Pelakon Razak Ahmad Dikenakan Denda RM2900

Posted: 15 Jun 2012 01:03 AM PDT


[SH] PETALING JAYA - Selepas enam tahun perbicaraan kes khalwatnya di mahkamah, pelakon Razak Ahmad akhirnya didenda RM2,900 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, selepas didapati bersalah berkhalwat dengan seorang pengusaha butik.

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah bagi tuduhan khalwat yang dihadapi pelakon itu sejak April 2006.

Semasa membacakan penghakimannya, Wan Mahyuddin berkata, beberapa isu utama diambil kira mahkamah termasuk waktu dan masa tangkapan kes tersebut iaitu pada 2.15 pagi. Mahyuddin berkata, ketika ditangkap, pihak  pendakwaan membuktikan melalui saksi-saksi yang dipanggil, pelakon utama siri Geng Surau itu berada dalam keadaan yang meragukan dan boleh mendatangkan fitnah kerana berada dalam sebuah bilik gelap dengan berpakaian  tidak lengkap.

"Alasan tertuduh yang datang ke apartmen Selamah pada waktu tersebut untuk mengambil baju ditaja wanita itu untuk latihan satu program disertainya tidak disokong dengan kehadiran saksi-saksi lain," katanya.

Sementara itu, Razak yang diwakili peguam Mohd Azman dalam rayuannya merayu kepada mahkamah agar tidak menjatuhkan hukuman penjara ke atas anak guamnya memandangkan beliau seorang selebriti selain terpaksa menanggung anak-anak dan isteri.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Razak Pendakwa Syarie, Shafezan Rusli.


Negara Tanggung RM3 Juta untuk Kunjungan Singkat Najib ke Luar Negara

Posted: 14 Jun 2012 07:15 PM PDT


[MK] Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke kota kosmopolitan London, New York dan Washington menyebabkan kerajaan menanggung kos hampir RM3 juta.Menurut satu jawapan bertulis kepada MP DAP Seputeh Teresa Kok, Najib membelanjakan RM849,175.33 ketika berada di London antara 13 hingga 15 Mei untuk menghadiri satu majlis anjuran Putera Charles.

Lawatan itu diikuti dengan mesyuarat perdana menteri di Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global di New York antara 16 hingga 18 Mei, dengan kos RM1,606,402.75.

Najib seterusnya, bersama para pegawai, berkunjung ke Washington untuk "kunjungan peribadi" antara 19 hingga 24 Mei dengan kos RM452,985.75.


 P/s: Apa perasaan anda melihat gambar di atas?


[Video] Anak Jamaluddin Jarjis Dapat Kontrak RM280 Juta Projek Kawalan Trafik

Posted: 14 Jun 2012 06:45 PM PDT


[KD] Kuala Lumpur 14 Jun: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendapati, projek sistem baru kawalan trafik yang mengancam ruang udara negara diberi kepada keluarga menteri.

Menurutnya, dalam carian syarikat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tertera nama Ikhwan Hafiz Jamaluddin iaitu ahli keluarga bekas Menteri sebagai Pengarah Tirai Variasi Sdn Bhd Advanced Air Traffic System (M) Sdn Bhd.

"…Saya tanya, dan ini belum dijawab oleh Kementerian (Pengangkutan)," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Naib Presiden KEADILAN itu turut mempersoal adakah menjadi norma Kerajaan Umno BN menganugerahkan satu daripada projek kerajaan kepada keluarga menteri.

"Apakah alasan Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memberi kontrak sistem yang cukup penting ini secara rundingan tertutup?" soalnya lagi.

Beliau turut menunjukkan salinan dokumen dari SSM kepada media yang mempamerkan Ikhwan Hafiz Jamaluddin, 25, sebagai Pengarah Tirai Variasi Sdn Bhd.

Tirai Variasi adalah pemegang saham utama Advanced Air Traffic System (M) Sdn Bhd yang dianugerahkan kontrak bernilai RM280 juta itu.

Apabila ditanya wartawan mengenai kesahihan dakwaan tersebut, Izzah menjawab, kementerian patut menafikannya jika dakwaan itu tidak benar.

"Sekali lagi, saya persoalkan nama tersebut dan (saya) belum terima sebarang jawapan," katanya.

"Saya sudah hantar surat pertanyaan (kepada Kementerian Pertahanan dan DCA) sebelum ini, namun masih belum terima maklum balas dari mereka," jelas Izzah lagi.

Bagaimanapun, carian media mendapati Ikhwan adalah anak kepada Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Pada 8 Jun lalu, Izzah bersama-sama Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dan Tian Chua menyerahkan memorandum kepada DCA mengenai sistem baru Human Trafic Interface yang membahayakan ruang udara negara.

Sistem itu turut dibangunkan bersama syarikat Selex Sistemati Integrati dari Itali yang dikaitkan dengan pelbagai tuduhan rasuah di Itali, Cyprus, Panama dan Namibia. 





[Video-PANAS] Identiti Ejen Tawar RM2 Juta Beli MP Pakatan Rakyat Didedahkan kepada Umum

Posted: 14 Jun 2012 05:47 PM PDT


[HD] Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini menayangkan video pendek yang didakwa bukti cubaan agen Umno Barisan Nasional (BN) membeli Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Rakaman sepanjang 3 minit 41 saat itu mengandungi perbincangan antara lima orang di sebuah restoran di ibu negara.

Mereka terdiri daripada dua orang agen yang membuat tawaran, dua orang wakil ahli parlimen (MP) Pakatan Rakyat dan seorang driver kepada agen.

Khalid turut mendedahkan salah seorang agen tersebut adalah bekas ketua AMK Kedah, Zamil Ibrahim yang kini mengaku dirinya sebagai pemimpin Parti Kesejahteraan Tanah Air (Kita).

Antara kandungan perbincangan itu, salah seorang dari wakil ahli parlimen Pakatan itu berkata "Dua juta tak berapa cukuplah".

Lalu disambut oleh seorang lagi agen yang dinamakan Mr. X berkata "kita punya maksimum is like that...".

Kemudian kedengaran Zamil mencelah dengan berkata "kita dapat syiling sahaja...cuma itu Pak Zahrain...".


Rakaman perbincangan itu diakhiri dengan Mr. X berkata "Mula-mula dia dah bagi, lepas tu dia increase...tapi dalam Barisan Nasional sudah ada dah, ini price mana standardized,".

Lalu Zamil mencelah dengan berkata "Directlah!".

Menurut Khalid, rakaman yang didedahkan hari ini adalah sebahagian daripada rakaman sepanjang 3 jam.

Menurutnya perbincangan itu dirakam dua tahun lepas selepas beberapa ahli parlimen dari PKR melompat termasuk Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim dan juga Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong.

"Video ini membuktikan bahawa pembelian ahli parlimen Pakatan Rakyat memang dijalankan oleh agen-agen yang bertindak bagi pihak Umno.

"Sebelum ini kita tidak ada bukti, tapi sekarang kita ada bukti dan kita mintak orang yang dinamakan (Zamil) memberi respons," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail juga turut mempersoal kemewahan yang diperolehi Zamil sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Zamil katanya kini tinggal di banglo mewah di Kelab Cinta Sayang di Sungai Petani dan memiliki beberapa kereta mewah.

Sedangkan kata Saifuddin,
beliau hanya mengenali Zamil dengan latar belakang seorang penjual burger, dan isterinya hanya penjual alat kosmetik tradisional.

"Dengan latar belakang itu, tidak diketahui dia ada perniagaan yang dapat laba tinggi," katanya. 


 


Tiada ulasan: