Gambar Tangisan Air Mata TG Nik Aziz Semasa Solat Jenazah Ustaz Yahya Posted: 15 Jun 2012 04:37 AM PDT Kesedihan apabila perginya seorang alim ulama yang amat berguna tatkala dunia akhir zaman.
TG Nik Aziz amat rapat dengan al marhum Ustaz Ya.
Al Fatihah dari kami di meja team Kerabu Bersuara. |
Luahan Hati YB Saifuddin MP Machang Mengenai Ustaz Yahya Osman Posted: 14 Jun 2012 09:13 PM PDT Saya mula mengenali Ustaz Yahya Osman ketika menjadi mahasiswa di UPM tahun 1980an. Ustaz Yahya seringkali hadir sebagai pembentang kertas kerja dalam program-program tamrin kampus. Wataknya yang lemah lembut, penyampaian dan kupasan yang padat dan sarat dengan mesej perjuangan, keupayaan mengaitkan dengan perkembangan dan realiti politik semasa, menjadikan sesi beliau sentiasa dinantikan. Pesannya prinsip perjuangan biar teguh dan kekal namun pendekatannya boleh sahaja berubah. Impak dan kesannya kepada mahasiswa yang diasuh dan dibimbingnya amat luar biasa. Pada awal 1994 ketika itu Ustaz Yahya Osman menjadi Exco Kerajaan Kelantan. Kelantan baru sahaja meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah dan perdebatan tentangnya cukup panas dan meluas. Saya pula bertugas sebagai Setiausaha Politik Menteri Undang-Undang Dato Syed Hamid Syed Jaafar Albar. Ustaz Yahya Osman menghubungi saya minta diaturkan pertemuan dengan menteri untuk maksud menyampaikan isi kandung enakmen tersebut. Ustaz Yahya memilih pendekatan bersemuka dan menerangkan setiap fasal demi fasal darihal enakmen tersebut kepada menteri dan pegawai-pegawai tinggi kementerian ketika itu. Saya akan sentiasa mengingati bagaimana Ustaz Yahya yang mengetuai delegasi tujuh orang mewakili kerajaan negeri Kelantan, menyampaikan penerangan dengan penuh hikmah dan menjawab persoalan yang ditimbulkan dengan tenang dan meyakinkan. Nampak kehebatan dan wibawanya sebagai seorang da'ie, berhujah berdasarkan ilmu dan melihat orang yang belum faham sebagai sasaran dakwah. Dato Syed Hamid Syed Jaafar Albar kemudiannya menulis sebuah makalah ringkas "Keadilan di dalam Islam" dan kandungannya banyak berupa sedutan pandangan-pandangan Ustaz Yahya Osman! Empat belas tahun kemudian, 2006 saya bertugas sebagai pengurus Tabung Amanah Tok Kenali kerajaan negeri Kelantan. Fungsi utama Tabung Amanah Tok Kenali seperti disebut di dalam undang-undang tubuhnya " ..menjalankan program-program pembangunan sumber manusia". Orang pertama saya temui ialah Ustaz Yahya Osman untuk meminta pandangan. Ustaz Yahya Osman seterusnya menjadi tenaga utama dalam program-program latihan anjuran Tabung Amanah Tok Kenali membabitkan pelbagai segmen masyarakat Kelantan sepanjang 2006 dan 2007. Setiap minggu – penghulu, imam, belia, mahasiswa, ahli-ahli majlis, pimpinan masyarakat dihimpunkan dalam program tiga hari dua malam di Lata Belatan Besut, Kem Desa Mahmud, MADU dan Putik. Ustaz Yahya Osman menjadi tenaga pembimbing utama. Nasihat, asuhan dan tegurannya kepada saya secara peribadi akan terus meninggalkan kesan besar terhadap saya. Apabila nama saya diumumkan sebagai calon parlimen machang pada Mac 2008, Ustaz Yahya Osman sendiri mengadakan satu majlis di rumahnya di Labok Machang menghimpunkan semua pimpinan parti dan masyarakat untuk memperkenalkan saya sebagai anak didiknya yang diasuh sejak zaman pelajar dan meminta kalangan yang hadir bekerja membantu memenangkan saya. Seringkali apabila berkunjung ke rumahnya ada sahaja buku terbaru yang diberikannya kepada saya. Makalah kecil "Pesanan Saidina Ali" antara rujukan utama pemberian Ustaz Yahya Osman. Tatkala menziarahi beliau sejurus saya selesai menyampaikan pembentangan kepada tamrin mahasiswa di Darul Quran, beberapa bulan lepas, Ustaz Yahya Osman memberitahu hasratnya menulis buku berupa kompilasi kertas-kertas kerjanya. Tidak pula saya ketahui sama ada hasratnya terlaksana! Satu ketika awal tahun 2009 saat menemani Dato Seri Anwar ke Mesir menziarahi Sheikh Mehdi Akif, saya diperkenalkan oleh Dato Seri Anwar kepada Sheikh Mehdi sebagai Ahli Parlimen dari Kelantan. Masih saya ingat tatkala Sheikh Mehdi kemudian bertanya balas, "saudara datang dari Kelantan? Apa khabar sahabat saya Ustaz Yahya Osman?" Sheikh Mehdi kemudian menceritakan bagaimana mereka ketika usia belia saling mengenali dan bergiat aktif memperjuangkan isu-isu umat Islam dalam pelbagai platform belia Islam antarabangsa. Maka fahamlah saya mengapa Ustaz Yahya Osman muncul sebagai seorang pendakwah dan murobbi yang sangat dihormati kewibawaanya. Kenalan, jaringan antarabangsa dan digabungkan pula dengan pengalaman gerakan Islam adalah ramuan nya. Kelebihan tersendiri Ustaz Yahya Osman ialah penguasaan beliau dalam bahasa Arab. Dato Seri Anwar sering berseloroh bagaimana Ustaz Yahya Osman kalau berbicara dalam bahasa Melayu sekalipun lebih banyak tersasul dan mencampuradukkan dengan istilah-istilah Arab! Saat saya menulis catatan ringkas ini, Dato Seri Anwar Ibrahim sedang berada di Jepun. Saya mengirim email kepada beliau memaklumkan berita kematian Ustaz Yahya Osman. Saya cukup pasti Dato Seri Anwar amat merasai kehilangan seorang sahabat yang beliau kasehi. Saya pula akan terus mengingati Ustaz Yahya Osman sebagai seorang guru, murobbi dan sahabat yang bertanggung jawab besar membentuk pandangan dan pemikiran saya. Semoga rohnya ditempatkankan Allah swt bersama roh orang–orang yang beriman. Amin.
Penulis ialah Ahli Parlimen Machang dan Setiausaha Agung PKR. |
Autokrasi politik Tun Dr Mahathir Posted: 14 Jun 2012 09:04 PM PDT Dr Dzulkefly Ahmad, 15 Jun 2012
1. Tun M telah mendedahkan segala-gala dari pemikirannya tentang demokrasi dan mengapa kerajaan Umno-BN dalam 22 tahun pemerintahannya sehingga kini dalam ucapannya semasa Konvokasi di Universiti Santo Tomas, Manila, pada 11 Jun11 lalu.
2. Kini rakyat Malaysia lebih jelas mengapa Tun M dan kepimpinan Umno-BN sehingga kini telah mentadbir-urus negara ini dengan cara demokrasi kacukan atau demokrasi dengan kuku-besi sekaligus melahirkan sebuah negara yang dinobatkan sebagai sebuah "Snycretic State" dalam Sains Politik. Dalam bahasa seorang professor yang menklasifikasikan demokrasi di Malaysia sebagai salah sebuah Negara yang mengamalkan "Electoral Authoritarianism" (Andreas Schedler).
3. Tun M tanpa segan-silu menyatakan bahawa beliau sebenar memang tidak pernah mempercayai bahawa demokrasi mesti diamalkan secara menyeluruh dan penuh. Beliau percaya bahawa kerajaan mesti "melaksanakan demokrasi dengan had dan batasnya" (practising democracy with limits).
4. Tun M menyerlahkan lagi kesangsiannya terhadap sistem demokrasi dengan mempertikaikan natijah demokrasi dengan persoalan sinis beliau "Mengapa demokrasi gagal memberikan kebaikan yang kita harapkan" ("Why has democracy not delivered the good life we had expected of it?")
5. Tun membuat kesimpulan bahawa adalah mustahil untuk melaksanakan 'utopia demokrasi' yang berteraskan "kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat" kerana akan berakhir dengan satu kebuntuan. (A government of the people, by the people and for the people will result in a stalemate, in no government at all, in anarchy).
6. Lantas tegas beliau, mesti ada 'ubahsuaian' dan rakyat 'berkorban' sedikit untuk kita dapat memenafaatkan system demokrasi ini.
7. Tun M telah mengisytiharkan apakah kepercayaan demokrasi yang dianutinya! Barulah rakyat Malaysia hari ini faham dan tahu benar-benar mengapa Tun dan pimpin BN yang meneruskan legasi-tradisi beliau yang telah 'mencekik' dan 'menjerut' demokrasi dengan segala akta-akta draconian dan 'rimba' yang meragut hak kebebasan rakyat yang sebenarnya termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
8. Baru rakyat faham bahawa Tun M dan Umno-BN memerlukan semua 'ubahsuai' (adjustment) dengan 'undang-undang' semasa mereka berkuasa dengan 2/3 majoriti untuk 'mentadbir negara' dulu.
9. Sebagai cotoh Kebebasan berpolitik dan berhimpun diragut dengan ISA dan Akta Polis, Kebebasan menerbit-berkarya dicekik dengan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (1984), hak kepada maklumat dengan OSA, hak mahasiswa-akademik berpolitik dengan AUKU.
10. Dan kini walaupun ISA telah dimansuhkan, kerajaan Najib pula meneruskan tradisi Tun M ini dan tidak boleh diberikan demokrasi sebenarnya maka diperkenalkan "Akta Kesalahan Keselamatan 2012, yang dikatakan sama drakonian kalau tidak lebih zalim lagi, mengikut pengamatan pakar-pakar undang-undang.
11. Tun M ini tetap akan buta demokrasi dan tidak akan celik dengan erti pencerahan minda tentang demokrasi sampai keliang lahadnya.
12. Dengan demokrasi yang konon di'adjust' dan diubahsuai itulah telah berleluasa dan sarat amalan rasuah dan salah-guna kuasa kerana rakyat tidak mendapat capaian maklumat untuk 'menyemak-imbang' kerajaan yang menyalahguna kuasa.
13. Inilah yang mengakibatkan sekaligus satu 'gross fiscal mismanagement' yang menjadikan Negara hilang daya-saing dan amalan kroni kapitalisme dan amalan 'rent-seeking' sarat terpasak dalam amalan dan system delivery pentadbiran Umno-BN.
14. Sebagai contoh Perjanjian konsesi utility mega (IPP, Tol Lebuhraya)dirahsiakn atas nama OSA. Skandal besar seperti PKFZ yang menelan RM 12 b makan tahun untuk dikesan berbanding kalau rakyat bermaklumat dan punya informasi!
15. Demokrasi yang benar-benar berfungsi akan melahirkan rakyat yang bermaklumat, berani menegur pemimpin bahkan berani menurunkan dan mengguling pemimpin melalaui 'ballot box' atau pilihanraya dari bermaharajalela dengan kuasa serta 'membutakan rakyat' dengan 'ketakutan' dan sedikit 'gula-gula' kononnya pemberian sebuah kerajaan yang 'prihatin dan mendahulukan rakyat.
16. Sah Tun M adalah seorang dictator yang bersembunyi disebalik pakaian demokrasi yang beliau sangat membencinya! Kebencian terserlah kini dengan ucapannya di Manila ini! Sebab itu Tun dan semua pimpinan Umno-BN sangat takut dengan 'Arab Spring' yang merupakan kebangkitan rakyat Arab menjatuhkan pimpinan dictator dan regim kukubesi yang telah berdekad menafikan rakyat kebebasan dan demokrasi sebenar!
17. Jelas mengapa Tun M secara terang-terengan'memandul kekebalan raja', memecat seorang Ketua Hakim Negara dan segala yang perbuatan zalim atas nama 'adjustment' kerana 'demokrasi itu ada batasnya' dan diktator inilah dan regim umno-BN inilah yang menentukan batas-batas HAK yang boleh diberikan kepada rakyat! |
Gambar Jenazah Al-Marhum Murabbi Datuk Hj Yahya Osman Sebelum Dikebumikan Posted: 14 Jun 2012 07:44 PM PDT Daripada Abdullah bin 'Amr r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak mencabut (menghilangkan) ilmu daripada manusia. Tetapi Allah mencabut ilmu dengan roh (mematikan) para ulama. Sehinggalah tiada lagi orang yang alim (ulama) yang tinggal. Ketika itu manusia akan melantik ketua mereka yang jahil. Apabila orang menanyakan sesuatu, mereka mengeluarkan fatwa tanpa asas ilmu. Maka, sesatlah mereka dan menyesatkan orang lain." ( Hadis Riwayat Imam al-Bukhari ) |
Nizar yakin berpeluang menghadap Sultan Johor Posted: 14 Jun 2012 07:39 PM PDT NORMAWATI ADNAN IPOH – Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tetap akan meneruskan hasratnya untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bagi memohon maaf berhubung kenyataannya mengenai bidaan nombor pendaftaran WWW 1. Menurutnya, apa sekalipun tanggapan dan pandangan orang ramai terhadap kesediaannya itu, beliau tetap akan meneruskan hasrat untuk memberi penjelasan berhubung perkara itu. "Insya-Allah, saya akan hantar surat permohonan rasmi menghadap Sultan Johor esok pagi (hari ini) dan saya akan tunggu maklum balas daripada pihak istana berhubung perkara itu," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian semalam. Laporan semalam menyebut, Sultan Ibrahim murka terhadap bekas Menteri Besar Perak itu dan mengingatkan wakil rakyat serta pemimpin masyarakat menjaga adab dan tingkah laku apabila membuat sesuatu kenyataan. Baginda turut bertitah sekiranya hendak memohon maaf, permohonan maaf itu perlu dibuat kepada semua rakyat Johor, bukan kepada baginda seorang sahaja. Mengulas peringatan baginda Sultan, Mohamad Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, sekiranya beliau diberikan ruang untuk membuat penjelasan mengenai kenyataan dalam mesej Twitternya itu, isu permohonan maaf terhadap rakyat Johor mungkin tidak akan timbul. "Jika ada pihak yang pertikaikan tindakan ini, tidak mengapalah, yang penting saya sangat berbesar hati sekiranya diberikan ruang untuk menerangkan kedudukan sebenar dan ini juga satu proses keadilan untuk semua pihak," katanya. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan