Biaqpila |
- LIVE EURO2012: England vs Sweden
- LIVE EURO2012: France vs Ukraine
- VIDEO KEPALA SAMSENG MERANGKAP BARUA UMPORNO BAGI AMARAN BEB, KAH KAH KAH !
- MUHYIDDIN GABRA,ANWAR TERSENGIH
- PESANAN IMAM AL-GHAZALI
- Nama Individu Cuba Beli Ahli Parlimen PR Didedah
- KEPUTUSAN EURO2012 15/6/12
LIVE EURO2012: England vs Sweden Posted: 15 Jun 2012 11:40 AM PDT Live Streaming Video Football : UEFA Euro 2012 Saturday (16 June) 02:45 (GMT +8) KLIK DI SINI KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
LIVE EURO2012: France vs Ukraine Posted: 15 Jun 2012 08:50 AM PDT Live Streaming Video Football : UEFA Euro 2012 Saturday (16 June) 00:00 (GMT +8) KLIK DI SINI KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
VIDEO KEPALA SAMSENG MERANGKAP BARUA UMPORNO BAGI AMARAN BEB, KAH KAH KAH ! Posted: 15 Jun 2012 05:51 AM PDT Diingatkan kepada Penyokong-Penyokong Pakatan Rakyat (PR) Lu orang jangan cuba-cuba nak ugut ahli masyuarat Tibai... Lu kena tahu siapa mereka-mereka ni... menurut mereka adalah bekas-bekas penjenayah yang dah biasa masuk Penjara... dan mereka dalam video ini memberi amaran kepada Lu orang Penyokong PR melalui Ahli Mesyuarat Tibai merangkap Penaung Waris Malaya... iaitu NGO pro-Umporno atau bahasa simboliknya Barua Umporno Yang Berhormat Senator Ezah Mohd Nor... kah kah kah !. Gua dah terkencing-kencing dengar amaran beliau ni beb... ialah Pertubuhan yang dianggotai oleh bekas-bekas Penjenayah... lepas tu yang memberi amaran pulak adalah Kepala Samseng Jalan Kebun masa kini... kah kah kah... Lu orang kalau nak tengok video ni pastikan Lu orang Penyokong PR dekat dengan tandas kerana takut kalau jauh dari tandas tak sempat beb... kah kah kah... gua ni pun dah sepuluh kali masuk... ialah mungkin sebab gua tulis dan asek terpandang muka beliau... takuttttt beb... kah kah kah !. Tapi kan lepas gua terkencing dah sepuluh kali ni... gua punya tekak dah mula rasa loya pulak dah... kenapa ya adakah suara beliau ataupun wajah beliau yang membuat jadi begitu... kejap-kejap... uweeeekkkk tuihhhh... kah kah kah... oiii Yb Senator Ezam Mohd Nor... Lu jangan perasan yang Lu bagus sangat... Lu bercakap sejarah Lu yang dulu tapi telah Lu kotorkan sekarang ni... Lu bercakap soal Datuk Seri Anwar Ibrahim... tapi Pakatan Rakyat bercakap soal masa depan Negara. Lu kena ingat memang betul Lu antara yang pernah masuk penjara... dan semasa Lu masuk penjara, Lu pun dibela dengan Penyokong Parti Keadilan Nasional pada masa itu... kerana itu Lu pun boleh menang Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional (PKN) sebelum diberi nama Angkatan Muda Keadilan (AMK) walaupun Lu didalam Penjara... cuma Lu kena ingat apa sebab Lu di masuk kepenjara... antaranya Lu ingat tak mana 6 kotak-kotak rahsia yang Lu simpan tu... kah kah kah !. Memang betul Lu antara pengasas PKN... dan harus Lu ingat juga semasa Lu dalam Penjara PKN digerakan oleh ahli yang lain... sebenarnya Lu terlalu memusuhi Yb Azmin Ali walaupun semasa Lu didalam penjara... gua akui gua antara yang dulu tak berapa sukakan Yb Azmin Ali dengan itu gua disebelah Kem Lu di persidangan PKN yang pertama di Kuala Terengganu selepas Pilihan Raya Umum ke-9... tapi itu dulu dah jadi sejarah dan sekarang gua suka siapa saja yang nak menguburkan Umporno termasuk Yb Azmin Ali... kah kah kah !. Alamak gua dah nak termuntah balik lah beb... lu orang layan aje video Barua Umporno merangkap Kepala Samseng Jalan Kebun ni beb.... weeeekkk tuihhhh... kah kah kah !. hemmmmm..... gua rasa memang patut pun beliau digelar ezam sesumpah... kerana perangai semsumpah memang bijak menyembunyi identiti beliau... dan kalau lu kata dulu lu tertipu... gua pun boleh cakap yang gua tertipu dik berua umporno macam lu beb... kah kah kah... umporno perkasam jati betul-betul meloyakan heeeee... A B U. Dicatat oleh Mat Indera Sipejuang KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
MUHYIDDIN GABRA,ANWAR TERSENGIH Posted: 15 Jun 2012 04:16 AM PDT DEY MACHA!!! SANGATTTTT LA MAMAT NI.. PEMIMPIN MACAM NI PUN ADA MAIN QUOTE JE APA ORG CAKAP BETUL KE FITNAH TAK PERLU SELIDIK KAH! KAH! KAH! MUHYIDDIN KATA DIA TAK DAK HARTA TAPI KENAPA TAKUT NAK DEDAH? KAH! KAH! KAH! ADA ORANG PERCAYA KA TPM TAK DAK HARTA? KALAU UMNO JADI KETUA BAHAGIAN PUN HARTA BERTIMBUN INIKAN PULAK ORANG NO 2 UMNO KAH! KAH! KAH! KASI SAHUT LA CABARAN ANWAR BEB ANWAR PUN QUOTE LU PUNYA CAKAP LU INGAT LU SORANG JE BOLEH QUOTE KAH! KAH! KAH! TPM: Anwar perlu jawab sendiri dakwaan miliki RM3b Tuduhan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa memiliki aset dan wang tunai sehingga RM3 bilion perlu dijawabnya sendiri kerana ia melibatkan dirinya dan tiada kena mengena dengan orang lain, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata demikian sewaktu memberi maklum balas terhadap cabaran Anwar supaya beliau mendedahkan semua akaun bank dan asetnya jika mahu Anwar berbuat demikian. "Tiada kena mengena dengan saya. Yang ini tuduhan satu NGO yang berkata timbalan gabenor Bank Negara buat tuntutan Anwar ada begini-begini (sekian jumlah aset). "Maka dia kena buat penjelasanlah. Apa pula saya? Saya cuma quote sahaja, kenapa pula saya kena dedah (akaun)? "Saya punya duit apa (sangat) yang ada," kata Muhyiddin kepada pemberita selepas majlis lawatan kerjanya di Sungai Besi petang tadi.-MK KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 14 Jun 2012 09:00 PM PDT Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya: 1 – Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." (Surah Ali Imran 185) 2 – Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. " Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?" Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama. 3 – Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?" Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu" Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam . "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." (Surah Al A'araaf 179) Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka . 4 – Pertanyaan keempat adalah, " Apa yang paling berat di dunia ini?" Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang amanah" "Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." ( Surah Al Ahzaab 72 ) Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya. 5 – Pertanyaan yang kelima adalah, " Apa yang paling ringan di dunia ini?" Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat. 6 – Lantas pertanyaan ke enam adalah, " Apakah yang paling tajam di dunia ini?" Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang… Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri. Sumber rujukan : myibrah.com www.asyrafasnawi.com KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Nama Individu Cuba Beli Ahli Parlimen PR Didedah Posted: 14 Jun 2012 06:00 PM PDT KUALA LUMPUR, 14 JUN: Ketua Parti KITA Kedah, Zamil Ibrahim diminta tampil memberikan penjelasan berhubung kontroversi perbincangan tawaran kepada Ahli Parlimen untuk meninggalkan Pakatan Rakyat dengan nilai RM2 juta. Cabaran ini dilontarkan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang pada hari ini mendedahkan klip penuh video rundingan tawaran 'pembelian' ahli parlimen Pakatan. Menurut Khalid, Zamil merupakan agen Umno-BN yang berperanan untuk berbincang mengenai tawaran untuk meninggalkan Pakatan. "Selama ini kita tidak ada bukti. Tetapi hasil daripada kerja-kerja pihak tertentu kita telah memperoleh bukti," katanya. Menurut Khalid, ahli parlimen yang ditawarkan ini masih kekal bersama Pakatan Rakyat. Video asal selama tiga jam ini dirakamkan di sebuah restoran di Lembah Klang sekitar setahun yang lalu selepas beberapa pemimpin Pakatan mengisytiharkan lompat parti dan akan didedahkan secara berperingkat. Tayangan selama 3 minit 41 saat memaparkan lima individu yang sedang berbincang berhubung tawaran habuan sekiranya meninggalkan Pakatan. Dua daripada individu berkenaan merupakan wakil Pakatan sementara yang lain merupakan wakil agen Umno-BN. Selain ditawarkan wang bernilai RM2 juta, tawaran turut disertakan dalam bentuk kontrak kerajaan. Berdasarkan transkrip video yang diberikan kepada media, Zamil ada menyebut 'Kita dapat syiling sahaja….Cuma itu Pak Zaharin…Macam hari itu Datuk Habaq kata'. Sementara itu, Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, mengesahkan Zamil Ibrahim merupakan bekas ahli PKR. Beliau merupakan individu yang pernah menawarkan kereta Rolls-Royce sekiranya mana-mana pihak berjaya membuktikan ada individu lain yang mempunyai wajah sama seperti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Fitnah II. Menurut Saifuddin, Zamil yang kini menetap di banglo mewah Kelab Cinta Sayang Sungai Petani merupakan bekas peniaga burger di pekan Bidong, Kedah sementara isterinya merupakan peniaga ubat ubatan tradisional. Zamil juga bekas tahanan dadah di Pulau Jerjak selain memiliki beberapa kereta mewah dan motosikal berkuasa tinggi. "Kita mengesyaki perubahan hidupnya disumbangkan melalui aktiviti sebegini. "Saya mempelawa rakan media untuk menelefon beliau untuk membuat pengesahan," katanya. Tegasnya, pendedahan ini sebenarnya menguatkan lagi dakwaan Pakatan sebelum ini yang menyatakan wujudnya aktiviti 'membeli' ahli parlimen Pakatan dengan habuan wang ringgit yang lumayan. Dalam pada itu, ahli parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zaharin Mohamed Hashim menafikan beliau ditawarkan wang ringgit meninggalkan Pakatan. Katanya, tindakkan beliau keluar Pakatan membuka ruang kepadanya untuk bebas mengkritik kedua-dua pihak.-selangorku KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 14 Jun 2012 04:19 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan