Isnin, 4 Jun 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Kasih Seorang Ayah, Peluk Mayat Anak Selama Sejam

Posted: 04 Jun 2012 05:00 AM PDT

HASHIM kelihatan sugul sambil memeluk dan enggan melepaskan mayat Mohd. Izwan Farid sebelum dihantar ke hospital selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Sengkang-Bukit Gambir, Ledang, Muar malam kelmarin.

[Kosmo] MUAR - Dek kerana terlalu sedih, seorang bapa tetap memangku dan memeluk tubuh kaku anak lelakinya kira-kira satu jam selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 2 Jalan Sengkang-Bukit Gambir, Ledang dekat sini pada pukul 9.50 malam kelmarin.

Tindakan Hashim Kamat, 55, yang tidak mahu melepaskan mayat Mohd. Izwan Farid, 19, daripada pelukannya menyayat hati orang ramai yang melihat kejadian itu.

Dia yang tinggal di Kampung Batu 19, Sengkang dekat sini mengetahui kejadian malang itu apabila menerima panggilan telefon daripada anak ketujuhnya, Hamizad, 16, menyatakan arwah terlibat dalam kemalangan.

Semasa menerima panggilan tersebut, dia berada di Kampung Parit Jarum Darat, Bukit Gambir kerana menghadiri majlis perkahwinan anak saudaranya.

"Saya sangat terkejut kerana kami baru sahaja bertemu satu jam lalu di rumah sebelum pergi ke rumah kenduri. Sebelum kemalangan, Mohd. Izwan tidak menunjukkan sebarang perlakuan pelik.

"Sangat menyedihkan saya, apabila ia berlaku pada jarak kira-kira tiga kilometer dari rumah kami," kata Hashim ketika ditemui semalam.

 P/s: Banyak pengajaran yang boleh diambil!


Kouta Haji: UMNO Lebih Sudu daripada Kuah!

Posted: 04 Jun 2012 02:00 AM PDT

 
[KD] KUALA LUMPUR 4 Jun: Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) sengaja memperbesarkan isu kuota haji kononnya untuk menggambarkan betapa buruk penganjuran Bersih 3.0 di Arab Saudi.

Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama KEADILAN (Bippa), Ahmad Kassim berkata, Umno sebenarnya mahu mencetuskan panik di kalangan bakal jemaah haji, walaupun hakikatnya isu tersebut tidak dipandang begitu serius oleh Kerajaan Arab Saudi.

"Kalau kita kira, tidak sampai 30 orang yang berdemonstrasi. Tak memberi apa-apa signifikan pun…Malaysia yang 'lebih sudu daripada kuah'.
"Tapi pemimpin Umno 'lebih-lebih' tulis surat kepada Kerajaan Arab Saudi. Kemudian mereka dakwa Raja Arab Saudi murka dan kuota haji disekat," katanya dihubungi Keadilan Daily.

Isu kuota haji mula ditimbulkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom selepas
beberapa rakyat Malaysia di kota suci Mekah dan Madinah memberi sokongan terhadap perhimpunan Bersih 3.0.

Isu itu turut diperbesarkan oleh media pro Umno BN seperti Mingguan Malaysia kononnya Kerajaan Arab Saudi sedang memburu mereka yang terlibat.

Akbar itu mendakwa individu berkenaan diburu kerana dipercayai menyampaikan ucapan dengan tujuan menghasut rakyat Arab Saudi menyertai gelombang Arab Spring dan bangkit menentang pemerintah.

Bagaimanapun, tiada satu pun kenyataan rasmi daripada Kerajaan Arab Saudi disiarkan oleh akhbar pro Umno BN berkenaan isu tersebut.

Mereka hanya memetik sumber yang tidak dinamakan dan kenyataan seorang Penasihat Kerajaan Negeri Terengganu, Abu Backer Sidek yang mendakwa menyaksikan perhimpunan tersebut.

Ahmad berkata, Umno juga semakin terdesak apabila mahu menjuarai isu kuota haji untuk meraih sokongan orang Melayu.

"Mereka sudah kehilangan undi Melayu, jadi sekarang ini mereka menggunakan isu yang boleh menunjukkan mereka memperjuangkan orang Melayu,
" katanya.

Beliau turut menyindir kenyataan Jamil yang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak campur tangan bagi menyelesaikan masalah isu kuota haji kononnya Najib mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Raja Arab Saudi.

"(Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) lagi rapat dengan Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud. Bukan setakat selesaikan, kalau Anwar nak hubungi baginda untuk minta tambah kuota haji ini pun boleh," sindirnya.

Sebelum ini, Jamil dilapor mengadakan pertemuan kedua dengan Duta Besar Arab Saudi di Malaysia, Fahad Al Rasid bagi membincangkan kuota jemaah haji Malaysia pada tahun ini.

Jamil dipetik berkata, pertemuannya itu bagi memaklumkan kepada Arab Saudi supaya mengambil perhatian terhadap kebimbangan jemaah haji berhubung kuota Malaysia, khususnya selepas Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah.

Walhal, Kerajaan Arab Saudi tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kouta haji untuk jemaah Malaysia dikurangkan disebabkan demonstrasi Bersih 3.0 di Madinah dan Mekah hujung April lalu.
 
 
 

[Gambar&Video] Suasana Ratusan Ribu Rakyat di Perhimpunan Hijau ke Putrajaya, Stadium Darul Aman

Posted: 04 Jun 2012 12:48 AM PDT

Klik untuk baca.




P/s: Siapa yang demam sekarang?

[Gambar] Antara Dua Raja

Posted: 03 Jun 2012 07:12 PM PDT

Gambar Ihsan dari Facebook Razali Abd Ghafar/Kredit: Malay Merdeka

Tiada ulasan: