Biaqpila |
- 2 anggota panel siasat Bersih 3.0 tarik diri
- GENTELMEN ROTI KOSONG
- Wajar Kalau Umno Malu Dengan Himpunan Hijau
- Muhyiddin meroyan
2 anggota panel siasat Bersih 3.0 tarik diri Posted: 04 Jun 2012 03:00 PM PDT Anggota panel Hanif Omar (kanan) dan Dr Ruszmi Ismail (kiri) dan Hussamuddin Yaacub (dua dari kiri). PUTRAJAYA - Dua anggota Panel Penasihat Bebas yang dilantik oleh kerajaan untuk menyiasat dakwaan berkaitan perhimpunan Bersih 3.0, yang diadakan akhir April lalu, telah memutuskan untuk menarik diri daripada menganggotai panel tersebut. Mereka ialah Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim dan Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas, Datuk Mohammad Medan Abdullah. Pengerusi panel, Tun Mohammed Haniff Omar berkata, Shim menarik diri atas sebab-sebab kesihatan manakala Mohammad Medan pula disebabkan beban tugas semasa. "Kerajaan akan menentukan pengganti kedua-dua mereka ini dalam tempoh yang terdekat. Bagaimanapun ia masih lagi belum diputuskan siapa yang akan dilantik untuk menyertai panel bebas ini," katanya. Pembentukan panel itu diumumkan oleh kerajaan awal bulan lalu. Selain Shim dan Medan serta Hanif sebagai pengerusi, anggota lain panel terdiri daripada Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub, Penasihat undang-undang Media Chinese International Liew Peng Chuan dan ahli psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Ruszmi Ismail. Sebelum ini, beberapa pihak mempertikaikan pelantikan Hanif sebagai pengerusi panel tersebut. Bagaimanapun Hanif mempertahankan bahawa beliau akan bertindak secara profesional sebagaimana telah diperlihatkan sebelum ini. Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, panel itu akan diberi kebebasan dalam pelbagai aspek, termasuk soal tempoh masa, serta pihak yang akan dirujuk bagi membantu siasatan mereka. Katanya, beliau ada mendengar syor sesetengah pihak untuk mendapatkan bantuan kepakaran pihak luar, contohnya jabatan polis New York atau polis United Kingdom bagi membantu siasatan, namun menurutnya akhirnya ia terpulang kepada keputusan panel berkenaan. "Harapan kita adalah untuk orang ramai ketahui apa yang sebenarnya berlaku, hari ini ada bermacam-macam saluran, banyak tuduhan dan ada kecenderungan pihak tertentu hanya melihat kepada satu aspek sahaja terhadap apa yang berlaku pada hari itu, jadi cerita menyeluruh mesti dikemukakan panel ini. "Kalau ia dikemukakan pihak Kementerian Dalam Negeri atau polis, mungkin ada pihak yang dah begitu prejudis, hingga apa yang kita cakap pun mereka tidak akan percaya, jadi panel ini ditubuhkan bagi tujuan itu," katanya. Hishammuddin berkata, penubuhan panel itu juga bertujuan menyediakan saluran kepada mereka yang merasakan menjadi mangsa pihak tertentu pada hari kejadian, dan merasakan seolah-olah tidak ada saluran yang telus untuk mendengar luahan serta pandangan mereka mengenai apa yang berlaku. Beliau berkata pada pandangannya penemuan panel itu juga dapat membantu kerajaan untuk melihat ke hadapan, khususnya dengan penampilan rang undang-undang berhubung perhimpunan aman, hasil transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Terma rujukan (TOR) panel itu yang dikeluarkan minggu lalu menunjukkan sebahagian daripadanya menjurus kepada insiden keganasan polis terhadap perusuh termasuk juga petugas media yang turut dikasari pihak berkuasa terbabit. Antara TOR yang menjurus kepada pihak polis tersebut adalah untuk memastikan sama ada penguatkuasaan agensi-agensi mematuhi prosedur perundangan dan tindakan setiap masa terutamanya ketika penggunaan kekerasan, gas pemedih mata, dan meriam air. Antara terma rujukan lain berkaitan polis adalah untuk menyiasat sama ada terdapatnya keganasan fizikal secara rawak digunakan pihak polis terhadap orang awam dan petugas media, menyiasat sama ada terdapatnya rampasan tidak mengikut undang-undang terhadap gambar dan rakaman video dan peralatan mereka dimusnahkan. Selain itu panel juga menyiasat sama ada terdapatnya antara mereka yang ditangkap tidak menurut lunas perundangan dan mengalami kecederaan serius semasa dalam tahanan polis, dan juga menyiasat Prosedur Operasi Standard (SOP) polis dalam menghormati peserta dan kawalan perhimpunan berdasarkan cadangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau masyarakat yang mengamalkan demokrasi. Selain itu, berdasarkan TOR, panel juga akan mengadakan penyiasatan terhadap penganjur perhimpunan Bersih 3.0.-SH KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 04 Jun 2012 10:18 AM PDT RAIS YATIM BAIK PI SURUH NAJIB JADI GENTELMEN ANWAR AJAK DEBAT PUN TAKUT KAH! KAH! KAH! KALAU NAJIB GENTELMEN PASAI APA TAKUT NAK BERSIHKAN SPR KAH! KAH! KAH! RAIS YATIM TAK TAU KA KALAU PILIHANRAYA RAYA BERSIH BUKAN SAJA 4 NEGERI PR MENANG SEMUA 14 NEGERI DAH LAMA BN TERBUNGKANG KAH! KAH! KAH! MEMANG DASAR ROTI KOSONG ROTI TAK DAK TELOQ TENGOK BERSIH HIMPUN 200,000 ORANG PUN DAH GELABAH KAH! KAH! KAH! Rais gesa Anwar lawan cara 'gentleman' Datuk Seri Anwar Ibrahim patut mempamerkan kepimpinan tanpa menggunakan kekerasan, termasuk demonstrasi bagi mengambil alih pemerintahan dalam pilihan raya umum akan datang, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim. "Ini harus dihentikan, dan saya faham DSAI (Anwar) bukan seorang yang begitu taksub dengan kuasa keras. "Jadi beliau harus tunjukkan kepimpinan beliau. Gentleman's game is the order of the day," kata Rais (atas). Beliau mengulas pandangan Dr Mahathir Mohamad pada 25 Mei bahawa Pakatan Rakyat akan menganjurkan demonstrasi ganas tanpa henti untuk menolak keputusan pilihan raya jika tewas. Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini, Rais berkata, kalaupun tindakan itu diambil, ia tidak bertahan lama berbanding "kewarasan dan bijaksana mengguna idea tanpa mengugut menggunakan kekerasan". Lagipun, tambahnya, kerajaan sudah membuat pelbagai pindaan dan memperkenalkan undang-undang baru yang lebih baik. "Dan kalau mereka terus menyatakan bahawa senarai daftar pemilih kotor dan tidak adil, bagaimana Pulau Pinang boleh menang, bagaimana Kelantan menang, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan, kalau senarai atau sistem memilih kita tidak baik? "Tentu sekali baik, tinggal lagi mereka tak mahu mengakui kebaikan ini oleh kerana mereka ada cara keras untuk menuntut kuasa dan pengaruh.-MK KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Wajar Kalau Umno Malu Dengan Himpunan Hijau Posted: 03 Jun 2012 09:00 PM PDT Timbalan Presiden Umno Udin anak Yassin sekata dan seracun dengan pemimpin Umno lain tentang kejayaan himpunan hijau ke Putrajaya anjuran Pas yang diadakan di Alor Setar, Kedah Jumaat lalu. Sewajarnya kalau Umno jelous dan merasa sakit hati atas kejayaan itu. Dengan jumlah kehadiran lebih 100,000 ahli dan penyokng Pas meletakkan Umno Kedah dalam tertekan kini. Ahli dan penyokong Umno Kedah jadi trauma dengan himpunan berkenaan. Trauma ini akan berterusan sehingga tiba pilihan raya. Kepaduan dan semangat ahli dan penyokong Pas ini dicemburui Umno. Gambaran himpunan itu telah memberi isyarat awal yang Umno Kedah bakal dikafankan dalam pilhan raya akan datang. Kepaduan ahli dan penyokong Pas Kedah yang diharapkan terburai ekoran berlaku krisis dalaman tidak lama lalu mengecewakan Umno. Himpunan itu disamping Pas berjaya meruapkan semangat berpilihan raya sekali gus ia menyerlahkan kekuatan sebenar Pas Kedah. Lebih istimewa himpunan menyatakan hakikat sebenar Pas bahawa parti itu terus mendapat keyakinan dan kepercayaan orang Melayu. Benar, yang hadir berhimpun dan memenuhi stadium Darul Aman itu bukan saja rakyat Kedah. Ia datang dari seluruh negara. Namun tidak dapat dinafikan seluruh rakyat Kedah hadir dan angkanya mencecah 40 hingga 50 ribu. Lantaran itu Umno cuba mencari akal dan helah mempedayakna rakyat kononnya himpunan itu tidak asli dan tulen. Kononnya ia diupah? Cara Umno itu membunuh dirinya sendiri kerana ia cuba menipu diri sendiri dengan sesuatu yang diketahui umum. Jumlah itu tidak mungkin dapat diatasi ataupun disamai oleh Umno Kedah. Kalau sekalipun Umno Kedah mengeluarkan belaja besar, memberi wang sakut RM30 hingga RM100 seorang belum tentu angka seramai itu dapat dikumpulkan di stadium Darul Aman. Usahkan untuk Kedah yang kini Umno berpecah kepada tiga atau empat puak, himpunan sempena ulang tahun Umno ke 66 di stadium Bukit Jalil pun gagal mencapai sasaran untuk mengumpul 100,000 orang. Kalau himpunan peringkat kebangsaan Umno gagal mengumpul jumlah besar apa lagi himpunan peringkat negeri. Kegagalan Umno membuat kejutan dalam mengumpul orang ramai semasa himpunan jutaan belia juga yang telah menghabiskan wang ratusan juta menjadi Umno dua kali ditimpa perasaan malu pada awal tahun ini. Himpunan jutaan belia itu gagal untuk menghimpun belia serentak dengan angka sebesar 100,000. Tetapi Umno terus membohongi rakyat menerusi medianya kononnya 2 juta turut berhimpun dan himpunan itu sejarah terbesar dunia. Apabila Udin anak Yassin menuduh Pas mengumpah orang ramai agar hadir ke himpunan hijau itu, saya tidak rasa pelik bahkan hendak tergelak. Pas sendiri tidak perlu merasa malu dengan tuduhan itu. Kalau pun ia benar tidak ada masalah kerana sebelum Pas berbuat begitu ia sudah menjadi amalan Umno secara tradisi dan bayaran dan beli manusia budaya Umno. Kalau benar begitu masih ada orang terhingin dengan wang ringgit Pas. Berbeza dengan Umno yang mengupah dengan nilai tinggi pun tidak menjamin orang ramai sedia menerima dan sanggup melakukan apa yang Umno suruh.Umno tuinggu masa akan jadi hina dina sajalah bila wangnya tidak ada nilai lagi. Di sini menunjukkan Pas masih ada maruah dan ada nilai diri. Wang yang Pas berikan masih diambil orang. Ini berbeza dengan Umno, walaupun memberi upahan besar tetapi ada orang menolaknya. Di sini kita mencabar Udin anak Yassin dan Umno agar membuat himpunan sama di Alor Setar dalam masa terdekat. Upahlah dengan seberapa banyak, dan angkutlah orang ramai dengan kapal ternag sekali pun. Kita mahu tenguk berapa kerat yang sanggup datang berhimpun menyokong Umno di negeri itu. Cubalah lakukan. msomelayu KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 03 Jun 2012 06:00 PM PDT Barisan Nasional (BN) bersedia untuk menghadapi kemungkinan pembangkang akan mengecam keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) jika kalah dan turun ke jalan-jalan untuk menggulingkan kerajaan dipilih secara demokratik. "Mereka akan mendakwa keputusan pilihan raya sebagai tidak adil, tidak bersih untuk mewujudkan persepsi negatif," kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dilihat mengulangi pandangan diberikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tulisan blognya Apahal mamat ni meroyan ni, dah takut la tu, buat fitnah orang nak gulingkan kerajaan, apa kejadahnya, dah 12 kali la beb pakatan kalah tak pernah pun mengamuk apahal untuk kali ke13 ni nak mengamuk, bodoh punya statment, Ni mesti nak cerita sebaliknya, umno kalah mahu begegar Malaysia ni, kan puak ni mana tahu terima kekalahan, belum kalah pun dah cukup ganas main bangsat, lastik orang, pecahkan kereta orang, simbah cat kat kereta orang, serang anak muda kat dataran, dan macam lagi permainan bangsat, diorang. tu belum kalah baru nampak nak kalah. Bukrti terbaru nampak sangat terdesak terpaksa import kumpulan k-pop untuk mentrabiah anak muda untuk mengisi kekosongan rohani, ikut pendapat kepala hotak sewel mereka. Habis kuliah ustaz kena batalkan bagi laluan k-pop. bayar pulak berjuta-juta. kan sial namannya tu guna duit rakyat sesuka hati mak bapak diorang. Manusia haramjadah atau berotak binatang ni apa kira, berhabis duit rakyat diorang belasah janji hati diorang puas, biar anak muda bertambah sesat jauh dari agama biar senang nak kelentong, semakin jauh dari agama semakin cerah peluang untuk diorang. johorborn KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan