Khamis, 14 Jun 2012

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Benarkah New York Post Sengaja Besar-besarkan Dakwaan Menipu Menantu Najib?

Posted: 14 Jun 2012 06:24 AM PDT


 
 KELAB GREENBOC

Dakwaan bakal menantu PM menipu diperbesar-besarkan'

Laporan terbaru yang mengaitkan bakal menantu perdana menteri, Daniyar Nazarbayev, dengan dakwaan menipu telah diperbesar-besarkan oleh akhbar The New York Post, demikian menurut sumber yang dekat dengan isteri perdana menteri.

Sumber tersebut berkata, dakwaan berhubung warga Kazakhstan itu juga tidak melibatkan keluarga perdana menteri.

"Isu itu telah diperbesar-besarkan. Ia semata-mata melibatkan keluarga di sebelah sana," kata sumber itu lagi yang menambah, pertunangan antara Daniyar dan anak perdana menteri, Nooryana Najwa, tidak terjejas.

Beliau mengulas laporan The New York Post yang mendakwa Daniyar terlibat dalam penipuan.

Dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan mendakwa, Daniyar menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 (RM62 juta).

Sumber berkata, kes berkenaan hanya melibatkan keluarga Daniyar kerana kes tersebut berlangsung di antara ibu Daniyar, Maira Nazarbayev yang bercerai dengan bekas suami, Bolat Nazarbayev.

Bolat merupakan adik kepada presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev.

Cuba gambarkan sanggup menipu & memikat

Sumber itu menyebut, isu tersebut juga tidak boleh diulas lebih panjang kerana masih berlarutan di mahkamah Amerika Syarikat.

Selain dakwaan menipu aset bapa tirinya, dokumen mahkamah itu juga menyebut bahawa Daniyar memalsukan dokumen untuk memasuki Columbia Universiti, di mana beliau bertemu Nooryana.

Daniyar didakwa memalsukan dokumen untuk memberikan gambaran bahawa dia berkelulusan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan, menurut akhbar The New York Post.

Sumber akhbar itu berkata, dia sebenarnya bersekolah di Switzerland dan tidak menamatkan pelajaran.

Sumber Malaysiakini ketika ditemui di satu majlis yang dihadiri isteri perdana menteri pada malam tadi berkata, dakwaan tersebut juga diperbesar-besarkan untuk menggambarkan bahawa Daniyar sanggup menipu untuk masuk ke universiti dan memikat hati anak perdana menteri.

Isteri perdana menteri pada malam tadi menghadiri majlis makan malam dan turut merasmikan NGO Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi.

Majlis di Setiawangsa, Kuala Lumpur itu antara lainnya turut dihadiri Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan. -mk

Ulasan GB

Dapat bakal menantu yang penipu dan penyangak pun masih kata isu itu dibesar-besarkan?

Walaupun ia berlaku di keluarga "sebelah sana" tetapi bukan keluarga disebelah sana itu bakal menjadi besan "sebelah sini"?

Ada banyak persamaan sebenarnya diantara sebelah sana dengan sebelah sini.

Itu sebab sebelum ini GB petik ungkapan Abdul Wahub di dalam Tiga Abdul... "dah kenah dah... penyangak dengan penyamun..." Birds of the same feather flock together

Dan satu lagi hal mengenai penipuan Daniyar memalsukan dokumen untuk memasuki Columbia Universiti, hal tersebut memang ada juga di keluarga sebelah sini.

Menantu Rosmah yang bernama (Dr) Fazley Yaakob pernah menggemparkan negara kerana penyanyi itu dikatakan mempunyai Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) palsu dalam bidang pentadbiran perniagaan. Baca SINI.

Apabila Rosmah satu ketika dikritik hebat oleh rakyat kerana berbelanja besar di Australia, ditambah dengan isu cincin dan beg tangan, Rosmah tiba-tiba mendappat anugerah doktor kehormat dari Universiti Curtin.

Satu keluarga nampaknya memiliki ijazah-ijazah beli dan kini tambah seorang lagi dari Kazakhstan yang dapat ijazah dengan penipuan.

Hmm... New York Post dikatakan sengaja besar-besar isu penipuan Daniyar. Najib dan isterinya Rosmah memandang isu itu kecil dan ia tidak menjejaskan pertunangan anaknya dengan si penipu itu. Mungkin keluarga Najib sedang menanti isu yang lebih besar yang akan dibongkar barulah beliau akan mengaku dan akur.

Kalau begitu kehendak Najib dan Rosmah, kita sama-sama doakan biar ia jadi kenyataan.

Mengapa masih merah: Masa hadapan masyarakat India diperjudikan?

Posted: 14 Jun 2012 06:19 AM PDT

 KPRU


Jumlah penduduk etnik India pada tahun 2010 terdiri daripada 7.3% daripada 28.3 juta, akan tetapi pada masa yang sama etnik India mempunyai kadar enrolmen pelajar yang paling rendah dan kadar penggangguran yang paling tinggi.  Situasi ini menggambarkan betapa genting keadaan kumpulan etnik India dalam negara.  Kumpulan etnik India juga memghadapi masalah terlibat dalam jenayah yang tinggi berbanding kumpulan etnik yang lain.

Jadual 1: Populasi Mengikut Etnik Di Malaysia2010<1>
Hak dan situasi kumpulan etnik India menjadi topik perbualan panas di kalangan masyarakat India, terutamanya mengenai hak kewarganegaraan dan pendidikan masyarakat India.

Baru-baru ini, Malaysian Indian Voice (MIV) memberi ikrar bahawa MIV akan bekerja keras membantu Pakatan Rakyat (Pakatan) untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) agar gabungan parti itu dapat membela nasib etnik India.<2> Nasib etnik India di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) telah menyebabkan jurang perkauman yang bersifatkan diskriminasi sistematik yang ketara di antara kumpulan etnik utama negara di samping jurang keadilan saksama dalam etnik yang sama juga semakin besar menyebabkan kehidupan kumpulan etnik India sebagai minoriti semakin nyata dan ketara.  Kerajaan BN telah melancarkan polisi-polisi negara yang seringkali mengabaikan hak dan keperluan serta kehendak kewujudan kumpulan etnik India.  Sering kali golongan ini tercicir dalam dasar-dasar pembangunan kerajaan BN.

Pada April yang lalu, Perdana Menteri Najib Razak menggesa masyarakat India meletakkan "Nambikai" (kepercayaan) dan harapan pada kerajaan agar perkongsian kumpulan etnik India dan kerajaan dapat menghasilkan sesuatu yang positif dan konkrit ke arah membina sebuah wawasan untuk masa depan mereka.  Kenyataan Perdana Menteri mencerminkan kegagalan objektif penubuhan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Hal Ehwal Masyarakat India (Jawantankuasa Khas) selepas PRU-12.  Selepas mengalami tamparan besar daripada masyarakat India ketika PRU-12,  Kerajaan BN berusaha sedaya upaya untuk mengambil hati kumpulan etnik India.  Jawantankuasa Khas tersebut pada mulanya dipengerusikan oleh Najib untuk mencerminkan imej beliau sebagai peminpin yang demokrasi, bebas, berpandang jauh dan berwawasan, di mana beliau berjuang untuk kumpulan etnik india membangun bersama-sama etnik yang lain. <3> Akan tetapi, ia dapat dilihat bahawa, itu hanyalah sebuah retorik pada pihak beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Penubuhan Jawatankuasa Khas menunjukkan usaha kerajaan Najib untuk menangani masalah etnik India, Presiden Malaysian Indian Congress (MIC) juga telah mengutarakan beberapa isu sosial, ekonomi dan pendidikan membabitkan kumpulan etnik India yang telah berlanjutan dengan sekian lamanya dan mengalami penangguhan, kini selesai hasil campur tangan Perdana Menteri.<4> Namun begitu, Najib yang memperjuangkan konsep kesederhanaan atau wasatiyyah, tiba-tiba menggunakan perkataan "Nambikai" kepada masyarakat India.  Ini terbukti bahawa masyarakat India di negara kita telah hilang "Nambikai" terhadap MIC dan Barisan Nasional.  Selepas empat tahun, masyarakat india menyedari dan melihat Jawatankuasa Khas tersebut sebagai retorik, dilancarkan untuk mempromosi imej Najib. 

Kekecewaan masyarakat India di bawah pemerintahan BN termasuk pengalaman bahawa kerajaan selama-lamanya tidak serius dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh etnik India, termasuk masalah kewarganegaraan, pendidikan, kemisikinan.  Mereka berlakon seolah-olah tidak nampak masalah sebenar yang dihadapi oleh masyarakat India di negara ini.  Disebabkan pengabaian kerajaan BN, telah menyebabkan etnik India menghadapi pelbagai tekanan hidup sosio-ekonomi selama semenjak negar berada di bawah pemerintahan kerajaan BN.

Kerajaan BN ulangi muslihat PRU-12

Baru-baru ini, Pengerusi MIC mengumumkan bahawa Najib akan mempengerusikan persidangan rundingan meja bulat inisiatif memperkasakan ekonomi masyarakat India sekitar lewat Jun atau awal Julai tahun ini.  Dalam persidangan ini, Najib akan melakukan sesi percambahan fikiran dengan kira-kira 100 profesional dalam agensi kerajaan dan swasta bagi merumuskan pelan tindakan jangka sederhana dan panjang untuk meningkatkan status sosio-ekonomi etnik India.<5> Menjejaki langkah PRU-13 yang semakin hampir, persidangan ini dilihat sebagai muslihat Kerajaan BN yang selama ini mengabaikan masalah masyarakat India, bertujuan untuk mengambil hati pengundi India dengan harapan undi India mudah diperolehi.

Undi masyarakat India selamanya disifatkan sebagai "deposit selamat" kerajaan BN dan MIC dalam setiap pilihan raya umum yang biasanya mencacatkan peratusan sokongan sehingga 80% hingga 85% telah gagal dipertahankan pada PRU ke-12 sehingga tersungkur sebanyak 47%, umpamanya bekas Presiden MIC S. Samy Vellu yang gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Siput yang diwakilinya sejak tahun 1974, setelah dikalahkan oleh Dr Michael Jayakumar Devaraj (gambar kanan) atau lebih dkenali sebagai Dr Kumar di bawah payung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) semasa PRU-12.  Kawasan tersebut memiliki 23% pengundi India.  Keadaan ini memaksa BN mula memberi perhatian kepada tuntutan-tuntutan masyarakat India.

Walaupun etnik India merupakan minoriti di dalam negara ini, namun berikutan kekuatan Pakatan kini setanding dengan kekuatan BN, setiap undi akan menjadi undi penting khususnya undi masyarakat India yang dikatakan boleh menentukan kemenangan calon-calon yang bertanding di hampir 60 kawasan parlimen nanti.<6>

Jadual 2:Statistik KPRU: Pengundi Pendaftaran Baru Dan Pecahan Berdasarkan Etnik Pada Tahun 2008 - 2011<7>

Jadual 2 dibina oleh badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berdasarkan statistik yang dibekalkan dalam jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong semasa persidangan Dewan Negara pada 25 April 2012, bahawa seramai 2,270,002 pengundi baru didaftarkan dari tahun 2008 hingga tahun 2011.  Pengundi etnik India baru tidak melebihi 10% dari tahun 2008 hingga tahun 2011, agak selari dengan populasi kumpulan etnik India di negara ini yang juga tidak melebihi 10%.  Oleh itu, jumlah bilangan sebenar pengundi pendaftar baru tidak boleh dipandang rendah.

Status Kewarganegaraan Impian Masyarakat India

Walaupun negara sudah merdeka melebihi setengah abad, sebahagian masyarakat India  masih gagal untuk menyelesaikan masalah kad pengenalan merah.  Menurut kenyataan Naib Presiden KEADILAN, N Surendran, sekurang-kurangnya 300,000 masyarakat India yang lahir di negara ini hanya memiliki kad pengenalan merah atau hijau atau langsung tiada apa-apa dokumen pengenalan diri.<8>

Seperti yang umum sedia maklum, kad pengenalan merah adalah untuk pemastautin tetap.  Warganegara Malaysia memiliki kad pengenalan biru (Mykad).  Pemegang kad pengenalan merah tidak mempunyai hak memilik harta, tidak dapat rawatan percuma di hospital, tidak dapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, tidak dapat mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan banyak lagi manfaat yang dberikan kepada warganegara.

Pada tahun lepas, Kerajaan BN melancarkan Program MyDaftar Masyarakat India pada 19 hingga 26 Febuari 2011.  Program ini diadakan khusus untuk mengenalpasti jumlah sebenar masyarakat India yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan juga membantu masyarakat India yang menghadapi masalah berkaitan pendaftaran Sijil Kelahiran, Kad Pengenalan, Kewarganegaraan dan juga Pendaftaran Perkahwinan dan Perceraian.

Program ini hanya berlangsung selama 8 hari, justeru hanya boleh menangani sebahagian kecil masalah yang dihadapi oleh masyarakat India.  Pencapaian program ini tidak memuaskan.

Jadual 3 menunjukkan bahawa walaupun borang yang keluar mencapai 14,835, tetapi sehingga tamat program, hanya 9,528 borang (64.2 peratus) telah dikembalikan semula untuk diproses.

Jadual 3: Statistik KPRU: Perbezaan Antara Borang Keluar Dan Kembali
Sumber: KDN, dikemas oleh KPRU.
 
Jadual 4 menunjukkan dalam jumlah 9,528 borang ini, pemohonan yang paling tinggi merupakan permohonan taraf kewarganegaraan, sebanyak 6,527, iaitu 68.5%; 1,778 kes daftar lewat kelahiran (tidak mempunyai dokumen Sijil Kelahiran), iaitu 18.7%; 913 permohonan kad pengenalan, iaitu 9.6%; 222 permohonan untuk perkahwinan, iaitu 2.3% dan 88 permohonan pindaan maklumat dalam sijil lahir iaitu 0.9%.

Jadual 4: Statistik KPRU: Jenis Permintaan Masyarakat India
Sumber: KDN, dikemaskini oleh KPRU.


Disebabkan kegagalan program MyDaftar Masyarakat India, etnik india yang tidak mengetahui program ini atau tidak sempat menyertai program ini masih dalam jumlah yang tinggi.  Pada 20 Mei 2012, sebuah kumpulan etnik India mengadakan perhimpunan aman di hadapan Jabatan Pendaftaran Kulim, selepas ia diketahui birokrasi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melambatkan proses mendapatkan IC biru dah mengesahkan masyarakat India sebagai warganegara Malaysia.<9>

Suatu lagi perhimpunan aman telah diadakan pada 19 April 2012 di hadapan pintu masuk Parlimen.  Lebih kurang 100 orang kumpulan etnik India berhimpun bagi menuntut hak mereka agar diberikan status kewarganegaraan..<10> Masalah seperti ini merupakan masalah yang serius melibatkan warga emas etnik India yang telah menetap di negara ini melebih setengah abad selepas merdeka tetapi sehingga sekarang masih memegang kad pengenalan merah. 

Berdasarkan kepada pertanyaan lisan Dewan Negara bertarikh 8 Mei 2012, bilangan terkini pemegang Kad Pengenalan Merah sehingga 31 Mac 2012 adalah seramai 298,795 orang.  Oleh sebab Kementerian tidak merekodkan pecahan etnik bagi pemegang Kad Pengenalan Merah, Jadual 5 hanya menunjukkan pecahan Kad Pengenalan Merah mengikut negara asal seperti berikut:

Jadual 5: Bilangan Pemegang Kad Pengenalan Merah Berdasarkan Negara Asal<11>

Jadual 5 menunjukkan sebanyak 55,758 berlahir di Malaysia masih memegang kad pengenalan merah.  Apabila diambil kira pecahan etnik di negara ini, etnik India dipercayai mengambil bahagian yang besar dalam jumlah ini.

Pendidikan Perkauman, Suatu Diskriminasi Oleh Kerajaan BN

Selain isu IC merah, pendidikan adalah isu penting yang dipandang berat oleh masyarakat India.  80% daripada 523 buah sekolah Tamil berada dalam keadaan usang dengan tiadanya latihan sukan, tempat rekreasi, komputer, perpustakaan dan lain-lain kemudahan yang diberikan kepada Sekolah Kebangsaan.<12> Manakala 99% daripada sekolah Tamil tidak mempunyai taska berbanding dengan 99% sekolah kebangsaan yang mempunyai taska.<13>

Pada tahun 1957,<14> terdapat 880 buah sekolah Tamil manakala pada tahun 2011, ia telah dicatatkan bahawa terdapat hanya 523<15> buah sekolah Tamil.  Dalam 523 buah sekolah ini, hanya 154 buah sekolah Tamil diberikan bantuan kewangan sepenuhnya dari kerajaan, manakala 369 buah sekolah diberikan separa bantuan.  Sekolah Tamil terbesar dalam negara ialah Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Simpang Lima, Klang mempunyai 2407 orang pelajar.

Akan tetapi pada yang sama, terdapat 159<16> buah sekolah Tamil yang mempunyai kadar enrolmen yang sangat rendah; iaitu kurang daripada 50 orang pelajar. Pecahan tersebut dapat dilihat seperti ini. Di 13 buah sekolah, terdapat kurang daripada 10 orang pelajar. Di 56 buah sekolah, terdapat kurang daripada 25 orang pelajar manakala di 90 buah sekolah terdapat kurang daripada 50 orang pelajar.  Walaupun negara ini mempunyai 108, 000 pelajar masih belajar dalam sekolah Tamil akan tetapi pada masa yang sama, secara purata, hanya 201 orang pelajar yang sedang belajar dalam satu sekolah.<17> Hal ini dinayatakan dalam sebuah laporan Suhakam<18>, yang melaporkan 60.6% sekolah Tamil mengalami keadaan kekurangan enrolmen yang tinggi berbanding sekolah Cina 38.2% dan sekolah Kebangsaan 25.2%.

Seksyen 28 United Nations Convention on the Rights of the Child menyatakan

(1) States Parties recognize the right of the child to education, and with a view to achieving this right progressively and on the basis of equal opportunity, they shall, in particular:

(a) Make primary education compulsory and available free to all;


Kerajaan telah menerima Konvensyen pada 12 April 2012<19> manakala menurut Seksyen 29A Akta Pelajaran 1996<20> menyatakan

(2) Every parent who is a Malaysian citizen residing in Malaysia shall ensure that if his child has attained the age of six years on the first day of January of the current school year that child is enrolled as a pupil in a primary school in that year and remains a pupil in a primary school for the duration of the compulsory education

(3) A parent who contravenes subsection (2) shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding six months or to both.


Peruntukan tersebut menyatakan bahawa pelajaran di sekolah rendah merupakan suatu kewajipan dan setiap ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka menghadiri sesi pelajaran di sekolah.  Kegagalan ibu bapa untuk memerhatikan peruntukan tersebut akan menyebabkan ibu bapa tersebut dihukum di bawah peruntukan tersebut.  Lantas, ia merupakan tugas kerajaan pusat untuk memastikan tiada kanak-kanak yang tertinggal dalam pembelajaran mereka.  Konvensyen United Nations telah menyediakan peruntukan bahawa setiap kanak-kanak harus diberikan pelajaran dan pelajaran tersebut hendaklah pelajaran percuma.  Tetapi apa yang nyata berlaku bagi kumpulan etnik India ialah kepentingan untuk mendapat pelajaran tidak dibela di bawah kerajaan BN.

Kes terkini<21> kumpulan etnik India dinafikan hak mereka sebagai rakyat sah Malaysia melibatkan tiga orang pelajar kumpulan etnik India tidak diberikan hak untuk belajar apabila JPN menghalang hak mereka untuk menerima sijil lahir dan kad pengenalan walaupun mereka lahir dalam negara dan ibu bapa mereka adalah warganegara negara.  Manakala dua orang anak yatim kumpulan etnik India telah diberikan surat lahir tidak berguna dari kempen My Daftar MIC.  Dokumen tersebut adalah tidak berguna kerana dokumen tersebut tidak boleh dipakai untuk membenarkan dua pelajar tersebut untuk menghadiri sesi persekolahan.  Kerajaan BN juga telah menafikan jumlah 300,000<22> kumpulan etnik India adalah tidak berwarganegara akan tetapi pada masa yang sama, gagal untuk berikan jumlah yang tepat untuk membendung situasi ini.

Situasi ini bertambah kritikal apabila "peruntukan" sebanyak RM 340 juta<23> Kerajaan Najib tetap tidak membawa perbezaan bermakna kepada sekolah-sekolah jenis aliran tamil dalam negara.  Contoh utama ialah Sekolah Jalan Tajol Tamil sehingga kini masih tidak mempunyai kantin, padang sekolah mahupun tandas berfungsi walaupun telah diberikan peruntukan.  Sekolah Tamil St Helier<24>, Bahau pula telah disahkan tidak selamat oleh Menteri Kerja Raya akan tetapi, sehingga kini tiada apa-apa yang telah dilakukan oleh mana-mana pihak untuk membaiki situasi tersebut.

Jadual 6 di bawah menunjukkan bahawa pelajar etnik India mmpunyai kadar enrolmen ke dalam universiti awam dalam negara.  Pada tahun 2010, hanya 2.5% pelajar kumpulan etnik India yang berjaya mendaftarkan diri ke dalam universiti awam dalam negara.  Ini menonjolkan suatu kebimbangan kerana ia mendapati kumpulan etnik India adalah ke belakang dari kumpulan-kumpulan etnik yang terbesar dalam negara iaitu etnik Melayu dan etnik Cina.

Jadual 6: Peratus Enrolmen Pelajar Dalam Universiti Awam di Malaysia<25>


Pada bulan April yang lalu<26>, sekumpulan individu terdiri daripada kumpulan etnik India telah mengadakan mogok lapar bagi memberi tekanan kepada MIC untuk mengembalikan tanah yang telah diperuntukkan untuk pembinaan Sekolah Tamil Effingham.  Ini berikutan selepas pada tahun 2007, seorang ahli PIBG membuat laporan mendakwa tanah seluas tiga ekar diambil daripada mereka untuk pembangunan sekolah tersebut telah dipindahkan kepada MIC.  Semenjak itu, orang ramai dan PIBG telah berkempan untuk memulangkan tanah itu untuk mendirikan sekolah tersebut.  Ini menunjukkan bahawa Kerajaan BN gagal dalam mempertahankan nasib pelajar kumpulan etnik India dalam mendapatkan keadilan dan kesamaan pelajaran.  Ia juga menonjolkan bahawa kemelut yang dihadapi oleh kumpulan etnik India di anak-tirikan oleh Kerajaan BN dan seharusnya semua kumpulan etnik dalam negara berhak mendapatkan hak belajar yang saksama dan adil dan bukannya menganak-tirikan mana-mana kumpulan etnik.

Jadual 7 di bawah menunjukkan bahawa pendaftaran kursus oleh pelajar kumpulan etnik India mempunyai peratus yang paling rendah berbanding kumpulan etnik lain dalam semua kursus yang dinyatakan di atas.  Peratus paling rendah adalah dalam pendaftaran kursus pergigian iaitu hanya sebanyak 42.3% pelajar kumpulan etnik India berdaftar.  Kursus Farmasi melihatkan hanya 72.5% pendaftaran dari kumpulan etnik India.  Ketiga terendah ialah pendaftaran kursus perakaunan iaitu hanya sebanyak 182.2% pendaftaran dari pelajar kumpulan etnik India.  Pendaftaran kursus paling tinggi ialah pendaftaran kursus perundangan iaitu sebanyak 3710.1% namun ia tidak dapat menandingi jumlah pendaftaran dari kumpulan etnik Bumiputera iaitu seramai 22.160.2% dan 10528.6% dari kumpulan etnik Cina.

Jadual 7: Pendaftaran Kursus Pengajian Tinggi Menurut Kumpulan Etnik<27>

Penutup Kata

Masyarakat India mengalami diskriminasi secara sistematik di bawah pemerintahan Kerajaan BN terutamanya dari segi kewarganegaraan dan pendidikan.  Kehendak kumpulan etnik India untuk mendapatkan kewarganegaraan walaupun mereka lahir dalam negara sebelum dan selepas kemerdekaan mencerminkan kegagalan kerajaan BN dan slogan 1Malaysia janaan kerajaan BN.

Oleh itu, ia adalah sangat penting bagi masyarakat India untuk mendapatkan kembali hak mereka sebagai warganegara di bawah kerajaan Pakatan kerana ia sudah terbukti begitu lama bahawa hak, keperluan dan kehendak masyarakat India tiada dalam agenda penting dan dasar Kerajaan BN.  Apabila Pakatan memegang tampuk pemerintahan pada peringkat persekutuan nanti, pendekatan berlainan harus diambil. Pendekatan kaum yang dipraktikkan oleh Kerajaan BN penuh dengan diskriminasi dan hanya membawa lebih banyak masalah.

*Rujukan
<1>http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=1215%3Apopulation-distribution-and-basic-demographic-characteristic-report-population-and-housing-census-malaysia-2010-updated-2972011&catid=130%3Apopulation-distribution-and-basic-demographic-characteristic-report-population-and-housing-census-malaysia-2010⟨=en
<2> http://malaysiakini.com/news/199184
<3> http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/3/18/mstar_berita/20120317215749&sec=mstar_berita
<4>http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/9/29/mstar_berita/20090929125445&sec=mstar_berita
<5> http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-pengerusikan-rundingan-meja-bulat-ekonomi-masyarakat-india/
<6> http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=News&file=print&sid=14111
<7> http://web7.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=661626
<8> http://www.keadilandaily.com/300000-keturunan-india-lahir-di-malaysia-diketepi-dari-kad-pengenalan-biru/
<9> http://hidupharapan.blogspot.com/2012/05/demontrasi-aman-di-jpn-kulim.html
<10> http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9695-lahir-di-malaysia-tapi-tak-dapat-warganegara
<11> http://rama4change.wordpress.com/2012/05/11/dewan-negara-sesi-april-mei-2012-pemegang-kad-pengenalan-merah-pr/
<12> http://www.southasiaanalysis.org/%5Cpapers43%5Cpaper4212.html
<13> http://malaysianindiantoday.wordpress.com/malaysian-indians-plight-a-fact-file/
<14> http://www.myindians.com/TamilSchools.aspx
<15> http://www.myindians.com/TamilSchools.aspx
<16> ibid
<17> http://www.myindians.com/TamilSchools.aspx
<18> http://www.suhakam.org.my/c/document_library/get_file?p_l_id=24206&folderId=30507&name=DLFE-2116.pdf
<19> http://treaties.un.org/pages/ViewDetails.aspx?src=IND&mtdsg_no=IV-11-c&chapter=4⟨=en#EndDec
<20> http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%2011/Act%20550.pdf
<21> http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/06/01/sorry-no-mykad-no-school/
<22> http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/06/01/sorry-no-mykad-no-school/
<23> http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2012/02/millions-spent-on-tamil-schools-really.html
<24> ibid
<25> http://www.humanrightspartymalaysia.com/2012/05/26/indians-in-1-malay-sia-will-be-neglected-from-the-mainstream-education-and-development-systematically-segregation-by-umno-regime-kuala-lumpur-post/
<26> http://national-express-malaysia.blogspot.com/2012/05/hunger-strike-for-effingham-tamil.html
<27> http://www.humanrightspartymalaysia.com/2012/05/26/indians-in-1-malay-sia-will-be-neglected-from-the-mainstream-education-and-development-systematically-segregation-by-umno-regime-kuala-lumpur-post/

**Teks penuh dengan jadul boleh dirujuk di laman KPRU.

***Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU – Political Studies for Change) merupakan sebuah pusat kajian yang baru dan kritikal.  KPRU ditubuhkan pada era pasca 8 Mac dengan tujuan membawa idea perubahan kepada rakyat Malaysia melalui kajian dan sesi dialog.

KPRU memberikan fokus kepada kajian terhadap bidang ekonomi politik dan sektor strategik yang dapat membawa impak jangka masa panjang kepada masyarakat. Dengan penerapan idea baru dan interaksi dengan pelbagai pihak berkepentingan, kajian KPRU diyakini akan membawa pemikiran dan wacana segar untuk menghadapi cabaran negara dalam dekad yang akan datang.

'Umno! tunggu saya di Johor' - Salahuddin

Posted: 14 Jun 2012 06:09 AM PDT

Nazri Abdullah,
BANGI: Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub (gambar) berkata, beliau tidak akan berganjak dengan keputusannya untuk balik bertanding di negeri kelahirannya di Johor pada pilihan raya akan datang.

Menurutnya, biarpun Umno mendakwa ianya sebagai 'tindakan bunuh diri', namun demi perjuangan katanya, beliau tidak akan berpatah balik.

"Siapa terbunuh, siapa dibunuh, tunggu saya di Johor," tegasnya yang juga Naib Presiden PAS.

Beliau berkata demikian ketika berceramah di Kompleks Sukan Seksyen 15, Bandar Baru Bangi malam tadi.

Selepas beliau mengumumkan akan balik bertanding di Johor, banyak pihak khususnya rakyat negeri itu menerima baik kepulangan beliau ke negeri itu.

Ianya sekaligus menggusarkan Umno apatah lagi dengan desas-desus beliau akan dicalon sebagai menteri besar jika Pakatan berjaya di negeri itu.

Dan terbaru ada yang mengatakan beliau ibarat membunuh diri kerana kerusinya di Kubang Kerian dilihat kerusi selamat untuk beliau.

Mengulas perkara itu, Salahuddin menujukan pantun berikut kepada Umno.

"Buah Salak masak sepiring, dibawa orang dalam perahu, seekor si jalak seekor si biring, ayuh bertarung kalah menang belum tahu.

"Limau Bantan masak di tingkap, budak-budak melempar tempurung, harimau di hutan sedang kita tangkap, inikan pula cicak mengkarung," katanya.

Sementara itu turut berceramah malam tadi adalah Yang Dipertua PAS Putrajaya Mohd Nazir Zakaria, Ahli Parlimen Jerai Mohd Firdaus Jaafar dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi yang menyertai PAS, Prof Datuk Dr Nik Mohd Zain.

Hadir juga malam tadi Adun Bangi Dr Shafie Abu Bakar dan bekas penyanyi dangdut Iwan yang turut menyampaikan empat buah lagu dakwahnya.

Kenyataan Ismail Sabri baik tetapi tidak berlaku lagi

Posted: 14 Jun 2012 06:02 AM PDT

Harakahdaily,
KUALA LUMPUR: Kenyataan  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memperingatkan pemimpin UMNO supaya tidak memperjuangkan kelompok tertentu atau krooni sahaja sebaliknya berjuang untuk semua rakyat sudah tidak berlaku lagi.

Bahkan, ia berlaku sebaliknya, kata bekas Menteri Penerangan yang kini menjadi Presiden Protem Parti Ikatan Bangsa Malaysia, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil (gambar).

"Walaupun terdapat kenyataan-kenyataan yang dibuat dari semasa ke semasa untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa tetapi apa yang sedang berlaku adalah sebaliknya.

"Semua dapat melihat dan faham keadaan ini dan ini menjadi perbualan rata-rata. Keadaan ini jelas semakin hari semakin buruk.

"Oleh itu rakyat sememangnya berhak untuk merasa kecewa dan terdesak untuk bertindak," kata Kadir dalam satu kenyataannya hari ini.

Dalam kenyataannya, Kadir berkata,dia  tertarik dengan kenyataan terbuka yang dibuat oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memperingatkan pemimpin UMNO disemua peringkat supaya tidak memperjuangkan kelompok tertentu atau krooni sahaja sebaliknya berjuang untuk semua rakyat.

"Saya mengalu-alukan kenyataan berani ini yang dibuat bukan sahaja oleh seorang Ahli Majlis Tertinggi tetapi juga seorang Menteri penuh.

"Percayalah, perasaan yang sama juga ada kepada ratusan ribu ahli-ahli UMNO, pemimpin-pemimpin UMNO disemua peringkat termasuk juga ramai orang kenamaan lain dan ramai bekas Menteri," kata Kadir.

Menurut beliau, di antara cara-cara yang dipilih ini adalah menerusi kontrak-kontrak perundingan terus dan juga projek penswastaan.

Namun, katanya, dalam sistem kontrak tawaran terbuka pun ada cara-caranya untuk memenangi tawaran dari syarikat-syarikat nominee atau kroni pihak-pihak yang berkuasa.

"Akibatnya rakyat telah kerugian berpuluh-puluh billion ringgit disebabkan penipuan, ketirisan dan pembaziran," tambah beliau.

Menurutnya juga, projek-projek tertentu dan projek penswastaan sengaja diada-adakan dan mendapat kelulusan sedangkan projek-projek ini dari segi keutamaan tidaklah begitu penting atau diperlukan.

Saya sokong PAS kerana Islam - Aishah

Posted: 14 Jun 2012 05:57 AM PDT

Salmah Mat Husain Foto: Rizal Tahir,   
TUMPAT: Selagi perjuangan Islam yang didokongi PAS tetap berlandaskan syariat dan hadis, beliau tetap akan memberikan sokongan terhadap parti yang memperjuangkan Islam itu.

Wan Aishah Wan Ariffin atau nama glamournya Aishah (gambar), artis kesayangan ramai yang baru menyertai PAS baru-baru ini berkata demikian ketika ditanya oleh salah seorang peserta yang ingin mengetahui tindakannya menyertai parti itu baru-baru ini ingin bergiat politik pula.

Menurut Aishah, beliau berhasrat untuk menyertai parti itu secara senyap, bagaimanapun tidak menjadi mungkin kerana beliau seorang artis.

"Tapi apa yang saya lakukan ini adalah untuk kebaikan diri saya sendiri serta dua orang anak-anak saya.

"Prinsip saya mudah, saya akan menolak mana-mana yang tak betul, perjuangan sekular, banyak kemungkaran yang berlaku di hadapan kita yang wajib kita tentang,"ujarnya.

Menurutnya, pengalaman hidupnya membuatkan beliau tercari-cari hala tuju kehidupan sebenar.

Beliau juga turut menolak akan aktif dalam politik, Cuma mengambil kesempatan untuk memberi pandangan sebagai seorang artis berhubung pandangannya sebagai seorang artis terhadap perjuangan Islam.

"Pengalaman yang berlaku selama ini boleh kita membawanya ke pentas untuk dikongsi bersama masyarakat, tidak ada salahnya asalkan ianya baik untuk Islam,"ujarnya.

Terdahulu beliau menyeru golongan pendakwah tidak terus membiarkan golongan dibelakang tabir seperti komposer, penulis lirik, pemuzik dan sebagainya agar mereka tidak lari dari landasan Islam sebenar.

Ustaz Yahya Othman meninggal dunia

Posted: 14 Jun 2012 05:54 AM PDT

Harakahdaily,

MACHANG: PAS hari ini kehilangan murabbi dan juga tokoh dakwah yang disegani, Datuk Ustaz Yahya Othman yang meninggal dunia kira-kira jam 6.15 petang tadi di kediamannya di sini.

Menyorot latar belakang beliau, ketika dalam parti, Allahyarham merupakan bekas ahli Majlis Syura Ulama' (pernah jadi setiausahanya yang pertama) selain pernah menjadi AJK PAS Pusat dan AJK Dewan Ulama' PAS Pusat.

Beliau juga pernah menjawat jawatan YDP PAS Machang selama tempoh lebih kurang 20 tahun.

Di dalam kerjayanya pula, beliau pernah menjadi pensyarah dan Timbalan Pengetua Nilam Puri Kelantan sebelum bertanding dalam pilihanraya tahun 1978.

Pada pilihan raya 1990 beliau menang bertanding dan diamanahkan menjawat jawatan EXCO DUN Negeri Kelantan.

Beliau juga seorang pendidik yang gigih dan merupakan Pengasas Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Putra (Kias), pengasas Maahad Dakwah wa Imamah, pengasas dan pengarah Institut al-Nur dan lain-lain lagi.

Beliau banyak menghasilkan kertas-kertas kerja dalam sektor tarbiyah Islamiyyah. Antara karyanya yang popular dan sentiasa dijadikan rujukan oleh sekalian ahli-ahli PAS yang beristiqamah dalam aktiviti-aktiviti parti ialah; Amal Jamai (Pengertian dan Tuntutannya) dan juga Himpunan Kertas Kerja Tarbiyah.
PAS sebelum ini menobatkan beliau sebagai Murabbi PAS sepanjang zaman.

Difahamkan solat jenazah akan diadakan di kediaman beliau jam 9 pagi esok.

Noh akhirnya mengaku struktur semula air jalan terbaik

Posted: 14 Jun 2012 05:47 AM PDT

 
Kekurangan rezab air terawat yang kini dikatakan sekitar 2.4 peratus adalah kerana ketidakupayaan Syabas dan Puncak Niaga menguruskan rawatan air bersih.




PETALING JAYA: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Dato' Seri Noh Omar akhirnya mengaku bahawa masalah sebenar air di Selangor kerana keengganan syarikat-syarikat konsesi menerima tawaran kerajaan negeri untuk menstruktur semula perkhidmatan air.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin memberitahu perkara ini dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, Noh secara tidak langsung mengakui bahawa isu air di Selangor hanya akan selesai jika kerajaan negeri dibenarkan untuk menstruktur semula bekalan air yang akan memberi perkhidmatan lebih berkualiti, cekap dan pada harga munasabah kepada pengguna di Lembah Klang.

Menurut Faekah, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu telah sedar bahawa kekurangan rezab air terawat yang kini dikatakan sekitar 2.4 peratus adalah kerana ketidakupayaan Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor) dan Puncak Niaga menguruskan rawatan air bersih seperti yang dipersetujui dalam perjanjian konsesi.

Ujarnya, "kita amat menghargai keprihatinan Noh yang mengakui penstrukturan semula ini menjadi jalan buntu kerana syarikat konsesi enggan menerima tawaran kerajaan Selangor. Namun begitu, kita mempunyai beberapa persoalan yang perlu dijawab oleh Noh."

"Adakah Noh tahu perjanjian konsesi ini melibatkan tiga pihak di mana Kerajaan Pusat turut terlibat?," soal beliau.

Beliau menyoal lagi, "sebagai Menteri Kabinet dari Selangor, apakah yang telah beliau lakukan untuk memujuk kerajaan Pusat membenarkan penstrukturan semula ini diselesaikan seperti yang dikehendaki Akta Industri Pembekalan Air 2006 (WSIA).

"Adakah Noh tahu Kerajaan Selangor menawarkan keuntungan 12 peratus kepada syarikat-syarikat konsesi bagi tujuan pengambilalihan ini yang menepati piawaian antarabangsa?

"Jika Noh tahu tentang perkara ini, adakah ini bermakna beliau setuju dengan permintaan Syabas dan Puncak Niaga yang meminta keuntungan sehingga 75% (untuk pengambilalihan) dan akhirnya rakyat terbeban dengan kenaikan tariff air.

"Adakah Noh berani untuk mengakui beliau lebih mengutamakan kepentingan Syabas dan Puncak Niaga berbanding kebajikan rakyat?

Adakah beliau mempunyai sebarang kepentingan atau bersekongkol dengan dua syarikat konsesi ini?," tanya beliau lagi.

Kerajaan Pusat pada Januari 2008 telah bersetuju untuk membenarkan kerajaan Selangor mengambil alih perkhidmatan air tetapi telah membuat 'U-turn' (mungkir janji) selepas Umno-Barisan Nasional (BN) kalah pilihan raya umum 2008.

Tebusan politik
 
Menurut Faekah, dalam isu PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional), Umno juga telah membuat 'U-turn' tidak sampai 24 jam dengan menjadikan pelajar-pelajar baharu Universiti Selangor (Unisel) sebagai tebusan politik.

"Noh juga membuat kenyataan 'merepek' (karut) apabila mendakwa pembekuan pinjaman PTPTN dirancang lebih awal oleh kerajaan Selangor," katanya.

Tegas beliau, "kerajaan Selangor tidak akan sesekali memperjudikan masa depan generasi muda demi menjamin kelangsungan politik."

Malah kerajaan Selangor katanya, tidak perlu pun membuat begitu lantaran sokongan padu rakyat terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang mempunyai pemimpin yang bersih dari skandal lembu atau Scorpene.

"Kita mengaku kewangan Unisel tidak membanggakan kerana menanggung beban hutang yang diwarisi dari kerajaan Umno-BN yang lemah dalam mengurus pembinaan sebuah universiti kerana mengutamakan kroni," jelas beliau.

Menurutnya lagi, Kuis (Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor) adalah contoh terbaik bagaimana pemimpin Umno-BN memperalat pendidikan untuk anak-anak muda sebagai jalan mudah untuk menambah kekayaan kroni dan suku sakat.

"Begitupun, kita amat yakin dengan kebijaksanaan serta pengalaman Menteri Besar dalam pengurusan kewangan untuk menjadikan Unisel lebih mantap dan sejajar dengan universiti swasta lain.

"Seperti yang dijelaskan Menteri Besar, kerajaan negeri tetap akan mengapungkan aset Unisel untuk menjana wang tunai bagi mengurus Unisel dan Kuis," katanya.

K'jaan T'ganu beli stesen radio RM9 juta

Posted: 14 Jun 2012 05:40 AM PDT



MALAYSIA KINI

Stesen radio Manis FM milik kerajaan negeri Terengganu, bakal menjadi medium penduduk negeri dan pantai timur, mendapatkan maklumat terkini dan perkembangan semasa apa yang berlaku di Terengganu.
  
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata Manis FM akan menyajikan program berbentuk informasi dan hebahan maklumat terkini, program berbentuk keagamaan dan hiburan.
  
"Sebahagian besar rancangannya akan ditaja oleh pihak swasta.
  
"Kami akan tetapkan satu tarikh untuk majlis pelancaran Manis FM secara rasmi dalam masa terdekat ini," katanya selepas melawat stesen radio kerajaan negeri itu yang bertempat di Bangunan Epic di sini hari ini.
  
Turut hadir pada majlis itu Pengurus Besar Manis FM Mahari Abdul Rahman.
  
Manis FM yang dibeli dengan harga kira-kira RM9 juta setahun lalu daripada Husa Network Sdn Bhd, sebelum ini beroperasi di Lorong Manis, Jalan Sultan Yahya Petra, Kelantan.
  
Kerajaan Terengganu memperoleh lesen untuk siaran stesen radio itu meliputi Terengganu, Kelantan dan Pahang dan boleh juga ke udara hingga ke peringkat nasional.
  
Ahmad berkata Manis FM telah mengatur program di mana pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri termasuk barisan Exco, akan dijemput memberi maklumat rancangan dan dasar kerajaan dari semasa ke semasa di stesen radio itu.- Bernama

K'jaan nafi halang komunikasi semasa BERSIH 3.0

Posted: 14 Jun 2012 05:36 AM PDT

Hazlan Zakaria


 
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menafikan dakwaan bahawa pihak berkuasa telah menggunakan penghalang komunikasi boleh-alih sewaktu perhimpunan BERSIH 3.0 yang menuntut formasi pilihan raya.

NONEDalam satu jawapan bertulis kepada soalan ahli Parlimen DAP Batu Gajah, Fong Po Kuan, kementerian itu berkata adalah tidak benar kerajaan telah menghalang komukasi (selular).

Sebaliknya, ia menyalahkan jumlah besar orang ramai yang bertumpu
di kawasan yang kecil sewaktu perhimpunan tersebut di sekitar Dataran Merdeka Kuala  Lumpur, sebagai penyebab berlakunya gangguan komunikasi.

Menurutnya, secara umumnya, sistem telekomunikasi selular tidak mempunyai kapasiti untuk menyokong komunikasi suara dan data secara besar-besaran seperti apa yang berlaku semasa perhimpunan BERSIH 3.0.

Fong, dalam soalannya, ingin tahu mengapa komunikasi selular terganggu semasa perhimpunan tersebut, dan sama ada benar ia sengaja disekat untuk menafikan komunikasi antara peserta perhimpunan tersebut.

Wartawan dan peserta BERSIH 3.0 melaporkan kegagalan komunikasi selular yang serius semasa perhimpunan tersebut.

Perbelanjaan BN lembabkan usaha Pakatan dapat 100 MP

Posted: 14 Jun 2012 05:29 AM PDT


KUALA LUMPUR — Kaji selidik dan analisis dalaman oleh Pakatan Rakyat (PR) menunjukkan mereka mempunyai keupayaan untuk menang di 100 kerusi parlimen jika pilihan raya dilaksanakan kelak, namun pembangkang menjangka Belanjawan 2013 Datuk Seri Najib Razak yang dijangka pada 28 September menjadi satu "pertukaran permainan" yang boleh menjejaskan kemenangan pembangkang.

The Malaysian Insider difahamkan, yang satu susunan unjuran oleh tiga komponen pakatan pembangkang sebahagian besarnya menandingi konsensus Perisikan Barisan Nasional (BN) yang melihat gabungan pemerintah menjamin 80 kerusi dengan kemungkinan menang 50.

"Analisis dari kedua-dua pihak sangat rapat. Satu-satunya perbezaan besar ialah kami lebih optimistik di Johor, Sabah dan Sarawak yang mana membolehkan kami menghasilkan 20 kerusi," kata seorang ahli strategi kanan PR kepada The Malaysian Insider.

Walaupun tinjaun BN menunjukkan mereka mampu  meletakkan sehingga 146 ahli Parlimen, hanya kurang dua lagi untuk dua pertiga "supermajority", kata sumber.

Analisis ini dibuat sebaik sahaja selepas  pemberian-pemberian tunai RM500 untuk keluarga berpendapatan rendah di bawah Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Satu lagi kajian baru-baru ini oleh Cawangan Khas menunjukkan keputusan bahawa mereka hanya boleh membolot sehingga 118 kerusi pusat, membangkitkan ahli strategi BN mencari satu ikhtiar untuk melewatkan pilihan raya itu.

Kadar sokongan terhadap perdana menteri meningkat dengan mendadak kepada 69 peratus sebaik sahaja selepas RM2.6 bilion dalam tunai telah dibelanjakan tetapi menurun bulan berikutnya selepas pertempuran  antara polis dan perusuh di perhimpunan Bersih pada 28 April untuk menuntut pilihan raya bebas and adil.

Najib tidak mungkin mengadakan pilihan raya umum dijangka pertengahan 2013 melainkan beliau yakin memperbaiki kedudukan 140 Ahli Parlimen BN pada Mac 2008.

Beliau mengambil alih jawatan perdana menteri setahun kemudian, kononnya bagi memperbaiki gabungan paling teruk pernah melalui pilihan raya.

Pengerusi BN itu baru-baru ini berkata beliau akan mengumumkan belanjawan tahun depan pada 28 September, dijangka merangkumi satu lagi siri pemberian BR1M, yang mana telah diakui pemimpin Umno yang mana kemungkinan itu bakal berlaku.

The Malaysian Insider juga melaporkan pada Selasa lalu yang Ahli Parlimen BN telah diberi RM1.5 juta untuk diagihkan di kawasan mereka pada mesyuarat Isnin lalu.

Turut difahamkan bahawa RM300,000 akan tersedia minggu ini untuk pembayaran-pembayaran tunai manakala yang selebihnya apabila dimohon.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng telah berkata awal tahun ini PR akan hanya perlu 100 Ahli Parlimen yang akan menyaksikan "Umno meletup," dan ahli strategi PR lain turut menyuarakan pendirian sama  apabila bercakap kepada The Malaysian Insider.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution juga memberitahu The Malaysian Insider yang "pucuk pimpinan tidak mungkin bersetuju, tetapi pandangan peribadi saya adalah sekarang ialah masa terbaik untuk pilihan raya."

"Tetapi saya rasa Najib mahu mengumumkan bajet pilihan raya pertama. Itu satu-satunya permainan beliau sekarang selain mengharapkan pertelingkahan dalaman dalam parti-parti PR dan serangan-serangan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali," katanya, merujuk kepada Ketua Umum PKR dan timbalan presidennya.

The Malaysian Insider telah melaporkan 28 Mei, kemungkinan pilihan raya pada September, namun  pengumuman Najib yang Belanjawan 2013 akan dibentangkan pada 28 September telah mendesak pakar strategi parti melihat satu tarikh yang seterusnya untuk memastikan bajet gula-gula itu dirasai di peringkat akar umbi.

Keberangkatan jemaah haji pada 26 Oktober, Deepavali pada 13 November dan usaha BN memikat belia dan undian Cina mungkin melengahkan pilihan raya hingga November, jelas sumber, dan menambah bahawa pengerusi BN itu tetap akan meneliti senarai calon-calon bagi memastikan satu kemenangan lebih besar.

Sumber-sumber BN mengatakan beberapa kajian baru-baru ini menunjukkan gabungan itu perlu bekerja dengan lebih keras untuk mendapatkan satu kemenangan meyakinkan terutama dengan 2.2 juta para pengundi membuang undi buat kali pertama.

Najib mengambil alih pemerintahan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada April 2009, yang kononnya bagi memperbaiki prestasi yang paling teruk pilihan raya yang pernah dilalui BN pada Mac 2008, di mana parti itu hilang dua pertiga majoriti dalam Parlimen dan empat kerajaan negeri.

SPR sedia RM10j untuk PRU Pulau Pinang

Posted: 14 Jun 2012 05:24 AM PDT

 
MALAYSIA KINI
 
 
 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan peruntukan RM10 juta untuk negeri Pulau Pinang bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13), kata Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Beliau berkata peruntukan yang disediakan itu termasuklah bayaran elaun dan kemudahan bagi membolehkan para pegawai dan petugas pasukan penguatkuasaan kempen pilihan raya yang dibentuk di negeri ini dapat menjalankan tugas dengan berkesan.

NONE"Peruntukan itu untuk melancarkan perjalanan PRU13 menerusi penyediaan pelbagai kemudahan kepada pasukan penguatkuasaan kempen di Pulau Pinang, ia termasuklah bayaran elaun kepada pegawai dan petugas," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat mengenai PRU13 kepada para petugas penguatkuasaan kempen pilihan raya di George Town, hari ini.

Katanya setiap pasukan akan dianggotai oleh ketua pegawai penguatkuasa dibantu oleh pegawai polis berpangkat inspektor dan ke atas, pegawai dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan wakil-wakil calon yang bertanding bagi sesuatu kawasan.

Katanya pasukan yang dilantik akan bertanggungjawab memastikan setiap calon bertanding tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan kemarahan serta menyentuh sensitiviti budaya atau agama sesuatu kaum.

"Sekiranya ada kenyataan-kenyataan yang bercanggah dengan Seksyen 4A iaitu kesalahan mengembang perasaan jahat dan permusuhan, pasukan ini bertanggungjawab mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang yang ada," katanya.

Sempena PRU13 nanti, SPR akan menggunakan khidmat 22,000 pegawai dan petugas sepanjang tempoh PRU13 nanti dan sebanyak 303 pusat mengundi akan dibuka untuk 13 kawasan Parlimen dan 40 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang.

"SPR juga akan membuka 31 pusat mengundi lebih awal dari tarikh pengundian sebenar bagi membolehkan 8,000 pegawai dan anggota tentera dan polis yang mengundi pos," katanya.- Bernama

Pengilang tuntut pilihan raya segera

Posted: 14 Jun 2012 05:22 AM PDT

Aidila Razak


 
Komuniti pengilang Malaysia lebih suka sekiranya pilihan raya umum ke-13 dilangsungkan secepat mungkin.

NONEPresiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) Tan Sri Yong Poh Kon berkata, ini kerana industri itu pada masa ini berhadapan banyak ketidaktentuan yang berpanjangan.

"Pastinya dalam komuniti ini, kita mahu pilihan raya diselesaikan kerana kerana terdapat beberapa ketidaktentuan... keputusan akan menjadi lebih mudah (selepas pilihan raya)," katanya. [Baca berita penuh]
Sementara itu, Bernama melaporkan, FMM juga bimbang kos tenaga kerja, tenaga dan penghantaran terus meningkat, pada kadar yang lebih pantas, dalam tempoh enam bulan ini, berikutan keadaan perniagaan yang lebih bagus.

Kajian Keadaan Perniagaan oleh Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia-FMM (MIER) menunjukkan,dua pertiga daripada 386 pengilang yang ditemubual menjangka kos pengeluaran lebih tinggi seiring dengan peningkatan persaingan dari Thailand, Indonesia dan Vietnam yang memberi impak negatif kepada ekonomi Malaysia.

"Untuk pengilang, keutamaan hanyalah dua perkara, iaitu jualan dan kos.

"Harga bahan mentah telah merosot, bagaimanapun, kos tenaga kerja termasuk gaji minimum, kos bahan api dan penghantaran memberi kesan kepada pengilang," kata Yong.

SYABAS tuntut S'gor bayar RM1.05 bilion

Posted: 14 Jun 2012 05:19 AM PDT

 
MALAYSIA KINI



 
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menuntut kerajaan negeri Selangor membayar RM1.05 bilion yang dihutang kepada syarikat itu berikutan pelarasan tarif air.

Dalam pernyataan tuntutan pindaannya, SYABAS menuntut satu perisytiharan bahawa semasa perjanjian konsesi bertarikh 15 Dis, 2004, terdapat RM1,054,208,382 (berdasarkan tarif dipersetujui mengenai RM1.89/meter padu) kena dibayar dan terhutang dari kerajaan Selangor kepada SYABAS untuk tempoh dari 1 Januari, 2009 sehingga 31 Mac, 2011.

Secara alternatif, SYABAS juga menuntut Mahkamah Tinggi mengisytiharkan berkenaan tarif yang dipersetujui di bawah perjanjian konsesi bertarikh 15 Disember, 2004 bagi tempoh 1 Januari, 2009 hingga 31 Mac, 2011 berjumlah RM1.89/meter padu seperti yang disahkan oleh sijil bertarikh 26 Disember, 2008 yang dikeluarkan Ketua Audit Negara dan penghakiman dimasukkan bagi plaintif terhadap defendan.

Dalam tuntutan pindaan yang difailkan pada 8 September, tahun lepas, SYABAS menuntut kos dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

SYABAS mendakwa bahawa berdasarkan perjanjian, yang ditandatangani kerajaan Malaysia dan kerajaan negeri Selangor dan syarikat itu, ia diberikan konsesi 30 tahun untuk membeli air yang dirawat dari pengusaha rawatan air dan untuk membekalkan air yang dirawat ke kawasan pengagihan mengikut terma yang dinyatakan dalam perjanjian.

SYABAS berkata melalui sepucuk surat bertarikh 31 Mac, 2008, SYABAS menghantar satu dokumen kepada kerajaan negeri Selangor bagi menyokong permohonannya bagi meningkatkan tarif yang diwartakan iaitu RM1.39 satu meter padu bagi tempoh operasi ketiga mulai 1 Jan, 2009 hingga 31 Disember, 2011.

SYABAS mendakwa kerajaan negeri Selangor gagal memaklumkan syarikat itu sama ada ia bersetuju atau tidak bagi meningkatkan tarif yang diwartakan kepada tarif yang dipersetujui.

Ia juga mendakwa bahawa syarikat itu menghantar beberapa pucuk surat lagi kepada kerajaan negeri Selangor bagi menuntut pampasan selaras dengan perjanjian konsesi tetapi gagal mendapat sebarang jawapan yang memuaskan daripada defendan.

Hujah SYABAS bahawa sekarang dan pada masa material yang terhutang dan kena dibayar oleh defendan iaitu sejumlah RM1,054,208,382 sebagai pampasan berdasarkan klausa 11.3(4) perjanjian konsesi bagi tempoh dari 1 Januari, 2009 hingga 31 Mac, 2011.

Kerajaan negeri Selangor dalam pernyataan pembelaannya menafikan setiap satu dakwaan dalam pernyataan tuntutan dan juga menyatakan bahawa SYABAS tidak layak mendapat pampasan seperti didakwa.

Kes itu disebut di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mary Lim Thiam Suan.

Pada prosiding hari ini, peguam SYABAS, Lua Ai Siew memaklumkan mahkamah bahawa SYABAS telah mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi untuk meminda pernyataan tuntutannya dan telah menyerahkannya kepada kerajaan negeri Selangor dan pihak ketiga (kerajaan Malaysia) pada 6 Jun.

Peguam kerajaan negeri Selangor, Fahda Nur Ahmad Kamar memberitahu mahkamah bahawa kerajaan negeri akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.- Bernama

Dakwaan bakal menantu PM menipu diperbesar-besarkan'

Posted: 14 Jun 2012 05:04 AM PDT

Salhan K Ahmad


Laporan terbaru yang mengaitkan bakal menantu perdana menteri, Daniyar Nazarbayev, dengan dakwaan menipu telah diperbesar-besarkan oleh akhbar The New York Post, demikian menurut sumber yang dekat dengan isteri perdana menteri.

Sumber tersebut berkata, dakwaan berhubung warga Kazakhstan itu juga tidak melibatkan keluarga perdana menteri.

NONE"Isu itu telah diperbesar-besarkan. Ia semata-mata melibatkan keluarga di sebelah sana," kata sumber itu lagi yang menambah, pertunangan antara Daniyar dan anak perdana menteri, Nooryana Najwa, tidak terjejas.

Beliau mengulas laporan The New York Post yang mendakwa Daniyar terlibat dalam penipuan.

Dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan mendakwa, Daniyar menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 (RM62 juta).

Sumber berkata, kes berkenaan hanya melibatkan keluarga Daniyar kerana kes tersebut berlangsung di antara ibu Daniyar, Maira Nazarbayev yang bercerai dengan bekas suami, Bolat Nazarbayev.

Bolat merupakan adik kepada presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev.

Cuba gambarkan sanggup menipu & memikat
Sumber itu menyebut, isu tersebut juga tidak boleh diulas lebih panjang kerana masih berlarutan di mahkamah Amerika Syarikat.

Selain dakwaan menipu aset bapa tirinya, dokumen mahkamah itu juga menyebut bahawa Daniyar memalsukan dokumen untuk memasuki Columbia Universiti, di mana beliau bertemu Nooryana.

Daniyar dNooryana Najwa Najib and Daniyar Nazarbayevidakwa memalsukan dokumen untuk memberikan gambaran bahawa dia berkelulusan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan, menurut akhbar The New York Post.Sumber akhbar itu berkata, dia sebenarnya bersekolah di Switzerland dan tidak menamatkan pelajaran.

Sumber Malaysiakini ketika ditemui di satu majlis yang dihadiri isteri perdana menteri pada malam tadi berkata, dakwaan tersebut juga diperbesar-besarkan untuk menggambarkan bahawa Daniyar sanggup menipu untuk masuk ke universiti dan memikat hati anak perdana menteri.

Isteri perdana menteri pada malam tadi menghadiri majlis makan malam dan turut merasmikan NGO Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi.

Majlis di Setiawangsa, Kuala Lumpur itu antara lainnya turut dihadiri Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

PAS dakwa Utusan putar kenyataan tentang haji

Posted: 14 Jun 2012 04:30 AM PDT

MALAYSIA KINI


Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa kenyataan berhubung penangguhan haji telah "diputarkan" oleh akhbar Umno Utusan Malaysia seolah-olah ia disaran untuk semua umat Islam di Malaysia.

NONEKatanya, dalam kenyataan yang asalnya dibuatnya kepada akhbar web kerajaan Selangor Selangorku 5 Jun lalu hanya merujuk kepada anggota anggota PAS yang terlibat langsung, iaitu calon atau agen parti seperti pengarah pilihan raya.

"Namun begitu, ia tidak hairan - selepas kontroversi PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) yang menampar muka sendiri, jawapan-jawapan menteri di parlimen yang memang susah untuk ditonjolkan di muka depan, bertambah pula laporan-laporan antarabangsa mengenai isu Scorpene - mereka perlu mencari sesuatu untuk mengalih pandangan rakyat," katanya.

Tuan Ibrahim (atas) juga berkata, berdasarkan tarikh Belanjawan 2013 yang ditetapkan pada 28 April, sudah ada bayangan pilihan raya umum di musim haji akan berulang seperti tahun 1985 sebelum ini.

Berikut kenyataan penuh Tuan Ibrahim:

Isu tangguh haji masih hangat diperkatakan oleh media-media pro-Umno.

Kenyataan saya yang dibuat pada Jun 5 kepada Selangorku yang menyeru "ahli PAS yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya" - dalam kata yang lebih spesifik - "calon atau wakil calon atau agen parti seperti pengarah pilihanraya" telah diputarkan seolah-olah ia ditujukan kepada semua umat Islam di Malaysia 8 hari kemudian oleh Utusan Malaysia.

Namun begitu, ia tidak hairan - selepas kontroversi PTPTN yang menampar muka sendiri, jawapan-jawapan menteri di parlimen yang memang susah untuk ditonjolkan di muka depan, bertambah pula laporan-laporan antarabangsa mengenai isu Scorpene - mereka perlu mencari sesuatu untuk mengalih pandangan rakyat.

Bajet 2013 yang disebut bajet pilihan raya akan diumumkan pada September 28. Tarikh Hari Raya Haji adalah 26 Oktober.

Sudah ada bayangan pilihan raya umum 1985 di musim haji bakal berulang.

Isu tangguh haji ini sebenarnya mudah - betulkah PRU13 akan diadakan di musim haji?

Masalahnya tiada yang tahu.

Apakah mungkin pilihan raya umum ke-13 (PRU13) diadakan di musim haji?

Masalahnya ialah mungkin.

Apakah yang perlu dilakukan jika PRU13 diadakan di musim haji?

'Ramai sudah haji dalam PAS'
Salahkan perdana menteri? Itu hak beliau, walaupun PAS memang membantah jika PRU13 diadakan di musim haji.

Adakah orang-orang Umno yang terlibat dengan PRU-13 akan pergi menunaikan haji? Calon, wakil calon dan agen parti seperti pengarah pilihan raya akan terus juga dengan niat menunaikan haji.

Tiada yang bertanya.

NONEWalhal, soalan yang patut difokuskan ialah wajarkah perdana menteri mengadakan pilihan raya di musim haji?

Jawapannya jelas tidak.

Apakah jaminan ia tidak berlaku?

Tiada. Sebab itu PAS mendesak perdana menteri bagi jaminan. Dan tekankan "sekiranya" Umno demi untuk menang, mengadakan PRU di musim haji, ahli PAS yang terlibat terus dengan PRU13 yakni "calon atau wakil calon atau agen parti seperti pengarah pilihan raya" disarankan tangguh haji.

Golongan ini dalam PAS, ramai yang sudah menunaikan haji - mereka adalah veteran. Dalam Umno tak pasti pula.

Isu ini adalah mudah.

Kalau yang cadang tu ialah timbalan perdana menteri atau menteri Umno tentu keadaan dan komentar akan berubah menyokong habis-habisan. Jadi isunya bukan menangguhkan haji sebenarnya siapa yang buat cadangan itu.

Tekanan pada perdana menteri

Tapi Umno merumitkannya kerana ia tahu, isu sebenar memberi tekanan kepada perdana menteri untuk menyatakan satu tarikh pilihanraya.

Segalanya akan selesai jika tarikh pilihanraya diketahui lebih awal.

Tiada yang risau ingin menunaikan haji.

azlanTiada yang risau masa bercuti mereka sama dengan tarikh pilihan raya.

Bahkan, untuk seluruh warga yang bekerja, sama ada di pihak swasta mahupun kerajaan boleh merancang sebaiknya dengan tarikh pilihanraya diketahui.

Namun penyelesaian yang mudah ini bukan fokus akhbar-akhbar Umno.

Mereka perlukan talian hayat - mereka menilai isu tangguh haji ini sebagai isu yang boleh mengalih perhatian.

Betullah juga, tapi mereka terlupa, terbuta melihat bahawa perhatian kini beralih balik ke perdana menteri.

Jadi, bila perdana menteri nak buat PRU13? Musim haji ke? Calon Umno pergi haji ke tak tahun ini? Boleh bagi jaminan tak buat PRU13 masa musim haji?

Senyum.

TPM: Hapus PTPTN pakai 'kun faya kun', Anwar?

Posted: 14 Jun 2012 04:28 AM PDT

 
Ahmad Fadli KC


 
Cadangan Pakatan Rakyat untuk memberi pendidikan percuma terus dikritik kerajaan apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan menyifatkannya sebagai politik berterusan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Muhyiddin berkata lebih sejuta orang rakyat mendapat faedah melanjutkan pelajaran menerusi hampir RM43 bilion kemudahan pinjaman yang disediakan kerajaan melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN).

NONE"Anwar Ibrahim kata nak hapuskan (PTPTN). Tuan-tuan nak sokong dia? Dalam erti kata (lain) dia nak bagi percuma.

"(RM) 43 bilion itu datang dari mana? Orang kata dulu ada tongkat sakti, 'kun faya kun'. Dia ada tongkat sakti ke tuan-tuan? Ada lampu ajaib ke tuan-tuan?

"Kalau dia kata nak hapuskan (PTPTN) wang itu datang dari sumber mana nak sediakan peluang pelajaran? Datang dari langit?

"Saya tak tahu apa tujuannya kalau bukan politik semata-mata" katanya dalam program lawatan kerja bersama aktivis NGO yang terdapat di Kuala Lumpur.

Kerajaan sebelum ini membekukan pinjaman PTPTN terhadap Universiti Selangor (Unisel) milik kerajaan Pakatan Rakyat dengan alas mahu menguji sama ada gagasan pendidikan percumanya mampu dilaksanakan.

Tak majukan Kg Baru, nilai tak nampak

Selepas kritikan dan pertikaian hebat, ia bagaimanapun dibatalkan tidak lama selepas itu.

Sementara itu, pada majlis yang sama, Muhyiddin turut menegaskan bahawa kerajaan sentiasa berusaha memastikan pembangunan Kuala Lumpur memberi manfaat kepada penduduk, seperti projek memajukan tanah Kampung Baru.

NONE"Walau pun tanah penempatan Melayu tetapi ia dalam bandar. Kalau setahun, dua tahun tak dimajukan apa jadi?

"Kalau dikira harga pasaran nilainya berbilion. Kalau tak dimajukan nilainya tak nampak.

"Bukan kerajaan nak ambil kita nak majukan bentang undang-undang dah lulus. Lambat kita buat lambat orang Melayu dapat untung," katanya di hadapan peserta yang sebahagian besarnya berbangsa Melayu.

Kementerian Wilayah dan Kesejahteraan Bandar sebelum ini bercadang membina kompleks pejabat dan komersil di Kampung Baru.

Bagaimana pun langkah berkenaan mendapat bantahan sebahagian penduduk di kampung itu.

Pas Selangor sokong gesaan tangguh haji

Posted: 14 Jun 2012 04:25 AM PDT

HARIZ AIZAT MAHYUDIN

Nik Aziz: Usah tangguh haji, Umno kena faham
 
Menjelang PRU 13 
 
 
SHAH ALAM - Pas Selangor menyokong kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man supaya ahli parti itu yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya, menangguhkan ibadah haji bagi menghadapi pilihan   raya umum yang dijangka antara September hingga Oktober.

Pesuruhjayanya, Dr Abdul Rani Osman berkata, beliau menyokong kenyataan tersebut kerana rakyat mempunyai tanggungjawab untuk menentukan masa depan negara walaupun pilihan raya diadakan pada musim haji.

"Kita merujuk hukum Fiqah Awliyat ditakrifkan oleh Dr Yusuf al- Qaradhawi iaitu apabila terdapat dua perkara penting, kita perlu memilih perkara yang lebih berkepentingan.
"Menunaikan haji sememangnya penting kepada umat Islam  tetapi hak untuk menentukan kepimpinan negara adalah lebih penting," katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada musim haji bagi memastikan pilihan raya berlangsung telus dan adil.

"Kerajaan sepatutnya memberi peluang kepada rakyat untuk memilih dan tentukan masa depan mereka sendiri dan bukan cuba menghalang dengan pelbagai helah," katanya.

Menurutnya lagi, Pas tidak akan melakukan sebarang provokasi dan mengangkat senjata seperti yang didakwa Barisan Nasional (BN).

"Pas tiada masalah jika kalah kelak kerana kami biasa kalah sebelum ini dan tiada sebarang kejadian  tidak diingini berlaku, rakyat sudah cukup matang untuk bertindak," katanya.

Sebelum ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya mendakwa Umno-Barisan Nasional menafikan hak sebahagian besar rakyat jika mengadakan PRU13 pada musim haji tahun ini.

Kenyataan ini juga disokong oleh Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw yang menegaskan PRU13 ketika musim haji akan mengganggu urusan ibadah umat Islam di negara ini.

'Isu haji-PRU selesai jika PM umum tarikh awal'

Posted: 14 Jun 2012 04:20 AM PDT

Wartawan Sinar Harian

Nik Aziz: Usah tangguh haji, Umno kena faham
 
Menjelang PRU 13 
 
 
SHAH ALAM - Pas mengulangi pendirian bahawa isu pilihan raya dan musim haji akan selesai dengan sendirinya jika Perdana Menteri, yang mempunyai hak dalam memanggil pilihan raya, membayangkan lebih awal tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan tidak membiarkan spekulasi berlarutan.

"Segalanya akan selesai jika tarikh pilihan raya diketahui lebih awal," kata Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan media hari ini.

Langkah itu kata beliau, jika diambil oleh Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan merisaukan mereka yang hendak menunaikan haji.

"Tiada yang risau masa bercuti mereka sama dengan tarikh pilihan raya.

"Bahkan, untuk seluruh warga yang bekerja, sama ada di pihak swasta mahupun kerajaan boleh merancang sebaiknya dengan tarikh pilihan raya diketahui," kata beliau lagi.

Sebaliknya kata Tuan Ibrahim, "namun penyelesaian yang mudah ini bukan fokus akhbar-akhbar Umno."

Sebagaimana ditekankan semalam, Pesuruhjaya Pas Pahang ini mengulangi sama ada Perdana Menteri boleh memberi jaminan yang PRU13 tidak akan diadakan pada musim haji kali ini.

"Jadi, bila perdana menteri nak buat PRU13? Musim haji ke? Calon Umno pergi haji ke tak tahun ini? Boleh bagi jaminan tak buat PRU13 masa musim haji?" katanya lagi dengan mengakhiri kenyataan media "senyum."

Dalam kenyataan media hari ini, Tuan Ibrahim mendakwa kenyataan beliau pada 5 Jun lalu telah diputarbelitkan oleh media-media pro-Umno.

Kenyataan itu berhadapan dengan kecaman pemimpin-pemimpin Umno sejak beberapa hari lalu.


Katanya, beliau hanya menyeru ahli-ahli Pas yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya iaitu calon atau wakil calon atau ejen parti seperti pengarah pilihan raya,  telah diputarkan seolah-olah ia ditujukan kepada semua umat Islam di Malaysia lapan hari kemudian.

"Namun begitu, ia tidak hairan, selepas  kontroversi (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) PTPTN yang menampar muka sendiri, jawapan-jawapan menteri di Parlimen yang memang susah untuk ditonjolkan di muka depan, bertambah pula laporan-laporan antarabangsa mengenai isu Scorpene , mereka perlu mencari sesuatu untuk mengalih pandangan rakyat," dakwa Tuan Ibrahim.

"Bajet 2013 yang disebut bajet pilihan raya akan diumum pada 28 September. Tarikh Hari Raya Haji adalah 26 Oktober. Sudah ada bayangan pilihan raya umum 1986 di musim haji bakal berulang," katanya.

Sambil menekankan bahawa isu menangguhkan haji sebenarnya mudah, beliau berkata, "betulkah PRU13 akan diadakan di musim haji? Masalahnya tiada yang tahu."

"Apakah mungkin PRU13 diadakan di musim haji? Masalahnya ialah mungkin.

"Apakah yang perlu dilakukan jika PRU-13 diadakan di musim haji?" katanya lagi.

Tuan Ibrahim berkata, menjadi hak Perdana Menteri untuk menentukan tarikh pembubaran Parlimen "walaupun Pas memang membantah jika PRU13 diadakan di musim haji."

"Adakah orang-orang Umno yang terlibat dengan PRU13 akan pergi menunai haji?

"Calon, wakil calon dan ejen parti seperti pengarah pilihan raya akan terus juga dengan niat menunai haji. Tiada yang bertanya," katanya.

Walhal, katanya, soalan yang patut difokuskan ialah wajarkah perdana menteri mengadakan pilihan raya pada musim haji.

"Jawapannya jelas tidak. Apakah jaminan ia tidak berlaku?

"Tiada. Sebab itu Pas mendesak perdana menteri bagi jaminan," jelas beliau.

Sultan Johor murka terhadap Nizar

Posted: 14 Jun 2012 04:16 AM PDT

SINAR HARIAN

Sultan Johor
Sultan Johor
 
 
NUSAJAYA  - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar murka terhadap bekas Menteri Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mempertikaikan pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh baginda.

Sehubungan itu, baginda bertitah mengingatkan kepada wakil-wakil rakyat dan pemimpin masyarakat supaya menjaga adab dan tingkah laku serta berhati-hati apabila membuat sesuatu kenyataan bak kata pepatah "cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar."

"Baru-baru ini, ada pemimpin politik yang secara terang-terang mengkritik tindakan saya membida nombor pendaftaran di Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ). Adakah dia lupa tentang adab Melayu? Atau sememangnya dia seorang yang jahil dan cetek dan akalnya?

"Janganlah cuba berlagak pandai jika tidak berilmu dan janganlah mengeluarkan kenyataan sesuka hati jika tidak tahu perkara yang sebenar. Bukankah berdiam itu lebih baik daripada berkata yang tidak baik.

"Kepada pemimpin seperti ini, nasihat saya 'janganlah sibuk mencari kudis di kaki orang lain sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati," titah baginda semasa merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor Ke-12 di Kota Iskandar di sini, hari ini.

Sultan Ibrahim bertitah, setiap tindakan yang baginda buat adalah mengikut cara dan jalan yang betul dan setiap kebajikan yang dilakukan tidak perlu diperbesarkan.

"Tindakan pemimpin ini bukan sahaja mendatangkan kemurkaan kepada saya, tetapi juga satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negeri Johor. Saya harap dia sedar siapa diri dia dan kesilapan yang telah dibuat.

"Jika hendak minta maaf, mintalah maaf kepada semua rakyat Johor, bukan kepada saya seorang sahaja.

"Pepatah Melayu sering mengingatkan terlajar perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

"Saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada ahli-ahli gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan seluruh rakyat Johor yang telah memberikan sokongan kepada saya dan menyembahkan ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi untuk sama-sama menjaga kedaulatan raja dan negeri Johor Darul Takzim yang kita sayangi ini," titahnya.

Dalam pada itu, Bernama melaporkan bahawa Sultan Johor bertitah, baginda bersyukur kerana seluruh rakyat di negeri ini mengecapi hidup dalam suasana yang aman dan menikmati kesejahteraan yang lebih baik hasil daripada pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan berterusan.

Baginda bertitah, Johor mencapai pelaburan lebih RM2 bilion dalam suku pertama tahun ini manakala Iskandar Malaysia pula merekodkan pelaburan komited terkumpul berjumlah RM87.56 bilion untuk tempoh tahun 2006 sehingga Mac lepas.

"Lebih 30 peratus daripada nilai projek permulaan di seluruh negara yang dilaburkan di negeri ini membolehkan Johor menceburi bidang baru iaitu minyak dan gas yang sekaligus akan menjadi penjana ekonomi utama di selatan negeri ini.

Oleh itu, kerajaan perlu memastikan rakyat dilengkapi dengan kemahiran di semua peringkat termasuk profesional, teknikal dan vokasional untuk membolehkan mereka menjadi tenaga kerja di bidang-bidang baru ini," titah baginda.

Sultan Ibrahim dalam pada itu turut mengingatkan semua pihak supaya terus mengekalkan perpaduan memandangkan ada sesetengah pihak yang berusaha untuk menggugat perpaduan rakyat demi kepentingan politik yang sempit.

Sultan Johor bertitah pihak berkenaan sanggup menabur fitnah dan menghasut rakyat untuk membenci raja serta membangkitkan isu sensitif kaum dan agama dengan tujuan untuk menimbulkan kebencian dan menghancurkan keamanan dan kemakmuran negara.

"Ingatlah bahawa perpaduan merupakan asas wujudnya negara ini dan kemajuan yang kita peroleh adalah hasil daripada perpaduan yang wujud sejak dulu lagi. Namun begitu, saya percaya rakyat Johor bukanlah masyarakat yang mudah terpedaya dengan tipu helah "musang yang berbulu ayam" ini," titahnya.

Nik Aziz: Usah tangguh haji, Umno pun kena faham

Posted: 14 Jun 2012 04:08 AM PDT

SAPINAH ABD GHANI

Nik Aziz: Usah tangguh haji, Umno kena faham
 
Menjelang PRU 13 
 
 
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju saranan agar ahli Pas  menangguhkan ibadat haji semata-mata untuk mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Sehubungan itu, Menteri Besar Kelantan meminta agar Kerajaan Pusat khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak megadakan pilihan raya ketika musim perayaan dan haji.

"Masalah ini tidak timbul jika Umno faham, bukan senang nak dapat peluang pergi haji, oleh itu, saya minta jangan adakan pilihan raya musim haji," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Program MASS CPR anjuran St John Ambulans Malaysia (SJAM) di sini, hari ini.

[BONGKAR] SPR Menipu Lagi, 2 Nama Dan Alamat Yang Sama Dikesan

Posted: 13 Jun 2012 11:01 PM PDT


KELAB GREENBOC


SPR: Pengundi sama nama, alamat bukan 'klon'

Dua pengundi yang berkongsi nama sama dan alamat dalam daftar pemilih sebenarnya individu yang berbeza, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas mengesahkannya dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Terdapat kesalahan dalam merekodkan nama dan alamat mereka yang mengakibatkan kekeliruan, kata pegawai SPR.

Semakan di pangkalan data atas talian SPR menunjukkan dua orang pengundi mempunyai nama Wong Wai Seng (nombor kad pengenalan 800411085535 dan 871008085525) dan didaftarkan di parlimen Parit dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Belanja, serta berkongsi nombor rumah dan blok sama di Taman Seri Ara (bawah).


Dua lagi pengundi dalam kes itu, Wan Mohd Zamri bin Wan Ahmad (RF162733 dan RF162584) didaftarkan sebagai pengundi pos di balai polis Kuang, di DUN Kuang dan parlimen Selayang (bawah).


Pangkalan data atas talian SPR bagaimanapun memberikan dua keputusan berbeza terhadap pemilik kad pengenalan RF162584.

Sistem Semakan Pemilih Bagi Isi Rumah, yang membolehkan pengguna menyemak lebih daripada satu kad pengenalan serentak, menunjukkan kedua-dua pemilik RF162733 dan RF162584 bernama Wan Mohd Zamri bin Wan Ahmad. -mk

Ulasan GB

Bila rakyat gelar kamu PENIPU dan PENDUSTA, kamu marah.

Tapi yang sebenarnya itulah yang berlaku bahawa SPR memang penipu dan pendusta.

Mereka mengakui kesalahan :

Terdapat kesalahan dalam merekodkan nama dan alamat mereka yang mengakibatkan kekeliruan, kata pegawai SPR.
tetapi enggan untuk mengeluarkan nama tersebut dengan beralasan:

Dua pengundi yang berkongsi nama sama dan alamat dalam daftar pemilih sebenarnya individu yang berbeza, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas mengesahkannya dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
.

Yang dah mengaku bersalah itu (SPR) sepatutnya dihukum seberat-beratnya kerana mengotorkan daftar pemilih yang kononnya diakui oleh pengerusi SPR diantara yang terbersih di dunia!

Semakin hari semakin terdedah tembelang SPR. Apabila rakyat mendesak daftar pemilih dibersihkan dan Suruhanjaya Siasatan ditubuhkan mereka menolak dan menafikan ada salahlaku dan penyelewengan tetapi hukum kebenaran dan keadilan tidak boleh ditolak dan dinafikan.

Kamu-kamu di SPR akan menerima hukuman dari Allah swt, dan kami tiada tempat lain untuk mengadu selain kepada Allah swt Yang Maha Berkuasa dan Maha Adil. Segala perencanaan dan perancangan jahat kamu akan tetap terbongkar dan akan tetap gagal. Teruskanlah penipuan kamu, kami berdoa agar kamu-kamu bakal dipenjarakan satu hari nanti. Kami yakin Allah swt memperkenankan doa kami.

Soalan Parlimen mengenai polis pun ditolak Parlimen

Posted: 13 Jun 2012 10:50 PM PDT

Roketkini.com




KUALA LUMPUR: "Rahsia" dijadikan alasan oleh Parlimen untuk menolak soalan Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong berhubung perangkaan polis mengikut jabatan dan pasukan PDRM.

Liew telah mengemukakan soalan bertulis meminta Kementerian Dalam Negeri menyatakan:

* Perangkaan terperinci kekuatan polis beruniform bagi tahun 2001, 2002, 2003, 2004, 2005, 2006, 2007, 2008, 2009, 2010, 2011 dan 2012;

* Pecahan Jabatan Kementerian Dalam Negeri mengikut pasukan atau komponen seperti Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Gerakan Khas (PGK), Marin, Polis Simpanan Persekutuan (PSP), unit udara dan sebagainya; dan

* Pecahan Jabatan Siasatan Jenayah, Cawangan Khas, Jabatan Pengurusan dan Jabatan Siasatann Jenayah Perdagangan mengikut tugas.

Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Binti Hamzah dalam suratnya memaklumkan bahawa mengikut Peraturan 23 (1) (f) "sesuatu pertanyaan itu tidak boleh meminta keterangan berkenaan dengan apa-apa perkara rahsia."

Menurut Liew yang juga Setiausaha Hal-Ehwal Antarabangsa DAP, pihak kerajaan mungkin sudah lupa bahawa perangkaan terperinci pernah dikemukakan dalam Laporan Suruhanjaya Diraja Tun Dzaiddin pada tahun 2005.

Memetik satu laporan wadah pemikir Research for Social Advancement (REFSA) yang berdasarkan statistiknya atas Anggaran Belanjawan tahunan dan jawapan Parlimen, beliau berkata, jumlah anggota polis pada tahun 2010 adalah 106,079.

"Kalau semua tenaga ini ditugaskan untuk membanteras jenayah, nisbah polis-penduduk adalah 1: 270, nisbah yang agak memuaskan.

"Tetapi, sebenarnya, 53,323 orang polis atau 51% berada dalam pengurusan dan logistik. Tambahan pula, 5,102 orang polis ditempatkan dalam Cawangan Khas; 14,551 dalam Pasukan Gerakan Am, yang ditubuhkan untuk melawan komunis dalam hutan dan sudah tidak relevan sekarang," katanya kepada Roketkini.

Menurutnya, apa yang paling relevan dan amat diperlukan sekarang ialah menyiasat dan membanteras jenayah seperti rompak, culik, rogol, curi, serangan seks dan berbagai lagi yang membimbangkan orang awam.

Tetapi, beliau menjelaskan, hanya 9,335 anggota polis atau 9 % ditempatkan dalam Jabatan Siasatan Jenayah sedangkan pencegahan dan pembanterasan jenayah itu yang amat diperlukan oleh orang awam. – Roketkini.com

Demokrasi kebudak-budakan UMNO

Posted: 13 Jun 2012 10:48 PM PDT

Oleh Adil Mat Selamat



Sistem demokrasi di Malaysia khususnya dalam konteks hak berpilihan raya kini sudah sampai ke satu titik noktah bila mana penentuan tarikh pilihan raya terletak bulat-bulat di tangan Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia – kini disandang oleh Najib Razak.

UMNO-BN mewarwarkan bahawa demokrasi Malaysia ini tulen dan telus, kini nyata sekali sekadar retorik politik. Demokrasi memang bukan sekadar pilihan raya lima tahun sekali, ia memerlukan pilihan raya yang bersih, telus dan adil. Hak berpilihan raya ini sudah menjadi hak awam.

Bagaimana mungkin hak-hak awam, yakni hak warganegara yang bertamadun ini, dikuasai oleh hanya satu tangan tunggal, iaitu di bawah kuasa PM seorang diri?

Sungguh pun ia bukanlah suatu kesalahan dari segi perundangan, moral demokrasi itu tidak ada. Mengapa kita katakan demikian? Kerana, dalam apa jua sistem atau undang-undang, nilai moral adalah menjadi roh kepada keutuhan sistem tersebut. Tidak mungkin undang-undang atau sesuatu hukuman itu, tidak mengambil kira kesan terhadap hal moraliti.

Adalah jelas menunjukkan bahawa teka-teki berhubung tarikh pilihan raya, pembubaran Parlimen dan sebagainya, secara langsung akan memberi kesan kepada urusan harian rakyat. Urusan kerja dan tugas, urusan sekolah, urusan jual beli termasuk bayaran hutang akan tertangguh, urusan percutian bersama keluarga – semua ini akan menjadi alasan dan sebab terganggunya aktiviti ekonomi dan sosial.

Kesan ini lebih hebat kepada rakyat daripada kesan usahawan Melayu pro-UMNO berkereta mewah  yang menyamar sebagai penaja kecil untuk merungut tentang perhimpunan Bersih 3.0 yang lalu.

Jenaka demokrasi UMNO

Hingga baru-baru ini, pihak PAS telah memberi isyarat dan peringatan kepada ahlinya agar menangguhkan hajat menunaikan haji semata-mata kerana 'culaan' tarikh pilihanraya. Lantaran itu berhujahlah puak-puak UMNO dengan menggambarkan seolah-olah PAS telah melanggar syariat Islam.

Inilah lawak jenaka yang menyedihkan bila mana isu ibadah haji, tanggungjawab sebagai Muslim telah dikelirukan oleh juak UMNO. Isu ini pun nak guna untuk raih undi, miskin sekali kempen politik mereka.

Kini, rasional kuasa penentuan pilihan raya di tangan seorang Perdana Menteri tidak lagi relevan dalam dunia serba canggih. Dalam kalendar Islam, telah jelas bagaimana sesuatu tarikh ibadah puasa atau Idulfitri itu ditentukan oleh kaedah hisab dan rukyah. Mengapa UMNO tidak mahu belajar darinya?

Di negara-negara yang kita anggap sekular dan tidak Islam, bangsa dan budaya mereka masih boleh membezakan antara hak awam dan hak seorang Perdana Menteri. Hak-hak ini tidak menindih antara satu sama lain.

Jika Tun Mahathir Mohamad bilang 'demokrasi ada batasannya', maka benarlah demokrasi kebudak-budakan UMNO, yakni hanya pemimpin UMNO yang tentukan apa itu demokrasi manakala yang lainnya, termasuk definisi demokrasi sebenar, dianggap mahu menggulingkan kerajaan.

Kita tidak boleh biarkan lagi sistem sebegini diteruskan lagi. UMNO-BN tidak serius untuk reformasi kerajaan. Segala macam programnya untuk transformasi hanyalah pembaziran wang cukai rakyat untuk mengekalkan kuasa mereka tanpa mempedulikan rakyat.

Pakatan Rakyat telah pun membuktikan iltizam dan amalan di negeri-negeri yang mana mereka diberi mandat. Pakatan memang cakap serupa bikin. Cara untuk mereformasikan negara kita adalah dengan memberikan kemenangan kepada Pakatan pada pilihan raya umum kali ini. – Roketkini.com

Keluarga Najib pertahan Daniyar?

Posted: 13 Jun 2012 10:43 PM PDT

KL TODAY

 

Laporan terbaru yang mengaitkan bakal menantu perdana menteri, Daniyar Nazarbayev, dengan dakwaan menipu telah diperbesar-besarkan oleh akhbar The New York Post, demikian menurut sumber yang dekat dengan isteri perdana menteri.

Sumber tersebut berkata, dakwaan berhubung warga Kazakhstan itu juga tidak melibatkan keluarga perdana menteri.

"Isu itu telah diperbesar-besarkan. Ia semata-mata melibatkan keluarga di sebelah sana," kata sumber itu lagi yang menambah, pertunangan di antara Daniyar dan anak perdana menteri, Nooryana Najwa, tidak terjejas.

Beliau mengulas laporan The New York Post yang mendakwa Daniyar terlibat dalam penipuan.

Dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan mendakwa, Daniyar menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 (RM62 juta).

Sumber berkata, kes berkenaan hanya melibatkan keluarga Daniyar kerana kes tersebut berlangsung di antara ibu Daniyar, Maira Nazarbayev yang bercerai dengan bekas suami, Bolat Nazarbayev.

Bolat merupakan adik kepada presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev.

Sumber itu menyebut, isu tersebut juga tidak boleh diulas lebih panjang kerana masih berlarutan di mahkamah Amerika Syarikat.

Selain dakwaan menipu aset bapa tirinya, dokumen mahkamah itu juga menyebut bahawa Daniyar memalsukan dokumen untuk memasuki Columbia Universiti, di mana beliau bertemu Nooryana.

Daniyar didakwa memalsukan dokumen untuk memberikan gambaran bahawa dia berkelulusan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan, menurut akhbar The New York Post.

Sumber akhbar itu berkata, dia sebenarnya bersekolah di Switzerland dan tidak menamatkan pelajaran.

Sumber Malaysiakini ketika ditemui di satu majlis yang dihadiri isteri perdana menteri pada malam tadi berkata, dakwaan tersebut juga diperbesar-besarkan untuk menggambarkan bahawa Daniyar sanggup menipu untuk masuk ke univeraiti dan memikat hati anak perdana menteri.

Isteri perdana menteri pada malam tadi menghadiri majlis makan malam dan turut merasmikan NGO Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi.

Majlis di Setiawangsa, Kuala Lumpur itu antara lainnya turut dihadiri Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.Sumber: Malaysiakini

FGVH dihalang mahkamah proses pinjaman

Posted: 13 Jun 2012 10:40 PM PDT

KL TODAY

 


Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini membenarkan permohonan 147 peneroka bagi menghalang CIMB Bank dan Amislamic Bank untuk memproses dokumen pinjaman yang ditandatangani mereka baru-baru ini.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, mereka sangat gembira dengan keputusan yang dibacakan Hakim Datuk Mariana Yahya itu dan menunjukkan satu lagi kejayaan warga peneroka.

"Anak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada peguam plaintif, Harris Abdullah yang bertungkus lumus membantu peneroka dalam kes ini," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

16 Mei lalu, 154 peneroka sekitar Pahang memohon injunksi mahkamah dengan 'inter parte' bagi melarang CIMB dan AmIslamic Bank untuk memproses dokumen pinjaman yang ditandatangani mereka.

Mereka juga memohon sekiranya sudah diproses, pihak bank dilarang untuk menyalurkan jumlah pinjaman kepada Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) kerana  kerana mereka menandatanganinya dalam keadaan terpaksa dan tidak faham.

Sehubungan itu, Mazlan menyeru peneroka lain yang menandatangani borang tersebut turut tampil memberi maklumat kepada Anak agar ia boleh dibawa ke mahkamah.

"Saya menyeru mana-mana peneroka yang telah menandatangani borang pinjaman, mereka boleh memberitahu kepada Anak dan kita akan bawa ke mahkamah kerana kejayaan hari ini membuktikan peneroka di pihak yang benar," katanya.

Sementara itu, Mazlan turut mengajak warga Felda untuk bersama-sama Anak menyerahkan notis kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di kediaman rasminya di Putrajaya, selepas solat Jumaat esok.

Notis itu menuntut Najib membuat permohonan terbuka berhubung ucapannya yang menyebut 'haram jadah' kepada peneroka, 8 Mei lalu.

"Saya harap peneroka dapat beri sokongan moral dengan hadir beramai-ramai esok. Kita mahu perdana menteri mohon maaf secara terbuka. kalau gagal, kita akan sama malu," katanya yang juga pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Tambah Mazlan, beliau juga akan membuat pengumuman berhubung tarikh perhimpunan besar-besaran membantah penyenaraian FGVH yang dirancang akhir bulan ini.

"Esok saya akan umumkan tarikh perhimpunan kita dan lokasinya di mana," katanya.

Mazlan sebelum ini berkata,  pihaknya akan menghimpunkan sekurang-kurangnya 20,000 orang di Kuala Lumpur terdiri daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) bagi tujuan itu.

Katanya, perhimpunan itu merupakan kemuncak kepada usaha Anak selepas usaha dilakukan selepas segala pendekatan diplomasi mereka tidak diendahkan.

Tiada ulasan: