Khamis, 14 Jun 2012

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Walaupun Bakal Menantu Berhadapan dengan Pertuduhan Menipu, Pecah Amanah, Namun Rosmah Tetap RESTU Hubungan Anaknya dengan Warga Kazakhstan Itu???

Posted: 13 Jun 2012 08:30 PM PDT


[MK] Laporan terbaru yang mengaitkan bakal menantu perdana menteri, Daniyar Nazarbayev, dengan dakwaan menipu telah diperbesar-besarkan oleh akhbar The New York Post, demikian menurut sumber yang dekat dengan isteri perdana menteri.

Sumber tersebut berkata, dakwaan berhubung warga Kazakhstan itu juga tidak melibatkan keluarga perdana menteri.

"Isu itu telah diperbesar-besarkan. Ia semata-mata melibatkan keluarga di sebelah sana," kata sumber itu lagi yang menambah, pertunangan di antara Daniyar dan anak perdana menteri, Nooryana Najwa, tidak terjejas.

Beliau mengulas laporan The New York Post yang mendakwa Daniyar terlibat dalam penipuan.

Dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan mendakwa, Daniyar menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 (RM62 juta).

Sumber berkata, kes berkenaan hanya melibatkan keluarga Daniyar kerana kes tersebut berlangsung di antara ibu Daniyar, Maira Nazarbayev yang bercerai dengan bekas suami, Bolat Nazarbayev.

Bolat merupakan adik kepada presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev.

Sumber itu menyebut, isu tersebut juga tidak boleh diulas lebih panjang kerana masih berlarutan di mahkamah Amerika Syarikat.

Selain dakwaan menipu aset bapa tirinya, dokumen mahkamah itu juga menyebut bahawa Daniyar memalsukan dokumen untuk memasuki Columbia Universiti, di mana beliau bertemu Nooryana.

Daniyar didakwa memalsukan dokumen untuk memberikan gambaran bahawa dia berkelulusan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan, menurut akhbar The New York Post.

Sumber akhbar itu berkata, dia sebenarnya bersekolah di Switzerland dan tidak menamatkan pelajaran.

Sumber Malaysiakini ketika ditemui di satu majlis yang dihadiri isteri perdana menteri pada malam tadi berkata, dakwaan tersebut juga diperbesar-besarkan untuk menggambarkan bahawa Daniyar sanggup menipu untuk masuk ke univeraiti dan memikat hati anak perdana menteri.

Isteri perdana menteri pada malam tadi menghadiri majlis makan malam dan turut merasmikan NGO Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi.

Majlis di Setiawangsa, Kuala Lumpur itu antara lainnya turut dihadiri Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.



P/s: Sporting betul Hajah Rosmah! Kalau bakal menantunya didapati bersalah dan dikenakan hukuman, apa pula kata Hajah Rosmah?

Kah kah kah!

TAKZIAH!


[Wajib Baca] Najib PENING: Bakal Besan DiBURU Interpol, Bakal Menantu Kantoi MENIPU, PECAH AMANAH

Posted: 13 Jun 2012 07:19 PM PDT


[HD] NEW YORK: Menipu bapa tirinya yang mempunyai kaitan dengan Kazakhtan,  menipu pembelian Plaza kondo yang bernilai US20 juta, juga didapati memasuki University Columbia dengan cara menipu, kata kertas dakwaan terhadapnya.

Daniya Nazarbayev – yang bapa tirinya ialah adik kepada presiden Kazakhtan Nursultan Nazarbayev – memasuki kolej menggunakan sijil palsu yang ditipu daripada sebuah sekolah tinggi yang beliau tidak pernah hadiri, tambah kertas dakwaan tersebut.

Semasa permohonan, Daniyar telah dituduh menyatakan bahawa beliau seorang graduan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan. Sebenarnya beliau telah bersekolah di sebuah sekolah tinggi di Switzerland dan gagal mendapat ijazah, kata sumber.

Bukan itu sahaja, bahkan nama terakhir Daniyar yang berpengaruh juga adalah palsu, kata kertas pendakwaan itu.

Nama bapanya yang sebenar ialah Kesikbayev. Ibu beliau, Maira, didakwa telah menukar sijil kelahiran beliau selepas beliau berkahwin dengan Bolat Nazarbayev pada 2001.

Perkahwinan tersebut berakhir tahun lepas.

Daniyar, sekarang 24, telah mendapat ijazah daripada Columbia pada 2010.

Menurut satu sumber yang rapat, dakwaan telah dibawa kepada pengetahun Universiti Columbia, namun tidak pasti sama ada pegawai institusi tersebut telah mengambil tindakan.

Nama Daniyar masih tercatat di dalam direktori alumni institusi tersebut.

Seorang wakil Columbia enggan memberikan sebarang ulasan.

Tuduhan tersebut adalah sebahagian daripada surat saman Bolat terhadap Maira dan anaknya di Mahkamah Tinggi Manhattan, di mana beliau dituduh mengambil kesempatan ke atas kepercayaan beliau untuk merampas Plaza kondo dan dua lagi apartmen bernilai jutaan ringgit di Wall Street.

Bolat berkata beliau mendapati Maira mempunyai beberapa nama samaran – dan beliau dikehendaki oleh Interpol dan pihak berkuasa Kazakhtan untuk jenayah yang meliputi peras ugut dan culikan.

Akan tetapi, Maira, 50 kini menetap bersama anaknya di kondo di The Plaza, yang mempunyai empat bilik, apartmen keluasan 4,000 kaki persegi dilengkapi dengan 3.5 tandas.

Ia telah disenarai sebagai tempat yang berharga sewa US68,000 sebulan.

Beliau tidak dapat dihubungi untuk sebarang ulasan. Apartmen tersebut tidak mempunyai sebarang nombor telefon dan The Post tidak dibenarkan oleh pengawal keselamatan Plaza untuk mengetuk pintu beliau.

Daniyar, bagaimanapun dilaporkan hilang.

(Daniyar bertunang dengan Nooryana Najwa)

Di dalam kertas saman, peguam Bolat berkata mereka sedang mencari beliau di lima negara, termasuk Malaysia di mana beliau dikatakan telah bertunang dengan anak perdana menteri, Nooryana Najwa, kata seorang sumber yang mereka temui di Columbia.

Bolat cuba membeli sebuah apartment di New York pada 2008, dan Maira serta Daniyar telah memperolehi kebenaran daripada beliau untuk membuat perjanjian tanpa kehadiran beliau.

Saman tersebut berkata Daniyar sepatutnya meletakkan nama apartment itu di bawah nama bapa tirinya, tapi menambah nama ibunya bersama.

Lapan bulan selepas itu, ibunya menjual apartment tersebut kepada Daniyar pada harga US1, kata kertas pendakwaan.
------------------------
Berita diterjemah daripada New York Post – bertarikh Jun 11, 2012.



P/s: TAKZIAH HAJI NAJIB!




Tiada ulasan: