Biaqpila |
- LIVE EURO 2012: Spain vs Republic of Ireland
- LIVE EURO 2012: Italy vs Croatia
- Sangattttt kah! kah! kah!
- PUTRAJAYA PUN DAH TOLAK UMNO.... KAH! KAH! KAH!
- Betul ke BERSIH akibatkan rugi RM1.8 juta? Yang lepas berbilion-billion ringgit tu apa?
- Lebuhraya Kelantan bakal buat Umno sakit jiwa
LIVE EURO 2012: Spain vs Republic of Ireland Posted: 14 Jun 2012 11:40 AM PDT Live Streaming Video Football : UEFA Euro 2012 Friday (15 June) 02:45 (GMT +8) KLIK DI SINI KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
LIVE EURO 2012: Italy vs Croatia Posted: 14 Jun 2012 09:27 AM PDT Live Streaming Video Football : UEFA Euro 2012 Friday (15 June) 00:00 (GMT +8) KLIK DI SINI KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 14 Jun 2012 05:00 AM PDT Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengalu-alukan orang ramai menamakan dua ekor panda yang dipinjam Malaysia daripada negara China akhirnya mengundang pelbagai reaksi lucu. Dalam laman Facebook berbahasa Cinanya, Najib yang menggelar dirinya "Ah Jib Gor" (Abang Najib) berkata kedua-dua ekor binatang itu mewakili hubungan baik dengan republik itu. "Spesis panda sudah hampir pupus, namun China bersetuju meminjamkannya kepada kita. Ini membuktikan China percayakan kita. "(Panda) akan menjadi pengalaman pendidikan untuk rakyat Malaysia. Ia membenarkan kita memahami lebih banyak tentang binatang dan meningkatkan kesedaran kepada kerja-kerja perlindungan," tulis Najib. Bagaimanapun, mesej serius perdana menteri berakhir dengan komen berbentuk selaran banyak pihak yang beranggapan langkah itu hanya membazir. Sebahagiannya mengambil peluang memperolokkan Najib dan isterinya Rosmah Manosr dengan menamakan panda itu sebagai "cincin dan beg beg", "Altantuya dan Scorpene" dan "Rara dan Suahsuah". MK KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
PUTRAJAYA PUN DAH TOLAK UMNO.... KAH! KAH! KAH! Posted: 13 Jun 2012 11:16 PM PDT Perbadanan Putrajaya ke buat banner ni? kah! kah! kah! sangattttt! 1MALAYSIA DAH TOLAK UMNO BARU ADA AKAI KAH! KAH! KAH! UMNO BN LA NI DAH TERBUKTI LEMAH BEB PASAI DEPA TAKUT BOTOL NAZRI AZIZ KATA BOTOL DAN GARAM BOLEH KASI JATUH KERAJAAN BN KAH! KAH! KAH! KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Betul ke BERSIH akibatkan rugi RM1.8 juta? Yang lepas berbilion-billion ringgit tu apa? Posted: 13 Jun 2012 08:00 PM PDT Kalau BN kata kerajaan rugi RM1.8 juta sebab himpunan Bersih yang menuntut penyucian Suruhanjaya Pilihan Raya agar adil dan telus, kita juga boleh kata bahawa rakyat akan rugi dengan pengagihan RM1.5 juta di setiap kawasan Parlimen mereka sebab dana awam cukai yang dikenakan terhadap rakyat Malaysia dicopet sesuka hati. Makanya, kalau sekarang BN mengusai 139 Parlimen, ini bererti RM208.5 juta wang cukai rakyat akan dilantak puak-puak ini. Berapa banyak yang akan sampai kepada keluarga Melayu, India, Kadazandusun, Iban, Orang Ulu yang miskin, tak pula diketahui. Dan kalau tambah lagi RM41.5 juta, maka genaplah RM250 juta yang serupa nilainya dengan korban skandal lembu NFC yang dijadikan modal beli kondo mewah dan kereta mewah melibatkan anak-beranak Shahrizat Jalil. Akan hal ini wajarlah Ketua Oposisi Parlimen Anwar Ibrahim berkata, "Najib terdesak… " Tapi mungkin bagi Najib, dia tidak peduli – Asalkan BN menang, peduli apa dia pada rakyat.. Dapat dekat siapa duit tu…? Persoalannya, entah berapalah sangat hamba rakyat kawasan Parlimen yang akan merasa dan berapa pula orang atas (Bahagian, Cawangan, JKKK) akan sapu? Tun Mahathir sendiri pernah tegur UMNO hal rasuah merasuah ni tapi dia pun dua kali lima juga. Dah namanya UMNO-BN, sampai ada orang kata UMNO ni ditakdirkan parti rasuah… sudahlah integriti pun tak ada … kalau bukan duit, apa lagi yang boleh dibuat modal kempen mereka? Kerajaan BN memang selalu rugi… Entahlah….Kalau dibelek-belek, sejak dulu lagi kerajan BN ni selalu rugi. Tak perlu Bersih 3.0 pun dia boleh rugi. Tahun lepas kita sudah dengar syarikat penerbangan Malaysia MAS mencatatkan kerugian RM478 juta dan kerugian yang terkumpul sehingga kini ialah RM1.2 billion! Lepas tu MAS rugi lagi suku ke tiga tahun ini sebanyak RM171 juta kemudian ada ura-ura pula Khazanah Nasional Berhad iaitu syarikat milik kerajaan pemegang terbesar saham MAS mau menyuntik sehingga RM9 billion pelan pembiayaan gunakan wang rakyat! Mak ai… sikitnya…!!! Berbalik pada dakwaan Hisham anak Tun Hussein, agak-agaknyalah, adakah Menteri Dalam Negeri itu akan beritahu rakyat secara terbuka harga sebiji shell tear smoke dan grenade tear smoke yang tembak ke atas peserta himpunan aman Bersih 3.0 yang lalu dan berapa pula harga seliter air kimia yang disembur? Sudahlah rugi dan merugikan… yang menanggungnya siapa lagi kalau bukan kita, rakyat Malaysia yang bayar cukai hari-hari! Oh, mungkin ada yang kata dia tak perlu bayar cukai pun. Mungkin orang ini hanya fikirkan cukai pendapatan. Mungkin dia lupa dia kena bayar tol lebuh raya, kena bayar caj perkhidmatan telefon, TV satelit, cukai perkhidmatan restoran dan entah apa lagi yang mengempiskan poket. – Roketkini.com KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Lebuhraya Kelantan bakal buat Umno sakit jiwa Posted: 13 Jun 2012 06:00 PM PDT Apabila Kelantan mengistiharkan bahawa kerajaan negeri Kelantan akan membina sendiri lebuh raya yang akan menghubungkan Kota Bahru dan Kuala Krai maka pelbagai reaksi ditunjukkan oleh pelbagai pihak terhadap cita-cita besar tersebut. Lebuh raya yang bakal menelan belanja sehingga mencecah lebih daripada RM 1 billion itu dilihat sebagai usaha PAS di Kelantan untuk meraih simpati pengundi-pengundi di negeri Serambi Mekah itu terus mengekalkan PAS sebagai pemerintah. Lebuh raya sepanjang 77 km itu yang bakal beroperasi tanpa tol nanti diperlekeh oleh kepimpinan Umno khususnya di Kelantan kerana bersangka buruk bahawa lebuh raya tersebut diwar-warkan oleh PAS untuk meraih sokongan daripada pengundi. Bagi saya, itu adalah tanggungjawab pemerintah untuk memberikan yang terbaik kepada rakyatnya. Lagipun, lebuh raya tersebut sepatutnya telah lama dibina di lokasi tersebut tetapi disebabkan hati busuk kepimpinan Umno telah dengan sengaja melewatkan projek yang bermanfaat kepada rakyat. Projek lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai di negeri Kelantan telah diluluskan semenjak Rancangan Malaysia Ke-6 (1986-1990) dan sekali lagi diluluskan di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan tetapi sehingga ke hari ini masih belum dilaksanakan. Bermakna, kerajaan Pusat telah pun menyedari bahawa lebuh raya tersebut sangat penting untuk rakyat di Kelantan, justeru mengapa ditangguhkan sejak sekian lama? Saya berani untuk menyatakan di sini bahawa ia berlaku kerana berdasarkan kepentingan politik Umno. Sebab itu, tidaklah menjadi satu kehairanan mengapa kerajaan Kelantan diperlekeh dalam usaha yang murni ini. Saya tertunggu-tunggu jika ada menteri yang akan membuat kenyataan bahawa kerajaan Pusat sebenarnya 'sekadar menguji' kerajaan Kelantan sama ada mampu untuk membina lebuh raya sendiri atau tidak seperti mana Menteri Pengajian Tinggi membuat kenyataan yang sama apabila pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel ditangguhkan sebelum daripada ini. Sebelum ini, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed percaya bahawa cita-cita tersebut tidak mungkin dapat tercapai mengikut realiti semasa dan percaya bahawa ia adalah gimik politik semata-mata kerana beliau tidak percaya bahawa dengan hanya bergantung kepada dana yang dikutip daripada rakyat walaupun tempoh berpuluh tahun lagi pun tidak akan tercapai hasrat tersebut. Begitu juga dengan kenyataan daripada Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Noorzahidi Omar yang menganggap bahawa projek lebuh raya rakyat ini akan menjadi satu lagi projek yang bakal disenaraikan sebagai projek gagal. Projek yang mengharapkan wang ikhsan derma rakyat ini ibarat satu lagi harapan palsu kepada rakyat di negeri itu. Beliau juga percaya bahawa ia adalah projek gimik pilihan raya semata. Saya yakin kepimpinan PAS Kelantan akan dapat menutup mulut semua pengkritik-pengkritik itu. Sya juga berharap agar kepimpinan Kerajaan Kelantan dapat turun ke setiap negeri untuk merealisasikan harapan ini. Pimpinan PAS kawasan-kawasan juga perlu mengambil inisiatif tersendiri dan mengikut kekreatifan masing-masing. Mudah-mudah Allah memberikan kekuatan kepada kerajaan Kelantan di bawah kepimpinan TG Nik Abdul Aziz bin Nik Mat untuk menunaikan impian dan harapan rakyat menerusi pembinaan lebuhraya ini. *Oleh Duratul Adani utaranews KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan