DUNIACACAMARBA |
- Pengantin Kantoi Ambil Kuda untuk "Mengganas" pada Malam Pertama
- Mengejutkan, Pengadu Kes Fitnah Polis Bukit Kepong Minta Maaf daripada Mat Sabu dan Mohon Beliau Dibebaskan
- Lajim & Kasitah Gaddam Nafi Sertai Pembangkang
- [Wajib Baca] Bekas Pengarah Siasatan BPR Akui Tutup Kes "RM3 Bilion Anwar" Kerana TIDAK BERASAS di Mahkamah
- Budak Dikurung & Diratah Sekumpulan Individu
- Baru Berusia 16 Tahun Sudah Kemaruk Mengintai Isteri Orang Mandi
- [PANAS] Dua Ahli Parlimen Sabah Sertai KeAdilan?
- Konstabel Didakwa Mencabul dengan Memasukkan Jari ke....
- [Tepat dan Padat] MB Selangor: Jangan Ambil Cukai Jika Mahu Selangor Beri Pendidikan Percuma
- [Video-Wajib Tonton] Isu RM3 Bilion: Anwar Cabar Muhyiddin Sama-sama Cek Akaun, Tanya Siapa Bayar Sewa Rumahnya
Pengantin Kantoi Ambil Kuda untuk "Mengganas" pada Malam Pertama Posted: 11 Jun 2012 05:05 AM PDT [SH] DUNGUN – Seorang pengantin lelaki bertindak di luar dugaan apabila sanggup mengambil pil kuda semata-mata ingin menjadikan malam pertamanya luar biasa. Bagaimanapun tindakan lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori hantu itu membawa padah apabila dia dicekup polis, dua hari selepas dia bergelar pengantin baru. Pemuda berusia 25 yang baru naik pelamin bersama gadis pilihannya berasal dari Kampung Delong dalam satu majlis persandingan yang difahamkan berlangsung di Kampung Nibong itu ditahan dalam serbuan polis kira-kira jam 2 petang. Dia ketika itu dipercayai berkunjung ke rumah rakannya untuk mengambil dadah. Suspek yang mempunyai ahli keluarga berasal dari Pengantin baru ini (kiri) dicekup di tapak projek dekat kampung Tokkah dibawa ke ibu pejabat polis daerah setelah dicekup bersama rakannya kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah. Bachok, Kelantan ketika ditemui turut mengakui menjadi penagih sejak beberapa tahun lalu dan pernah ditahan lebih dua kali sebelum ini. Katanya, dia berjaya memujuk gadis yang kini menjadi isterinya untuk berkahwin setelah mendakwa sudah insaf dan berjanji untuk tidak mengulanginya. "Sebelum ini isteri saya tahu bahawa saya seorang penagih, akan tetapi demi cinta suci kami, dia sanggup melayari bahtera dengan berkahwin dengan saya. "Namun dia tidak mengetahui bahawa saya ada mengambil dadah sehari sebelum naik pelamin sehinggalah saya ditangkap petang tadi," katanya yang didapati positif dadah jenis methampethamine. Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik itu dan suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. P/s: Baru kahwin sudah tidak power? Alahai! | ||
Posted: 11 Jun 2012 03:12 AM PDT [HD] PULAU PINANG: Perbicaraan kes Haji Mohamad Sabu yang didakwa kerana dikatakan memfitnah polis Bukit Kepong di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaaan menyaksikan kegemparan apabila pengadu kes tersebut beberapa kali meminta maaf kepada beliau dan meminta Mahkamah membebaskannya dari pertuduhan. Saksi pendakwa tersebut Visvanathan a/l Muthu iaitu seorang pesara polis yang memberi keterangan beliau hari ini berulang-ulang kali meminta maaf kepada Mat Sabu sambil mengangkat tangannya kepada Mat Sabu dan meminta mahkamah membebaskan beliau. Beliau berkata demikian apabila di soal balas secara panjang lebar oleh peguambela Mat Sabu, Mohamed Hanipa Maidin di Mahkamah Sesyen hari ini. Semasa pemeriksaan balas tersebut beliau mengakui bahawa laporan polis yang beliau pada 27 Ogos 2011 adalah semata-mata berdasarkan laporan Utusan Malaysia pada tarikh yang sama. Berikut adalah antara lain petikan soal balas Hanipa dengan saksi tersebut. Soalan peguambela (S): Kamu setuju kamu sendiri tak dengar ceramah Mat Sabu? Jawapan saksi(J): Ya, setuju. S: Kamu setuju apabila kamu tak dengar apa yang Mat Sabu kata, kamu sebenarnya tak tahu apa yang Mat Sabu kata? J: Ya. Setuju. S: Cuba kamu lihat laporan laporan akhbar Utusan dan petikan ucapan Mat Sabu, setuju tak apa yang ditulis oleh Utusan adalah tidak sama dengan apa yang Mat Sabu kata? J : Ya, setuju. S : Mat sabu tak ada kata perkataan komunis langsung dalam ucapan beliau tapi Utusan ada kata, betul tak? A : Betul. S: Kamu setuju atau tidak apa yang kamu tulis dalam laporan polis kamu yang katakan Mat Sabu menfitnah polis dan menyokong komunis adalah tidak betul? J : Ya, setuju. S : Jadi laporan polis kamu tidak betul dan saya katakan bukan Mat Sabu yang memfitnah polis tetapi kamu yang sebenarnya memfitnah Mat Sabu dalam laporan polis kamu? J : Ya, saya setuju. Saya mahu minta apology (maaf) kepada beliau (sambil tunjukkan tangan minta maaf pada Mat Sabu yang ada di kandang orang kena tuduh). S : Dalam laporan polis kamu ada sebut minta polis ambil tindakan undang-undang Mat Sabu, kamu masih mahu 'stick' kepada apa yang kamu katakan? J : Tidak, saya mahu minta maaf pada Mat Sabu dan 'he is now my brother'. Saya mahu Mat Sabu dibebaskan. S: Kamu kata Mat Sabu derhaka pada Yang Dipertuan Agong, saya ingin tanya pada kamu macam mana kamu boleh kata dia derhaka kepada Agong, sedangkan pada masa peristiwa Bukit Kepong Malaysia belum wujud dan Yang Di Pertuan Agong pun belum ada. Macam mana Mat Sabu boleh derhaka pada benda yang belum ada? J :Saya tidak boleh jawab soalan itu. S: Jadi kamu setuju kamu tidak cakap benda betul dalam laporan polis kamu? A: Setuju. Saski juga mengakui dia tidak tahu di mana Bukit Kepong dan apabila terus ditanya oleh Hanipa beliau menyatakan Bukit Kepong terletak di Selangor dan Hanipa lantas menyampuk "Itu Kepong bukan Bukit Kepong!" Saksi tersebut yang mengidap diabetik beberapa kali terpaksa berhenti memberi keterangan kerana dikhuatiri akan pengsan kerana berdiri terlalu lama. Apabila disoal semula oleh pihak pendakwa saksi sekali lagi meminta maaf pada Mat Sabu dan berkata beliau menyesal (kerana buat laporan polis ke atas Mat Sabu). Selepas selesai memberikan keterangan saksi tersebut dilihat berjalan menuju ke kandang Mat Sabu dan terus bersalam dengan beliau dan meminta maaf sekali lagi. Kes kemudiannya ditangguhkan ke 13,16 dan 17 Julai depan kerana Hanipa memaklumkan mahkamah bahawa Mat Sabu sedang menunggu tarikh rayuannya di Mahkamah Rayuan bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang enggan membatalkan pertuduhan ke atas beliau. Mat Sabu diwakili oleh Mohamed Mohamed Hanipa Maidin, Amin Zulkifli dan Nasar Khan manakalan Encik Husaini mewakili pihak pendakwa. Galeri Mahkamah yang dipenuhi pemerhati turut menyaksikan kehadiran Ustaz Salleh Man, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dan Ahli Majlis dari DAP, iaitu saudara Francis. | ||
Lajim & Kasitah Gaddam Nafi Sertai Pembangkang Posted: 11 Jun 2012 01:26 AM PDT [Mstar] KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin hari ini menafikan laporan sebuah portal berita kononnya beliau akan meninggalkan Umno dan menyertai barisan pembangkang di Sabah. Anggota Parlimen Beaufort itu berkata khabar angin tersebut tersebar kerana beliau pernah mengadakan pertemuan dengan beberapa rakan pemimpin dari parti lain di Sabah bagi membincangkan dan menyelesaikan masalah rakyat. "Saya bercakap begitu (berjumpa dengan pemimpin lain di Sabah) supaya ada penambahbaikan, ada jaminan dan ada perubahan dari segi kepimpinan di peringkat negeri, dari segi approach dan harapan rakyat sebelum pilihan raya umum ke-13," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini. Semalam Malaysiakini melaporkan khabar angin kononnya Anggota Majlis Tertinggi Umno itu, dan Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Datuk Wilfred Bumburing akan menyertai majlis anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), sekali gus menyertai pembangkang. Lajim berkata melalui perbincangan seumpama itu pelbagai perkara penting berkenaan masalah dan kebajikan rakyat Sabah dapat diketahui. "Rakyat meletakkan harapan yang besar kepada kerajaan negeri dan persekutuan dalam menangani apa juga masalah dihadapi mereka, contohnya di peringkat saya seperti masalah air dan banjir yang tidak sudah-sudah dialami rakyat...ini semua saya suarakan demi rakyat," katanya. Mengulas mengenai penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak awal bulan ini, beliau berkata rakyat di negeri itu perlu diberi kefahaman yang jelas berkenaannya. "Setelah RCI diumumkan mungkin rakyat Sabah mahu tahu berkenaan apa tindakan susulan yang diumumkan mengikut term of reference? (terma rujukan)...mestilah ada tindakan awalan dan apa yang perlu dibuat yang jelas," katanya. Sementara itu di RANAU, bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Tan Sri Kasitah Gaddam menafikan dakwaan kononnya beliau antara pemimpin Sabah yang akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari barisan pembangkang. "Tidak benar sama sekali bahawa saya berhasrat untuk menyertai mana-mana parti pembangkang," katanya kepada Bernama. Beliau mengulas laporan akhbar dan berita portal mengenai hal tersebut. Selain Kasitah, laporan itu pada Sabtu turut menyebut beberapa pemimpin lain yang bakal menyertai PKR termasuk bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Osu Sukam, bekas Timbalan Ketua Menteri dan Adun Banggi Datuk Amir Kahar Mustapha, dan naib presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Senator Datuk Maijol Mahap. Sambil menyifatkan laporan itu tidak tepat, Kasitah yang juga bekas anggota Parlimen Kinabalu (sekarang Parlimen Ranau) berkata: "Saya akan meneruskan perjuangan bersama-sama UMNO-Barisan Nasional demi kepentingan dan masa depan rakyat dan negeri Sabah," katanya. Lapran awal di sini. | ||
Posted: 10 Jun 2012 11:28 PM PDT Laporan Malaysia Kini bertarikh tentang kenyataan Bekas pengarah siasatan BPR, Abdul Razak Idrus di mahkamah tentang isu RM3 bilion yang kini menjadi modal terdesak UMNO[MK] Bekas pengarah siasatan BPR, Abdul Razak Idrus memberitahu mahkamah tinggi hari ini bahawa siasatan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menyorok RM3 bilion dalam akaun asing dan mempunyai kaitan dengan kepentingan Barat, didapati tidak berasas. Abdul Razak, 60, yang kini telah bersara tetapi menjadi pengarah dalam beberapa syarikat, berkata BPR telah menyiasat perkara itu ekoran dakwaan yang dibuat dalam akuan bersumpah bekas penolong gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid. Katanya, sepasukan pengawai BPR telah ke Singapura dan United Kingdom untuk menyiasat dakwaan tersebut. "Kami berjumpa dengan Murad dan beberapa saksi di Britain. Tetapi siasatan mendapat 'tiada kes' terhadap Anwar berhubung dakwaan dalam akuan bersumpah Murad," katanya. Oleh itu, katanya, beliau membuat kesimpulan bahawa dakwaan dalam akuan bersumpah itu adalah tidak berasas dan mengarahkan supaya siasatan ditutup. Murad menandatangani akuan bersumpah itu pada 20 Oktober 1999 - kira-kira sebulan selepas Anwar ditahan selepas dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada awal bulan September tahun berkenaan. Abdul Razak kemudiannya membuat akuan bersumpahnya mengenai perkara itu dan mengemukakannya kepada mahkamah. Bekas pegawai kanan BPR itu memberi keterangan dalam kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan oleh Anwar terhadap News Straits Times Press (M) Bhd dan bekas ketua pengarang kumpulannya, Datuk Abdullah Ahmad. Artikel yang didakwa berunsur fitnah itu, disiarkan pada 2 Mac 2002. Berkaitan: Muhyiddin gesa Anwar jelas dakwaan berhubung pemilikan 20 akaun induk MUAR, 9 Jun — Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan segera dakwaan berhubung pemilikan 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang bernilai RM3 bilion seperti terkandung dalam akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid, 13 tahun lepas. Timbalan Perdana Menteri berkata dakwaan berkenaan bukan perkara kecil dan dengan itu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu perlu bertanggungjawab untuk menjelaskan perkara berkenaan kepada rakyat. "Angka (RM3 bilion) yang disebut adalah besar. Jadi, ia merupakan tanggungjawab Ketua Pembangkang untuk memperjelaskannya. Apakah benar atau tidak. Rakyat hendak tahu...pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membuat tuntutan supaya penjelasan dibuat pun mewakili kumpulan rakyat yang bukan sedikit. "Kalau tidak betul, Anwar harus mengambil tindakan terhadap pihak yang membuat dakwaan termasuk bekas Penolong Gabenor Bank Negara," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran program Kasihi Pekebun peringkat negeri di Dataran Sarang Buaya, di sini, hari ini. Muhyiddin (gambar) yang juga Menteri Pelajaran berkata kewibawaan dan integriti Anwar akan terjejas sekiranya Ketua Pembangkang berkenaan tidak menjelaskan dakwaan itu. Selasa lepas, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali dilaporkan media menimbulkan persoalan mengenai status siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pendedahan Abdul Murad hampir 13 tahun lepas. P/s: Cabaran Anwar terhadap Muhyiddin di sini. | ||
Budak Dikurung & Diratah Sekumpulan Individu Posted: 10 Jun 2012 08:43 PM PDT
Budak dikurung kena rogol [BH] KUALA LUMPUR: Seorang murid perempuan Tahun Enam, menempuh detik hitam apabila dikurung sekumpulan individu di sebuah rumah selama dua hari sebelum dirogol dalam keadaan tidak sedarkan diri, selepas diberi sejenis minuman di Lembah Jaya Selatan, Ampang, kelmarin. Mangsa yang tinggal di Bandar Tun Razak, di sini dikatakan mengikut rakan lelaki berusia 20-an yang baru dikenalinya pada Khamis lalu, sebelum dibawa bertemu rakan perempuan temannya itu yang menggelarkan diri sebagai 'Mummy'. Sebaik dipertemukan dengan 'Mummy', mangsa dikatakan dibawa ke sebuah rumah di kawasan Ampang dan turut diperkenalkan kepada dua wanita dan dua lelaki yang berada dalam rumah berkenaan sebelum ditempatkan di sebuah bilik. Murid berkenaan dikatakan diberi sejenis minuman oleh 'Mummy' untuk menghilangkan dahaga sebelum tidak sedarkan diri selama dua hari. Sumber polis berkata, mangsa hanya sedarkan diri selepas dikejutkan sekumpulan individu berkenaan yang memintanya bangun untuk mandi kira-kira jam 8.30 malam kelmarin iaitu dua hari selepas tidak sedarkan diri. Katanya, mangsa yang tidak mengingati apa yang menimpa dirinya itu bergegas ke bilik air sebelum terkejut melihat beberapa kesan gigitan di bahagian leher, selain rasa sakit di bahagian kemaluan dipercayai dirogol ketika dia tidak sedarkan diri. "Sebaik selesai mandi, enam individu termasuk rakan lelakinya itu sedang bersiap untuk keluar rumah dengan alasan mahu membeli makanan dan meminta mangsa menunggunya di rumah. "Individu berkenaan juga sempat menyerahkan telefon bimbit mangsa sebelum keluar bersama beg galas dan komputer riba," katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam. Beliau berkata, sebaik sekumpulan individu berkenaan keluar, mangsa bergegas menghubungi ahli keluarganya meminta bantuan mengambilnya di rumah berkenaan, namun gagal kerana telefonnya kehabisan bateri sebelum nekad melarikan diri. "Mangsa kemudian menggunakan telefon awam menghubungi ibu bapanya supaya mengambilnya di lokasi kejadian dan tampil membuat laporan polis di Balai Polis Cheras," katanya sambil menambah kes berkenaan dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang untuk tindakan lanjut. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Nazri Nawawi ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dilakukan. P/s: Banyak pengajaran yang boleh diambil! | ||
Baru Berusia 16 Tahun Sudah Kemaruk Mengintai Isteri Orang Mandi Posted: 10 Jun 2012 07:40 PM PDT [HM] KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang remaja bawah umur mengintai isteri jirannya mandi membawa padah apabila perbuatannya itu disedari mangsa sebelum dia dicekup suami wanita terbabit. Akibat perbuatan itu, tertuduh berusia 16 tahun berasal dari Kota Bharu, Kelantan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam, mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Kesalahan Kecil 1955. Tertuduh mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan sebelum mengaku salah di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim. Mengikut pertuduhan, tertuduh yang tidak bersekolah didakwa melakukan kesalahan mengintai mangsa berusia 27 tahun yang sedang mandi di sebuah rumah di Kampung Tanjung, Lorong Haji Mat Tauke, di sini, kira-kira jam 6 pagi pada 26 Januari lalu. Bagi kesalahan itu, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Kesalahan Kecil 1955 berdepan hukuman penjara tidak melebihi setahun atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Abdul Hayyi kemudian menetapkan 24 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk hukuman dan perintah sementara menunggu laporan akhlak tertuduh daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Mahkamah juga membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM500 dengan seorang penjamin. Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Inspektor Nurulbadriah Mohamed Esa di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Hayyatuddin Muhamad. P/s: Mula-mula mengintai, selepas itu merogol...! | ||
[PANAS] Dua Ahli Parlimen Sabah Sertai KeAdilan? Posted: 10 Jun 2012 07:00 PM PDT [KD] SABAH 9 Jun: Pengerusi KEADILAN Sabah, Ahmad Thamrin Jaini mengesahkan beberapa tokoh Barisan Nasional, termasuk dua ahli parlimen dari Sabah akan menyertai KEADILAN. Antara tokoh tersebut ialah Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Wilfred Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran. Turut dinamakan ialah Ahli Parlimen Beaufort dan Ahli Majlis tertinggi Umno, Datuk Seri Lajim Ukin. Bagaimanapun beliau tidak dapat memberi jaminan samada pengumuman rasmi dapat dibuat malam ini, ekoran penerbangan pesawat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Kuala Lumpur tergendala petang tadi. "Dua MP ini Confirmed (pasti) akan sertai (KEADILAN). Cuma (tunggu) waktu sahaja, kita tunggu saja lah," katanya kepada Keadilan Daily. Anwar dijadual tiba di Sabah pada jam 1.40 petang dan dijadual menghadiri dua majlis di Sabah iaitu sambutan perayaan Kaamatan di Kota Belud dan satu Majlis Makan Malam di Kota Kinabalu. Bagaimanapun penerbangan pesawat beliau ke Kota Belud ditangguh ekoran hujan lebat, sebelum menaiki pesawat ke Labuan untuk tiba ke Kota Kinabalu kira-kira jam 5 petang. Beliau kini dalam Majlis Makan Malam dan Ceramah Perdana di Star City Convention Centre, Asia City di Kota Kinabalu. Jam 10 malam ini, Anwar dijadual bertemu Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah dilokasi sama. Selain dua ahli parlimen, beberapa lagi tokoh dari Sabah dikatakan akan turut menyertai KEADILAN sepertimana dilapor beberapa blog. Mereka ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banggi, Datuk Amir Kahar Tun Mustapha, Naib Presiden Perkasa, Datuk Yahya Lampong, dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milik kerajaan negeri, Ibrahim Menudin. Berkaitan: 2 tokoh BN Sabah lompat parti hari ini? [MK] Khabar angin bertiup kencang bahawa Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Datuk Wilfred Bumburing dan pendokong Umno Sabah Datuk Seri Lajim Ukin akan menyertai majlis PKR hari ini, sekali gus menyertai pembangkang. Ketua PKR Sabah Ahmad Thamrin Jaini (bawah) berkata, dua tokoh BN itu besar kemungkinan akan hadir ke perayaan Kaamatan di Kota Belud dan majlis makan malam PKR pada jam 8 malam ini di Kota Kinabalu. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Sabah pada jam 1.40 petang ini dan dijadual menghadiri kedua-dua acara yang sama. Thamrin berkata, walaupun sambutan Kaamatan mungkin terjejas ekoran banjir menenggelamkan jalan ke Kota Belud, majlis makan malam dijangka diteruskan kerana diadakan di pusat konvensyen mewah. "(Presiden Parti Maju Sabah Datuk) Yong Teck Lee sudah tentu akan hadir ke majlis makam malam; dan terdapat kemungkinan besar Lajim dan Bumburing juga turut serta. "Tetapi sama ada mereka akan melakukannya, kami tidak dapat sahkan," katanya ketika dihubungi. P/s: Jangan teruja sangat. Belajar daripada kesilapan silam! | ||
Konstabel Didakwa Mencabul dengan Memasukkan Jari ke.... Posted: 10 Jun 2012 06:59 PM PDT [SH] KOTA BHARU - Seorang anggota polis berpangkat Konstabel Sokongan dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan mencabul remaja di dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, Pengkalan Chepa Februari lalu. Berdasarkan pertuduhan, Mohd Shahrul Izuairi Ibrahim, 31, didakwa melakukan kesalahan terhadap remaja Thailand itu kira-kira jam 10 pagi pada 5 Februari lalu di sel lokap berkenaan. Bapa kepada dua anak itu dituduh menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan remaja berusia 15 tahun dengan memasukkan jari ke dalam kemaluannya yang ketika itu ditahan reman kerana dikaitkan kesalahan Imigresen. Penjawat awam itu, dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang mengenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat atau mana-mana daripada itu sekiranya didapati bersalah. Pendakwaan kes tersebut dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Muhamad di hadapan Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Fazali. Noor Dayana menawarkan jaminan RM8,000 terhadap tertuduh bagaimanapun, Mohd Shahrul Izuairi meminta mahkamah mengurangkan wang jaminan tersebut dengan alasan dia mempunyai dua anak serta menghadapi masalah kewangan. Bagaimanapun, Mohd Fazaly Ali menetapkan wang jaminan sebanyak RM5,000 dan tarikh sebutan semula kes ialah pada 10 Julai ini. Tertuduh ketika di bawa keluar dari mahkamah menutup mukanya dengan menggunakan jaket untuk mengelak wajahnya dirakamkan pihak media. | ||
[Tepat dan Padat] MB Selangor: Jangan Ambil Cukai Jika Mahu Selangor Beri Pendidikan Percuma Posted: 10 Jun 2012 06:35 PM PDT [TVS] Jika benar mahu Kerajaan Negeri membiayai pendidikan percuma di negeri Selangor, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta Kerajaan Pusat tidak mengambil wang cukai daripada Selangor. Menurut Abdul Khalid, pendidikan percuma pasti dapat dilaksanakan jika segala sumber Kerajaan Negeri tidak disalurkan kepada Kerajaan Pusat seterusnya diuruskan dengan lebih baik oleh Kerajaan Negeri. "Jika dilihat, Kerajaan Negeri Selangor menyumbang sebanyak 23 peratus daripada jumlah keseluruhan kekayaan Kerajaan Pusat. "Walaupun urusan universiti ini di bawah tanggungjawab Kerajaan Pusat, namun jika kita diberi peluang mengurus sumber dan hasil yang diperolehi sendiri, maka kita dengan senang hati akan melaksanakan dasar pendidikan percuma di negeri ini," sindir beliau. Beliau yang ditemui pada Kejohanan Etiqa Selangor International Junior Masters 2012 di Kelab Golf Seri Selangor petang tadi turut mengulas mengenai rancangan mencairkan aset Universiti Selangor (Unisel) yang diumumkan sebelum ini. "Sebelum isu ini ditimbulkan, kita memang sudah ada rancangan untuk menggunakan aset-aset Unisel bagi tujuan penambahbaikan prasarana, pembesaran dan sebagainya. "Sebab itu kita pantas menyediakan pelan tindakan jangka pendek bagi membantu ibubapa dan pelajar jika PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) meneruskan rancangan pembekuan pinjaman terhadap pelajar baru Unisel kerana kita mempunyai aset yang cukup untuk tujuan itu. "Bagaimanapun, dengan pengumuman terbaru penarikan pinjaman itu, kita rasakan adalah lebih baik aset yang ada digunakan untuk pelan jangka panjang pembangunan Unisel dengan harapan lebih ramai lagi pelajar dapat kita beri tempat di masa hadapan," jelasnya lagi. Enggan mengulas lanjut cabaran Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin untuk Kerajaan Negeri menyediakan dana RM30 juta seperti diumumkan, beliau dengan sinis meminta pimpinan Umno-BN belajar dahulu cara menguruskan dana rakyat. "Barangkali Kerajaan Pusat tidak mengajar mereka untuk menguruskan dana rakyat dengan betul dan amanah serta berintegriti. "Jadi adalah lebih baik mereka diam sahaja dan cubalah belajar untuk menjadi pemimpin yang sebenar dalam memastikan setiap dana yang dibelanjakan itu berbaloi bagi setiap sen dan bukan disia-siakan seperti yang sering dilakukan mereka," kata beliau. -selangorku Berkaitan: Rafizi desak Khaled Nordin minta maaf [SH] SHAH ALAM - Mohd Rafizi Ramli mendesak Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meminta maaf kepada rakyat dan khususnya mahasiswa atas keterlanjurannya membekukan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) baru-baru ini. "Tindakan Khaled jelas menunjukkan yang beliau terdesak untuk menutup malu apabila membuat dakwaan mengatakan Pakatan Rakyat (PR) bijak bermain sandiwara politik berhubung isu PTPTN," kata Pengarah Strategi PKR ini ketika dihubungi Sinar Harian Online. Tambah Rafizi, tindakan Khaled juga secara tidak langsung menghukum mahasiswa sebagai alat mainan politik Umno. "Saya bertegas dalam hal ini agar Khaled tidak cuba 'menegakkan benang yang basah' kerana jelas yang Khaled tersalah langkah dengan membuat keputusan untuk membekukan pinjaman PTPTN sebelum menarik semula keputusan itu," katanya. Beliau juga mencabar agar Khaled melontarkan idea, pandangan dan cara penyelesaian yang boleh diguna pakai untuk mengurangkan beban mahasiswa daripada terus dibebani hutang PTPTN. "Janganlah terus-menerus menyerang PR tanda tidak ada sebarang buah fikiran untuk selesaikan beban mahasiswa. "Khaled sepatutnya memberi cadangan dan berbincang secara ilmiah berhubung usaha kerajaan persekutuan bagi menambah baik mutu pendidikan tinggi negara," tegas beliau. Tambah Rafizi, PR telah mengemukakan cadangan mereka untuk memberi pendidikan tinggi secara percuma kerana yakin mampu untuk direalisaikan apabila PR mendapat mandat memerintah negara menerusi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). "Beliau mesti jawab persoalan ini dan kemukakan idea berhubung beban hutang yang terpaksa ditanggung mahasiswa," tambahnya. Khaled sebelum ini mendakwa yang PR sekadar menabur janji untuk memberikan pendidikan percuma apabila berjaya membentuk kerajaan pada PRU akan datang, walhal perkara itu mustahil dilaksanakan. Khaled mendakwa PR bijak bermain dengan sandiwara politik sedangkan hakikat sebenarnya mahasiswa begitu memerlukan bantuan kewangan daripada PTPTN. Menurutnya, sekiranya PR ingin merealisasikan janji berkenaan, ia sudah boleh dilaksanakan di institusi pengajian tinggi (IPT) yang ada di negeri yang ditadbir kerajaan PR dan tidak perlu tunggu sehingga mengambil alih pentadbiran negara. | ||
Posted: 10 Jun 2012 06:08 PM PDT Berita Berkaitan: [HD] KAJANG: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan kepada rakyat siapakah yang membayar sewa rumahnya ketika dia mula-mula menjadi menteri di Kuala Lumpur. "Saya nak tanya siapa bayar sewa rumah dia tatkala dia jadi menteri di Kuala Lumpur. "Saya tahu sebab masa itu saya bos dia , saya timbalan perdana menteri. "Jawab la...nak lawan sangat," katanya dalam nada mencabar. Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramah Merdeka Rakyat di Stadium Kajang di sini malam tadi. Menurut Anwar, selepas menjadi menteri besar Johor, Muhyiddin dilantik menjadi menteri dan ketika itulah sewa rumahnya dibayar oleh orang lain. Beliau membuat cabaran itu bagi menjawab gesaan Muhyiddin semalam yang mahu Anwar menjelaskan dakwaan yang dihadapinya 13 tahun lalu kononnya mempunyai aset dan wang tunai bernilai RM3 bilion. Anwar turut mengulangi kesediaanya untuk sedia mendedahkan akaun banknya dengan syarat Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri sedia berbuat perkara sama. "Muhyiddin Yasin, kamu nak siasat saya tiada masalah. "Ok, cek akaun kamu, dan cek akaun saya," katanya. Dalam pada itu, lebih 5,000 orang membanjiri stadium kajang malam tadi. Biarpun hujan renyai-renyai, mereka tidak berganjak mendengar kupasan isu-isu terbaru dari pimpinan Pakatan rakyat. Selain Anwar, antara pimpinan utama lain yang turut berceramah malam tadi adalah Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin, AJK PAS Pusat Dr. Mujahid Yusof dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. Pada ceramah terbut juga menyaksikan 150 orang menyerahkan borang menyertai PKR cabang Hulu Langat. Ceramah malam tadi diakhiri dengan tembakan bunga api sejurus selesai ucapan Anwar. Berkaitan: Sedia dedah akaun, Anwar cabar Muhyiddin ikut sama [KD] PETALING JAYA 10 Jun: Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia mendedahkan akaun banknya untuk menjelaskan dakwaan mempunyai aset dan wang tunai RM3 bilion. Bagaimanapun, perkara itu hanya akan dilakukannya sekiranya timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga berbuat demikian. Katanya, beliau sedia untuk disiasat sepenuhnya berhubung dakwaan tersebut dan menyerahkan semua akaun terbabit. Sekiranya Muhyiddin setuju berbuat demikian, maka siasatan itu perlu disegerakan, katanya lagi dalam satu dialog ekonomi di Petaling Jaya semalam, lapor Malaysiakini. Anwar mengulas gesaan Muhyiddin yang mahu beliau menjelaskan dakwaan yang dihadapinya 13 tahun lalu, dan dilaporkan secara meluas oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia. P/s: Belum apa-apa sudah kantoi!!! |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan