DIALOG RAKYAT |
- Sertai politik: Apa kata artis?
- Azmin mahu Najib jelas isu dokumen sulit beli kapal selam bocor
- Isu WWW1: Nizar jawab 28 soalan polis
- Harga petrol RON 97 turun 10 sen mulai esok
- PM juga dapat pendidikan percuma, apa masalahnya? – Rafizi
- Peralihan kuasa aman jika Pakatan Rakyat menang – Anwar
- Geran RM5 Juta Diperuntuk Pelihara Alam Sekitar
- Noh Omar Buta Demokrasi
- Daftar Pemilih : Selangor Sedia Heret SPR, Pusat Ke Mahkamah
- Khaled Nordin Perlu Letak Jawatan Jika PTPTN Sekat Pinjaman Kepada Pelajar Unisel
- Dua Minggu Sahaja Untuk Permohonan Dengan Pejabat Tanah
- Beringat Sebelum Terkena: Udin Anak Yassin Tidak Perlu Terlalu Mempercayai Mahathir
- DAP dari sudut pandang seorang Islamis
- Tukar kerajaan, selesai masalah
- Felda diminta turun padang jelaskan FGVH lagi
- Pemuda positif peringatan Muhyiddin
- PR: 'Kami pun nak menang secara gentleman'
- SENIMAN: Utamakan artis tempatan, bukan K-pop
- Makmal Felda didakwa enggan uji buah, peneroka fail saman
- Pakatan lapang dada terima 'layanan' BN
- PERKASA: Lapor polislah, Suaram
- Nyaris hilang anak gara-gara tinggalkan dalam kereta
- Rafizi: Mentaliti BN masih di takuk lama
- PERKASA: Inkuiri BERSIH buang masa
- Menteri: Saya kecualikan Isa dalam KPF
Sertai politik: Apa kata artis? Posted: 06 Jun 2012 03:44 AM PDT SUDAH menjadi trend dan ikutan zaman kini, golongan artis dilihat berminat untuk menyertai dunia politik. Bukan sahaja menyertai parti pembangkang seperti Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), malah ada di antara mereka mula mendaftar sebagai ahli Umno. Baru-baru ini, tiga penyanyi legenda, Amy Search, Mus May dan Ibnor Riza, secara rasminya menjadi ahli Umno selepas menyerahkan borang keahlian kepada Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abdul Rauf Yusoh. Selain mereka, beberapa selebriti seperti Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Zed Zaidi, Adam AF, Ezani Nizariff, Awie, Jamal Abdillah, Datuk AC Mizal dan Radhi OAG, turut menyertai Umno. Sementara, pelantun Janji Manismu, Aishah, Dayangku Intan, Bob Lokman dan Zuar XPDC pula memilih parti pembangkang, Pakatan Rakyat (PR). Bagaimana pula dengan selebriti lain? Apakah mereka bakal mengikut jejak rakan-rakan mereka ini untuk menyertai dunia politik? Jom kita tinjau apa kata mereka! Zizan Razak "Pada saya, lebih baik sekiranya golongan artis tidak terlibat dalam dunia politik. Ia mungkin akan mengundang pelbagai reaksi di kalangan masyarakat. Buat masa ini, saya tidak berhasrat untuk menyertai mana-mana parti secara rasmi, cukuplah sekadar kita menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat melalui undi. Lagipun, saya masih tidak memahami dunia politik dengan lebih arif." Shila Amzah "Tahun ini adalah kali pertama saya layak untuk mengundi. Namun, undi adalah rahsia dan keluarga saya amat menitik beratkan hal ini kerana satu undi, mampu mengubah segalanya. Saya bercadang untuk menyerahkan borang keahlian tidak lama lagi kerana bagi saya, kita harus menjadi penggerak kepada masyarakat. Tidak salah sekiranya golongan artis terlibat dalam politik kerana ia adalah hak asasi sebagai warganegara, terpulang kepada individu itu sendiri." Diana Amir "Saya tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat untuk mengundi, namun untuk lebih dari itu, saya tidak terfikir lagi. Lagipun, saya masih keliru mengenai dunia politik dan tidak tahu mana satu yang harus disertai. Cukup sekadar, saya tahu apa yang saya buat dan faham setiap perkara yang saya pilih. Saya tidak mahu, hanya kerana penglibatan dalam dunia politik, kita akan kehilangan peminat yang menyokong selama ini kerana perbezaan fahaman ini." Siti Nordiana "Dari dulu sehingga kini, saya memang tidak pernah terlibat dalam mana-mana parti politik, tetapi saya masih menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara untuk pergi mengundi. Tetapi, saya tidak menolak sekiranya mana-mana parti ingin mendapatkan kerjasama daripada saya. Kini, saya banyak membuat kerjasama dengan badan kerajaan dalam majlis tertentu. Untuk bergiat dengan lebih aktif, mungkin tidak. Tetapi saya tetap menyokong mana-mana parti yang menyenangkan rakyat." Attilia "Dua bulan lalu, saya telah menyerahkan borang keahlian di pejabat Umno. Segala urusan, ibu saya yang uruskan. Dunia politik sekarang bukan seperti dulu lagi, begitu juga dengan golongan selebriti. Mereka semakin bijak dalam politik dan ini menunjukkan perubahan yang membanggakan. Artis kini bukan sahaja penyebar muzik, malah mereka lebih peka dengan isu semasa. Inilah yang kita harapkan daripada rakyat kita termasuk golongan selebriti yang mampu menjadi pengaruh kepada masyarakat." Aizat "Di luar negara, penglibatan artis dalam politik sudah bermula sejak era 60 an lagi. Mereka menyebarkan fahaman politik dan membidas ahli politik menerusi lagu. Namun, di negara kita, ia sedikit terlambat. Namun, tidak dinafikan, pembabitan selebriti dalam bidang politik ada baik buruknya. Sebagai rakyat, kita harus ada tanggungjawab untuk negara. Namun, buat masa ini, saya masih belum berminat untuk sertai mana-mana parti politik secara rasmi. Mungkin kerana ilmu dalam bidang itu masih cetek dan saya tidak cukup faham mengenai politik." | ||||
Azmin mahu Najib jelas isu dokumen sulit beli kapal selam bocor Posted: 06 Jun 2012 03:40 AM PDT PETALING JAYA - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertanggungjawab ke atas kebocoran maklumat sulit berkenaan dengan penilaian pembelian kapal selam Scorpene, yang dijual oleh Syarikat Terasasi Hong Kong Limited kepada syarikat DCNS Perancis. Menurutnya lagi, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) telah mendedahkan skandal itu, yang berlaku ketika Najib menyandang jawatan Menteri Pertahanan. Azmin berkata, menurut Suaram perkara itu didedahkan oleh seorang peguam Perancis, Joseph Breham yang diambil mereka. "Pendedahan ini adalah krisis nasional yang melibatkan empat perkara utama dalam prosiding mahkamah Perancis," kata beliau pada sidang media di sini, pagi tadi. Minggu lalu, Breham berkata, satu dokumen yang sangat sulit - penilaian Tentera Laut Malaysia terhadap kapal selam kelas Scorpene yang akan dibeli oleh kerajaan, didakwa telah "dibeli" oleh sebuah syarikat pertahanan Perancis. Peguam itu yang mewakili Suaram, pertubuhan hak asasi manusia, mendakwa syarikat berkenaan didakwa membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi kononnya untuk kerja-kerja "kejuruteraan komersial". Breham berkata, hakim siasatan Perancis yang menyiasat kes yang difailkan oleh Suaram terhadap DCNS, atas dakwaan rasuah, mahu tahu tujuan bayaran tersebut dan meminta laporan transaksi kewangan daripada syarikat berkenaan. Selain itu, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak mendakwa Terasasi dimiliki oleh Abdul Razak Baginda dan juga ayahnya Abdul Malim Baginda telah menyelewengkan isu kapal selam. Beliau berkata, skandal Scorpene telah mendedahkan maklumat strategi pertahanan negara kepada pihak luar yang nyata boleh menggugat sistem pertahanan negara. "Pendedahan ini akan mengancam keselamatan negara dan nyawa prajurit negara. "Saya mendesak Najib supaya tidak ambil mudah dengan skandal ini, dan tampil bagi jawapan segera bagaimana skandal ini boleh berlaku," katanya. | ||||
Isu WWW1: Nizar jawab 28 soalan polis Posted: 06 Jun 2012 03:38 AM PDT IPOH - Timbalan Pesuruhjaya Pas, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin menjawab 28 soalan dikemukakan oleh polis berhubung kenyataan yang dibuat berkenaan pembidaan nombor plat pendaftaran WWW1. Soal siasat bermula jam 2.30 dan berakhir jam 3.10 petang tadi. Ketika ditemui pemberita, Nizar berkata, dalam isu kes bidaan, beliau menghormati tugas polis dan telah memberi kerjasama sepenuhnya seperti yang diminta. "Dia (polis) dah siasat, keterangan pun sudah diambil jadi saya serahkankepada polis untuk siasat," katanya. Dalam pada itu, Bernama melaporkan dua pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara mengambil keterangan Nizar. Ketua Siasatan Jenayah IPD berkenaan, DSP Sanawi Muhamad yang mengetuai siasatan itu bersama DSP Sukiman Arshad tiba di Pejabat Pas negeri di sini, pada pukul 2 petang dan mengambil masa sejam untuk merakam keterangan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pasir Panjang tersebut. Pada Isnin lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilapor berkata polis Johor telah menerima 39 laporan polis mengenai kenyataan Mohammad Nizar. Mohammad Nizar sebelum ini dilapor mengeluarkan kenyataan menerusi laman Twitter mempersoalkan bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 yang dimenangi Sultan Johor dengan kos RM520,000. Kes itu dilapor disiasat mengikut Akta Hasutan. | ||||
Harga petrol RON 97 turun 10 sen mulai esok Posted: 06 Jun 2012 03:35 AM PDT SINAR HARIAN Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata penurunan itu berikutan harga purata minyak di pasaran bagi Mei 2012 telah menurun. Katanya harga jualan runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara apung terurus di mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran.- Bernama | ||||
PM juga dapat pendidikan percuma, apa masalahnya? – Rafizi Posted: 06 Jun 2012 03:23 AM PDT Oleh Mohd Martin Kahar KUALA LUMPUR : Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mengulangi pendirian menolak dakwaan Umno BN bahawa pendidikan percuma yang diperkenalkan Pakatan Rakyat akan menghasilkan graduan tidak berkualiti. Beliau berkata, soal graduan tidak berkualiti bukan disebabkan pendidikan percuma tetapi berpunca daripada sikap pelajar itu sendiri. "Ramai juga menteri mendapat pengajian percuma…mereka tetap berjaya. Termasuklah Perdana Menteri yang juga mendapat biasiswa dan ditanggung kerajaan semasa melanjutkan pelajaran," katanya disambut tepukan gemuruh pelajar dari universiti awam dan swasta sekitar Shah Alam pada program Gempur Kampus: Mansuh PTPTN dan Tuntut Pendidikan Percuma semalam. Dengan mengambil pendekatan dalam kehidupan seharian, Rafizi berkata, sudah menjadi resam kehidupan akan wujud 90 peratus masyarakat yang mematuhi peraturan dan selebihnya tidak dapat mematuhi. "Sebagai contoh, lampu isyarat di jalan raya…majoriti orang mematuhinya, ada segelintir sahaja yang melanggar, adakah kita patut menghapuskan lampu isyarat ini disebabkan segelintir tidak mematuhinya. "Begitu juga dengan pendidikan percuma, saya percaya ramai yang menghargainya. Kita tidak patut menghapuskan pendidikan percuma semata-mata ada segelintir menjadi malas," tegas Rafizi lagi. | ||||
Peralihan kuasa aman jika Pakatan Rakyat menang – Anwar Posted: 06 Jun 2012 03:21 AM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin peralihan kuasa akan berjalan secara aman apabila Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya dengan majoriti mudah dalam pilihan raya akan datang.Menurutnya, ini adalah kerana pemimpin BN, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tidak akan mahu membahayakan masa depan mereka untuk terus berdegil memegang kuasa jika mereka kalah. "…Saya fikir mereka tahu rakyat tidak akan membiarkannya kerana mereka tahu akan ada risiko besar," kata Ketua Umum KEADILAN itu kepada Malaysiakini menjawab sama ada rusuhan akan tercetus jika BN kalah dalam pilihan raya. Beliau menegaskan demikian di Majlis Makan Malam Kelab Wartawan Asing Malaysia (FCCM) di Kuala Lumpur malam tadi. Terdahulu, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran bahawa Pembangkang mungkin mencetuskan huru-hara jika mereka kalah dalam pilihan raya umum akan datang. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim juga menyalak isu yang sama dua hari lepas. | ||||
Geran RM5 Juta Diperuntuk Pelihara Alam Sekitar Posted: 06 Jun 2012 03:08 AM PDT PETALING JAYA : Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM5 juta dalam 'Geran Selangorku' pada tahun ini bagi melaksanakan pemeliharaan dan aktiviti penjagaan alam sekitar di negeri ini. Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata, geran alam sekitar diberi kepada badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan-persatuan dalam melaksanakan program yang dirancang berkaitan alam sekitar. "Jadi fasa pertama, Kerajaan Negeri telah memberi lebih RM250,000 kepada NGO-NGO terbabit. "Dalam senarai juga ada lagi 10 lagi permohonan dan pada masa terdekat kita akan menilai kesemuanya dan jika menepati kriteria maka Kerajaan Negeri akan meluluskannya," kata Elizabeth dalam sidang media selepas penyerahan cek untuk projek dan aktiviti alam sekitar di sebuah hotel di sini. Elizebeth berkata, Geran Selangorku yang dikhususkan kepada projek alam sekitar itu tidak terhad kepada NGO sahaja malah pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) juga dialu-alukan mengemukakan cadangan bagi mendapatkan geran itu. "Kita juga menggalakkan sebagaimana JKKK Sungai Chua Kajang yang mempunyai program, di mana di peringkat akar umbi kita mahu memupukkan kesedaran awam di lingkungan orang kampung berkenaan penjagaan alam sekitar," ujar beliau. Tambah Elizabeth, sempena Hari Alam Sekitar Sedunia yang disambut 5 Jun (hari ini) dengan tema 'Ekonomi Hijau', Kita ada tanggungjawab yang berat kerana pembangunan di negeri Selangor ini dapat juga memenuhi kriteria-kriteria hijau dalam penjagaan alam sekitar," kata Elizabeth. Dalam majlis itu, Elizabeth menyerahkan geran kepada empat NGO dan sebuah JKKK yang masing-masing diterima oleh wakilnya. Turut hadir dalam majlis itu, isteri Menteri Besar, Puan Seri Salbiah Tunut dan Isteri Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Menurut Pegawai Komunikasi, The Malaysian Conservation Alliance for Tigers (MYCAT), Wong Pui May berkata, persatuan itu berharap dengan penerimaan geran itu akan meningkatkan usaha dalam penjagaan hidupan liar di negara itu. "Dengan Geran ini,maka usaha pihak persatuan akan digiatkan dalam menyebarkan maklumat dan info berkenaan penjagaan dan pemeliharaan hidupan liar khususnya di Selangor dan memberitahu masyarakat tindakan yang boleh dilakukan dalam menjayakan usaha itu," katanya. Sementara itu, Pengarah Teknikal Resource Stewardship Consultants Sdn Bhd (RESCU) , Lim Teck Wyn berkata badan itu dengan penerimaan geran itu akan menumpukan kepada projek pemeliharaan hutan melalui usaha penjagaan pokok kayu bakau. "Kebanyakkan hutan asli telah dilindungi dan dijadikan hutan simpan tetapi masih ada hutan bakau yang ada diluar hutan simpan, maka kami ada projek untuk pemetaan hutan bakau yang akan dimasukkan ke dalam pewartaan hutan simpan yang belum dilindungi," katanya. | ||||
Posted: 06 Jun 2012 03:04 AM PDT SHAH ALAM : Sikap Noh Omar yang mempertikai usaha Kerajaan Negeri membersihkan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) di Selangor disifatkan sebagai 'buta demokrasi' oleh Faekah Husin. Noh yang menjawat jawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mengeluarkan kenyataan dengan menuduh Kerajaan Negeri menyalahguna kuasa apabila melancarkan program 'Selangorku Bersih' bagi membersihkan daftar pemilih SPR yang menyaksikan penambahan luar biasa pengundi. "Ini membuktikan Ahli Parlimen Tanjong Karang itu buta demokrasi kerana tidak menghormati hak rakyat negara ini untuk mendapat pilihan raya yang adil dan bebas," kata Faekah yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor. Faekah berkata, selepas tsunami politik pada 2008, telah berlaku banyak perubahan terhadap senario politik negara termasuklah di Negeri Selangor. Antaranya peningkatan luar biasa jumlah pengundi baharu yang apabila dilihat dengan mata kasar agak tidak seimbang dengan jumlah penduduk terutama di kawasan-kawasan tertentu. "Lebih mengejutkan ialah apabila SPR mengumumkan terdapat pengundi baharu di Selangor seramai 600,000 orang," ujar Faekah dalam kenyataan media. Tambah Faekah, meskipun Kerajaan Selangor menganggap daftar pemilih yang dikeluarkan SPR seharusnya sahih dan betul, namun lonjakan pengundi baharu agak membuka mata. Justeru, sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang sah, maka adalah menjadi tanggung jawab Kerajaan Selangor untuk memastikan bahawa nama-nama yang tertera dalam daftar tersebut benar-benar rakyat yang bermastautin di negeri ni. "Program Selangorku Bersih dilancarkan untuk maksud tersebut; membantu SPR dalam memastikan Selangor mempunyai daftar pemilih yang bersih sekali gus menolak sebarang andaian negatif terhadap SPR di atas lonjakan pengundi tersebut. "Kita gerakkan semua JKKK, Ketua Kampung dan Penghulu untuk memeriksa senarai pengundi baharu di seluruh Selangor untuk memastikan nama-nama yang didaftarkan ini benar-benar wujud dan bukannya pengundi hantu seperti yang didakwa banyak pihak," kata Faekah. Tegas Faekah, tindakan Noh menghasut rakyat Selangor untuk tidak melayan JKKK, ketua kampung dan penghulu ketika menjalankan pemeriksaan adalah tindakan yang benar-benar mengecewakan. "Seorang Menteri kanan boleh bertindak dan mengeluarkan kata-kata yang berniat jahat demi menghalang proses demokrasi. "JKKK, ketua kampung dan penghulu adalah individu yang dilantik Kerajaan Negeri secara sah dan mereka ini mempunyai hak untuk menjaga keselamatan kampung dari anasir-anasir luar termasuklah pengundi-pengundi yang tidak sepatutnya berada di Selangor," katanya. Jelas Faekah, Noh sepatutnya menyokong sebarang usaha untuk mewujudkan satu pilihan raya yang bersih, adil dan telus. Ketakutan Noh ini seolah-olah mengiyakan kegusaran rakyat Selangor selama ini bahawa terdapat unsur-unsur pengkhianatan oleh kerajaan BN, SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam daftar pemilih. Hal ini dijelaskan lagi apabila Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar turut bersetuju dengan kenyataan jahat Noh tersebut. "Ironinya, niat Kerajaan Selangor membuat gerakan mengesan para pengundi di seluruh negeri Selangor telah pun dimaklumkan kepada Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Wan Ahmad juga turut hadir dalam perjumpaan dua bulan yang lalu. "Pada ketika itu Pengerusi SPR langsung tidak memberi reaksi negatif terhadap hasrat Kerajaan Selangor tersebut," kata Faekah. | ||||
Daftar Pemilih : Selangor Sedia Heret SPR, Pusat Ke Mahkamah Posted: 06 Jun 2012 02:59 AM PDT SHAH ALAM: Kerajaan Selangor bersedia mengambil tindakan mahkamah terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kerajaan Pusat sekiranya semakan oleh Kerajaan Negeri mendapati daftar pemilih SPR terbukti mengandungi unsur-unsur penipuan. Demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor, Ronnie Liu dalam rancangan 'Terus Terang' terbitan TV Selangor . Menurut Ronnie, daftar pemilih yang dikeluarkan oleh SPR menimbulkan banyak keraguan. "Kita ada terima laporan dari senarai daftar pemilih SPR yang baru, kita semua terkejut pengundi baru untuk Selangor sahaja bertambah sebanyak setengah juta. "Ini luar biasa. Ini tentu ada 'hanky panky'. Kotor, tetapi kotor sampai mana kita belum tahu lagi sebab kita baru sahaja melancarkan satu proses semakan dengan pergi rumah ke rumah dengan bantuan ketua kampung, ahli majlis dan rakan-rakan. "Lebih kurang dalam masa seminggu lagi kita akan dapat tahu wujudkah pengundi hantu, berapa pengundi hantu, dari Indonesia, Myanmar kita akan beritahu, kita akan buat laporan nanti," ujar Ronnie ketika menjawab soalan pengacara rancangan temubual itu, Mat Zahari Ali. Pada April lalu, laporan minoriti Jawatankuasa Terpilih Parlimen untuk memperbaiki sistem pilihan raya dan membuktikan penipuan terang-terangan SPR telah ditolak perbahasannya oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Antara bukti yang dikemukan dalam laporan itu terdapat 80 ribu pengundi di negara ini yang mempunyai dua alamat secara serentak. Rentetan peristiwa itu telah membawa kepada perhimpuan BERSIH 3.0 (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil) pada 28 April lalu. Dalam satu kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada TVS baru-baru ini, Dewan Negeri Selangor tidak akan dibubarkan sebelum daftar pemilih SPR dibersihkan. | ||||
Khaled Nordin Perlu Letak Jawatan Jika PTPTN Sekat Pinjaman Kepada Pelajar Unisel Posted: 06 Jun 2012 02:55 AM PDT PETALING JAYA : Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin harus meletak jawatan dengan segera andainya benar beliau mengarahkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyekat pinjaman kepada pelajar Universiti Selangor (Unisel). Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata jika benar Khaled tidak terlibat maka beliau perlu campur tangan segera bagi mencari penyelesaian total kepada isu pinjaman PTPTN itu. "Gelagat beliau yang seolah-olah meraikan kepayahan ribuan pelajar dan mengamalkan politik dendam menimbulkan tanda tanya yang lebih besar. "Apakah beliau sendiri yang mengarahkan agar PTPTN menyekat pinjaman kepada pelajar Unisel sebagai sebahagian dari mainan politik dendam Umno-BN" tegas Rafizi dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini. Sebelum ini, portal Malaysiakini melaporkan di satu laman forum PTPTN bahawa pinjaman kepada pelajar baru Unisel "ditangguhkan buat sementara waktu." Ruangan forum berhubung syarat permohonan pinjaman kendalian Kementerian Pengajian Tinggi itu turut menyatakan bahawa PTPTN tidak lagi memberi pinjaman kepada pelajar Unisel. Perkara itu dinyatakan salah seorang moderator laman forum berkenaan yang menggunakan nama "ptptn1″ ketika menjawab satu soalan berhubung pinjaman PTPTN untuk pelajar Unisel pada 8 Mei lalu Tambah Rafizi masa hadapan pelajar Unisel tidak perlu dipolitikkan ekoran polemik berkenaan tawaran Pakatan Rakyat dalam memberikan pendidikan percuma baru-baru ini. "Sepatutnya Khaled Nordin menjadi pemuka yang intelek dalam mengemukakan model pengajian tinggi bukannya mengambil sikap kebudak-budakkan dalam hal ini," kata Rafizi. Jelas Rafizi,beliau yakin bahawa Malaysia mampu menawarkan pendidikan tinggi percuma kepada rakyatnya berdasarkan kira-kira yang telah dibentangkan kepada rakyat. "Oleh kerana pendidikan tinggi adalah bidang kuasa pusat dan mengikut Perlembagaan dibiayai oleh dana kewangan kerajaan pusat,maka sebarang perubahan model pendidikan tinggi negara hanya boleh dilaksanakan secara bersepadu oleh Kerajaan Pusat," kata Rafizi. | ||||
Dua Minggu Sahaja Untuk Permohonan Dengan Pejabat Tanah Posted: 06 Jun 2012 02:52 AM PDT PETALING JAYA : Segala urusan di Pejabat Tanah di Selangor akan mengambil masa dua minggu sahaja untuk diproses, demikian ikrar yang dikeluarkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Menjawab soalan dari penduduk yang mengadu kelewatan Pejabat Tanah memproses permohonan berkenaan urusan tanah, Abdul Khalid menjelaskan Kerajaan Negeri akan melakukan penguatkuasaan berhubung perkara tersebut demi kepuasan pembayar cukai. "Seharusnya segala urusan dilayani berdasarkan prinsip 'First In First Out' tetapi sebaliknya pula berlaku apabila ada yang memotong barisan sehingga menyebabkan mereka yang di hadapan terpaksa di belakangkan urusannya dan menunggu lebih lama. "Tempoh masa urusan yang sama di Singapura cuma seminggu, jadi di sini mengambil kira penduduk yang ramai kita akan beri tempoh dua minggu kepada Pejabat Tanah untuk proses segala urusan. "Jika masih lewat, maka pejabat tanah yang akan diminta membayar kepada rakyat yang membuat urusan tersebut," ucap beliau dalam satu dialog bersama penduduk di Dewan Sivik di sini malam tadi. Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata seharusnya rakyat juga tidak perlu lagi bersusah payah mengunjungi Pejabat Tanah untuk membuat urusan, sebaliknya Pejabat Tanah yang harus mengunjungi rakyat. "Mindset ini yang kita harus ubah. Seharusnya kita yang pergi berjumpa pembayar cukai dan menyelesaikan masalah mereka, bukan mereka yang dah bayar kita tapi kemudian perlu susah payah pulak jumpa kita. "Dengan cara ini, kita pun dapat melakukan kerja dengan cepat, masalah rakyat pun dapat kita selesaikan dengan lebih cepat dan menyeluruh," jelas Abdul Khalid disambut tepukan gemuruh hadirin. Majlis Dialog Skim Pemilikan Tanah Dan Tabung Amanah Perkuburan dengan Menteri Besar malam tadi turut dihadiri Exco Kerajaan Negeri, Ronnie Liu, Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh dan Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Selangor, Norasiah Bee Mohd Hanif. | ||||
Beringat Sebelum Terkena: Udin Anak Yassin Tidak Perlu Terlalu Mempercayai Mahathir Posted: 06 Jun 2012 02:35 AM PDT MSO Udin anak Yassin menyokong teori dikemukakan bapa angkat dan juga mentor politiknya Mahathir Mohamad yang mengatakan pembangkang akan membuat kekacauan dengan mengadakan tunjuk perasaan jika mereka (oposisi) kalah dalam pilihan raya nanti. Penerimaan idea dan psywar Mahathir oleh Udin anak Yassin ini menunjukkan pemikiran politik beliau kini dikuasai atau diseluputi 'politikal haiwan' tidak berhati perut Mahathir. Nampaknya untuk melonjak naik dan menjatuhkan Najib, Udin anak Yassin sedia bermain kotor seperti Mahathir amalkan selama ini dalam menjatuhkan satu persatu lawan-lawan dan pesaing politiknya baik dari dalam Umno atau di luar Umno.
Najib harus faham dan senantiasa beringat di dalam politik tidak ada apa yang mustahil dan realitinya akan datang bila-bila masa saja tidak kira malam atau siang, dalam tangis atau tawa. Berdasarkan apa diamalkan Mahathir - yang mengamalkan politik mulut manis jubur masam, Udin anak Yassin juga tidak berbeza jauh dari itu apa lagi kalau Udin merasakan Umno tidak selamat untuk membolehkan beliau menjadi PM. Udin sanggup melakukan 'harakiri' dalam politiknya. Umum sudah tahu hubungan Udin anak Yassin dengan Mahathir dan apakah ikrar dan persefahaman Udin dengan bekas PM itu. Mahathir menjadi guru kepada Udin dalam proses untuk naik. Mereka sedia melaksanakan barter trade dalam politik. Ada pertukaran jasa dan budi di antara Udin dengan Mahathir. Mahathir akan memastikan Udin naik ke atas menjadi presiden Umno kemudian PM, selepas itu Udin hendaklah membalas budi dan jasa Mahathir dengan mengambil anaknya Mukhriz sebagai timbalannya. Bayaran ke atas konsultasi politik Mahathir untuk Udin sangat mahal. Siapa boleh menafikan kalau di dalam 'puad' Mahathir, (puad itu hati nubarilah..) tidak ada keinginan untuk mengangkat atau melihat anaknya Mukhriz naik ke atas kemudian mengambil tempatnya yang pernah didudukinya. Apa yang berlaku dalam keluarga Tun Razak itulah juga diingini Mahathir. Semua mahu mencipta sejarah dan menjadi lagenda. Mahathir sebagai seorang bernafsu besar dan suka mencipta sejarah dirinya tidak akan melupai perkara itu. Makanya serangan Mahathir kepada Najib untuk mencapai cita-cita ini bukan rahsia lagi. Dengan jelas Mahathir menunjukkan sikap tidak sebulu dan senokhtah dengan Najib apabila beliau menolak pendekatan dan stail politik Najib. Ejekan Mahathir kepada konsep 1Malaysia diperkenalkan Najib menjelaskan apa yang ada didalam hati dan pemikiran Mahathir. Walaupun penolakan itu secara humour tetapi itu adalah hakikatnya, bahawa Mahathir tidak senang dengan transformasi politik Najib terutamanya berhubung bangsa Malaysia sehinggakan menggadai kepentingan Melayu. Mahathir tidak gemar cara politik Najib bukan saja kerana membawa gagasan baru 1 Malaysia saja tetapi sikap lunak Najib kepada Cina dan India sehingga sanggup melayani apa sahaja permintaan Cina dan India (BN) benar-benar merimaskan Mahathir. Mahathir tidak suka dengan cara Najib kerana ia seakan melepaskan ikatan dan pagar yang dibina sebelum ini. Mahathir mahu Najib kekalkan apa yang dilakukan sebelum ini iaitu bersikap 'rasis' kepada Cina dan jangan terlampau memberi muka. Bagi Mahathir, Najib terlalu murah dan jinak. Terlalu lembik dan kehilangan keberanian dalam berdepan dengan orang Cina dan kaum-kaum lain. Ini tidak disukai Mahathir dan apa dilakukan Najib satu ;pengkhianatan' Najib kepada benteng dan keampuan politik Melayu dibina Mahathir. Ada kuliha juga bagi Mahathir dengan apa dilakukan Najib itu. Tetapi seperkara Mahathir lupa Najib terpaksa melunakkan keadaan Umno kerana waktu ini Umno bukan sekukuh dan sekuat zaman Mahathir. Apabila Umno kini sudah hilang kuasa majoriti dua pertiga dan bukan menjadi "orang keramat dan berkuasa" lagi kepada BN... maka Najib terpaksa merombak segala ikatan itu. Najib juga terpaksa buat kerana demi mempertahankan sisa-sisa kekuatan Umno kalau ia masih ada. Keanjalan politik Najib demi mempertahankan kuasa Umno sekaligus menjaga maruahnya. Selain itu Najib juga perlu berkerja kuat mengubah pendekatan, cara berkawan dan juga penerimaan konsep BN secara meyeluruh kerana kekuatannya kini telah terombak. Dirombak oleh Anwar Ibrahim dan juga Pas. Hari ini Najib atau Umno tidak boleh berbohong lagi dengan 'mengecung' Cina dan India dan masyarakat lain kerana pembohongan dan 'pengecungan' itu didedahkan Anwar. Anwar pula akan melakukan apa saja untuk membalas atas segala dendam kekecewaanya atas segala perbuatan kejam Mahathir selama ini. Situasi ini tidak difahami oleh Mahathir mengenai Najib yang terpaksa berlunak dan bersikap toleransi melampau itu. Keadaan atau pun dosa-dosa menimpa Umno hari ini yang ditinggalkan Mahathir menjadikan Najib resah gelisah dan dalam keadaan dilema. Keadaan-keadaan atau realiti politik itulah menggambarkan akan konflik di antara syaksiah politik Mahathir dengan Najib. Dalam konflik dan suasana inilah Udin anak Yassin mengambil kesempatan dengan berpihak kepada Mahathir dengan harapan dia mendapat keuntungan besar. Ada unsur khianati oleh Udin anak Yassin kini dengan mereputkan jambatan bakal dilalui Najib. Bagi Udin kebergantungan kepada Mahathir atau menjadi Mahathir sebagai penasihat dan master mind politik penting kerana jawatan TPM bila-bila masa boleh hangus dan Udin akan tergolek kalau tidak kena cara. Kebergantungan orang politik yang lemah dan tidak ada kekuatan diri kepada orang lain seperti Udin anak Yassin kepada Mahathir adalah biasa. Udin yang tahu dirinya lemah tanpa memiliki wisdom dan kehebatan peribadi terpaksa mengadakan junjung untuk naik. Dalam soal ini Mahathir si kayu reput itulah dijadikan junjung oleh Udin anak Yassin. Jadi apabila Udin cepat menangkap dan memakan idea Mahathir tidak menghairankan. Udin anak Yassin bukan saja akan menyambut teori mengenai kemungkinan berlaku tunjuk perasaan itu saja tetapi lebih jauh dari itu. Udin akan terus menjaja sambil memberi gambaran buruk untuk persaingnya di luar Umno iaitu Anwar Ibrahim.
Hari ini ahli Umno sudah diajar bersikap biadab, kurang ajar ataupun jahat. Beberapa peristiwa yang berlaku iaini gangguan ke atas ceramah pembangkang memberi tanda akan kejahatan itu akan berlaku. Jadi bila sudah sampai masanya untuk bertindak orang-orang Umno tidak kekok-kekok lagi untuk melakukannya. Secara peribadi saya setuju dengan apa digambarkan Mahathir itu. Tetapi saya tidak setuju kalau kekacauan itu bakal dilakukan oleh pembangkang tanpa turut sama meletakkan kekacauan itu di bahu UBN. Yang begitu ghairah dan membuat persiapan untuk melancarkan kejahatan kini, bukan PR tetapi UBN. Di sini saya ingin mengingatkan kepada Udin anak Yassin beliau tidak terikut dan termakan sangat dengan teori Mahathir. Saya bimbang kalau beliau sudah memerut kepada Mahthir sehingga menjadi murid menyebarkan bayangan politik jahat bekas PM itu lama kelamaan Udin sendiri akan jadi jahat juga dan berpotensi menjadi lebih jahat. Hari ini walaupun Udin sudah berubah dari memiliki keperibadian Muhyuddin Mohd Yassin, tetapi ia masih boleh diperbaiki. Menjadi tanggungjawab Udin yang dulunya sebagai Muhyuddin untuk membaik pulih Umno secara baik kemudian menjadi pemimpin yang akan menyemarakkan agama. Muhyuddin bererti, 'pembawa' atau 'penghidup' agama, maka jangan jadi sebagai orang membunuh agama kerana menjadi murid kepada Machiavelli bernama Mahathir. | ||||
DAP dari sudut pandang seorang Islamis Posted: 06 Jun 2012 02:26 AM PDT Roketkini Dr.Maszlee Malik, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, adalah pakar dalam bidang politik moen dunia Islam. Beliau memperolehi ijazah sarjana muda di Jordan, ijazah sarjana dari Universiti Malaya dan doktor falsafah PhD dari University Durham, UK. Wartawan Roketkini Hafiz Zainuddin dan Iza Suraiya telah menemu bual tentang Islam, Melayu dan DAP. Apa pandangan Dr mengenai DAP dalam suasana sekarang? Mana-mana parti pun mengalami evolusi, contohnya PAS hari ini tidak sama dengan PAS pada 90-an, dan PAS 90-an pula tak sama dengan PAS sebelum tahun 1979 iaitu sebelum kepimpinan ulama. Dan sebelum kepimpinan ulama pun zaman Dato' Asri Muda tak sama dengan zaman Dr.Burhanuddin al-Helmy. Dalam UMNO pun begitu juga, begitu juga dengan PKR sebelum Anwar dibebaskan dengan selepas dibebaskan. Seluruh dunia, mana-mana parti akan mengalami perubahan. Pada pendapat saya, DAP selepas 2008 nampak banyak perubahan drastik. Cuma bagi orang luar, pertama kita terpaksa berlawan dengan prejudis. Keduanya ialah propaganda oleh BN, ketiganya dengan tingkah laku pimpinan-pimpinan DAP yang tidak mewakili parti dalam tindakan mereka. Orang Melayu contohnya, prejudis lebih mudah… tak payah kaji, tak payah pening kepala dan sebagainya. Adakah perjuangan DAP yang berideologi demokrasi sosial yang meliputi keadilan sejagat boleh dianggap sebagai sebahagian dari konsep perjuangan Islam itu sendiri? Mungkin kita tidak kata begitu tetapi ada di antara perjuangan tersebut yang tidak bersalahan dengan Islam sebab hukum asal penglibatan politik dalam Islam adalah bersifat "harus". Halal, kecuali perbuatan itu (berpolitik) bertentangan dengan syariat…. Saya melihat, perjuangan DAP tidak bersalahan dengan Islam tetapi mengatakan segala-galanya (dalam DAP) adalah Islam, itu tidak lagilah, perlu perbincangan lanjut. Contohnya kalau pun saya mengatakan bahawa agama saya lebih benar dari agama A atau B, tetapi itu bukan bermaksud saya kena mendiskriminasi A atau B. Atau perlu bermusuhan atau boleh menzalimi mereka. Itu konsep umum dalam muamalat iaitu keadilan, amanah dan ehsan. Bagaimana dengan prejudis yang mengatakan menyertai DAP itu tidak sesuai dengan Islam kerana menjadikan orang bukan Islam sebagai pemimpin? Perkara ini perlu kita faham. Dalam persoalan ini, adakah pemimpin itu pimpinan tertinggi? Atau pimpinan agama? Atau pimpinan sebagai wakil untuk perjuangkan hak-hak bersama? Kalau memilih pemimpin untuk perjuangkan hak bersama, tidak ada salahnya. Melainkan memilih pemimpin bukan Islam sebagai pemimpin agama dan pemimpin "tertinggi". Di Malaysia pemimpin tertinggi kita ialah Yang di-Pertuan Agong. Perkara ini isu sentimen yang perlu ditangani. Walau bagaimanapun, masih ramai kalangan ulama yang tidak membezakan apa itu wakil untuk perjuangkan hak bersama, pemimpin tertinggi dan pemimpin agama. Untuk melantik pemimpin yang bukan Islam, pertama dia tidak boleh memusuhi Islam, keduanya perjuangannya tidak bertentangan dengan syariah. Semasa kerajaan Islam Andalusia, ada sahaja menteri dan wakil-wakil yang dilantik di kalangan bukan Islam. Apakah Dr merasakan perjuangan DAP yang berlandaskan demokrasi sosial sesuai untuk semua rakyat Malaysia? Begini, di dalam melihat kepada ideologi perjuangan (DAP), jika kita ikut kaedah konvensional "Islamis", isme-isme ini tidak diterima. Tetapi, Islamis generasi baru atau demokrat Islamis seperi Ganushi dan sebagainya, dia kena lihat mengikut kes. Maksudnya, kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju. Contohnya dalam ideologi demokrasi sosial, saya mungkin tidak bersetuju dengan konsep sosialis, tetapi kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju dan sebagai demokrat kita juga memperjuangkan hak setiap pihak untuk menyuarakan idea mereka. Yang kita tidak mahu adalah paksaan terhadap ideologi. Sama ada sesuai atau tidak ia ditentukan oleh kecenderungan individu, hatta kalau kita lihat dalam sebuah negara komunis pun ramai saja yang rasa ideologi komunis tidak sesuai. Di Amerika pun ramai juga geng-geng komunis. Dalam kerangka politik demokrasi bukan bermaksud sesuai untuk semua tetapi setiap pihak berhak untuk bersuara dan mengemukakan idea mereka dan bagi demokrat, kita memperjuangkan hak setiap orang untuk diberikan hak mereka untuk bebas menyuarakan idea. Begitu juga pihak yang menyuarakan idea perlu bersedia untuk menerima kritikan, bangkangan atau pun penolakan terhadap apa yang mereka bawa. Adakah Dr merasakan kemasukan kalangan Melayu ke dalam DAP bukan sesuatu yang bersifat sementara dan ianya satu perkembangan yang baik? Saya rasa, kemasukan orang Melayu satu hal tetapi kita perlukan kepimpinan yang berkarisma. Mungkin ada tapi belum nampak. Perlu ada kepimpinan yang berkarisma dari kalangan orang Melayu yang dilihat mewakili Melayu Islam. Saya yakin kalaulah kata pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP itu berasaskan meritokrasi, kita punya ramai orang Melayu yang mempunyai merit tapi orang Melayu tak perlu takut bersainglah. Banyak saja orang Melayu yang berjaya di luar dan di dalam negara. Mengapa tidak dalam DAP yang lebih kecil? Jika kita meneliti situasi sekarang, apa yang berlaku ke atas DAP seperti perkauman dan sentimen agama yang dimainkan UMNO-BN telah menakutkan orang Melayu terhadap DAP. Pandangan Dr? Saya rasa, isu ketakutan orang Melayu ini benda "real", ini realiti. Pada saya the way foward ialah pihak media terutamanya mainstream media perlu beri ruang kepada semua untuk mengemukakan idea dan membela diri mereka. Apa yang diperlukan ialah kebebasan media dan jurnalisme yang beretika. Jadi setiap pihak boleh kemukakan idea, mempertahankan idea mereka dan juga membela diri mereka di dalam ruang awam. Contohnya DAP sendiri yang orang berprasangka (buruk) terhadapnya, maka bagi peluang kepada DAP buat dokumentari mengenai parti untuk ditayangkan. Beri peluang untuk berdebat dan mempertahankan. Dan yang lebih penting kadang-kadang saya lihat sikap orang Melayu itu sendiri kena diubah, iaitu perlu lebih (berfikiran) kritikal. Itu masalah utama sebenarnya. Bila datang sesuatu perkara, kita biasanya terus terima atau terus tolak. Kurang untuk kita bertanya "apa" dan "kenapa" kemudian "so what". Mungkin kita kata "apa?" kemudian kurang bertanya "kenapa". Orang Melayu bila dia mula bertanya "kenapa", itu kira dah upgrade dah tu…(ketawa) Untuk politik baru, kita kena pergi kepada "so what". Faktor "so what" itu yang kita hilang dan kita kena tanamkan ke dalam masyarakat kita. Orang Melayu bukan tidak berfikiran kritikal tetapi berfikiran kritikal dalam masyarat Melayu tidak dibudayakan. Dengan adanya PAS dan PKR, kerajaan UMNO-BN menuduh mereka memecahbelahkan orang Melayu. Apabila orang Melayu semakin terbuka dan mendampingi DAP pula, ia dimomokkan dengan perpecahan Melayu yang semakin parah. Pandangan Dr? Kenapa kita tak lihat bahawa orang Melayu semakin mendominasi politik!? Dahlah ada dua parti, dalam PKR pun dia (Melayu) dominasi, sekarang dalam DAP pun semakin mendapat tempat di hati orang Melayu. Dan kalau MIC dan MCA buka keahlian pun, orang Melayu akan masuk juga. Bagi saya ia merupakan perkara natural sebab komposisi orang Melayu dan Bumiputera adalah lebih ramai dari kaum lain. Saya tidak kata perpercahan tidak wujud. Perpecahan orang Melayu memang wujud semenjak zaman Hang Tuah lagi. Persoalannya bagaimana kita nak menangani apa yang dinamakan sebagai "perbezaan pendapat". Benda tu (perpecahan) benda normal sebab kita manusia. Persoalannya, apakah yang dinamakan perpecahan itu jikalau apa yang dimaksudkan ialah "UMNO semakin semakin hilang dokongan orang Melayu dan orang Melayu pergi mendokong parti selain bukan UMNO", adakah itu perpecahan? Bagi saya itu bukan perpecahan. Itu bermaksud, susutnya sokongan orang Melayu terhadap UMNO, jadi UMNO perlu kreatif dengan cara gentlemen meyakinkan semula orang Melayu dan bukan dengan memainkan gendang perpecahan. Mampukah UMNO melakukan reformasi? Jika mampu, mungkinkah Dr akan bersama UMNO? Keluarga saya keluarga UMNO, datuk nenek saya antara pejuang UMNO; orang Johor menentang Malayan Union. Bapa saya sehingga meninggal duni dia masih ahli UMNO walaupun di ketika itu sudah tidak menyokong UMNO lagi. Ibu saya sudah meningglakan UMNO tetapi kemudian dia tidak menjadi ahli mana-mana parti. Bagi saya, sebagai ahli akademik, kita mempunyai kecenderungan kita masing-masing. Cuma, selepas kepulangan saya dari UK, saya belum nampak lagi mana-mana parti yang menepati aspirasi saya untuk saya dokongi. Apa aspirasi Dr? Itu yang menarik. Politik di Malaysia masih bertunjangkan politik identiti. Kita lebih nak pergi kepada politik idea. Walaupun parti seperti Gerakan, DAP, PSM adalah parti yang bertunjangkan idea, tetapi, kerangka politik Malaysia itu tidak menyuburkan mereka untuk membawa idea dan mereka kadang-kadang terheret sama. Bukan salah mereka. Sebagai orang akademik, lebih baik saya ambil peluang untuk mendidik masyarakat bagai mana mencapai ke arah politik idea. Jadi, kalau saya sudah mengambil sikap partisan, maka saya rasa saya akan menggagalkan usaha yang saya lakukan. Cuma, dalam mendidik masyarkat kita perlu "vokal", jadi bila kita vokal, seringkali orang kaitkan ia dengan pembangkang, itu tak betul. Kita perlu wujudkan bahawa sikap vokal perlu ada kepada semua. Sikap kritikal juga perlu ada kepada semua, begitu juga sikap analitikal, bukan hanya dalam pembangkang hatta dalam UMNO sendiri. Ada penyokong UMNO-BN menuduh Dr cendurung kepada pembangkang, benarkah begitu? Satu masalah persepsi dalam UMNO ini, kalau kritik dia (UMNO) itu dikata pembangkang. Saya agak berasa bebas kalau saya kritik pembangkang, pembangkang tak pula kata saya UMNO. Ada juga saya kritik PAS, begitu juga PKR dan DAP dalam sesetengah isu. Kritikan saya dalam PAS mungkin berkaitan isu-isu konservatisme segelintir ahli atau pimpinan PAS. Di dalam DAP, ada beberapa kenyataan-kenyataan mungkin kurang menyenangkan yang tidak menjaga sensitiviti, mungkin sekarang dah berubah, wallahualam saya tak tahu…dalam PKR pula kita nampak lebih tertumpu kepada satu keluarga atau kelompok yang membentuk PKR itu sendiri. Mungkin, semua itu akan berubah, tak ada orang yang akan kekal. Jadi bagi saya bila kita mengkritik, kita berdasarkan apa yang kita yakini dan bukan untuk kita asosiasikan. Dan dalam perkara ini kita nampak pembangkang agak rasional; bila apabila dikritik dia tidak kata kita UMNO. Saya mengharapkan peluang untuk ahli akademik untuk bersuara tanpa mereka dilabel. Semasa wacana "Melayu, Islam dan DAP" anjuran Roketkini di Shah Alam pada 1 April lalu, Dr menyentuh kemungkinan kemasukan golongan "Islamis" dalam DAP. Apakah Dr merasakan DAP sebagai sebuah parti sekular perlu "bermain" dengan agama? Ada dua isu di situ. Pertama; isu takrifan sekular dan keduanya isu berkaitan penglibatan golongan Islamis atau pun golongan agama. Kalau takrifan sekular seperti yang dikatakan oleh Zairil (yakni Zairil Khir Johari yang mewakili DAP dalam wacana tempoh hari), sekular tu bukan yang menentang agama tetapi lebih kepada bahawa agama tidak digunakan sebagai alat diskriminasi dalam pentadbiran. Bagi sesetengah orang mungkin tak ada masalah tetapi perkataan "sekular" itu sendiri bagi kebanyakan Islamis ia sebagai benda yang taboo. Jadi, itu sebagai salah satu kekangan untuk golongan "Islamis" masuk. Pada saya mungkin tak ada masalah tapi ia perlu diperbincangkan lagi adakah sesuai gunakan perkataan "sekular" atau ada perkataan lain yang lebih sesuai misalnya perkataan "neutral", "profesional", tetapi kalau sekular konotasinya orang boleh tafsir pelbagai. Keduanya isu penglibatan Islamis; Islamis tidak semestinya mereka yang ingin mengembangkan faham agama dalam DAP. Tak, bukan itu tetapi sebenarnya Islamis yang berfikiran moderat dan demokrat dan boleh memilih bahawa DAP adalah satu platform, mereka memperjuangkan communalities iaitu perkara yang boleh disepakati berkaitan isu pentadbiran, isu ekonomi. Jika istilah "sekular" dianggap taboo, perlukah label "Islamis" itu digunakan? Oh ya, kerana mereka mempunyai aspirasi Islam. Muslim satu hal, Islamis satu hal. Mungkin saja ada Muslim yang sekular, mungkin saja ada Muslim yang komunis, tetapi kalau Islamis ini dia merujuk kepada ideologi Islamis itu sendiri. Islamis ini dikaitkan dengan orang yang mengamalkan Islam. Bagi setengah pihak ia secara fundemental. Maksudnya bukan hanya sekadar sembahyang dalam kehidupan malah ia diterjemahkan kepada identiti mereka, di dalam perkataan yang digunakan, di dalam budaya, di dalam cara mereka berfikir, dia ada kerangka-kerangkanya. Macam baru-baru ini saya ada berbincang dalam satu kumpulan untuk menggerakkan filem Islam di Malaysia. Jadi gabungan golongan akademik so called ahli agama ni dengan penggiat filem yang mempercayai di sana adanya genre filem Islam. Ini Islamis hatta dalam budaya pun mereka ada kerangka dia sendiri. Jadi sejauh mana golongan Islamis ni boleh bergerak di dalam kerangka DAP di atas dasar communalities tetapi dalam satu waktu, kekal dengan identiti mereka dan beramal dengan apa yang mereka percayai dan cuba berbincang untuk meyakinkan orang dengan identiti mereka atau pun menjual idea mereka. Adakah ideologi demokrasi sosial DAP tak bertentangan dengan idea Islamis? Setakat ini demokrasi itu, sikap demokrat dalam DAP sepatutnya mengalu-alukan kehadiran idea yang pelbagai seperti mana kalau kita lihat dalam UMNO pernah mengalu-alukan golongan Islamis seperti Anwar dengan ABIMnya, dalam PKR wujudnya kalangan Islamis tetapi bukan dalam blok seperti Dr Nor Manuty, Fuziah Salleh dari JIM dan Mustafa Kamil Ayub. Jadi mereka ini Islamis. Jadi sejauh mana politik ideologi demokrat yang dipegang oleh DAP membenarkan adanya kepelbagaian dan wujudnya perbincangan atau pertandingan idea. Pertandingan tidak semestinya ada menang ada kalah, kadang-kadang seri. Tapi yang penting communalities itu disepakati. Sekarang ni saya lihat, kalaulah ada, bukan seorang bukan dua orang individu, tetapi kelompok Islamis yang boleh melihat peluang ruang dalam DAP untuk mereka isi berdasarkan communalities, ia akan membentuk satu suasana politik baru di Malaysia. Secara tak langsung ia memperkukuhkan Islam, memperkukuhkan kedudukan umat Islam dan memberikan satu sinar baru bahawa umat Islam adalah umat yang tidak takut kepada idea. Tapi kita boleh engage, kita boleh bincang dan benda ni bukan baru. Kalau kita tengok Islamis di Mesir sebelum revolusi, Ikhwanul Muslimin pernah sertai Parti Wafd. Juga Islamis di tempat lain, mereka yang tak ada peluang untuk tubuh parti di atas identiti agama, mereka bergiat dalam parti-parti kebanyakan sosialis. Macam di Turki agak berbeza, mereka, golongan Islamis membentuk satu parti yang sekular dan rakan kongsi mereka bukan di kalangan golongan Islamis. Tidak ada masalah dan mereka boleh bawa ekonomi Turki dan Islam sekarang ni lebih bebas di Turki berbanding sebelum ni walhal mereka membawa banner sekular. Dr rasa demokrasi sosial baik untuk Malaysia? Saya tak pasti sama ada demokrasi sosial sekarang ini versi rigid kerana DAP sendiri telah berubah dan menerima pasaran bebas yang biasanya ini lebih kepada pentadbiran Jerman yang punya ideologi social market. Adakah itu yang dimaksudkan demokrasi sosial yang dipegang DAP sebab saya melihat ya memang ada unsur sosialisme dalam DAP tetapi ia tidaklah dalam keadaan sosialisme puritan. Kalau puritannya sudah ada parti sosialis, sosial demokrasi itu pun ada pelbagai genrenya. Adakah dia mazhab New Labour, adakah ia bermazhab Scandinavian welfare state atau pun bermazhab social market Jerman atau bagaimana. Mungkin dalam kerangka menjinakkan kapitalisme? Ikut trend sekarang semua ideologi bergerak ke tengah, persoalannya versi mana? Kalau New Labour, ia bergerak dari the traditional lefties labour towards the right di bawah Tony Blair. Bagi golongan liberal, ia bergerak daripada kanan, kapitalis yang totok itu kepada tengah yang dinamakan centre right. Situasi Dr di mana? Islam berada di tengah, saya bersama Islam. (ketawa) Harapan Dr kepada DAP? Saya berharap akan ada kelompok Islamis yang berani untuk bersama di atas dasar communalities bagi mencorakkan politik baru Malaysia dengan kemasukan dalam DAP. Tapi persoalannya siapa? Mungkin Dr sendiri? Saya tak pasti (ketawa) sebab saya tekankan saya sebagai ahli akademik perlu kekal sebagai neutral sebab target nak mendidik masyarakat… Adakah keputusan (Naib Pengerusi DAP) Tunku Aziz keluar parti memberi kesan kepada sokongan Melayu terhadp DAP? Tunku Aziz mewakili orang Melayu ke? Itu yang kita kata DAP perlukan "pemimpin yang karismatik"… *Dipetik dari Roketkini. (http://roketkini.com/2012/06/01/dap-dari-sudut-pandang-seorang-islamis/) | ||||
Tukar kerajaan, selesai masalah Posted: 05 Jun 2012 07:18 PM PDT Kita harus yakin bahawa kepimpinanan BN ini tidak mempunyai kesungguhan politik maupun keupayaan untuk melakukan reformasi. Bahagian Akhir Blogger Raja Petra Kamarudin (RPK) menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengaruhi Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada ketika itu, kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), untuk menghalang siasatan dakwaan rasuah terhadap Mohamed Azmin Ali. RPK mendedahkan perkara ini dalam laman web kendaliannya Malaysia Today pada 29 Mei lalu dan kejadian ini didakwa berlaku pada tahun 1995. Azmin kini merupakan timbalan presiden PKR, ahli parlimen Gombak dan juga Adun Bukit Antarabangsa. Berikutan itu kata RPK, kes itu ditutup sehingga beliau diberi fail penyiasatan baru-baru ini oleh bekas pegawai BPR dan dengan itu kes ini dibuka semula. RPK juga mendakwa BPR menjumpai bukti yang cukup untuk menahan dan mendakwa Azmin pada ketika itu tetapi tidak berbuat demikian berikutan arahan untuk menutup kes itu. RPK juga memuat naik bahagian dari fail itu dalam laman webnya. Beberapa jam sahaja selepas pendedahan RPK ini, SPRM terus bertindak dengan membuat laporan polis. Hari berikutnya, Panel Operasi Kajian Semula SPRM mengadakan mesyuarat di mana mereka memutuskan untuk membuka semula siasatan terhadap kes itu. Ramai rakyat terperanjat (atau hairan) dengan sikap SPRM yang begitu cekap bertindak terhadap kes yang berlaku sedekad lalu melibatkan Anwar dan Azmin. Berbeza sekali dengan sikap dingin SPRM apabila berdepan dengan banyak jenayah berprofil tinggi dan skandal mega yang sudah menjadi lumrah yang dikaitkan dengan pemimpin Barisan Nasional (BN). Benarkah dakwaan RPK? Tetapi wujudkah kebenaran di sebalik dakwaan RPK ini? Sejurus selepas dakwaan RPK ini, ketua pengarah BPR ketika itu, Shafee Yahya dalam biografinya bertaju "The Shafee Yahya Story" tampil untuk menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut. Shafee memberitahu penyiasatan terhadap Azmin dihentikan, bukan disebabkan oleh apa-apa arahan tetapi kerana siasatan itu tidak menemui elemen rasuah yang kuat untuk menjustifikasikan pendakwaan. Shafee merupakan seorang pegawai yang mempunyai integriti yang tinggi, di mana kewibawaan beliau dapat dilihat ketika beliau melancarkan serbuan di pejabat bekas ketua pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) Ali Abul Hassan. Ketika serbuan itu, Shafee menemui sejumlah wang tunai yang banyak tersimpan dalam laci Ali Hassan, orang kepercayaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, pada tahun 1998. Serbuan itu telah menimbulkan kemarahan Dr Mahathir hingga beliau mengarahkan supaya kes terhadap Ali Hassan ditutup. Beberapa bulan kemudian Shafee mendapati perkhidmatannya sebagai ketua pengarah BPR diberhentikan apabila tamat tempuh. Oleh kerana kita sangat menghormati kejujuran dan integriti Shafee maka kita tidak mempunyai masalah untuk mempercayai ceritanya dalam episod Azmin ini. Soalan yang ingin kita kemukakan di sini ialah kenapa operasi SPRM secara tiba-tiba bertukar kepada 'gear lima' berhubung dengan dakwaan rasuah ini tetapi apabila berdepan dengan skandal rasuah mega BN kes berjalan macam 'siput babi'? Tidakkah jelas bahawa dengan sikap "double standard" ini, SPRM bertindak sebagai salah satu komponen propaganda BN untuk mensabotaj prospek Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang? Skandal KM S'wak, Sabah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang memegang tampok kekuasaan negeri itu sejak 1981, tidak perlu diperkenalkan lagi. Kekayaan luar biasa, yang diperolehi melalui manipulasi kekayaan sumber alam semula jadi, pembalakan dan monopolinya dalam kontrak lumayan kerajaan terlalu banyak untuk dituliskan. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, aset-aset milik Taib disenaraikan secara terperinci dalam Internet, terutama dalam Sarawak Report (http://www.sarawakreport.org) dan Dana Bruno Manser. Boleh dikatakan kekayaan Taib yang bernilai berbilion ringgit, tersebar luas merintasi benua dan lautan. Aset-aset ini yang dipegang melalui syarikat-syarikat milik keluarga, meliputi hartanah di luar negeri, enterprise di dalam dan luar negeri, serta tanah yang luas di Sarawak yang dirampas dari tanah adat (NCR) milik pribumi negeri itu. Sudah pasti banyak laporan dibuat terhadap Taib dalam tempoh beberapa tahun yang lalu tetapi kesemuanya tidak memberi kesan. Laporan-laporan ini, yang didokumenkan secara baik dengan bukti-bukti rasuah yang, nampaknya tenggelam ke dalam laut kerana SPRM tidak mahu menjelaskan pendiriannya berhubung isu rasuah Taib, seolah-olah perkara ini menjadi satu larangan (taboo). Kelihatan Taib akan terus mencengkam Sarawak dengan kuasanya yang tidak terbatas seperti yang beliau lakukan dalam tempoh tiga dekad yang lampau. Itu pun, sekiranya BN masih berkuasa di Putrajaya. Chia ditahan dengan wang tunai Dakwaan salah laku rasuah dalam industri pembalakan terhadap Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman timbul apabila agennya Michael Chia yang ditangkap dengan wang tunai sebanyak $16 juta (dalam mata wang Singapura) di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos 2008. Ketika Chia ditahan, beliau dilaporkan merayu dengan pihak polis supaya membebaskannya atas alasan wang itu adalah milik Musa Aman dan beliau hanya bertindak sebagai agen untuk menyeludup wang itu. Berikutan itu, SPRM melancarkan siasatan secara besar-besaran mengenai gejala rasuah dalam industri balak di Sabah dan di antara lain, mendapati bahawa Musa telah memberi konsesi balak bernilai ratusan juta ringgit kepada adiknya, Menteri Luar Anifah Aman, melalui syarikat-syarikat nominee. Skandal ini terdedah dari maklumat SPRM yang dibocorkan seperti di laporkan Sarawak Report (sebahagian dari dokumen yang dibocorkan di muat naik dalam laman web Sarawak Report). Sarawak Report juga melaporkan bahawa siasatan SPRM ini dihalang oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, juga dari Sabah dan mempunyai pertalian keluarga dengan keluarga Aman melalui perkahwinan. Sementara itu, Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) Hong Kong sibuk menyiasat kegiatan penggubahan wang haram bersumber dari rasuah balak Sabah, berikutan tertangkapnya Michael Chia. ICAC berjaya membongkar keseluruhan rangkaian kegiatan rasuah balak bernilai berjuta-juta ringgit yang berpunca dari Sabah mengalir melalui Hong Kong, British Virginia Island dan pergi ke destinasi akhirnya, Switzerland. Wang tersebut didepositkan ke dalam akaun peribadi Musa Aman dalam UBS Zurich. Sarawak Report Carta aliran itu menerangkan rantaian yang rumit dan sukar dibaca mengenai pengaliran wang keluar yang diserahkan kepada SPRM dan sesalinannya ada pada Sarawak Report. Carta aliran ini memberi laporan terperinci tentang nama pemegang akaun, nombor akaun bank dan amaun yang dipindahkan. Bersama kenyataan bank, carta ini mendedahkan nama pembayar (tauke-tauke balak Sabah) dan penerima (syarikat-syarikat nominee Musa) boleh dilihat pada http://www.sarawakreport.org/2012/04/hold-on-trust-for-aman-more-devastating-evidence-from-the-icac- investigation/ Bagaimanapun, kedua-dua penyiasatan di Malaysia dan Hong Kong tidak menyelesaikan masalah kerana kerjasama antara negara dihalang, sekali lagi oleh Gani Patail, di mana beliau enggan menandatangani perjanjian kerjasama, menurut Sarawak Report. Dengan Gani sebagai penghalang, kita tidak boleh mengharapkan apa-apa perkembangan dari siasatan SRPM tentang skandal rasuah balak Musa Aman. Gani akan kekal sebagai Peguam Negara, sekiranya BN kekal di Putrajaya. Nasib Rafizi Ramli Siasatan terhadap Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli oleh Bank Negara kerana melanggar Akta Institusi Kewangan dan Perbankan (Bafia) mencerminkan niat kotor kerajaan BN. Ia merupakan suatu tindakan yang disengajakan untuk menghukum pemberi maklumat, bukan sebagai langkah untuk mendokong undang-undang. Sebenarnya Rafizi membuat sumbangan yang akan berharga dengan membuat pendedahan mengenai penyelewengan dalam projek kerajaan yang gagal hingga membawa kepada pendakwaan terhadap petualang. Jadi, kenapa beliau dihukum hanya kerana mendedahkan beberapa butiran perbankan dalam usahanya untuk menjalankan tugas untuk kepentingan rakyat? Seksyen 97 Akta Bafia bertujuan untuk melindungi kerahsiaan nama pemegang akaun yang sah dan bukan untuk menyembunyikan transaksi haram mereka yang terlibat dengan rasuah. Makanya, apa-apa usaha untuk menggunakan Seksyen 97 terhadap Rafizi, bukan sahaja salah dari segi moral, tetapi juga tidak bersesuaian dari segi undang-undang. Skandal NFC Tidakkah BN sedar bahawa dengan mengambil tindakan terhadap Rafizi bermakna pucuk pimpinan BN mengakui wujudnya tangan-tangan ghaib dalam skandal National Feedlot Corporation (NFC). Jika tidak, mengapa mereka bertindak balas dan mengenakan tekanan melalui Bank Negara? Jika pimpinan BN mempunyai niat yang betul, mereka sepatutnya menghentikan siasatan terhadap Rafizi. Melihat kepada urutan peristiwa di atas, mereka yang meragui terhadap pengkritik BN ini harus berpuas hati bahawa kerajaan BN ini tidak akan membawa negara ini kepada matlamat apa yang dijanjikan – transformasi, menambah kekayaan, meningkatkan perpaduan dan lain- lain. Salah guna terhadap institusi-institusi kita oleh BN bagi memenuhi kepentingan politik mereka dengan memijak dan tidak mempedulikan kedaulatan undang-undang menjadi semakin buruk. Kita harus yakin bahawa kepimpinanan BN ini tidak mempunyai kesungguhan politik maupun keupayaan untuk melakukan reformasi ataupun, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak "sudah ditransformasikan." Jika ikut Najib, hasilnya nanti ialah korupsi yang lebih parah, lebih banyak berlaku salah guna kuasa dan memburukkan lagi sentimen rasa tidak puas hati serta tekanan-tekanan ke atas rakyat akan berterusan. Hanya satu jalan keluar untuk negara ini: tukar kerajaan. | ||||
Felda diminta turun padang jelaskan FGVH lagi Posted: 05 Jun 2012 07:01 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER TEMERLOH — Pihak pengurusan Felda Berhad diminta turun padang sekali lagi untuk menjelaskan kepada peneroka di seluruh negara mengenai manfaat penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH). Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan Felda Lakum, Aziz Awang, berkata ini kerana masih ramai peneroka didapati bimbang penyenaraian itu akan menyebabkan tanah mereka tergadai. "Seramai 100 daripada 505 peneroka Felda Lakum Lanchang menolak pemberian saham FGVH kerana khuatir FGVH akan kerugian sekali gus mengakibatkan mereka kehilangan tanah," katanya kepada Bernama, di sini hari ini. Aziz berkata beliau percaya kumpulan peneroka terbabit termakan hasutan pihak luar yang menyebarkan pelbagai maklumat tidak tepat mengenai usaha penyenaraian tersebut. "Walaupun mereka ini tidak bersetuju dengan penyenaraian FGVH di pasaran saham, tetapi mereka turut mengambil wang durian runtuh RM5,000 yang diberikan Felda baru-baru ini," katanya. Beliau turut menyarankan agar saham yang ditolak kumpulan peneroka terbabit diagih kepada peneroka di 317 buah tanah rancangan Felda di seluruh negara yang berminat. — Bernama | ||||
Pemuda positif peringatan Muhyiddin Posted: 05 Jun 2012 06:54 PM PDT SHAH ALAM - Peringatan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu dianggap sesuatu yang positif supaya tidak ada yang leka dan lalai dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, peringatan itu lebih kepada nasihat dan sebagai rangsangan kepada jentera parti untuk melipatgandakan usaha mendekati rakyat. Menurutnya, kenyataan Muhyiddin juga lebih kepada kebimbangan dengan sikap beberapa pihak yang begitu yakin hingga tidak menjalankan kerja dengan baik. "PRU13 adalah satu persimpangan jalan penting buat BN bagi menawan beberapa negeri seterusnya mengekalkan kemenangan sedia ada," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Exco Pemuda, Datuk Muhammad Khairun Aseh bersetuju peringatan tersebut, namun berharap PRU13, BN akan cuba membuat perubahan daripada segi calon yang akan bertanding. "Peringatan itu amat jelas. Jika mahukan kemenangan lebih besar diraih, mungkin kepercayaan boleh diberikan kepada muka-muka baru untuk menggalas tanggungjawab yang diberikan," katanya. Sementara itu, MIC sentiasa jalankan gerak kerja secara berterusan sehinggalah menjelang PRU13. Setiausaha Agungnya, Datuk S Murugessan berkata, tindakan Muhyiddin yang melahirkan kebimbangan menghadapi PRU13 kali ini membuatkan MIC akan berusaha lebih keras untuk mencapai matlamat BN seterusnya mengekalkan momentum sedia ada. | ||||
PR: 'Kami pun nak menang secara gentleman' Posted: 05 Jun 2012 06:52 PM PDT SHAH ALAM – Pakatan Rakyat (PR) menegaskan pihaknya komited untuk mengamalkan politik budiman dalam usaha mengambil alih pemerintahan negara secara berhemah. Pemimpin-pemimpin kanannya yang dihubungi juga menekankan pendirian sekali-kali tidak akan mempengaruhi rakyat untuk bangkit memberontak atau bertindak ganas jika terpaksa berhadapan dengan kekalahan. Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, sejarah telah membuktikan bahawa parti itu tidak pernah mencetuskan huru-hara sekalipun kalah dalam kesemua pilihan raya umum sejak lima dekad lalu. "Kita sudah buktikan sejak 1955 lagi, sejak mula Pas sertai pilihan raya umum. Walaupun berkali-kali gagal, kita tak pernah berontak, kita terima kekalahan dengan terbuka," katanya. Salahuddin berkata, meskipun timbul beberapa isu Pas tidak berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya, namun parti itu sentiasa menunjukkan komitmen dan penerimaan yang baik terhadap proses demokrasi. Beliau memberi reaksi demikian terhadap laporan 'Amanat Baru Hadi' pada muka depan akhbar ini semalam yang menyiarkan pesanan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa kesemua rakyat negara ini perlu mengamalkan politik bersopan santun dalam menaik dan menurunkan pemimpin, bukan dengan cara yang memalukan mereka. Kenyataan itu menyusul selepas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam entri blognya bulan lalu mengaitkan kemungkinan pembangkang akan terfikir bahawa tindakan menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi akan membantu mereka mencapai cita-cita untuk berkuasa, jika tewas dalam pilihan raya. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menyatakan kesediaan BN untuk menghadapi kecaman pembangkang jika mereka tewas pada PRU13 dan turun ke jalanan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokratik. Mengulas kenyataan itu, Salahuddin berkata, itu adalah bayangan kerisauan Timbalan Perdana Menteri terhadap peningkatan sokongan kepada pembangkang. "Kami tidak pernah ada usaha ke arah itu tetapi BN yang sering memulakan provokasi. Ini jelas menunjukkan kerisauan mereka," katanya. Naib Presiden PKR, Tian Chua yang masih menghadapi pendakwaan di mahkamah berhubung pembabitannya dalam Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 berkata, tidak timbul isu pembangkang akan mengadakan demonstrasi ganas jika kalah PRU13 seperti yang didakwa BN. "Mereka yang selalunya menghasut dengan kenyataan-kenyataan ekstrem seperti berjuang hingga titisan darah terakhir, hidup mati BN dan sebagainya. Kenyataan seperti itu helas menunjukkan perjuangan yang akan mereka bawa pada PRU13 nanti," katanya. | ||||
SENIMAN: Utamakan artis tempatan, bukan K-pop Posted: 05 Jun 2012 05:18 PM PDT Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) Zed Zaidi berkata artis tempatan perlu diberi keutamaan untuk membuat persembahan peringkat kebangsaan seperti ketika sambutan Hari Belia Negara 2012. Katanya, artis dan seniman itu perlu diberi keutamaan, selaras dengan slogan untuk mendahulukan rakyat seperti yang diuar-uarkan kerajaan. "Kalau kita buat hari belia antarabangsa, mungkin wajarlah kita menjemput artis luar negara buat persembahan. "Kalau hendak beri peluang kepada artis luar negara biarlah berpada-pada. Kalau ada peluang, dahulukan artis tempatan," katanya kepada Malaysiakini. Beliau juga percaya ekonomi tempatan akan tumbuh dengan lebih rancak jika wang sebanyak itu kekal di dalam luar negara dan dibayar kepada artis tempatan. Malah, katanya lagi, wang sebanyak itu juga akan membolehkan lebih ramai artis tempatan membuat persembahan pada sambutan berkenaan. Katanya, artis tempatan perlu diutamakan, tidak kira jika bayaran itu dibuat oleh penaja atau kerajaan. Pelakon muda itu turut menjelaskan bahawa kenyataannya itu bukan menunjukkan sikap anti-artis luar negara. "Saya selaku Presiden SENIMAN, yang merupakan kumpulan pendesak untuk memperjuangkan artis tempatan, perlu bersuara kerana artis lain takut akan digam jika mereka bercakap (tentang perkara ini)," katanya. Beliau mengulas isu berhubung kos sehingga AS$300,000 (RM900,000) untuk membawa tiga kumpulan pop Korea (K-pop) untuk membuat persembahan di sambutan tersebut. Jumlah tersebut dinyatakan ketua setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed, susulan dakwaan bahawa persembahan kumpulan K-pop tersebut dibayar dengan harga tinggi berbanding artis tempatan. Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebelum ini turut menyatakan bahawa kos yang ditanggung penganjur, Stadium First Sdn Bhd untuk membawa kumpulan tersebut - Dal Shabet, Teen Pop dan U-Kiss - akan ditanggung penaja. Malaysiakini sedang mendapatkan penjelasan Shabery berhubung perincian sebenar mengenai jumlah bayaran kepada artis K-pop dan artis tempatan yang membuat persembahan di program anjuran kementerian itu. | ||||
Makmal Felda didakwa enggan uji buah, peneroka fail saman Posted: 05 Jun 2012 05:15 PM PDT Sekumpulan peneroka Felda yang mahu menguji kadar perahan minyak sawit hasil tanaman mereka mendakwa makmal milik lembaga tersebut dan juga firma perladangan lain enggan menjalankan ujian tersebut. Namun kumpulan berkenaan bertindak memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuantan ke atas Felda sebagai defendan pertama Felda Palm Industries Sdn Bhd sebagai defendan kedua atas dakwaan "penipuan dan pecah amanah." Peguam Sivarasa Rasiah yang mewakili 957 peneroka dari Felda Kratong, Rompin dalam saman itu, berkata makmal berkenaan enggan menerima ujian tersebut semenjak tindakan sekumpulan peneroka memfailkan saman pada pertengahan 2011. "Mereka membawa buah mereka ke makmal Felda, Sime Darby dan juga makmal bebas lain namun kesemuanya enggan menguji buah tersebut. "Anak guam saya sudah membuat laporan polis berhubung perkara ini," katanya ketika dihubungi. Katanya, makmal berkenaan tidak memberikan sebab atas keengganan mereka untuk menguji buah sawit berkenaan. Oleh itu, peneroka berkenaan memohon bantuan mahkamah melalui saman berjumlah RM525 juta – saman paling besar oleh golongan peneroka setakat ini. | ||||
Pakatan lapang dada terima 'layanan' BN Posted: 05 Jun 2012 05:13 PM PDT SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) menegaskan pihaknya tidak akan berundur atau berputus asa dalam usaha mereka menawan Johor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) walaupun pelbagai isu negatif dikaitkan oleh perikatan saingan mereka, Barisan Nasional (BN). Dalam satu kenyataan disiarkan Sinar Harian hari ini, dua pemimpin Umno dengan nada menyindir berkata pembangkang dialu-alukan untuk menyerang Johor. Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bagaimanapun mengingatkan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) supaya mereka bersiap sedia untuk menghadapi keadaan "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran." "Itu saja yang saya boleh kata. Mereka nak serang, seranglah... kita tak boleh larang. Tetapi saya yakin, rakyat Johor tak akan beri ruang kepada pembangkang. Tak mungkin mereka dapat terima parti yang pemimpinnya secara terang-terangan menghina sultan mereka," katanya. Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan pula berkata, PR hanya mampu berangan-angan untuk merampas Johor sedangkan pemimpin parti telah mencetuskan pelbagai masalah di negeri tersebut dengan dakwaan yang dibuat oleh pemimpin DAP, Johor sebagai negeri yang banyak jenayah dan maslah sosial. Mengulas kenyatataan kedua-dua mereka itu, Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh berkata, PR akan meneruskan perjuangan dan memberi yang terbaik untuk rakyat dalam menghadapi PRU akan datang walaupun isu terbaru sedang digembar-gemburkan pada masa sekarang. "Kami tidak akan mengaku kalah, kami akan berjuang dan menghadapi situasi itu. "Jika Khairy mengalu-alukan, kami terima dengan lapang dada tetapi jangan sifatkan kami sebagai penghasut seperti yang berlaku di negeri Pahang baru-baru ini," kata Fuziah. Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, masyarakat tidak akan hilang kepercayaan disebabkan perkara itu, sebaliknya masyarakat akan menilai dari segi gerak kerja yang ditunjukkan oleh mereka pada masa sekarang. Dalam pada itu, Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw berkata, walaupun Johor adalah kubu kuat Umno tetapi mereka tidak akan menyerah kalah dan pelbagai usaha dibuat untuk raih undi. "Johor adalah kubu kuat Umno tapi kita belum tahu, rakyat akan memilih siapa untuk memipin mereka. "Kami akan berikhtiar dan berusaha bersungguh-sungguh untuk meraih undi di sana," katanya. Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub enggan mengulas kenyataan itu ketika dihubungi Sinar Harian. "Isu itu buat masa sekarang, saya tak ada komen," katanya. | ||||
PERKASA: Lapor polislah, Suaram Posted: 05 Jun 2012 05:10 PM PDT Sekiranya Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mempunyai bukti bahawa rahsia tentera laut Malaysia dijual kepada syarikat asing, NGO hak asasi itu patut membuat laporan polis supaya siasatan dalam dijalankan. Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata, Suaram juga patut mengemukakan salinan dokumen berkaitan. Suaram pada 31 Mei mendedahkan, siasatan mahkamah Perancis terhadap syarikat kapal DCNS mendapati ia membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Sdn Bhd sebagai sebahagian daripada pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia. Sebahagian daripada pembayaran itu, dakwa Suaram lagi, melibatkan jualan dokumen rahsia berhubung penilaian Malaysia berhubung purchase order. | ||||
Nyaris hilang anak gara-gara tinggalkan dalam kereta Posted: 05 Jun 2012 05:03 PM PDT SINAR HARIAN Bagaimanapun, Khazlim Saat, 35, boleh menarik nafas lega selepas anak bongsunya, Mohd Ryan Hazim, 2, berjaya ditemui sejam kemudian dan detik itu memberi pengajaran yang cukup bermakna kepadanya. Dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu, beliau meninggalkan dua anak perempuannya, Nor Sabrina Damiah, 6, dan Nor Sofea Hadirah, 4, serta Mohd Ryan dalam kereta untuk membeli barang di sebuah kedai runcit di kawasan berkenaan. "Sebelum keluar, saya sudah mengunci pintu kereta, tetapi tidak lama selepas itu, Damiah datang kepada saya dan belum sempat dia membuka mulut saya terdengar Hadirah menjerit. "Saya terus keluar dari kedai runcit dan ternampak Hadirah berada di luar kereta sambil menjerit dan dalam sekelip mata, kereta saya dalam keadaan pintu yang masih terbuka dilarikan oleh seorang lelaki dengan anak bongsu saya berada dalam kereta," katanya. Beliau yang tidak menyangka dengan insiden itu, berkata dengan bantuan orang ramai mereka melaporkan kejadian itu kepada polis. Khazlim berkata beliau juga sempat menghubungi suaminya Mohd Hisham Rahiman, 35, rakan-rakan serta jirannya untuk membantu mencari anaknya itu. Katanya tidak sampai sejam selepas itu, polis Nusajaya menerima laporan mengenai penemuan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang ditinggalkan di hadapan sebuah restoran, kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian. "Saya merasa amat bersyukur kerana anak saya berjaya ditemui dengan keadaan selamat walaupun cedera sedikit di kening mungkin terhantuk semasa kenderaan itu dipandu laju. "Ia juga menjadi pengajaran kepada saya untuk tidak lagi meninggalkan anak dalam kereta walau sekejap. Saya harap ibu bapa lain dapat mengambil iktibar daripada kejadian yang saya alami," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nusajaya Supt Nor Hashim Mohamad berkata polis telah menubuhkan sebuah pasukan khas bagi mengesan kenderaan milik mangsa sebaik menerima laporan. "Dengan bantuan orang ramai, kami berjaya mengesan kenderaan tersebut kira-kira pukul 11.30 malam semalam di Jalan Trus dan menahan tiga lelaki berumur antara 24 dan 26 tahun," katanya. Beliau berkata siasatan awal mendapati ketiga-tiga lelaki terbabit juga terlibat dengan penyalahgunaan dadah selain dipercayai mempunyai kaitan dengan tujuh kes kecurian kenderaan sekitar Nusajaya dan Johor Baharu Selatan. Mereka kini direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun serta denda, jika sabit kesalahan. - Bernama | ||||
Rafizi: Mentaliti BN masih di takuk lama Posted: 05 Jun 2012 05:01 PM PDT SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa mentaliti Barisan Nasional (BN) masih di takuk lama apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam sanggup membuat andaian tidak masuk akal dengan mengatakan akan berlaku huru-hara sekiranya Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) tidak berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR). Hishammuddin semalam memberi kenyataan yang tidak menolak sebarang kemungkinan terjadi huru-hara apabila ada pihak yang sanggup memperalat dan memperkuda pelajar bagi meraih undi. "Tidak timbul isu memperalatkan atau menggunakan para pelajar kerana kita sedia maklum yang golongan pelajar kini sudah matang dan mampu membuat keputusan sendiri," katanya yang ditemui dalam program Gempur Kampus : Mansuh PTPTN dan Tuntut Pendidikan Percuma di sini, petang ini. Beliau turut menggesa menteri patut turun padang bagi mendengar masalah dan luahan hati mahasiswa. Program yang diadakan ini juga merupakan kemahuan mahasiswa sendiri untuk berjumpa sambil duduk semeja membincangkan isu pendidikan percuma ini. "PKR sendiri sentiasa mengalu-alukan kedatangan mahasiswa dan tidak pernah timbul isu mempergunakan pelajar," tegasnya. Turut menyertai program ini ialah Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) dan Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi). Tujuannya ialah untuk memberi penerangan secara meluas di peringkat akar umbi supaya mahasiswa dan golongan rakyat akar umbi faham mengenai polisi pemansuhan PTPTN dan dasar pendidikan percuma. | ||||
PERKASA: Inkuiri BERSIH buang masa Posted: 05 Jun 2012 04:59 PM PDT Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali hari ini berkata, tindakan kerajaan menubuhkan panel bebas bagi menyiasat perhimpunan BERSIH pada 28 April lalu membuang masa. Katanya, tiada apa lagi untuk disiasat kerana perhimpunan itu haram dan melanggar arahan mahkamah dengan cuba memecahkan penghadang untuk ke Dataran Merdeka. Menurut Ibrahim lagi, tiada gunanya menubuhkan panel hanya untuk memuaskan hati pihak yang menuduh polis melakukan keganasan dalam perhimpunan itu. Ekoran desakan pelbagai pihak, kerajaan pada 9 Mei lalu mengumumkan penubuhan panel bebas diketuai bekas ketua polis negara Tun Hanif Omar. | ||||
Menteri: Saya kecualikan Isa dalam KPF Posted: 05 Jun 2012 04:57 PM PDT Menteri boleh memberi pengecualian kepada mana-mana individu daripada mematuhi kehendak undang-undang kecil bagi menjadi pengerusi atau ahli lembaga pengarah Koperasi Permodalan Felda (KPF). Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, terdapat dua syarat daripada undang-undang tersebut yang perlu dipatuhi sebelum perlantikan dilakukan. "Tapi di bawah Akta Suruhanjaya Koperasi Felda, pihak menteri boleh mengecualikan sesiapa daripada mematuhi kehendak undang-undang kecil ini. "Saya telah pun mengecualikan pematuhan undang-undang kecil tersebut kepada Tan Sri Isa (Samad) bermakna Tan Sri Isa boleh dilantik sebagai ahli lembaga oleh lembaga mereka," katanya selepas mengadakan 'walkabout' dan majlis ramah mesra warga penjaja dan peniaga kecil 1Malaysia di Jalan Petaling petang ini. Menurut Ismail, KPF mensyaratkan individu yang hendak dilantik sebagai ahli lembaga atau pengerusi mesti dalam kalangan pekerja atau keluarga Felda yang menjadi ahli lebih dua tahun. Ismail berkata, beliau tidak berkuasa melantik pengerusinya tetapi mempunyai kuasa untuk memberi pengecualian daripada kehendak dan pematuhan undang-undang kecil. "Jadi maknanya, Tan Sri Isa tak perlu tunggu dua tahun sebagai ahli untuk menjadi pengerusi," kata Ismail. Sebelum ini, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengekalkan keanggotaan bekas menteri besar Negeri Sembilan itu dalam KPF. SKM juga memutuskan tindakan KPF menerima keahlian Isa bercanggah dengan undang-undang kecilnya tetapi tiada peruntukan yang membolehkan keanggotaan yang diterima dibatalkan. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan