Rabu, 6 Jun 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Isu WWW1 - Video Sidang Akhbar Nizar

Posted: 06 Jun 2012 09:43 AM PDT

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mempertahankan kenyataannya kepada polis bahawa beliau tidak menuduh Sultan Johor menggunakan wang rakyat untuk membida nombor pendatftaran eksklusif "WWW1."

Dalam siasatan di Pejabat PAS Ipoh itu, Nizar berkata beliau turut meneliti sampel laporan polis ke atasnya – yang menurutnya "jauh simpang daripada apa yang saya tweet (tulis di Twitter)."

"(Laporan mendakwa) seolah-olah saya tuduh tuanku guna wang rakyat... tweet saya tak begitu," kata timbalan pesuruhjaya PAS Perak itu lagi ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang ini.Baca lagi di sini

Rakaman berikut menunjukan satu-satunya pemimpin pelapis PAS yang boleh diharapkan - Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss yang begitu bersungguh mempertahankan Nizar dalam isu tersebut.

Setelah Makan Ubat ...ini jadinya!

Posted: 06 Jun 2012 06:11 AM PDT

Selepas makan ubat, maka berkatalah menteri tersebut sebagaimana yang dilaporkan Malaysiakini -

Liow: Saya dapat nombor plat percuma

Sehari selepas menjadi sasaran soalan pemberita mengenai nombor plat WWW 15 yang dibidanya, Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai kini mengatakan bahawa dia tidak membayar satu sen pun untuk nombor tersebut.

Dalam tweetnya lewat hari ini, Liow berkata telah dimaklumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bahawa beliau tidak perlu membayar RM24,200 harga bidaan yang ditawarkan kepadanya, kerana nombor itu adalah "percuma".

Katanya, sebarang pertanyaan lanjut hendaklah dirujuk kepada JPJ.

Bagaimanapun, ini bercanggah dengan laporan akhbar China Press hari ini, yang memetik jurucakap JPJ Wilayah Persekutuan sebagai berkata setiap orang yang membida nombor plat, perlu membayar untuk mendapatkannya.

Katanya, para menteri boleh memohon nombor plat secara percuma dari JPJ, tetapi ia tidak membabitkan 'nombor panas' seperti yang dibida oleh Liow.
Aku tak nak komen apa-apa.Senak perut aku menahan ketawa!

WWW1: Apa pendirian Pas?

Posted: 06 Jun 2012 05:00 AM PDT

Oleh: MSK

Sejak tercetus isu WWW1 yang dihangatkan oleh Tweet DS Nizar Jamaludin, ternyata tidak ada satu pendirian kukuh dikalangan kepimpinan Pakatan Rakyat.

Kebanyakan kepimpinan Pakatan Rakyat mengambil sikap berdiam diri apabila stu-satu isu itu melibatkan Raja-Raja Melayu, mungkin kerana takut atau mungkin kerana ia dianggap terlalu sensitif.

Isu WWW1 juga melihatkan bagaimana sikap pemimpin dalam menangani sesuatu isu. Tidak ada kenyataan dari PKR atau DAP sama ada menyokong atau menentang Nizar. Masing-masing menganggap ini masalah Nizar, bukan isu rakyat.

Naib Presiden Pas, Salahudin Ayub bukan sahaja menjauhkan diri dari isu ini, malah menempelak DS Nizar yang dikatakan menjejaskan hubungan parti dengan istana. Boleh baca disini.

Johor-born PAS vice-president Salahuddin Ayub said he was disappointed that the incident had put a dampener on the party's long-standing good relations with the royalty.

Dimana salahnya kenyataan Nizar? Apakah kerana ia melbatkan Raja maka ia salah walaupun apa yang diucapkan itu benar? Atau mungkinkah kerana kenyataan itu menyebabkan peluang untuk Salahuddin Ayub menjadi Menteri Besar Johor semakin pudar?

Pesuruhjaya Pas Johor lebih teuk dalam kenyataannya. Dan kalau inilah sikap kepimpinan Pas Johor, apakah yang boleh diharapkan dari kepimpanan macam ini?

Johor Pas commissioner Datuk Dr Mahfodz Mohamed said it was the sultan's right how he led his life and the people should not question it.

"We, as the people, have to respect that and need not comment on such matters. The ruler knows what he is doing. Again, we have to respect him because he knows more than us."

Salahuddin Ayub sepatutnya memperjuangkan hak rakyat Johor dulu, bukan memperjuangkan peluangnya untuk menjadi Menteri Besar Johor. And..Come on Dr. Mahfodz.say something better a.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusuf Rawa juga menjauhkan diri dari kenyataan Nizar tersebut.

Fellow central committee member Dr Mujahid Yusof Rawa shared the same sentiment, saying that Mohammad Nizar should have been more cautious when making remarks in the new media.

"Remarks made on Twitter or Facebook are entirely a personal view and what he wrote does not reflect the party's stance," he said.

Apakah pendirian rasmi PAS dalam hal ini? Bagaimana boleh dikatakan kenyataan Nizar tersebut tidak mencerminkan pendirian parti kalau parti sendiri tidak mengeluarkan kenyataan menegaskan pendiriannya?

Ketua Pemuda Pas juga tidak berani mengeluarkan komen, mungkin hanya berani mengeluarkan komen dalam isu-isu konsert.

PAS Youth chief Nasrudin Hassan Tantawi also said the tweet was Mohammad Nizar's personal view, declining to comment further.

Kenyataan Salahudin Ayub tentang hubungan parti dengan istana menampakkan seolah-olah tidak ada bezanya diantara Pas dengan Umno. Baca seterusnya di sini

Komen al-Husseyn : Saya pernah ajukan kepada seorang pemimpin PAS negeri mengenai sikap pemimpin pusat yang buat komen yang agak negatif terhadap Nizar berhubung isu tersebut; beliau kata lebih baik diam daripada buat komen macam itu!

Isu WWW1- Kemana Teloq Hangpa Semua?

Posted: 06 Jun 2012 02:01 AM PDT

Himpunan Menjunjung Taat Setia anjuran Pemuda UMNO Johor akan diadakan di Istana Pasir Pelangi Ahad depan.

Mereka akan berdemo sebagai membantah tindakan DS Nizar yang sekadar memberi komen secara umum berhubung isu bidaan nombor Plat WWW1.Nizar dituduh sebagai penderhaka dan mereka mahu mengharamkan Nizar dari menjejak kaki di Negeri Johor! Baca di sini

Hebat sungguh semangat orang Melayu Johor. Syabas! Cuma yang memalukan ialah sikap beberapa pemimpin PAS sendiri yang cuba 'play safe' dan cuba menjauhkan diri dari isu tersebut.


Mereka seolah-olah menutup mata, menutup telinga dan mulut mereka dan membiarkan Nizar keseorangan berhadapan dengan asakan Umno/BN dalam isu ini. Kita boleh baca kenyataan Salahuddin Ayub dan Mujahid Rawa.Termasuk juga Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi di sini .

Mujurlah Timbalan Ketua Pemuda Negeri, Raja Ahmad ada backing. Apa ceritanya dengan PJ, Ust Abu Bakar Husein yang senyap sepi tak ada apa-apa cerita mengenai perkara ini?


Cuma nak tanya rakyat Johor, kemana telog hangpa semua sewaktu Umno/BN melondehkan Institusi Raja ketika Krisis Perlembagaan 1983 hingga 'menghapuskan kekebalan dan beberapa hak istimewa Raja-Raja Melayu'?

Anwar Ibrahim Tidak Sayangkan Melayu, Sistem Beraja Atau Budaya Melayu . . .

Posted: 05 Jun 2012 08:20 PM PDT

Menteri yang pernah bakar jambatan, Rais Yatim, jelas tidak mengharapkan undi masyarakat bukan Melayu dalam PRU akan datang.

Rais menggesa Melayu supaya bersatu dan mengundi pemimpin yang mengambil berat hak istimewa dan kebajikan mereka, bagi memastikan hak mereka tidak diketepikan pembangkang.

Orang Cina, Orang India, Orang Dayak, Orang Iban dan semua tidak perlulah mengundi Umno/BN sebab Umno/BN tidak sanggup mengambil berat mengenai kebajikan kamu selain Melayu.

Menteri Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan ini mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim "tidak sayangkan Melayu, sistem beraja atau budaya Melayu." Baca lagi di sini

Jom lihat bagaimana isteri seorang menteri kebudayaan dengan budaya Melayu yang disanjungnya itu.

Antara Wan Azizah (gambar kecil atas) dengan isteri menteri
kebudayaan ini, yang mana satu menampilkan budaya
Melayu Islam?

Dr Mahathir Perlu Bagi Ubat Pada Menteri Ini

Posted: 05 Jun 2012 06:36 PM PDT

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini kurang sihat dan menggelabah biawak apabila diasak oleh pemberita dengan soalan siapa yang membuat pembayaran sejumlah RM24,200 bagi pendaftaran "WWW 15" yang dimenanginya dalam bidaan baru-baru ini.

"Tidak pasti, saya perlu semak semula.Bila saya membidanya, saya tidak memikirkan kos tersebut," kata Liow

Beliau menambah "Nombor itu tidak penting, apa yang utama adalah servis kepada rakyat." Baca lagi di sini

Akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily memetik kenyataan seorang pegawai kementerian yang tidak dinamakan, bahawa kementerian itu tidak pernah menetapkan peruntukan untuk tujuan seperti itu di sini

Ha! ha! ha! Patutlah gabra mangkuk ayun nih! Hoi Dr Mahathir ... tolong kasi ubat sama lu punya menteri ini!

Tiada ulasan: