Rabu, 6 Jun 2012

Tukar Tiub

Tukar Tiub


PROGRAM MELAWAN DAN MENGHASUT DISANA SINI

Posted: 06 Jun 2012 07:00 PM PDT



DR. NASIR HASHIM PSM




NOTA:
malam ini jam 9.00 malam
radio bangsar utama
akan menemubual dr. nasir hashim

parti sosialis malaysia - psm
baru selesai mengadakan kongres tahunan

dengar pandangan dari psm
tentang politik dan garis politik terkini



JEMPUTAN UNTUK PROGRAM MELAWAN DAN MENGHASUT

sila cari
sila pilih
program pencerahan

sila datang buat ramai
bersedia untuk menerima kerajaan baru
bersedia untuk melihat politik baru











No Tol Just Go... HAPUSKAN TOL DEMI RAKYAT... Ahli Parlimen PJS Hee Loy Sian sudah mengusulkan di Parlimen supaya TOL ini dihapuskan tetapi Menteri Kerja Raya tidak layan. Ayuh rakyat Malaysia kita desak DS Najib Tun Razak untuk hapuskan TOL di seluruh negara. Kalau DS Najib tidak boleh buat, kita undurkan dia cara baik dan beri peluang kepada Pakatan Rakyat mengambil alih Kerajaan Pusat di Putrajaya pada PRU yg ke 13. Kalau suka bayar TOL boleh terus sokong BN tapi kalau mahu TOL dihapuskan sokonglah PR.





layari untuk berita terkini:



BANTUAN ORANG RAMAI DI PERLUKAN SEGERA

Posted: 06 Jun 2012 06:57 PM PDT



PENGUMUMAN UNTUK ORANG RAMAI


bantuan dari orang ramai amat diperlukan
orang ramai di minta memerhatikan
orang ramai di minta cam kan gambar gambar ini

di bawah ini adalah gambar mata mata
yang telah dilihat berkelakuan ganas
ketika duduk bantah di kuala lumpur
pada 28 april 2012 yang lalu


orang ramai diminta memberi bantuan

jika ada sesipa mengenal mata mata ini
tahu maklumat tentang mat mata ini
tahu dari rumah pasong mana

sila hubungi suaram
sila hubungi samm
sila hubungi bersih


suaram: www.suaram.net

PEJABAT SUARAM: +603-7784 3525.

Nombor talian SMS : 018-9235083
Email SAMM : adu@anakmudamalaysia.com


NOTA:
orang ramai diminta
terus memburu muka muka ini
sehingga mereak di bawa ke pangalian

pihak suaram dan bersih
bersama bahagian hak asasi dewan china
telah menubuhkan pasokan khas untuk
mengenal pasti muka muka ini

juga orang ramai diberitahu
agar jangan pergi ke rumah pasong
tanpa ada peguam

jika ternampak muka muka ini
sila ambil maklumat dan hubungi
suaram atau samm dengan seberapa segera


SILA CAMKAN MUKA MUKA INI






106 PESALAH BERSIH 3.0 TERUS DI BURU
- meloya

KUALA LUMPUR 6 Jun - Pasukan Cantas yang ditubuhkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memburu perusuh perhimpunan haram Bersih 3.0 yang wajah mereka disiarkan sebelum ini dan masih berdegil enggan menyerah diri.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, sehingga kini, Pasukan Cantas telah menahan seramai 35 daripada 141 individu yang dikehendaki dengan 10 daripadanya telah didakwa.

"Polis tidak akan berdiam diri, sebaliknya Pasukan Cantas yang ditubuhkan ini giat mengesan mereka yang terlibat berdasarkan gambar wajah-wajah yang telah dikeluarkan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia semalam.

Menurut Mohd. Bakri, polis juga bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengesan mana-mana individu yang mirip dengan gambar yang telah dikeluarkan PDRM itu.


layari untuk lagu lagu punk rock:




SALUT UNTUK MEREKA YANG BERANI

Posted: 06 Jun 2012 11:53 AM PDT







KAWAN ZULKIFLI BIN ISMAIL DALAM KENANGAN


Pada petang Sabtu 2hb. Jun 2012 aku menerima dua SMS. Yang awal datang dari Senator Dr. Syed Husin Ali dan yang kedua dari Hishamuddin Rais. Kedua-dua orang sahabatku itu memaklumkan satu berita sedih iaitu sahabat kami, Saudara Zulkifli bin Ismail baru sahaja meninggal dunia di Kuantan, Pahang.

Siapa Sdr Zulkifli Ismail? Beliau asalnya adalah seorang guru di Pahang. Sebab itu beliau dikenali sehingga akhir hayatnya sebagai Cikgu Zul.Di samping menjadi guru, beliau adalah seorang pemidato yang baik dan berbakat dalam dunia lakonan dan pementasan drama. Cikgu Zul kemudian mula bergerak secara aktif dalam Parti Rakyat Malaya (PRM) dalam tahun 60-an.

Beliau berceramah ke pelusok negeri Pahang dan ke seluruh Semenanjung terutama di kawasan tumpuan PRM ketika itu. Kehebatannya sebagai seorang pemidato dalam rapat-rapat umum bersama-sama seorang lagi pemidato terkenal dari Pulau Pinang, Sdr Omar Osman (Almarhum) telah mendapat sambutan hangat dari rakyat, sama ada di kawasan bandar ataupun desa.

Adakah itu sahaja yang dapat kita kenang tentang Cikgu Zul? Jawapannya tidak. Pada Pilihanraya Umum 1969 di mana tsunami awal pernah berlaku dalam Politik Malaysia yang melihat Parti Perikatan (kini Barisan Nasional) telah hilang majoriti 2/3 buat kali pertama, Cikgu Zul yang bertanding dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Lembing Pahang atas tiket PRM telah mencapai kemenangan yang bersejarah. Selain Cikgu Zul, seorang lagi calon PRM iaitu Sdr Subramaniam telah memenangi kerusi DUN Kuantan.

Kembali kepada Cikgu Zul yang berbadan sasa dan segak, bersuara parau dan berjanggut penuh karismatik seperti Fiedal Castro di Cuba, ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Lembing itu telah dinafikkan haknya untuk menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat kawasannya. Sebabnya? Beberapa hari selepas beliau menang pilihanraya tersebut, Cikgu Zul telah ditahan di bawah undang-undang zalim Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Cikgu Zul yang mempunyai isteri dan anak-anak ketika itu telah ditahan di bawah ISA untuk satu tempoh yang panjang selama empat tahun tanpa bicara.

Ketika Cikgu Zul masuk penjara pada tahun 1969 itu, aku baru berada di Tingkatan Enam Rendah di Kolej Islam Malaya di Petaling Jaya. Aku tak kenal dia. Tak tahu ABC politik ketika itu.Tetapi apabila aku menyambung belajar ke Universiti Malaya, dua tahun kemudiannya, aku mula dapat melihat dalam akhbar Parti Rakyat cerita tentang Cikgu Zul. Aku menyertai tuntutan mahasiswa ketika itu mendesak tahanan-tahanan politik seperti Cigu Zul dibebaskan.

Akhirnya Cikgu Zul dibebaskan pada tahun 1974. Tahun itu merupakan zaman kebangkitan pelajar-pelajar di seluruh Malaysia dengan peristiwa tunjuk-tunjuk perasaan besar-besaran menyokong rakyat miskin di Tasek Utara Johor Bahru dan di Baling, Kedah.

Tidak banyak aku tahu selepas Cikgu Zul bebas. Tetapi dia muncul kembali pada era reformasi tahun 1998-1999 apabila Sdr Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dipukul oleh Ketua Polis Negara hampir mati dalam penjara. Orang seperti Cikgu Zul sudah barang pasti tidak boleh diam jika kezaliman sedemikian berlaku.

Aku ingat pada satu hari pada tahun 1999, Parti Rakyat Negeri Trengganu telah menganjurkan satu ceramau umum di sebuah kampung di Pantai Batu Burok, Kuala Trengganu. Penceramah utamanya selain Presiden PRM ketika itu Dr Syed Husin Ali iaiah Cigu Zul dan Omar Osman. Barulah kali itu aku dapat melihat Cikgu Zul berpidato. Benarlah apa yang orang katakan bahawa Zulkifli Ismail seorang pemidato yang hebat.

Bagi generasi muda dalam Parti Keadilan Rakyat harus menyedari bahawa Cikgu Zul merupakan seorang yang kuat dalam menyokon gagasan ke arah percantuman antara Parti Rakyat Malaysia (PRM) dengan Parti Keadilan Nasional (PKN) untuk menjadi Parti Keadilan Rakyat. Beliau turut terlibat secara aktif dalam membincang dan menghalusi deraf 17 perkara yang menjadi asas perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang akhirnya diterima menjadi asas perjuangan seperti yang termeterai di dalam Perlembagaan Parti Keadilan Rakyat sekarang ini.

Dalam satu pemukiman atau retreat di Bukit Frezer, Pahang ketika para pemimpin PRM berbincang berkenaan usaha percantuman dengan Parti Keadilan Nasional, khusus dalam perkara bendera atau lambang parti bagi Parti Keadilan Rakyat, Cikgu Zul dengan jelas dan lantang mahukan supaya warna merah perlu ada di dalam lambang atau bendera parti baru hasil percantuman itu.Aku masih terdengar-dengar Cikgu Zul bersuara dalam suasana sejuk dan hening di buklit peranginan tinggalan kolonial Inggeris itu. Cikgu Zul berkata: "Kalau tak ada warna merah dalam bendera Parti Keadilan Rakyat, nanti tak bersemangat."

Jadi apabila nampak warna merah pada bendera Parti Keadilan Rakyat, maka aku teringat Cikgu Zul.

Sebaik kedua parti- Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia bergabung ke dalam satu entiti bernama Parti Keadilan Rakyat, Cikgu Zul memikul tugas sebagai Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang. Beliau bertanding di kawasan parlimen yang baru dinamakan iaitu Indera Mahkota di Pahang dalam pilihanraya umum 2004. Cikgu Zul tewas, namun beliau telah meletakkan asas yang kuat bagi Parti Keadilan Rakyat berkembang di Pahang. Dalam Pilihanraya umum ke-12 pada Mac 2008, Parti Keadilan Rakyat telah menang dua kerusi Parlimen di Pahang, iaitu Kuantan dan Indera Mahkota.

Beberapa tahun kemudian aku dimaklumkan keadaan kesihatan Cikgu Zul mulai merosot. Usianya aku jangka mungkin sekitar 70 tahun, kalau kurang pun sedikit, kalau lebih pun sedikit. Apabila menerima SMS tentang berita kematian Cikgu Zul, aku terkedu seketika. Bersedih dan berhiba.Aku kehilangan seorang rakan seperjuangan yang gigih dan tabah yang telah melalui azab derita atas nama perjuangan untuk rakyat.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan memberi kekuatan kepada anak dan isterinya menghadapi detik-detik yang sedih ini.Al-fateha, Amin.

Hassan Karim
Pontian, Johor
3.6.2012



LAGI GEROMBOLAN TIPU ORANG MELAYU

Posted: 06 Jun 2012 11:48 AM PDT








NOTA:
malam ini jam 9.00 dr. nasir sari psm
akan di temu bual di radio bangsar utama


KEADILAN DEDAH SENARAI TANAH REZAB MELAYU, TANAH LAPANG DI PERANCANGAN FELDA YANG DIPAJAKKAN

Pada 28 Mei 2012, KEADILAN telah mendedahkan bagaimana Barisan Nasional telah memajakkan Tanah-tanah Rezab Melayu (TRM) yang dianggarkan seluas 105,382 ekar kepada Felda Global Ventures (FGV) yang disenaraikan.

Ini menimbulkan persoalan penting status tanah-tanah ini kerana ia kini dimiliki dan dikuasai oleh sebuah syarikat yang tidak dikuasai oleh Bumiputra, lalu bertentangan dengan undang-undang TRM yang mengekalkan hakmilik di tangan Melayu/Bumiputra.

Prospektus penyenaraian FGV dengan jelas menunjukkan bahawa pegangan peneroka dan kakitangan Felda di dalam syarikat tersebut hanyalah 5.5% sedangkan sejumlah besar saham diperuntukkan kepada syarikat asing dan individu bukan Bumiputra.

Sehingga kini, KEADILAN tidak mendapat apa-apa jawapan dari Najib Razak atau pun Isa Samad.

Hari ini, KEADILAN mendedahkan senarai setiap Tanah Rezab Melayu yang telah dipajakkan selama 99 tahun kepada FGV; bermakna hakmilik dan hasil ekonomi dari tanah-tanah ini dipindahkan kepada sebuah syarikat yang status Bumiputranya dipersoalkan.
.
Saya juga ingin menampilkan satu peruntukan penting di dalam perjanjian tersebut yang menjejaskan pegangan tanah di penempatan FELDA seluruh negara dan mempunyai kesan besar kepada kebajikan peneroka FELDA.

Bersama-sama ini saya lampirkan muka surat 8 dari perjanjian tersebut yang menyenaraikan kumpulan tanah-tanah yang telah dipajakkan ke pasaran saham, seperti berikut:

1. Tanah Sedia Ada (dirujuk sebagai Existing Lands) iaitu 343,484.46 hektar tanah Felda Plantations Sdn Bhd yang dipajakkan, termasuklah Tanah-tanah Rezab Melayu seperti yang saya terangkan di atas;

2. Tanah Sedia Ada Tambahan (dirujuk sebagai Additional Existing Lands) iaitu semua tanah-tanah tidak bergeran yang kini dimiliki oleh FELDA. Ini merujuk kepada semua tanah lapang yang kini dimanfaatkan bagi tujuan kemasyarakatan di penempatan FELDA seperti tapak kedai, padang, surau, jalan dan lain-lain; dan

3. Tanah Akan Datang (dirujuk sebagai Future Lands) iaitu semua tanah yang FELDA bakal perolehi di masa hadapan.

Pendedahan perjanjian ini mengesahkan dakwaan KEADILAN selama ini bahawa semua tanah-tanah tidak bergeran di dalam penempatan FELDA di seluruh negara telah pun dipajakkan ke sebuah syarikat yang dimiliki secara majoriti oleh pelabur swasta, sedangkan tanah-tanah ini menjadi nadi aktiviti kemasyarakatan ekonomi warga FELDA.

Apakah jaminan Najib Razak dan Isa Samad bahawa tanah-tanah ini tidak dijual satu masa kelak; atau kegunaannya diubah dan tidak lagi mengutamakan kebajikan warga FELDA? Apakah jaminan bahawa kedai-kedai runcit kecil yang didirikan di atas tanah-tanah tidak bergeran ini suatu hari nanti tidak akan dirobohkan oleh FGV?
Pendedahan ini juga jelas membuktikan bahawa Najib Razak dan Isa Samad telah berbohong apabila mereka menyatakan tanah-tanah yang melibatkan warga FELDA tidak dipajakkan dalam proses penyenaraian FGV.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
6 JUN 2012


malam ini dr.nasir dari psm akan di radio bansar utama:




MALAM INI BERSAMA MINAH CUN

Posted: 06 Jun 2012 04:23 AM PDT




MINAH CUN YANG BERANI BERJUANG





JAM 9 MALAM RADIO BANSAR UTAMA


Malam ini bersama peguam Fadiah Nadwa Fikri

Malam ini jam 9 malam di Radio Bangsar Utama

Kita bersama peguam FADIAH NADWA FIKRI (yang berbaju pink dalam gambar)
Fadiah ialah seorang peguam hak asasi manusia daripada pertubuhan Lawyers for Liberty
Malam ini kita dengar bual bicara bersama Fadiah
Mengenai skandal kapal selam Scorpene dan perjuangan mendaulatkan hak asasi manusia

Teruskan mendengar
RADIO BANGSAR UTAMA
PUKUL 9 MALAM INI!






TUKAR TIUB PEMECAH BERITA

Posted: 06 Jun 2012 02:06 AM PDT



MALAM INI HARGA MINYAK AKAN TURU
N

harga minyak akan turun 10 sen
harga minyak dunia telah lama turun

malam ini di malaysia harga akan turun
inilah kebaikan bila kerajaan lemah

bila kerajaan lemah maka rakyat jadi kuat
bila kerajaan lemah rakyat boleh buat tuntutan
bila kerajaan lemah menteri tidak berlagak sombong





DARI HATI KE HATI - MELUAHKAN PERASAAN

Posted: 05 Jun 2012 10:02 PM PDT












SURAT KAY JAY UNTUK TUN MAHATHIR


Yang mulia Tun,

Sebenarnya saya telah lama terfikir untuk menulis surat ini. Saya telah termenong berfikir bekali-kali tentang baik buruknya jika saya menulis surat ini kepada Tun.

Tangan saya telah berkali-kali ingin mengambil buluh dan dakwat untuk melakar surat ini. Malah telah dua kali sya mencabut bulu kepak itik angsa untuk saya jadikan kalam. Saya juga telah membancuh arang dengan air buah keduduk sebagai tinta. Sesekali tangan saya menggigil macam tangan Mat Pet apabila saya terfikir tentang apa yang ingin saya tulis.

Biarlah saya berterus terang menyatakan duduk pekara. Saya ingin memperjelaskan sajelas mungkin kenapa saya menulis surat ini.

Dua hari dahulu ketika saya sampai ke rumah sesudah selesai menguruskan Kelab My Team, saya terperanjat besar apabila isteri saya terisak-isak menangis ditepi pintu. Isteri tercinta saya tetiba meraung dan memeluk badan saya. Saya terperanjat besar dengan sambutan sabagini.

Saya menjangkakan tangisan ini pastilah kerana isteri saya ini telah mendapat satu lagi panggilan fitnah tentang saya dengan Maya Karin. Saya tahu memang banyak fitnah dan tohmah yang telah ditaburkan kepada saya. Alhamduliah, isteri gedempol saya ini masih lagi setia. Kami bahagia sebagai suami isteri walau pun ramai yang menuduh saya berkahwin hanya untuk mendapat lesen nikah sebagai tangga loncatan politik saya.



Yang mulia Tun,

Justeru ingin saya nyatakan disini bahawa saya menulis surat ini sebagai tanda bukti. Surat ini membuktikan kesetiaan saya yang tidak berbelah bagi terhadap isteri kesayangan saya.

Biarlah saya terangkan disini bahawa isteri saya menangis bukan kerana Maya Karin. Isteri saya meraung bukan kerana cemburu melihat gadis-gadis yang selim melim yang selalu berdampingan dengan saya. Isteri saya menangis terisak-isak kerana Tun sendiri. Tunlah yang menjadi sebab musab isteri mengapa saya meraung tidak habis-habis.

Mungkin Tun kurang sedar. Mungkin Tun tidak menyelami hati isteri saya. Mungkin Tun tidak memahami hati seorang anak. Mungkin betul segala berita yang mengatakan bahawa Tun sendiri tidak memiliki tata susila budaya Melayu yang tulin. Maka Tun telah menguris hati isteri tersayang saya.

Dari awal lagi saya telah merasakan bahawa Tun berniat tidak jujur terhadap ayah kepada isteri saya. Telah saya perhatikan segala tindak tanduk Tun terhadap bapa mentua saya. Saya amat yakin bahawa Tun memiliki dendam kesumat.

Marilah lah kita sesama kembali melihat salasilah sejarah. Pada hemat saya adalah amat penting untuk kita semua mengetahui dari mana asal usul kita. Jika kita tahu asal usul kita maka senang kita berbudi bicara.


Ingin saya memberi tahu bahawa ayah kepada ayah bapa mentua saya adalah seorang alim ulamak yang disegani. Beliau bukan hanya dihormati di Kepala Batas malah diseluruh Tanah Melayu. Sila masuki kedai-kedai China di Kepala Batas, Sungai Petani atau ke Gurun pasti Tun akan terperanjat melihat gambar ayah kepada ayah mentua saya terpampang bersama gambar ayahanda kepada ayahanda Sultan Kedah hari ini. Inilah tanda penghormatan kepada ayah kepada ayah mentua saya.

Tetapi orang ramai di Tanah Melayu tidak mengetahui asal usul Tun. Ada yang mengatakan Tun ini berasal dari Bangla dan ada pula yang mengatakan dari Kerala. Malah hingga ke hari ini tidak diketahui salasilah siapa sebenarnya Muhamad dibelakang nama Mahathir itu. Malah umum telah diberitahu bahawa Tun telah melupuskan nama Iskandar Kutty dari nama Muhamad sendiri. Persoalan sering timbul – apakah Mahathir ini Mahathir bin Muhamad atau Mahathir Anak lelaki Muhamad. Ini persolan yang wajib dijawab sebelum kurun ini berakhir.

Saya mungkin masih muda tetapi tidak samestinya saya tidak mengetahui siapa sebenarnya Mahathir Muhamad ini. Seluruh rakyat Tanah melayu tahu bagaimana al-marhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj – Bapa Kemerdekaan - telah menibai Mahathir Muhamad pada tahun 1969 dahulu. Perdana Menteri pertama kita ini telah membocorkan kepada umum bahawa Mahathir Muhamad ini bukan Melayu tetapi berasal usul dari Benua Keling.

Sebenarnya dalam surat ini bukan tujuan saya untuk mencungkil tongkang yang mana Si Iskandar Kutty telah menumpang untuk sampai ke Pulau Pinang. Tujuan saya ini ialah untuk mempertahankan salasilah baka ayah mentua saya yang sering menjadi sasaran dan cemohan dari sosok yang tidak diketahui asal usul salasilah bakanya.

Kalau salasilah baka Tun ini bersih maka berkemungkinan juga saya dan keluarga saya menerima cemohan tersebut. Tetapi satu Tanah Melayu ini masih ternanti-nanti hingga ke tahun 2012 untuk melihat gambar keluarga dari sebelah ayah Mahathir Muhamad. Bayangkan pada 2012 ini, tahun akhir Kalender Maya anak semua bangsa di Malaysia ini masih tertunggu-tunggu. Apakah muka mereka legam. Apakah muka mereka puteh melepak. Apakah mereka memakai sari dan dhotti. Semua ini tergantung dan tidak berjawab.

Bukan menjadi satu kesalahan memakai sari dan dhotti. Pakaian ini cukup cantik, manarik dan segak. Juga, bukan satu jenayah jika kita berasal dari Benua Keling. Hitam dan legam kulit kita bukan satu kesalahan yang boleh didakwa dimahkamah. Apa yang saya timbulkan disini ialah sikap Mahathir Muhamad yang telah menyorokkan asal usul bakanya. Mahathir Muhamad berniat jahat kerana menyamar diri sebagai Orang Melayu.

Semenjak ayah mentua saya meletakan jawatan secara terhormat, saya mendapati serangan demi serangan telah ditujukan kepada beliau. Pelbagai tuduhan telah dilemparkan kepada Abdullah Badawi – ayah kepada isteri saya.

Ayah mertua dan isteri saya amat sedar bagaimana Tun selalu memperkecil saya sendiri. Tun menggunakan istilah 'tingkat empat' untuk memperlekehkan diri saya. Tun menuduh bahawa saya dan kawan-kawan saya yang bekerja di tingkat empat Jabatan Perdana Menteri adalah peneraju dan pemandu kerajaan Abdullah Badawi.

Ketika tohmahan dan fitnah sedemikian rupa dilemparkan kepada saya dan sahabat-sahabat – kami telah mengambil keputuan untuk tidak bersuara. Kami mendiamkan diri bukan kerana tuduhan itu benar. Kami berdiam diri kerana kami tidak mahu mengeruhan keadaan.

Tun mempersalahkan saya sebagai orang yang bertanggung jawab memilih calon-calon untuk pilihan raya yang lalu. Tuduhan ini bertujuan untuk membuktikan bahawa pada ketika itu ada orang yang lebih berkuasa dari Perdana Menteri Abdullah Badawi. Tun sengaja membuat tuduhan sedemikian untuk merendah-rendah ketrampilan dan kewibawaabn bapa mentua saya.

Disini saya ingin mempertahan apa yang Tun panggil 'budak-budak tingkat empat'. Sehingga ke hari ini Mahathir Muhamad hanya membuat tuduhan rambang tanpa apa-apa bukti.


Tun yang mulia,

Tun telah menuduh bahawa 'budak-budak tingkat empat' lebih berkuasa dari Perdana Menteri Abdullah Badawi. Inilah yang telah melemahkan parti United Malaya National Organisation. Abdullah Badawi, menurut Mahathir Muhamad adalah penyebab utama yang membawa kekalahan teruk kepada Barisan Nasional dipilihan raya yang lalu. Apakah semua taik kering ini benar?

Tun telah telah mebebel di Kedah dan di Johor. Tanpa segan dan silu Mahathir Muhamad telah menjual taik kering ke hulu ke hilir. Apakah Tun tidak pernah melihat cermin muka untuk menilai wajah Tun sendiri. Apakah di rumah Tun tidak ada cermin muka kerana jika ada cermin muka maka ada terbonggeng rahsia kepala isteri Tun sendiri yang tidak berambut itu?

Tidakkah Mahathir ini sedar bahawa rakyat Malaysia terutama Orang Melayu telah membenci United Malays National Organisation bukan kerana bapa mentua saya. Parti ini dibenci kerana parti ini telah terlibat dalam banyak kes rasuah. Tidakkah Mahathir ini sedar bahawa semenjak tahun 1998 dahulu Orang Melayu amat amat benci dengan Mahathir Muhamad ini. Apakah Mahathir Muhamad ini tidak sedar bagaimana Terangganu jatuh pada tahun 1999 dahulu bukan kerana kekuatan parti Pas tetapi kerana kebencian Orang Melayu terhadap Mahathir Muhamad.


Tun yang mulia,

Saya tidak hendak membuka hal pribadi disini tetapi saya tidak ada pilihan. Telah berkali-kali bapa mentua saya dihina dan ditibai. Selama ini kami sekeluarga berdiam diri memendam rasa. Tetapi tohmahan demi tohmahan yang dilemparkan kepada bapa mentua saya memerlukan jawapan.

Ayah mentua saya dan saya sendiri cukup sedar bahawa Mahathir Muhamad ini adalah sosok yang bertanggung jawab menendang ayah mentua saya. Perbuatan ini adalah perangai yang sama yang telah dilakukan oleh Mahathir Muhamad terhadap al-marhum Tunku Abdul Rahman. Mahathir Muhamad telah menggunakan Muhyiddin Yassin untuk menekan dan memaksa agar bapa mentua saya berundur.

Saya juga sedar bahawa Mahathir Muhamad ini memiliki dendam kesumat bukan saja kepada bapa mentua saya tetapi juga kepada saya. Mahathir Muhamad ini amat marah kepada saya kerana saya telah memenangi kerusi Ketua Pemuda. Anak Mahhthir sendiri telah kalah.


Tun yang mulia,

Kekalahan calon kesayangan Mahathir Muhamad dan kemenangan saya telah menambahkan lagi dendam kesumat Tun terhadap saya dan keluarga saya. Dalam surat ini saya ingin mengingatkan Tun bahawa kemenangan Mahathir Muhamad menewaskan Tengku Razaleighh pada tahun 1988 dahulu adalah dengan cara tipu. Sejarah telah ditulis bagaimana lampu di tempat persidangan telah dipadamkam. Dalam gelap gulita 48 undi telah ditambah untuk memenangkan Mahathir Muhamad.

Justeru, tuduhan Mahathir yang saya merasuah untuk membeli undi ini samalah saperti Mat Kerala menuduh buntut Mat Bangal hitam legam.

Baru-baru ini saya terbaca bahawa Mahathir Muhamad telah menuduh Pakatan Rakyat akan melakukan demonstrasi ganas jika mereka kalah dalam PRU13. Saya bukan penyokong Pakatan Rakyat tetapi saya tahu ini juga adalah taik kering yang keluar dari mulut Mahathir Muhamad.

Saya juga telah dimaklumkan oleh bapa mentua saya dan juga oleh Tun Musa Hitam bahawa Mahathir Muhamad ini telah membawa kerosakan yang amat sangat kepada masyarakat Melayu. Porak peranda di Tanah Melayu hari ini jika dikaji maka akan ditemui puncanya dari sosok yang tidak diketahui salasilah bakanya.


Tun yang mulia,

Justeru , saya akhir dengan harapan satu Tribunal akan ditubuhkan untuk melihat jenayah yang telah dilakukan oleh Mahathir Muhamad kepada Malaysia. Saya cadangakan Tribunal ini dipanggil Tribunal Jenayah Mahathir Muhamad Terhadap Rakyat Malaysia. Ini samalah saperti Tribunal yang telah diwujudkan untuk menyiasat jenayah perang George Bush.

Pada hemat saya Hanya dengan Tribunal ini barulah negara Malaysia sekali lagi dapat diletakkan dilandasan yang betul. Wassalam.( TT )


NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar
SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
: 03-22-72-40-45


RADIO BANGSAR UTAMA


NOTA:
layari radio bangsar utama
stesen radio intetnet
yang melaporkan segala
jenayah dan kejahatan
united malays national organisation










JANGAN BAYAR HUTANG - KITA HUMBANKAN GEROMBOLAN LAGI SENANG!

Posted: 05 Jun 2012 10:00 PM PDT









MENTERI PENDIDIKAN TINGGI MENGARAHKAN PTPTN MENYEKAT PINJAMAN PELAJAR UNISEL?


Perkembangan terbaru bahawa PTPTN bertindak menyekat pinjaman pelajar Unisel adalah membimbangkan.

Saya juga terkejut dengan satu tweet oleh Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi berhubung perkara ini, yang dibuat semalam seperti berikut:

"Unisel boleh hapuskan yuran, dgn sendirinya memenuhi matlamat
pendidikan percuma dan penutupan PTPTN yg dilaungkan Anuar dan Pakatan"

Gelagat beliau yang seolah-olah meraikan kepayahan ribuan pelajar dan mengamalkan politik dendam menimbulkan tanda tanya yang lebih besar: apakah beliau sendiri yang mengarahkan agar PTPTN menyekat pinjaman kepada pelajar Unisel sebagai sebahagian dari mainan politik dendam Umno/Barisan Nasional?

Polemik tawaran pendidikan percuma dan pemansuhan PTPTN adalah perkembangan yang sihat dan wajar diraikan. KEADILAN mengambil pendirian bahawa model pendidikan tinggi sedia ada yang mendahulukan pendidikan swasta dengan menghadkan pelaburan di dalam institusi pendidikan awam akan menjerumuskan negara ke kancah hutang seperti yang telah berlaku di negara-negara lain.

Pada masa yang sama, KEADILAN juga yakin bahawa Malaysia mampu menawarkan pendidikan tinggi percuma kepada rakyatnya berdasarkan kira-kira yang telah dibentangkan kepada rakyat.

Oleh kerana pendidikan tinggi adalah bidang kuasa pusat dan mengikut Perlembagaan dibiayai oleh dana kewangan Kerajaan Pusat, maka sebarang perubahan dalam model pendidikan tinggi negara hanya boleh dilaksanakan secara bersepadu oleh Kerajaan Pusat.

Seharusnya Khaled Nordin, sebagai Menteri Pendidikan Tinggi menjadi pemuka yang paling intelek untuk mempertahankan model pendidikan tinggi yang mendahulukan swasta seperti yang diamalkan sekarang, bukannya mengambil sikap kebudak-budakan dengan berdendam dan menghukum pelajar.

Saya juga harus memuji rakan saya Saudara Khairy Jamaluddin yang jelas lebih professional dan berilmu dalam hal ini, sewajarnya beliaulah yang dilantik menjadi Menteri Pendidikan Tinggi oleh Umno/Barisan Nasional bagi menggantikan Dato' Seri Khaled Nordin.

Saya mencabar Khaled Nordin untuk menjelaskan kepada rakyat sama ada tindakan menyekat pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel ini adalah arahan beliau sendiri?

Jika itu benar, tindakan itu perlu dikutuk dan beliau wajar meletakkan jawatan kerana mengamalkan politik berdendam yang tidak lagi sesuai dengan arus politik mutakhir.

Jika beliau tidak terlibat, beliau harus bertanggungjawab campur tangan dan memastikan tindakan kebudak-budakan yang zalim ini tidak akan berlaku lagi di masa akan datang.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI
6 JUN 2012






MARI MEMAHAMI ASAS BANGUN MELAWAN

Posted: 05 Jun 2012 09:22 PM PDT




CULT CLASSIC SEPANJANG ZAMAN






NOH : DISKAUN CUKAI PINTU GULA GULA POLITIK
- mkini

Noh Omar mempersoal tindakan kerajaan Selangor mengumumkan pemberian diskaun 20 hingga 25 peratus bayaran cukai pintu kepada semua penghuni rumah pangsa kos rendah, hanya selepas empat tahun memerintah negeri itu.

Beliau berkata pemberian diskaun itu jelas hanya sebagai 'gula-gula politik' pembangkang menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH AKH

woit... MALAON INI DARI MANA?.... kah kah kah..

kah kah kah...SELALUNYA ORANG JAWA TAK BODOH MACAM INI?.... kah kah kah..

woit... KENAPA BODOH SANGAT INI?.... kah kah kah..

kah kah kah...INGAT SEMUA INI APA?.... kah kah kah..

kah kah kah...INGAT POLITIK INI KENDURI LENGGANG PERUT KE?.... kah kah kah..

woit...MEMANG LAAA GULA GULA POLITIK..... kah kah kah..

kah kah kah...SAMA LAH MACAM BERI DUIT 100 UNTUK BELI BUKU....kah kah kah

kah kah kah...SAMALAH MACAM BERI DUIT 500 UNTUK YANG MISKIN... kah kah kah...

klah kah kah... SAMALAH MACAM BELI 15 RIBU UNTUK WARGA FELDA.... kah kah kah..

woit..INI SEMUA GULA GULA POLITIK.... kah kah kah..

kah kah kah... SEMUA CARI PENGARUH UNTUK DAPAT KAN UNDI.... kah kah kah...

woit... ADA YANG MELEKAT DAN ADA YANG TAK MELEKAT.... kah kah kah...

DEMO DIJALAN RAYA ADALAH TEPAT



NOTA:
bila kita membuat sesuatu
musuh kita tak suka apa yang kita buat
ertinya apa yang kita buat itu betul

contohnya:
hantar memo minta pilihanraya adil
tak ada sapa ambil pot
buat sidang akbar
tak ada sapa ambil pot

buat demo
semua ambil pot

ertimya demo adalah jalan yang betul!


laporan jelas berani langgar:





BILA MUSUH TAK SUKA ERTINYA YANG DIBUAT ADALAH BETUL

Posted: 05 Jun 2012 09:03 PM PDT





KOMENTAR TUKAR TIUB

nampak jelas gerombolan ingin menipu
nampak jelas ada niat busuk
nampak jelas tidak mahu daftar pengundi dibersihkan

dalam daftar ini ada mat bangla
dalam daftar ini ada mat indon
dalam daftar ini ada mat myanmar
dalam daftar ini ramai pengundi hantu


kerana ini gerombolan tak mahu dibersihkan
kerana ini gerombolan tak mahu dafter di pereksa

barua gerombolan buat huru hara
kata ramai di selangor tak mendafter

memang barua ini tak mahu ramai mendaftar
bersih telah menuntut agar mendaftar ini secara otomatik
bila cukup umur jabatan pendaftran negara terus daftarkan

kenapa ditolak?


kerana ada niat nak bawa masuk mat bangla
kerana ada niat nak bawa amsuk mat indon
kerna ada niat nak bawa masuk mat myanmar
kerna ada niat nak bawa masuk pengundi hantu


kalau yang kita buat mereak tentang apa ertinya?

ini ertinya yang kta buat itu betul
bila gerombolan tentang pembersihan dafter pengundi
gerombolan menentang maka jelas
yang dilakukan ialah tepat dan betul



NOTA:
kalau gerombolan menang sebelum 8 tuntutan bersih tunai
ertinya gerombolan menang dengan cara tipu!

DUA EKOR MERANCANG PENIPUAN




DAFTAR PENGUNDI: KERAJAAN SELANGOR DIBIDAS
-meloya

SHAH ALAM: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Selangor Noh Omar Noh membidas kerajaan negeri kerana lebih menumpukan kepada isu kewujudan 300,000 pengundi baru dalam daftar pemilih, dan tidak mengambil berat tentang sejumlah 600,000 rakyat yang layak mengundi tetapi belum mendaftar sebagai pemilih.

Beliau berkata jika kerajaan negeri boleh memperuntukkan RM1 juta untuk kaji selidik daftar pengundi dari rumah ke rumah, mengapa ia tidak membantu mendaftarkan rakyat Selangor sebagai pemilih.

8 TUNTUTAN WAJIB DITUNAI



Noh mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)Datuk Wan Ahmad Wan Omar semalam bahawa Selangor merupakan negeri yang mempunyai jumlah tertinggi daripada 3.2 juta rakyat yang layak mengundi tetapi belum mendaftar sebagai pemilih.

"Yang menghairankan, mengapa kerajaan negeri tidak melakukan bantahan sebelum tamat tempoh bantahan daftar pemilih, tetapi memilih untuk melakukan kaji selidik itu, yang tidak mempunyai kuasa daripada segi undang-undang untuk melakukannya," katanya.


radio bangsar utama bersama bersih ke jalan raya:





PROGRAM MELAWAN DAN MENGHASUT DISANA SINI

Posted: 05 Jun 2012 08:46 PM PDT






JEMPUTAN UNTUK PROGRAM BANGUN MELAWAN


abang adik kakak
sila pilih dan cari
setiap malam ada program
melawan dan menghasut

bangun melawan gerombolan
menghasut untuk menghumbankan gerombolan

marilah kita sama sama membuat sejarah
marikita buat ramai
hidup hanya sekali!




PILIH DAN CARI SENDIRI


































layari untuk lagu lagu punk rock:





Tiada ulasan: