DIALOG RAKYAT |
- FGVH: Peneroka dikhuatiri bertimpa-timpa rugi
- 3 misi wanita pelengkap perjuangan politik
- Himpunan Hijau memberi suntikan ke Putrajaya
- PAS nafi bilangan kerusi Parlimen kecil berbanding DAP
- Penerbit buku Manji akan saman KDN, JAIS, JAWI
- Rakyat Malaysia semakin rasis selepas PRU 2008, kata Chang Yeow
- Radio anti-Taib sahkan DJ bersembunyi
- PAS sasar peningkatan undi Melayu empat peratus
- Salahuddin gesa PAS tidak disalahkan atas tindakan Nizar
- PRU 13 penentu “hidup dan mati” BN, kata Muhyiddin
- Rumah Azmin jadi sasaran protes lagi
- Azmin kata peluangnya dalam PKR 'tak terancam'
- MB Selangor: Pakatan tunai 30 janji manifesto
- UMNO KHIANATI ORANG MELAYU ..
- Anak Nik Aziz sedia jadi calon, lawan Umno
- Loji Penapis Minyak di Johor, BN Ketepi Hak Sabah, Sarawak
- Ramai bengang RM10 juta untuk Himpunan Belia
- RMM: Tidak benar tiada permintaan bawah RM150,000
- Dayangku Intan 'tewaskan' AC Mizal terhangat
- Perhimpunan PAS paling aman jika tidak diserang
- RM150,000 Untuk Gelanggang Sukan Di Beranang
- Pembangkang Jangan Mainkan Isu RCI
- PKR cabar PM lantik Shahrizat semula
- Menteri kecewa, mahu FAM kaji prestasi Harimau Malaya
- Annuar terus 'serang', mahu FAM berubah
FGVH: Peneroka dikhuatiri bertimpa-timpa rugi Posted: 03 Jun 2012 01:25 AM PDT
KUALA LUMPUR: Peneroka Felda dikhuatiri akan menanggung rugi bertimpa-timpa akibat penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH), kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. "Sebelum disenaraikan, kerajaan telah menyerahkan 300 ribu hektar tanah Felda Plantation, iaitu anak syarikat Felda Holdings, kepada FGVH konon untuk menarik minat pelabur. "Dari mana lagi sumber Koperasi Permodalan Felda(KPF) untuk membayar dividen kepada para peneroka kerana sumber KPF sebelum ini datang dari dari Felda Holdings. "Belum apa-apa lagi, peneroka sudah rugi," katanya. Walaupun peneroka kononnya diperuntukkan 2.5 peratus atau 91 juta unit saham FGVH, Salahuddin tetap bimbang mereka akan menghadapi kerugian lagi. "Saya bimbang mereka akan rugi bertimpa-timpa kerana rakan-rakan dalam pasaran memaklumkan kepada saya tentang kemungkinan harga tawaran awal kepada umum (IPO) FGVH yang dilaporkan berharga RM4.55 sesaham akan jatuh merudum dalam masa enam bulan sahaja. "Saya benar-benar berharap perkara itu tidak berlaku tetapi rakan-rakan dalam pasaran memaklumkan harga itu terlalu tinggi," katanya. Walaupun berharap kejatuhan yang dijangkakan itu tidak berlaku, tetapi prestasi FGVH sebelum ini mencetuskan kebimbangan terhadap kemungkinan tersebut, kata Salahuddin. "Prestasi FGVH sebelum ini amat buruk di mana anak-anak syarikatnya seperti Felda Global Ventures Middle East, Felda Global Ventures North America, Felda Global Ventures Perlis, Felda Global Ventures India, Felda Global Ventures Livestock, Felda Global Ventures Indonesia dan Felda Global Ventures Kalimantan kesemuanya rugi. "Mungkin sebab itulah desas-desus dalam pasaran awal-awal lagi memberikan undi tidak percaya kepada kemampuan IPO FGVH untuk bertahan lebih dari enam bulan apabila disenaraikan nanti," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu. Semakin membimbangkan, katanya, ialah apabila disebarkan berita bahawa 53 peratus pokok kelapa sawit di bawah FGVH telah tua dan hasilnya akan berkurangan. "Itu belum lagi diambilkira sejarah kos tanam semula Felda yang dilaporkan sehingga RM3,151 bagi setiap satu hektar berbanding Sime Darby RM936 bagi setiap satu hektar dan IOI yang hanya berbelanja RM596 bagi setiap satu hektar untuk tanam semula. "Saya tidak nampak pasaran akan menaruh keyakinan bahawa FGVH akan mengurangkan kos itu dan kesemua itu bukanlah berita yang baik kepada pasaran," kata Salahuddin. Beliau juga menyatakan, rakan-rakannya dalam pasaran juga memberitahu bahawa dunia akan mengalami kebanjiran minyak kelapa sawit, antara lain kerana Indonesia akan menimbunkan stoknya sehingga tidak kurang dari lima juta tan. "Saya membangkitkan kesemua ini kerana saya kasihan kepada para peneroka Felda dan saya sangat berharap anak-anak peneroka yang berkesedaran dapat memberitahu ibu bapa mereka tentang kebimbangan Tengku Razaleigh (Hamzah) bahawa peneroka akhirnya akan hanya tinggal sehelai sepinggang sahaja," katanya. Salahuddin berkata, terlalu banyak isu yang dibangkitkan mengenai keghairahan kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak hendak menyenaraikan FGVH. "Sekali lagi saya berharap sangat anak-anak peneroka yang berkesedaran dapat memberitahu ibu bapa mereka tentang pelbagai perkara yang dibangkitkan itu," katanya. | |||
3 misi wanita pelengkap perjuangan politik Posted: 03 Jun 2012 01:24 AM PDT
ALOR SETAR- Ameerah Dewan Muslimat PAS Pusat bertekad menjadi pelengkap kepada perjuangan politik anak muda Malaysia. Pengerusinya, Fareedah Samad berkata, bagi merealisasikan tekad itu, Ameerah membawa tiga misi yang menjadi gagasan penting untuk mencipta perubahan di Malaysia. Tiga misi yang mensasarkan golongan wanita itu adalah memperbaiki persepsi politik di kalangan wanita muda Malaysia, meningkatkan penyertaan wanita muda dalam masyarakat dan memupuk semangat semangat cintakan negara. Beliau berkata, melihat kepada situasi politik yang semakin kotor termasuk budaya politik lucah di negara ini, wanita muda tidak harus lagi berdiam diri dan bersikap tidak peduli. Katanya, politik kotor ini akhirnya merugikan negara sendiri apabila semakin ramai anak muda yang tidak berminat untuk melibatkan diri dalam politik. "Selama lebih 50 tahun anak muda di negara ini telah dijamukan dengan budaya politik rasuah, budaya politik samseng, budaya politik fitnah dan budaya politik lucah! Siapa yang bertanggungjawab atas semua ini? Siapa yang menaja kumpulan senaman punggung di hadapan rumah rakan kita ambiga? Siapa yang mengusung ustazah Ummi Hafilda ke sana sini dengan ceramah beliau yang tidak bermaruah? Siapa yang membaling batu dan telur dalam ceramah Pakatan Rakyat di Melaka dan Pantai Dalam? "Justeru kita tidak hairan mengapa ramai di kalangan rakan-rakan kita terutama sahabat saya yang perempuan mengambil sikap tidak ambil peduli dengan apa yang berlaku dalam suasana politik tanah air. Natijahnya apa saudara? Lebih 2 juta anak muda di negara kita tidak mahu mendaftar sebagai pengundi. Natijah apa lagi? Seramai lebih 60% anak muda yang telah mendaftar tidak turun mengundi pada PRU yang ke 12 yang lepas yang menyebabkan kita kalah di beberapa kerusi di Terengganu. "Jumlah undi PAS menurun di beberapa DUN di Johor, Pahang Negeri Sembilan. Adakah kita mahu perkara yang sama berulang dalam PRU ke-13 akan datang?" katanya dalam pidato anak muda di Ekpresi Anak Muda Menuju Putrajaya sempena Himpunan Hijau Menuju Putrajaya di Stadium Darul Aman, dekat sini, petang semalam. Fareedah juga berkata, Ameerah perlu memastikan wanita muda terliba secara langsung dalam sistem politik Malaysia. "Barisan muslimat muda perlu kita gerakkan seoptimum mungkin bagi memastikan wanita muda di luar sana sentiasa mempunyai kesedaran untuk sama-sama terlibat dalam usaha kita membangunkan masyarakat seterusnya mencipta perubahan yang signifikan kepada tanah air kerana kita yakin tangan yang menghayun buaian pasti mampu menggoncang dunia," katanya di hadapan lebih 50,000 anak muda yang hadir. Selain itu beliau berkata, Ameerah harus membawa anak muda mencintai negara dalam masa yang sama tidak meninggalkan Islam sebagai cara hidup. Tugas Ameerah katanya sangat penting untuk memastikan anak muda tidka terus dilalaikan dengan hiburan melampau sehinga melupakan jati diri dan nilai-nilai ketimuran. "Lebih 50 tahun penjajah meninggalkan negara kita. Namun minda anak muda pada hari ini terus dijajah oleh tradisi memperbodohkan rakyat. Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya yang diadakan pada 23 hingga 27 Mei yang lepas merupakan klimaks kepada pendedahan strategi kerajaan Malasyia yang mahu melumpuhkan gerakan anak muda di negara ini. Para belia dilarutkan dalam budaya hiburan terlampau yang langsung tidak membantu membangunkan jiwa anak-anak ini apatah lagi mengisi rohani mereka seperti mana diwar-warkan," katanya. Tambahnya, kerajaan menyatakan bahawa para belia terbabit merupakan generasi yang akan mewarisi kepimpinan negara, tetapi bakal pemimpin tersebut diwariskan dengan budaya K-pop, J-Pop, budaya drag races yang mirip perlumbaan haram, dan tarian artis wanita yang mengghairahkan. | |||
Himpunan Hijau memberi suntikan ke Putrajaya Posted: 03 Jun 2012 12:57 AM PDT
(Baiah PAS dalam perjalanan menuju ke Putarajaya) ALOR SETAR: Pastinya ahli dan penyokong PAS rasa puas terhadap Perhimpunan Hijau Menuju Ke Putrajaya yang diadakan di Stadium Darul Aman, Alor Setar Kedah Jumaat lepas. Selain dapat bertemu sahabat handai dan rakan taulan dari seluruh negara ianya juga bermatlamat membuktikan kepada pemerintah Umno dan Barisan Nasional (BN) bahawa PAS bersungguh untuk menawan pusat pentadbiran bersama dengan parti gabungan Pakatan Rakyat. Ia bukan memukul tong kosong sebagaimana yang sering diperkatakan oleh kepimpinan Umno dan BN sebaliknya pendakian ke Putrajaya tidak mustahil asalkan ada kerja kuat segenap lapisan jentera walaupun menyedari pemergianya penuh dengan liku yang perlu ditempuhi. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapannya di malam berkenaan, menyifatkan perjalanan PAS sehingga ke saat ini memang cukup kental menempuhi berbagai peristiwa pahit manis dalam perjuangan termasuk ketewasan kepimpinan utama di tengah jalan. Namun, apa pun ketewasan kepimpinan ia tetap diganti dengan kepimpinan yang lebih telus dan berdisplin malah lebih sibuk turun padang melawat jentera bawahan sambil memberikan peransang kepada mereka meneruskan perjuangan serta memberikan nafas baru terhadap orang baru yang menyertai pasukan ini. Apa-apa pun kata Presiden, "kita mesti ada tautan dengan Allah s.w.t yang memberikan kita kemenangan hakiki." Tetapi, usaha demi usaha wajar di gerakkan sama dengan perancangan rapi sebab musuh juga mempunyai segala macam jentera dan wang ringgit. Program Perhimpunan Hijau Ke Putrajaya itu walaupun disambut dengan limpahan hujan rahmat bermula jam 4.00 petang itu tidak sekali-kali mematahkan semangat ahli dan penyokong tegas tidak kira lelaki ataupun wanita. Bahkan perhimpunan ini menyerlahkan lagi ikatan persaudaraan sesama Islam dalam satu fikrah tidak macam perhimpunan tajaan Kerajaan BN penuh dengan kemaksiatan dengan alasan itulah yang belia hari ini kehendaki. Tanpa disedari tindakan Kerajaan BN itu mematikan harapan belia pada masa depan apabila mendedahkan mereka dengan perkara sia-sia tidak bermakna dan boleh menumpulkan pemikiran anak muda yang sepatutnya lebih kreatif berfikir. Lautan manusia seramai lebih 100.000 orang itu memenuhi kerusi dan padang stadium sekali dilihat umpama semut yang sedang menghisap manisan tidak berganjak walaupun sedetik dalam suasana berhimpit-himpit dan dalam keadaan yang kurang selesa berikutan tanah dan rumput yang becak, berair ekoran hujan lebat sebelah petangnya. Sembahyang Magrib, Isya dan hajat dimanafaatkan sepenuhnya untuk memohon Allah s.w.t memberikan kemenangan kepada gerakan Islam untuk sebaris memerintah Malaysia yang dicintai. Kelambatan bertindak untuk mengambil alihan kuasa pentadbiran akan memusnahkan Malaysia. Ini kerana, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Idris Jala mesti diberikan perhatian sebab beliau bukan calang orang meneka begitu sahaja bahawa Malaysia akan bangkrap 2019 seandainya kerajaan tidak menangani masalah rasuah. Pada malam itu juga terdapat tiga kejutan telah dilakukan pertamaya kehadiran Mohd Zaid Bin Tandang selebriti TV Al Hijrah yang mengelolakan rancangan berkaitan saudara baru, kemasukan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Profesor Dr Nik Zin Nik Yusuf ke dalam PAS dan tentangan 13 biji bola berwarna hijau sebagai simbolik 'tendangan ke Putrajaya' oleh enam orang bekas pemain bola sepak kebangsaan. Selepas sahaja tentangan tersebut bergemalah beberapa dentuman bunga api menghiasi langit yang hitam pekat. Semoga apa yang dicapai di Perhimpunan Hijau itu akan membawa harapan baru kepada pencinta agama seluruh pelusuk negara untuk mengubahkan, membersihkan dan mewarnai Putrajaya. | |||
PAS nafi bilangan kerusi Parlimen kecil berbanding DAP Posted: 03 Jun 2012 12:49 AM PDT Hakikatnya kerusi Parlimen yang ditandingi oleh PAS pada PRU12 adalah jauh lebih banyak berbanding DAP. SEREMBAN: PAS hari ini menafikan bahawa bilangan kerusi Parlimen yang ditandingi oleh parti tersebut kecil berbanding DAP dan PKR di dalam Pakatan Rakyat. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohd Taufek Abdul Ghani memetik laporan muka depan Sinar Harian hari ini berkata, kenyataan tersebut adalah tidak benar dan tidak tepat. "Ini hanya dakyah pemimpin Umno untuk mengelirukan dan menakut-nakutkan orang Melayu daripada mengundi calon Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Pada hakikatnya kerusi Parlimen yang ditandingi oleh PAS pada PRU12 adalah jauh lebih banyak berbanding dengan DAP. "PAS bertanding di 64 Parlimen sementara DAP hanya 47 kerusi. Bagaimana disebut PAS bertanding kerusi Parlimen yang kecil berbanding DAP? Jika dibuat perbandingan dengan PKR, saya akui kerusi Parlimen ditandingi PKR jauh lebih banyak iaitu 95 kerusi. "Walaubagaimanapun harus diingat daripada 95 kerusi ditandingi PKR, 21 kerusi PKR di Sabah dan 12 kerusi adalah di Sarawak. Bermakna tidak mengambil kira kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, PKR bertanding di 62 kerusi Parlimen di Semenanjung. Sementara DAP pula hanya bertanding 35 kerusi Parlimen di Semenanjung. "Ini bermakna dalam konteks Semenanjung, PAS yang lebih banyak bertanding kerusi Parlimen terutama kerusi majoriti Melayu. Propaganda Umno "Umno cuba mengelirukan rakyat dengan propaganda kononnya jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan pusat maka Bukan Melayu akan menguasai Putrajaya. Inilah permainan mereka untuk mencemaskan orang Melayu," jelas Mohd Taufek. Mohd Taufek yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi berkata pada PRU 12 rekod membuktikan bahawa PAS juga bertanding di Parlimen Kota Raja yang merupakan kerusi tradisi calon MIC. Calon PAS, Dr Siti Mariah Mahmud menewaskan calon MIC, S Vigneswaran. Malah calon PKR, Dato' Kamarul Baharin Abbas juga menumpaskan calon MIC, Dato' S Sothinathan di Telok Kemang. "Maka mengatakan kepentingan Melayu akan terhakis jika mengundi calon Pakatan Rakyat adalah tidak benar. Ini satu bukti bahawa Pakatan Rakyat bukan diwakili oleh sebuah parti atas dasar bangsa semata-mata tetapi parti-parti yang mewakili rakyat. "Di dalam Pakatan Rakyat kita pertahankan hak orang Melayu. Tetapi ini bukan bermakna kita nafikan hak Bukan Melayu. Kita tetap perjuangkan hak setiap kaum di Malaysia. "Saya berharap Sinar Harian dapat betulkan fakta mengatakan PAS bertanding kerusi Parlimen yang kecil berbanding DAP. "Mungkin mereka mendapat fakta dari sumber yang tidak tepat. Segala fakta membabitkan jumlah kerusi yang ditandingi oleh setiap parti politik boleh dirujuk dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). "Jika kaedah matematik digunakan, maka saya juga boleh kata bahawa kerusi Parlimen yang ditandingi PKR juga lebih kecil berbanding PAS dan DAP. Gabungan kerusi PAS (64) dan DAP (47) akan menghasilkan 111 kerusi Parlimen berbanding PKR 97 kerusi Parlimen. "Jika diambil kira dalam konteks Semenanjung pula, PAS (64) dan DAP (35) memiliki 99 kerusi Parlimen berbanding PKR hanya 62 kerusi Parlimen. "Justeru itu saya menyeru semua pihak agar keluar dari kepompong budaya politik "divide and rule" (pecah dan perintah) yang diperkenalkan oleh penjajah British dulu," kata Mohd Taufek yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan. | |||
Penerbit buku Manji akan saman KDN, JAIS, JAWI Posted: 03 Jun 2012 12:37 AM PDT Bercakap kepada wartawan selepas sesi bual santai di Kuala Lumpur hari ini, Pengarah ZI Publications, Ezra Zaid berkata tindakan undang-undang terhadap KDN akan dilakukan dalam masa sebulan. Peguam ZI Publications, Edmund Bon berkata tindakan itu berdasarkan hujah bahawa pengharaman buku itu mencabuli kebebasan bercakap dan berhujah. Edmund juga berkata, kedua-dua pihak Ezra dan Manji tidak diberikan hak untuk didengari sebelum pengharaman berkuatkuasa. Menurutnya, Ezra juga mempertimbang tindakan undang-undang berasingan terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana menyerbu pejabatnya pada Selasa lepas dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kerana merampas buku-buku berkenaan. | |||
Rakyat Malaysia semakin rasis selepas PRU 2008, kata Chang Yeow Posted: 03 Jun 2012 12:35 AM PDT Setiausaha Agung Gerakan menjelaskan sebagai parti multi etnik, parti itu mendapati lebih sukar untuk membincangkan perkara berkenaan bukan perkauman sejak beberapa tahun lalu. Beliau menambah, selepas pilihan raya, lebih banyak pertubuhan berasaskan kaum seperti Perkasa ditubuhkan, dan menambahkan situasi ketegangan kaum di negara ini. "Saya tidak fikir rakyat Malaysia sudah menolak politik berasaskan kaum. Selepas 308 (PRU2008), kami mendapati amat sukar untu berbincang soal isu bukan perkauman. "Cuba lihat isu yang di bawa sekarang - lebih bersifat perkauman berbanding sebelum ini. "Ada kumpulan seperti Perkasa .... ini bukannya politik yang sihat untuk Malaysia, untuk pembinaan negara bangsa," katanya ketika temuramah eksklusif dengan The Malaysian Insider. Teng (gambar) menjelaskan, ia menjadi lebih sukar untuk menyebarkan fahaman kepelbagaian bangsa dengan Gerakan, walaupun parti itu bukanlah bersifatkan perkauman. Beliau menjelaskan ahlinya sentiasa merungut apabila terdapatnya cadangan untuk melantik bukan Cina di peringkat tertinggi, melihatkan dakwaan parti itu bersifat multirasial adalah sekadar retorik. Beliau turut menjelaskan hanya 15 peratus daripada 400,000 ahlinya adalah bukan Melayu, jauh daripada matlamat Gerakan menjadi parti "rakyat Malaysia." "Gerakan perlu menjadi lebih daripada apa yang ada sekarang. Semuanya hanya retorik. Ia tidak membawa kita ke mana pun. "Ahli dan pemimpin Gerakan perlu menerima kenyataan bahawa kita perlu merekrut lebih ramai ahli bukan Cina untuk mengukuhkan ideologi parti," tambahnya. "Bermula sekarang, apabila kita mahu meletakkan calon dalam kalangan bukan berbangsa Cina, akan ada pemimpin mempersoalkan kenapa kita perlu beri itu dan ini kepada sesuatu kaum - ia tidak sihat. Mereka tidak boleh lari daripada kenyataan kita bukan parti Cina atau Melayu ... kita parti rakyat Malaysia. Ramai yang gagal melihat perkara itu," katanya. Teng menambah Gerakan juga tidak seharusnya menggunakan alasan mereka perlukan lebih masa untuk menerima multirasial, menegaskan sudah lebih 40 tahun parti itu melakukannya. "Ia bukan lagi masa yang sesuai untuk membincangkannya, ia harus dilaksanakan," katanya. Laporan berkenaan kaum dan agama di negara ini meningkat dengan mendadak selepas PRU 2008 - sejarah dalam negara ini. Dengan Barisan Nasional (BN) tewas dua per tiga majoriti, kebanyakan pemimpin politik mula melibatkan diri dengan isu perkauman bagi memperolehi sokongan. Ini meninmbulkan ketegangan kaum, menjadi pendorong kepada peningkatan kes ketegangan kaum yang menjadi tajuk utama media sejak beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk insiden pada 2010 yang mana melibatkan rumah ibadah, apabila kepala lembu di letakkan di rumah ibadat masyarakat India di Shah Alam, isu kontroversi serbuan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), yang mendakwa masyarakat Kristian cuba untuk memurtadkan umat Islam dan isu penggunaan Bible berbahasa Melayu. Dalam insiden terbaru, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri menerima kritikan daripada ulama apabila menghadiri majlis sambutan Thaipusam di Batu Cave. Kaji selidik Merdeka Center mendapati pada Jun tahun lalu, 66 peratus responden mengatakan hubungan kaum di Malaysia adalah "baik" - penurunan 15 peratus daripada 78 peratus lima tahun lalu. Penganalisis juga mendapati hanya satu pertiga percaya terdapatnya "keikhlasan dan kemesraan dalam kesatuan bangsa" menurun daripada 54 peratus daripada lima tahun lalu. | |||
Radio anti-Taib sahkan DJ bersembunyi Posted: 03 Jun 2012 12:22 AM PDT MALAYSIA KINI Radio Free Sarawak hari ini berkata, pihaknya percaya seorang penyampainya Peter John Jaban sedang bersembunyi kerana bimbang ditahan oleh polis untuk disoal siasat. Menurut stesen anti ketua menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud itu, walaupun masih tiada sebarang khabar daripada Jaban, mereka mendapat maklumat penyampai itu sedang bergerak bebas di Miri. Jaban yang menggunakan nama Papa Orang Utan mengambi tindakan itu secara sukarela selepas ditakutkan dengan sesi soal jawab di lapangan terbang Kota Kinabalu sebelum ini, kata RFS dalam kenyataannya. Jaban pada Khasmis tiba di lapangan terbang Miri yang menyaksikan kehadiran ramai anggota polis. Peguamnya bagaimanapun berjaya membawanya pergi kerana pasukan keselamatan tidak menerima sebarang arahan berhubung apa yang perlu dilakukan. | |||
PAS sasar peningkatan undi Melayu empat peratus Posted: 03 Jun 2012 12:16 AM PDT Hadi (gambar) dalam ucapannya sewaktu Himpunan Hijau Menuju Putrajaya di Alor Star semalam menegaskan PAS mempunyai tanggungjawab berat yang perlu bagi menarik undi Melayu kepada parti tersebut. "Antara langkah yang perlu diambil PAS adalah meyakinkan masyarakat Melayu bahawa PAS benar-benar bersedia untuk memimpin negara dan akan memartabat masyarakat Melayu dengan mendaulatkan Islam. "Selain itu, ahli PAS perlu menyedarkan masyarakat Melayu dengan isu-isu yang mereka mempunyai kepentingan langsung seperti isu FELDA, pengambilan dan rampasan tanah, majoriti masyarakat Melayu yang terpinggir dan salah urus wang zakat," tambah Ahli Parlimen Marang ini lagi. Menjadikan masyarakat Melayu bandar dan golongan Melayu kelas pertengahan sebagai agen perubahan penting kepada pengundi-pengundi Melayu luar bandar turut menjadi matlamat parti komponen Pakatan Rakyat ini lagi Jelas Hadi, bagi tujuan tersebut, partinya akan menggunakan bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk melaksanakan perancangan mereka itu. Selain itu, PAS turut mensasarkan untuk mendekati golongan-golongan yang berpengaruh besar dari kalangan pengundi-pengundi Melayu seperti penjawat awam dan pertubuhan masyarakat sivil. Justeru, sambutan himpunan tersebut turut melihatkan penyertaan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Profesor Dr Nik Zain Nik Yusof menyerahkan borang menjadi ahli PAS. Penyertaan Nik Zain itu dibuat dihadapan Hadi di depan lebih 100,000 ahli dan penyokong PAS di Stadium Darul Aman. PAS dilihat mula merekrut golongan professional bekas pegawai kerajaan untuk menyertai parti tersebut bagi membolehkan mereka menerima sokongan pengundi Melayu dengan pilihan raya yang dijangka berlangsung tidak lama lagi. Nik Zain telah menjawat jawatan sebagai KSU sejak 1998 hingga 2002 di kementerian tersebut. Sebelum ini, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari telah menyerahkan borang keahlian PAS secara rasmi. Selain itu, Hadi turut mengambil kira sayap pemuda dan muslimat parti bagi menggembleng tenaga untuk meraih sokongan pengundi muda di bandar yang juga merupakan pengundi kali pertama sewaktu Pilihan Raya Umum ke-13 ini. "PAS melalui Dewan Pemuda PAS perlu memberi tumpuan yang besar kepada pengundi-pengundi muda yang sebahagian besar mereka berada di bandar-bandar. "Dewan Muslimat juga perlu mengekang dan mengurangkan sokongan kaum wanita kepada BN dan juga mendekati dengan berakhlak penggerak-penggerak KEMAS yang sebahagian besarnya dari kalangan kaum wanita," katanya. Hadi turut menegaskan, Dewan Ulama perlu mendekati golongan agamawan dan NGO-NGO Islam untuk meyakinkan mereka bahawa Pakatan Rakyat bersedia memikul amanah ke arah pemerintahan yang adil dan ihsan. "PAS melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) akan terus mendekati para pengundi bukan Islam untuk meyakinkan mereka dengan slogan 'PAS for All'." Hadi turut menggesa semua ahli PAS mesti mendekati para pegawai kerajaan termasuk ahli-ahli pasukan keselamatan seperti anggota tentera, polis dan RELA di samping penyokong-penyokong Umno dengan akhlak yang terpuji supaya mereka beralih menyokong perjuangan Islam yang dipelopori oleh PAS. "Sekiranya PAS dan PR diberi kepercayaan memimpin Malaysia kesemua mereka akan dilayan sama adil sebagaimana tuntutan Islam, dan seperti yang dipelajari dari Sirah Rasulullah s.a.w. tidak akan wujud gejala membalas dendam terhadap mana-mana pihak," tambahnya lagi. | |||
Salahuddin gesa PAS tidak disalahkan atas tindakan Nizar Posted: 03 Jun 2012 12:12 AM PDT Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menegaskan, kenyataan yang dikeluarkan Nizar adalah pendapat peribadinya dan tidak melibatkan pandangan parti. "Biarlah undang-undang yang mengambil tempat dalam perkara itu. "Tiada siapa pun yang berhak menghukum selain undang-undang," katanya dipetik Sinar Harian Online. Nizar sebelum ini telah mencetuskan kontroversi apabila mempertikaikan bidaan bagi nombor plat tersebut yang bernilai RM520,000 di laman Twitter miliknya. Kenyataannya itu telah mengakibatkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim membalasnya mengatakan kesultanan Johor tidak pernah menggunakan satu sen wang rakyat, sebaliknya, dana yang diberikan kerajaan dimasukkan ke dalam Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim untuk membantu rakyat di negeri tersebut. Malah, baginda turut memberi amaran supaya Nizar melakukan "kajian sebelum membuka mulut." PAS jelas Salahuddin (gambar) menegaskan mempunyai dasar yang jelas dalam menghormati institusi raja di negara ini. "PAS berpegang teguh kepada perkara ini dan terus memartabatkan institusi Raja-Raja Melayu di negara ini," katanya. Sebelum ini, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hamd Zahid Hamidi mencabar PAS supaya mengambil tindakan tegas terhadap Nizar berhubung perkara tersebut. Zahid berkata, adalah memalukan jika parti itu tidak mengambil tindakan terhadap Nizar dan ia menggambarkan parti itu 'bersekongkol' dan bersetuju mengenai kenyataan pemimpin mereka itu. "Walaupun (Naib Presiden PAS) Salahuddin (Ayub) dan Ketua Pemuda PAS Nasrudin (Hassan) seolah-olah mahu lari daripada terlibat sama dalam masalah Nizar tetapi mereka harus ikhlas mencadangkan kepada kepimpinan PAS supaya mengambil tindakan terhadapnya," katanya. Beliau berkata, PAS boleh mengenakan tindakan supaya Nizar tidak dibenar bertanding dalam pilihan raya kerana jika ada jawatan, banyak lagi kerosakan imej terhadap parti yang boleh dilakukan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu. Zahid juga menambah, Nizar telah lupa bahawa bidaan bernilai RM520,000 atas nombor plat oleh Sultan Johor itu akan disalur kepada rakyat. "Baginda mengeluarkan duit peribadinya, itu merupakan duit pendapatan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dan akan pergi ke akaun yang disatukan di bawah Kementerian Kewangan dan wang itu akan disalurkan untuk rakyat, bukan baginda menggunakan duit rakyat untuk kepentingan peribadinya, yang ini Nizar lupa," katanya lagi. JPJ melalui laman webnya telah mengeluarkan senarai nama pembida kepada nombor plat WWW dan "DYMM Sultan Ibrahim Johor" telah dinyatakan sebagai pembida yang berjaya membuat bidaan tertinggi mengatasi 9,998 pembida yang lain. | |||
PRU 13 penentu “hidup dan mati” BN, kata Muhyiddin Posted: 03 Jun 2012 12:08 AM PDT Muhyiddin yang berucap ketika melancarkan Jentera Pilihan Raya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini menegaskan, bangun jatuh BN akan ditentukan sewaktu PRU13 dan menuntut setiap ahli jenteranya untuk memberikan keutamaan kepada setiap kerusi dalam pilihan raya tersebut. "Pilihan raya umum ke-13 kali ini adalah penentu hidup mati Barisan Nasional. Bangkit atau jatuhnya BN akan ditentukan dalam pilihan raya kali ini. "Justeru saya menggesa setiap jentera parti memberikan keutamaan kepada setiap kerusi negeri dan Parlimen," tegasnya kepada lebih 1000 jentera BN Kuala Lumpur di Stadium Titiwangsa pagi tadi. Beliau yang merupakan Pengerusi BN Kuala Lumpur juga menggesa jenteranya untuk bekerja keras di peringkat akar umbi bagi membolehkan rakyat kembali menyokong kepimpinan BN. "Kita perlu bekerja keras. Zaman mewah BN seperti dahulu telah berlalu. Jika Pakatan Rakyat (PR) melakukan sesuatu kebaikan dan rakyat menyokong mereka, itu adalah masalah buat kita. "Kita perlu turun padang dan membantu rakyat supaya sokongan mereka kembali kepada kerajaan BN," tambahnya. Ahli Parlimen Pagoh ini juga menjelaskan, jentera parti tidak seharusnya leka dalam menghadapi pilihan raya akibat daripada kekurangan dalam PR. "Kita jangan leka. Jangan terlalu yakin kita akan menang. Kita perlu terus berusaha dan tidak lalai akibat daripada kekurangan pembangkang. "Sebab itu kerajaan "walk the talk". Kita bukan seperti kerajaan PR yang hanya tahu "talk and walk," tegasnya di sahut tepukan gemuruh jentera dari Kuala Lumpur. Sehubungan itu, Muhyddin menjelaskan, BN tidak boleh tewas kerana mereka telah berusaha 55 tahun untuk membangunkan negara ini dan mengecapi keamanan dan kestabilan seperti sekarang. "PR sekarang mula menggunakan pendekatan psikologi terhadap rakyat. Mereka sedar sokongan mereka sudah lemah dan mereka sudah rasa takut dan bimbang. Kita perlu pastikan kita tak boleh kalah. Jangan biarkan mereka menjahanamkan negara. Kita telah bina negara ini 55 tahun," tegasnya lagi. Malah, beliau turut berkata pembangkang sedar kerajaan BN sudah semakin mendapat tempat di hati rakyat berbanding 2008, lalu mereka mula mengerah rakyat untuk melakukan demonstrasi menentang kerajaan seperti perhimpunan seperti Bersih 3.0. "Mereka tahu mereka tak boleh menang. Mereka kerah rakyat keluar untuk lawan kerajaan menggunakan demonstrasi," tegasnya lagi. Dalam perhimpunan hari ini, turut hadir adalah Timbalan Pengerusi BN KL, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dan juga wakil pemimpin-pemimpin parti komponen BN | |||
Rumah Azmin jadi sasaran protes lagi Posted: 03 Jun 2012 12:02 AM PDT Tidak sampai 24 jam, rumah Timbalan Presiden PKR Azmin Ali di ibu negara terus menjadi mangsa sasaran tidak puas hati apabila 50 orang berkumpul di depannya petang ini. Saksi kejadian Hassan Yusoff berkata, kumpulan yang didakwa anggota Umno Ampang berkumpul di jalan bertentangan dengan rumah Azmin kira-kira ham 4 petang sambil membawa plakad dan melaungkan slogan anti-PKR. Menurutnya lagi, kumpulan itu berkumpul kira-kira 20 minit sambil melaungkan slogan "PKR penipu" dan "Azmin rasuah". Malam tadi, kira-kira 20 orang kumpulan bermotosikal membuat bunyi bising di tempat sama. | |||
Azmin kata peluangnya dalam PKR 'tak terancam' Posted: 03 Jun 2012 12:00 AM PDT Timbalan presiden PKR Azmin Ali berkata beliau tidak merasakan bahawa peluangnya dalam parti "terancam" dengan jumlah anggota keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menduduki jawatan penting dalam parti tersebut. Jelasnya, pemimpin berkenaan dipilih bukan kerana nepotisme atau kronisme tetapi diputuskan anggota parti tersebut melalui demokrasi. "Pada waktu ini presiden (isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) dan naib presiden (anak perempuan Anwar, Nurul Izzah) dipilih dari kalangan anggota keluarga. "Dalam pemilihan parti selepas ini kita tidak tahu. Saya tidak tahu apa jawatan saya selepas ini. Biarlah kita jalankan kerja dahulu. Sekarang fokus kita ialah pada pilihan raya umum. "Lepas itu kita boleh bincang masa depan parti," katanya yang hanya ketawa apabila ditanya sekiranya beliau akan menjadi presiden PKR pada satu masa nanti. Mengulas lanjut, Azmin berkata Nurul Izzah sendiri terlibat di dalam reformasi sejak pemecatan Anwar pada September 1998 dan memainkan peranan penting dalam menggembleng sokongan kepada Anwar. Jangan dipengaruhi nepotisme "Baik, Alhamdulillah pemilihan dia dibuat secara sah. Kita perlu maju ke depan dan pastikan keputusan yang dibuat dalam parti dan kerajaan negeri dan pusat insya-Allah tidak dipengaruhi elemen (nepotisme). "Itu sahaja peringatan saya. Saya tak mahu parti ini mengamalkan amalan tidak sihat," katanya yang yakin bahawa Anwar akan mempertahankan prinsip tersebut di dalam parti. Tambahnya, kenyataan Anwar yang keras menentang amalan tersebut ketika di dalam Umno merupakan perkara yang mencetuskan pertembungan Anwar dan Mahathir pada 1997. "Maka saya yakin (Anwar) akan terus mempertahankan prinsip ini dalam PKR," katanya. Wawancara dijalankan Salhan K Ahmad dan Aidila Razak. | |||
MB Selangor: Pakatan tunai 30 janji manifesto Posted: 02 Jun 2012 11:56 PM PDT SUBANG JAYA - Sebanyak 30 dari 36 manifesto Pakatan Rakyat (PR) pada 2008 berjaya dilaksanakan Kerajaan Negeri hasil usaha mereformasikan pentadbiran yang lebih telus dan bersih. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, walaupun masih ada janji yang belum dilaksanakan, namun Kerajaan Negeri telah berjaya membuat pelbagai program lain khusus untuk kebajikan rakyat. Menurutnya, selain janji penurunan cukai pintu, kesemua manifesto penting PR berjaya dilaksanakan Kerajaan Negeri. "Pemberian air percuma, bantuan kepada sekolah sudah dilaksanakan. Ada juga yang kita tidak boleh laksanakan kerana bergantung kepada persetujuan Kerajaan Pusat. "Namun, berdasarkan kajian yang kita jalankan, Negeri Selangor adalah antara pihak yang selalu menepati janji yang diberikan," katanya ketika menjawab pertanyaan hadirin dalam program ramah mesra bersama pengikut Facebook dan Twitter beliau di sini, semalam. Abdul Khalid turut menegaskan pemimpin PR perlu mengurangkan janji yang sukar dilaksanakan dan meningkatkan prestasi kerja untuk kebajikan rakyat. Menurutnya, manifesto penurunan cukai pintu sebanyak 20 peratus sebenarnya sukar dilakukan kerana ianya akan menjejaskan operasi pihak berkuasa tempatan (PBT). "Semua orang tidak mahu membayar cukai pintu yang tinggi, tetapi jika cukai ini tidak dikutip, maka PBT tidak boleh beroperasi. "Namun, salah satu usaha yang saya lakukan adalah dengan mengurangkan kos operasi untuk merealisasikan perkara ini," katanya. Selain penurunan cukai pintu, Kerajaan Negeri masih lagi belum melaksanakan beberapa janji termasuk pemberian wang masuk tadika dan wang saku suri rumah. Namun, wujud program tambahan yang dilaksanakan jauh lebih memberi manfaat kepada rakyat seperti program pemerkasaan wanita berjumlah RM30 juta. | |||
Posted: 02 Jun 2012 11:51 PM PDT JASIN DAILY ONLINE Setelah negara digemparkan oleh Umno/BN apabila terbongkarnya kisah bahawa sebahagian besar ekspot minyak kelapa sawit negara dihantar ke Israel, kini Najib dan Isa Samad pula mempelawa syarikat Yahudi memiliki saham FGV (Felda Global Venture)? Najib telah mengumumkan pemilikan saham2 FGV seperti berikut: Awam 73 juta saham (2% daripada FGVH) Pelabur institusi (KWSP, PNB, Tabung Haji, Louis Dreyfus) 1.5 bilion saham (41% daripada FGVH) Pekerja FELDA 109 juta saham (3% daripada FGVH) Peneroka FELDA 91 juta saham (2.5% daripada FGVH) Pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI 420 juta saham (11.5% daripada FGVH) Louis Dreyfus yang disebut diatas adalah sebuah syarikat gergasi Yahudi yang berpusat di negara Switzerland. Louis Dreyfus Global mempunyai pejabat dilebih 300 buah negara diseluruh dunia. maklumat lanjut sila klik disini Sekali lagi peneroka 'dianjingkan' oleh Umno/BN apabila Felda dilibatkan dengan syarikat yahudi. Umno selalu menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai hubungan dengan Yahudi dan akan pertahankan negara Israel tetapi bagaimana pula dengan Umno yang sekarang ini berbaik dan mempelawa syarikat yahudi memiliki saham FGVH yang diusahakan oleh orang melayu Islam yang tidak mahu apa2 hubungan dengan negara Israel atau mana2 syarikat yahudi? Penerokaan, pengurusan dan perusahaan FELDA adalah dimiliki hampir keseluruhannya oleh orang2 melayu beragama Islam dan sepatutnya Najib dan Isa Samad tidak mempelawa syarikat yahudi mengambil bahagian dalam penyenaraian FGVH ke Bursa Saham kerana ia bertentangan dengan kehendak peneroka. Peneroka Felda hanya diperuntukkan 2.5% dari jumlah pegangan saham sementara kakitangan Felda pula hanyalah 3%. Selebihnya melibatkan badan-badan lain yang dijemput masuk oleh Tan Sri Isa Samad, termasuklah Louis Dreyfus sebuah syarikat antarabangsa yang dikuasai keluarga Yahudi. Peneroka hanya boleh memiliki 2.5 peratus saham FGVH sementara syarikat yahudi Louis Dreyfus boleh memiliki jauh lebih banyak saham dari itu! Kroni Umno pula akan memiliki 11 peratus melalui peruntukkan saham bumiputera kepada MITI! Dengan hanya memperuntukkan 2.5 peratus saham FGV kepada peneroka, Najib dan Isa Samad secara tidak langsung sedang memberi isyarat kepada peneroka bahawa mereka tidak memepunyai apa2 kuasa dalam menentukan halatuju Felda! Apakah peneroka Felda akan terus membenarkan Umno/BN membinasakan masa depan anda dimana setiap langkah yang diambil rejim Umno mengarah kegelapan masa depan Felda!~ KING OF GOBLOK | |||
Anak Nik Aziz sedia jadi calon, lawan Umno Posted: 02 Jun 2012 11:44 PM PDT KOTA BHARU - Anak Mursyidul Am Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang sebelum ini disebut akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke- 13 (PRU13) bersedia sekiranya parti menamakan beliau sebagai calon. Nik Abduh yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat berkata, bapanya mengambil masa 40 tahun untuk mendidik beliau dalam dunia politik khususnya untuk menentang Umno. "Saya sudah sedia jadi calon sejak 10 tahun dulu, saya juga sedia tunggu 20 tahun lagi untuk dicalonkan, sebelum ini ayah sudah siapkan 40 tahun untuk lawan Umno," katanya. Baru-baru ini, dalam wawancara bersama Sinar Harian, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah membayangkan Nik Abduh dicalonkan dalam PRU13 atas kapasiti sebagai Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat. Bagaimanapun, Nik Amar berkata, keputusan itu bergantung kepada Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya Pas negeri dan Pas Pusat yang akan menentukan kedudukan akhir senarai calon terbabit. Antara kerusi dikaitkan dengan Nik Abduh adalah Parlimen Kubang Kerian setelah penyandangnya yang juga Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub disahkan berpindah ke Johor. Dalam pada itu ketika ditanya kritikan pihak yang menyatakan beliau merupakan calon 'anak-beranak', Nik Abduh berkata, Islam memuliakan pewarisan iman dan perjuangan melalui zuriat yang mulia. "Ayah telah berusaha mendidik saya sebaik yang termampu, yang tak mulia ialah anak sekularis jadi calon ganti atau sambung kepada bapa sekular, saya meminta anak-anak orang Umno supaya muliakan keluarga dengan perjuangan Islam," katanya. Sebelum ini, Nik Aziz mengesahkan akan bertanding dalam PRU13 walaupun mendapat kritikan pihak lawan yang menyifatkan beliau sudah uzur untuk berpolitik. | |||
Loji Penapis Minyak di Johor, BN Ketepi Hak Sabah, Sarawak Posted: 02 Jun 2012 05:06 PM PDT SHAH ALAM: Tindakan kerajaan Pusat mendirikan loji penapis minyak terbesar di Pengerang, Johor merupakan usaha tersusun kerajaan membelakangi kepentingan rakyat di Sabah dan Sarawak yang merupakan negeri pengeluar minyak terbesar di negara ini. Parti Reformasi Negeri Sabah (Star) mendakwa mengalami kerugian "tak terhingga" berikutan keputusan Kerajaan Pusat membina logi penapisan minyak di Johor dengan kos RM127 bilion. Pengerusi Star, Datuk Dr Jeffrey Kitingan juga menyifatkan keputusan dibuat sebagai tidak munasabah kerana Johor bukan sebuah negeri pengeluar minyak. Menurutnya, adalah jelas Kerajaan Pusat tidak ikhlas serta menyisih pembangunan di Sabah dan Sarawak yang telah menyumbang hasil simpanan negara menerusi sumber minyak sehingga 95 peratus. "Sekiranya perkara ini diambil kira, sudah tentulah ia akan memutuskan untuk membina logi penapis minyak di Sabah atau Sarawak. "Dengan keputusan bagi membina loji penapisan minyak di Johor maka kita di Sabah dan Sarawak akan mengalami kerugian yang besar. Dari segi jangka panjang, kerugian ini akan berjumlah trilion ringgit," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini. Dr Jeffrey berkata, sekiranya logi penapisan minyak dibina di Sabah tentunya ia menjadi satu projek terbesar yang pernah dilaksanakan untuk Sabah dan Sarawak. Keputusan itu tambahnya akan merangsang pertumbuhan ekonomi yang pesat bagi negeri-negeri Borneo selain membuka peluang pekerjaan kepada rakyat di kepulauan tersebut. "Bayangkan kilang penapisan itu akan memproses 300 ribu tong sehari manakala sebuah lagi logi penapisan 'berdekatan' yang akan dibina sebuah syarikat Taiwan bagi memproses 150 ribu tong sehari. Ini akan menyebabkan jumlahnya menjadi 450 ribu tong sehari yang mana ia merupakan peratusan yang besar terhadap pengeluaran minyak mentah negara sebanyak 700 ribu tong sehari. "Ia adalah perkiraan yang jumlahnya penghasilan luarbiasa. Kerajaan Pusat pastinya mendapati projek tersebut sesuai dibina dengan menjadikannya sebagai dua projek super mega di kawasan sama. "Sukar dipercayai bahawa Kerajaan Pusat tidak melihat potensi ekonomi sekiranya logi penapisan itu dilaksanakan di negeri Borneo. Logi penapisan di sebelah Laut China Selatan ini akan memberi gambaran adil dalam perkongsian kek ekonomi," katanya. Namun Jeffrey berkata, usaha Kerajaan pusat membina logi penapisan minyak di Johor adalah bertujuan menjadikan negeri itu yang hebat di sebelah Singapura. Tambahnya, ia perancangan Kerajaan Pusat bagi mengalirkan ratusan bilion ringgit ke Johor selepas peruntukan besar disalurkan bagi pembangunan Iskandar Malaysia di negeri itu. Beliau berkata, langkah terbaru yang salah itu merupakan satu penghinaan kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap konsep 1Malaysia menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP). "Apa yang jelas sekarang ialah Sabah dan Sarawak hanya dilihat sebagai "pembekal sumber hasil mentah" untuk Semenanjung Malaysia. Bayangkanlah kerugian yang terpaksa kita tanggung dan terlepas peluang bagi menjana pertumbuhan ekonomi secara besar-besaran selain perkembangan infrastruktur teknologi pemindahan dan pemprosesan hiliran. "Semua ini mungkin menjadikan negeri-negeri Borneo iaitu Sabah dan Sarawak sebagai pusat ekonomi yang bertenaga tetapi Kerajaan Pusat bertindak seperti penjajah yang lapar. Ia sama seperti apa yang British lakukan ketika Sabah dan Sarawak. Ia satu tamparan hebat bagi negeri-negeri Borneo," katanya. | |||
Ramai bengang RM10 juta untuk Himpunan Belia Posted: 02 Jun 2012 05:00 PM PDT
KUALA LUMPUR: Akhbar MCA, The Star melaporkan bahawa ramai pengguna internet bengang dengan jumlah yang dihabiskan Kementerian Belia dan Sukan untuk Himpunan Jutaan Belia baru-baru ini. Merujuk kepada satu bil yang dipaparkan di Facebook, akhbar tersebut melaporkan bahawa ramai yang tidak berpuas hati melihat angka yang tertera di bil tersebut berjumlah RM10,613,993.62 yang dituntut oleh satu syarikat pengurusan program (event management) terhadap kerja yang telah disiapkan untuk 'pelbagai segmen pada Hari Belia Negara 2012.' Menurut The Star, tuntutan itu hanya 70 peratus daripada RM15,155,175.60 yang termasuk bayaran khemah kanopi, pondok, pentas, lampu dan sistem suara termasuk persembahan oleh artis tempatan dan K-pop. "Menurut senarai yang diberikan kepada kementerian, jumlah kos untuk membawa masuk artis tempatan termasuk pengurusan hiburan adalah RM1.8 juta, dan membawa masuk artis K-pop mencecah RM2.04 juata. Kos untuk menyediakan tandas dan kerja-kerja pembersihan berjumlah RM590,000 and RM1 juta. Ramai pengguna internet telah meluahkan rasa terkejut terhadap angka tersebut," tulis laporan tersebut. The Star turut memetik seorang komentar bernama Sandra Sen yang mempertikaikan jumlah RM1,709,750.00 yang digunakan untuk membekalkan khemah, kanopi dan pondok. "Adakah ia dibuat daripada emas?" soal beliau. Sementara itu, pengarah Stadium First Sdn Bhd Roslan Salikon yang dihubungi akhbar The Star telah mengesahkan bahawa syarikatnya ada membuat sebahagian tuntutan daripada Kementerian Belia dan Sukan. "Kami adalah subsidiari Perbadanan Stadium Malaysia, di bawah Kementeria Belia dan Sukan," kata Roslan. Roslan berkata jumlah yang dituntut ada "lebih rendah" daripada jumlah RM15 juta yang tertera pada borang tuntutan bertarikh Mei 21 kerana syarikat tersebut gagal untuk membekalkan jumlah tandas bergerak yang cukup seperti yang diminta kementerian kerana tidak mempunyai stok yang mencukupi. Roslan berkata Himpunan Sejuta Belia 2012 adalah satu karnival yang besar, dan syarikatnya telah membekalkan 600-700 kanopi untuk harga RM500 ke bawah setiap hari. Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed berkata kos membawa K-pop itu oleh Stadium First Sdn Bhd (Stadium First) hanya berjumlah RM900,000 (USD$300,000), dibayar menggunakan wang penajaan untuk konsert berkenaan. "Namun, kementerian masih tidak membuat bayaran kepada Stadium First kerana ia masih dalam peringkat kajian," kata Mohid yang dipetik The Star. Mohid berkata invois berjumlah RM2.4 juta yang dipaparkan blog adalah anggaran awal oleh agen Stadium First, namun begitu harga tersebut telah dikurangkan kepada RM900,000. | |||
RMM: Tidak benar tiada permintaan bawah RM150,000 Posted: 02 Jun 2012 04:57 PM PDT
Terdapat satu dakwaan yang disiarkan di dalam Buletin Utama TV3 pada 31 Mei lepas bahawa rumah kediaman di bawah RM150,000 susah hendak dijual. Dakwaan ini kemungkinan besar untuk mempertahankan program Perumahan 1Malaysia atau PR1MA di mana terdapat rumah dijual dengan harga sehingga RM300,000 sebuah. Walau bagaimanapun Rumah Mampu Milik Negeri Selangor dijual dari RM85,000 hingga RM150,0000 sebuah. Dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali. Projek rumah mampu milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang sedang bina di Bangi telah dijual 100 peratus. Lebih 500 permohonan telah diterima untuk membeli 124 unit pangsapuri yang sedang dibina itu. Setiap unit dijual dengan harga di bawah RM100,000. Malah lebih 2,000 borang permohonan untuk membeli rumah mampu milik telah dibeli oleh orang ramai dari Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor. Malah adalah dijangkakan 136 unit rumah mampu milik yang sedang dibina di Sg Long, Kajang oleh sebuah pemaju swasta akan habis dijual dalam masa yang singkat apabila tempahan dibuka. Begitu juga hampir 1,000 unit rumah mampu milik yang telah diluluskan pembinaannya oleh Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam dan Damansara RUMAH KOS RENDAH Pihak yang mendakwa rumah di bawah RM150,000 susah hendak dijual juga mendakwa rumah kos rendah juga tidak laku. Harga rumah kos rendah dikawal pada RM42,000 sebuah dan RM35,000 untuk bekas penduduk setinggan. Memang benar terdapat rumah-rumah kos rendah dibina semasa kerajaan negeri yang lepas yang masih tidak terjual. Tetapi ini bukan disebabkan tidak ada permintaan untuk rumah kos rendah. Lokasi dan kedudukan rumah-rumah tersebut yang menyebabkan ia tidak laku. Dari segi kedudukan terdapat pemaju yang membina rumah-rumah kos rendah pada lokasi yang jauh dari pengangkutan awam, pusat pekerjaan, sekolah atau kemudahan-kemudahan lain. Pemaju-pemaju tidak boleh disalahkan sepenuhnya. Kerajaan negeri yang lepas mewajibkan pemaju membina rumah kos rendah di projek melebihi 10 ekar tanpa mengambil kira lokasi dan permintaan setempat. Akhirnya terdapat rumah-rumah kos rendah yang tidak terjual hingga ke hari ini. Walau bagaimana pun di bawah kerajaan negeri sekarang pemaju-pemaju boleh memohon untuk membina rumah mampu milik sekiranya sesuatu kawasan itu tidak sesuai untuk rumah kos rendah atau tidak ada permintaan untuk rumah kos rendah. Kedudukan rumah kos rendah di dalam sesuatu projek juga menyebabkan ia tidak laku. Ada yang dibina bersebelahan dengan kolam najis atau pencawang utama TNB. Atau terletak di lokasi paling hujung, jauh dari kemudahan rekreasi, kedai-kedai atau keperluan-keperluan lain. Lokasi tersebut dibina rumah kos rendah kerana ia tidak boleh dibina rumah-rumah jenis lain. Rumah-rumah yang dibina di kawasan tersebut memang tidak akan dapat dijual walaupun harganya di bawah harga pasaran. Di bawah kerajaan negeri sekarang, kedudukan rumah-rumah kos rendah diteliti agar masalah-masalah yang timbul sebelum ini tidak berulang kembali. RUMAH KOS RENDAH MASIH DIPERLUKAN Kerajaan negeri masih mengekalkan polisi yang mewajibkan pemaju membina rumah kos rendah. Terdapat desakan dari pelbagai pihak agar rumah kos rendah tidak lagi dibina. Mereka mahu rumah kos rendah RM42,000 digantikan dengan rumah mampu milik RM85,000 hingga RM150,000. Tetapi pendapatan 40 peratus isi rumah di negara kita adalah di bawah RM1,500 sebulan. Sekiranya rumah kos rendah tidak lagi dibina maka peluang sebahagian besar golongan ini untuk memiliki rumah sendiri akan tertutup sama sekali. Kerajaan Negeri Selangor sekarang amat sensitif kepada keperluan rakyat berpendapatan rendah dan tidak akan tunduk kepada desakan-desakan untuk tidak dibina lagi rumah kos rendah. Masalah-masalah yang ada pada rumah kos rendah seperti kualiti kerja dan kualiti bahan binaan yang rendah boleh diselesaikan. Para pemaju mesti lebih bertanggung jawab. Tetapi golongan berpendapatan rendah tidak sepatutnya dihukum. Oleh yang demikian sehingga pendapatan golongan ini dapat dipertingkatkan, rumah kos rendah akan terus dibina. Iskandar Abdul Samad ialah Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor. | |||
Dayangku Intan 'tewaskan' AC Mizal terhangat Posted: 02 Jun 2012 04:56 PM PDT
KUALA LUMPUR: Perbandingan ceramah Umno yang dihadiri oleh penyanyi terkenal dan penjual gelang ajaib tersohor, Datuk AC Mizal dengan ceramah PAS yang dihadiri oleh penyanyi Dayangku Intan tulisan blog http://omakkau.blogspot.com merupakan artikel paling popular di Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke 22. Di tempat kedua diungguli artikel daripada blog http://ghaflah.blogspot.com mengenai berita tergempar mengenai kemalangan yang berlaku malam perlumbaaan drag race yang diadakan sempena perhimpunan hari Belia Negara 2012. Artikel blog bergambar http://omakkau.blogspot.com yang menyiarkan bagaimana anak muda menyerbu ceramah Ustaz Azhar Idrus di Masjid As Salam, Puchong selepas ceramahnya di PICC, Putrajaya dibatalkan menduduki tempat ketiga. Pada tangga keempat ialah artikel blog http://cenangau.blogspot.com yang memaparkan video Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan pencerahan isu "undi PAS masuk syurga" untuk menjawab tuduhan Umno dan medianya. Di tempat kelima ialah artikel bergambar daripada http://kedahla.blogspot.com yang memaparkan bagaimana Umno mengajak anak muda dan pemimpinnya berhibur terlampau di Himpunan Belia Negara 2012 di Putrajaya. Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 27 Mei hingga 1 Jun, 2012. | |||
Perhimpunan PAS paling aman jika tidak diserang Posted: 02 Jun 2012 04:51 PM PDT
KUALA LUMPUR: Himpunan Hijau Ke Putrajaya membuktikan perhimpunan PAS adalah yang paling aman jika tidak diserang dengan ganas, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. "Kita sentiasa membuktikan dalam semua perhimpunan kita dan kita membuktikan sekali lagi dalam Himpunan Hijau Jumaat lalu bahawa perhimpunan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) adalah yang paling aman jika kerajaan Umno tidak mengerahkan polis menyerang kita dengan ganas," katanya. Menurut Mahfuz, suasana aman dalam perhimpunan PAS dan PR bukan kerana diadakan di dalam atau di luar stadium kerana terbukti di mana pun perhimpunan PAS dan PR diadakan, semuanya berjalan dengan aman jika tidak diganggu dan diserang. "(Presiden PAS, Datuk Seri) Tuan Guru Abdul Hadi (Awang) pernah memimpin puluhan ribu orang berarak dari Masjid Kampung Baru ke Pusat Konvensyen KLCC dan akhirnya ke Kedutaan Amerika Syarikat. "Dari selepas solat Jumaat hinggalah jam lima petang, semuanya berjalan dengan penuh aman kerana kerajaan Umno tidak kerahkan polis serang demonstrasi dan perarakan itu. "Tidak ada sesiapa yang diganggu oleh mereka yang berdemonstrasi, tidak ada harta awam yang dirosakkan dan tidak ada perniagaan yang ditutup malah banyak kedai makan yang kehabisan makanan yang hendak dijual kerana mereka yang berdemonstrasi singgah makan dan minum, maklumlah pada masa itu penipu-penipu yang mengada-ngada belum dapat idea untuk mendakwa perniagaan mereka ditutup dan rugi," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Sebagai Pengarah Program Himpunan Hijau itu, Mahfuz berkata, perhimpunan itu akan diadakan di seluruh negara. Beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program itu. "Saya bersyukur kepada Allah kerana dengan pertolongan-Nya, Himpunan Hijau dapat kita adakan dengan penuh gemilang. "Saya juga mengucapkan terima kasih kepada ratusan ribu ahli dan penyokong PAS yang datang dari seluruh negara sehingga menjadikan himpunan itu begitu bermakna kepada perjuangan bersama," katanya. Menurut Mahfuz, kejayaan penganjuran himpunan itu adalah hasil dari komitmen yang luar biasa dari semua yang terlibat. "Kepada Unit Amal, Unit Keselamatan, Unit IT yang berjaya memberikan liputan program itu sehingga dapat disaksikan di seluruh dunia, Unit Perubatan, PAS kawasan-kawasan dari seluruh Kedah dan semua pihak yang terlibat menjayakan himpunan itu, saya ucapkan terima kasih tidak terhingga dan jazakumuLlahu khairan kathira. "Saya yakin Umno semakin merasa bahangnya kerana komitmen untuk menjayakan Himpunan Hijau adalah muqaddimah kepada komitmen kita kepada kerja-kerja pilihan raya yang akan datang," katanya lagi. | |||
RM150,000 Untuk Gelanggang Sukan Di Beranang Posted: 02 Jun 2012 04:48 PM PDT BERANANG 02 JUN : Penduduk khususnya kalangan remaja di mukim Beranang kini berpeluang menyertai pelbagai aktiviti sukan selepas gelanggang sukan yang bernilai kira-kira RM150,000 siap sepenuhnya, baru-baru ini. Kemudahan sukan itu termasuk gelanggang futsal, sepak takraw dan badminton dibiayai oleh Kerajaan Negeri. Ketua Kampung Sesapan Kelubi, Alias Yaakob berkata pembinaan kemudahan itu memberi peluang kepada semua generasi menggunakan gelanggang terbabit. Katanya, kini gelanggang terbabit menjadi tumpuan enam buah kampung lain di kawasan berhampiran. "Sebelum ini, golongan remaja dan belia mengeluh kerana terpaksa keluar jauh ke bandar untuk menggunakan kemudahan itu malah kos sewaannya juga mahal," katanya ketika ditemui. Beliau berkata gelanggang futsal itu dikenakan bayaran sebanyak RM10 bagi dewasa dan percuma bagi kanak-kanak. "Gelanggang futsal itu dibuka selepas waktu maghrib bagi golongan belia dan petang bagi kanak-kanak," katanya. Majlis perasmian gelanggang itu disempurnakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas Program Penerangan Geran Selangorku dan Program Khas Mesra Rakyat, di Kampung Sesapan Kelubi. Hadir sama, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail; Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu dan Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari serta MP Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat. Dua pasukan dari pejabat Menteri Besar dan Majlis Perbandaran Kajang bersaing dalam acara futsal bagi menandakan kemudahan dibuka secara rasmi. Sebagai simbolik perasmian, Abdul Khalid dan Exco yang hadir menendang bola di gelanggang itu. Kira-kira 1,000 penduduk hadir ke program terbabit. Di program itu, Abdul Khalid turut menyumbangkan RM10,000 kepada Sekolah Kebangsaan Jenis Cina Toh Fah dan Sekolah Rendah Agama Kafa Integrasi Tasik Semenyih. Beliau turut menyampaikan sebanyak RM1,000 setiap seorang kepada sembilan pelajar sebagai hadiah anak masuk universiti. | |||
Pembangkang Jangan Mainkan Isu RCI Posted: 02 Jun 2012 04:44 PM PDT MSTAR ONLINE KOTA KINABALU: Pembangkang diminta tidak menghangatkan keadaan berhubung pengumuman kerajaan persekutuan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah dengan tujuan untuk meluaskan pengaruh politik. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata permintaan tersebut dibuat oleh parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk Umno dan pihak pembangkang di negeri ini. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, beliau mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu yang membuktikan bahawa kerajaan BN pimpinan Najib adalah sebuah kerajaan yang mendengar pandangan rakyat. Musa berkata kerajaan negeri akan meluaskan lagi terma rujukan dalam membantu penubuhan suruhanjaya siasatan tersebut. Dalam pada itu, Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Jahid Jahim berkata pengumuman Perdana Menteri itu menunjukkan bahawa kerajaan bersikap serius dalam melindungi keselamatan rakyat terutama di Sabah. Beliau berkata Sabah sudah begitu lama menghadapi kebanjiran imigran haram dan isu dokumentasi ini yang hampir menghapuskan harapan serta keyakinan rakyat di negeri ini terutamanya belia terhadap kerajaan dalam mencari penyelesaian terhadap isu tersebut. "Tetapi sejak Najib memimpin negara ini, semua usaha telah dijalankan bermula dengan program 6P bagi pendatang asing tanpa izin (5P di Sabah) dan sekarang menerusi penubuhan RCI pula. "Ia sememangnya hadiah Kaamatan terbaik untuk rakyat di Sabah," katanya. BERNAMA | |||
PKR cabar PM lantik Shahrizat semula Posted: 02 Jun 2012 04:36 PM PDT SHAH ALAM - Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melantik semula Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai anggota Kabinet jika benar tiada sebarang kes ekoran keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membersihkan nama beliau daripada dakwaan dikaitkan dengan isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC). "Jika benar Shahrizat sudah bersih dan tiada kes, saya cabar Perdana Menteri melantik semula Shahrizat jadi menteri Kabinet, dikembalikan jawatan menteri yang lama (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)," kata beliau kepada Sinar Harian Online. Sambil menolak desakan Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman agar beliau memohon maaf selepas terbukti tidak bersalah ekoran pengumuman hasil siasatan SPRM, Zuraida berkata, tidak timbul soal pihaknya perlu memohon maaf. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail juga berkata, tiada keperluan untuk pihaknya memohon. "Kami di PKR tidak ada sebab harus memohon maaf. Jika betul Shahrizat tidak bersalah, saya minta Datuk Seri Najib melantik semula Shahrizat ke dalam Kabinetnya," kata Zuraida, yang juga Ahli Parlimen Ampang ini. Dalam satu kenyataan dikeluarkan kelmarin, Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil berkata, bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat didapati tidak terbabit dalam proses perolehan pinjaman RM250 juta daripada Kerajaan Persekutuan kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), yang dimilki suami dan anaknya. Hadenan berkata, kertas siasatan SPRM dan laporan Pejabat Peguam Negara mendapati Shahrizat tidak terlibat dan kes itu ditutup. Katanya, Ketua Wanita Umno itu tidak terlibat langsung dalam proses perolehan pinjaman yang dibuat oleh suaminya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang juga Pengerusi Eksekutif NFC. Ekoran isu itu, Shahrizat telah meletakkan jawatan menteri berkenaan apabila tempoh beliau sebagai senator tamat pada 8 April lalu. Suaminya kini menghadapi perbicaraan di Mahkamah Sesyen di sini atas dua tuduhan pecah amanah melibatkan wang RM49.7 juta dan dua tuduhan melanggar Akta Syarikat 1965. Walaupun meletakkan jawatan sebagai anggota Kabinet, Shahrizat kekal sebagai sebagai Ketua Wanita Umno dan Ketua Wanita Barisan Nasional (BN). Sambil meminta pihak Umno dan BN tidak terlalu gembira dengan kenyataan diumumkan SPRM kelmarin, Zuraida yang merupakan salah seorang daripada beberapa pemimpin PKR menggesa Shahrizat berundur sejak akhir tahun lalu berkata, SPRM seharusnya mendedahkan hasil siasatan kepada umum. "SPRM mesti mendedahkan hasil siasatan mereka supaya rakyat dapat tahu keadaan sebenar," kata beliau sambil menambah, "dari segi teknikal, kita masih belum tahu proses penganugerahan projek NFC termasuk hubungan Umno." Oleh itu kata beliau, SPRM perlu mendedahkan hasil siasatan jika benar Shahrizat tidak bersalah sama sekali. | |||
Menteri kecewa, mahu FAM kaji prestasi Harimau Malaya Posted: 02 Jun 2012 04:34 PM PDT PETALING JAYA - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu mengkaji kemerosotan skuad Harimau Malaya dalam beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa bagi memastikan pasukan itu benar-benar bersedia mempertahan Piala AFF Suzuki pada November. Mengambil contoh keputusan seri ketika bertemu Filipina di Stadium Shah Alam semalam, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan keputusan itu jelas tidak mencerminkan kekuatan sebenar skuad Harimau Malaya. "Saya rasa kita patut menang kerana kita bermain di laman sendiri... bagi saya, keputusan seri tanpa jaringan (ketika bertemu Filipina) adalah tidak wajar. "Malahan ramai yang berpendapat, pemain yang diturunkan semalam tidak bermain dengan sepenuh hati, jadi saya mahu FAM melihat perkara ini lebih serius kerana Kejohanan Piala AFF Suzuki akan berlangsung tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Menembak Asia Tenggara (SEASA) ke-36 di Lapang Menembak Sasar Kebangsaan di Subang hari ini. Kejohanan 10 hari bermula esok itu menyaksikan penyertaan Taiwan, Hong Kong, Macau, Singapura, Thailand, Myanmar, Filipina, Vietnam dan Malaysia selaku tuan rumah. Dalam pada itu, Ahmad Shabery berkata pihaknya bercadang menambah dana Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) bagi memastikan lebih ramai bakat baru dapat dilahirkan. "Saya perlu berbincang dengan mereka (NSAM) untuk mengetahui apakah keperluan utama yang mereka perlukan pada masa depan," katanya. - Bernama | |||
Annuar terus 'serang', mahu FAM berubah Posted: 02 Jun 2012 04:32 PM PDT TIMBALAN Presiden Persatuan bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa, yang kini digantung dua setengah tahun, meneruskan 'serangan' dengan mendakwa, mustahil dunia bola sepak tempatan tiada kemajuan berdasarkan sumbangan dan tajaan tahunan bernilai RM50 juta diperoleh oleh badan induk itu. "Hampir RM50 juta setahun sumbangan kerajaan diberikan kepada persatuan FAM, terlalu banyak prasarana yang berkualiti di Malaysia. "Mustahil dunia bola sepak kita tidak boleh maju atau adakah kita benar-benar mahu melihat dunia bola sepak Malaysia maju?" soal Annuar dalam reaksinya yang dipetik dari laman sosial Facebooknya. Kenyataan Annuar berikutan kegagalan anak didik Datuk K. Rajagobal untuk melakar kemenangan apabila hanya terikat seri tanpa jaringan dalam pertemuan persahabatan dengan Filipina di Stadium Shah Alam, semalam. Malah pada perlawanan semalam, turut menunjukkan beberapa kelemahan timbul khususnya di barisan serangan skuad Harimau Malaya. Biarpun memiliki deretan peluang terbaik sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung, jentera serangan Harimau Malaya yang diterajui dua penggempur berbisa, Safee Ali dan Norsahhrul Idlan Tahala gagal merobek gawang Filipina. Annuar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan turut mempertikaikan dimana peranan "anggota kepimpinan dalam memantau prestasi dan gerak kerja persatuan FAM?" "Di mana 'blueprint' kita? Apa kerja pemimpin persatuan kita dan cara mereka menguruskan organisasi ini. "Dan bagaimana cara mereka belanjakan wang tajaan yang diberikan oleh kerajaan? tambah Annuar sambil berharap persatuan FAM akan berubah demi masa depan dunia bola sepak Malaysia. "Mereka harus berubah sekiranya mahu berjaya. Lagipun duit yang bernilai RM40 hingga 50 juta setahun bukanlah jumlah yang sedikit. Mereka haruslah menggunakan sumbangan itu dengan sebaik mungkin," kata Annuar lagi. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan