Ahad, 3 Jun 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Siapa kata Himpunan Hijau Mendapat Sambutan?

Posted: 03 Jun 2012 06:50 AM PDT

Siapa kata Himpunan Hijau ke Putrajaya mendapat sambutan rakyat? Itu semua pembohongan semata-mata. Pas sebenarnya tertekan kerana rakyat jelata telah mulai sedar tentang penyelewengan PAS yang sudah tergelinjir dari landasan perjuangannya yang sebenar.

Lihatlah gambar sewaktu perhimpunan tersebut berlangsung di Stadium Darulaman, Alor Setar. Mana ada orang sangat? Lihat gambar berikut:


Mereka yang datang itu pun kerana mendapat upah yang lumayan dari pemimpin PAS. Khabarnya ada yang mendapat sehingga RM300/- sorang.Lihat bagaimana mereka beratur untuk mengambil upah masing-masing.


Korang nak tahu bagaimana PAS boleh dapat wang yang banyak untuk menaja perhimpunan tersebut? Selain mengutip derama, Mahfudz, selaku pengarah program tersebut telah mengadakan jualan lelong.

Bukan lelong unta atau kambing tetapi budak-budak yang dilelong untuk mendapatkan dana ! Dahsyat betul PAS ini! Tengoklah gambar budak-budak yang kena lelong pada malam tersebut.

Begitulah gamaknya kalau aku ni seorang blogger Umno! Tentu buat fitnah macam itu - boleh dapat upah! itu yang penting! ha ha! ha! Tapi, aku ni memang orang PAS, mana boleh buat macam macam mana Anak Pak Yasin buat - konon katanya PAS memberi upah kepada para peserta yang beribu-ribu ramainya itu


Yang beratur itu adalah mereka menunggu giliran untuk berwudhu.Orang terlalu ramai dan terpaksa bersesak.Tapi semuanya bersabar dan tidaklah berebut-rebut. Masing-masing menunggu gilira - first come first basis.


Kami bersolat di perkarangan yang lapang kerana keadaan di Stadium sudah agak sesak. Adakah Himpunan Jutaan Belia tempohari disertakan acara keugamaan macam ini?

Dan mengenai gambar budak-budak tu, mereka adalah antara budak-budak yang terlepas dari pengawasan ibu bapa mereka.Biasalah kalau dah ramai begitu.Ada isteri yang mengadu suami hilang, yang suami mengadu isteri hilang... Tapi semuanya selamat akhirnya.

Gambar stadium diatas itu adalah pada jam sekita 3.30 petang.Orang ramai sedang mengisi ruang yang ada. Cuaca masih cerah lagi kan? Tengoklah gambar kat bawah nih! Huh! aku posing untuk kenang-kenangan ke anak cucu...


Dan lihatlah keadaan ketika yang memuncak.Walaupun keadaan padang becak kerana hujan petang sebelumnya, orang ramai tidak pedulikan itu semua. Mereka sentiasa bersorak riang dengan diselang seli teriakan takbir menyambut ucapan pemimpin yang memberi semangat keyakinan untuk menuju ke Putrajaya. Allahu Akbar!


Penipu Akan Berkata Apa Yang Sebaliknya ...

Posted: 02 Jun 2012 10:07 PM PDT

Najib dan Rosmah tidak perlu bimbang untuk tampil sebagai saksi di Mahkamah Perancis berhubung kes pembelian kapal selam Scorpene yang akan menjurus kepada kes pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya.

Sudah ada Mangkuk Ayun yang akan menjadi saksi mereka!

Bekas KPN, Musa Hasan, dalam satu kenyataan berkata Najib dan Rosmah tidak terlibat dengan kes pembunuhan Altantuya

Tapi, kalau difikir semula rekod kredibiliti Mangkuk Ayun ini, tentu Najib dan Rosmah akan jadi tidak karuan.

Bukankah Mangkuk Ayun ini pernah dilabel oleh Hakim Supang Lian dari Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu bahawa Musa Hasan adalah pembohong dan semua keterangan Musa perlu diketepikan. Mangkuk Ayun ini tidak ada kredibiliti langsung! Malulah kalau dituduh penipu oleh mahkamah!

Perlu kita ingat, bahawa perkataan sebenar si penipu adalah apa yang disebaliknya. Jika dia kata 'tidak' maksud yang sebenarnya ialah 'ya'! Kalau dia kata 'tidak terlibat' maksud yang sebenarnya ialah 'Ya, terlibat'!

Pada 9 April 2009, Azilah dan Sirul anggota polis yang menjadi pengawal Najib didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati. Abdul Razak Baginda, kawan baik Najib pula didapati tidak bersalah dan dibebaskan.

Mangkuk ayun betul Musang seekor nih! Siapa yang spin? Bukan setakat satu Malaysia, bahkan satu dunia mahu tahu – Apa jadahnya Azilah dan Sirul bunuh orang tak fasal-fasal? Apa motifnya? Banyak persoalan yang timbul yang perlu dijelaskan umpamanya mengenai C4 – alatan yang terkawal, bagaimana boleh jatuh ke tangan Sirul dan Azilah?

Jabatan Imigresyen masih belum dapat menjelaskan bagaimana nama Altantuya boleh dipadamkan dalam kemasukannya ke Malaysia.

Tiada ulasan: