Ahad, 3 Jun 2012

Biaqpila

Biaqpila


Nik Aziz Mengajak Kepada Gaya Hidup Iblis dan Dajjal kata Prof Dr Nasoha

Posted: 03 Jun 2012 03:00 PM PDT




Inilah yang terjadi apabila seseorang yang kurang jelas atau tidak faham langsung apa yang hendak diulasnya mengulas perkara tersebut..





Menurut Prof ini gaya hidup yang diamalkan oleh TG Nik Aziz adalah gaya hidup Syaitan, Iblis dan Dajjal kerana beliau (TG Nik Aziz) mengajak manusia kepada lain kepada Allah..



 





Kalau begitu.. Najib pulak gaya hidup apa?


darisungaiderhaka


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Murid 12 Tahun Kena Rogol

Posted: 03 Jun 2012 08:40 AM PDT


GAMBAR HIASAN
RANAU: Rahsia seorang murid perempuan berusia 12 tahun pulang ke rumah dalam keadaan resah dan tidak terurus pada jam 3 pagi membongkar perbuatan teman lelaki yang merogolnya tiga kali di Kampung Kauluan Kundasang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 malam, murid berkenaan dikatakan bertemu teman lelakinya yang berusia 22 tahun di pekan.


Namun, selepas termakan pujukan, lelaki terbabit membawa mangsa pulang ke rumah sebelum merogolnya tiga kali. Selepas melampias nafsunya, lelaki terbabit menghantar mangsa pulang ke rumah, jam 3 pagi.

Bagaimanapun, sebaik melangkah masuk ke rumah, mangsa disergah bapanya yang hairan melihat keadaan anak gadisnya yang tidak terurus selain pulang awal pagi.


Bapa gadis berkenaan mendesaknya menceritakan apa berlaku tetapi mangsa memberi alasan hanya bertemu rakannya di pekan.


Lelaki berkenaan yang tidak berpuas hati dengan jawapan itu terus mendesak sebelum anaknya mengaku melakukan hubungan seks bersama teman lelaki.

Tersentak dengan jawapan itu, bapa mangsa membawa anaknya ke Balai Polis Kundasang untuk membuat laporan.


Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Abdul Rahman Kassim, mengesahkan kejadian itu dan suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.

"Berdasarkan laporan ahli keluarga mangsa, suspek berjaya ditahan di rumahnya.


"Siasatan mendapati suspek merogol gadis ini di rumah dan perbuatan itu terbongkar apabila mangsa memaklumkan kejadian terbabit kepada bapanya," katanya.


Abdul Rahman berkata, suspek yang bekerja sebagai penjual sayur kini direman tujuh hari untuk siasatan.


"Mangsa dihantar ke Hospital Ranau untuk pemeriksaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.


"Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan," katanya.

HM

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

LAYAN VIDEO ANWAR NI

Posted: 03 Jun 2012 01:00 AM PDT

MENTERI BELIA DAN K-POP BERSILAT LIDAH

Posted: 02 Jun 2012 09:00 PM PDT



DEY MACHA!!!
ADA MENTERI LEMBU
ADA MENTERI KAPAL SELAM
ADA MENTERI AMAH
ADA MENTERI ARTIS
DAN TERBARU...
ADA MENTERI K-POP
INILAH NAMANYA TRANSFORMASI 1MALAYSIA
KAH! KAH! KAH!

MENTERI BELIA DAN K-POP KATA
KONSERT K-POP TAK JADI ISU
PASAI ADA PENAJA YANG BAYAQ
WALAUPUN KONSERT SEKSI TU HARAM
KAH! KAH! KAH!

KITA MOHON LEPAS NI
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
KASI TUKAQ NAMA
JADI KEMENTERIAN BELIA DAN K-POP
KAH! KAH! KAH!



'Menteri bersilat lidah dalam isu K-pop'

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Shabery Cheek cuba berdolak-dalih dalam isu perbelanjaan sejumlah besar wang kepada kumpulan pop Korea yang membuat persembahan pada sambutan Hari Belia Negara 2012, kata Pemuda PAS.

"Menteri bersilat lidah untuk menangkis tanggapan buruk terhadap Kementerian Belia dan Sukan (KBS)," kata ketua penerangan dewan itu Riduan Mohd Nor.

Beliau juga menuntut KBS menjelaskan segera jumlah sebenar wang kerajaan dan jumlah ditaja untuk persembahan tiga kumpulan Korea itu.

Malaysiakini semalam melaporkan Shabery, tanpa mengesahkan jumlah perbelanjaan sebenar, berkata, bayaran besar kepada artis pop Korea bukan isu jika ia ditaja.

Dakwaan bayaran RM2.04 juta itu muncul apabila terdapat blog menyiarkan surat yang didakwa dari penganjur program Hari Belia Negara kepada KBS, antaranya mengandungi butiran perbelanjaan.

'Hiburan selera murahan'

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Riduan berkata, jika pun benar bayaran untuk persembahan itu datangnya dari penajaan, KBS sepatutnya menyalurkan wang itu untuk program yang bermanfaat kepada rakyat.

"Sepatutnya wang tajaan digunakan untuk rakyat. Tetapi kini kita lihat hiburan berbentuk selera murahan disajikan untuk belia negara kita.

"Adakah ini budaya yang kita ingin tinggalkan untuk belia kita?" soal Riduan.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Bernama melaporkan Ketua Setiausaha KBS Datuk Mohid Mohamed sebagai berkata, kos membawa kumpulan itu oleh Stadium First Sdn Bhd (Stadium First) berjumlah RM900,000 (AS$300,000), dibayar menggunakan wang penajaan untuk konsert berkenaan.

"Bagaimanapun, sehingga hari ini, KBS masih belum membuat sebarang pembayaran kepada Stadium First kerana ia masih dalam proses perincian.

"Kos RM900,000 ini ditanggung oleh Stadium First selaku pembekal program kepada KBS dan kita akan menggunakan wang daripada tajaan pihak swasta untuk menyelesaikannya," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Agensi berita nasional juga melaporkan, KBS menerima tajaan berjumlah RM28 juta daripada syarikat swasta dalam bentuk wang tunai, barangan dan pelaksanaan pelbagai program.

"Kementerian ingin menjelaskan bahawa invois bernilai RM2.4 juta yang didedahkan dalam laman blog adalah invois awal yang dibuat berdasarkan kepada perkiraan awal yang dikeluarkan oleh ejen kepada Stadium First," beliau dipetik sebagai berkata.-MK


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

LAWAK AHAD: LAMPU MERAH

Posted: 02 Jun 2012 06:00 PM PDT



POLIS : "Apakah awak tak nampak lampu merah?"

PEMANDU : "Nampak encik"

POLIS : "Abis tu ... kenapa awak tak berhenti"?

PEMANDU: "Sebab ... saya tak nampak encik tadi" ...

POLIS : @#$%!#


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Gambar Gelagat SB Umno Di Himpunan Hijau Ke Putrajaya

Posted: 02 Jun 2012 03:00 PM PDT




Lihat gelagat 4 orang SB upahan Umno semasa di Himpunan Hijau ke Putrajaya yang Addin sempat rakamkan. Walaupun apapun penyamarannya penyokong Pas masih dapat mengenali pencacai nih.














addin77

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: