Khamis, 28 Jun 2012

Biaqpila

Biaqpila


LIVE EURO 2012: Germany vs Italy

Posted: 28 Jun 2012 11:40 AM PDT



Live Streaming Video Football : UEFA Euro 2012
Monday (29 June) 02:45 (GMT +8)

KLIK DI SINI

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

18 Sebab Jin Merasuk Manusia! - (Berserta Video!)

Posted: 28 Jun 2012 09:22 AM PDT


WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat.

Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.

Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat," katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.

"Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya,?tambahnya.

Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.

"Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin," tambahnya.
Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.


Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat, katanya.

Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

Lain-lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.



www.kongsiberita.com


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Scorpene: Jawapan Zahid timbulkan soalan, Nurul

Posted: 28 Jun 2012 02:00 AM PDT



Pada 26 Jun 2012, Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan telah memberi jawapan kepada isu-isu yang saya bangkitkan dalam ucapan penangguhan saya di Parlimen mengenai kehilangan atau penjualan dokumen rahsia pertahanan berkaitan pembelian kapal selam Scorpene seperti didakwa SUARAM di Bangkok baru-baru ini, yang juga berkait dengan inkuiri kehakiman (judicial inquiry) di Perancis.

Zahid (gambar kanan) menyatakan bahawa pihak kerajaan tiada maklumat mengenai apa-apa dokumen rahsia pertahanan yang dikeluarkan dari negara, dan kerajaan tidak berminat untuk menghantar wakil pemerhati sekiranya inkuiri kehakiman tersebut menjadi kes penuh di mahkamah Perancis.

Namun jawapan beliau menimbulkan seribu satu pertanyaan, yang perlu beliau jawab terutamanya berkaitan isu-isu berikut:

1. Menteri mengakui bahawa satu "siasatan" ke atas isu dakwaan dokumen rahsia pertahanan negara dikeluarkan dari Malaysia. Persoalannya adalah: apakah ruang lingkup siasatan tersebut? Adakah pihak Polis Di-Raja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara terlibat untuk mengelak konflik kepentingan tatkala dakwaan tersebut melibatkan Kementerian Pertahanan?

2. Adakah Menteri mengakui bahawa dokumen-dokumen "rasmi" yang dimaksudkan yang kini di tangan Mahkamah Perancis bukan "Rahsia Kerajaan", dan oleh itu adalah dokumen-dokumen palsu? Sekiranya hal ini benar, adakah pihak kerajaan akan menghantar nota diplomatik untuk membantah penggunaan dokumen-dokumen palsu tersebut?

3. Adakah Menteri akan menjelaskan sama ada pembelian kapal selam Scorpene ini suatu usaha antara kerajaan (Government-to-Government)? Jika benar, apakah rasional menggunakan sebuah syarikat peribadi seperti Perimekar Sdn Bhd untuk "perkhidmatan sokongan dan koordinasi" dan bukannya sebuah badan kerajaan yang memastikan rahsia-rahsia pertahanan negara akan terjamin? Menteri turut wajib menyenarai apakah sebenarnya perkhidmatan-perkhidmatan yang dimaksudkan itu.


4. Adakah Menteri akan mengesahkan bahawa kapal selam Scorpene yang dimiliki Kerajaan Malaysia sudah melaksanakan ujian tembakan peluru hidup serta torpedo bagi mengesahkan tahap persediaan sistem persenjataan? Menteri tidak seharusnya berlindung di sebalik Akta Rahsia Rasmi, kerana latihan-latihan sedemikian, seperti latihan pelancaran misil exocet tentera laut, diketahui umum sebagai bukti keupayaan sistem tersebut (proof of capability) yang juga menampakkan kebolehan pertahanan negara. Mengapa perlu dirahsiakan, walhal berbilion ringgit telah dibelanjakan untuk membeli kapal selam Scorpene ini?

*Kenyataan media oleh Nurul Izzah Anwar (gambar kiri) selaku Ahli Parlimen Lembah Pantai.

merdekareview

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Adakah benar wanita sebenarnya suka dirinya dirogol ?

Posted: 28 Jun 2012 12:33 AM PDT




Apa yang membuatkan lelaki boleh terangsang nafsu seksnya sehingga sanggup melakukan jenayah ROGOL wanita??

Lelaki dijadikan sebegitu rupa, dimana nafsu seksnya boleh terangsang dengan hanya memandang pada wajah atau bentuk tubuh wanita sahaja.

Apatah lagi wanita yg mempunyai rupa paras yg cantik dan bentuk tubuh yang mengiurkan.

DItambah pula wanita yang mengenakan fesyen pakaian yang tidak menutup aurat seperti yang memampakkan sebahagian dari bahagian Buah-dada, Betis dan Paha, Perut dan Pusat dan bahagian punggung (seluar dalam).

Jika kita perhatikan sekarang terlalu ramai wanita2 yg mengenakan pakaian
1) Yang menampakkan bahagian atas buah dadanya (alur),
2) Memakai baju yg singkat sehingga menampakan bahagian pusat dan perut,
3) Memakai seluar yg apabila bertinggung akan menampakan bahagian alur punggung dan seluar dalamnya.
4) Yang memakai skirt2 pendek yang menampakankan bahagian betis dan pahanya.
5) Memakai baju yang jarang sehingga menampakan bentuk buah dada dan warna bra yang dipakainya.
6) Memakai kain yang jarang sehingga menampakan seluruh bentuk kakinya hingga ke pangkal paha.

Maka semua ini akan menaikan nafsu seks kaum lelaki.

Lelaki memang sentiasa bernafsu apabila melihat wanita2 yang berpakaian sebegini. apatah lagi yang berpakaian separuh bogel. seksi n seksa.

Bagi lelaki yang boleh menahan nafsunya, maka itu semua hanya sekadar menjamu mata.

Tetapi bagi lelaki yg tidak dapat menahan nafsunya:-

Ada yang akan melepaskan nafsunya dgn cara lain. (Dengan isteri atau pasangan atau dot dot dot).

Ada juga lelaki yang ingin melepaskan napsunya pada wanita yang dilihatnya itu sendiri. dengan cara memaksa, maka rogol terjadi.

Ada juga lelaki yang tidak dapat melepaskan nafsunya pada wanita yang dilihatnya itu tetapi pada wanita lain (walaupun wanita ini tidak seksi) dengan cara memaksa, maka rogol terjadi.

Lelaki yang sanggup merogol adalah lelaki yang kurang waras, tapi bukan Gila, cuma tidak dapat menggunakan otaknya untuk berfikir secara rasional.

Dengan menggunakan kekuatan fizikal yang ada pada lelaki dan di dorong oleh napsu yg meluap-luap dan tanpa menggunakan otak untuk berfikir, lelaki sanggup mengambil risiko untuk melakukan jenayah rogol.

Setelah merogol dan melepaskan napsu baru lah boleh berfikir. Tapi cuma berfikir bagaimana nak lepaskan diri supaya tidak dapat ditangkap oleh pihak berkuasa.

Maka dengan menggunakan otak yang kurang waras tersebut, perempuan yang dirogol itulah yang menjadi mangsa sekali lagi. Cuma nak tutup mulut tapi tertutup nyawa terus.


Moral of the story:

Pada kaum wanita:
Jangan naikkan napsu seks pada lelaki yang tidak dikenali dengan berpakaian yang mendedahkan tubuh anda atau yang menampakkan bentuk tubuh (ketat) dikhalayak ramai, buruk padahnya.

Pada kaum lelaki:
Janganlah menganggap wanita hanya alat pemuas napsu seks semata.
Hargailah wanita, yang melahirkan anda di dunia ini.

gempak

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Scorpene timbui, NAJIB tenggelam... kahkahkah...

Posted: 27 Jun 2012 06:00 PM PDT


Timbulnya Scorpene akan menenggelamkan Najib?



ASD


Kerajaan Malaysia akan menjawab dakwaan berkenaan pembelian dua buah kapal selam Scorpene pada Selasa, sebagai maklum balas terhadap skandal tersebut yang dilihat cubaan untuk mencalarkan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memandangkan pilihan raya bakal dilaksanakan tidak berapa lama lagi.



Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka akan memberikan jawapan terhadap dakwaan penjualan dokumen rahsia tentera laut negara ini kepada syarikat pembinaan kapal selam Perancis DCNS bagi memudahkan mereka memenangi bidaan tersebut dengan harga €1 billion (RM4 bilion) pada 2002.



Dipetik laporan Reuters, Najib yang pada masa itu merupakan menteri pertahanan, telah menafikan dakwaan tersebut. Tiada bukti yang mengaitkan beliau dengan rasuah berhubung proses jual beli berkenaan, dan penyokong beliau berkata pihak pembangkang sengaja menimbulkan perkara itu semata-mata mahu mencalarkan imejnya selaku perdana menteri memandangkan pilihan raya umum ke-13 semakin hampir.



Agensi berita itu juga mengatakan, kerajaan pimpinan Najib sedang berhadapan tekanan untuk memberikan penjelasan selepas dokumen itu didedahkan di mahkamah di Perancis oleh kumpulan hak asasi manusia Malaysia (Suaram) dan disebarkan secara meluas di media online.



Dokumen yang turut mengandungi rekod rampasan pihak berkuasa Perancis dalam serbuan di pejabat DCNS menunjukkan bukti pembayaran yang dibuat dua syarikat yang dimiliki oleh bekas penganalisis politik, Razak Baginda, yang juga merupakan bekas pembantu Najib yang bertanggungjawab menguruskan pembelian tersebut.



Dokumen berkenaan yang turut dipaparkan di laman media online, Asia Sentinel turut memaparkan laporan yang disediakan DCNS yang menyatakan kontrak pertahanan yang besar memerlukan “pemindahan wang yang besar kepada individu dan / atau organisasi”.



“Di Malaysia, biasanya ... kerajaan pemerintah adalah pihak yang lebih banyak memperolehi manfaat,” kata dokumen terbabit, merujuk kepada pemerintahan Umno, yang kini diketuai oleh Najib.



Dokumen lain pula menyebut, bekas ketua eksekutif DCNS berkata, Perimekar, salah satu daripada syarikat Razak Baginda berperanan sebagai tidak lebih daripada “agensi pelancongan” yang diwujudkan bagi mencetuskan “pengkayaan yang tidak adil kepada pemegang sahamnya.”



PEMBUNUHAN ALTANTUYA



Joseph Brahan, peguam yang mewakili Suaram di mahkamah di Perancis memberitahu Reuters bahawa dokumen berkenaan adalah asli dan itu adalah salinan asalnya.



“Kami tidak boleh membuktikan wang itu disalurkan kepada Umno. Namun kami boleh membuktikan wang itu wang rasuah. Jika tidak kerana rasuah, untuk apa mereka dibayar,” kata Breham.



Pegawai-pegawai di DCNS, yang dimiliki oleh sebahagian syarikat pertahanan elektronik kumpulan Thales, bagaimanapun tidak dapat dihubungi. Pegawai kerajaan Malaysia juga tidak akan bertindak balas terhadap permintaan untuk memberikan komen berhubung perkara itu.



Satu sumber yang rapat kepada kerajaan Malaysia berkata bahawa Suaram telah banyak dikaitkan kepada pembangkang, yang mana bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya, yang mana Najib mesti lakukan Mac depan.



Penyokong kerajaan mengatakan bahawa pendakwaan sivil, seperti yang dibawa oleh Suaram, adalah perkara biasa di Perancis dan tiada tanda-tanda bahawa jenayah telah dilakukan.



Breham berkata kepada kepada pemberita pada sidang akhbar di Bangkok bulan lepas bahawa dokumen sulit tentera laut Malaysia telah dijual kepada DCNS oleh satu firma Razak Baginda, Terasasi, pada harga €36 juta. Ahli-ahli politik pembangkang telah mengatakan bahawa jika dakwaan itu benar, ia menunjukkan pengkhianatan kepada negara.



Kerajaan Malaysia telah mengakui bahawa Perimekar menerima €114 juta bagi perkhidmatan sokongannya, tetapi masih belum memberikan kenyataan berhubung peranan Terasasi yang berpangkalan di Hong Kong.



Dokumen berkenaan juga menyebut hubungan Razak Baginda dengan Altantuya Shaariibuu, jurubahasa dan model Mongolia yang dibunuh menggunakan bahan letupan gred tentera di Kuala Lumpur pada tahun 2006.



Razak Baginda telah dibebaskan daripada tuduhan tersebut, namun dua pengawal peribadi Najib telah disabitkan kesalahan dan dipenjarakan atas kesalahan membunuh wanita itu. Razak Baginda dipercayai telah berpindah ke Eropah dan tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan kenyataan.



Dakwaan-dakwaan yang muncul daripada mahkamah Perancis telah membantu pembangkang merangsang Malaysia. Gabungan itu dijangka untuk memenangi pilihan raya tetapi kemenangan adalah jauh dari yang dijangkakan selepas pembangkang telah memperolehi kemenangan mengejut pada tahun 2008 yang menggemparkan cengkaman kuasa BN yang telah memerintah lebih separuh abad.



“Mana-mana implikasi bahawa perjanjian Scorpene adalah satu tindakan rasuah cukup untuk menggagalkan beliau (Najib),” kata Ahli Parlimen pembangkang, Tony Pua kepada Reuters dalam satu majlis makan malam baru-baru ini untuk mengumpul dana untuk perbelanjaan guaman Suaram.



The Malaysian Insider


shalehudin


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KEPUTUSAN EURO2012 28/6/12

Posted: 27 Jun 2012 04:27 PM PDT

Published with Blogger-droid v1.7.4

Tiada ulasan: