Isnin, 25 Jun 2012

Biaqpila

Biaqpila


Skandal kontrak RM960 juta bina projek LRT Ampang

Posted: 25 Jun 2012 03:00 PM PDT



Oleh RAFIZI RAMLI

Saya merujuk kepada satu laporan yang disiarkan oleh Business Times bertarikh 22 Jun 2012 yang menyebut sumber-sumber yang rapat dengan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) mengesahkan sebuah konsortium yang diketuai oleh George Kent akan dianugerahkan kontrak bernilai RM960 juta. Kontrak tersebut adalah bagi kerja-kerja projek tambahan sistem LRT Ampang ("The Engineering, Procurement, Construction, Testing and Commissiong of System Works for the Ampang Line Extension Project").


KEADILAN mendapat maklumat yang rapat dengan kerajaan bahawa Dato' Seri Najib Tun Razak sendiri campur tangan di dalam hal ini untuk memastikan kontrak tersebut dianugerahkan kepada George Kent, sedangkan beliau pernah berjanji untuk berlaku telus dan memastikan semua kontrak besar dijalankan secara tender terbuka.

KEADILAN dimaklumkan bahawa laporan Business Times itu dibuat selepas Dato' Seri Najib Tun Razak mengumumkan sendiri kepada pimpinan kerajaan hasrat beliau menganugerahkan projek tersebut kepada George Kent.

Walau bagaimana pun, campur tangan beliau itu tidak disenangi oleh pengurusan Prasarana kerana bertentangan dengan penilaian bidaan yang telah dijalankan oleh Prasarana sebelum itu.

KEADILAN boleh mendedahkan bahawa George Kent bukanlah konsortium yang telah terpilih bagi projek tersebut setelah melalui proses tender terbuka yang dijalankan oleh Prasarana. Ini disahkan oleh surat bertarikh 12 Disember 2011 dari Dato' Shahril Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana kepada Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan bahawa Konsortium PDA telah dipilih sebagai kontraktor terbaik bagi projek tersebut.

Dato' Shahril Mokhtar telah menulis kepada Dato' Seri Najib Tun Razak sendiri untuk mendapatkan kelulusan mengeluarkan Surat Tuju Terima kepada Konsortium PDA.

Perkembangan terbaru seperti yang dilaporkan oleh Business Times mengesahkan bahawa Dato' Seri Najib Tun Razak bertindak menukar keputusan Prasarana dan menolak proses tender terbuka dalam projek mega yang melibat berbilion wang rakyat.

Ini mengesahkan persepsi masyarakat bahawa berlaku campur tangan dan penyelewengan yang serius melibatkan anugerah projek-projek awam di bawah pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak, walaupun beliau sering melaungkan janji untuk berlaku telus dan adil.

KEADILAN akan melakukan pendedahan setiap dua hari bermula hari ini mengenai skandal ini yang bakal menguji komitmen Dato' Seri Najib Tun Razak kepada usaha membanteras rasuah dan penyelewengan.

Pendedahan-pendedahan ini adalah juga balasan dari saya kerana tindakan jijik Umno di bawah kepimpinan beliau memutar belitkan keputusan saya menarik diri dari Kerajaan Selangor untuk menumpukan perhatian merancang strategi pilihanraya KEADILAN.

Saya betul-betul menasihati Dato' Seri Najib Tun Razak supaya menangani skandal ini dengan baik demi menjaga imej pentadbiran beliau.

DD



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Isteri Minta RM3 Upah Berasmara

Posted: 25 Jun 2012 05:00 AM PDT


KANGAR – Tindakan seorang wanita berusia 30-an meminta upah RM3 setiap kali suami ingin berasmara dengannya sejak dua bulan lalu, membawa padah apabila dia dicekik dan dibelasah lelaki berkenaan yang tidak tahan dengan perbuatannya, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, suami mangsa berusia 30-an yang tidak bekerja, dipercayai hilang sabar dengan tuntutan isterinya yang tidak tinggal bersamanya sejak sebulan lalu, selain turut mengesyaki wanita terbabit mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Lelaki itu bertambah berang apabila isterinya tidak membenarkan telefon bimbitnya diperiksa, lalu mencekik dan memukul mangsa yang berada di rumah ibunya di Pauh, dekat sini.

Menurut sumber, suami mangsa yang sebelum itu masuk ke dalam rumah menerusi pintu belakang dikatakan cuba merampas telefon bimbit mangsa yang sedang dicaj di atas meja. – myMetro Online

mynewshub



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KEMENANGAN IKHWANUL MUSLIMIN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI 1400 TAHUN YANG LALU

Posted: 24 Jun 2012 10:23 PM PDT


Kita renungi bagaimana bermulanya perjuangan Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Syeikh Hasan al-Banna di Mesir. Dalam keadaan ekonomi umat Islam pada masa itu yang amat menyedihkan, ditambah pula dengan kemiskinan yang merata, maksiat serta jenayah yang berleluasa, dan amalan Islam pula difokuskan kepada beberapa juzuk ibadah sedangkan tiada usaha yang serius untuk membebaskan umat Islam daripada gejala tersebut. Jika ada yang beramal dengan Islam sekalipun, mereka dilihat sebagai kelompok yang terpencil, dipandang rendah dan hina.

Tambahan pula, gerakan Kristian yang menular di kalangan umat Islam menjadikan Syeikh Hasan al-Banna mengambil peranan untuk melakukan perubahan besar dengan menubuhkan Ikhwan Muslimin. Tujuannya adalah untuk menyedarkan umat Islam yang tertanggal diri mereka semangat jihad, dikerumuni musuh Islam dan ditimpa penyakit wahn, iaitu cinta dunia dan takutkan kematian. Perubahan masyarakat dalam Ikhwan bermula dengan perubahan individu yang ditarbiah untuk mengembalikan kesedaran mereka untuk berjihad, berusaha untuk melakukan perubahan positif dalam masyarakat.

Jika kita melihat antara prinsip perubahan yang diketengahkan oleh Ikhwan Muslimin ialah "As-Solah Qobla Al-Islah", iaitu memperbaiki diri sebelum memperbaiki masyarakat. Mereka yang mampu memperbaiki dirinya, maka ia mampu melakukan Islah iaitu memperbaiki masyarakat di sekelilingnya. Untuk memperbaiki ummah kata Naib Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Syeikh Jum'ah Amin, seseorang perlu menjadi abid dahulu, iaitu menghambakan diri kepada Allah subhanahu wataala dengan membanyakkan amal yang medekatkan diri dengan Allah subhanahu wataala.

"Jadilah kamu hamba (Allah) sebelum kamu menjadi pemimpin (ummah)," pesan Syeikh Jum'ah Amin.

Ikhwan Muslimin mengambil pendekatan tarbiah rabbaniyyah dengan cara mendidik ahlinya supaya rapat dengan Allah subhanahu wataala dengan membaca al-Quran satu juzuk sehari, istighfar 100 kali sehari, qiyamullail minimum dua rakaat, berzikir secara ma'tsur supaya lidah basah dengan mengingati dan mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wataala. Mengambil kata-kata hikmah Saiyidina Abu Bakar radiallahuanhu kepada tentera Islam tentang rahsia kemenangan ke atas musuh iaitu "Sesungguhnya kamu tidak akan dapat kemenangan selagi mana kamu tidak dekat dengan Allah."

Usaha-usaha yang pernah dilakukan oleh Syeikh Hassan Al-Banna dalam membangunkan masyarakat antaranya dengan mengkaji cabaran, halangan dan masalah yang membelenggu ummah, mengkaji pengajaran sejarah Islam dan umat terdahulu dan mengkaji sejarah dan pengajaran gerakan kebangkitan di seluruh dunia. Al-Banna turut membahagikan masyarakat kepada empat golongan dengan pendekatan dakwah yang berbeza iaitu golongan yang percaya kepada kebenaran, golongan oportunis, golongan yang teragak-agak dan golongan yang menentang.

Kemenangan Presiden baru Mesir, Dr Mohammed Morsi yang mewakili Ikhwan Muslimin menjadi topik yang hangat di bicarakan seluruh dunia termasuk gerakan Islam di Malaysia. Kemenangan yang di peroleh Ikhwan Muslimin setelah 83 tahun memperjuangkannya perlu menjadi pencetus semangat buat seluruh gerakan Islam dunia yang lainnya.

Disebalik kemenangan Ikhwan Muslimin, kita melihat kemenangan itu bukan di raih hanya disebabkan kepakaran strategi politik semata-mata, tetapi pimpinan serta ahlinya sangat pemurah masanya dengan Allah subhanahu wataala dalam perjuangan mereka. Melihat kepada anggota Majlis Parlimen Mesir sekarang terhimpun di dalamnya, lebih dari 140 orang hafal al-Quran. Lebih dari 100 orang hafal dan menguasai 10.000 hadis. Lebih dari 180 orang hafal separuh al-Quran. Lebih dari 170 orang bergelar doktor pakar dari pelbagai bidang dan disiplin ilmu. Lebih dari 50 orang tidak memiliki kereta peribadi. Lebih dari 350 orang adalah bekas tahanan politik berkisar 6-10 tahun penjara dan 4 orang wanita yang bertudung kemas.

Jadi, apakah kekuatan atau teknologi yang Ikhwan Muslimin gunakan? Coretan sejarah Salahudin al-Ayubi juga memilih mereka yang bangun malam sebagai barisan mujahidin paling hadapan untuk menggempur musuh? Ataupun sehingga Umar Abd Aziz berkata, " Bagaimana mata ini dapat tertutup rapat dan tenteram sedangkan ia tak tahu di mana kelak ia akan kembali di antara dua tempat.." Teknologi ini telah wujud 1400 tahun yang lalu dan telah pun dibuktikan kemampuannya untuk menghasilkan superhuman yang mantap dari kaca mata Islam. Teknologi yang dimaksudkan ialah qiamullail.

Tahniah saya ucapkan di atas kemenangan calon Ikhwan Muslimin yang bertanding untuk Pilihanraya Presiden di Mesir . Semoga kemenangan Islam akan hadir di bumi Malaysia dengan kemenangan Parti Islam pada PRU-13 akan datang.

"Allah subhanahu wataala memberi rezeki kepada semua hambanya, tetapi Allah tidak memberi agama ini (untuk diperjuangkan) kepada sesiapa yang tidak dicintai-Nya."


MOHD YUSOF HADHARI
Mantan Ketua Penerangan GAMIS Malaysia


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Siswa ditahan di program dialog dengan PM

Posted: 24 Jun 2012 06:00 PM PDT



Seorang siswa Universiti Malaysia ditahan untuk siatatan polis hari ini sebelum satu program dialog antara pelajar dan perdana menteri diadakan di kampus tersebut.

Koh Cher Hao, seorang siswa jurusan sains sukan, didekati polis berpakaian preman ketika berada di dalam Dewan Tunku Canselor.

Kataya, polis tersebut menunjukkan kad kuasa mereka dan kemudian meminta beliau mengikuti mereka keluar.

Apabila keluar daripada dewan tersebut, pelajar itu bertanya kepada polis berkenaan sama ada beliau ditahan dan polis berkata beliau akan tahu apabila tiba di balai polis, katanya.

Koh dibawa ke balai polis Pantai di mana beliau disiasatan mengikut Seksyen 103 Kanun Prosedur Jenayah.

MP Serdang Teo Nie Ching yang bergegas ke balai polis untuk memberi bantuan guaman mengutuk tindakan polis atas dakwaan menyalahgunakan kuasa.

"Kesalahan boleh tangkap termasuk pembunuhan, culik, rogol, kecurian atau pecah rumah. Apabila saya tanya polis, apakah kesalahan boleh tangkap di sini, mereka tidak boleh jawab.

"Jawapannya, 'ikut arahan (daripada) atas'. Jelasnya bahawa mereka menyalahgunakan kuasa untuk menakut-nakutkan pelajar," kata peguam itu.


MK


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KEPUTUSAN EURO2012 25/6/12

Posted: 24 Jun 2012 04:13 PM PDT

Published with Blogger-droid v1.7.4

Tiada ulasan: