Isnin, 25 Jun 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


PKR mahu dedah pula 'skandal' projek tambahan LRT Ampang

Posted: 25 Jun 2012 05:18 AM PDT

PKR akan melakukan pendedahan setiap dua hari bermula hari ini mengenai apa yang didakwanya skandal pemberian kontrak pembinaan projek tambahan sistem LRT Ampang yang bernilai RM960 juta.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (kanan) berkata projek tersebut yang didakwa dianugerahkan kepada syarikat yang tidak terpilih melalui proses tender terbuka, telah menjejaskan janji pentadbiran Najib untuk membanteras rasuah.

Berikutan itu, tegasnya, PKR akan membuat pendedahan setiap dua hari mengenai skandal tersebut yang bakal menguji komitmen Najib kepada usaha membanteras rasuah dan penyelewengan.

Katanya, pendedahan tersebut adalah juga balasan daripadanya ekoran kerana tindakan Umno memutarbelitkan keputusannya untuk menarik diri dari Kerajaan Selangor sebagai petanda wujud keretakan dalam pentadbiran kerajaan negeri itu yang ditunjangi PKR.

Sebaliknya, kata Rafizi, beliau mengambil tindakan tersebut untuk menumpukan perhatian merancang strategi pilihan raya PKR.

"Saya menasihati Datuk Seri Najib supaya menangani skandal ini dengan baik demi menjaga imej pentadbiran beliau," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi adalah individu yang memainkan peranan penting dalam mendedahkan dakwaan penyalahgunaan pinjaman mudah RM250 juta oleh NFC milik anggota keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Shahrizat tidak dilantik semula sebagai Menteri Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat, manakala suaminya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail didakwa terhadap tuduhan pecah amanah jenayah berhubung pinjaman mudah RM250 juta kerajaan kepada NFC.

Berikutan ini,Najib mengambil alih kementerian berkenaan dan tidak melantik anggota parlimen wanita untuk portfolio tersebut.

Awang Adek Penakut!

Posted: 25 Jun 2012 04:40 AM PDT

Husam mahu debat, Awang Adek letak syarat

Oleh: MOHD ZAILANI ABD RAHMAN

KOTA BHARU - Exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa mencabar untuk berdebat dengan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin mengenai isu syarikat yang mengeluarkan dinar dan dirham, Kelantan Golden Trade (KGT).

Cadangan ini dibuat Husam ekoran kenyataan Dr Awang Adek Adek semalam yang mahukan Kerajaan Negeri menyiasat skandal yang membabitkan KGT.

"Saya minta TV3 menganjurkan forum terbuka secara langsung antara saya dengan Dr Awang mengenai isu ini, saya harap beliau bersetuju dan memberikan tempoh 21 hari," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Dalam pada itu, Awang Adek menjelaskan kepada Sinar Harian bahawa beliau mahu Husam terlebih dahulu menjelaskan dahulu skandal tersebut, dan sekiranya memuaskan beliau akan mempertimbangakan cabaran tersebut.

Isu tersebut timbul apabila bekas Bekas Pegawai Perhubungan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali "Kickdefella" mendedahkan skandal yang syarikat KGT yang membabitkan laporan polis terhadap bekas pegawai kanan syarikat tersebut yang didakwa menipu.

KSN Yang Baru Tersilap Langkah!

Posted: 25 Jun 2012 03:34 AM PDT


Kerajaan Negeri Selangor merasakan Datuk Dr. Ali Hamsa telah memulakan kariernya sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) dengan langkah yang silap apabila memburuk-burukkan parti pembangkang di hadapan kakitangan awam.

Kenyataan beliau agar penjawat awam "setia kepada kerajaan sekarang dan jangan mempercayai janji pembangkang" sekaligus menjatuhkan mertabat jawatannya kerana bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kakitangan awam menjalankan tugas tanpa pengaruh kepartian.

Tambah pula, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) menyatakan "Setiap pegawai hendaklan pada setiap masa dan setiap ketika memberikan taat setia yang tidak berbelah bahagi pada Yang di-Pertuan Agong, negara dan kerajaan". Maka setiap penjawat awam perlu meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan peribadi termasuk ideologi politik yang mereka pilih.

Sebagai ketua yang baharu kepada 1.4 juta kakitangan awam, beliau perlu menunjukkan sikap profesional dan bebas tanpa memihak kepada mana-mana parti politik. Jika kita mengambil sikap beliau, adakah bermakna penjawat awam sekarang tidak boleh bekerjasama dengan kerajaan negeri yang tidak sealiran politik dengan kerajaan pusat?

Jika begitu akan menjadi huru-haralah pentadbiran kerajaan dan akhirnya rakyat yang akan rugi. Maka jelas, adalah amat penting untuk kakitangan awam bersikap neutral dan ini penting dalam menguruskan sebuah negara demokrasi.

Baru-baru ini pejuang demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi telah meminta bantuan Kerajaan British untuk menolong membina satu sistem penjawat awam yang bebas dari pengaruh kepartian. Pada waktu seluruh dunia mengambil langkah ke hadapan untuk membina demokrasi yang lebih berwibawa, malangnya di Malaysia, kita mempunyai seorang KSN yang telah membuat kenyataan seolah ingin membawa negara kita ke belakang.

Negeri Selangor menasihatkan KSN yang baharu agar lebih berhati-hati pada masa hadapan kerana jika tersilap lagi, ucapan beliau akan disalahertikan sebagai tanda terima kasih kepada kerajaan BN atas lantikannya sebagai KSN. Apabila itu berlaku, maka martabat penjawat awam akan jatuh sekali lagi akibat pemikiran sempit politik.



TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

KSN baru sokong BN?

Posted: 24 Jun 2012 09:25 PM PDT



IPOH, 25 JUN: Datuk Seri Dr Ali Hamsa yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara yang baru telah memalukan kerajaan dan semua kakitangan awam kerana menyokong Barisan Nasional secara terbuka.

Timbalan Pengerusi DAP Perak V. Sivakumar berkata, sikap Ali itu membuktikan beliau bukan seorang yang neutral.

"Sebagai seorang penjawat awam tertinggi di negara beliau harus mengetahui tentang prinsip neutraliti yang didokong oleh kakitangan awam."

"Tetapi, beliau telah membuat satu kenyataan yang bercanggah dengan etika penjawat awam," katanya dalam satu kenyataan.Menurutnya, Ali telah dilaporkan oleh media sebagai berkata, "Sebagai kakitangan awam, kita perlu taat kepada Raja dan kerajaan. Ianya penting supaya kita sedar peranan sebagai kakitangan awam dan melaksanakan tugas kita dengan sempurna".Sivakumar menjelaskan, setiap rakyat Malaysia harus taat kepada Raja dan Perlembagaan tetapi tidak perlu setia kepada parti politik yang dipilih menjadi kerajaan melalui proses pilihan raya.

"Tidak ada sebab kita mesti taat setia kepada kerajaan yang memerintah. Apabila sesuatu kerajaan yang memerintah telah keluar dari landasan kebajikan, amalan korupsi berleluasa, rakyat merana kerana masalah sosio-ekonomi, penyelewengan dibuktikan dan sebagainya, maka adalah wajar untuk menukar kerajaan yang memerintah.

"Rakyat boleh memilih satu kerajaan baru melalui proses pilihanraya. Penjawat-penjawat awam yang juga merupakan 'rakyat yang berhak mengundi' boleh membuat pilihan mereka tanpa sebarang desakan dan paksaan daripada mana-mana pihak," katanya.

Sivakumar yang juga ADUN Tronoh berkata, Ali yang telah mengugut kakitangan kerajaan untuk menyokong BN sepatutnya meletak jawatan dengan segera kerana rakyat akan hilang kepercayaan terhadap pentadbiran beliau yang nyata sekali menuju satu hala.

"Beliau juga ada menyebut 'janji kosong' pembangkang…Mana dia tahu pembangkang buat janji kosong? Pembangkang belum memerintah negara ini untuk membuktikan kewibawaannya," tambahnya.

Beliau turut mengingatkan Ali bahawa kerajaan boleh berubah tetapi kakitangan awam akan terus menjawat jawatan mereka.

"Penjawat awam adalah jentera pelaksana polisi awam yang digariskan oleh mana-mana pihak yang menjadi kerajaan melalui mandat yang diberi oleh rakyat.

"Apabila Ketua Setiausaha Kerajaan telah membuat satu pendirian pro Barisan Nasional, beliau tidak layak memegang jawatan itu lagi.

"Apa akan berlaku apabila Putrajaya ditawan oleh Pakatan Rakyat sedangkan Ketua Setiausaha Negara adalah orang kuat dan setia kepada Barisan Nasional? Ini akan menimbulkan banyak masalah kepada kerajaan baru yang dipilih oleh rakyat melalui proses pilihan raya," ujar beliau.

Menurut Sivakumar, BN risau penjawat awam yang merangkumi lebih kurang 1.4 juta orang akan membuat satu perubahan yang besar dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Katanya, BN sudah mula merasakan pola perubahan itu apabila 'fixed deposit' (pengundi tegar BN) mereka semakin hari semakin berkurangan.

Oleh yang demikian, jelas beliau, BN kini cuba mengugut penjawat-penjawat awam melalui Ketua Setiausaha Negara yang baru dilantik. –

Gambar Yang Menyentuh Jiwa Semasa Dr MAZA Melawat TG Nik Aziz Pagi Ni

Posted: 24 Jun 2012 07:45 PM PDT


http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/602339_10150889321872592_1945003636_n.jpg

YAB Tuan Guru menerima kunjungan bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin di pejabat beliau sebentar tadi.

Iskandar : Surat Faekah Tidak Arah GLC Terima

Posted: 24 Jun 2012 07:11 PM PDT

AMPANG, 25JUN: 'Surat sokongan' yang dikeluarkan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin kepada sebuah syarikat berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) bukanlah suatu arahan, tetapi ia hanyalah cadangan berdasarkan kelayakkan yang dimiliki syarikat terlibat.

Demikian menurut Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Samad ketika diminta memberikan komen berhubung isu yang cuba disensasikan oleh beberapa akhbar arus perdana.

"Pendapat saya surat tu bukan suruh lantik, tetapi itu cuma surat cadangan sahaja, bukan arahan sebab tidak ada pun tulis wajib terima syarikat yang disebut itu.

"Ia surat agar dipertimbangkan sekiranya syarikat itu memenuhi syarat-syarat dan selari dengan polisi pihak tuan.

"Kalau sokongan, kita tulis 'kita menyokong sila beri atau lantik dan sebagainya, tetapi ini tidak dan ini maknanya ini bukan satu arahan supaya terima," kata Iskandar.

Berdasarkan pengalaman Iskandar, syarikat GLC dan Pihak Penguat Berkuasa Tempatan (PBT) tidak terikat untuk menerima cadangan yang dikemukakan dalam surat dari Adun, sebaliknya mereka bertanggungjawab dengan membuat keputusan yang profesional.

"Bukan tanggungjawab PBT atau GLC untuk terima ikut surat yang dicadangkan.

"Sebenarnya surat cadangan saya sendiri banyak tak diterima pun. Macam-macam orang datang pada kita minta sokongan, kita pun tak kenal siapa dan syarikat itu lebih banyak ditolak dari diterima," katanya lagi.

Iskandar turut memberitahu, sebelum ini lagi beliau telah memaklumkan kepada PBT dan GLC bahawa sebarang surat yang dikeluarkan pejabatnya hendaklah dilayani dan dipertimbangkan sama seperti pemohon atau penender lain.

Video: Wacana Perdana 11

Posted: 24 Jun 2012 07:02 PM PDT

Tiada ulasan: