ALHUSSEYN |
Siapakah Sebenarnya Musang Berbulu Ayam itu? Posted: 14 Jun 2012 09:02 AM PDT Sultan-sultan sekalian adalah payung mahkota, lambang bangsa Melayu. Kalau bahasa menunjukkan bangsa, maka perihal rajanya juga melambangkan perihal bangsanya kerana Raja-raja adalah ketua agama dan ketua adat. Raja Johor yang masih murka kepada Nizar, bertitah, (Nizar,) jangan lupa tentang adab Melayu atau sememangnya dia seorang yang jahil dan cetek akalnya? Maka amat moleklah kalau orang yang mengeluarkan kata – kata tersebut muhasabah diri sendiri. Boleh google disini untuk mengetahui serba sedikit latar belakang peribadi dan pendidikannya. Saya tidaklah berani nak kata orang ini jahil, tapi ada seorang kerabat diraja Selangor yang berani kata "Sultan boleh menjadi begitu bodoh." Kerabat diraja ini mengakhiri tulisannya dengan berkata, "I pun tak paham lah! Kadang-kadang Sultan ni tak betul juga. Boleh dapat free pergi bayar. Buat apa? Sekarang kan dah kecoh? Korang bacalah sendiri di sini Kebanyakan raja-raja kita hidup dalam misteri. Tak banyak hal-hal mengenai raja yang diketahui oleh rakyat.Tapi kini zaman google, bila ada sesuatu isu, orang akan cari dan ternyata bahawa ada diantara raja-raja itu tidak layak untuk menjadi ketua agama! Ada seorang anak Johor yang kini menetap di Janda Baik membuat pendedahan yang sangat berani mengenai rajanya itu. Dia bertanyakan mengenai duit RM 7, 352, 685.00? Banyak tu! Rakyat Johor jangan buta dan tuli mengenai isu berkaitan orang kesangan mereka ini. Beliau mendakwa Raja Johor telah menyonglap wang tersebut? Harap ini tidak betul. Rakyat Johor mesti mempertahankan kemulian dan kedaulatan Raja mereka ini. Harap-harap akan ada beberapa Ngo-Ngo yang akan membuat aduan polis mengenainya supaya diambil tindakan kerana mengaibkan Raja dan rakyat Johor!Tentu Raja akan terasa sebak sekali lagi kerana rakyat Johor dan Rajanya, berpisah tiada. Tetapi anak Johor yang sorang ini lain dari yang lain. Beliau cabar supaya diambil tindakan ke muka pengadilan sekiranya semua artikelnya tentang Rajanya itu adalah palsu mahupun fitnah. Seperti apa yang Raja Johor ucapakan, "Saya percaya rakyat Johor bukanlah masyarakat yang mudah terpedaya dengan tipu helah "musang yang berbulu ayam" ini," titahnya. Maka kalau rakyat Johor nak tahu siapa sebenarnya Musang berbulu ayam ini , jengoklah ke sini |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan