Khamis, 7 Jun 2012

Biaqpila

Biaqpila


Gempar! Hantu Tanpa Kepala Di Masjid

Posted: 07 Jun 2012 05:25 AM PDT

Blog Melayukini.net

GEMPAR! Hantu Tanpa Kepala Di Masjid | Gambar hantu tanpa kepala yang diambil di sebuah masjid ini bukanlah gambar hasil dari kerja fotoshop atau diedit tetapi ianya memang asli.

Jadi tak payahlah kata gambar hantu tanpa kepala ni tipu ye. Inilah fenomena misteri yang berlaku bukan sahaja di sesebuah masjid, tetapi telah berlaku hampir seluruh masjid di seluruh Malaysia.

Yang peliknya lagi, kejadian hantu tanpa kepala hanya boleh dilihat pada Hari Jumaat. Umat Islam berjantina lelaki mesti sangat biasa dengan kejadian manusia tanpa kepala ini tetapi tidak kepada kaum wanita.

Nak tengok? Jom lihat gambar hantu tanpa kepala di bawah ini.





Ini merupakan satu kejadian yang selalu berlaku di masjid-masjid ketika khatib sedang membacakan khutbah Jumaat.

Sepatutnya jemaah kena dengar dengan mata yang celik dan hati yang terbuka, tetapi ini jadinya. Salah siapa agaknya? Jangan lah kita menuding jari, bersama lah kita berusaha, dari pihak masjid dan juga juga jemaah solat Jumaat supaya kejadian atau fenomena manusia tanpa kepala ini dapat dihindarkan di masa hadapan. Amin.

gigitankerengga


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

OMBAK KUAT LANDA PULAU PINANG

Posted: 06 Jun 2012 07:20 PM PDT

Ombak kuat sehingga mencapai ketinggian 3.5 meter didapati melanda pantai sekitar Pulau Pinang mulai 2 petang Rabu.Di Kampung Tsunami Tanjung Bungah, tidak kurang daripada 11 buah rumah dimasuki air laut kesan pukulan ombak itu.

Seorang penduduk, Tan Eng Kee, 67, berkata air memasuk rumahnya sehingga paras buku lali dan menyebabakan halaman rumahnya berbecak."Kejadian seumpama ini pertama kali berlaku sejak 20 tahun lepas dan ia bencana kedua terburuk selepas kejadian Tsunami empat tahun lepas," katanya.Katanya penduduk telah membina benteng pasir di sekeliling kediaman mereka.

Tinjauan Bernama di sekitar Padang Kota Lama dan Persiaran Gurney yang berhampiran laut, mendapati air laut melimpah sehingga ke jalan raya di samping membasahi ruang pejalan kaki.Namun bagi kaki pancing, Hamzah Sidik, 54, dia sedikit pun tidak bimbang dengan keadaan itu dan tetap meneruskan hobinya bersama isteri dan dua anaknya, biarpun keadaan ombak berkeadaan tidak seperti biasa."Waktu macam ini ikan banyak naik, tiada apa yang hendak dibimbangkan.

Jika keadaan berbahaya sudah tentu amaran menjauhi pantai dikeluarkan," katanya.Di Batu Ferringhi dan Teluk Bahang pula keadaannya didapati agak lenggang apabila orang ramai menjauhi kawasan pantai sementara nelayan dikatakan tidak turun ke laut sejak Selasa.

Namun aktiviti perniagaan masih berjalan seperti biasa.Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meterologi, Muhammad Helmi Abdullah menyifatkan kejadian itu adalah fenomena biasa kesan pertukaran angin dari monsun timur laut kepada monsun barat daya bermula 4 Mei lepas.Katanya keadaan ombak turut dipengaruhi angin kuat yang bertiup dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam yang diramal berterusan sehingga Jumaat ini."Keadaan laut agak bergelora pada ketika ini.

Walaupun masih pada kategori pertama, nelayan dinasihati supaya tidak turun ke laut sehingga keadaan reda," katanya.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tiada ulasan: