Khamis, 7 Jun 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Hamidah Meroyan - Berkaraoke Malam Jumaat Ini?

Posted: 07 Jun 2012 02:44 AM PDT


Kesian Hamidah Osman @ Hamidah BP - meroyannya semakin menjadi-jadi. Tidak cukup dengan kisah Babi Panggang dan minuman arak di Desa Pakatan, kali ini dia buat pula Kara-o-ke!

Malam Jumaat hoi! tolonglah wahai Pak Alim yang ada kat dalam Umno ni nasihatkan sikit Hamidah ni! Seperti yang aku kata yang Hamidah ini tak cukup dengan kisah Babi Panggang dan minuman arak tu, kali ini dia gunakan RELA pula untuk program kali ini.

Korang cuba tengok kat banner tu, kata buat jam 2.30 petang. Diaorang pasang khemah pun pada pukul 3.30 tadi! Aku tunggu sampai orang bang Asar pun tak mula-mula juga.... ha! ha! ha!

Terserempak dengan sorang budak rela kat situ, kenal-kenal gitu lah. Dia kata, "Saya tak masuk campur hal ni. Ini kerja Komandan Rela Maju Rapat, Jailani"

Aku buat tak kisah tapi dia terus bagi tahu, "Hamidah bagi dia RM1,000/- untuk uruskan hal ini," terangnya. Aku sengeh sahaja. Dan dia pun bergegas pergi.


Aku dah kata sebelum ni, makcik-makcik Umno yang dia sering angkut dengan bas kini dah tak larat nak ikut kerenah Hamidah BP. Penatsesaja mereka dibuatnya balik tengah-tengah malam! Sebab itu dia dah tak buat majlis baca yasin pada malam Jumaat seperti kebiasaannya. Maka dia buat pula Karaoke!

Aku snap lagi gambar - cuma ada beberapa budak-budak sekolah rendah kat situ. Ini sebenarnya program nak ganggu ceramah PAS malam nanti.Tentu akan dipanggil penyanyi karaoke dari luar untuk program Hamidah BP nih! Kalau nak harapkan Hamidah menyanyi, tentu hujan turun lebat 7 hari 7 malam tanpa henti...ha! ha! ha!

Janganlah dibuat hoi Hamidah! Buat malu pada penyanyi popular 80-an Aishah yang akan hadir dalam ceramah PAS bersebelahan malam nih!

Projek Lebuhraya Rakyat Kelantan - Umno/BN semakin gusar

Posted: 06 Jun 2012 11:08 PM PDT


Projek lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai di negeri Kelantan telah diluluskan semenjak Rancangan Malaysia Ke-6 (1986-1990) dan sekali lagi diluluskan di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan tetapi sehingga ke hari ini masih belum dilaksanakan.

Terbukti, Umno/BN hanya pandai berjanji tetapi gagal ditunaikan. Ini menyebabkan kerajaan Kelantan terpaksa melaksanakan sendiri projek tersebut. Kelantan melancarkan projek tersebut sebagai projek wakaf rakyat.


Kesungguhan kerajaan negeri Kelantan dalam usaha tersebut mendapat sokongan padu dan kerjasama rakyatnya.Rakyat Kelantan sumbang derma hampir RM1.5 juta di Majlis Pecah Tanah Projek Lebuhraya Rakyat Machang - Kuala Krai (fasa 1).

Inilah yang menggusarkan Umno/BN Kelantan kerana tidak menjangka sama sekali projek tersebut akan dapat berjalan dengan adanya sokongan padu dari rakyat.


Mustapha yang juga Menteri Perdagangan Antara Bangsa dan Industri mempersendakan usaha tersebut dan berharap ianya tidak akan berjaya.Kerajaan Negeri tidak mampu bina lebuh raya, katanya.

Yang peliknya, kenapa UMNO perlu gusar apabila projek ini mendapat sokongan rakyat sehingga mereka sanggup kutuk dan cuba menggagalkannya. Mereka membawa kereta sorong buruk untuk menghina dan memperkecil-kecilkan usaha menjayakan projek tersebut.

Sepatutnya mereka ini berasa malu kepada rakyat Kelantan yang sanggup menderma dengan ikhlas hingga ada yang sanggup menderma sebesar RM1juta.


Kalau sekadar kereta sorong dua tiga buah itu, lebih baik bagi sahaja kepada Shahrizat untuk mengangkut najis lembunya. Itu adalah lebih baik. Inilah kerja Umno/BN yang hanya pandai menyonglap wang rakyat.

Tiada ulasan: