Rabu, 20 Jun 2012

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Lawak boleh bikin ketawa dalam tidor

Posted: 20 Jun 2012 09:00 AM PDT

Sumber gambar:sini


Kah kah kah kah

Sebab tu ketua perompak berkata....

"Kita mesti pertahankan Putrajaya hingga ke titisan darah terakhir"

Rupanya takut kot-kot imej ngeri dalam kartun di atas jadi kenyataan.

Kah kah kah kah

Shut up dan bukak kedai gunting rambut, lagi baik.

Posted: 19 Jun 2012 10:30 PM PDT

 'Anwar terima RM60 juta'.... kata Nallapambu.
Ciittt..!! Jahat punya orang. Banyak tipu punya orang. Mana itu wang?? Kasi bukti la. Kalau cakap saja.... poooraahh!!
60 juta RM banyak wang oooo. Mana mari itu wang?? Siapa kasi itu wang? Anwar angkat dari mana itu wang?? Mana taruk itu wang?? Bikin apa itu wang??
Sudah tuduh sama orang tapi tarak kasi tau, itu wang mana mari dan siapa kasi dan mana itu bukti?? 
Ciiitttttt.... Tipu punya orang!! Suka fitnah sama orang!!
Sudah kalah lagi mau bikin rayuan. Apa..?? Tarak wang mau bayar sama Anwar ka?? 
Ooooo... mahu rayu... supaya mau cari masa untuk cari dana mau bayar sama Anwar ka?? Apa susah... minta derma sama UMNO punya pemimpin la. Dia orang manyak kaya oooo. 
Atau... lu lagi kerja kuat sama dia orang... lagi kasi hantam kuat-kuat sama Anwar dan bila lu dapat itu upah... boleh kasi bayar sama Anwar itu court judgement punya wang. Apa macam??
Tapi aaarr.... ada sikit problem juga. Orang sudah tarak percaya sama lu lagi la. Orang bilang.... itu India kalau dia punya nama Nallakaruppan pambu, poooraaahh!! Tipu punya orang!
Saya ingat...lepas ini lu misti pencen punya. Lu punya parti... apa itu nama?? MUIP.... MIUP... pun tarak laku. UMNO pun tarak percaya sama lu atau lu punya lain ahli punya parti, untuk angkat kerusi... tanding dalam PRU13. Misti KO punya!!
Ayo Nala... baik lu duduk diam-diam dan tak mau buka mulut lagi. Lagi baik... lu pigi bukak kedai gunting rambut. Cari makan cara baik la. Jangan suka fitnah orang lagi. Kadavalle marah ooo.
Tapi, kalau lu mau tunjuk lu terror... lu terus cakap la. Your right. Tapi.... saya mahu kasi you ingat, you punya muka, you punya suara dan you punya nama.... sudah tarak 'nala' lagi. Sudah busuk... sudah boleh bikin orang throw up, tau ka??
My advice.... it's best if you just shut up!!
[sumber]

PR menang boleh demo, yey... yey...

Posted: 19 Jun 2012 08:30 PM PDT


UMNO sekat hak rakyat untuk berdemo. Kalau bagi pun.... banyak songeh dan suka bikin provokasi untuk burukkan imej pihak yang berdemo. 

Itu... satu propaganda untuk takutkan rakyat dan tanam sikap tak suka atau benci pada demonstrasi dalam diri rakyat. 

Demonstrasi yang diadakan ada kaitan dengan kepincangan yang berlaku atau dilakukan oleh pihak kerajaan UMNO/BN. Aha mereka takut hilang pengaruh dan kuasa. Sebab itu, mereka buat tuduhan yang tak bertanggung jawab, kononnya pihak yang berdemonstrasi nak gulingkan kerajaan ler dan macam-macam tuduhan bodoh ler.  Itu semua... bullshit mereka jer sebenarnya. 

Hakikatnya, mereka takut akan kebangkitan rakyat. Mereka takut akan bayang-banyang mereka sendiri. Hantu takut bayang-bayang sendiri.... tak ke lucu tu?? Mereka juga tak mahu rakyat.. tak takut lagi pada hantu, iaitu mereka.

Kah kah kah kah

Itu UMNO/BN tapi Pakatan Rakyat lain..... Kita tak bacul macam UMNO/BN. Kita lebih civilised. Kita lebih peka akan hak-kak demokrasi rakyat. Kita lebih adil. Kita lebih hormat pada rakyat.

Sebab tu... jika kita kuasai Putrajaya, kita akan benarkan rakyat meluahkan perasaan mereka melalui demonstrasi. Ruang-ruang demokrasi yang ditutup secara halus oleh kerajaan UMNO/BN akan dibuka semula to give the rakyat some 'fresh air'. Biar mereka hirup 'udara' demokrasi yang berlandaskan perlembagaan negara. [sini]

Aha... itu jaminan yang Pakatan Rakyat berikan jika Putrajaya berjaya ditawan dalam PRU13 nanti.

Boleh demonstrasi?? Yaaahooo!!

Si bodoh tunjuk berani

Posted: 19 Jun 2012 07:00 PM PDT



Sejurus selepas membentangkan laporan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) mengenai loji Lynas, pengerusinya yang juga Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau sanggup tinggal bersebelahan loji tersebut.

"Mengapa tidak?" kata Khaled kepada pemberita di lobi Parlimen
ketika ditanya sama ada beliau sedia berpindah tinggal di sebelah loji RM700 juta memproses nadir bumi itu di Gebeng, Kuantan.

Beliau mempertahankan laporan tersebut, dengan berkata ia hanya merupakan cadangan dan kerajaan yang mempunyai kata putus.

"Kami hanya sebuah jawatankuasa parlimen. Kami telah membuat cadangan tetapi terpulang kepada kerajaan untuk melaksanakan semuanya, separuh atau (untuk memutuskan) berapa lama ia akan mengambil masa untuk melaksanakan (cadangan tersebut)," kata Khaled-Mkini

Duduk diam-diam dulu. Jangan nak memandai

Posted: 19 Jun 2012 05:30 PM PDT


 
 
Mahkamah beku sementara keahlian Isa dalam KPF

 
Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur telah membekukan sementara pelantikan Tan Sri Isa Abdul Samad sebagai pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan keahliannya dalam koperasi tersebut.

Hakim Abang Iskandar Abang Hashim berkata terdapat merit untuk membenarkan empat peneroka Felda mencabar keahlian Isa dan sebagai pengerusi KPF.

Hakim Datuk Abang Iskandar juga menolak semua bantahan awal yang dibangkitkan oleh Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan, kata peguam peneroka berkenaan, Mohamed Hanipa Maidin kepada pemberita.

Oleh itu, keputusan dalam kamar hari ini membenarkan pembekuan sementara terhadap keahlian Isa dalam KPF dan kedudukannya sebagai pengerusi.

"Jadi ada mesyuarat esok dan Isa tak boleh hadir," kata Hanipa kepada pemberita selepas muncul dari kamar hakim. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan, Hanipa Maidin mewakili pemohon Abdul Talib Ali, Abdul Mubin Abdul Rahman, Abdul Razak Mohammad dan Muhamad Noor Atan manakala Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan mewakili responden iaitu Panel Pertikaian Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), SKM, dan KPF.
   
Katanya, mahkamah juga membenarkan permohonan pemohon untuk mendapatkan perintah sementara bagi menggantung status keanggotaan dan pemilihan Mohd Isa dalam KPF di bawah Seksyen 36(1)(b) Undang-Undang Kecil KPF, bagi tujuan pengesahan mesyuarat agung perwakilan KPF yang akan diadakan pada 20 Jun ini dan juga sehingga keputusan penuh semakan kehakiman.

Hanipa berkata antara alasan yang dikemukakan Pejabat Peguam Negara itu ialah peneroka Felda bukanlah pihak yang terjejas dengan keputusan responden dan mereka juga tidak ada 'locus standi' untuk menfailkan saman itu dan isu itu bukan melibatkan undang-undang awam.
   
"Tarikh untuk pendengaran penuh semakan kehakiman belum ditetapkan oleh mahkamah," katanya.
   
Pada 12 Jun lepas, keempat-empat peneroka itu menfailkan permohonan itu bagi memohon deklarasi bahawa keputusan responden pertama dan kedua iaitu Panel Pertikaian SKM, SKM, bertarikh 23 Mei lepas, yang mengekalkan keanggotaan Mohd Isa adalah tidak sah, terbatal dan tidak mempunyai apa-apa kesan.
     
Mereka juga memohon mahkamah membatalkan keputusan itu dan perintah 'mandamus' supaya KPF membatalkan keanggotaan Mohd Isa dalam KPF.

Mereka juga memohon perintah sementara bagi menggantung status keanggotaan dan pemilihan Mohd Isa dalam KPF.
     
Pemohon mendakwa berdasarkan Peraturan 11(1)(c) yang dibaca bersama Peraturan 2 Undang-Undang Kecil KPF, Mohd Isa tidak layak menganggotai KPF kerana beliau bukan kakitangan yang dilantik secara tetap oleh Felda.
   
Mereka berkata Mohd Isa adalah pengerusi Felda yang dilantik secara kontrak dan seorang Anggota Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang, Negeri Sembilan.-Mkini

Hebat Salehuddin Ayub!!

Posted: 19 Jun 2012 10:54 AM PDT

 
Hasil undiannyer......



Tiada ulasan: