Khamis, 14 Jun 2012

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Nak mampooss kalu, buat ler

Posted: 14 Jun 2012 04:42 AM PDT


Ura-ura kata.... PRU 13 akan diadakan dalam musim haji tahun ini. Wallahua'lam

Lantaran itu, ramai yang persoalkan saranan segelintir para pemimpin PAS yang meminta ahlinya menangguhkan dahulu kerja haji mereka. Pada aku... tepuk dada tanya selera. Ketuk kepala tanya akai. Itu hak masing-masing. Mana yang mereka rasa nak dahulukan?? Mengundi atau mengerjakan haji??

Namun... persoalan yang lebih besar ialah tarikh pilihan raya itu sendiri. Mengapa perlu kerajaan bermain teka teki dengan tarikh tersebut??

Sudah tentulah dalam keadaan  kerajaan untuk mengadakna PRU 13 semakin suntuk, kebimbangan dalam kalangan pihak yang akan terlibat dalam PRU tersebut akan berlaku. Tambahan pulak musim haji akan menjelma. Jadi.... adilkan kerajaan yang kononnyer mendahulukan rakyat tetapi buat rakyat berada dalam keadaan dilemma macam ni. Ironik, kan??

Ini hal soal ibadah rakyat muslim Malaysia tau?? Don't play-play. Pun begitu.... siapa tak kenal UMNO dan para pemimpinnya?? Mereka manusia yang akan meletakkan kepetingan diri atas segala kepentingan lain, termasuklah hak rakyat untuk mengerjakan ibadah haji. Mereka peduli apa.... janji tindakan mereka itu akan mendatangkan advantage kepada survival politik dan kuasa mereka.

Dan, dalam keadaan mereka yang amat terdesak dan nazak.... tak mustahil yang tindakan bacul iaitu mengadakan PRU13 dalam musim haji ini, akan mereka lakukan. Hukum Islam lagikan mereka kotak-katikkan, ini kan pulak hak rakyat Islamnya untuk menunaikan salah satu rukun Islam yang lima. Peduli mereka tidak...!! Keprihatinan.... aaaahhh, tolak ketepi!! Hormat... hhmmm. jauh sekali!!

Selain itu, jangan sekat peluang rakyat Malaysia untuk  melaksanakan tanggung jawab demokratik mereka untuk memilih kerajaan yang adil, saksama dan yang tidak zalim. Itu pun wajib juga oiii!! Ibadah juga tu weh...

So... pada aku senang jer, kalau mereka berani buat, mereka kena berani tanggung. Aha... tungguler akibatnye. Buruk padahnya nanti. Startegi akan makan diri. Matiiiiii UMNO.... wa cakap lu!!

Awas!! Negara akan dilanda banjir...

Posted: 13 Jun 2012 09:15 PM PDT

 Kredit gambar: FB Ronasina

Huhuhuhu....

Awas!! Negara bakal dilanda banjior besor. 

Ini kerana... ayor sedang mengalir keluor tanpa henti-henti daripada sumber yang telah dikenal pasti. Kita tak dapat nak hentikan sumber ayor yang keluor tu, selagi Pakatan Rakyat disahkan kalah dalam PRU 13 nanti.

Benteng yang menahan sumber ayor tu dah nak terbarai dari dalam.... tetapi luarannya kelihatan masih mampu bertahan. Kemenangan Pakatan Rakyat akan memberi tekanan hebat kepada benteng sumber bajior  tersebut dan.... alamatnya bah besor akan berlaku. 

Tapi, rakyat Malaysia jangan risor.... sebab, satu lubang besor sedang dan akan digali untuk kita tala-kan ayor banjior tersebut dan insyaAllah... setelah sumber ayor itu dehydrated, kita akan kambuihkan lubang tersebut dengan sumber-sumbernyer sekali.

Dan.... Mufti Perak akan dibawakan khas dan diberi penghormatan bagi membaca talkin.

Sekian... Media Ramalan Kaji Politik melaporkan.

Superdet tak takut ler...

Posted: 13 Jun 2012 07:00 PM PDT


Jahatnya mulut si Lim Kit Siang. Nak kena cabai??

Sapa kata Chedet takut?? Buat apa dia nak takut?? 

Chedet baek...
Chedet tak salah guna kuasa..
Chedet tak rompak duit rakyat....
Chedet tak seleweng duit rakyat...
Chedet tak berkawan dengan Yahudi Zionis
Chedet tak bail out anak atau kroni-moni dia...
Chedet juga tak kaya ank inak serta kroni moni dia...
Chedet baik, tau..

Sapa kata Chedet takut?? Chedet tak takut. Yang dia takut... para pemimpin PR akan salah guna kuasa dan penaya dia, sedangkan dia tak berdosa pada rakyat dan negara. Dia baekkk.... Tak buat apa-apa kesalahan pun. [sini]

Yang jahat... Anwar Ibrahim.
Yang setan... Anwar Ibrahim.
Yang gila kuasa... Anwar Ibrahim.
Yang kemaruk nak jadi PM.... Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim yang jahat. Chedet, baek... Haisshh, pandai-pandai jer Kit Siang ni tuduh Chedet takut.

Dia tak takut la... Dia... KECUT jer.
Hahahahaha..... 
DIA... AMAT KECUT!!

Nanatuya and Mamaboya

Posted: 13 Jun 2012 05:30 PM PDT


Gua pun tak nak ketinggalan untuk men-suggest-kan nama buat dua ekor panda si Najib.

Dua ekor kan??

Sekor.... Nanatuya
Sekor lagi... Mamaboya

Amacam... ok, tak??

Tiada ulasan: