Rabu, 27 Jun 2012

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Gara-Gara Hishamuddin, Hakim Sekolahkan Peguam

Posted: 26 Jun 2012 05:30 PM PDT

Tidak pasal-pasal, seorang peguam kanan persekutuan , Azizan Md Arshad telah 'disekolahkan' oleh Hakim Mahkamah Tinggi hari ini.

Ini semua kerana sikap gelojoh dan bodoh seorang Menteri Dalam Negeri mengisytiharkan BERSIH sebagai pertubuhan haram pada 1 Julai 2011, tetapi membenarkan perhimpunan duduk bantah BERSIH 3.0 pada 28 April tahun ini.

Peguam tersebut tersebut gagal menyatakan dengan jelas pendirian kerajaan terhadap Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH).

Hakim Mahkamah Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas, Datuk Rohana Yusof kelihatan tidak puashati dengan jawapannya bertanya jika menteri dalam negeri mengharamkan BERSIH dan semua aktivitinya, bagaimana pula menteri mengiktiraf perhimpunan BERSIH 3.0 di bawah undang-undang lain.

Beliau seterusnya memetik Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai contoh dan bertanya sama ada pertubuhan yang diharamkan itu boleh memohon untuk mengadakan perhimpunan di bawah akta yang sama.

Walau bagaimana pun, Hakim Datuk Rohana Yusuf menetapkan 24 Julai untuk mengumumkan keputusannya.

Ha! ha! ha! macam mana boleh jadi menteri nih! Betullah apa yang Mahathir kata tak lama dulu - hanya tinggal yang bodoh-bodoh sahaja dalam Umno nih!

Tiada ulasan: