Biaqpila |
- LIVE EURO2012: Spain vs Portugal
- Penyokong England Tayang Kemaluan
- DEBAT BUKAN BUDAYA KITA, SAMSENG BUDAYA KITA
- Siasatan skandal Scorpene menyukarkan Najib dengan PRU makin hampir
LIVE EURO2012: Spain vs Portugal Posted: 27 Jun 2012 11:40 AM PDT Live Streaming Video Football : UEFA Euro 2012 Monday (28 June) 02:45 (GMT +8) KLIK DI SINI KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Penyokong England Tayang Kemaluan Posted: 27 Jun 2012 07:27 AM PDT Beberapa akhbar antarabangsa menyiarkan gambar seorang penyokong pasukan England melondehkan seluar dan mendedahkan alat sulitnya dalam usaha untuk mengganggu perhatian pemain Itali daripada menjaringkan gol ketika mengambil sepakan penalti pada pertemuan suku akhir. Gambar ini dirakam ketika Alessandro Diamanti sedang mengambil sepakan penalti untuk pasukan Itali. Walaupun ada peminat England yang sanggup berbuat apa-apa sahaja untuk memastikan pasukan mereka menang, namun England tewas kepada pasukan Itali 4-2. duniacacamarba KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
DEBAT BUKAN BUDAYA KITA, SAMSENG BUDAYA KITA Posted: 26 Jun 2012 09:00 PM PDT DEY MACHA!!! PM SIBUK KATA DEBAT BUKAN BUDAYA KITA HABIH TU APA BUDAYA KITA? SAMSENG PUKUL ORANG KOT BUDAYA KITA BUDAYA HARAMJADAH DULU KINI DAN SELAMANYA KAH! KAH! KAH! Demo bertembung di Kota Bharu, peserta cedera Seorang penulis blog Khairul Nizam Abdul Ghani adalah antara individu yang mengalami kecederaan dalam pertembungan dua kumpulan yang mengadakan perhimpunan serentak di Kota Bharu hari ini. Khairul yang merupakan pengendali blog adukataruna.blogspot.com berkata, beliau menerima tiga jahitan di kepala ekoran kecederaan yang dialaminya. Katanya, beliau yang menyertai perhimpunan 'Pra-Himpunan Royalti Menjunjung Titah Tuanku Sultan Kelantan' itu dipukul oleh sekumpulan 15 orang yang disyakinya sebagai anggota Pemuda Umno. Khairul Nizam yang merupakan pegawai media dan penganjur perhimpunan itu berkata, beliau tidak dapat memastikan berapa orang yang cedera, namun menyatakan sekurang-kurangnya empat laporan polis telah dibuat. Sementara itu, Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan berlaku insiden tumbuk-menumbuk dalam kejadian di hadapan Kota Darul Naim itu. Bagaimanapun beliau menafikan menerima sebarang laporan polis. "Tiada laporan polis yang dibuat tapi polis akan buat laporan polis dan akan buat tangkapan dalam masa terdekat, kerana kita boleh kenal pasti mereka yang terlibat," katanya.MK KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Siasatan skandal Scorpene menyukarkan Najib dengan PRU makin hampir Posted: 26 Jun 2012 05:44 PM PDT Oleh Mohd Farhan Darwis KUALA LUMPUR, 26 Jun – Kerajaan Malaysia akan menjawab dakwaan berkenaan pembelian dua buah kapal selam Scorpene pada Selasa, sebagai maklum balas terhadap skandal tersebut yang dilihat cubaan untuk mencalarkan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memandangkan pilihan raya bakal dilaksanakan tidak berapa lama lagi. Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka akan memberikan jawapan terhadap dakwaan penjualan dokumen rahsia tentera laut negara ini kepada syarikat pembinaan kapal selam Perancis DCNS bagi memudahkan mereka memenangi bidaan tersebut dengan harga €1 billion (RM4 bilion) pada 2002. Dipetik laporan Reuters, Najib yang pada masa itu merupakan menteri pertahanan, telah menafikan dakwaan tersebut. Tiada bukti yang mengaitkan beliau dengan rasuah berhubung proses jual beli berkenaan, dan penyokong beliau berkata pihak pembangkang sengaja menimbulkan perkara itu semata-mata mahu mencalarkan imejnya selaku perdana menteri memandangkan pilihan raya umum ke-13 semakin hampir. Agensi berita itu juga mengatakan, kerajaan pimpinan Najib sedang berhadapan tekanan untuk memberikan penjelasan selepas dokumen itu didedahkan di mahkamah di Perancis oleh kumpulan hak asasi manusia Malaysia (Suaram) dan disebarkan secara meluas di media online. Dokumen yang turut mengandungi rekod rampasan pihak berkuasa Perancis dalam serbuan di pejabat DCNS menunjukkan bukti pembayaran yang dibuat dua syarikat yang dimiliki oleh bekas penganalisis politik, Razak Baginda, yang juga merupakan bekas pembantu Najib yang bertanggungjawab menguruskan pembelian tersebut. Dokumen berkenaan yang turut dipaparkan di laman media online, Asia Sentinel turut memaparkan laporan yang disediakan DCNS yang menyatakan kontrak pertahanan yang besar memerlukan "pemindahan wang yang besar kepada individu dan / atau organisasi". "Di Malaysia, biasanya ... kerajaan pemerintah adalah pihak yang lebih banyak memperolehi manfaat," kata dokumen terbabit, merujuk kepada pemerintahan Umno, yang kini diketuai oleh Najib. Dokumen lain pula menyebut, bekas ketua eksekutif DCNS berkata, Perimekar, salah satu daripada syarikat Razak Baginda berperanan sebagai tidak lebih daripada "agensi pelancongan" yang diwujudkan bagi mencetuskan "pengkayaan yang tidak adil kepada pemegang sahamnya." PEMBUNUHAN ALTANTUYA Joseph Brahan, peguam yang mewakili Suaram di mahkamah di Perancis memberitahu Reuters bahawa dokumen berkenaan adalah asli dan itu adalah salinan asalnya. "Kami tidak boleh membuktikan wang itu disalurkan kepada Umno. Namun kami boleh membuktikan wang itu wang rasuah. Jika tidak kerana rasuah, untuk apa mereka dibayar," kata Breham. Pegawai-pegawai di DCNS, yang dimiliki oleh sebahagian syarikat pertahanan elektronik kumpulan Thales, bagaimanapun tidak dapat dihubungi. Pegawai kerajaan Malaysia juga tidak akan bertindak balas terhadap permintaan untuk memberikan komen berhubung perkara itu. Satu sumber yang rapat kepada kerajaan Malaysia berkata bahawa Suaram telah banyak dikaitkan kepada pembangkang, yang mana bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya, yang mana Najib mesti lakukan Mac depan. Penyokong kerajaan mengatakan bahawa pendakwaan sivil, seperti yang dibawa oleh Suaram, adalah perkara biasa di Perancis dan tiada tanda-tanda bahawa jenayah telah dilakukan. Breham berkata kepada kepada pemberita pada sidang akhbar di Bangkok bulan lepas bahawa dokumen sulit tentera laut Malaysia telah dijual kepada DCNS oleh satu firma Razak Baginda, Terasasi, pada harga €36 juta. Ahli-ahli politik pembangkang telah mengatakan bahawa jika dakwaan itu benar, ia menunjukkan pengkhianatan kepada negara. Kerajaan Malaysia telah mengakui bahawa Perimekar menerima €114 juta bagi perkhidmatan sokongannya, tetapi masih belum memberikan kenyataan berhubung peranan Terasasi yang berpangkalan di Hong Kong. Dokumen berkenaan juga menyebut hubungan Razak Baginda dengan Altantuya Shaariibuu, jurubahasa dan model Mongolia yang dibunuh menggunakan bahan letupan gred tentera di Kuala Lumpur pada tahun 2006. Razak Baginda telah dibebaskan daripada tuduhan tersebut, namun dua pengawal peribadi Najib telah disabitkan kesalahan dan dipenjarakan atas kesalahan membunuh wanita itu. Razak Baginda dipercayai telah berpindah ke Eropah dan tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan kenyataan. Dakwaan-dakwaan yang muncul daripada mahkamah Perancis telah membantu pembangkang merangsang Malaysia. Gabungan itu dijangka untuk memenangi pilihan raya tetapi kemenangan adalah jauh dari yang dijangkakan selepas pembangkang telah memperolehi kemenangan mengejut pada tahun 2008 yang menggemparkan cengkaman kuasa BN yang telah memerintah lebih separuh abad. "Mana-mana implikasi bahawa perjanjian Scorpene adalah satu tindakan rasuah cukup untuk menggagalkan beliau (Najib)," kata Ahli Parlimen pembangkang, Tony Pua kepada Reuters dalam satu majlis makan malam baru-baru ini untuk mengumpul dana untuk perbelanjaan guaman Suaram. TMI KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan