Rabu, 27 Jun 2012

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


TERKINI: Sepanyol ke final Euro 2012

Posted: 27 Jun 2012 03:16 PM PDT


Oleh: NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH

SEPANYOL menghampiri untuk melakar hatrik apabila mencatat kemenangan bergaya menerusi sepakan penalti ke atas Portugal dalam aksi penuh mendebarkan di Stadium Donestk, awal pagi tadi (waktu tadi).

Perlawanan yang berlangsung selama 120 minit berikutan seri tanpa jaringan berlanjutan sehingga ke sepakan penalti, membuatkan juara bertahan, Sepanyol menang 4-2 mengatasi Portugal.

Dengan kemenangan itu, Sepanyol mengesahkan tiket ke final dan akan bertemu sama ada Jerman atau Itali di perlawanan akhir.

Pada masa yang sama, kekalahan ini turut meranapkan impian Portugal yang ingin mengulangi sejarah melayakkan diri ke final, sebagaimana disaksikan pada 2004.

Pada babak awal perlawanan, Portugal dilihat melakukan asakan awal ke atas Sepanyol untuk menjaringkan gol. Namun ia tidak berhasil apabila dikekang pertahanan La Roja.

Sebaliknya, Sepanyol yang cemas asyik diasak, mula menemui rentak di tengah babak perlawanan apabila mula bermain agresif dengan menampilkan serangan balas berbahaya ke arah gawang Portugal.

Namun turut tiada gol berjaya dijaringkan.

Meskipun kedua-dua pasukan saling mengasak kubu masing-masing, namun gol masih gagal dilakukan untuk mereka mencatat kemenangan.

Dengan kemenangan ini juga, Sepanyol semakin menghampiri untuk mempertahankan kejuaraan kali kedua berturut-turut.

Penyandang juara, Sepanyol turun dengan misi untuk mencipta hatrik iaitu juara Euro 2008 dan juara Piala Dunia 2010 manakala Portugal pula mahu meneruskan peningkatan prestasi selepas permulaan hambar pada awal saingan disamping memasang impian untuk mengulangi sejarah pada tahun 2004.



Perkembangan di arena (pada minit ke....):

- Francesc Fabregas jaringkan gol Portugal 2-4 Sepanyol.

- Sepakan Eduardo Bruno Alves tersasar.

- Garcia Sergio Ramos hasilkan gol. Portugal 2-3 Sepanyol.

- Luis Nani hasilkan gol. Portugal 2-2 Sepanyol.

- Gerard Pique hasilan gol. Portugal 1-2 Sepanyol.

- Kleper Pepe hasilkan gol. Portugal 1-1 Sepanyol.

- Andres Iniesta hasilkan gol. Portugal 0-1 Sepanyol.

- Sepakan Felipe Joao Moutinho diselamatkan oleh Iker Casillas

- Sepakan Xabi Alonso diselamatkan oleh Pedro Rui Patriico

120 + : Penentuan pemenang menerusi sepakan penalti. Sepanyol mengatasi Portugal 4-2.

120: Kedudukan terikat 0-0. Pemenang ditentukan menerusi sepakan penalti.

113: Larian solo pemain Sepanyol tidak berjaya untuk menjaringkan gol apabila dihalang pertahanan Portugal.

110: Gawang Portugal cemas apabila Sepanyol hampir mencipta gol kemenangan, namun berjaya dikekang.

109: Percubaan Sepanyol terus gagal untuk membolosi gawang lawan.

108: Perlawanan semakin mendebarkan. Kedua-dua pasukan saling mengasak kubu masing-masing

105: Separuh masa pertama masa tambahan berakhir.

105: lagi peluang bagi Sepanyol - menerusi tendangan percuma. Gagal disempurnakan

102: Percubaan Sepanyol dalam kotak penalti gagal dilaksanakan.

100: Portugal dan Sepanyol masih mencari gol

97: Tendangan percuma diambil oleh Kleper Pepe.

96: Kedua-dua pasukan masih mencari peluang untuk menjaringkan gol.

93: Portugal melakukan serangan balas ke atas Sepanyol.

91: Permainan masa tambahan berlangsung.

90+3: Perlawanan masa kedud berakhir, kedudukan kekal 0-0. Perlawanan akan bersambung di masa tambahan.

90+2: Kad kunung kepada pemain Portugal Miguel Veloso

90+1: Tendangan sudut kepada Sepanyol.

90: Masa tambahan tiga minit diberikan.

86: Kedua-dua pasukan buntu dalam mencari jaringan.

85: Kad kuning dilayangkan kepada pemain Portugal Bruno Alves.

84: Kedudukan masih 0-0.

83: Sepakan percuma, diambil Ronaldo, tetapi tiada hasil gol.

80: Miguel Nelson Oliveira menggantikan Hugo Miguel Almeida.

77: Percubaan Sepanyol ke gawang Portugal tidak berhasil.

75: Kedudukan masih teriat 0-0. Kedua-dua pasukan mengasak kubu lawan masing-masing.

72: Sepakan percuma, diambil Ronaldo, gagal hasilkan gol.

68: Perlawanan semakin mendebarkan, kedudukan masih 0-0.

67: Cubaan Xavi Hernandez ke gawang lawan tidak berjaya.

64: Tendangan sudut kepada Sepanyol, tiada jaringan.

63: Kad kuning kepada pemain Portugal Joao Pereira. Tendangan percuma kepada Sepanyol, tiada jaringan gol.

60: Kedudukan masih kekal 0-0

59: Kad kuning kepada pemain Sepanyol-Sergio Busquets

58: Portugal terus mengasak kubu lawan

56: Satu lagi tendangan sudut kepada Portugal.

54: Francesc Fabregas (pemain Sepanyol) dibawa masuk menggantian Alvaro Negredo.

53: Kedudukan masih kekal 0-0

52: Tendangan sudut kepada Portugal.

51: Asakan Portugal dihalang oleh pertahanan Sepanyol.

50: Tendangan sudut kepada Sepanyol.

48: Percubaan jarak jauh Sepanyol tidak berjaya.

46: Permainan separuh masa kedua mula. Kedudukan 0-0.

45: Kedudukan masih 0-0; permainan separuh masa pertama sudah berakhir

44: Kad kuning ketiga dilayangkan kepada pemain Portugal - Fabio Coentrao

40: Kad kuning kedua dilayangkan pengadil kepada pemain Sepanyol - Sergio Ramos

30: Sekali lagi peluang Portugal untuk mendahului di depan, namun hampa apabila tendangan Cristiana Ronaldo tersasar

28: Tendangan Andres Iniesta hampir membolosi gawang, namun tersasar

26: Gawang Sepanyol cemas apabila Portugal terus melakukan asakan bertubi-tubi

25: Asakan Portugal berjaya dipatahkan oleh pemain pertahanan Sepanyol

23: Percubaan kali kedua Cristiana Ronaldo tersasar

20: Statistik permainan: 51 peratus bola dikuasai Sepanyol, 49 peratus oleh Portugal

18: Perlawanan semakin rancak. Kedua-dua pasukan saling mengasak kubu masing-masing

16: Tendangan percuma oleh Cristiano Ronaldo berjaya dikekang daripada membolosi gawang lawan

15: Kad kuning pertama dilayangkan pengadil kepada pemain sepanyol- Alvaro Aebeloa

11: Kedudukan masih terikat 0-0

9: Sepanyol semakin agresif dengan melakukan asakan bertubi-tubi

8.42 Percubaan pertama sepanyol menerusi Alvaro Arbeloa gagal apabila bola melambung tinggi melepasi gawang

5.42: Asakan sepanyol berjaya dikekang pertahanan portugal

3.53: Sepanyol melakukan asakan pertama ke arah gawang portugal

1.21: Tendangan pertama kepada portugal

1.20: Portugal melakukan asakan ke gawang sepanyol



Statistik permainan:

- Kedudukan gol: (0) Sepanyol - (0) Portugal

- Penguasaan bola: 41% (Portugal) - 59% (Sepanyol)

- Sasaran ke gawang: (12) Portugal; (13) Sepanyol

- Sepakan penjuru: (6) Portugal; (7) Sepanyol

Barisan pemain Portugal

12 Rui Patricio
21 Joao Pereira
2 Bruno Alves
3 Pepe
5 Fabio Coentrao
16 Raul Meireles
4 Miguel Veloso
8 Joao Mountinho
17 Nani
9 Hugo Almeida
7 Cristiano Ronaldo

Barisan pemain Sepanyol

1 Iker Casillas
17 Alvaro Arbeloa
15 Sergio Ramos
3 Gerard Pique
18 Jordi Alba
8 Xavi Hernandez
16 Sergio Busquets
14 Xabi Alonso
21 David Silva
10 Cesc Fabregas
6 Andres Iniesta

Beza Hosni Mubarak Dengan Pesiden Mesir Yang Baru

Posted: 27 Jun 2012 05:58 AM PDT

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/532090_448094951881248_1837827156_n.jpg

DAP tidak mahu buang masa minta MP Seri Gading minta maaf

Posted: 27 Jun 2012 04:17 AM PDT


NOOR AZURA SAHRIL

KUALA LUMPUR - DAP mahu membuat laporan polis berikutan kenyataan bersifat menghasut dan perkauman, dibuat oleh Ahli Parlimen Seri Gading, Datuk Mohamad Aziz yang meminta Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S Ambiga digantung sampai mati kerana didakwa mahu menggulingkan negara.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta semua wakil DAP membuat laporan polis kerana tidak mahu membuang masa menuntut Mohamad meminta maaf dan menarik balik kenyataanya.

"Bukan Ambiga seorang sahaja penganjur Bersih, namun mengapa beliau seorang sahaja yang mahu digantung.

"Hanya kerana beliau 'easy target'. Saya tidak mahu buang masa untuk meminta Mohammad memohon maaf dan menarik kembali kenyataannya. "Justeru, DAP akan membuat laporan polis supaya tindakan boleh diambil oleh pihak berkuasa terhadapnya," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, Mohamad dalam ucapannya di Dewan Rakyat mencadangkan agar Ambiga digantung kerana mengkhianati

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, beliau telah menghubungi Ambiga dengan memberikan solidariti dan sokongan moral.

Menurutnya, kenyataan Mohamad itu sangat tidak relevan dan penganjuran Bersih bukan satu kesalahan. "Ini adalah saranan serius untuk minta seseorang digantung sampai mati.

Tidak pernah ada Ahli Parlimen yang berbuat demikian," katanya.

Geran Selangorku Diurus Dengan Telus: Faekah

Posted: 27 Jun 2012 03:57 AM PDT

Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah berselindung tentang punca dana Geran Selangorku berjumlah RM300 juta yang diperuntukkan untuk dimanfaatkan terus kepada rakyat melalui rancangan pembangunan dan sahsiah diri.

Sejak dari awal pengumuman Geran Selangorku yakni ketika membentangkan Belanjawan 2012 tahun lepas, Menteri Besar telah menyatakan dengan jelas bahawa geran ini berasaskan sumbangan GLC negeri serta keuntungan operasi MBI yang berjaya mendapatkan hutang-hutang lapuk daripada syarikat Talam Corporation serta penstrukturan semula Canal City.

Jika dahulu keuntungan hanya dimanfaatkan oleh rakan kongsi usaha sama yang berat sebelah serta para kroni Barisan Nasional, kali ini habuan kita agihkan terus kepada semua rakyat Selangor.

Menteri Besar telah pun menerangkan secara terperinci mengenai perkara ini di dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) pada November 2011. Malah, Perbadanan Menteri Besar (MBI) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) juga telah mengadakan pameran di lobi DNS kerana masih ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang kurang faham proses pengambilalihan hutang TALAM dan penstrukturan Canal City.

Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed mungkin gagal mendapat maklumat mengenai Geran Selangorku kerana sebahagian besar ADUN BN tidak hadir ketika penjelasan yang dibuat oleh Menteri Besar berasa malu untuk menjenguk ke pameran yang diadakan.

Perlu dinyatakan sekali lagi di sini bahawa Geran Selangorku diterajui oleh Jawatankuasa Pemandu yang dipengerusikan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor. Jawatankuasa ini dianggotai Ketua Pentadbir Perbadanan Menteri Besar (MBI), Jurutera dan Jurunilai dari Jabatan Kerja Raya, Pegawai Unit Perancang Ekonomi Negeri, akauntan dan jurutera bebas yang di lantik oleh Menteri Besar.

Kesemua projek yang dikemukakan kepada Jawatankuasa ini kemudiannya diunjurkan oleh ADUN, Pejabat Tanah dan Daerah (PTD), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Dakwaan Mohd Zin bahawa Menteri Besar mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan peruntukan adalah tidak benar. Menteri Besar tidak campur tangan dalam menentukan pemberian peruntukan dan projek kerana tender terbuka diuruskan oleh pihak berkuasa tempatan serta pejabat tanah dan daerah.

Dasar Kerajaan Negeri berbeza dengan Kerajaan Pusat yang mencipta hutang semata-mata untuk meraih sokongan rakyat. Walaupun kita telah mengagihkan lebih RM700 juta kepada rakyat menerusi program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), simpanan rezab kita meningkat kepada RM1.9 billion.

Menerusi Geran Selangorku, kita telah meluluskan sebanyak 362 projek yang berupa pembangunan kecil dan sederhana seperti membaiki longkang, menurap jalan dan membina jejantas seluruh Selangor termasuk di kawasan DUN BN. Kita mempunyai maklumat terperinci mengenai projek-projek ini dan telah pun memberi laporan perkembangan kepada media.

Semua data, butiran projek serta tatacara Geran Selangorku ini dilaksanakan terbuka untuk semakan di Pejabat MBI. Md Zin atau mana-mana ahli UMNO yang masih gagal memahaminya boleh melakukan lawatan ke MBI dan penerangan khusus boleh disediakan.

Pada masa yang sama, kalau benar ketelusan yang mahu diutamakan saya mencabar Ahli Parlimen dan ADUN BN untuk mendedahkan butiran perbelanjaan peruntukan sejumlah RM2.71 billion yang peruntukkan oleh Kerajaan Pusat kepada UMNO Selangor yang mana peruntukan tersebut tidak melibatkan Kerajaan Negeri. Rakyat Selangor mahu tahu bagaimana wang sebesar itu dibelanjakan, apa projeknya, dimana dan berapa kos sebenar.

FAEKAH HUSIN

SETIAUSAHA POLITIK KEPADA DATO' MENTERI BESAR

PKR dedah dokumen kontrak RM1 bilion LRT

Posted: 26 Jun 2012 11:46 PM PDT


Abdul Rahim Sabri | 1:26PM Jun 27 2012

PKR hari ini mendedahkan salinan dokumen rasmi kerajaan berhubung penganugerahan kontrak mengenai projek kerja-kerja sambungan LRT Ampang yang bernilai lebih RM1 bilion.

Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli mendakwa, pada mulanya Kementerian Kewangan menganugerahkan kontrak tersebut kepada Konsortium Balfour Beatty-Invensys, berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK).

Sedangkan, dakwa Rafizi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak minggu lepas melahirkan hasrat untuk menganugerahkan kontrak tersebut kepada Konsortium George Kent seperti yang dilaporkan media.

"Ini bertentangan dengan keputusan Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) yang bersidang pada 25 Januari 2012. JPMK adalah jawatankuasa tertinggi Kementerian Kewangan dan dipengerusikan sendiri oleh Datuk Seri Najib sebagai menteri kewangan.

"Keputusan mesyuarat JPMK dengan rujukan T/1/M/1/2012 dengan secara jelas menolak cadangan Prasarana Negara untuk melantik PDA Consortium sebagai kontraktor projek ini.

"Sebaliknya JPMK mengarahkan supaya pakej kontrak itu dianugerahkan kepada Korsortium Balfour Beatty-Invesys pada harga RM1,012,910,000," kata Rafizi.

Rafizi berkata keputusan tersebut ditandatangani oleh Najib, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Ketua Setiausaha Perbandaharaan Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.

Rafizi juga turut mengedarkan minit mesyuarat tersebut kepada media.

Sehubungan itu, Rafizi mempersoalkan Najib, faktor apa yang menyebabkan menteri kewangan itu mengubah fikiran sehingga didakwanya campurtangan untuk "menolak keputusan" awal penganugerahan projek berkenaan yang beliau sendiri bersetuju.

"Kenapa Konsortium George Kent begitu yakin akan memenangi kontrak ini seperti yang dilaporkan oleh media kebelakangan ini, walaupun keputusan anugerah kontrak telah dibuat seawal 25 Januari 2012?" soal Rafizi.

'Pilih musim haji tarikh PRU canggah dengan Islam

Posted: 26 Jun 2012 11:44 PM PDT

SAYA merasa hairan sekiranya Umno yang memimpin kerajaan BN tidak mengizinkan pilihan raya diadakan di musim haji, kalau berlaku sebaliknya memang menghairankan.

Umno pernah menggunakan kuasanya mengadakan pilihan raya umum di musim haji kerana dasar dan konsep perjuangannya terus berpegang teguh dengan nasihat Suruhanjaya Reid yang meletakkan agama sebahagian sahaja daripada aspek politik dan urusan negara sebagaimana Umno melaksanakan tugasnya menghapuskan tulisan jawi dan meletakkan kedudukan agama yang ada di bawah kuasa raja-raja sekarang tanpa perubahan walaupun kemerdekaan sudah berlalu lebih lima puluh tahun.

Maka mengadakan pilihan raya di musim haji terlalu kecil bagi Umno kerana pilihan raya dianggap tidak ada hubungan dengan dosa dan pahala boleh menipu, rasuah dan sebagainya. Kalau berdosa pun boleh ditampung dengan haji dan umrah subsidi.

Kepada Umno ibadat haji boleh dipolitikkan, bukan sahaja mengadakan pilihan raya di musim haji dengan menafikan hak mengundi kepada kalangan umat Islam yang berada di Makkah atau Madinah. Pilihan raya boleh diadakan di musim haji sekiranya mengurangkan sedikit undi yang boleh memberi kemenangan kepada BN walaupun dengan majoriti kecil khususnya di negeri-negeri utara dan Pantai Timur Semenanjung.

Bahkan Umno boleh mempolitikkan haji dengan mengeluarkan wang peruntukan kerajaan bagi memberi subsidi haji kepada imam-imam, JKKK dan sebagainya.

Walaupun rukun haji diwajibkan kepada seseorang yang mampu secara individu bagi dirinya dan berbuat kebajikan sunat kepada kalangan keluarga dan sahabat.

Maka memberi subsidi haji dan umrah oleh kerajaan tidak wajib dan menerimanya juga tidak wajib, bahkan haram sekiranya menjejaskan peruntukan rakyat miskin yang pendapatannya tidak mencukupi sara hidup, begitu juga pelajar-pelajar miskin yang menuntut ilmu fardu kifayah. Memang ternyata masih ramai yang tercicir dan ada yang dinafi dan dibatalkan haknya kerana tidak menyokong Umno.

Pas tetap menegaskan bahawa memilih musim haji bagi tarikh pilihan raya adalah bercanggah dengan Islam kerana politik adalah sebahagian penting bagi agama Islam dan menjadi syarat kepada melaksanakan hukum-hukum Islam yang banyak, termasuklah membuktikan Islam itu adil kepada seluruh manusia dan seluruh alam serta melaksanakan kewajipan amar makruf dan nahi munkar dengan kuasa pemerintahan negara.

Saya telah menjelaskan hujah syarie dalam tulisan sebelum ini, walaupun ramai yang tidak boleh menerimanya kerana asas ilmu fiqah politik yang tidak ada sedikit pun. ALLAH pernah menempelak para pemimpin Makkah yang berbangga dengan khidmat hajinya dan memakmurkan Al Masjid Al Haram, di mana pahalanya seratus ribu kali ganda daripada beramal di masjid yang lain daripada Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.

Firman ALLAH:

أجعلتم سقاية الحاج وعمارة المسجد الحرام كمن آمن بالله واليوم الآخر وجاهد في سبيل الله , لا يستوون عند الله والله لا يهدي القوم الظالمين . التوبة 19

(Adakah kamu jadikan amalan memberi layanan minuman air kepada para jamaah haji dan mengimarahkan Al Masjid Al Haram itu, sama seperti kalangan yang beriman kepada ALLAH dan Hari Akhirat, serta berjihad pada jalan ALLAH (menegakkan agamanya)? Sebenarnya mereka tidak sama di sisi ALLAH dan ALLAH tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim).

Mengundi adalah hak yang ditunaikan bagi memilih pemimpin dan kerajaan. Kewajiban ini mengikut ajaran Islam adalah satu amanah yang sangat besar dibebankan kepada umat Islam.

Firman ALLAH:

إن الله يأمركم أن تؤدوا الآمانات إلى إهلها وإذا حكمتم بين الناس أن تحكموا بالعدل إن الله نعما يعظكم به إن الله كان سميعا بصيرا . (النساء ).

Sesungguhnya ALLAH memerintah kamu supaya menunaikan amanah dengan menyerahkan kepada orang yang mampu menunaikannya. Dan apabila kamu melaksanakan hukuman di kalangan manusia hendaklah berlaku adil, sesungguhnya ALLAH menyuruh kamu melakukan ajaran yang terbaik, sesungguhnya ALLAH itu Maha Mendengar lagi Maha Melihat).

Maka pilihan raya memilih pemimpin dan kerajaan adalah kewajipan besar dalam ajaran Islam, bagi menunaikan amanah, menyerahkan amanah yang menentukan baik dan buruk, adil dan zalim yang menjadi kepentingan umum dan masa depan dunia sehingga akhirat. Rasulullah S..A.W. meletakkan hilangnya amanah memberi tugas memimpin umat kepada orang yang tidak melaksanakan Syariat ALLAH menjadi punca kemusnahan yang membawa berlakunya ajal dunia. Memilih pemimpin bukan kerana kelayakan agama, akhlak dan ilmunya tetapi kerana wang, pangkat dan sebagainya adalah mengkhianati ALLAH dan Rasul.

Sebahagian besar para sahabat R.A. hanya bersembahyang jenazah Rasulullah S.A.W. kemudian berundur meninggalkan upacara mengebumikan jenazahnya yang mulia kerana menghadirkan diri dalam perhimpunan di Thaqifah Bani Saidah, melaksanakan amanah yang lebih besar daripada mengebumikan jenazah Rasulullah S.A.W. iaitu amanah pemilihan Khalifah pertama, yang membuat keputusan majoriti memilih Abu Bakar R.A.

Pas hanya mampu mengerahkan segelintir ahlinya sahaja dengan penyebaran ajaran politik Islam, supaya menangguhkan haji wajib kalau berlaku pilihan raya kerana memilih wajib menunaikan amanah besar yang tidak boleh ditangguh kerana dipaksa.

Pas tidak mampu menyebarkan kefahaman ini kepada masyarakat Islam seluruhnya kerana khutbah Jumaat di masjid-masjid, ustaz-ustaz upahan dan media digunakan oleh BN bagi menyempitkan fahaman umat Islam terhadap ajaran Islam dan menyebarkan fitnah terhadap Pas melalui segala medan, termasuk media yang berlagak Islam, mencampurkan dosa dan pahala, benar dan bohong, laksana lembu yang mengibas ekor di belakang terhadap sesiapa sahaja dan hanya melihat ke hadapan ke arah rumput yang boleh diisi ke dalam perut.

Warga Turki yang bekerja di Australia yang peka dengan amanah ini, pulang ke negaranya dengan tambang berlipat kali ganda daripada menunaikan haji.

Mereka pulang untuk mengundi parti Islam sehingga mengalahkan kaum Kamal Atarturk yang memaksa umat Islam Turki dengan pemerintahan sekularisme yang melemahkan Turki dan merosakkannya.

Warga Mesir dan Tunisia di luar negara berjaya memenangkan parti Islam setelah berlakunya kesedaran politik sehingga mengalahkan parti ala Umno di negara masing-masing.

Harapan Pas kepada umat Islam di negara ini supaya bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 walaupun Umno BN melaksanakannya tanpa mengira musim haji.

Tema politik itu kotor adalah penipuan penjajah terhadap umat Islam supaya meninggalkan politik dan memberi ruang dan peluang kepada mereka dan pengikut mereka menjajah selama-lamanya dan menghalang Islam berdaulat.

Sebenarnya merekalah yang mengotorkan politik yang menjadi amanah ALLAH yang termasuk dalam perkara kerasulan yang membawa rahmat ALLAH kepada seluruh alam dengan melaksanakan Islam yang adil kepada semua dan matlamat kejadian manusia yang dihisab pada Hari Akhirat nanti.

Akhirnya Rasulullah S.A.W. memberi jaminan daripada ALLAH bahawa sesiapa yang melaksanakannya dengan sempurna menjadi kalangan pertama daripada tujuh jenis manusia yang bernaung di bawah naungan ALLAH di padang Mahsyar.

*Dauk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden Pas

Video Kejadian Tumbuk Menumbuk Di SUK Kelantan. Harap Polis Ambil Tindakan Sebelum Rakyat Hilang Sabar!

Posted: 26 Jun 2012 09:22 PM PDT



Dasar taik umno!

Ajak debat penakut!

Penyokong Berhimpun Di Depan Balai Polis Guar Perahu

Posted: 26 Jun 2012 09:00 PM PDT


ISU KHUTBAH JUMAAT - JANGAN ADU DOMBA KEHARMONIAN UMAT ISLAM PULAU PINANG

Umat Islam Pulau Pinang dan media massa dinasihatkan agar tidak mengadu-domba perkara berkaitan kepentingan umat Islam di negeri ini. Segala permasalahan umat, sekiranya timbul, seharusnya ditangani secara berhemah dan mengikut saluran yang ditetapkan agar agama Islam dilihat sebagai agama perpaduan dan keharmonian.

Menggunakan saluran media, lebih-lebih lagi memaparkan fakta yang kesahihannya diragui tidak akan membantu ke arah memartabatkan syiar Islam di negeri ini.

Berhubung doa khutbah Jumaat di Masjid Saidina Abu Bakar as-Sidiq, Taman Guar Perahu, Permatang Pauh pada 22 Jun 2012, pihak saya sedang menjalankan siasatan berikutan laporan Buletin Utama TV3 pada 23 Jun dan 24 Jun 2012.

Sehubungan itu, pada 24 Jun 2012 Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam ( JHEAIPP) telah mengarahkan Pegawai Tadbir Agama Daerah SPT menyiasat perkara tersebut.

Pihak JHEAIPP hanya menerima aduan bertulis, daripada anak khariah pada 26 Jun 2012, berdasarkan sepucut surat bertarikh 25 Jun 2012.

Pihak JHEAIPP juga telah menghubungi Pengerusi Khariah untuk mendapatkan maklumat berkaitan, dan juga telah menerima rakaman khutbah yang dibuat oleh pihak Jawatankuasa Khariah berkenaan pada 25 Jun 2012.

Khutbah yang dibacakan khatib jemputan berkenaan adalah berkaitan Israk dan Mikraj serta pengajaran yang boleh diambil daripadanya.

Siasatan awal JHEAIPP mendapati bahawa khatib telah berdoa seperti berikut :

"Berikan kemenangan kepada jemaah Islam ya Allah, ya Allah hancurkanlah ya Allah kepada orang yang memberikan penindasan, menyeleweng yang menipu ni ya Allah, jatuhkan mereka ya Allah dalam pilihan raya yang akan datang ni ya Allah."

Justeru, mengapa pimpinan Umno/BN begitu terasa terpalit dengan seruan dan doa khatib berkenaan ? Padahal khatib tidak menyatakan secara khusus kepada mana-mana pihak. Siapa yang makan cili , dia terasa pedasnya.

Ketika siasatan dalaman masih dijalankan, tidak wajar kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir, dalam Utusan Malaysia bahawa tindakan perlu diambil mengikut Akta Hasutan kerana menggunakan masjid untuk menghasut rakyat membenci kerajaan.

Datuk Musa sewajarnya membuat laporan polis sekiranya beliau merasakan pihak berkenaan telah melanggar akta hasutan.

Saya juga difahamkan laporan polis juga telah dibuat oleh Pengerusi Masjid Saidina Abu Bakar as-Sidiq, Ustaz Abu Bakar Bakilani Abu Hassan pada 26 Jun 2012, berhubung kejadian tersebut.

Tohmahan terbuka mendahului siasatan yang mencalarkan imej Islam pernah dilakukan oleh beberapa pemimpin Umno dan media massa kawalan Umno sebelum ini.

Mengungkap kejadian dua tahun lalu, sekitar Ogos 2010 ketika umat Islam menyambut Ramadan, peristiwa yang hampir sama berlaku iaitu khatib jemputan mendoakan agar Ketua Menteri Pulau Pinang diberikan taufik dan hidayah. Sebaliknya media menfitnah kononnya khatib menggunakan nama Ketua Menteri menggantikan Yang Dipertua Agong.

Beberapa laporan fitnah telah menjadi sebahagian amalan media kroni. Fitnah yang dicanang media Umno, khususnya Utusan Malaysia, terbukti apabila mahkamah telah memberikan kemenangan sebanyak dua kali kepada Ketua Menteri ke atas saman yang difailkan oleh beliau.

Usaha fitnah Umno melalui media kongkongannya, cuba mengelirukan umat Islam di negeri ini khasnya dan negara amnya, tanpa mengambilkira dosa pahala.

Ini membuktikan Umno semakin nazak, ketandusan fakta untuk mencalarkan imej negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Isu yang cuba digembargemburkan oleh Umno/BN itu mencerminkan bahawa pemimpin mereka muflis idea dan begitu takut dengan bayang-bayang sendiri.

Sehubungan itu, saya menyeru semua pihak menjauhkan budaya fitnah dan mengangkat budaya hujah agar budaya politik kita berkembang lebih matang. Lebih-lebih lagi, Ramadan Al-Mubarak bakal menjelang bulan depan, di mana umat Islam akan ke madrasah Ramadan untuk melengkapkan rukun Islam yang ke-3.

Tiada ulasan: