ALHUSSEYN |
Bukti Hamidah Kecut Bila Berdepan Dengan Kenyataan Posted: 18 Jun 2012 06:53 AM PDT Anda boleh lihat sendiri pada awal rakaman video ini, Ketua Umno Desa Aman, Encik Nawawi (baju putih) mengizinkan YB Dr Lee Boon Chye untuk bersama dalam majlis tersebut. Begitu juga dengan pembantu Hamidah BP, Encik Jamil (T-shirt merah) turut membenarkan Dr Lee bersama dalam majlis itu. Tetapi setelah menunggu sekian lama, dari jam 3.00 hingga Hamidah BP sampai jam 4.01 ptg, Dr Lee dan Ust Radzi Zainon dan beberapa penduduk lain yang mahu berdailog dengan Hamidah BP di halau begitu saja....Tengoklah sendiri dan sama-sama hayati kekecewaan Dr Lee Boon Chye yang tetap tenang menghadapi kearenah Hamidah BP. Pengikut-pengikut Hamidah BP terpaksa menurut saja kehendaknya. Inilah bukti bahawa Hamidah kecut untuk berhadapan dengan kenyataan - tentunya dia tidak dapat menyangkal tuduhan Pakatan Rakyat bahawa projek pembinaan Sekolah Rakyat tersebut dibuat tanpa mengikut kehendak undang-undang yang ada. |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan