DIALOG RAKYAT |
- Selain RM15 juta bantu pelajar, Unisel juga tawar yuran paling murah di Malaysia – Rafizi
- Jual Dokumen Rasmi : AMK Lapor Polis Terhadap Najib
- RM30 Juta Bina Infrastruktur Sukan Di Seluruh Selangor
- Peneroka cabar pelantikan Isa Samad
- 10,000 petani KADA rugi RM150j kerana kemarau
- Syiah: Hujah hentam kami tak masuk akal
- Fauzi: Chean Chung layak dicalonkan di Indera Mahkota
- Henti aktiviti luar kem PLKN jika IPU lebih 100
- MB: Keadaan Exco Pahang masih kritikal
- Warkah Buat Anak Muda India Yang Mahukan Perubahan
- "ISA bukan hukuman, tetapi pemulihan"?
- Jelitawan dan dakwat kekal, Muhyidin dan akaun bank, Najib dan masa depan
- Sokongan terhadap Nizar, tempelak buat Umno
- Mana boleh Umno-BN buat garis panduan kempen di TV
- RAJA MANA YANG BERTUAH DAN RAJA MANA YANG MALANG?
- Bekas Timbalan Menteri Pelajaran sertai PAS
- Abby Abadi muncul di program bual bicara PAS
- Pendakwaan boleh dibuat tanpa pindaan Akta Keterangan'
- Dr Ling mohon hakim tarik diri
- Laporan PSC Lynas dibentangkan di Parlimen
- Gelombang Hijau empat negeri
- Majlis Fatwa dituntut keluar pendirian isu PRU waktu haji
- Peguam dengan perintah khas k'jaan boleh dakwa AG
- Nota mengharukan dari Kamunting
- 'Bakal besan PM tiada dalam senarai Interpol'
Selain RM15 juta bantu pelajar, Unisel juga tawar yuran paling murah di Malaysia – Rafizi Posted: 18 Jun 2012 07:35 AM PDT Oleh Aisha Geoffrey KUALA LUMPUR : Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, sebahagian daripada RM30 juta dana yang diperuntukkan untuk pendidikan di Selangor akan digunakan sepenuhnya bagi membantu siswa dari segi kewangan dan sebagainya. Menurut beliau, RM15 juta pertama yang direncanakan adalah untuk menarik balik kontrak konsesi di Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) kerana dengan penarikan itu akan menurunkan kos pengurusan infrastruktur universiti. "Kita (Pakatan Rakyat (PR)) akan tebus balik konsesi kroni-kroni Umno yang menyebabkan kos penyelenggaraan universiti di Selangor menjadi terlalu mahal contohnya seperti konsesi Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) Permatang di Kuis selama 30 tahun dan satu kontrak 'potong rumput' di Unisel berjumlah hampir (RM) 1 juta setahun," katanya. Beliau menjelaskan demikian hasil daripada maklumat rasmi yang dihuraikan oleh pejabat Menteri Besar (MB). Rafizi berkata, sebahagian dari jumlah itu juga akan dibahagikan kepada beberapa kaedah termasuk menyediakan tabung mahasiswa supaya bantuan terus boleh disalur kepada pelajar dalam bentuk kewangan. "Kerajaan negeri akan turut memberi insentif lain kepada Unisel untuk kita betul-betul kurangkan kos, langkah pertama, kita (PR) akan pastikan pelajar menggunakan kemudahan kerajaan negeri seperti tanah, bangunan dan jalan tanpa kita ambil sewa satu sen pun," katanya. Demikian jaminan beliau ketika berucap di Majlis Pidato Perdana Pakatan Rakyat ke Putrajaya di Flat Kelompok Camar, Kampung Tasek Permai, Ampang Rabu lalu. Hadir sama, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin; Adun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz; dan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. Kerajaan Selangor tanggung kos pengajar lanjut pengajian "Kalau di universiti lain, kos untuk hantar pensyarah belajar ditanggung oleh universiti, dan itu menyebabkan kos meningkat. Maka kos itulah yang akan dimasukkan ke dalam yuran, sebab itu yuran jadi tinggi," jelas beliau lagi. "Saya yakin dan percaya, jika pelan ini dijalankan dalam tempoh enam bulan, InsyaAllah masuk semester akhir tahun ini, kalau tidak percuma pun, Unisel akan menawarkan yuran yang paling murah di Malaysia, hampir kepada percuma," kata beliau yakin. "Apabila kita sampai ke Putrajaya, kita akan laksanakan pula pendidikan percuma ini untuk seluruh rakyat Malaysia. Jadi perancangan enam bulan ini cukup untuk kita memastikan anak-anak kita tidak terbeban dan tidak boleh lagi diugut oleh kerajaan Umno BN seperti yang berlaku sebelum ini," katanya. Rafizi berkata, pada peringkat ini, MB sedang dalam proses menstruktur semula aset Unisel dan dijangka dalam tahun ini manfaat tersebut akan dinikmati oleh pelajar. Katanya, RM15 juta lagi baki daripada peruntukan itu masih dalam peringkat perbincangan di antara Ahli Lembaga Pengarah Unisel bersama MB. Sebelum ini, MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Unisel akan menggunakan aset hartanah bernilai RM30 juta bagi membantu pelajarnya meneruskan pengajian selepas Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membeku pemberian pinjaman kepada pelajar universiti itu. Katanya, aset hartanah seluas 500 ekar yang akan digunakan bagi tujuan berkenaan diperolehi hasil daripada penyusunan semula hutang Talam Corporation. Beliau berkata, kerajaan negeri akan membantu Unisel mengapungkan hartanah tersebut di pasaran untuk mendapatkan wang tunai. "Dianggarkan sejumlah RM30 juta boleh diperolehi hasil dari usaha ini. "Sebahagian wang ini akan digunakan untuk membantu pelajar-pelajar yang teraniayai," katanya dalam satu kenyataan. PTPTN membekukan pinjaman membabitkan pelajar baru Unisel bertujuan memberi peluang kepada Pembangkang membuktikan mereka mampu memberi pendidikan percuma di negeri itu. Pembekuan tersebut hanya membabitkan permohonan baru kemasukan April lalu. Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira desakan Pembangkang supaya pinjaman tersebut dimansuhkan dan pendidikan percuma diperkenalkan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini. | |||
Jual Dokumen Rasmi : AMK Lapor Polis Terhadap Najib Posted: 18 Jun 2012 07:18 AM PDT SHAH ALAM : Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendesak polis menjalankan siasatan segera dan telus berhubung dakwaan penglibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam skandal penjualan dokumen rasmi pertahanan negara ketika urusan pembelian kapal selam Scorpene. Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Md Akin dalam kenyataan medianya berkata, sewajarnya pendedahan terbaru Suara Rakyat Malaysia (Suaram) diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa kerana kes berprofil tinggi itu melibatkan kepentingan negara. Menurutnya, AMK Pusat menerusi jentera AMK negeri akan terus membuat desakan ini dengan siri laporan polis yang dijalankan di seluruh negara dan sekiranya tiada respon dari polis maka laporan susulan akan dipanjangkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). "Polis perlu menjalankan siasatan biarpun ia melibatkan Perdana Menteri yang ketika itu Menteri Pertahanan kerana adalah jelas adanya elemen rasuah dalam perkara ini. AMK juga menyifatkan perkembangan terbaru skandal ini sebagai pengkhianatan tertinggi dan amat tidak bertanggungjawab dalam membocorkan akses dokumen keselamatan negara. "AMK telah dan akan meneruskan gerakan membuat laporan polis dan SPRM di seluruh negara dalam memastikan tuntutan kita supaya siasatan dilakukan terhadap Perdana Menteri termasuk pihak berkaitan dengan kes penyelewengan paling korup dalam sejarah politik negara tidak ditutup dan tidak terlepas daripada muka pengadilan akibat kesalahan penggunaan kuasa dan pengaruh politik sewenang-wenangnya," katanya. Shamsul selanjutnya menyelar Najib dan pihak terlibat sebagai melakukan perbuatan jenayah dagangan yang melibatkan jumlah transaksi melampau bagi kepentingan peribadi selain menjual kedaulatan negara. Sehingga kini AMK telah membuat laporan polis di Selangor pada 6 Jun, Sabah (11 Jun), Melaka, Pulau Pinang, Perlis dan Perak (14 Jun),Johor dan Negeri Sembilan (15 Jun) serta Kelantan (17 Jun). AMK akan meneruskan siri jelajah laporan polis itu ke Kuala Lumpur dan Pahang pada esok diikuti Terengganu (20 Jun); Kedah (21 Jun) diakhiri Sarawak (22 Jun). | |||
RM30 Juta Bina Infrastruktur Sukan Di Seluruh Selangor Posted: 18 Jun 2012 07:15 AM PDT SHAH ALAM : Golongan muda di Selangor kini antara yang bertuah apabila sejumlah RM30 juta diperuntukkan bagi pembangunan infrastruktur sukan di seluruh negeri menjelang akhir tahun ini. Membabitkan 56 Dewan Negeri Selangor(DNS)ia dibangunkan melalui Geran Selangorku diharapkan dapat membantu membangunkan potensi anak muda dalam sukan di seluruh Selangor. Ketika dihubungi Exco Adat Resam Melayu,Belia Dan Sukan, Dr Yunus Hairi menjelaskan pembinaan ini membabitkan gelanggang sukan dan dataran anak muda di kawasan yang sudah dikenal pasti. "Perancangan kita untuk membina padang serbaguna di mana di situ akan mempunyai gelanggang futsal, bola jaring, badminton, takraw dan sebagainya mengikut keperluan setempat. "Disamping itu akan ada juga gelanggang anak muda dan keluasan tanah yang kita perlukan tanah kerajaan adalah 100 kaki persegi," katanya. Menurut Dr Yunus, proses pembinaan gelanggang sukan dan dataran anak muda itu akan dilaksanakan mengikut fasa perancangan yang telah ditetapkan. "Dalam fasa pertama, daripada peruntukan itu kita gunakan sebahagiannya untuk pembinaan gelanggang futsal dan dataran anak muda di seluruh Dewan Negeri Selangor," katanya. Jelas Dr Yunus, setakat ini di dalam fasa pertama sebanyak 15 gelanggang sukan telah diluluskan untuk pembinaanya dan terdapat empat gelanggang yang sudah memulakan pembinaannya. "Pembinaan untuk gelanggang ini dijangkakan dalam tempoh lapan minggu dan dijangkakan dalam penghujung bulan Oktober ini semuanya akan selesai. Tambah beliau, pembinaan gelanggang sukan itu turut akan dilengkapi dengan kemudahan lampu dan sebagainya mengikut keperluan. "Proses pembinaannya diserahkan kepada Pejabat Daerah untuk proses sebut harga dan sebagainya,kemudian selepas selesai kita serahkan untuk penyelenggaraan kepada pihak berkuasa tempatan atau Majlis Tempatan. "Dan pengurusan gelanggang itu nanti adalah kerjasama antara pejabat DNS atau pusat penyelaras DNS bersama-sama Penggerak Belia Tempatan," katanya. | |||
Peneroka cabar pelantikan Isa Samad Posted: 18 Jun 2012 07:13 AM PDT Satu semakan kehakiman difailkan ke atas keputusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) membenarkan pelantikan pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad sebagai ahli lembaga dan pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF). Semakan kehakima yang difailkan empat peneroka Felda - Abdul Talib Ali, Abdul Mubin Abdul Rahman, Abdul Razak Mohammad dan Muhamad Nor Atan - menamakan KPF, SKM dan satu jawatankuasa suruhanjaya sebagai responden dalam permohonan berkenaan. Permohonan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu bagi menyemak semula keputusan SKM yang membenarkan Isa dilantik ke dalam KPF, walaupun mengetahui bahawa pelantikan tersebut tidak sah. Permohonan yang difailkan melalui firma Mohamad Hanipa & Associates itu juga menuntut supaya pelantikan dan keahlian Isa dalam KPF ditangguhkan sementara sehingga keputusan semakan kehakiman itu diperolehi. Empat peneroka berkenaan turut menuntut perintah untuk membatalkan keputusan SKM bagi membatalkan pelantikan Isa. Peneroka itu menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan teladan atas tindakan tersebut. Pada 23 Mei lalu, SKM dan jawatankuasa berkenaan mendapati KPF melanggar satu undang-undang kecil dengan membenarkan keanggotaan Isa, namun memutuskan bahawa keahlian itu tidak boleh dibatalkan kerana tiada undang-undang yang memperuntukkan perkara itu. | |||
10,000 petani KADA rugi RM150j kerana kemarau Posted: 18 Jun 2012 07:10 AM PDT Kira-kira 10,000 petani dalam kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di Kelantan, mengalami kerugian RM150 juta ekoran kemerosotan pengeluaran padi kira-kira 120,000 tan metrik pada musim tanaman tahun ini akibat kemarau. Pengerusi KADA, Tan Sri Annuar Musa berkata tiga rumah pam untuk mengalirkan air ke sawah tidak berfungsi kerana air sungai Kelantan yang menjadi sumber utama berada pada paras kritikal. "Kemerosotan paras air sungai di Kelantan dipercayai berpunca daripada sistem ekologi yang terancam akibat penebangan kawasan balak di kawasan Hulu Kelantan dan pengambilan pasir sungai yang tidak terkawal untuk pembangunan," katanya kepada pemberita selepas melawat Rumah Pam Utama Kemubu, dekat Machang hari ini. Annuar berkata mengikut bacaan paras air di pam utama KADA di Kemubu kini berada pada tahap 4.90 meter, Rumah Pam Lemal (0.7m) dan Rumah Pam Kasar (1.3m). Katanya, kawasan yang terlibat ialah 8,307 hektar sawah di jajahan Kota Baharu, Pasir Mas (6,527 hektar) dan Bachok (5,706) hektar). Annuar berkata beliau akan meminta kerajaan pusat dan kerajaan negeri mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah itu. Menurutnya, setakat ini hanya 4,566 hektar atau 2.1 peratus daripada keseluruhan sawah di kawasan KADA telah selesai ditanam padi. Beliau berkata, KADA telah membelanjakan berjuta ringgit untuk membolehkan petani mendapatkan sumber air sungai melalui rumah pam tetapi tidak berhasil kerana masalah paras air sungai Kelantan itu. - Bernama | |||
Syiah: Hujah hentam kami tak masuk akal Posted: 18 Jun 2012 07:09 AM PDT Kumpulan Syiah Malaysia menyelar tindakan pelbagai pihak terus menghentam fahaman itu menggunakan hujah yang tersasar dan tidak masuk akal, kata jurucakapnya Mohd Kamilzuhairi Abd Aziz. Hujah itu, kata Kamilzuhairi (bawah), antaranya mendakwa Syiah membenarkan semua solat dijamak dan menanggap tuhan bersifat jahil, seperti ditimbulkan Ketua Unit Kajian Gerakan Syiah, Ikatan Muslim Malaysia (ISMA) Mohamad Ismail. "Mohamad Ismail mendakwa Syiah menganggap tuhan itu jahil. Ini benda yang bukan Islam sendiri takkan buat kenyataan sebegitu, satu benda yang tak masuk akal. "(Jika benar) itu sudah jatuh kufur," katanya sambil mendakwa mendengar perkara itu daripada mulut Mohamad sendiri dalam ceramah di Gombak pada Jumaat lalu. Beliau mengulas liputan khas lima halaman dalam harian berbahasa Melayu Sinar Harian hari ini berhubung mazhab Syiah yang didakwa berkembang secara senyap-senyap walaupun tidak dibenar disebarkan. Akhbar itu antaranya turut memetik Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya sebagai menyifatkan Syiah sebagai "agama politik" dan mendakwa "demonstrasi pertama dalam Islam berasaskan ideologi Syiah". Selain itu, Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi turut dipetik sebagai berkata "konflik Syiah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah lebih rumit daripada konflik Umno dengan PAS". Liputan meluas sejak minggu lalu Ditanya tentang motif laporan intensif itu (bawah), Kamilzuhairi berkata beliau kurang pasti namun menyedari liputan meluas anti mazhab itu bermula sejak hujung minggu lepas lagi. Sementara itu Kamilzuhairi terus mempertikaikan kewibawaan Mohamad yang digambarkan berlebih-lebih memburukkan ajaran Syiah, antaranya dengan mendakwa mereka menggunakan al-Quran yang berbeza. "Saya sendiri duduk di Iran selama lapan tahun, satu Quran lain pun saya tidak pernah tengok," katanya merujuk kepada kenyataan Mohamad yang didakwa dibuat sebelum ini. Menurutnya, kekeliruan berkenaan mungkin timbul kerana Syiah mempunyai banyak kitab-kitab doa yang turut dijadikan rujukan. Mengulas dakwaan berkaitan 'agama politik', beliau berkata sebagai salah satu mazhab dalam Islam, Syiah pastinya turut mencakupi elemen politik, akidah, fikah, sastera dan juga seni yang menjadikan Islam itu agama yang lengkap. Katanya lagi, tanggapan itu mungkin juga timbul kerana amalan pengikut mazhab Syiah yang berkabung secara terbuka pada bulan Muharram bagi mengingati kematian cucu Nabi Muhammad SAW, Sayidina Hussin bin Ali. "Apa yang berlaku adalah melahirkan kesedihan terhadap perkara yang berlaku kepada cucu Nabi," katanya. Isu konflik di Syiah-Sunni juga tidak timbul kerana pengikut Syiah di negara ini menganggap pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai 'adik-beradik', katanya. | |||
Fauzi: Chean Chung layak dicalonkan di Indera Mahkota Posted: 18 Jun 2012 07:06 AM PDT KUANTAN – "Saya sendiri mencalonkan Lee Chean Chung kerana percaya dia layak untuk bertanding di Parlimen Indera Mahkota pada Pilihan Raya Umum Ke-13," kata Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman. Beliau berkata, sebagai Pemangku Ketua PKR Cabang Indera Mahkota, Chean Chung bekerja keras dan sesuai dengan kehendak pemimpin parti yang mahu mereka menjalankan tugas dengan baik. Bagaimanapun katanya, pucuk pimpinan akan berbincang mengenai pencalonan itu dan memantau prestasi setiap calon. "Saya bukan penilai prestasi, tetapi menyenaraikan calon berdasarkan kehendak pucuk pimpinan termasuk keperibadian dan akhlaknya," katanya ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang memetik sumber Chean Chung disebut bakal menggantikan Ahli Parlimen Kuantan, Azan Ismail. Menurutnya, selain Chean Chung, PKR Pahang turut mencalonkan tujuh hingga lapan calon muda dan wanita dikatakan mampu bekerja untuk parti. "Kita mencalonkan lebih ramai wanita selepas melihat prestasi Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang cemerlang dalam tugasnya," katanya. Bercakap mengenai desas-desus penolakan Azan untuk bertanding pada PRU13, Fauzi berkata, tiada sebab Azan boleh digugurkan atau tidak bertanding, malah Ahli Parlimen itu boleh memilih untuk bertanding di Terengganu atau Pahang berdasarkan jawatannya. Sementara itu, Lee Chean Chung berkata, tugasnya kini hanya menjaga kepentingan parti di Indera Mahkota dan bukan bertujuan menjadi calon pada pilihan raya akan datang. Beliau menafikan laporan sumber mengatakan beliau bakal bertanding menggantikan Azan Ismail di Parlimen Indera Mahkota pada PRU13 nanti. Chean Chung mengakui belum menerima sebarang arahan atau dipanggil berbincang mengenai perkara itu, malah akan terus berpegang pada sistem pemilihan calon PKR yang profesional. Beliau juga enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai persediaannya jika dipilih sebagai calon di Parlimen Indera Mahkota. | |||
Henti aktiviti luar kem PLKN jika IPU lebih 100 Posted: 18 Jun 2012 07:04 AM PDT KUALA NERANG - Semua aktiviti luar di kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di seluruh negara perlu dibatalkan jika Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kem masing-masing mencatatkan bacaan melebihi 100. Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, pihaknya sudah memaklumkan kepada komandan kem berhubung perkara itu dan meminta pelaksanaannya dilakukan segera. "Berdasarkan keadaan semasa, jerebu melanda beberapa kawasan di seluruh negara. Kita mengarahkan agar semua aktiviti luar di semua kem PLKM dibatalkan sekiranya IPU melebihi 100. "Jika IPU dicatatkan antara 95 hingga 99, pelatih perlu dibekalkan dengan penutup hidung dan mulut. Aktiviti luar pula akan dikurangkan," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Kem Dusun Minda Resort, semalam. Menurutnya, arahan itu bagaimanapun tertakluk kepada bacaan IPU di kem masing-masing. "Ia akan disemak oleh komandan kem yang seterusnya membuat keputusan berdasarkan bacaan IPU semasa," katanya. Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Hadi berkata, terdapat seramai 24,000 pelatih PLKN kumpulan kedua yang sedang menjalani latihan di seluruh negara. "Mereka sudah menamatkan modul pembangunan karekter dan ketika ini mengikuti program khidmat masyarakat. "Selepas ini kita akan masuk kepada modul aktiviti fizikal iaitu latihan menembak. Namun untuk Kem Dusun Minda Resort, ia hanya akan dilakukan selepas mendapat nasihat doktor," katanya. | |||
MB: Keadaan Exco Pahang masih kritikal Posted: 18 Jun 2012 06:58 AM PDT SINAR HARIAN KUANTAN - Keadaan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda Pahang, Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh masih kritikal. Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata semasa melawat Exco itu di hospital pada Jumaat lepas, doktor memaklumkan keadaan beliau masih kritikal. "Saya dimaklumkan oleh doktor yang merawat beliau bahawa beliau masih kritikal dan kita sama-sama berdoa semoga beliau cepat sembuh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Bank Al-Rajhi cawangan Kuantan di sini, hari ini. Katanya, buat masa ini tugas Tan Mohd Aminuddin digalas secara bergilir-gilir oleh anggota Exco yang lain. "Contohnya untuk tugas membabitkan Sukan Malaysia, digalas oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Warisan, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita Pahang, Datuk Shafik Fauzan Sharif," katanya. Tan Mohd Aminuddin dihantar ke Hoshas pada 11 pagi, 8 Jun lepas oleh anggota keluarganya kerana keracunan makanan dan komplikasi penyakit lain sebelum ditempatkan di ICU untuk rawatan lanjut. – Bernama | |||
Warkah Buat Anak Muda India Yang Mahukan Perubahan Posted: 18 Jun 2012 06:50 AM PDT KELAB GREENBOC YEMARATHE YEMARADHE" Jangan menipu, Jangan ditipu Bercakap sahaja mengenai soal masyarakat India di Malaysia semua orang dapat memberi simbolik 'kalau bukan mabuk, bukan India namanya'. Adakah masyarakat India hanya tahu minum todi dan adakah anak-anak muda kaum India hanya perlu menjadi hero pergaduhan. Siapakah yang perlu bertanggungjawab untuk menukar presepsi negatif ini terhadap masyarakat India? Jawapanya adalah diri anda sendiri, Mahtma Gandhi pernah mengatakan "we must become the change we want to see". Setelah 54 tahun pemerintahan di bawah regim Barisan Nasional yang diketuai oleh UMNO nasib masyarakat India di Malaysia tidak pernah berubah sejak dahulu lagi. Ada pun perubahan adalah dari segi migrasi penduduk; dari estet ke Bandar, namun Dato G. Palanivel, Presiden Malaysian Indian Congres (MIC) atau MAIKA ( lebih dikenali di kalangan orang India) yang baru mengambil alih jawatan tersebut telah mengeluarkan satu kenyataan yang menguris hati masyarakat India. Apabila bertanya kepada beliau apakah hala tuju dan nasib masyarakat India yang kini semakin hari semakin mendapat tekanan hidup, beliau pula menggesa masyarakat India untuk balik semula ke estet. Adakah ini penyelesaian yang dinanti-nantikan oleh masyarakat India? Apakah kita tidak layak untuk tinggal di Bandar dan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan kaum-kaum lain di Malaysia. Ini jelas menunjukkan sikap hipokrit pemimpin-pemimpin India di kompenan BN yang langsung tidak peduli dengan masa depan masyarakat India. Pendidikan anak-anak masyarakat India dianaktirikan dan digadaikan, sampai sekarang kerajaan BN tidak mampu untuk memberi penyelesaian terhadap isu-isu melibatkan sekolah Tamil. Makin hari, makin berkurangan sekolah-sekolah Tamil di Malaysia dulu kita mempunyai 888 buah sekolah, kini hanya tinggal 523 sekolah Tamil sahaja. Kita tidak mahu masyarakat India terus ditipu oleh regim BN. Kita tidak mahu masyarakat India memperjudikan nasib mereka hanya dengan sebuah hamper, sari, dhoti dan duit saku RM50 apabila setiap kali menjelang Pilihan Raya Umum. Kita mahu melihat perubahan dari segi peluang pendidikan, ekonomi dan sosial. Ayuh anak-anak muda bangkit untuk membuat perubahan jangan leka lagi dan menjadi mangsa penipuan BN!! (Yemarathe, Yemaradhe). Di harap pada PRU-13 nanti anak-anak muda masyarakat India akan membuat perubahan dengan membuat pilihan tepat memilih kerajaan yang dapat menjaga dan memulihara nasib masyarakat India. Anak-anak muda jangan lupa anda juga merupakan agen kepada perubahan tersebut. Oleh itu, tolonglah buka minda dan mata ibu bapa dan keluarga anda yang masih karat dengan menyokong BN. Berikan mereka maklumat dan fakta yang selama ini mereka telah ditipu dan diperbodohkan oleh BN, kita memerlukan perubahan dan perubahan tersebut hanya boleh dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Dato Seri Anwar Ibrahim. Kumaresan Arumugam Penyelaras Bahagian Pulau Malaysian Indian Voice (MIV) Negeri Pulau Pinang | |||
"ISA bukan hukuman, tetapi pemulihan"? Posted: 18 Jun 2012 06:41 AM PDT Pada satu pagi di bulan Ramadan sepasang suami isteri baru sahaja selesai bersahur bagi persediaan berpuasa di siang harinya. Tiba-tiba suasana menjadi kecoh dan bising. Pintu dipecahkan dan dirempuh masuk sekumpulan lelaki asing dengan kasar dan mereka turut membawa senjata api. Pintu rumah pecah. Seluruh rumah digeledah dan disepahkan. Si suami digari tangannya ke belakang. Si anak yang baru berusia sekitar dua tahun terjaga dari tidur dan terus diajak duduk di riba ayahnya (abi). "Jangan takut ini kawan abi," Si ayah cuba berselindung bagi menutup keadaan kekecohan yang sebenarnya berlaku yang bakal meninggalkan kesan buruk ke atas anaknya yang masih kecil itu. Anak yang masih kecil duduk berdiam diri di atas ribaan ayahnya. Kata ibunya begitulah sikap si Anak Umar Al Khatab setiap kali bila baru bangun dari tidur akan mencari ayahnya. Si isteri kebingungan meninjau ke luar dan kelihatan banyak kereta polis di luar termasuk trak pengesan bom. Suasana pagi itu tidak ubah seperti sekumpulan penguasa yang cuba menangkap seorang pengganas yang amat bahaya dan paling dikehendaki. Setelah segalanya selesai, si suami ditutupkan kepalanya dengan kain hitam dengan tangan yang bergari di belakang dibawa pergi dan tidak dikembalikan hingga kini. Peristiwa ini berlaku pada 13 Ogos 2010. Mustawan Ahbab seorang warga Indonesia berusia 34 tahun sudah lima tahun menetap di Malaysia dan bekerja sebagai seorang eksekutif pemasaran di sebuah syarikat penerbitan buku di Kuala Lumpur. Beliau ditangkap dengan dakwaan menjadi anggota pengganas antarabangsa - menganggotai Jamaah Anshorut Tauhid yang berpengkalan di Indonesia yang telah memberi latihan ketenteraan kepadanya. Beliau dituduh menjadi agen bagi mengumpulkan dana untuk pergerakan itu di Malaysia. Seperti apa yang berlaku ke atas mangsa akta zalim ISA yang lainnya, Mustawan dihantar ke Kem Tahanan Kamunting setelah tamat tempoh tahanan reman selama dua bulan. Pada 11 Oktober 2010 beliau dihantar ke Kem Kamunting untuk melalui tempoh tahanan selama dua tahun di bawah akta zalim ISA yang kuasa membebaskannya hanya ada di tangan Menteri Dalam Negeri. Pada 14 Jun 2012 adiknya dari Jakarta Indonesia telah datang ke Kuala Lumpur buat pertama kalinya sejak Mustawan ditahan hampir dua tahun lepas. Tiga orang adik-adiknya berserta seorang saudara sepupu membawa segunung harapan untuk melihat Mustawan dibebaskan segera. Hari pertama mereka tiba di Kuala Lumpur, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah membantu membawa mereka bertemu dengan pegawai Konsulat di Kedutaan Indonesia. Kehadiran kami bersama isteri Mustawan Khairunizah Bt Md Akhir dan adik-adik Mustawan disambut mesra oleh pihak Kedutaan. Namun malangnya pihak Kedutaan tidak mempunyai maklumat bahawa masih ada seorang lagi warganya sedang merengkuk di Kem Kamunting. Mereka hanya tahu tentang perkara ini apabila dihubungi oleh pihak SUHAKAM. Pegawai Kedutaan Indonesia hanya melawat Mustawan di Kem Kamunting pada 1 Jun lepas bersama rombongan pihak SUHAKAM. Maklumat ini sudah tentu membuatkan keluarga yang datang dari jauh resah dan kecewa. Selesai pertemuan pihak keluarga meletakkan harapan besar untuk GMI membantu mereka bertemu dengan pihak Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya. Pada pagi 15 Jun satu pertemuan telah ditetapkan dengan Aswanjaya, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Ketenteraman Awam dan Keselamatan. Kami di GMI tidak meletakkan harapan yang tinggi kepada pertemuan ini berdasarkan pengalaman-pengalaman yang lepas namun demi membantu ahli keluarga yang bersusah payah datang berusaha untuk membebaskan saudara mereka kami membantu sedaya mungkin walau jawapannya yang bakal diterima sudah diketahui. Tidak mungkin Mustawan dapat dibebaskan dengan segera melainkan terpaksa menunggu hingga tamat tempoh tahanan 2 tahun pada 3 Oktober 2012 ini. Di waktu itu bila akta baru yang menggantikan ISA dikuatkuasakan Menteri Dalam Negeri sudah tidak ada kuasa untuk terus menahan Mustawan di bawah akta ISA. "Namun jika Mustawan ada melakukan kesalahan seperti memalsukan dokumen, memalsukan cop perjalanan dan semua kesalahan lain beliau mungkin akan didakwa." Begitulah kata-kata Aswanjaya kepada ahli keluarga yang turut hadir. "Tidak, Mustawan tidak melakukan semua itu." Jelas adik perempuan Mustawan, Qoyyumah Ahbab yang menjadi jurucakap bagi pihak keluarga. "Tolong berikan tarikh bila kakak kami bisa dibebaskan agar mudah untuk kami memberitahu kepada ibu yang mengharap. Ibu tidak dapat hadir kerana masih terkejut," jelas adik lelaki Mustawan, Afiq Ahbab. Begitulah yang terjadi apabila seorang ditangkap di bawah ISA ahli keluarga berharap agar mereka dibebaskan segera dan mereka mahu tahu tarikh pembebasan. Ahli keluarga juga mahu tahu apakah kesalahan yang dilakukan sehingga ditangkap tetapi tidak dibicarakan dan mereka mahu bukti kepada kesemua dakwaan tersebut. "Kami mempunyai maklumat-maklumat yang Mustawan terlibat dengan semua tuduhan. Kami mempunyai bahagian risikan yang mempunyai maklumat tersebut." Jelas Aswanjaya (gambar kiri) kepada ahli keluarga. Ahli keluarga terpaksa menerima kenyataan tersebut begitu sahaja. Itu yang paling sukar untuk mereka menerima kerana Mustawan dikenali sebagai seorang abang yang baik dan soleh. "Saya rasa adalah lebih baik pihak keluarga tidak mengetahui ke semua kejahatan-kejahatan yang pernah dilakukan oleh Mustawan." Terkejut kami semua mendengar kenyataan yang keluar dari mulut pegawai ini. Mudah baginya untuk berkata begitu sedangkan tiada bukti yang pernah dikemukakan. Sebagaimana pengakuan tahanan sendiri kepada ahli keluarga, peguam dan SUHAKAM, mereka tidak pernah disoal siasat mengenai semua pertuduhan ke atas mereka bahkan setiap kali mereka dibawa semula ke Bukit Aman dalam tempoh dua tahun mereka di Kamunting untuk disoal siasat juga tidak pernah disoal tentang pendakwaan yang dilemparkan. Mereka dijanjikan akan dibebaskan sebaik tamat tempoh penahanan dua tahun. Sungguh undang-undang ini sewenangnya menahan seseorang dan mengenepikan kesemua hak asasi ke atas seseorang kerana tidak ada bukti yang akan dikemukakan walaupun setelah mereka dibebaskan. "ISA bukanlah hukuman. Ianya adalah pemulihan sepertimana pemulihan yang dilakukan ke atas penagih dadah." Satu lagi kenyataan dari Aswanjaya. "Sadis sungguh undang-undang ini." Kecewa benar adik-adik Mustawan. Memang benar memang sungguh sadis. Undang-undang ini boleh digunakan untuk menangkap sesiapa sahaja yang mereka terasa ingin menangkap dan kemudiannya buat pertuduhan yang mereka suka. Kononnya atas hasil siasatan dan risikan. Bagi mereka ianya atas nama "Menjaga Keselamatan Negara". Hanya undang-undang ini sahaja yang dapat menjaga keselamatan negara. Hak Asasi yang dilaung-laungkan oleh GMI dan pejuang hak asasi yang lainnya diambil dari Barat dan tidak dapat menjaga keselamatan negara - memetik sebahagian hujah dangkal Ketua Penolong setiausaha Bahagian Ketenteraman dan Keselamatan. Apa lagi yang mahu dilengahkan. Kenapa tidak dibebaskan sahaja semua tahanan ini. Bukti tiada, soal siasat juga tiada. Tahanan ISA ini juga sudah tentu berkelakuan baik di dalam Kem Kamunting. Atas alasan apa lagi mahu dilengahkan pembebasan mereka hingga mereka sanggup untuk meneruskan aksi protes dengan Mogok Lapar sekirannya janji-janji untuk membebaskan segera mereka tidak diendah. Tidak ada sebab lain selain dari sifat ego dan sombong Menteri Dalam Negeri yang terus menerus mendiamkan diri di atas semua desakan ini dan tidak memandang berat akan Mogok Lapar yang telah dilakukan oleh tahanan sebaliknya menuduhnya sebagai tindakan untuk mengalihkan dari isu sebenar. GMI dalam kenyataan mereka menyebut bahawa, "Sifat berdiam diri ini menunjukkan egoistik Menteri Dalam negeri yang enggan mengalah dalam membebaskan kesemua tahanan. Sifat ego Menteri Dalam Negeri ini telah dilihat sejak awal pengumuman pemansuhan ISA apabila beliau pada 21 November 2011 mengeluarkan kenyataan bahawa semangat penahanan tanpa bicara akan dikekalkan dalam undang-undang baru yang menggantikan ISA. Sifat sombong ini terus kelihatan sehingga ke hari ini apabila beliau juga tidak memberi sebarang alasan kukuh mengapa tahanan ISA masih tidak dibebaskan." Siapa lagi yang akan terus menjadi mangsa kepada kesemua akta zalim yang ada? Kita semua rakyat Malaysia. Sesiapa sahaja layak menjadi mangsa kepada akta-akta zalim yang ada. Anak-anak yang ditinggalkan akan terus menerus menagih rindu kepada si ayah. "Mana Abi?" Umar Al Khatab bin Mustawan empat tahun adalah salah seorang mangsanya. Bebas segera Mustawan dan 44 orang yang lainnya. Bebas ISA 45! *Nashita Md Noor ialah ibu kepada empat orang anak, suri rumah, aktivis masyarakat, tiga kali ditangkap dan dua kali merengkuk dalam penjara. | |||
Jelitawan dan dakwat kekal, Muhyidin dan akaun bank, Najib dan masa depan Posted: 18 Jun 2012 04:31 AM PDT Kaveas , jelitawan dan dakwat kekal. Hari demi hari, kita lihat para pimpinan UMNO dan parti komponen nya, mengeluarkan kenyataan2 kartun. Terbaru, kita membaca Kaveas dari parti peminta sedekah Malaysia, mengeluarkan kenyataan, dakwat kekal akan membuat gadis2 cantik tidak keluar mengundi. Ini sebab dakwat kekal akan melekat di jejari selama 3 bulan dan jelitawan2 ini mungkin tidak akan keluar dengan teman lelaki mereka. Nyatalah kepada Kaveas jelitawan2 di Malaysia ini tidak ada apa2 di antara telinga mereka. They are dumb blondes yang tidak menawarkan apa2 kecuali yang ada celah kangkang mereka. Maka, kepada jelitawan2 Malaysia, saya menyeru kamu bangkit dan memecat orang2 seperti Kaveas keluar gelanggang politik Malaysia. Kedangkalan Kaveas di atasi hanya oleh tahap kesedaran rakyat Malaysia mengenai penganiayaan dan perlalunan yang di lakukan oleh kerajaan Malaysia di bawah UMNO.Kaveas akan terkejeut apabila mendapati jelitawan pun ada conscience. Muhyidin dan akaun bank. Kenyataan kedua ialah datang dari Moohyidin Yasin. Dia kata Anwar ada dana rahsia dalam akaun2 nya sebanyak RM 3 bilion. Setelah Anwar di tangkap, UMNO dan ejen2 rasmi nya dalam kerajaan- kerja mereka ialah round up kawan2 Anwar dan memaksa mereka dengan pelbagai cara `kreatif' untuk menanda tangan bahawa Anwar melakukan 1001 macam kesalahan. Antara nya Dato Murad yang berkerja di Bank Negara ketika itu. tapi UMNO lupa bahawa perkara tersebut sudah pun di siasat dan di dapati tidak benar. UMNO pandai menuduh dan memfitnah tapi tidak mampu menyokong dan membuktikan tuduhan2 mereka. Tapi perkara bangang seperti ini memang sudah di duga datang dari parti yang hari ini lebih terkenal sebagai parti pengedar vcd lucah dan parti pemasang kamera tersembunyi dalam tandas. Kepada rakan2 yang berbadan besar jangan masuk tandas jika ragu2. Manalah tahu mungkin puak2 UMNO telah memasang kamera. Kemudian mereka akan buat rakaman vcd dan mengedarnya mempersenda orang2 yang badan sahaja yang besar, tapi kemaluan mereka kecil. Terlanjur Moohyidin mendesak kerajaan menyiasat akaun Anwar, baik kita desak juga siasat akaun Najib, akaun Rosmah, akaun Mooohyidin sendiri, akaun isteri Moohyidin, akaun anak Moohyidin, dan akaun semua menteri UMNNO. Baru adil. Dan para pemuda UMNO di Kuantan yang membentangkan kain rentang mendesak kerajaan menyiasat akaun Anwar, bentangkan lah banner suruh siasat akaun Moohyidin dan semua akaun menteri UMNO, isteri mereka dan anak mereka. Baru lah adil. Najib dan masa depan yang gemilang tanpa haramjadah. Kenyataan yang lagi baghal datang dari pemimpin yang mengharamjadahkan peneroka Felda. Dia kata masa depan rakyat lebih baik dalam tangan BN dan UMNO. Maka kita tanya, macam mana rakyat mahu yakin, jika kamu hanya ada rekod masa silam yang muramm bolehkah mampu untuk menyediakan masa depan yang baik untuk rakyat? Maka menyahut cabaran supaya UMNO dan BN di adili diatas rekod masa silam nya:-
Jadi rupa rupa nya kita tidak tahu bahawa dalam tangan para lanun dan perompak, masa depan kita akan terjamin. Bagaimana kamu boleh menjamin masa depan yang lebih baik, jika masa silam yang kamu ada pun tidak dapat di urus dengan berhemah dan dengan integrity? http://sakmongkol.blogspot.com/ | |||
Sokongan terhadap Nizar, tempelak buat Umno Posted: 18 Jun 2012 04:14 AM PDT Oleh Mohd Rashidi Hassan Bagi manusia yang waras dan boleh berfikir, tiada apa-apa kesalahan yang boleh disabitkan terhadap Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung dengan twitter beliau mengenai plat nombor WWW1 yang dibida Sultan Johor dengan harga RM520,000. Nizar tidak derhaka, Nizar tiada unsur-unsur untuk menghina Raja. Serangan terhadap Nizar sengaja digembar-gemburkan dan diambil kesempatan media talibarut Umno-Barisan Nasional, bertujuan hendak mengeruhkan hubungan PAS dengan Istana Johor. Lagi teruk Nizar diserang, lagi ramai rakyat yang bangkit menyokong mantan Menteri Besar Perak itu. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menegaskan, serangan terhadap Nizar dan imej buruk yang cuba dipalitkan terhadap Pakatan Rakyat, sama sekali tidak menjejaskan peluang Pakatan Rakyat di Johor. "Saya tidak rasa sama sekali peluang PAS termasuklah Pakatan Rakyat di negeri ini terjejas kerana rakyat Johor sudah dapat untuk membuat sesuatu keputusan berdasarkan kematangan mereka dalam berpolitik. Isu seperti ini tidak menjejaskan kita kerana rakyat boleh faham tentang isu dibangkitkan. "Mengenai penentangan terhadap Raja-Raja Melayu, saya rasa Umno mempunyai sejarah yang begitu panjang. Mengenai kebiadapan dan keterlanjuran mereka menghina Raja-Raja Melayu. Rakyat boleh faham dan ada maklumat mengenai hal ini. "Jadi saya rasa ia tidak akan memberikan apa-apa kesan terhadap peluang Pakatan Rakyat dalam Johor kerana kita tidak langsung menyentuh isu yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutusan dan undang-undang negeri sekali gus Pas menghormati prinsip raja berpelembagaan," katanya Tegas Salahuddin, Nizar sudah menjalankan tanggungjawabnya untuk memohon perkenan mengadap Sultan Johor bagi menjernihkan suasana. Isu berkaitan Nizar ini sama seperti isu Bukit Kepong yang membabitkan fitnah terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Ia berkaitan dengan Johor juga kerana Bukit Kepong terletak dalam Parlimen Pagoh yang diwakili Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Saban hari media talibarut Umno memainkan isu Mohamad Sabu mengkhianati negara, menyokong komunis, menghina polis dan sebagainya. Habis seluruh juak-juak Umno bangkit mengecam Mohamad Sabu, sehingga berlaku kekasaran dan gangguan sewaktu beliau berceramah. Tetapi hari ini, segala tohmahan, himpunan gerombolan bodoh penyokong-penyokong Umno yang memaki hamun dan memfitnah Mohamad Sabu, terpaksa menjilat ludah mereka sendiri, apabila saksi polis (pendakwaraya) yang sendiri mengaku bahawa tindakannya membuat laporan polis terhadap Timbalan Presiden PAS itu tidak betul sama sekali. Fitnah terhadap Mohamad Sabu ini sama dengan Nizar. Yang jahat dan dangkal di sini adalah Umno. Mereka berselindung di sebalik kedaulatan negara, berselindung di sebalik perjuangan Melayu dan dalam kes Nizar Umno berselindung di sebalik Raja Melayu. Umno-BN harus ingat. Kita semua, sama ada PAS, KeADILan dan DAP serta mana-mana parti politik yang pembangkang lain, adalah rakyat Malaysia. Kami warganegara Malaysia yang cintakan keamanan, keharmonian serta menyanjungi prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaysia. Setiap kita warganegara Malaysia, adalah rakyat sentiasa berpegang teguh dengan lima prinsip Rukun Negara iaitu: Kepercayaan Kepercayaan kepada Tuhan; Kesetiaan Kepada Raja dan Negara; Keluhuran Perlembagaan; Kedaulatan Undang-Undang; Kesopanan dan Kesusilaan. Rakyat juga sebulat suara untuk mendukung cita-cita Malaysia untuk; Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara cara hidup demokratik serta mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama. Inilah keunikan Malaysia. Walaupun kita mempunyai rakyat yang mempunyai kepercayaan agama yang berbeza, dari pelbagai kalangan etnik dan latar belakang, walaupun berbeza fahaman politik, rakyat tetap mendukung satu cita-cita yang sama, iaitu mahu memelihara keharmonian dengan menghormati antara satu sama lain. Bagi memelihara keharmonian ini, sesuai dengan prinsip Rukun Negara, Raja atau pemerintah yang harus disandarkan kepada mereka kesetiaan, mestilah melaksanakan tugas mereka secara adil dan saksama, mengikut lunas-lunas demokrasi. Adil dan saksama bermakna berimbang. Sesiapa yang salah diperbetulkan. Sesiapa yang benar disanjungi. Dan yang paling penting sekali, semua kita adalah makhluk yang harus mentaati kehendak-Nya yang Satu, iaitu Allah SWT. Semua kita dijadikan dari asas yang sama, iaitu dari tanah, setitis air benih, air mani dan segumpal darah. Justeru tiada apa yang membezakan kita pada pandangan-Nya, melainkan mereka yang bertakwa. Di atas prinsip takwa inilah dirangka prinsip Kepercayaan kepada Tuhan. Walaupun kita ada Raja-Raja, kita ada undang-undang, kita ada penguasa yang menjaga keamanan, namun kepercayaan yang utama, harus kita asaskan kepada Allah, yang bagi orang-orang Melayu, mentaati Allah dengan mengamalkan sepenuhnya ajaran Islam. Di dalam Islam, tiada siapa yang maksum melainkan Nabi Muhammad s.a.w. Tiada siapa yang tidak boleh ditegur. Cuma Islam menekankan soal pendekatan dengan hemah dan hikmah. Dalam konteks penghormataan dan ketaatan kepada Raja misalnya. Islam menggariskan dengan jelas bahawa, kalangan ahli agama, kalangan al-mala (pemimpin) terutamanya, mestilah mentaati mereka, selama-mana mereka tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat. Misalnya jika Raja tidak solat, Raja meminum arak, Raja melakukan perkara-perkara yang maksiat kepada Allah, maka haram sama sekali mereka ditaati secara mutlak. Bagaimana kita boleh mentaati makhluk yang melakukan perkara yang dilarang Allah SWT? Maka sebaliknya bagi Raja-Raja yang adil dan soleh. Selain mendapat penghormatan dan keampunan daripada Allah, mulia disisi Malaikat-Nya, malah mendapat sanjungan yang tidak berbelah bahagi dari kalangan rakyat. Raja sebeginilah yang kita idam-idamkan memayungi kita. Iaitu payungan mereka bukan sahaja di dunia, malah sehingga ke akhirat. Dalam konteks politik di Malaysia, kita merasakan bahawa terdapat suatu situasi yang amat buruk apabila terdapat golongan yang memperalatkan Raja untuk kepentingan politik mereka. Golongan ini adalah Umno. Merekalah yang mengkhianati Raja, tetapi mereka mendakwa mereka mendukung Raja. Merekalah yang merosakkan sistem negara dengan rasuah dan penggadaian Tanah Rizab Melayu, tetapi mereka berjaya berselindung di sebalik Raja. Kita, rakyat jelata berasa terlalu kerdil untuk menasihatkan Raja-Raja, maupun memperingatkan semula sejarah hitam lampau mengenai kebiadapan melampau para pemimpin Umno mencaci hina institusi Raja-Raja Melayu yang dikenali sebagai Krisis Perlembagaan 1993. Tetapi demi Allah dan demi Agama, Raja-Raja tak perlulah begitu sensitif dengan sebarang teguran dari rakyat, melainkan teguran itu menderhakai Raja-Raja. Menderhakai itu membawa maksud menentang Raja-Raja, menentang Raja-Raja berperlembagaan, menghina Raja-Raja dengan perkara yang tidak betul, mempersoalkan kedudukan Raja-Raja seolah-olah Raja-Raja tidak dipertahankan oleh Undang-Undang dan Perlembagaan. Selepas Pindaan Perlembagaan yang disetujui oleh semua Raja-Raja, kecuali keatas beberapa perkara yang khusus, Raja-Raja di Malaysia hampir menyamai Raja (Takhta) di England, iaitu berbentuk "ceremonial". Pindaan Perlembagaan itu dipaksakan keatas Raja-Raja oleh Kerajaan Umno-BN dan semasa proses pindaan itu berlangsung seluruh jentera Kerajaan Umno-BN ketika itu mengambil sikap yang sangat biadap terhadap Raja-Raja dan admin masih ingat terlibat bersama PAS mempertahankan kedudukan Raja-Raja Melayu, Amat sedih dan pilu pada waktu itu bila membaca Utusan Malaysia dan Berita Harian yang begitu "kurang ajar" dan biadap tiada taranya terhadap Raja-Raja. Tetapi kuasa politik berada ditangan Umno. Malangnya tiada Raja-Raja yang murka di atas tulisan-tulisan yang menghina Raja-Raja yang dipaparkan walau sehodoh manapun mereka memaki hamun dan menghina Raja. Akhir kata, sekadar renungan buat Raja-Raja Melayu, dipaparkan gurindam Raja Ali Haji pasal yang kedua belas (gurindam XII): Raja mufakat dengan menteri, seperti kebun berpagarkan duri. Betul hati kepada raja, tanda jadi sebarang kerja. Hukum adil atas rakyat, tanda raja beroleh inayat. Kasihkan orang yang berilmu, tanda rahmat atas dirimu. Hormat akan orang yang pandai, tanda mengenal kasa dan cindai. Ingatkan dirinya mati, itulah asal berbuat bakti. Akhirat itu terlalu nyata, kepada hati yang tidak buta. | |||
Mana boleh Umno-BN buat garis panduan kempen di TV Posted: 18 Jun 2012 04:05 AM PDT Oleh AZIZ MUDA SIKAP kerajaan BN yang terus mengongkong kebebasan media di negara ini sehingga memaksa media arus perdana hanya menyiarkan berita-berita yang menyebelahi BN, berita-berita palsu, fitnah dan caci maki terhadap pihak pembangkang ternyata amat memalukan para wartawan di negara ini. Dengan penyiaran beritaberita seperti itu akan menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan kepada para wartawan yang bertugas di media-media terbabit, selaras dengan kehilangan kepercayaan mereka terhadap media-media itu sendiri. Setiausaha Agung Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), V Anbalagan berkata, padahal para wartawan yang bertugas sememangnya telah mengikuti etika kewartawan sepanjang menjalankan tugas mereka, tetapi imej mereka jelas tercemar disebabkan sikap para pemimpin Kerajaan BN yang memaksa pihak media hanya menyiarkan berita-berita yang memihak kepada mereka. Menurut beliau, disebabkan tindakan itu, tidak hairanlah jika semakin ramai orang yang enggan menonton media arus perdana kerana akses media yang sebenar boleh didapati oleh mereka menerusi internet dan media baru. Katanya, keadaan itu ternyata berbeza berbanding 15 atau 20 tahun lalu sehingga rakyat hanya akan mendapat maklumat daripada media arus perdana atau media tradisional sematamata, berbanding sekarang yang semakin maju dari segi komunikasi selaras dengan perkembangan internet. "Jadi dengan apa yang berlaku itu menunjukkan perbandingan kebebasan media antara negara kita dengan negara luar yang mengamalkan demokrasi termasuk di London amat ketara," katanya ketika dihubungi Harakah 14 Jun lalu. Dalam industri media, menurut Anbalagan, keadilan nasional dari segi penyiaran berita merupakan satu perkara yang amat penting bagi membolehkan rakyat turut mendengar pandangan alternatif, bukan hanya pandangan sebelah pihak daripada kerajaan semata-mata. "Tetapi ini tak berlaku di negara kita. Berita-berita dan cerita-cerita yang disiarkan hanyalah berat sebelah, tak ikut prinsip kewartawanan. Di negara lain tak begitu. Di negara lain turut juga diberikan ruang penyiaran pandangan alter natif. "Dengan apa yang berlaku ini, orang ramai perlu faham. Ini semua bukan berlaku atas kehendak wartawan, tetapi atas kehendak pemimpin kerajaan di media arus perdana yang dimiliki oleh kerajaan termasuk tv dan radio, manakala di media arus perdana swasta pula turut berlaku atas kehendak pemilik dan editor media itu," katanya. Beliau turut kesal dengan cadangan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Dr Rais Yatim untuk memberikan ruang masa hanya 30 minit kepada pemimpin pembangkang berucap di media arus perdana sempena pelancaran manifesto pilihan raya masing-masing nanti. "Padahal pihak kerajaan tak boleh buat garis panduan seperti itu. Pihak kerajaan juga adalah parti politik yang akan bertanding dalam pilihan raya nanti. Kedudukannya adalah sama seperti parti-parti lain yang turut bertanding. Mana boleh Umno dan BN pula yang buat garis panduan seperti itu? Jadi ini adalah sesuatu yang dangkal," tegasnya. Sebarang garis panduan mengenai penyiaran bahan-bahan oleh media dan pembahagian masa penyiaran untuk parti-parti yang bertanding, katanya, hanya layak dibuat oleh suruhanjaya bebas yang perlu ditubuhkan oleh kerajaan, bukannya oleh pihak kerajaan yang turut terikat dengan parti. "Hanya suruhanjaya bebas sahaja yang berhak membuat garis panduan untuk penyiaran bahanbahan oleh media arus perdana kerana hanya suruhanjaya itu yang akan melaksanakan tugasnya dengan betul, dengan melakukan keadilan bagi semua pihak, termasuk ruang yang secukupnya bagi penyiaran pandangan rakyat dan pandangan alternatif," ujar Anbalagan. | |||
RAJA MANA YANG BERTUAH DAN RAJA MANA YANG MALANG? Posted: 18 Jun 2012 04:00 AM PDT OLEH kerana Tunku Mahkota Johor telah menimbulkan isu 'Mengapa Orang Melayu Sahaja Yang Suka Menjatuhkan Raja" di dalam Twitter beliau seperti yang dipetik oleh Malaysiakini di SINI, maka terpanggil untuk saya mengulas isu berkenaan. Hakikatnya orang-orang Melayu terlalu sensitif dengan Raja mereka. Ada rakyat yang benar-benar mahu melihat institusi Raja benar-benar berperanan sebagai pelindung kepada ugama, bangsa dan negara. Rakyat jenis ini kebanyakannya terdiri dari semua kaum, tidak kira Melayu atau bukan Melayu. Tetapi, ada juga rakyat yang mahu `menumpang' nama Raja-Raja untuk kepentingan diri mereka atau kumpulan mereka sahaja, terutama apabila mereka terdesak atau tertekan. Golongan ini hanya kembali kepada Raja setelah mereka merasa lemah, tetapi sewaktu mereka gagah mereka ketepikan Raja-Raja bahkan mereka menghina Raja-Raja sesuka hati. Bukti dan fakta adalah jelas jika kita imbau kembali terutamanya pada tahun 1993. Saya telah menulis fakta-fakta dan bukti ini di dalam penulisan saya sebelum ini. Persoalan mengapa kaum-kaum lain tidak sehebat kaum Melayu yang saya maksudkan kaum Melayu tertentu pada tahun 1993 itu di dalam mempersendakan Raja-Raja? Sebenarnya kaum-kaum lain akur bahawa isu Raja amat sensitif buat mereka sentuh kerana institusi Raja ada sejarahnya kepada kaum Melayu dan negara ini. Tidak menyentuh isu Raja bukan bermakna semua tindakan Raja-Raja dipersetujui oleh kaum-kaum bukan Melayu. Siapa boleh nafikan bahawa tidak semua Raja bertindak dengan betul. Memang kita bertuah kerana mempunyai Raja dan Raja juga bertuah kerana memiliki rakyat yang seharusnya dipayungi oleh Raja. Tetapi seandainya negeri atau negara tiada Raja, ianya tidak bererti akan punah ranah atau hancurlah bangsa di negeri atau negara itu. Mari rujuk Melaka, sebuah negeri yang dahulunya mempunyai Raja tetapi kini Melaka tiada Raja atau Sultan. Adakah hilang bangsa Melayu atau Islam di Melaka? Rakyat Melaka berbangsa Melayu kini masih berbahasa Melayu dan berugama Islam dan berapa orang Melayu di Melaka yang berkahwin dengan keturunan penjajah Portugis akibat tiadanya Raja di Melaka sejak tahun 1511? Mana-mana negeri yang masih memiliki Raja, rakyatnya haruslah menyanjung institusi Raja dan mempertahankannya. Menyayangi Raja bukan bererti membodek Raja. Sayang kepada Raja mestilah peka kepada Raja, yang baik rakyat wajib sanjung tetapi sebagai manusia Raja juga kadangkala khilaf, maka rakyat yang sayang kepada Raja mestilah menegur. Raja yang baik adalah Raja yang boleh menerima teguran rakyat. Sekiranya Tunku Mahkota Johor merasa pelik mengapa orang-orang Melayu suka menjatuhkan Raja, sejarah tahun 1993 ada jawapannya. Tun Mahathir juga ada jawapannya. Tahun 2008, di Terengganu persoalan Tunku Mahkota Johor ini tentu boleh dijawab oleh puak-puak Idris Jusoh waktu itu. Memang benar, di hadapan Istana Terengganu waktu itu bukan kaum Cina yang memasang pemidang menggelar Raja bahkan Yang DiPertuan Agung dengan satu gelaran yang amat buruk. Amat malang sekali jika ada lagi kaum Melayu yang bercita-cita untuk menjatuhkan Raja atau memalukan Raja-Raja seperti di tahun 1993 itu. Tetapi, amat bertuah sekali jika ada seorang rakyat dari bangsa Melayu yang berani menegur Raja kerana cintakan Raja nya. Bertuahlah mana-mana Raja yang ada disekelilingnya rakyat yang boleh menegurnya jika tersalah, dan malang lah mana-mana Raja yang di sekelilingnya hanyalah para pengampu dan pembodek./wfauzdin.blogspot.com | |||
Bekas Timbalan Menteri Pelajaran sertai PAS Posted: 18 Jun 2012 01:24 AM PDT
KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Salleh Jafaruddin secara rasmi menyertai PAS hari ini. Beliau menyerahkan borang keahlian kepada Presiden sendiri, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut sambil disaksikan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid. Salleh berkata, beliau menyertai PAS atas pilihan sendiri dan yakin dengan petunjuk Allah selepas melakukan solat istikharah. "Selepas bermesyuarat dengan ahli Parlimen PAS bulan lepas, saya terus berfikir, istikharah minta petunjuk dari Allah. "Kalau PAS ini baik untuk saya, baik untuk perjuangan keluarga, agama dan negara saya minta Allah tunjukkan. "Mungkin hidayah atau petunjuk yang diilhami daripada istikharah itulah yang membuatkan saya buat keputusan untuk masuk PAS," kata beliau ketika ditemui selepas itu. Salleh, 68 pernah menjadi Adun dan ahli Parlimen Sarawak dan pernah bertanding sebagai calon Bebas menentang Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di kerusi DUN Balingian pada Pilihan Raya Negeri Sarawak, tahun lalu. Salleh yang berketurunan Melanau dari Oya, merupakan dua pupu Taib. Beliau merupakan anak emas Tun Rahman Yaakob ketika menjadi ketua menteri dan gabenor dalam tahun 70-an dan 80-an itu, turut bersama Rahman dalam insiden Ming Court 1987 untuk menjatuhkan Taib. Kini, Salleh giat melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah secara persendirian di Sarawak dan membuka beberapa sekolah tahfiz. "Saya ada aktiviti dakwah untuk menyebarkan syiar Islam secara persendirian di Sarawak sebab kedudukan saya sebagai pembangkang, sukar saya nak mendapatkan laluan ataupun kemudahan daripada kerajaan. "Bahkan saya nak mengadakan sekolah tahfiz 19 tahun lalu guru-guru agama datang dari Indonesia saya terpaksa hantar ke Sabah," katanya. Tambahnya lagi, selepas mengenali PAS dengan lebih dekat, beliau yakin dengan perjuangan PAS membawa Islam. Penyertaan beliau ke dalam PAS menambahkan lagi bilangan tokoh-tokoh pentadbir dan teknokrat yang bersama-sama dalam perjuangan Islam. | |||
Abby Abadi muncul di program bual bicara PAS Posted: 18 Jun 2012 01:22 AM PDT MALAYSIA KINI Pelakon siri Gerak Khas, Abby Abadi muncul dalam program bual bicara PAS di Dataran Kerdau, Temerloh malam tadi. Program tersebut yang dipengerusikan oleh AJK Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Kamal Ashaari, turut membaris ahli panel, iaitu Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi dan Ketua Dewan Muslimat PAS Pahang, Ustazah Salamiah Mohd Nor. Harakahdaily melaporkan, Abby dalam nada seloroh mengharapkan bertemu jodoh dengan ustaz untuk memberikan bimbingan dalam kehidupannya setelah 'berhijrah'. Abby (kiri) menjelaskan beliau seronok berada di dalam majlis seperti itu kerana dapat menambahkan ilmu. "Saya suka majlis macam ni dapat ilmu agama," ujarnya yang menjelaskan sudah beberapa kali berada sepentas dengan kepimpinan Pemuda PAS. Beliau juga berharap suatu hari nanti dapat mengemukakan hujah bersandarkan nas al-Quran pada program seumpama itu. Harakahdaily juga melaporkan Abby mengakui amat naif dengan ilmu agama amat berharap mendapat bimbingan agama yang sewajarnya daripada golongan ustaz. "Saya berharap bertemu jodoh dengan ustaz. "Di sini ramai ustaz, kan?" ujarnya seloroh yang ditujukan kepada para hadirin. Abby turut meminta para hadirin mendoakan agar beliau istiqamah dengan perubahan yang berlaku kepadanya. "Saya mengharapkan perubahan yang positif pada diri saya. "Doakan saya dalam keadaan begini sehingga bertemu Ilahi, saya nak juga mati syahid, saya harap doa dari semua," katanya di hadapan kira-kira 5,000 hadirin. | |||
Pendakwaan boleh dibuat tanpa pindaan Akta Keterangan' Posted: 18 Jun 2012 01:17 AM PDT Pendakwaan ke atas seorang jurutera bulan ini, atas dakwaan menghina Sultan Perak melalui komen dalam talian merupakan bukti bahawa pendakwaan boleh dijalankan tanpa menggunakan Seksyen 114(a) Akta Keterangan 2012. "Ia telah dilakukan sebelum ini, sebagai contoh kes hasutan melibatkan Sultan Perak," kata peguam hak asasi manusia Edmund Bon ketika dihubungi hari ini. Mahkamah Sesyen Butterworth pada 1 Jun menjatuhkan hukuman setahun penjara dan denda RM50,000 ke atas Chan Hon Keong, yang mendapat penangguhan untuk mengemukakan rayuan. Bon berkata pendakwaan juga boleh menentukan sumber sesuatu tulisan, seperti dalam kes hasutan yang dihadapi ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei. Bon yang juga merupakan aktivis Pusat Rakyat Loyar Burok berkata, pihak pendakwaan dan polis perlu berusaha lebih keras dalam siasatan dan bukannya mengambil jalan mudah. "Persoalannya bukan soal memindahkan beban pembuktian, tetapi untuk meningkat profesionalisme penguatkuasa undang-undang," katanya. Dalam pindaan yang diluluskan Dewan Negara bulan lalu, yang masih belum digazet, pendakwaan tidak lagi perlu membuktikan bahawa sesuatu tulisan di dalam talian berpunca dari seorang pengguna tertentu. Sebaliknya, pemilik sesuatu alat atau rangkaian yang menerbitkan sesuatu tulisan itu dianggap secara automatik dianggap bertanggungjawab ke atas penerbitan berkenaan, melainkan individu berkenaan dapat membuktikan sebaliknya. Sekiranya penerbitan tulisan tersebut turut disertakan gambar, nama samaran atau nama seseorang, individu itu juga dianggap bertanggungjawab, melainkan dibuktikan sebaliknya. | |||
Dr Ling mohon hakim tarik diri Posted: 18 Jun 2012 01:11 AM PDT Peguam Wong Khian Keong memfail permohonan itu 5 Jun lalu di Mahkamah Tinggi di sini kerana didakwa berat sebelah. KUALA LUMPUR, Bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik yang diperintah membela diri terhadap tuduhan menipu kerajaan Malaysia berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) memohon hakim yang mendengar kesnya menarik diri kerana didakwa berat sebelah. Dr Ling yang diwakili peguam Wong Khian Keong memfail permohonan itu 5 Jun lalu di Mahkamah Tinggi di sini dan berikutan itu perbicaraan yang sepatutnya disambung hari ini ditangguhkan sehingga Khamis. Sehubungan itu, Hakim Datuk Ahmadi Asnawi berkata kedua-dua pihak akan mengemukakan hujah masing-masing Khamis ini. Menerusi notis usul, Dr Ling memohon Hakim Ahmadi menarik diri daripada mendengar dan memutuskan kes perbicaraan melibatkannya dan ia akan didengar dan diputuskan oleh hakim yang lain. Dr Ling mengemukakan alasan bahawa komen-komen yang diberikan oleh Hakim Ahmadi ketika memutuskan beliau membela diri pada 9 Mac lalu adalah berat sebelah yang nyata. Antara komen yang didakwanya berat sebelah ialah "…it is beyond him to now suggest that he was not aware of what transpired in the said meeting" dan "…In such event, in my view what was written by the accused to the Prime Minister (Tun Dr Mahathir Mohamad) reiterated above is plain deception without more." Tidak berat sebelah Sementara itu pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup telah memfail afidavit jawapan terhadap permohonan itu pada 11 Jun lalu dan mendakwa alasan penghakiman setebal 83 muka surat yang memerintahkan Dr Ling membela diri adalah tidak berat sebelah yang nyata. Manoj menyatakan bahawa Hakim Ahmadi membuat dapatan fakta berdasarkan keterangan yang dikemukakan semasa perbicaraan dan keterangan itu bukan sahaja yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan malah daripada pemeriksaan balas saksi-saksi. Beliau turut memberi alasan bahawa dapatan fakta oleh Hakim Ahmadi berkisar kepada setiap elemen dalam pertuduhan dan dalam mencapai keputusan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan satu kes prima facie, Hakim Ahmadi menghalusi kredibiliti saksi-saksi serta motif tertuduh. Katanya beliau pecaya bahawa penemuan dan dapatan fakta dalam alasan penghakiman yang menyentuh setiap perkara penting dalam perbicaraan akan memudahkan pihak Dr Ling menyediakan pembelaan beliau dalam kes ini. Dr Ling, 69, yang menjadi Menteri Pengangkutan selama 17 tahun sejak 1986, didakwa menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada jemaah menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 sekaki persegi (skp) iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu JPPH, dalam menentukan nilai kadar RM25 sekaki persegi (skp), telah mengambil kira kadar kupon/faedah. Beliau juga didakwa atas dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada jemaah menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000. Dr Ling didakwa melakukan semua kesalahan itu di tingkat 4, pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 25 Sept dan 6 Nov 2002. Bagi pertuduhan pertama, Dr Ling didakwa mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dengan denda atau kedua-duanya manakala bagi dua pertuduhan pilihan (pindaan), beliau didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya. Dr Ling telah didakwa pada 29 Julai 2010 dan dibicarakan selama tiga bulan bermula 1 Ogos tahun lepas. Pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah memanggil seramai 25 orang saksi termasuk menteri kabinet dan pegawai kanan Kementerian Pengangkutan dan JPPH. – Bernama | |||
Laporan PSC Lynas dibentangkan di Parlimen Posted: 18 Jun 2012 01:03 AM PDT Laporan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) mengenai loji Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini. Jawatankuasa yang dibentuk pada 20 Mac itu mengemukakan hasil kajian dan syor mereka berhubung loji di Gebeng, Pahang, lebih awal daripada tempoh tiga bulan yang ditetapkan. Timbalan speaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Jaafar bagaimanapun menetapkan bahawa laporan tersebut dikenakan embargo sehingga jam 10.30 pagi esok untuk membolehkan Dewan Rakyat membincangkan hasil kajian itu. Tumpuan utama kajian berkenaan adalah sama ada loji nadir bumi tersebut membahayakan kesihatan dan alam sekitar. Sebelum ini, PSC tersebut dilaporkan mengesyorkan kepada kerajaan untuk menetapkan sesi rundingan awam sebelum melancarkan projek berimpak tinggi, terutamanya yang melibatka keselamatan awam. Akhbar Berita Harian, memetik sumber, melaporkan bahawa orang ramai perlu diberitahu mengenai fakta projek seperti itu untu mengelak manipulasi politik. Jawatankuasa tersebut diketuai Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, dan dianggotai datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud), Datuk Teng Boon Soon (BN-Tebrau), Nancy Shukri (BN-Batang Sadong), Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) Datuk Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baru). | |||
Posted: 18 Jun 2012 01:01 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE Bermula dengan kejayaan besar PAS melancarkan Himpunan Hijau di Stadium Darul Aman, Alor Setar 1 Jun lalu dengan mengumpulkan lebih 100,000 ahli dan penyokong, kini himpunan itu menjadi gelombang hijau dan sudah sampai ke Johor, Perak dan Selangor. Gelombang hijau di Batu Pahat dan Muar Johor dan di Bagan Serai Perak dua hari lalu disertai lebih sepuluh ribu orang. Bagi negeri Johor yang selama ini dianggap oleh sesetengah pihak sebagai kubu Umno, kini sudah semakin jelas kubu itu akan runtuh segera, walaupun ia dinafikan oleh pemimpin Umno. Ini berdasarkan sambutan rakyat Johor terhadap PAS semakin meningkat. PAS Selangor pula merancang mengadakan Himpunan Hijau 2 di Stadium Kuala Selangor, kawasan parlimen Dr. Dzulkefly Ahmad dari PAS. Himpunan tersebut akan berlansung pada 15 Julai dan sasarannya 'seramai yang boleh' , kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Rani Othman. Semalam (Ahad), PAS Selangor telah mengadakan Himpunan Hijau Fasa 1 peringkat negeri di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK, Shah Alam. Kira-kira 2,000 petugas pilihanraya PAS Selangor telah hadir. Ia berupa pembentangan kertas kerja oleh Dato' Kamarudin Jaafar. Dr. Khairuddin At-Takiri dan Dr. Hatta Ramli. Himpunan di Shah Alam itu dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan penutupnya mendengar amanat Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abd Hadi Awang. Di majlis itu, Muhamad Sabu melancarkan laman sosial facebook PAS Selangor, sementara Presiden melancarkan stesen TV Impian. Ia adalah sebuah stesen televisyen internet yang menyediakan lima saluran alternatif untuk dinikmati rakyat Selangor dan lain-lain negeri. Pengguna hanya perlu membeli dekoder untuk mendapatkan siaran dan tiada bayaran bulanan dikenakan. TV ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada rakyat Selangor untuk mendapat maklumat tepat yang tidak disiarkan oleh media kerajaan BN. Sementara itu, dua hari lalu di Johor , ribuan rakyat pelbagai kaum telah hadir di Himpunan Hijau negeri itu di Ledang, sebuah kawasan tidak jauh dari Gunung Ledang. Rekod kehadiran memperlihatkan bahawa sokongan rakyat Johor terhadap PAS demikian menyerlah. Program itu bermula dengan jamuan rakyat pada paginya yang turut dihadiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum disambung sebelah petangnya dengan majlis Hi-Tea bersama Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Kemuncak program malam itu ialah munajat dan ceramah oleh pimpinan PAS khususnya mendengar amanat Presiden yang menyaksikan lebih 5,000 hadir. Ketua Penerangan PAS Negeri Johor, Ghazaley Ayub berkata, sasaran kehadiran ahli dan penyokong PAS Sabtu itu tercapai. "Jadi kita anggarkan ahli dan penyokong yang hadir pada Himpunan Hijau ini bermula dari jamuan rakyat hingga ke program kemuncak adalah mencapai sasaran lebih 10,000 orang," katanya. Presiden PAS telah menyampaikan amanat dan turut berucap Naib Presiden Salahuddin Ayub, Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr. Mahfodz Mohamed. Turut hadir, Tuan Guru Abdullah Hussin dan Saudara Hassan Karim. Sementara itu Himpunan Hijau PAS Perak di Bagan Serai pada hari yang sama juga dihadiri lebih 10,000 orang yang kebanyakanya para pesawah, menunjukkan mereka juga mendukung perjuangan PAS. Di majlis tersebut, seorang lagi bekas pegawai tinggi kerajaan telah menyertai PAS, iaitu bekas Ketua Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia, Ahmad Zabidi Shamsuddin. Beliau telah menyerahkan borang menyertai PAS kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang hadir dan menyampaikan ucapan di majlis tersebut. Zabidi sebelum ini pernah berkhidmat dengan kerajaan selama 33 tahun, dengan 10 tahun beliau diletakkan di Kementerian Pelajaran. Selain itu, beliau juga pernah menjadi Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu dan bertugas sebagai pengetua di beberapa buah sekolah. Turut menyerahkan borang keahlian PAS ialah AJK Umno Bahagian Gopeng Haji Nazri Nordin. Sebelum Zabidi, Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi Prof Datuk Dr Nik Zain Nik Yusof telah pun menyertai PAS awal bulan lalu. Nik Zain telah menjawat jawatan sebagai KSU sejak 1998 hingga 2002 di kementerian tersebut. Sebelum ini, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari telah menyerahkan borang keahlian PAS secara rasmi dan sebelum ini juga, PAS telah menerima keahlian bekas penyanyi terkenal, Aishah atau Wan Aishah. Di Melaka, Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Melaka akan diadakan pada 24 Jun 2012 di mana Mohamad Sabu menjadi tetamu utama program tersebut. Di samping itu PAS turut mengundang pimpinan Pakatan Rakyat Negeri ke Himpunan tersebut. Wakil daripada NGO Anti Lynas juga turut dijemput. Di samping itu Zulkifly Mohamad Omar selaku pengerusi Lujnah Alam Sekitar PAS Malaysia yang akan turut hadir. Semua perkembangan menarik ini adalah sebahagian usaha PAS/Pakatan Rakyat menyusun gerak kerja yang menyeluruh untuk menang dalam PRU Ke-13 nanti, yang akan menghantarnya ke pusat kuasa di Putrajaya. Negeri Johor, Perak dan Selangor menjadi negeri tumpuan perhatian pelbagai pihak, terutama penganalisis politik, justru pertarungan di tiga negeri tersebut dalam PRU akan datang sangat crucial. PAS Johor bersama rakannya dalam Pakatan Rakyat berusaha keras untuk meruntuhkan tembok kekuatan Umno/BN di negeri itu. Jika temmbok ini berjaya diruntuhkan, ia menjadi sejarah penting tanah air, bahawa kerajaan Umno yang mendominasi negeri itu sejak lebih setengah abad akan mengakhiri zamannya. Selangor pula sedang dicabar dengan hebatnya oleh BN untuk merampasnya kembali setelah kalah pada 2008 di tangan Pakatan Rakyat. Demikian juga Perak, di mana Pakatan Rakyat pula bertekad untuk 'mengambil semula' negeri itu dari Umno/BN yang merampasnya dua tahun lali. Gelombang atau Himpunan Hijau akan diadakan di negeri yang belum mengadakannya dalam waktu terdekat. Gelombang hijau bukan sekadar air yang berombak, tetapi ia gelombang rakyat yang secara simbolis mahukan perubahan. Tidak mustahil gelombang hijau ini akan menjelma menjadi kuasa yang menakutkan Umno/BN.-Harakahdaily | |||
Majlis Fatwa dituntut keluar pendirian isu PRU waktu haji Posted: 18 Jun 2012 12:54 AM PDT MALAYSIA KINI Pemuda PAS menuntut Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) mengeluarkan fatwa atau sekurang-kurangnya pendirian sama ada pilihan raya umum boleh diadakan ketika musim haji yang didakwa boleh menyebabkan kehilangan 20,000 undi jemaah terlibat.Timbalan ketua dewan itu Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, ia selari dengan fungsi MFK sebagai penasihat kerajaan persekutuan dalam hal berkaitan fatwa dan sebagai rujukan kepada orang awam dalam permasalahan hukum hakam. "Jika Majlis Fatwa Kebangsaan JAKIM mampu bersuara dan mengeluarkan fatwa untuk aktiviti yang berkaitan dengan pihak pembangkang, maka amatlah wajar Majlis Fatwa untuk mengeluarkan fatwa dan pendirian berhubung dengan isu yang amat besar ini walaupun ia berkaitan dengan kerajaan Malaysia," katanya. PAS sebelum ini berkali-kali membangkitkan kemungkinan itu ekoran tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang masih berteka teki tentang tarikh pilihan raya. Malah, ketua penerangannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan anggotanya yang terlibat langsung dalam proses pilihan raya menangguhkan dahulu menunaikan ibadat itu pada tahun ini. Dalam kenyataannya hari ini, Nik Abduh berkata, mengadakan pilihan raya semasa haji isu amat besar kerana melibatkan kehormatan umat Islam terhadap musim ibadah tersebut dan hak rakyat Malaysia untuk memilih. Katanya, semasa perjanjian Hudaibiyah, Rasulullah SAW dan sahabat bermusafir ke Mekah dengan berihram dan tidak membawa senjata kerana menghormati asyhurul ahram (bulan mulia yang diharamkan berperang). Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi MFK berhubung isu tersebut. | |||
Peguam dengan perintah khas k'jaan boleh dakwa AG Posted: 18 Jun 2012 12:51 AM PDT Dalam kes pendakwaan terhadap peguam negara sebagai individu, dia tidak dapat didakwa oleh orang yang berkhidmat di bawahnya kerana ia sukar dilakukan, kata Nazri. Bawah perlembagaan, tambahnya, perintah khas boleh diberikan kepada individu, sebagai contoh pengamal undang-undang, untuk membuat pendakwaan. Nazri menjawab soalan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat yang bertanya bagaimana aduan terhadap peguam negara dikendalikan. Gobind merujuk kepada dakwaan bekas ketua jabatan siasatan jenayah Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim dalam wawancara dengan Malaysiakini bahawa peguam negara sekarang terlibat menyembunyikan kes rasuah melibatkan ketua menteri daripada didakwa di mahkamah. | |||
Nota mengharukan dari Kamunting Posted: 18 Jun 2012 12:44 AM PDT EKSKLUSIF "Nota penyeksaan" yang didakwa diseludup keluar dari kem tahanan ISA di Kamunting, menimbulkan persoalan berhubung kaedah soal siasat yang digunakan pihak berkuasa. Nota berkenaan, didakwa diseludup keluar oleh kakitangan kem dan diserahkan kepada Malaysiakini, menyatakan dengan terperinci penyeksaan ala Guantanamo yang didakwa dialami oleh 45 orang tahanan yang masih dikurung di pusat tahanan di Taiping, Perak. Tiada tarikh dinyatakan dalam nota berkenaan, namun insiden berkenaan didakwa berlaku ketika proses soal siasat ketika individu berkenaan ditahan di satu pusat tahanan reman, sebelum dipindahkan ke Kamunting. Kandungan nota berkenaan tidak dapat disahkan secara bebas, namun dakwaan itu termasuk:
Pesuruhjaya Muhammad Sha'ani Abdullah berkata Suhakam kini sedang "membincangkan" kandungannya. | |||
'Bakal besan PM tiada dalam senarai Interpol' Posted: 18 Jun 2012 12:37 AM PDT MALAYSIA KINI Maira Nazarbayev daripada Kazakhstan, melalui seorang jurucakap, menafikan dakwaan beliau termasuk dalam senarai dikehendali Polis Antarabangsa (Interpol). Dalam satu kenyataan, Ronn Torossian melampirkan gambar Maira di Dubai bagi membuktikan bahawa dia telah memulakan lawatannya ke Eropah tanpa ditahan oleh pihak polis. "Media telah salah melaporkan khabar angin berkaitan Interpol - adalah jelas dari gambar tersebut, dia bebas melancong di Eropah, keluarga Nazarbayev merancang menghabiskan masa dengan anggota keluarga dan orang tersayang," kata kenyataan itu. Anak Maira, Daniyar Nazarbayev, bertunang dengan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa. Keluarga Maira sebelum ini menjadi perhatian apabila Daniyar didakwa menipu bapa tiri Bolat Nazarbayev sebuah kondominium bernilai AS$20 million (RM62 juta), seperti dilaporkan The New York Post. Maira pada 15 Jun, melalui jurucakap perhubungan awam, menafikan dakwaan terhadap anaknya dan menyifatkan perkara itu manipulasi politik dan tidak masuk akal. Katanya, beliau dan suami akan memberikan komitmen kepada anak-anak, menyelesaikan masalah itu secara peribadi dan merancang bercuti ke Eropah untuk beberapa minggu. Sumber yang dekat dengan isteri perdana menteri Rosmah Mansor juga berkata, dakwaan terhadap Daniyar diperbesar-besarkan oleh The New York Post dan dakwaan itu juga tidak melibatkan keluarganya. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan