Biaqpila |
- LIVE EURO2012: Spain vs Croatia & Italy vs Republic of Ireland
- Bubar Parlimen di akhir mandat April 2013?
- CARA UPGRADE TV LAMA JADI SKRIN RATA
- Mana boleh Umno-BN buat garis panduan kempen di TV
- KEPUTUSAN EURO2012 18/6/12
LIVE EURO2012: Spain vs Croatia & Italy vs Republic of Ireland Posted: 18 Jun 2012 11:40 AM PDT Live Streaming Video Football : UEFA Euro 2012 Monday (19 June) 02:45 (GMT +8) KLIK DI SINI KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Bubar Parlimen di akhir mandat April 2013? Posted: 18 Jun 2012 07:03 AM PDT SHAH ALAM - Sementara spekulasi mengenai Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) berterusan, beberapa pihak tidak menolak kemungkinan Perdana Menteri akan menggunakan tempoh mandat yang ada sepenuhnya untuk membubarkan Parlimen. Mandat semasa Kerajaan Pusat hanya akan berakhir penghujung April 2013. Penganalisis politik, Prof Dr Samsul Adabi Mamat berkata, PRU13 akan diadakan pada bulan Mac depan kerana ia adalah waktu bersesuaian iaitu selepas Pembentangan Bajet 2013 dibentangkan pada 28 September, Mesyuarat Agung Tahunan Umno pada bulan Oktober, pemberian bonus kepada kakitangan awam pada Disember, sesi persekolahan 2013 pada Januari 2013. Menurut beliau, pada waktu itu ia juga melepasi ibadat puasa dan haji melibatkan umat Islam dan bencana alam seperti banjir yang sering berlaku di negeri-negeri Pantai Timur. "Faktor-faktor ini penting untuk mengadakan pilihan raya umum. Pada Mac 2013 juga mempunyai cuti persekolahan yang membolehkan sistem buang undi dilaksanakan," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Beliau mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa PRU13 akan diadakan selepas Aidilfitri kerana sebelum ini mereka menjangkakan ia diadakan pada Jun tetapi ia tidak benar. Samsul berkata, sekiranya PRU13 diadakan pada Mac 2013 ia akan membantu kerajaan dan pembangkang untuk lebih fokus kepada persediaan menghadapi pilihan raya. Bagaimanapun, kebarangkalian PRU13 diadakan pada bulan Oktober juga tidak boleh diabaikan dan ia merupakan waktu yang bersesuaian kerana Bajet 2013 telah dibentangkan dan melepasi ibadat puasa. Menurut beliau, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga menyatakan selepas Aidilfitri adalah waktu yang sesuai untuk diadakan pilihan raya. "Situasi politik sekarang juga menguatkan lagi PRU13 diadakan sekitar Oktober kerana Pas meminta ahlinya menangguhkan niat untuk menunaikan ibadat haji untuk memberikan fokus kepada PRU13. "Saya lihat waktu tersebut sesuai kerana ia merupakan bulan Zulkaedah (kalendar Islam) sebelum 10 Zulhijah yang merupakan kemuncak ibadat haji. Beberapa orang bakal haji terawal sahaja tidak dapat mengundi," katanya. Beliau berkata, minggu kedua dan ketiga Oktober adalah waktu yang sesuai diadakan pilihan raya. "Semuanya terletak di tangan kerajaan yang memerintah. Pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja kerana PRU12 telah melepasi empat tahun," katanya. Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar tidak menolak kemungkinan Perdana Menteri akan menyahut cabaran sesetengah pihak agar PRU13 hanya diadakan di akhir mandat kerajaan semasa. "Ada kemungkinan Perdana Menteri akan mengambil cabaran itu... ini kemungkinan," kata beliau dengan mengambil kira kemungkinan jika PRU13 tidak dipanggil sebelum Ramadan atau selepas Aidilfitri sebelum sidang Parlimen September-Disember. "Ini antara kemungkinan yang saya lihat... kemudian ada musim haji, sidang Parlimen, musim perayaan hujung tahun ini dan awal tahun depan (Tahun Baru Cina). "Mungkin Perdana Menteri beranggapan bahawa, kita pergi hingga akhir tempoh mandat (April 2013) dan kemudian serah kepada SPR memanggil pilihan raya antara akhir Mei dan Jun 2013)... ini pun ada kemungkinan," katanya yang sekali lagi menekankan pembubaran Parlimen adalah 'keputusan politik' yang hanya boleh diputuskan Perdana Menteri sebaik mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. Seorang lagi penganalisis politik, Prof Madya Sivamurugan Pandian berkata, tarikh PRU13 banyak bergantung kepada pengamatan Perdana Menteri ke atas persediaan termasuk mengurus persepsi kepada isu, calon dan jentera parti. "(Oleh itu) tidak memeranjatkan jika Perdana Menteri akan menggunakan tempoh sepenuhnya untuk memenuhi kesemua ciri tersebut kerana PRU akan datang adalah ibu segala PRU dan kemenangan bergantung kepada kesepaduan dalam parti dan itu yang akan diteliti oleh Perdana Menteri," katanya lagi. Tambah beliau, jika ada pihak yang menekan Perdana Menteri untuk mengadakannya sekarang, maka pihak tersebut boleh meminta pembangkang membuatnya di negeri-negeri pentadbiran mereka. Bagaimanapun, Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia, Anis Yusal Yusoff menolak tanggapan bahawa Najib akan melangkah sehingga ke penghujung tempoh mandat untuk memanggil PRU13. "Saya tidak melihat begitu. Apa yang pasti Datuk Seri Najib masih timbang masa yang terbaik untuk melakukan 'serangan', membubarkan Parlimen ketika sokongan kepada BN semakin meningkat. "Bila masa yang terbaik itu? Itu yang menjadi pertimbangan. Ia boleh menjadi bila-bila masa," kata beliau sambil menambah, pertimbangan tradisi bahawa pilihan raya perlu diadakan pada musim cuti sekolah atau tidak boleh diadakan hujung tahun sudah tidak terpakai lagi dalam situasi politik semasa. SH KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
CARA UPGRADE TV LAMA JADI SKRIN RATA Posted: 17 Jun 2012 09:00 PM PDT DEY MACHA!!! ANDA MEMERLUKAN KEBERANIAN UNTUK MENCUBA AKSI INI JIKA TIDAK JANGAN BERMIMPI UNTUK MENONTON TV SKRIN RATA KAH! KAH! KAH! KEBERANIAN YANG DIMAKSUDKAN ADALAH KEBERANIAN MENEBUK DINDING RUMAH TENGOK KAT BAHWAH NI HASILNYA... SEMAK TV DAH JADI SMART TV JADI HANG PA TAK PAYAH BELI TV SKRIN RATA BARU BERAPA BANYAK DAH SAVE DUIT? KAH! KAH! KAH! pic from liewcf KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Mana boleh Umno-BN buat garis panduan kempen di TV Posted: 17 Jun 2012 06:00 PM PDT Oleh AZIZ MUDA SIKAP kerajaan BN yang terus mengongkong kebebasan media di negara ini sehingga memaksa media arus perdana hanya menyiarkan berita-berita yang menyebelahi BN, berita-berita palsu, fitnah dan caci maki terhadap pihak pembangkang ternyata amat memalukan para wartawan di negara ini. Dengan penyiaran berita seperti itu akan menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan kepada para wartawan yang bertugas di media-media terbabit, selaras dengan kehilangan kepercayaan mereka terhadap media-media itu sendiri. Setiausaha Agung Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), V Anbalagan berkata, padahal para wartawan yang bertugas sememangnya telah mengikuti etika kewartawan sepanjang menjalankan tugas mereka, tetapi imej mereka jelas tercemar disebabkan sikap para pemimpin Kerajaan BN yang memaksa pihak media hanya menyiarkan berita-berita yang memihak kepada mereka. Menurut beliau, disebabkan tindakan itu, tidak hairanlah jika semakin ramai orang yang enggan menonton media arus perdana kerana akses media yang sebenar boleh didapati oleh mereka menerusi internet dan media baru. Katanya, keadaan itu ternyata berbeza berbanding 15 atau 20 tahun lalu sehingga rakyat hanya akan mendapat maklumat daripada media arus perdana atau media tradisional sematamata, berbanding sekarang yang semakin maju dari segi komunikasi selaras dengan perkembangan internet. "Jadi dengan apa yang berlaku itu menunjukkan perbandingan kebebasan media antara negara kita dengan negara luar yang mengamalkan demokrasi termasuk di London amat ketara," katanya ketika dihubungi Harakah 14 Jun lalu. Dalam industri media, menurut Anbalagan, keadilan nasional dari segi penyiaran berita merupakan satu perkara yang amat penting bagi membolehkan rakyat turut mendengar pandangan alternatif, bukan hanya pandangan sebelah pihak daripada kerajaan semata-mata. "Tetapi ini tak berlaku di negara kita. Berita-berita dan cerita-cerita yang disiarkan hanyalah berat sebelah, tak ikut prinsip kewartawanan. Di negara lain tak begitu. Di negara lain turut juga diberikan ruang penyiaran pandangan alter natif. "Dengan apa yang berlaku ini, orang ramai perlu faham. Ini semua bukan berlaku atas kehendak wartawan, tetapi atas kehendak pemimpin kerajaan di media arus perdana yang dimiliki oleh kerajaan termasuk tv dan radio, manakala di media arus perdana swasta pula turut berlaku atas kehendak pemilik dan editor media itu," katanya. Beliau turut kesal dengan cadangan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Dr Rais Yatim untuk memberikan ruang masa hanya 30 minit kepada pemimpin pembangkang berucap di media arus perdana sempena pelancaran manifesto pilihan raya masing-masing nanti. "Padahal pihak kerajaan tak boleh buat garis panduan seperti itu. Pihak kerajaan juga adalah parti politik yang akan bertanding dalam pilihan raya nanti. Kedudukannya adalah sama seperti parti-parti lain yang turut bertanding. Mana boleh Umno dan BN pula yang buat garis panduan seperti itu? Jadi ini adalah sesuatu yang dangkal," tegasnya. Sebarang garis panduan mengenai penyiaran bahan-bahan oleh media dan pembahagian masa penyiaran untuk parti-parti yang bertanding, katanya, hanya layak dibuat oleh suruhanjaya bebas yang perlu ditubuhkan oleh kerajaan, bukannya oleh pihak kerajaan yang turut terikat dengan parti. "Hanya suruhanjaya bebas sahaja yang berhak membuat garis panduan untuk penyiaran bahanbahan oleh media arus perdana kerana hanya suruhanjaya itu yang akan melaksanakan tugasnya dengan betul, dengan melakukan keadilan bagi semua pihak, termasuk ruang yang secukupnya bagi penyiaran pandangan rakyat dan pandangan alternatif," ujar Anbalagan. DD KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 17 Jun 2012 04:03 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan