ALHUSSEYN |
- Antara Nombor Plat Kereta dan Keperluan Asas Hidup - Mana Lebih Utama?
- Mengapa Sultan Begitu Bodoh?
- Memang Dah Betul - Apasal Tuduh Nizar Buat Fitnah?
Antara Nombor Plat Kereta dan Keperluan Asas Hidup - Mana Lebih Utama? Posted: 05 Jun 2012 05:00 AM PDT Rakyat Johor sungguh bertuah kerana mempunyai seorang sultan yang banyak berkorban demi untuk kepentingan rakyat baginda. Menurut Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail, sejak bergelar Raja Muda Johor lagi baginda tidak pernah mengambil walau satu sen daripada kerajaan negeri. Menurutnya, wang yang diperuntukkan kepada ayahandanya sebagai Sultan Johor dan beliau sendiri selaku Tunku Mahkota Johor setiap bulan pun disalurkan kepada Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim. Ada yang memuji sikap Sultan Johor tersebut kerana tidak menggunakan kedudukan baginda untuk mendapatkan nombor tersebut secara percuma, tetapi secara jentelman ikut membida. Wang RM520k tersebut akan masuk ke kantong kerajaan dan akan kembali kepada rakyat akhirnya. Apakah tindakan baginda ini perlu dipuji dan digalakan lagi? Dan kita minta yang lain-lain Sultan ikut jejak langkah baginda? Ini perlu sama-sama diteliti,Kalau boleh masukan perkara ini dalam agenda Mesyuarat Raja-Raja yang akan datang. Walau apa pun, kita patut salut diatas segala pengorbanan Sultan Johor tersebut. Tetapi apalah kiranya sangat paduka tuanku Sultan dan anakanda baginda naik murka kepada capal yang hina Nizar Jamaludin? Nizar sama sekali tidak mencerca atau menghina tuanku. Beliau sekadar mencadangkan cara yang terbaik untuk membantu rakyat tuanku sendiri dengan wang yang sebanyak itu. Demi untuk mempastikan bantuan tersebut benar-benar sampai kepada sasarannya dengan membina 20 buah kediaman bagi rakyat yang miskin kedana. Nizar tidak ada langsung menyebut nama kebawah duli Tuanku, jauh sekali menuduh Tuanku menggunakan wang rakyat. Beliau sentuh secara am sahaja. mencemar kemulian kebawah Duli Tuanku. Kita berharap dan mendoakan agar kebawah Duli Tuanku Sultan akan terus berkorban untuk kesejahteraan rakyat baginda, terutamanya rakyat Tuanku Orang Asli Seletar ( gambar kiri atas) . Lihatlah video berikut mengenai rintihan penderitaan mereka yang sangat memerlukan bantuan Tuanku. Kepada rakyat seperti mereka ini, kalau dianugerahkan nombor plat kereta itu kepada mereka tentu tidak ada memberi makna apa-apa pun. Mungkin hanya digunakan untuk jadi bahan pembakar sahaja! Mereka ini hanya mahukan keperluan asas kehidupan yang dinafikan ke atas mereka walaupun negara sudah hampir 55 tahun mencapai kemerdekaan. |
Posted: 05 Jun 2012 12:28 AM PDT Bukan aku kata, kerabat sultan Selangor kata gitu – Raja Petra Kamarudin (RPK)! Saya petik antara tulisannya yang telah diterjemahkan seperti berikut: Kadang-kadang Sultan boleh menjadi begitu bodoh. Apabila mereka boleh mendapatkannya secara percuma mereka menawarkan untuk membayar lebih daripada RM500,000. Dan kerana mereka membayar lebih daripada RM500,000 kini telah menjadi satu isu. Jika mereka hanya membuat panggilan telefon dan menyelamatkan RM500,000 dengan mendapatkan nombor percuma, sepertimana jutawan perniaga Cina dan ahli politik Melayu kebiasaannya, maka isu tersebut tidak akan kecoh atau melalut. (perenggan 12) Tiada siapa yang berkata Sultan menggunakan wang rakyat untuk membeli nombor. Tiada siapa yang berkata pembayar cukai membayar untuk nombor tersebut. Apa yang rakyat marah tentang mengapa membazir daripada RM500, 000 pada sesuatu nombor pendaftaran kereta, walaupun anda menggunakan wang anda sendiri dan bukan wang pembayar cukai? Ia adalah satu pembaziran, seperti mana ramai yang berkata.(perenggan15) RPK mengakhiri tulisannya dengan berkata, "I pun tak paham lah! Kadang-kadang Sultan ni tak betul juga. Boleh dapat free pergi bayar. Buat apa? Sekarang kan dah kecoh? Orang Johor dan Polis Johor sila baca tulisan RPK ini. Korang bacalah sendiri di sini Dan dipersilakan ambil tindakan bawah akta menghasut seperti mana mereka lakukan terhadap DS Nizar. Sebelum ini penulis blog adukataruna.blogspot.com.my, Khairul Nizam dibebaskan dari tuduhan menghina Almarhum Sultan Johor.Lihat di sini |
Memang Dah Betul - Apasal Tuduh Nizar Buat Fitnah? Posted: 04 Jun 2012 06:07 PM PDT Pagi semalam aku sempat bergebang dengan bekas Setiausah Politik DS Nizar, Ust Misbahul Munir. Kami pergi minum-minum di kedai 'Rumpun' dekat pejabat Perhubungan Pas negeri. Dari mana ? Tanya Misbah, dari IPD buat liputan Pemuda buat laporan polis mengenai isu plate Sultan Johor, jawab ku pendek. "Sultan Johor beli plate kereta dengan harga RM520k tu betul ke tidak?" Aku bertanya kepada Misbah. "Betullah tu, JPJ ada keluarkan rekod mengenainya," balas Misbah. "Kalau betul, apasal diaorang kata Nizar buat fitnah?" tanya ku lagi. "Itulah, mereka tokok tambah, kata Nizar tuduh Sultan gunakan wang rakyat beli nombor plat itu!" mendengus bunyi Misbah. "Padahalnya, Nizar tidak sebut pun nama Sultan . Nizar sebut secara umum sahaja. Diaorang pandai-pandai yang tokok tambah," rungut Misbah. "Kira-kira diaoranglah yang sepatutnya disiasat bawah Akta Hasutan," sambung ku. ( Korang boleh lihatlah sendiri bukti-bukti tersebut yang ada bawah nih.Klik untuk besarkan) "Polis kita.....ko tahulah....." Misbah sengaja tidak mahu melengkapkan ayatnya. Nampak beliau begitu kesal dan menyampah dengan sikap PDRM. "Hang patut tulis tu dalam blog. Hidupkan semula blog hang tu ..." pinta ku kepada Ust Misbah. "Insya' Allah...." katanya. "Aku lebih suka tulis kat facebook lagi....," sambungnya . Saya katakan kepadanya, tulisan di facebook agak terhad dan tidak dapat menghuraikan sesuatu isu dengan lebih terperinci. Dia akui dan katanya akan cuba hidupkan semula blognya itu. Harap-harap, blog beliau akan aktif semula sedikit masa nanti kerana ramai peminat blognya ternanti-nantikan tulisan beliau. |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan