DUNIACACAMARBA |
- Bapa Rogol Anak yang Sedang Demam Kuat
- Tubuh Sihat Jika Elak Makan Daging
- Hampir 50% Tepung Mengandungi Campuran Benzoil Peroksida?
- Minyak...Oh...Minyak...Rakyat Tertipu!
- [Gambar] Antara Alasan Untuk Orang Melaka TOLAK BN!!!
- [Wajib Baca] Majlis Syura PAS: Demo BERSIH 3.0 Sesuai, Selari Syariat
- [Berita Baik] Tidak Perlu Bayar Hutang PTPTN, Kerana...
- Siapa Ajar Menteri MCA Bida No Plat Guna Wang Rakyat?
- Serbu Kaki Khalwat, Jumpa Mangsa Rogol
- Lelaki Kemaruk Cinta-Berahi Anak Saudara Sanggup Rogol dan Ugut Sebar Gambar Bogelnya
Bapa Rogol Anak yang Sedang Demam Kuat Posted: 05 Jun 2012 06:53 AM PDT | ||||
Tubuh Sihat Jika Elak Makan Daging Posted: 05 Jun 2012 05:00 AM PDT [BH] CANBERRA: Doktor di Australia memberi jaminan kepada pesakit mereka akan mendapat manfaat jika mengamalkan diet yang bebas daripada daging. Satu kajian penyelidikan saintifik pertama, diterbitkan dalam Jurnal Perubatan Australia, mendapati pengamal diet sayuran menerima banyak manfaat kesihatan berbanding risiko daripada diet berasaskan tumbuhan. Jurnal itu memeriksa kekurangan zat yang secara tradisi dianggap menjejaskan mereka yang mengamalkan diet sayuran dan mendapati mereka menerima cukup protein, zat besi dan zink. Pakar nutrisi Rosemary Stanton, yang menulis satu ruangan editorial terhadap kertas penyelidikan itu berkata, bukti saintifik menunjukkan satu diet terancang berasaskan tumbuhan dapat memenuhi keperluan nutrisi golongan dewasa dan kanak-kanak. "Bukti menunjukkan mereka yang mengikuti satu diet sayuran kemungkinan kurang mendapat penyakit jantung, kurang kanser usus, kurang mendapat diabetes jenis-2 dan kurang obes," katanya. – Agensi | ||||
Hampir 50% Tepung Mengandungi Campuran Benzoil Peroksida? Posted: 05 Jun 2012 04:07 AM PDT Hanya untungkan syarikat [HM] KUALA LUMPUR: Penambahan 'benzoil peroksida' dalam tepung gandum hanya menguntungkan syarikat pengeluar kerana campuran bahan kimia berkenaan mampu mempercepatkan proses kematangan tepung kurang matang daripada tempoh sebenarnya. Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, senario itu menyebabkan hampir 50 peratus tepung yang berada di pasaran tempatan ketika ini mengandungi bahan campuran berkenaan. "Tidak ada faedahnya bahan berkenaan diletakkan di dalam tepung gandum sedangkan harga dan kualitinya tetap sama jika bahan berkenaan tidak digunakan sekalipun kerana penggunaannya lebih menguntungkan syarikat tertentu. "Antara sebab syarikat lebih gemar menggunakan bahan berkenaan kerana ia mampu mempercepatkan proses 'penuaan' tepung gandum sekali gus membolehkan tepung dihasilkan dapat dipasarkan kepada pengguna bagi meraih keuntungan," katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mengenai penggunaan 'benzoil peroksida' dalam tepung gandum tidak memudaratkan kesihatan pengguna jika kadar bahan itu menepati piawaian antarabangsa iaitu 60 miligram per kilogram (mg/kg). Menurutnya, bagi negara ini penggunaan bahan itu dalam tepung gandum hanya dibenarkan pada kadar tidak melebihi 50 mg/kg mengikut Perkara 42, Peraturan Makanan 1985. Kenyataan itu dikeluarkan selepas Rosnah menerima memorandum tujuh muka surat daripada PPIM mengenai bantahan penggunaan racun dalam makanan dan desakan kerajaan mengharamkan penjualan serta penggunaan tepung mengandungi bahan peluntur. Nadzim berkata, penggunaan bahan yang mampu mempercepatkan proses kematangan tepung mendatangkan keuntungan lebih kepada sektor industri, meskipun pada jangka panjang pengguna mengalami kerugian dari aspek kesihatan. "Senarionya, 'benzoil peroksida' sudah 50 tahun digunakan dalam pasaran negara ini dan tidak ada sebab ia perlu digunakan. Kalau ada sebab bahan berkenaan digunakan tidak mengapa," katanya. P/s: AWAS! | ||||
Minyak...Oh...Minyak...Rakyat Tertipu! Posted: 05 Jun 2012 02:00 AM PDT
[Blog Marhaen] Kerajaan mendakwa kualiti RON97 lebih baik berbanding RON95. Disebabkan kualiti yang lebih baik, kerajaan menetapkan harga runcit RON97 sebanyak RM2.90 seliter manakala RON95 yang kurang berkualiti pada harga RM1.90 seliter. Jika dilihat, memang jelas RON97 (RM2.90) berharga lebih RM1 daripada RON95 (RM1.90). Tetapi, kerajaan juga begitu bangga menyatakan bahawa petrol RON95 telah diberi subsidi kerana rakyat diutamakan. Bukan sedikit tetapi subsidi dan cukai berjumlah RM1.45 terpaksa ditanggung oleh kerajaan bagi menetapkan harga runcit RON95 pada paras RM1.90 seliter. Dengan harga RM1.90 seliter dan ditambah nilai subsidi RM1.45 seliter yang ditanggung oleh kerajaan, maka harga RON95 TANPA SUBSIDI ialah RM3.35 manakala RON97 yang lebih berkualiti tetapi TANPA sebarang subsidi hanya berharga RM2.90! Sekiranya kedua-dua gred petrol dijual TANPA sebarang subsidi, maka harga RON95 (RM3.35) lebih tinggi daripada RON97 (RM2.90). Petrol yang lebih berkualiti lebih murah daripada petrol yang kurang berkualiti! Jika begitulah halnya, adalah lebih baik kerajaan menukarkan subsidi RM1.45 seliter yang diberikan kepada petrol gred RON95 (yang kurang berkualiti) dan memindahkan subsidi berkenaan kepada petrol RON97. Rakyat akan menikmati petrol yang berkualiti lebih baik dengan harga yang jauh lebih murah. Dengan kadar subsidi RM1.45, harga petrol gred RON97 dapat dinikmati oleh rakyat dengan harga RM1.45 seliter! (RM2.90 - RM1.45). Dengan harga yang lebih murah dan Rakyat dapat menggunakan petrol daripada gred RON97 yang lebih berkualiti.... RON97 berharga RM1.45 seliter! Macam mimpi! Sambung baca di sini. | ||||
[Gambar] Antara Alasan Untuk Orang Melaka TOLAK BN!!! Posted: 05 Jun 2012 12:00 AM PDT
| ||||
[Wajib Baca] Majlis Syura PAS: Demo BERSIH 3.0 Sesuai, Selari Syariat Posted: 04 Jun 2012 11:05 PM PDT [MK] Majlis Syura Ulama PAS menolak pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan yang dilihat bersikap negatif terhadap perhimpunan BERSIH pada 28 April lalu. Badan tertinggi parti Islam itu berpendapat, perhimpunan pimpinan Datuk S Ambiga itu bukan sahaja tidak bercanggah dengan syariat, malah paling sesuai untuk menentang "kezaliman dan kemungkaran" pemerintah. "Ia amat selari dengan syariat bagi menegakkan amar makruf dan nahi mungkar," menurut kenyataan majlis yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik itu. "Bahkan ia menjadi wajib apabila tiada cara lain yang lebih berkesan bagi menyekat kemungkaran dan tindakan Umno dan BN, yang membahayakan keselamatan negara dan terus menerus dengan cara kezaliman dan penipuan yang licik, bukan sahaja kepada PAS tetapi kepada orang Umno itu sendiri." Majlis Syura Ulama PAS juga berkata, amalan demonstrasi mempunyai asas kuat menurut sunah dan sejarah Islam dan perkara "teknikal" seperti isu bergabung dengan bukan Islam bukan isu selagi tidak menghakis dasar Islam. | ||||
[Berita Baik] Tidak Perlu Bayar Hutang PTPTN, Kerana... Posted: 04 Jun 2012 09:45 PM PDT [MK] Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru kepada golongan peminjam supaya tidak membuat bayaran kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Anwar menyatakan demikian kepada 10,000 orang dalam satu ceramah di kawasan parlimennya, Permatang Pauh pada malam Sabtu lalu, menurut laporan akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily. Akhbar itu memetik Anwar sebagai berkata, Pakatan Rakyat didakwa akan memansuhkan PTPTN dalam tempoh setahun sekiranya pilihan raya diadakan pada tahun ini dan jika Pakatan berjaya menawan Putrajaya. Skim pinjaman itu akan digantikan dengan pendidikan percuma dari peringkat sekolah rendah sehingga pengajian tinggi, untuk semua rakyat Malaysia, kata Anwar lagi. Beliau juga mengulangi tawaran Pakatan untuk mengurangkan harga minyak dalam tempoh sehari selepas Pakatan Rakyat membentuk kerajaan, menurut laporan itu. P/s: Pangkah Pakatan Rakyat dalam PRU 13 untuk mengetahui kebenarannya. Jangan TIBAI tanpa memberi mereka peluang untuk membuktikan kata-kata mereka. Ubah sekarang! | ||||
Siapa Ajar Menteri MCA Bida No Plat Guna Wang Rakyat? Posted: 04 Jun 2012 09:00 PM PDT [HD] KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) kesal dengan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mempertahankan bidaan RM24,200 yang dibuatnya untuk nombor pendaftaran WWW15 baru-baru ini. Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid mempersoalkan apakah rasional menteri berbelanja untuk hanya nombor pendaftaraan kereta rasmi yang boleh menyara rumah kos rendah buat sebuah keluarga miskin atau menaja seorang pelajar miskin untuk masuk universti. Baginya, sikap dan mentaliti menteri beginilah yang membuatkan rakyat sedang mual dengan kepimpinan negara yang ada sekarang, hanya kerana mereka terus berkuasa, apa saja tindakan dianggap punya rasional belaka. Katanya, baru sahaja rakyat mempersoalkan kerajaan mengesahkan mengeluar perbelanjaan besar untuk perhimpunan jutaan belia di Putrajaya. Beliau menambah, walaupun sebahgiannya adalah ditaja oleh swasta namun imej kerajaan sangat dipersoalkan. "Membayar RM2.4 juta untuk penari separuh bogel dari Korea dianggap tidak bermasalah sedangkan ada rakyat yang bercekang mata untuk mencari nafkah dalam keadaan kos hidup yang terus meningkat," ujarnya dalam satu kenyataan. Azmi brkata, nampaknya kerajaan yang ada sekarang lebih cepat membawa negara ke ambang muflis. Katanya, pimpinan negara seolah memejam mata dan memekak telinga dengan apa yang sedang berlaku di Eropah. "Di kala ekonomi Greece dan kini Portugal dan ia sedang merebak ke seluruh Zon Eropah, berada di ambang keruntuhan ekonomi yang serius dan rakyat bangkit mengguna hak demokrasi di jalan raya, pemimpin Malaysia terus berbelaja besar dengan hal-hal yang sama sekali tidak produktif malah membazir," ujarnya lagi. Ujarnya, pemimpin kerajaan Malaysia kini masih terus mengamalkan polisi rendah akal dan tidak menunjukkan tahap kematangan mengurus sumber negara dengan beramanah. "Kami berpendapat menteri berkenaan sudah jauh ketinggalan zaman dalam berfikir seolah rakyat tidak akan mempersoalkan tindakannya. Beliau mengambil sikap simplistik bahawa kuasa boleh melakukan apa sahaja tanpa diteliti oleh rakyat," katanya. Beliau juga mempersoalkan kenyataan Tiong Lai bahawa tindakan itu diambil kerana nombor baru itu untuk kereta rasmi baru yang sudah melepasi jangka hayat. "Adakah alasan ini masih boleh diterima oleh rakyat?" tanya beliau. Justeru, katanya Teras ingin bertanya, apakah tidak ada peraturan dan garis panduan berbelanja dari Perbendaharaan Negara dalam hal-hal seperti ini. "Adakah ada dalam peraturan, sesebuah agensi atau menteri boleh mengeluarkan perbelajaan untuk hal seperti membida nombor pendaftaraan kereta rasmi?" tanya beliau lagi. Menurut laporan media berbahasa Cina, Liow menjelaskan bahawa bidaan itu dijalankan oleh pegawainya. Soalnya kuasa pembidaan itu diperkenankan oleh menteri dan dizinkan walaupun menelan belaja yang besar. Tambahnya, Teras amat kesal kerana nampaknya Menteri Malaysia berfikir bahawa dengan nombor pendaftaraan unik seperti WWW 15 dianggap melambangkan kehebatan. "Inikah mentaliti menteri yang ada? "Kami sama sekali tidak dapat menerima mana-mana perbelanjaan wang awam untuk perkara-perkara yang tidak ada kena-mengena dengan kebajikan rakyat. Malah kami mengutuk dan membantah budaya membazir dan menyalahguna wang rakyat untuk hal yang remeh dan dan tidak perlu. "Kami mendesak agar pembidaan itu dibatalkan dan wang itu diserah kembali kepada Perbendaharan Negara," kata Mohd Azmi. | ||||
Serbu Kaki Khalwat, Jumpa Mangsa Rogol Posted: 04 Jun 2012 08:00 PM PDT [BH] SEGAMAT: Serbuan pasukan penguat kuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) di sebuah rumah di Tebing Tinggi, dekat sini, membongkar perbuatan seorang remaja berusia 18 tahun yang baru saja merogol pelajar Tingkatan Dua, dalam kejadian awal pagi semalam. Selain itu, penguat kuasa turut menahan enam lagi lelaki berusia 16 tahun hingga 24 tahun di rumah berkenaan yang dipercayai bersubahat dengan membiarkan saja perbuatan rogol berkenaan. Ketua Polis daerah, Superintendan Hanafi Daud, berkata kejadian dipercayai berlaku antara jam 11.30 malam hingga 5 pagi semalam, sebelum penguat kuasa menyerbu rumah berkenaan. Mangsa berusia 14 tahun itu yang tinggal di Jalan Medoi, dekat sini dikatakan pergi ke rumah itu dengan menunggang motosikal dengan seorang rakan lelaki yang dikenali menerusi laman sosial. Katanya, mangsa berusia 14 tahun itu yang tinggal di Jalan Medoi, dekat sini dikatakan pergi ke rumah itu dengan menunggang motosikal dengan seorang rakan lelaki yang dikenali menerusi laman sosial. "Pada mulanya mangsa bertemu dengan rakannya yang juga berusia 18 tahun di kedai makan di Bukit Siput sebelum membonceng motosikal ke sebuah rumah di Tebing Segamat untuk bertemu rakan lelaki berkenaan. "Rumah itu dikatakan milik seorang daripada enam lelaki itu dan ketika kejadian keluarganya tiada di rumah. Setiba di rumah itu mangsa dikatakan pergi ke tandas sebelum suspek yang berusia 18 tahun menariknya ke sebuah bilik dan merogolnya," katanya. Hanafi berkata, pada masa yang sama pasukan penguat kuasa JAJ menyerbu rumah berkenaan selepas menerima maklumat mengenai kes khalwat. Katanya, dalam serbuan itu JAJ menahan tujuh lelaki dan seorang wanita selepas dimaklumkan mengenai kes rogol berkenaan, jabatan berkenaan membuat laporan di Balai Polis Jementah. Beliau berkata, susulan kejadian itu, pihaknya menahan suspek untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, manakala enam rakannya dibebaskan dengan jaminan keluarga. "Polis masih menyiasat kes itu dan mangsa dibawa ke Hospital Segamat untuk pemeriksaan," katanya. | ||||
Lelaki Kemaruk Cinta-Berahi Anak Saudara Sanggup Rogol dan Ugut Sebar Gambar Bogelnya Posted: 04 Jun 2012 07:04 PM PDT
[HM] GOMBAK: Kemaruk untuk berkahwin dengan anak saudaranya, seorang lelaki merogol wanita itu di dalam kereta sebelum merakam gambar mangsa dalam aksi tidak sopan dan mengugut menyebarkannya jika mangsa enggan menerima dia sebagai suami. Mangsa, penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) berusia 22 tahun yang trauma selepas menjadi mangsa lelaki berusia 30-an itu membuat laporan di Balai Polis Brickfields, kelmarin sebelum kes itu dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak. Menurut sumber, sebelum kejadian pada jam 1 pagi kelmarin, mangsa yang berada di rumah sewanya di Jalan Klang Lama diajak lelaki terbabit ke Uptown Kota Damansara untuk membeli seluar. "Mangsa dijemput suspek pada jam 10 malam dengan kereta. Selepas membeli seluar di Uptown Kota Damansara, mangsa dibawa ke sebuah ladang sawit di Kundang dan sejurus memberhentikan kereta, suspek mula mencabul mangsa sambil meluahkan perasaan cinta serta hasratnya ingin mengahwini mangsa," katanya. Menurutnya, mangsa merayu tidak diapa-apakan dan berjanji akan berkahwin dengannya. Bagaimanapun, suspek yang tidak percaya merogol mangsa sebelum merakam gambarnya dan mengugut menyebar gambar itu jika mangsa enggan berkahwin dengannya. Sejurus dihantar pulang ke rumah, mangsa membuat laporan polis dan Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan berkenaan. P/s: Gila! |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan