AdukaTaruna |
Kemaluan wanita : Dialog gua dengan orang Iran Posted: 22 Jun 2012 09:47 AM PDT Oleh : AdukaTaruna Ada banyak penjelasan bab Syiah, terutama bab kafirkan sahabat. Tapi masa tak sesuai gua nak dedahkan. Kena tunggu dialog sunni-syiah sah jadi ke tak, dulu. N3 ni gua nak share penjelasan peniaga expo Iran berkenaan isu Syria. Dengan bantuan member yang fasih BI, dialog lebih kurangnya begini : "Tabung ini untuk kerajaan Presiden Syria atau untuk rakyat Syiria?" (merujuk tabung bantuan untuk Syria dalam expo) "Rakyat Syria." "Sepatutnya kena tulis untuk rakyat Syria sebab kami fikir tabung ini untuk kerajaan Syria." "Kami tak sokong langsung kerajaan Syria. Pada kami, mereka pro Israel dan USA." "Bagi kami, tabung2 dari Malaysia untuk Palestine atau Syria, akan diserahkan kepada pihak yang menyokong Israel dan USA." "Tidak. Ini bukan tabung rasmi kerajaan Malaysia. Ini tabung yang diuruskan NGO yang anti Israel." "Kamu sepatutnya tulis untuk rakyat Syria. Bukan sekadar meletak bendera dan nama Syria." "Kenapa kerajaan Iran tak bantu rakyat Syria?" "Bagaimana kamu tahu kami tak bantu?" "Kamu membiarkan kerajaan Syria membunuh rakyatnya sendiri." "Pertama kamu hanya baca berita dari sumber USA sendiri. Kedua, ianya sama macam kenapa kerajaan Kelantan membiarkan muslim Selatan Thailand dibunuh oleh kerajaan Thailand. Kenapa tidak bantu?" "Banyak premis untuk jawab soalan tu." "Sama macam kami. Kamu hanya pandang ini perbuatan Syiah-Sunni. Sebenarnya ianya lebih kepada politik yang komplek. Membantu rakyat Syria secara rasmi dan senjata bermakna kami mencatat sejarah sebagai pemula perang kepada Iran-USA. Sejarah akan mencatat kami yang memulakan perang, bukannya USA." "Adakah kerajaan Syria adalah Syiah?" "Adakah kerajaan Malaysia adalah sunni? Presiden Syria adalah penyembah kemaluan wanita. Adakah itu Syiah? "Ha? Kemaluan wanita?" |
Projek masuk gelanggang Syiah. Posted: 21 Jun 2012 07:49 PM PDT Oleh : AdukaTaruna Gua bukannya berani sangat. Tapi sekurang2nya gua bukan penakut macam ulama Sunni Hadi Awang yang lari ketika mahu disoal. Dan membenarkan samseng sunni membelasah si penyoal. Itu adalah sejarah ulama sunni yang gua catit. Kepala gua dah bengkak ingin mengetahu hujah Syiah solat atas batu. Gua dengar batu itu dari Karbala. Melalui Jeming, tadi, di expo, gua menahan seorang Ostad Syiah Melayu Kelantan. Untuk bertanya apakah pundeknya solat guna batu. Dan ostad Syiah tak lari bila disoal. Ini adalah dialog lebih kurang : "Assalamualaikum ostad." "Waalaikumussalam." "Nak bertanya pasal Syiah boleh, ostad?" Ostad tu terpinga. Jeming tarik dia jauh sket. "Nak tanya pasal batu, ostad. Apsal orang Syiah solat guna batu?" "Bukan batu. Tapi tanah. Sebab Muhammad saw tak pernah solat atas carpet atau sejadah. Ini bermula zaman Muawiyah. Kalau ada pun dakwaan Muhammad solat atas hamparan, ianya terlalu sedikit berbanding Muhammad solat atas tanah." "Tanah Karbala?" "Tanah mana2 pun boleh. Tapi tanah Karbala dianggap lebih afdol." "Apa hukum pada orang Syiah kepada muslim yang solat atas sejadah?" "Solat mereka sah. Tapi mereka solat lebih banyak seperti Muawiyah, berbanding solat Muhammad yang lebih banyak atas tanah." "Katakan Syiah mahu solat sebelah saya. Dan saya curi tanah dia. Adakah Syiah tadi perlu cari tanah lain untuk solat? "Tanah bukan rukun solat. Mereka boleh bersolat seperti Muawiyah. Tapi untuk pilihan terakhir. Solat atas daun yang tidak dimakan manusia juga lebih afdal dari solat atas sejadah." Gua dah kehilangan hujah. "Saya masih tak terima lagi ostad. Nak rujuk lagi." Dalam kepala otak gua ialah Ostad Wan Ji. "Takper. Boleh datang rumah untuk kupasan lebih." Menjelang Asar, Allah takdirkan Ostad Crab jumpa gua untuk projek sulit A. Apa itu projek sulit A, tunggu nanti, gua dan rakan2 akan lancarkan. Insyaallah. Kesempatan itu gua ambil untuk bahasakan hujah Syiah bab solat tanah. Ostad Crab setuju nak follow gua ke rumah Ostad Syiah sebagai pengimbang gua. Kalau Ostad Syiah tu terbuka gua bawa Ostad Crab sebagai pengimbang gua, gua akan bawakan lu perbahasan Syiah-Sunni yang insyaallah, gua akan control suasananya. |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan