Jumaat, 22 Jun 2012

shalehudin

shalehudin


Saja aku nak SAKITKAN HATI macai2 Umno... kahkahkah...

Posted: 22 Jun 2012 09:48 AM PDT

Semasa menjadi Ketua Polis Dang Wangi, Fauzi terkenal dengan tindakannya membanteras maksiat di pusat bandaraya Kuala Lumpur. Tindakan beliau pernah dikecam oleh seorang menteri yang menyifatkan tindakan Fauzi akan menghalau pelancong dari negara ini.

Datuk Fauzi menjelaskan bahawa tujuan menyertai PAS bukan berniat untuk menjadi calon atau mempunyai kepentingan tertentu, tetapi sekadar mahu membantu usaha ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa PAS

Penyertaan dalam PAS itu dibuat selepas yakin dirinya tidak terlibat dalam sebarang kes jenayah semasa berada dalam pasukan polis.

Datuk Fauzi menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS kepada Presiden PAS, Datuk Hj Abdul Hadi Awang. Penyerahan borang keahlian disaksikan kira-kira 5,000 penyokong Pakatan Rakyat (PR).


HANCUSS harapan pecacai Umno... kahkahkah...

Posted: 22 Jun 2012 07:45 AM PDT

Fokus hanya 1 sekarang, jatuhkan BN - Rafizi

KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar) menegaskan, fokus dalam hidup beliau sekarang hanya satu iaitu 'menjatuhkan BN'.

Beliau memberikan jaminan, perletakan jawatannya dari pejabat Penasihat Ekonomi Selangor semalam akan membantu beliau mencapai sasaran tersebut.

"Fokus saya dalam hidup sekarang hanya 1 iaitu menjatuhkan BN.

"Perletakan jawatan saya akan membantu (hasrat ini)," tulis Rafizi dalam Twitternya.

Rafizi membuat penjelasan ini melalui Twitter beliau yang ekoran ditanya bertubi-tubi tentang makluman yang beliau buat semalam iaitu perletakan jawatan itu.

Rafizi memohon supaya beliau diberikan beberapa hari untuk bersama dengan isteri dan keluarganya.

"Bagi saya beberapa hari untuk isteri dan keluarga saya," kata Rafizi melalui Twitternya.

Walaupun begitu, beliau sibuk sejak malam tadi lagi memenuhi program PKR walaupun pelbagai andaian dibuat oleh media Umno khasnya Utusan Malaysia dan para bloggernya.

Hari ini beliau bertolak ke Kemaman, tempat kelahiran beliau untuk bersama-sama dengan Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution dan Naib Presiden PKR, Tian Chua berceramah di sana.

Besok juga beliau mempunyai jadual yang penuh tidak sebagaimana yang diandaikan media Umno dan BN, parti komponen Pakatan Rakyat itu dalam krisis ekoran perletakan jawatan Rafizi.

"Jadual esok: 11 pagi Konvensyen PKR Perak/Ipoh, 2 petang program bersama siswa/anak muda/Ipoh, 9 malam 2 ceramah di Sg Petani 2 pg tido tepi jalan," tulis Rafizi dalam Twitternya hari ini.

Utusan boleh gila meroyan...

Posted: 22 Jun 2012 06:07 AM PDT

Kita mau kasik 3 kali MALU BUSAT sama liaa... kahkahkah...


Guan Eng menang satu lagi saman ke atas Utusan

Ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memenangi satu lagi saman fitnah ke atas Utusan Malaysia hari ini di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Saman itu berhubung satu laporan pada 15 Mac 2008 yang disiarkan akhbar milik Umno tersebut, mengenai dakwaan untuk menghapuskan Dasar Ekonomi Baru.

Ini merupakan kemenangan kedua Lim di mahkamah ke atas Utusan.


****************************


Utuseks kaki fitnah kini tersembam lagi dikaki Guan Eng...

Kahkahkah...

Malaysiakini


Nama2 yang tersebut dalam ni, patut sangat depa susah hati...

Posted: 22 Jun 2012 05:03 AM PDT

Kes Scorpene: Saksi pertama terima sapina Mahkamah Perancis

KUALA LUMPUR 21 Jun: Sapina untuk saksi pertama kes skandal penyelewengan kapal selam Scorpene – Jasbir Singh Chahl sudah diperolehi dari Mahkamah Perancis dan dalam proses penyerahan.

Sekretariat Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dalam satu kenyataan hari ini berkata, penghantaran sapina tersebut dalam proses dan memerlukan beberapa hari untuk dilaksanakan.


"Kami tidak ada maklumat yang tepat bila jangka masa sapina itu akan diserahkan," kata kenyataan itu dipetik Harakah Daily.

Suaram mengulas kenyataan Jasbir yang merupakan pembantu kanan Abdul Razak Baginda sebelum ini yang menafikan kaitannya dengan kes pembelian Scorpene.

Jasbir berkata, sehingga kini beliau tidak menerima sebarang sapina dari mana-mana mahkamah.

Menurut Suaram, peguam mereka di Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham mengesahkan Jasbir adalah salah seorang saksi kes ini dan mahkamah telah mengeluarkan sapina untuknya.

Suaram adalah pihak pelapor dalam kes rasuah pembelian Scorpene kepada mahkamah Perancis kerana ia melibatkan syarikat negara itu.

Sebelum ini, Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel telah memaklumkan saksi pertama kes skandal penyelewengan kapal selam Scorpene akan hadir ke mahkamah Perancis kerana sapina terhadapnya telah dikeluarkan.

Saksi berkenaan katanya, adalah Jasbir Singh Chal, bekas Pengarah Perimekar Sdn Bhd yang juga pembantu kanan Abdul Razak Baginda.

Cynthia mengumumkan perkara itu di akhir Majlis Makan Malam Kutipan Dana Ops Scorpene anjuran Suaram yang dihadiri kira-kira 1,000 orang, 16 Jun lalu.

"Kita patut merasa gembira dengan perkembangan kes ini kerana saksi pertama iaitu Jasbir Singh, saksi yang terlibat dan mengetahui banyak maklumat akan dipanggil ke mahkamah (Perancis) kerana sapina sedang dalam perjalanan ke rumahnya," kata Chynthia.

Selain Jasbir, individu lain yang akan turut dipanggil sebagai saksi termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; pemilik Perimekar Sdn Bhd dan Terasasi (HK) Limited, Abdul Razak Baginda serta isterinya, Mazlinda dan bapanya.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi juga dinamakan sebagai saksi oleh peguam Suaram.- KD

NAJIB tentu tak mau tidoq luaq... kahkahkah...

Posted: 22 Jun 2012 12:51 AM PDT

Keberanian KJ Dan Saifuddin Bakal Memakan Diri

Oleh Shahbudin Husin
Meminjam kata-kata moderator debat, Prof Mohamad Abu Bakar yang menyifatkan Saifuddin Abdullah, Ahli MT UMNO adalah suara siuman di antara suara yang sumbang, tidak syak lagi menyerlahkan hakikat bahawa beliau adalah antara pemimpin UMNO yang berani, terbuka dan sesuai dengan kehendak semasa.

Saifuddin adalah pemimpin kedua UMNO yang berani berdebat dengan pembangkang setelah Ketua Pemuda UNNO, Khairy Jamaluddin menunjukkan keberanian berdebat dengan Pengerusi Bersih, S Ambiga dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli sebelum ini.

KJ telah berdebat mengenai sistem pilihanraya dengan S Ambiga manakala dengan Rafizi pula berkenaan tabung pendidikan, PTPTN.

Saifuddin pula pada malam 19 Jun lalu telah berdebat dengan Naib Presiden Pas, Sallahuddin Ayob dengan tajuk "demonstrasi jalanan, meruntuh atau mengukuhkan demokrasi"

Dalam situasi gelora anak muda begitu membara dan pelbagai isu meledak di atmosfera politik, debat antara dua parti yang berbeza pandangan mampu melahirkan kematangan dan penunjuk arah yang jelas kepada rakyat dalam membuat pilihan terhadap parti dan pemimpin yang terbaik.

Di Amerika dan beberapa negara Eropah, debat sudah menjadi antara medium yang diterima rakyat mereka dalam memilih pemimpin.

Di ketika semua pemimpin UMNO takut untuk diajak berdebat,termasuk Perdana Menteri sendiri, KJ dan Saifuddin yang berani berdebat adalah penyelamat dan pembawa suara yang menunjukkan UMNO masih dilihat siuman dengan sikap terbuka, matang dan berani meskipun pemimpin lain gemar memperlihatkan watak sumbang di mata rakyat.

Soal menang atau kalah dan siapa yang dilihat lebih berwibawa bukanlah soal penting dalam debat tetapi yang lebih mustahak ialah keberanian dan kematangan yang ditunjukkan dalam debat tersebut.

KJ dan Saifuddin mungkin telah memenuhi selera anak muda dan rakyat kebanyakannya. Mereka juga mungkin digambarkan sebagai antara pemimpin masa depan yang masih ideal untuk negara ini.

Cumanya, masih idealkah mereka di hati UMNO?

Seperti KJ, sejak keberaniannya berdebat, perdebatannya tentang masa depan politiknya mulai diperkatakan. Ramai yang mengatakan beliau mungkin akan digugurkan dalam pilihanraya akan datang ini.

KJ sendiri menyedari hakikat itu. Sementara kedudukannya masih 50-50 antara menjadi calon atau tidak, KJ secara terbuka mengakui beliau masih mahu bertanding di Rembau. Beliau juga lebih rela tidak bertanding jika pucuk pimpinan mahu meletakkannya di tenpat lain. Ini berikutan terdapat ura-ura mahu meletakkan KJ di Kepala Batas menggantikan Pak Lah yang sudah pun mengumumkan akan mengundur diri.

Dengan menyebut masih mahu bertanding di Rembau, bermakna KJ tahu ada usaha mahu meminggir atau meletakkannya bertanding di tempat lain dengan maksud yang sama.

Walaupun KJ juga secara terbuka berkata akan terus mempertahankan jawatan Ketua Pemuda yang sedang disandangnya dan memerlukan sepenggal lagi bagi meneruskan segala perancangan yang sudah diatur dalam Pemuda UMNO, ini sama-sekali tidak menjamin beliau akan dicalonkan lagi untuk penggal kedua.

Kekangan KJ ialah kerana beliau menunjukkan aksi beraninya di kalangan pemimpin UMNO yang penakut. Najib, Muhyiddin, Zahid Hamidi, Hishammuddin, Shafie Afdal, Ahmad Maslan dan lain-lain pemimpin UMNO adalah pemimpin penakut yang terang-terang menolak debat. Dalam komuniti penakut, orang berani tidak akan diterima.

Sebab lain yang memungkinkan KJ kecundang di tengah jalan ialah faktor Mahathir. Dengan Mahathir kini memainkan peranan utama untuk memenangkan Najib dan UMNO dalam pilihanraya ini, harapan KJ untuk terus bernafas dengan selesa tentunya amat tipis.

Kekerapan Mahathir mengungkit-ungkit punca kelemahan UMNO yang dikaitkan dengan era pentadbiran Pak Lah adalah lontaran "pukul bapa sindir menantu" yang ditujukan kepada KJ supaya orangramai melihat punca kelemahan UMNO di zaman Pak Lah juga berpunca daripada campurtangan KJ melalui apa yang dipanggil "budak-budak tingkat 4" yang sering disebut oleh Mahathir sebelum ini.

Jika ini difahami oleh Najib, tindakan mencalonkan semula KJ pastinya mengundang bahaya kepada Najib sendiri, terutamanya jika UMNO dan BN hanya mendapat kemenangan tips dalam pilihanraya nanti.

Najib mungkin lebih disenangi Mahathir jika akur kepada bekas PM itu dan sedia menggugurkan KJ sebagai calon pilihanraya. Jika berdebat pun takut, beranikah Najib menyanggah Mahathir?

Sebagaimana KJ, masa depan politik Saifuddin di Temerloh juga mulai diperkatakan selepas debatnya dengan Salahuddin. Terdapat ura-ura bahawa beliau akan digugurkan sebagai calon oleh UMNO dalam pilihanraya akan datang ini dan gerakan meminggirkan beliau dikatakan sudah pun bermula.

Jika sebelum ini Saifuddin dilihat sebagai pemimpin yang terbuka dan disenangi oleh orang muda serta mahasiswa dan beberapa tindakannya sebelum ini sudah pun menimbulkan kecurigaan banyak pihak dalam UMNO, keberaniannya berdebat bagai meletakkan dirinya dalam kedudukan yang lebih meruncing.

UMNO Temerloh yang diketuai oleh Sharkar Shamsuddin dikatakan sudah mulai mencantas beberapa aktiviti yang sepatutnya dihadiri oleh Saifuddin. Blog-blog pro UMNO pula sudah sekian lama menyerang Saifuddin dengan pelbagai andaian dan analisa yang menggambarkan seolah-olah beliau tidak sesuai lagi menjadi Ahli Parlimen UMNO.

Saifuddin juga dituduh sebagai suara PKR dalam UMNO. Keberaniannya berdebat adalah alasan terbaik untuk pihak yang penakut untuk mengenepikannya.

Jika debat telah mengangkat Saifuddin dan KJ sebagai antara pemimpin UMNO yang masih disukai, ideal dengan kehendak zaman, berani serta matang, debat yang sama juga mungkin membawa malapetaka kepada masa depan mereka berdua.

Dengan berani berdebat sedangkan Najib sendiri masih takut untuk berdebat dengan Anwar, mereka berdua mungkin makin jauh di hati Najib.

BERBULU lagi la pecacai Umno... kahkahkah...

Posted: 21 Jun 2012 07:30 PM PDT

Tak payah cerita banyak-banyak...
Tengok gambaq ja puak Umno dah semak...


Kahkahkah...



Ni la dia Hairie Othman...
Cari makan sebagai seniman...
Tak takut pada sebarang gertakan...
Segala galanya datang dari Rahmat Tuhan...


"Ramai yang memberi sokongan dan mengajak saya sertai PAS dan hari ini, hari bersejarah saya berucap pertama kali dipentas PAS," kata Hairie dalam nada gembira.

"Kalau saya fikir dunia, saya tidak akan membuat keputusan menyertai perjuangan ini namun saya sanggup menerima risiko kerana yang memberi rezeki bukannya BN tetapi Allah," jelasnya.

Hairie menjelaskan, umat Islam perlu mengetahui serta mengakui politik dan Islam tidak boleh dipisahkan. Oleh itu, katanya Umat Islam perlulah menyokong parti yang memperjuangan Islam iaitu PAS dan menolak parti yang memperjuangkan assobiyyah.

Mampuih keraih la Umno kalau camnie... kahkahkah...

"Saya akan bersama-sama membantu dalam misi menawan Putrajaya dan saya sanggup untuk turun ke seluruh negara untuk bantu berkempen dan memberi ceramah kepada rakyat," jelasnya...

Kalau seorang artis boleh berfikir sedemikian apa lagi Ketua Umno Cawangan, Ketua Wanita Cawangan nak tunggu... Dia ni pun boleh nampak banyak busuknya dalam Umno.... Memang jenis bangkai bernyawa la kalau korang tak nampak jugak.....


Kahkahkah...


Video pertama kali Hairie berucap setelah mengistiharkan diri menyertai PAS...



PANAS: Kerajaan PAS Kedah gagal...

Posted: 21 Jun 2012 05:50 PM PDT

Kelab Malam Tumbuh Seperti Cendawan Di Kedah

Oleh Kedahkita.net
PENULIS RASA TERCABAR !!! dan terpanggil mengapa Kedah yg di perintah oleh kerajaan baru seolah-olah menghalalkan pusat-pusat hiburan tumbuh seperti cendawan sedangkan ini kerajaan Pas yang menperjuangkan Islam... dimana pemimpin-pemimpin Pas yang mahu mencegah amar makruf nahi mungkar...!

Siapa sangka kerajaan yang memerintah Kedah menbiarkan pusat-pusat hiburan tumbuh seperti cendawan di sekitar Alor Setar dan bandar-bandar besar dan kecik di Kedah, sakit mata memandang sakit hati lagi kita yang berugama Islam yang memerangi gejala sosial, apa dah jadi dengan slogan negara Islam dan Kedah sejahtera kini. Kini 4 tahun memerintah kelab malam baru dan besar tumbuh seperti cendawan, di sekitar TESCO Mergong saja ada 3-4 kelab malam dan di di pusat bandar jalan Putra kelab malam 2 masih kekal beroperasi dan tidak dikira di bandar-bandar besar di seluruh kedah..!!!

Di sekitar Alor Setar kelab malam yang terletak di pinggir ibu kota menyajikan 'hidangan' yang menjolok mata apabila penari wanita tempatan dan asing yang berbikini bergabung tenaga demi menarik perhatian lelaki miang berkunjung ke situ saban malam.

Wanita-wanita tempatan dan Siam itu hanya memakai coli serta seluar dalam sebelum mempamerkan aksi-aksi yang dapat mencairkan lelaki.

Tempat beraksi pula sangat strategik kerana pemilik kelab menyediakan pentas dan tiang setinggi kira-kira tiga meter untuk membolehkan penari melakukan aksi panas yang akan mendapat sorakan pengunjung.

Dimana exco kerajaan tempatan, ahli-ahli majlis yang memantau premis-premis ini di benarkan beroperasi, bila di tanya kepada exco dan ahli majlis... jawapan yang sama kita tak boleh buat apa-apa? Siapa yang berkuasa ..!!! Jika exco dan ahli majlis tak berkuasa siapa lagi...? Yang meluluskan lesen dan premis ini beroperasi sebenarnya DO dan Dato bandar Alor Setar..? Siapa DO Alor Setar dan siapa Dato Bandar Alor Setar bukan kah mereka di bawah kuasa kerajaan yang memerintah, jika benar D.O dan Dato Bandar Alor Setar sila bagi arahan dan tukar atau pecat mereka sebagai D.O dan Dato.Bandar, mereka bukan saja jadi pengkhianat kepada pemerintah malah mereka juga telah melanggar sebagai peguasa seorang yang berugama Islam di Kedah ini...

Rakyat bukan mahu jawaban yang berbelit-belit tapi rakyat mahu kerajaan yang sedia ada tunai janji sebagai pemerintah yang memerintah negeri seperti negeri yang pemerintahnya berugama Islam, jangan cemarkan nama Islam jika kita tak manpu mengikut perintah Islam....

Note: Sila Letak Jawatan kpd pihak2 yg berkenaan jika tak mampu mengalas amanah-aya

Tiada ulasan: