Addin |
- Patutlah Bekas Bendahari Umno Permatang Pauh Sertai Pakatan Rakyat
- Di Sebabkan Gambar Nih, Umno Berputih Mata Di Kelantan
- Najib Buta Sejarah.. Ini Buktinya
- Rupa-Rupanya Sebab Ini Rafizi Ramli Letak Jawatan
- Gempar!! Longgokan Bas Buruk Tersadai Di Tepi Pantai Melaka.. Apa Kes Nih Ali Rustam?
- Pemimpin MIC Pula Akan Sertai Pakatan Rakyat.. Tapi Siapakah Dia?
Patutlah Bekas Bendahari Umno Permatang Pauh Sertai Pakatan Rakyat Posted: 22 Jun 2012 05:00 PM PDT Program Merdeka Rakyat pada 2 Jun baru-baru di kejutkan dengan kemunculan Bekas Bendahari Umno Bahagian Permatang Pauh, Mustafa bin Man di atas pentas Pakatan Rakyat di padang awam Taman Guar Perahu. Yang ramai terkejut sudah tentu pemimpin-pemimpin UMNO Permatang Pauh. Ikuti pendedahannya, kenapa beliau sertai Pakatan Rakyat.. Kemunculan saya dalam program Merdeka Rakyat di padang awam Taman Guar Perahu,pada 2 Jun 2012 yang lalu adalah kerana ingin memberikan sedikit sumbangan khususnya kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam rangka Pakatan Rakyat (PR) untuk menawan Putrajaya. ~arusperjuangan |
Di Sebabkan Gambar Nih, Umno Berputih Mata Di Kelantan Posted: 22 Jun 2012 10:19 AM PDT Gambar nih di ambil sejurus Tuan Guru Nik Aziz selesai kuliah di Dataran Ilmu, Kota Bharu. Betapa tawadduknya Tuan Guru, macam ni punya pemimpin pun masih ada orang yang menghina dan melemparkan pelbagai tuduhan. Betapa jahilnya golongan nih, namun kita doakan supaya golongan nih dapat hidayah daripada Allah SWT. Umno mungkin bermimpi di siang hari apabila ingin menawan Kelantan pada PRU 13 nanti. Engagement telah lama berlaku antara Tuan Guru dan rakyat Kelantan. Rakyat Kelantan senang dengan Tuan Guru dan PAS yang menerapkan nilai-nilai Islam dalam pemerintahnnya. Gambar nih mungkin menceritakan bagaimana Umno akan berputih mata di Kelantan.. Moga-moga Allah SWT mengekalkan pemerintahan PAS di Kelantan serta menguasai Putrajaya.. Insya Allah.. |
Najib Buta Sejarah.. Ini Buktinya Posted: 22 Jun 2012 07:15 AM PDT Terbukti Najib PM buta sejarah, budak sekolah pun tahu. Untuk pengetahuan Najib, tahun 1986 Mahathir jadi PM. Tun Hussien Onn jadi PM dari tahun 1976 hingga 1981 rujuk sini). Manakala Mahathir pulak jadi PM dari Julai 1981 hingga Oktober 2003 (rujuk sini). Najib.. hang betul-betul memalukan.. Najib: PRU masa haji bukan perkara baru KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) tidak terikat kepada desakan mana-mana parti politik atau pemimpin termasuk pembangkang untuk menetapkan tarikh pilihan raya. Beliau yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno berkata mengadakan pilihan raya semasa musim haji juga bukan sesuatu yang baru kerana sejarah menunjukkan ia pernah dilakukan sebelum ini tetapi menegaskan ibadah perlu diutamakan berbanding sebarang urusan lain termasuk pilihan raya. "Dalam sejarah kita, kita pernah buat pilihan raya masa musim haji. Pilihan raya tahun 1986 kalau tak silap saya. Saya tahu ia pada zaman Tun Hussein Onn. "Ada ahli jawatankuasa bahagian saya yang kebetulan hendak dicalon menjadi calon pilihan raya tapi saya tak dapat berhubung dengan dia sebab dia berada di Mekah. "Bila dia balik, dia terima hakikat bahawa dia tak dapat jadi wakil rakyat sebab kalau dia bertanding, dia menang pada masa itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato Onn di sini, hari ini. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. ~sinarharian |
Rupa-Rupanya Sebab Ini Rafizi Ramli Letak Jawatan Posted: 22 Jun 2012 04:13 AM PDT Sambil menafikan tindakannya meletakkan jawatan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor bukan bermakna wujud masalah dengan kepimpinan PKR, Rafizi Ramli menyifatkan dirinya "bukan Superman." Sehubungan itu, Pengarah Strategi PKR ini berkata, beliau mahu memberi tumpuan sepenuhnya ke atas kerja-kerja dan strategi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibahim merupakan Penasihat Ekonomi Selangor, dilantik lebih dua tahun lalu. Kata Rafizi, beliau tidak berbalah dengan Anwar atau Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagaimana didakwa dan dianggap oleh sesetengah pihak. "Kerja saya semakin hari semakin bertambah. Saya bukan 'Superman'. Tidak boleh melakukan dua tiga perkara dalam satu masa. "Saya boleh melihat beban dan tanggungjawab ini semakin meningkat, dan akan meningkat dalam beberapa minggu akan datang," kata beliau ketika dihubungi dengan merujuk kepada spekulasi mengenai tarikh PRU13. Rafizi juga menegaskan bahawa jawatan-jawatan lain dalam parti kekal dan akan meneruskan tanggungjawab yang diberikan. "Kepada mereka yang ragu-ragu, (kononnya) saya akan lompat parti, saya berjanji akan bersunat sekali lagi kalau lompat parti. Patut semua wakil rakyat kena janji macam ini," katanya menerusi satu mesej Twitter tengah malam tadi. Rafizi menghantar surat meletakkan jawatan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor semalam. "Saya menghantar notis hari ini (semalam)," kata Rafizi, yang mengumumkan keputusan itu menerusi mesej Twitter sekitar 3 petang semalam. Dalam mesej Twitternya semalam, beliau berkata, "letak jawatan proses biasa." "Perlu sedikit rehat, letih buat dua kerja di kerajaan negeri dan parti. Ramadan dah dekat, tumpu ibadah. "Saya tidak pernah tugas (berkhidmat) lebih dari dua tahun pada satu-satu jawatan. Yang ini dah melebihi dua tahun, masanya untuk terus bergerak. Tidak ada kaitan politik dengan itu," kata pemimpin muda ini yang akhir bulan lalu menyertai Debat Sinar bersama Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin. Ketika dihubungi malam tadi, Rafizi yang menyandang jawatan itu sejak dua tahun lalu berkata: "Saya sebenarnya telah memutuskan untuk melepaskan jawatan ini akhir tahun lalu." "Tetapi oleh kerana tarikh PRU13 tidak menentu, saya meneruskan khidmat saya. "Sekarang kita sudah boleh agak bila PRU13. Saya rasa ini adalah masa yang sesuai, jadi, saya beri notis satu bulan. Cuma ia diumumkan secara kebetulan ketika cetus isu berkaitan Faekah (Husin, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor," katanya. "Cuma secara kebetulan masanya tidak kena, itu saja. Bagi saya ini tiada kaitan, letak jawatan perkara biasa," kata beliau lagi. Rafizi dijangka bertanding kerusi Parlimen pada PRU13. Difahamkan beliau akan mencuba nasib di kawasan Pandan, yang kini disandang oleh bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat. ~sinarharian |
Gempar!! Longgokan Bas Buruk Tersadai Di Tepi Pantai Melaka.. Apa Kes Nih Ali Rustam? Posted: 21 Jun 2012 07:17 PM PDT Oleh kerana malu dan takut dilihat oleh Boss besar mereka iaitu Najib Razak, kerajaan Melaka terpaksa menyorokkan bas-bas buruk yang tersadai kepunyaan anak syarikatnya PMCT Sdn Bhd. Bas-bas tersebut yang sebelum ini tersadai di Stesyen Bas Melaka Sentral telah dialihkan ke Dataran Klebang bagi mengelakkan rahsia mereka terbongkar di hadapan Perdana Menteri Najib Tun Abdul Razak yang dijangka akan membuat lawatan ke Melaka esok bagi merasmikan program UTC (Urban Tranformation Centre) peringkat Negeri Melaka dan Jelajah Janji Ditepati pada 24 Jun 2012. Bas-bas buruk itu sebenarnya sudah lama tersadai di Melaka Sentral kerana rosak, tiada road tax, tiada kelulusan Puspakom dan sebagainya. Ternyata perkhidmatan bas henti-henti di negeri ini semakin buruk selepas diambilalih oleh kerajaan negeri melalui anak syarikatnya iaitu PMCT Sdn Bhd. Jelas sekali kerajaan negeri cuba menutup pekung di dada mereka dengan menyembunyikan bas-bas tersebut sedangkan mereka tidak sedar bahawa isu ini telah diketahui umum dan tersebar ke seluruh negara. Inilah sikap pemimpin Umno/BN yang hanya tahu menyorokkan segala keburukan dan kegagalan mereka tetapi tidak mahu berusaha bagi menyelesaikan masalah sebenar yang timbul akibat kegagalan PMCT Sdn Bhd mengendalikan sistem pengangkutan awam ini. Apakah dengan menyorok bas ini ianya akan menyelesaikan masalah rakyat yang menggunakan bas henti-henti sebagai pengangkutan utama mereka untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Banyak rungutan yang diterima menyatakan bahawa bas Panorama kendalian PMCT ini tidak memberikan perkhidmatan yang baik di mana penumpang terpaksa menunggu berjam-jam untuk mendapatkan bas malah situasi di mana bas terus tidak datang. Sumber ~Blog Penyelia DUN Bukit Baru |
Pemimpin MIC Pula Akan Sertai Pakatan Rakyat.. Tapi Siapakah Dia? Posted: 21 Jun 2012 06:30 PM PDT Ketua Pembangkang dan Ketua de facto PKR, Anwar Ibrahim telah meningkatkan usaha untuk menarik pemimpin MIC untuk menyertai Pakatan Rakyat. Setelah hampir mencapai kejayaan di Sabah yang digagalkan dengan 'pengalihan pendaratan kapal terbang' yang sepatutnya mendarat di Kota Kinabalu kemudian dilencongkan ke Labuan minggu lalu, Anwar nampaknya meneruskan usaha menarik seberapa ramai pemimpin BN supaya keluar dan menyertai Pakatan Rakyat. Terbaru, untuk tujuan ini, bekas timbalan perdana menteri itu mengadakan pertemuan dengan beberapa psmimpin MIC kebangsaan dan pemimpin bahagian di ibu pejabat PKR di Tropicana, Damansara, Petaling Jaya, kelmarin, menurut satu sumber "rahsia" yang mendedahkan perkara ini. Jika spekulasi itu adalah benar dan para pemimpin MIC yang hadir memutuskan untuk beralih kem, maka ia akan menjadi satu tamparan hebat bukan sahaja kepada parti terbesar politik berasaskan kaum India di negara ini tetapi juga kepada kerajaan Barisan Nasional (BN). Paling terkesan nanti adalah presiden mereka sendiri, G Palanivel yang sedang bergelut mencari kerusi selamat untuk bertanding setelah beberapa kawasan seperti Cameron Highlands di Pahang dan Telok Kemang di Negeri Sembilan tidak menyokong cadangan beliau. Minggu lepas, FMT melaporkan bahawa dua ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu berada di ambang melompat menyertai PKR. Bercakap kepada FMT, satu sumber PKR mengesahkan mesyuarat "rahsia" diadakan antara Anwar dan pemimpin-pemimpin MIC. "Terdapat tiga anggota CWC dan lima ketua bahagian pada mesyuarat itu dengan Anwar. Ia bermula sekitar 3.30 petang kelmarin (Rabu) dan berlangsung selama kira-kira sejam. "Dua anggota CWC adalah dari Selangor, lain yang tinggal di Kuala Lumpur. Ketua-ketua bahagian dari Perak, Johor, Selangor dan Kedah ... 2 masing-masing dari Perak dan Johor, dan setiap satu dari Selangor dan Kedah, "kata sumber PKR. Beliau berkata enam ketua bahagian dijangka menghadiri mesyuarat itu, tetapi hanya lima yang sempat hadir. Beliau menambah bahawa ketua bahagian yang lain telah memanggil Anwar untuk memberitahu beliau bahawa dia tidak dapat menghadiri mesyuarat itu. Sumber itu enggan menamakan pemimpin-pemimpin yang menghadiri mesyuarat apabila ditekan untuk nama-nama pemimpin-pemimpin MIC. "Kami masih di peringkat awal. Mereka telah mengemukakan tuntutan mereka dan Anwar telah berjanji untuk melihat kepada mereka. Kita pastinya akan mengadakan sidang akhbar sebaik sahaja perjanjian itu selesai dilakukan, "kata sumber itu. 'MIC telah menjadi berkarat' Ditanya mengenai hasil dan nada mesyuarat itu, beliau berkata: "Ini akan memberikan impak yang besar kepada MIC dan BN." "Sesetengah pemimpin yang menghadiri mesyuarat itu berasa MIC telah menjadi berkarat dan tidak bergerak. Mereka berasa lebih selesa dengan pembangkang". Purata umur persaraan untuk pekerja ialah 55. Yang sama berlaku kepada BN, yang perlu bersara selepas 55 tahun yang menghidangkan negara, "katanya berjenaka. Selain daripada mereka yang menghadiri mesyuarat itu semalam, kata sumber itu dua pemimpin MIC negeri juga berminat untuk menyertai PKR. "Kaum India bosan dengan kepimpinan MIC. Mereka mahu hasil serta-merta manakala MIC penuh dengan birokrasi-gaya kepimpinan. Parti itu perlu menjadi vokal tetapi sekarang nampaknya seperti parti telah menekan butang bisu, "katanya. Sementara itu, anggota CWC, yang tidak mahu namanya disiarkan, mengakui bahawa beliau telah dijemput untuk mesyuarat itu tetapi tidak menghadirinya. "Secara jujur, saya keliru sama ada untuk menyertai PKR atau kekal dalam MIC. Walaupun apa jua Pakatan Rakyat (pakatan pembangkang yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP) telah lakukan, mereka masih belum datang dengan satu pelan tindakan untuk memperbaiki masyarakat India di Malaysia. "Jika mereka melakukan usaha ini dan berjanji untuk melaksanakan, jika mereka mampu mengambil alih kuasa, maka lebih ramai pemimpin India dari BN akan melompat kapal," katanya. ~jalanpulang |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan