AdukaTaruna |
- UMNO pusat vs anak Kelantan : Parking tempat selamat esok.
- Riduan Tee panel paling out pada gua.
- Bergambar : Pemuda UMNO Pahang halau aktiviti R di Pantai Balok
UMNO pusat vs anak Kelantan : Parking tempat selamat esok. Posted: 25 Jun 2012 05:26 AM PDT Walau ada suara2 yang menuduh gua bawa budaya jahat dalam anak2 Kelantan. Peduli apa gua. Zaman play safe, pasif sek2 Klate dah berlalu. Skang budaya hasut. Ngaaa... Esok, ada pertembungan kumpulan UMNO pusat dengan anak Kelantan (PAS + UMNO + NGO). Tadi Abah, gua, Jeming n TPU meeting dalam bilik OCPD. UMNO seru guna sentimen Mageran 1978. Pastu Syam panggil meeting kat site. Panas sikit bab lokasi jajahan. Pihak keselamatan tak rasmi anak Kelantan (sek2 debe ) + Unit Amal akan berkampung. Esok, lu orang yang hadir, sila parking kereta jauh sikit. Jalan kaki sikit takpe. Sebab team UMNO pusat ni terkenal dengan tindakan dayus. Tiada penutup muka bagi lelaki. Tiada simbol parti. Jangan layan provokasi. Setiap peserta digalakkan merakam apa2 kejadian untuk bukti atau sejarah. Dengar arahan keselamatan. Semoga Allah mudahkan segalanya esok. Amin. |
Riduan Tee panel paling out pada gua. Posted: 24 Jun 2012 08:58 PM PDT Oleh : AdukaTaruna [1] Dalam sejarah hidup gua berada di Kelantan, malah, sepanjang gua hidup, inilah acara paling best pada gua. Acara Final Word Cup time Zidane tanduk Metarazzi pun tak best macam ni. Tahniah pada geng Ostad Ahmad Baihaki, Saifuddin Ibrahim dalam mewujudkan acara ni untuk santapan intelektual rakyat. Cuma secara keseluruhan panel2 gagal menepati tajuk yang diberikan. Pada gua perkara ini terjadi kerana moderator tersebut tidak mengawal keluasan fikrah ahli panel. Moderator sndiri mengaku tidak membuat persiapan dan memberi kebebasan kepada panel. Di sini silapnya. Pada gua round pertama penting. Moderator perlu mengecilkan skop untuk setiap panel yang diberikan giliran. [2] Penonton Kelantan masih berada level tertinggi di antara negeri2 lain. Kalau buat di N9, dalam keadaan penonton terbuka, mencecah 8000, bukan dipilih macam debat Sinar Harian, gua jamin dengan darah gua, kerusi akan melayang ke pentas. Cuma untuk level yang lebih baik, gua nak catit, penonton Kelantan perlu memberi peluang panel bercakap. Walau panel tu bercakap benda yang lu tak suka. kalau nak acara cakap yang sedap2, lu hadir la ceramah PAS lu tu. Ini acara yang diwujudkan untuk kita dengar benda yang kita suka, dan dengar benda yang kita tak suka. Riduan Tee paling tak disukai. Terterbit juga dari mulut gua mohon penonton releks, professional dan berikan laluan dia bercakap. Kalau tak bagi dia bercakap, baik jangan jemput. Perkataan gua itu dibantah seorang brader jubah kopiah dan janggut. Berdiri depan gua. "Kecek natey apo lagu tu? Siapa yang tak professional? Lain kali jangan jemput Riduan Tee tu." Gua diam jer la. Kang tak pasal2 jatuh stendet gua bila gua dah start tarik janggut dia sambil lempang laju2. Gua saksikan seorang pakcik berkopiah, baju Melayu dan kain pelikat keluar dewan sambil mencarut-carut. Tangannya menghala ke arah dewan. Marah sungguh dia. Riduan Tee : Saya ditanya kenal TGNA? Saya kenal TGNA. Tapi saya tidak taksub. Di sini juga gua saksikan seorang pemuda, juga berkopiah, bangun dan kerusinya. Menjerit suruh Riduan Tee berhenti bercakap. Dan terus meninggalkan dewan. Tu pasal gua cakap, Muhammad saw menutup kepalanya dengan ketat kerana faktor iklim. Pakaian budaya baginda. Melayu tutup kepala atas nama sunnah konon. Akhirnya pengedaran darah ke kepala tak lancar. Orang takda kopiah boleh gelak secara lucu dengan aksi Riduan Tee, yang kopiah dan serban macam mamak claim Melayu nak karam. [3] Fathul Bari menjawab soalan. Gua iktiraf dia menjawab soalan. Cuma tidak masak dan di luar kontek dalil yang dikemukakan sahaja. Hujahnya banyak kali diimbangi Ostad MAZA. Ada banyak juga soalan yang dia tak jawab. Maybe takut nak jawab, maybe asyik terganggu dengan audien Kelantan. Fathul Bari enggan dipakaikan stiker R. Beliau hanya menjawab saya sokong dalam hati. Tapi Riduan Tee paling out malam tu. Di awal pusingan pertama lain, untuk tajuk PRU13 : Masa Depan islam; Riduan Tee memilih berucap mengenai kecewa dengan sikap penonton, sikap Melayu, letih dengan perangai orang Islam. Dah macam komen budak2 fesbuk terhadap keseluruhan program dah gua tengok. Selalu gua puji otak orang Cina. Tapi malam tu tetiba gua rasa syukur jadi Melayu. Ngaaa... [4] MAZA paling terbaik dan tidak jauh lari dari fokus tajuk. Dia tegur Fathul yang tafsir hadis di luar kontek. Tak berapa masak. Berikan contoh dalil mengenai jika jumpa Yahudi kena asak rapat. Kalau tak ikut kontek, hari ini, jumpa saja Yahudi tengah jalan, terus asak sampai rapat. Kemudian menghuraikan hadis Fathul dengan kontek sebenar mengenai perhimpunan. Memperingatkan Fathul yang selalu qoute Imam Ahmad. Ada satu perkara yang Fathul tak qoute. Yakni "Muslim boleh hidup di negara kafir yang adil. Tetapi tidak boleh hidup di negara muslim yang zalim." Membunuh asas fikrah Fathul yang menegur pemimpin tidak boleh secara terbuka, apabila mengatakan gembira Fathul setuju dengannya, kerana di pentas terbuka ini, Fathul mengkritik pemerintah Kelantan secara terbuka. Dan menjawab kesalahan BN secara terbuka. Rupa2nya boleh pun. Mengisytiharkan dirinya tetap kiri walau sesiapa pun memerintah. Akan sokong benda yang baik, tegur benda yang salah. Pendidikan terbuka lebih penting dari pendidikan senyap2 terhadap pemerintah. Bertanya kepada Riduan Tee, apakah ancaman Islam atau Melayu. Asyik dakwa ancaman2, tapi apakah dia ancaman. Kalau dah tahu, baru boleh bahaskan. Riduan Tee hanya cakap dia tahu Islam terancamlah, dia mengeluarkan perkataan itu. Tapi still tidak mengeluarkan faktanya. Riduan Tee lebih suka bergaduh dengan penonton. Penonton lebih suka bergaduh dengan Riduan Tee. [5] Bilangan ahli panel terlalu banyak untuk masa 2 jam. 4+1 moderator tak praktikal untuk 2 jam. Gua cadangkan, untuk anjuran pihak pro PAS, tetapkan hanya 3 panel untuk masa 2 jam. 1 panel pro PAS, 1 panel bebas, 1 panel UMNO. Jangan benarkan media naik pentas selepas tamat. Media hanya rakam dari bawah. Situasi kerumun atas pentas banyak buruk. 1. Upacara penyampaian cenderahati tidak dapat dilihat kecuali melalui skrin. Tu pun gambar bergoyang2. 2. Penonton wanita melihat punggung2 lelaki menonggeng2 nak ambil gambar atas pentas tu. 3. Keselamatan Riduan Tee atau panel tidak disukai sangat2 terancam. Kalau lah terjadi apa2... huii.... Moderator takut kepada panel PAS. Lebih masa pun segan2 nak potong. Lembik. Lain kali ambil Dr Agus la. Walau dia UMNO, tapi dia tegas dengan law wacana. Takda masa nak malu2 alah ni. Professional la. Soalan bertulis selepas ini. Ada orang pilih. Then, yang lulus, 5 minit sebelum round tanya soalan, sebut nama penyoal yang lulus untuk standby memberikan soalan. Tujuannya mengelakkan jenis penyoal yang soal sampai 1 kitab. 20 soalan. Dan juga soalan2 'takda stendet' macam : "Riduan Tee kenal TGNA? Kenal ke tak? Kenal ke tidak ni? Kalau kenal, boleh beza dengan Najib Razak? Boleh beza ke tak? Boleh tak?" Dah macam kedai kopi dah gua rasa. Lepas ni, forum yang wujud pertembungan macam tu kena buat tempat terbuka la. Macam kat padang Perdana. Kesian tengok makcik2 yang tepaksa berdiri, merempat celah2 kerusi dan aircond yang gagal menyejukkan haba 5000 penonton dalam dewan. |
Bergambar : Pemuda UMNO Pahang halau aktiviti R di Pantai Balok Posted: 24 Jun 2012 11:44 AM PDT Masa geng Kelantan anjur W4R #1 dulu, member2 Pahang sanggup hadir. Bila team diorang ada buat program anti Lynas plak, gua dan Ahmad Dhani hadir memberi sokongan sambil berkempen perjuangan R di kalangan aktivis2 yang rata2nya kaum Cina. Malangnya, baru gua nak setting kempen, gua didatangi 4 orang yang dipercayai Pemuda UMNO Pahang. Pemuda UMNO depan gua tu sampai2, terus sepak kotak2 gua. Ini sudah lebih. Lu sepak sekali lagi, gua nak tengok. "Royalti, royalti takda kat sini. Sini Pahang. Bukan negeri Nik Aziz mu tu! Jangan sampai kami guna kekerasan suruh korang balik." Budak baju kuning tu sound gua. Mendidih jer gua. "Wehh.. adik comel. Demokrasi la sket. Suka hati gua la nak kempen perjuangan gua kat mana-mana bumi Malaysia pun. Lu ingat lu sorang jer ada kekerasan? Gua takda?" "Habes? Lu nak buat apa? Usik la budak ni, aku nak tengok. Usik la!" Pemuda UMNO baju biru tu cabar gua. "Datang negeri orang, nak cari pasal. Nak buat hal, balik Kelantan la oi." Botak baju hitam tu nasi tambah. Natey ni, dah lebey dah ni. "Lu sentuh fizikal gua dulu, kalau lu nak tengok gua sentuh fizikal lu orang. Kalau tak berani, lu menyalak jer situ. Gua tak port. Gua tetap akan buat kerja gua." Gua kempen kat situ sampai Asar sebelum blah Kota Bharu sebab ada meeting pasal UMNO nak rebut tarkh 26 hb. Pemuda UMNO tu tetap berada di situ sambil memaki-hamun. - ABF |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan